Translate

Mesti Baca

Jumaat, 23 September 2011

Blog-Blog Celaka Tahap Sial Guna Video Seks Serang Kastam Menjelang Inkues Sarbani.

Blog-blog yang pro-Umno mengeluarkan video seks - usaha yang dilihat sebagai percubaan mahu mencemarkan reputasi pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia menjelang keputusan inkues yang akan diumumkan berhubung kematian Ahmad Sarbaini Mohamed, Isnin ini.
Video itu, yang kelihatan dirakamkan secara rahsia, menunjukkan seorang lelaki Melayu mengadakan hubungan seks dengan wanita Caucasus, dipercayai di sebuah bilik hotel.
Blog theunspinners merupakan laman pertama mengeluarkan video itu, mendakwa lelaki dalam rakaman itu adalah seorang pegawai kastam manakala wanita itu pula pelacur rakyat Rusia.
Lelaki dalam video itu tidak dinamakan tetapi pemblog itu memaut rakaman tersebut yang berjudul “Pegawai Kastam Yang Terlampau,” dengan kematian seorang pegawat kastam di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan 6 April lalu.
Pemblog itu berpendirian selari dengan kedudukan SPRM dan peguamnya Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah ketika prosiding berkenaan kematian Sarbaini.
Video itu dikaitkan dengan Kastam Diraja Malaysia selepas balu Sarbaini memberikan satu kenyataan kepada Raja Petra Kamarudin yang mengendalikan blog Malaysia Today, mendakwa kenyataan Shafee dan SPRM telah mencemarkan nama suaminya.
Maziah Manap berkata dia tidak gembira dengan kenyataan Shafee kerana mendakwa suaminya cuba mahu melepaskan diri daripada SPRM untuk bertemu dengan seorang rakannya dan bagi memastikan kenyataan mereka adalah konsisten.
Kata blog itu, Sarbaini adalah pegawai kastam yang ada kes rasuah yang sedang disiasat dan “hairannya Raja Petra cuba nak pertahankan kematiannya seolah-olah SPRM ada lakukan ‘foul play’.”
“Macam mana dia tahu maklumat terperinci sedangkan dia berada di London. Dia menceritakan seolah-olah Sarbaini sedang diugut pengakuan dengan disuruh ‘stand on the ledge’,” katanya lagi.
“Peguam Datuk Shafee Abdullah panggil teori dia merapu. ‘Katanya, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra’.
“Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian),” katanya lagi.
Pemblog itu menambah, apa yang ditulis Raja Petra adalah motif pembangkang yang mahu kes Sarbaini seperti mendiang bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock bagi mendapatkan sokongan pegawai kerajaan.
“RPK berbohong kerana SPRM benarkan Sarbaini tukar kenyataan dari ngaku terlibat kepada tidak terlibat,” katanya lagi.
“Pada mulanya Unspinners agak keliru tetapi lama-lama jelas bahwa Sarbaini panik. Masa dia mahu tukar kenyataan mengatakan tidak kenal beberapa ‘forwarder’, SPRM kata mereka akan panggil ‘forwarder’ tersebut.
“Ini yang buat dia panik dan ketika dibiarkan sebentar, dia lari melalui pintu ‘panrty’ ke tingkap. Dia ingat dia boleh lompat ke atap ‘parking’ kereka yang kelihatan rapat tetapi sebenarnya jauh.
Pada 12 September lalu, Shafee berkata keputusan inkues berhubung kematian Sarbaini, Penolong Pengarah Kastam Selangor, perlu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Shafee mewakili SPRM dalam inkues itu berkata tiada sedikitpun keterangan untuk mencadangkan bahawa kematian beliau disebabkan dibunuh atau terdapat pembabitan pihak ketiga seperti didakwa seorang peguam bagi keluarga itu, Awtar Singh.
Shafee berkata, mangsa telah mati selepas jatuh dari belebas tingkap di tingkat tiga tingkat bilik pantri dan ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.
Shafee juga menjelaskan bahawa SPRM tidak mempunyai sebab untuk marah atau kecewa memandangkan bahawa mangsa telah bercadang untuk menukar kenyataannya pada 6 April 2011.
Dalam penghujahan bertulis 19 halaman, Awtar berkata wujud elemen ‘main kotor’ oleh SPRM yang menyebabkan kematian Sarbaini.
“Mungkin SPRM tidak berniat menyebabkan kecederaan kepada mangsa atau membunuhnya, tetapi terdapat elemen kecuaian dalam kes ini yang menyebabkan kematian Ahmad Sarbaini,” katanya.
Awtar berkata siasatan ke atas kematian Sarbaini tidak begitu lengkap kerana banyak persoalan masih belum berjawab termasuk kenapa mangsa berada di luar tingkap.
Koroner akan memutuskan pada 26 September mengenai inkues itu yang bermula pada 4 Julai dan berakhir 4 Ogos lalu. Sumber

