Translate

Mesti Baca

Sabtu, 17 September 2011

Najib, Si Melayu Tipu Rakyat 1Malaysia.


ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru akan digubal, gua pun fikir dua kali nak percaya atau pun tidak dengan kata-kata manis pemimpin yang semakin terdesak. Lu pun kena fikir betul-betul dengan apa yang dijanjikan oleh Najib kerana ia bukan senang, hari janji besok jadi pasal Najib bukannya ada teko Aladdin. Nak mansuh ISA kena masuk parlimen dulu untuk dibahas, tapi bila tu. Nazri sipenjaga parlimen kata tahun hadapan baru diusulkan dan nampak sangat Najib tak ambil serius apa yang beliau janjikan.

Jika benar Najib ambil serius perkara ini, beliau patut panggil sidang tergempar parlimen supaya akta jahanam itu boleh diusulkan, dibahas dan terus dimansuhkan. Pasal itu ler gua tak angkat pot dengan kata-kata manis Najib nih kerana gua tahu akan ada corner baringnya. Gua percaya dua undang-undang baru itu mungkin lebih hebat dari akta ISA dan yang pasti, kepentingan beliau dan Rosmah akan diutamakan.

Mungkin Najib sudah melihat tanda-tanda kejatuhan beliau dan juga Barisan Nasional dalam PRU 13 akan datang maka jalan selamat ialah beliau melakukan suatu perkara yang akan menyelamatkan beliau, Rosmah dan keluarga dari dakwaan seperti kekebalan kepada bekas Perdana Menteri/First Lady.

Janji yang akan gua kotakan pada lu all jika gua menang pada PRU 13 nanti, yang pertama sekali gua akan tutup sempadan negara baik melalui darat, udara dan laut. Lu tahu ker apasal gua utamakan perkara nih...!!!!! Pasal gua tak nak para baka-baka penjajah meloloskan diri bila kalah. Lu all mesti faham, gua and the gang akan buka semua fail-fail lama dan yang tak ada fail lagi tu, gua akan buka fail baru segala salahguna kuasa, rasuah atau pun meletupkan orang. Lu jangan bimbang jika lu tak bersalah, gua tak akan naya-naya lu macam baka-baka penjajah lakukan.

Gua paling suka korek first lady punya skandal pasal gua banyak syok kat first lady. Mungkin gua kena bina satu muzium untuk meletakkan segala khazanah yang telah beliau curi. Buat para pencacai baka-baka penjajah jangan dok dengki kat gua pasal lu pun tahu gua punya blog tajuk ape. Seperti yang gua kata, gua tetap tidak percaya dengan kata-kata lakinya yang sudah mula bina kilang gula kat bibirnya.

Bagi gua, selagi Najib tak bebaskan semua tahanan ISA di Kem Kemunting, gua anggap ia hanyalah rektorik politik semata-mata. Macam mana gua nak percaya kerana Akta Darurat 1969 sampai sekarang belum dimansuhkan. Gua tak nampak pun ada huru hara sekarang ini melainkan provokasi yang dimainkan oleh puak-puak Pukida dan Perkosa.

Jumaat, 16 September 2011

Ejen FBI Diajar Islam Serong, Macam Umno Jer...!!!!

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengajar ejen antikeganasannya pelbagai perkara tidak benar tentang Islam, antaranya majoriti penduduk Islam Amerika berkemungkinan besar menyokong pengganas dan Nabi Muhammad SAW pula adalah seorang 'pemimpin kumpulan ajaran sesat'.

Turut diajar ialah amalan bersedekah yang dituntut oleh agama Islam hanyalah 'mekanisme pembiayaan untuk berperang'.

Perkara itu terkandung dalam berpuluh-puluh muka surat dokumen latihan FBI mengenai Islam yang diperoleh oleh akhbar Huffington Post.

Di pusat latihan FBI di Quantico, Virginia, ejen-ejen diperlihatkan carta yang menggambarkan 'lagi warak seseorang Muslim, lagi besar kemungkinannya dia akan bertindak 'ganas'.
Kecenderungan tersebut tidak dapat dibetulkan, menurut bahan latihan FBI itu.

