Translate

Mesti Baca

Selasa, 27 September 2011

Najib Lebih Hebat Dari Allah s.w.t. Dan Utusan Meloya Adalah Malaikatnya.

Gua percaya Najib bertindak jujur dalam pengakuannya iaitu undang-undang berasaskan Hudud tidak akan dilaksanakan dinegara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya yang tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan. Kata-kata ini gua akan simpan kerana Najib dengan hati yang ikhlas telah mengucapkannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan alam ini.

Kata Najib, "Undang-undang hudud, tidak akan dilaksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti".

Apa pendapat lu all tentang kenyataan Najib nih..!!! Maka bagi gua, beliau wajib ditentang walau apa cara sekali pun kerana lu jangan nak berhujah dengan Najib/Umno menggunakan nas-nas, dalil-dalil dan apa sahaja rujukan kitab-kitab besar karangan ulama-ulama dulu dan sekarang kerana beliau menggunakan Kitab Lord Reid. Lu jangan sebut ayat-ayat 'Wahai Umat Manusia', 'Wahai Orang-Orang Yang Beriman' atau 'Wahai Umatku', buat habis beras ajer. Utusan Melayu pula adalah malaikatnya yang akan memperturunkan kata-kata Najib nih kerana bertetapan dengan namanya 'Utusan'.

Pasal Najib nih lebih hebat dan bijak dari Allah s.w.t. kerana beliau tahu akan impak dari perlaksanaan hukum Syariah (Hudud) dan Allah s.w.t. dah ketinggalan zaman kerana tidak berpaksikan kepada realiti. Hebat benar lu Najib, pasal Allah s.w.t. tak fikir dan kaji dulu bagaimana keadaan masyarakat 1 MalaySial sekarang nih. Allah s.w.t. mana tahu pasal dia dok atas kerusi Arsynya dan Najib dok kat bawah bersama-sama merasai keperitan rakyat agar rakyat 1 MalaySial hidup harmoni dalam masyarakat berbagai bangsa dan agama.

Maka bagi gua, celakalah kamu wahai Najib yang patut gua laknat lu diatas kecelupar mulut manis itu. Daripada Tunku Abdul Rahman yang mengatakan hukum Allah ketinggalan zaman atau sudah lapuk, sampai kepada Mahathir 'Separuh Melayu yang Mudah Lupa' dengan surat amarannya kepada kerajaan Kelantan (baca Sini) sehinggalah kepada Najib 1 MalaySial. Oleh itu menjadi fardu kifayah bagi umat Melayu yang mengaku Islam bangun mempertahankan kesucian Islam daripada dihina, dirogol, diliwat dan dibangkul sampahkan oleh para pemimpin Umno yang semakin hari semakin celaka.

Gua tidak akan berhujah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan puak-puak celaka ini kerana hati mereka sudah hitam. Gua akan berhujah berpaksikan kepada realiti yang beliau dok sebut-sebut sangat tuh maka lu baca dan fikir pula dengan akal yang waras walau apa bangsa lu selagi lu anggap diri lu seorang Muslim.

Bancian penduduk Tanah Melayu pada tahun 1957 sebelum Sabah dan Sarawak bersama-sama Malaya yang mana perkataan Bumiputera belum diwujudkan lagi ialah seramai 6,269,200
  • Melayu - 3,148,500 (50.2%) kita ambil pegangan orang Umno Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.
  • Cina      - 2,398,000 (38.3%) Buddha.
  • India/Pakistan - 722,000 (11.5%) Hindu dan ada Islam kerana kebanyakanwarga Pakistan adalah Islam. Sumber
Bancian penduduk Malaysia pada tahun 2010 pula seramai 28,624,583 orang termasuk Sabah dan Sarawak yang telah dikeluarkan seperti berikut:

 
Bumiputera/ Melayu - 14,749,378 ( 51.2% )
Bumiputera/ B.Melayu - 3,197,993 ( 11.1% )
Cina - 6,520,559 ( 22.7% )
India - 1,969,343 ( 6.8% )
Lain-lain - 347,692 ( 1.2 % )
Bukan warganegara - 2,123,830 ( 7.4% ) Sumber

Dimanakah realiti keseimbangan jumlah masyarakat yang beliau sebutkan itu.... wahai Najib...!!! Memang bangsa yang lu agung-agung MalaySial seramai 51.2 peratus tetapi umat Islam telah menjadi majoriti yang besar iaitu 61.3 peratus di negara ini. Jadi alasan lu hanyalah untuk mengekalkan segala salahguna kuasa yang lu, bini lu, keluarga lu, kaum kerabat lu dan kroni-kroni lu. Kerana itulah lu dan pemimpin sebelum lu cukup takut dengan 'Hukum Syariah'.

Oleh itu gua harap 'utusan' lu dan para pencacai tahap celaka lu tolong jawab apa yang gua hujahkan ini jika lu all betul-betul ada otak. Kesimpulan gua ialah, dalam keadaan sekarang ini jika mana-mana MalaySial yang mengaku Islam tetapi menolak Hukum Syariah, gua ketogerikan sebagai orang gelincir Imannya. Lu jangan bagi alasan pelabur asing akan keluar jika Hukum Syariah dilaksanakan kerana itu adalah alasan yang dangkal. Jika negara huru-hara kerana Hukum Syariah dilaksanakan, ia pasti daripada kalangan Umno sendiri yang melakukan provokasi. Apa susah, anggota polis dan tentera majoritinya adalah Islam. Sampai bila lu akan junjung kitab 'Lord Reid' yang menjadi anutan lu itu...!!!!

Akan bersambung.....