Khamis, 22 September 2011

Jawatan Kosong Di Blog Gua.

Untuk perhatian kepada sesiapa yang berminat untuk linkkan blog milik persendirian dilaman ini, sila hantar url blog lu kerana ruang sebelah kanan masih lagi kosong untuk diisi. Gua membuka ruang kepada para pendatang asing yang masih belum mempunyai kad pengenalan (pautan) agar mengambil peluang keemasan ini.

Rabu, 21 September 2011

Najib 'Si Melayu' Yang Tak Pandai Menipu.....!!!!

Lawak antarabangsa dari Najib yang BN tak pandai tipu rakyat, tetapi pakar kelentong. Gua tak tahu apa yang ada dalam pemikiran pendengar. Mungkin pendengar cukup menyampah dengan apa yang diperkatakan oleh Najib. Najib ingat para pendengar mungkin jenis 'Yes Men' macam sebahagian ahli umno/bn yang akan percaya semua perbohongan beliau.

Kasihan gua tengok Najib sekarang ini yang semakin merapu tak tentu pasal semata-mata untuk menangih simpati dari rakyat. Rakyat pun semakin menyampah dengan Najib yang menjadi 'Yes Mom' kepada Rosmah Mansor (RM). Apatah lagi dengan gerakan halus dalam umno yang dinamakan 'Bersihkan Najib', satu gerakan untuk menjatuhkan beliau diatas segala tindakan RM. Ramai ahli umno semakin sedar dengan tindakan salahguna kuasa oleh RM sampaikan mereka mempersoalkan siapa sebenarnya Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak atau Rosmah Mansor. Lu sendiri fikir kerana lu pun boleh fikir secara waras dengan kata-kata Najib nih. Lu baca sendiri kat bawah nih.....

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat apatah lagi menyeleweng fakta sejarah sepertimana yang dilakukan pembangkang.
Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berada pada landasan yang benar dan jelas serta sentiasa menunaikan janji dan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat serta negara.
Beliau berkata apa yang dilaungkan oleh pembangkang, antaranya janji semasa pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan sehingga sekarang, hanya untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata.
“Perjuangan kita (BN) ialah untuk menentukan negara kita semakin maju dan rakyat semakin makmur. Dari dulu lagi kita memperjuangkan perkara ini... bukan perkara baru,” kata beliau dipetik Bernama Online.
“Kita ada agenda yang amat jelas... pihak lain (pembangkang) tidak ada sesuatu yang boleh kita pegang, kepada cakap-cakap dan janjinya,” katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri  Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana hari ini.
Najib berkata kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat telah lama diperjuangkan kerajaan BN, namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta.
“Apa yang penting, kita bekerja kuat memberi penjelasan sehingga ke peringkat akar umbi. Kita mesti membetulkan fitnah yang ditabur atau fakta yang diseleweang
“Selain menjelaskan perkara ini (fitnah dan fakta yang diseleweng), kita juga perlu jelaskan Umno dan BN sebagai parti yang mendahului kelok pembaharuan. Jangan mereka (rakyat) anggap (Umno dan BN) sebagai parti lama, parti yang tiada idea baru... tiada kesegaran dalam perjuangan,” katanya.
Najib, yang juga penaung persatuan itu berkata, sekiranya pembangkang diberi kuasa memerintah Malaysia, ia boleh membawa sejarah hitam kepada negara ini.
“Nauzubillah, kalau dia (pembangkang) dapat kuasa, saya fikir dia nak rombak segala-galanya apa yang kita pertahankan, kita warisi. Nak tafsir sejarah (ikut mereka), nak tukar bendera... banyak lagi perkara karut yang mereka akan buat,” katanya.Sumber

Selasa, 20 September 2011

Rumah Mat Sabu Disabotaj Kerana Kalah Berhujah, Ada akal ker Lu....!!!!