"Perang ke atas orang kafir adalah wajar mengikut undang-undang Islam, dan proses penyederhanaan tidak boleh berlaku jika al-Quran terus dianggap sebagai kalam Allah yang muktamad dan tidak boleh dipinda," menurutnya.

Dalam manual latihan itu, agama Islam yang mendapat perlindungan di sisi Perlembagaan AS dan menjadi anutan berjuta-juta rakyat Amerika dipaparkan sebagai petunjuk aktiviti keganasan.

Namun bekas ejen antikeganasan yang mendedahkan modul pengajaran itu berkata, FBI bukan sahaja mempunyai asas undang-undang yang goyah untuk memaparkan rakyat AS beragama Islam yang mematuhi undang-undang sebagai bakal pengganas, tetapi pendekatan biro itu juga boleh dieksploitasi oleh al-Qaeda.

Dengan memberi fokus terhadap amalan agama penduduk Islam Amerika, dan bukan terhadap petanda aktiviti keganasan seperti menyimpan senjata api atau menggunakan pembiayaan tidak telus, kemungkinan besar FBI akan gagal mengesan amaran sebenar tentang keganasan, kata bekas ejen.

Menggambarkan Islam sebagai tidak boleh dipisahkan daripada keganasan adalah propaganda yang disebarkan oleh al-Qaeda yang juga mahu menunjukkan AS memerangi Islam, kata mereka.

Atas sebab itulah, pendedah maklumat dalam FBI menyalurkan bahan-bahan tersebut kepadaHuffington Post.

Orang ramai boleh meneliti kertas taklimat FBI yang dimuat turun di laman web akhbar itu dengan melayari: http://www.wired.com/ images_blogs/dangerroom/2011/09/ fbi_islamic_law.pdf

Sejak beberapa tahun lalu, pertubuhan hak sivil Islam Amerika menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan pemantauan FBI dan polis di masjid dan pusat-pusat komuniti Islam.

Mereka khuatir segala tindak-tanduk mereka yang tidak menyalahi undang-undang kini menjadi sasaran di bawah kempen memerangi keganasan.

Dokumen tersebut boleh membantu menjelaskan mengapa FBI dan polis meningkatkan pemantauan terhadap penduduk Islam. - Agensi

Khamis, 15 September 2011

"Mat Indera Bukan Komunis, Dia Pejuang Kemerdekaan".- Pak Majid


IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor". "Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya". Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.

Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Dr Muhaimin Sulam bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya semalam, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor. 

Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera."Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid. Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Inera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu. Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM. "Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya. 

Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris. "Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan. Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak. "Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya. 

Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa. Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.



DS Nizar menziarahi Pak Majid

Sebelum daripada ini, DS Nizar telah sempat menziarahi Pak Majid dirumah anaknya. DS Nizar yang baru sahaja pulang daripada Mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur, telah sudi meluangkan masa untuk menziarahi pejuang kemerdekaan ini yang semakin uzur dilewat usianya.

Sungguhpun kelihatannya lemah, namun tidak pada semangatnya. Pak Majid dengan suara yang kedengarannya tenggelam timbul, nyata masih mempunyai ingatan yang kuat mengenai zaman perjuangannya menentang penjajah. 

Sebaik sahaja topik tersebut diutarakan, Pak Majid akan mengimbau kembali saat-saat itu dengan sepenuh tenaga dan semangat. Masih banyak peristiwa-peristiwa dan juga nama-nama yang melekat kuat diingatannya. Satu persatu akan dihuraikan dengan baik.

Pak Majid juga telah menghasilkan banyak buku-buku sejarah perjuangan kemerdekaan. Semoga jasa memperjuangkan kemerdekaan negara oleh Pak Majid dan juga rakan-rakannya yang lain tidak dilupakan begitu sahaja. Lebih malang lagi, jasa-jasa mereka ini telah ditutup dengan sejarah negara yang direka-reka untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sahaja.



DS Nizar membacakan selawat syifa'

DS Nizar sedang meneliti antara buku-buku tulisan Pak Majid

Pak Majid menceritakan sesuatu mengenai buku tulisannya

Kredit: Ajijoi

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...