Isnin, 26 September 2011

Khir Toyo: Baik Pun Pengakuan, Beli Ikut Pasaran.


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau membeli dua lot tanah termasuk sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni dengan harga pasaran.
Dr Khir, yang memilih memberi keterangan dari kandang saksi berkata, harga belian itu iaitu RM3.5 juta dipersetujui oleh Shamsuddin sendiri sebelum ataupun semasa kedua-dua mereka menandatangani perjanjian jual beli bagi urusan pembelian rumah itu pada Mei 2007.
Ketika ditanya peguam M.Athimulan yang mewakili Dr Khir bahawa sebelum ataupun semasa tandatangani perjanjian jual beli, adakah Shamsuddin memberitahu wakil rakyat itu harga belian tidak cukup, beliau menjawab: “Tidak pernah.”
Menurut laporan Bernama Online, beliau turut memberitahu pihaknya tidak mendesak ataupun mempengaruhi pemikiran Shamsuddin bagi membolehkan Shamsuddin bersetuju dengan harga belian RM3.5 juta.
Dr Khir (gambar) didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.
Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki sedang berjalan.Sumber

Ahad, 25 September 2011

Najib, Tapak Kaki Gua Belum Tentu Lu Dapat Samakan Biar Pun Lu PM 1Malaysial. Gua Sanggup Hilang Semua Yang Gua Miliki Didunia Ini Asalkan Hukum Allah Tertegak.


Kerajaan pusat wajar membantu Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan selain memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 dan kerangka perundangan semasa membenarkan keadaan itu, kata pakar perlembagaan.
Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata Putrajaya perlu membantu dengan memansuh Akta Mahkamah Syariah yang “mengikat tangan Mahkamah Syariah.”
“Pusat juga perlu membantu dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan dengan memberi pengecualian untuk Kelantan.
“Selain itu, pusat juga perlu membantu dengan membenarkan polis dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan yang berada di bawah tangan mereka untuk melaksanakan tugas di sisi undang-undang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.
Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.
Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.
Mengulas lanjut, Aziz berkata, ia boleh dibuat tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.
“Kalau MCA dan Gerakan tak mahu sokong tak apa,” katanya sambil menambah, sebenarnya apa yang Kelantan mencadangkan itu tidak memberi kesan kepada bukan Islam.”
“Contohnya sekarang, kalau orang Islam berzina dengan bukan Islam, orang bukan Islam tidak didakwa. Orang Islam tak boleh cabar hudud kerana di bawah Perlembagaan hak sama rata tidak terpakai dalam konteks undang-undang peribadi.
“Contohnya, sekarang perempuan Islam tak boleh cabar undang-undang poligami atau kuasa cerai suami atas alasan mereka didiskriminasi. Orang Islam kena faham Malaysia ada dua sistem undang-undang; jadi tak timbul tuntutan layanan sama rata,” kata beliau lagi.
Oleh itu kata beliau, “kesimpulannya cadangan hudud Kelantan itu boleh dilaksanakan dalam kerangka yang sedia ada.”
“Perlembagaan membenarkan cadangan itu. Kalau Karpal Singh tak setuju itu hak dia tapi dia kena sedar pendapat dia tidak mutlak. Satu lagi kesimpulan ialah faktor kritikal ialah kejujuran dan kemahuan politik,” katanya lagi.
Aziz berkata, apa pun yang Kelantan hendak ialah hak negeri melaksanakan hudud dan persekutuan perlu memberi kerjasama tetapi ini sukar berlaku kalau dilihat dari sudut isu royalti minyak.
“Hudud ini sebenarnya mempertingkat undang-undang jenayah syariah yang sedia ada. Kesalahannya, contohnya zina, sudah mengikut Islam. Apa yang perlu dipinda ialah hukuman,” katanya lagi.
Mengenai langkah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendapatkan pandangan bukan Islam, Aziz berkata, sebenarnya tidak perlu mendapatkan pandangan mereka mengenai pendirian mereka.
“Kita kena faham tentang sifat sistem perundangan di Malaysia. Kita sudah pun ada sistem perundangan syariah yang berfungsi seiring dengan sistem konvensional,” katanya.
“Ia dalam lingkungan sistem Islam yang keluarga Islam beroperasi. Pada masa yang sama, kita ada sistem jenayah Islam,” kata Aziz.
Jelas beliau, jika hukum hudud dilaksanakan ia akan dilakukan dalam struktur tersebut manakala bukan Islam akan terus tertakluk kepada undang-undang jenayah semasa, yang peruntukannya diturunkan dalam Kanun Keseksaaan dan Kanun Prosedur Jenayah.
“Apa yang kita perlu lakukan ialah mengkaji semula sistem jenayah Islam semasa dan meminda peruntukan-peruntukan yang tidak selari dengan perundangan Islam,” katanya.
Sehubungan itu jelas beliau, Nik Aziz kelihatan memberi respons kepada beberapa pemimpin bukan Islam, dari MCA dan Gerakan serta DAP yang berpandangan bahawa ia akan menggantikan undang-undang jenayah semasa.
“Sebenarnya ia bukan isu. Sementara Nik Aziz faham undang-undang hudud, saya tidak pasti sama ada beliau faham sepenuhnya sistem perundangan.
“Nampaknya Nik Aziz berpandangan bahawa sistem semasa tidak islamik secara keseluruhan,” katanya lagi.

Kopitiam Bang Nan: Hudud: Penjelasan Ustaz Azhar Idrus di Masjid Buki...

Kopitiam Bang Nan: Hudud: Penjelasan Ustaz Azhar Idrus di Masjid Buki...: Berita berkaitan... http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9562179.asp

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...