Translate

Mesti Baca

Sabtu, 10 September 2011

Sejarah Yang Diseleweng: Malaya Adalah Tanah Jajahan Bukan Negara Yang Dinaungi British..

Lu tahu ker apa yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman nih?

Nampaknya semakin ramai profesor kat Malaysia nih dah jadi profesor kangkung kerana ingin menjadi pengampu Umno/BN dan tanpa merasa malu, mereka sanggup merubah fakta sebenar mengenai erti sebenar penjajahan, naungi dan dilindungi. Gua pun hairan kenapa Tunku Abdul Rahman menyebut 'Merdeka' kerana yang menyebut perkataan 'Merdeka' ini untuk negara yang dijajah dan bukannya untuk negara yang dilindungi atau pun dinaungi.

Profesor pun dah pandai kencing rakyat Malaysia tentang sejarah dan kerana itulah kerajaan ingin mengkaji semula buku sejarah Malaysia. Lu mesti ingat kajian yang hendak dilakukan oleh kerajaan Umno/BN bukan bermaksud memperbetulkan apa yang ada sekarang ini tetapi untuk kencing lebih banyak lagi pemikiran rakyat Malaysia. Yang pasti, mereka akan lenyapkan terus pejuang-pejuang sebenar dengan menampilkan kehebatan para pemimpin Umno yang semakin celaka.

Gua pernah membaca satu sumber tentang sejarah Malaya mengikut pandangan empayar British yang menyatakan bahawa Malaya adalah tanah jajahan mereka yang paling kaya. Mengikut sumber tersebut lagi, selepas empayar British terlibat dalam peperangan yang disertai oleh mereka, empayar British hampir muflis tetapi ianya di selamatkan oleh sebuah tanah jajahan mereka yang kaya dengan bijih besi dan getah dan tanah jajahan yang dimaksudkan oleh mereka ialah Tanah Melayu.
Lu agak ini perarakakan apa, kereta berhias ker...!!!

Gua hairan dengan para profesor-profesor kangkung ini yang bukan main hebat lagi mengeluarkan kenyataan bodoh semata-mata untuk menjadi pencacai Umno yang semakin hari semakin celaka. Mungkin gua lagi hebat dari profesor-profesor kangkung ini dalam memahami erti dijajah dengan dilindungi. Sebelum tercetusnya peperangan dunia ke 1 dan 2, kenapa negeri-negeri yang berada di Tanah Melayu perlukan pelindungan British. Mereka pasti akan kata ancaman daripada Siam dan gua gerenti ini alasan mereka untuk mempertahankan hujah mereka.

Kalau takat untuk dilindungi dari Siam, gua rasa lebih baik Kelantan, Kedah, Terengganu bagi ufti setahun sekali kat Siam, ini baru dipanggil 'Dilindungi'. Bukan macam British, dah ler semua hasil mahsul yang berada dalam negara yang 'Dilindungi' dibawa balik ke negara mereka, malah cukai kepala, cukai kelapa yang segala tok nenek cukai dikenakan ke atas orang-orang Melayu. 

Maka gua istilahkan yang kita sekarang ini pun masih lagi dijajah oleh anak emas British (umno celaka) yang mengenakan bermacam-macam cukai dan yang terbaru ialah cukai prepaid 6%, cukai kereta terpakai 12-30 %. Lu jangan berlagak nak laungkan 'Merdeka' kerana lu sebenarnya belum merdeka pun. Gua nak tanya sikit kat para pencacai penjajah umno celaka, sebelum bapak umno celaka berambus, kita pakai mata wang apa??? Ringgit ker, RM ker atau pun mata wang British pasal gua masih simpan duit empat segi 1/2 cent Malaya yang tertera gambar dan perkataan Emperor King George VI. Apa pun, RM (Rosmah Mansor) tetap dihati gua.

Penjajah umno celaka mengenakan bermacam-macam cukai atas lu dan RM seronok-seronok beli cincin belian RM 73juta, Gelang RM 2.4 juta, beg RM 90,000-110,000 satu (mungkin ada rak khas untuk meletakkan beg-beg), kereta anak-anak benilai juta-juta RM dan shooping yang banyak RM-RMnya hasil dari penjajahan mereka keatas 24 juta rakyat negara ini. Gua tak masukkan 3 juta yang dikatakan menjadi ahli penjajah umno celaka nih.

Jika lu tak percaya apa yang gua tulis nih, lu tanya PM British sekarang nih. Bukan main marah Brahim katak bila Mat Sabu kata Dato Onn dan Tunku adalah pegawai British dan di sinilah lu boleh lihat bagaimana banggangnya para pencacai umno celaka. Gua tengok sekarang nih, umno celaka lebih sial daripada bapak mereka (British). Lu nak jadi celaka senang jer, lu masuk umno pasti lu akan jadi celaka dulu, kini dan selama-lamanya. 

Untuk maklumat, gua tahu siapa di sebalik gerakan yang dinamakan 'Bersihkan Najib'. Gerakan ini sebenarnya sudah lama bergerak dan bukan 3-4 bulan yang lepas seperti yang diperkatakan oleh banyak pihak.

Khamis, 8 September 2011

Antara Dua Darjat, Elit Dan Marhaen: Dr Burhanuddin Lebih Popular Berbanding Dato Onn Dan Tunku.

Mohamad Sabu yang berhadapan dengan siri kritikan sejak dua minggu lalu menimbulkan beberapa persoalan baru mengenai fakta kemerdekaan malam tadi, antara lain menekankan bahawa Burhanuddin al-Helmy sudah pasti menjadi pilihan rakyat sebagai pemimpin mereka jika satu referendum telah diadakan sebelum kemerdekaan.