Kediaman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian pagarnya terbakar.

Anak perempuannya Nurul Huda berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, beliau mendapati bahagian pagar depan dan lantai halaman rumahnya terbakar, selepas dimaklumkan jiran.

NONE"Saya tak nampak api. Waktu saya keluar rumah (api) sudah tiada. Cuma ada bau minyak dan gas," katanya yang berseorangan di rumah ketika itu.

Ibunya ketika itu berada di kampung halamannya di Perlis manakala Mohamad pula dipercayai mempunyai program di Pulau Pinang pada masa itu.

Nurul Huda, 27, berkata, jiran-jiran memaklumkannya melibat dua lelaki berada sekitar kawasan kediaman mereka sebelum mendapati api menyambar pagar rumah Mohamad.

Api itu juga dipadam terlebih dahulu oleh jirannya sebelum memaklumkan kepadanya kejadian itu, kata peguam muda itu.

'Sudah berjaga-jaga'
Menceritakan kembali detik-detik semalam, Nurul Huda berkata, sejurus lepas kejadian, beliau terus menelefon pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.

"Polis datang kira-kira pukul 1 pagi. Saya buat laporan polis di situ juga. Salinan repot saya ambil pagi tadi," katanya ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

NONEDitanya sama ada beliau merasa takut selepas kejadian yang pertama kali menimpanya itu, Nurul Huda berkata tidak kerana sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam masa terdekat.

"Saya sudah rasa lain macam dalam dua, tiga hari sejak lampu jalan depan rumah saya tidak menyala. Jadi, saya sudah ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya. Sumber

Air Mani Boleh Tahan Lebih 100 Jam, Hebat Ciptaan Allah S.W.T. Gua Tak Sokong Sape-Sape Kerana Gua Sokong Kebenaran.

 

Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka - pakar DNA dari Australia - Dr Brian Mc Donald bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam.

brian mcdonald storyPerkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Yusof merujuk kepada artikel 1997 yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan.

Yusof:
 Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?

McDonald: Saya bersetuju.

Dalam artikel 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun telah menjadi satu pertikaian di kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik.

Bukan mustahil
Yusof juga sebelum itu merujuk kepada tiga jurnal perubatan kes rogol luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih daripada 100 jam.

Dr McDonald yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam mengendalikan ujian DNA mendapati perkara tersebut adalah mustahil dan enggan bersetuju dengan cadangan Yusof.

azlanBeliau yang disoal peguam bela Ram Karpal Singh sebelum ini berkata penemuan berkenaan amat jarang berlaku dan ia tidak boleh dijadikan rujukan.

Namun beliau tidak menafikan perkara tersebut bukan mustahil.

Suasana juga tegang seketika apabila Yusof cuba memaksa pakar Australia itu supaya bersetuju dengan penemuan dalam jurnal yang dikemukakan termasuk menyuruhnya membuat andaian ia rujukan sahih.

"Saya tidak boleh baca kerana ia tiada rujukan untuk perbandingan. Melainkan ada orang boleh terjemah. Saya yakin orang dalam perbicaraan ini tidak boleh baca jurnal itu (yang dalam bahasa Thailand)," katanya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Peguam Ram Karpal kemudian membantah tindakan Yusof.

"Anda tidak boleh suruh saksi untuk buat andaian maklumat dalam bahasa Thai," katanya dan dibenarkan hakim.

Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu spesimen yang diperolehi dari dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah mencecah tempoh masa hampir 100 jam sebelum diuji makmal Jabatan Kimia Malaysia.

azlanMalah peguambela mendakwa sampel berkenaan tidak dikendalikan dengan baik dan berlaku pencemaran.

Bagaimanapunlaporan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan sperma berada dalam keadaan baik ketika diuji walaupun telah terdedah kepada persekitaran.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...