Timbalan Presiden PAS (gambar) berkata Burhanuddin yang dilahirkan di Kota Baru dan merupakan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) lebih diterima berbanding Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Datuk Onn Jaafar sendiri.

Onn menubuhkan Umno dan beliau digantikan oleh Tunku Abdul Rahman, yang merupakan Bapa Kemerdekaan dan perdana menteri yang pertama.

“Kalau British telah mengadakan referendum (sebelum memberi kemerdekaan) antara Burhanuddin, Tunku Abdul Rahman dan Burhanuddin, saya fikir rakyat pilih Burhanuddin,” kata beliau pada forum bertajuk Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

“. . . beliau telah disumbat (dimasukkan ke dalam penjara . . . Ahmad Boestamam (sekali) . . . kalau diadakan referendum, (rakyat) akan pilih Burhanuddin,” kata beliau sambil menambah, dari awal lagi kesemua pertubuhan dan organisasi telah diharamkan kecuali Umno oleh British semasa mengisytiharkan Darurat.

Darurat diisytiharkan pada 1948 dan berlarutan sehingga 1960.

“Jadi, dia (Umno) sahaja yang tinggal,” katanya yang menimbulkan bahawa tiada persaingan politik ketika itu.

Dua anggota panel forum malam tadi lain ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan penulis blog, Hishammudin Rais.

Adik Mat Indera, Baharom Shah Indera juga hadir sebagai tetamu khas pada forum itu.

Mengikut fakta sejarah, PKMM menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris dan Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan “kesatuan politik” Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.

Kepimpinan PAS berpindah tangan kepada Burhanuddin pada 1956.

Beliau digambarkan sebagai seorang “nasionalis radikal dan pemikir Islam” dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1965.

Beliau juga pernah ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura dan memenangi kerusi Parlimen Besut pada pilihan raya umum 1959.

Dalam ucapannya, Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu menimbulkan persoalan sama ada ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang mengetuai serangan yang membawa kepada kematian Sir Henry Gurney wajar dianggap sebagai pengkhianat negara.

Gurney, pesuruhjaya tinggi British ditembak mati pada 6 Oktober 1951 di Bukit Frazer dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat.

“Chin Peng (yang mengetuai PKM) yang membunuh Henry Gurney . . . jadi antara Chin Peng dan Henry Gurney, siapa pejuang dan pengkhianat? Saya tak mahu cakap, anda fikir sendirilah... kalau saya cakap kan, nanti mereka kata (saya penyokong komunis) . . . ,” kata beliau yang kini berhadapan dengan siasatan polis berhubung kenyataannya tentang tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu.

Semalam, polis Pulau Pinang berkata pihaknya telah menyiapkan kertas siasatan terhadap Mohamad yang didakwa berkata pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan.

Mohamad turut disiasat menurut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat. Sehingga kelmarin sebanyak 266 laporan polis terhadap Mohamad telah diterima di seluruh negara.

Mohamad yang lebih dikenali “Mat Sabu” mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Malah kata beliau ucapannya mengenai Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad Indera itu juga disokong oleh buku dikeluarkan oleh kerajaan negeri Johor dengan judul “Pengukir Nama Johor”. 

Sumber: MInsider

MB Johor Buat U-Turn, Tuduh Mat Indera Pengganas Pulak. Memang Dasar Umno Celaka Menipu.

Penjajah British bersama barua-barua yang diasuhi mereka. Anda sendiri takrifkan, adakah mereka wira atau pengkhianat bangsa.

Daripada pengkhianat, sekarang Mat Indera dituduh pengganas pula oleh Menteri Besar Umno yang mana kerjanya menipu rakyat dari dulu, kini dan selama-lamanya. MB Umno celaka ini berkata kepada Bernama Online, "Apabila British menguat kuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan". Untuk lebih jelas, lu baca sendiri tuduhan MB Umno celaka ini disini. 

Daripada kenyataan MB Umno celaka dari Johor ini, lu boleh buat tafsiran sendiri bagaimana Umno celaka telah menganggap British bukan penjajah tetapi sebuah kerajaan yang sah dan kerana itulah hanya Umno celaka sahaja yang tidak diharamkan. Malah Umno celaka dianggap sebagai barua, anak emas, pencuci punggung yang amat-amat disayangi oleh British. Apa sahaja kemahuan Umno celaka akan dipenuhi oleh British, salah satunya ialah pengharaman parti-parti politik berhaluan kiri yang menuntut kemerdekaan secara total adalah dari idea Umno celaka.

Lu boleh tipu ahli-ahli Umno celaka yang sudah lama hilang keMelayuannya dan kerana itulah nama PERKEMBAR tidak digunakan. Lu agak-agak, dalam 3 juta (itu kata Umno celaka) ahli Umno celaka, berapa peratuskah ahli-ahli Umno celaka yang betul-betul melayu tulen. Mungkin presiden kelab putera Umno yang banyak autanya atau ketua pemuda Umno Pulau Pinang atau Mahathir yang mudah lupa. Ada kala gua pun tak boleh nak agak bila ada protes daripada Umno celaka dengan mic terhadap satu-satu isu yang dibawa oleh mereka. Pasal bila dua parti dari BN ni bersatu, gua tak tahu mana satu ahli Umno celaka dan mana satu ahli MIC, pasal wajah dan kulit mereka seakan-akan sama. Bukan gua nak hina apa yang Allah s.w.t. ciptakan.

Gua tak tahu nak kata apa kat MB Umno celaka dari Johor nih kerana daripada kenyataan beliau kepada Bernama Online, beliau boleh dikatakan terlalu mengagung-agungkan British. Lu all sudah tahu bagaimana keadaan Umno celaka yang amat disayangi oleh British dan kerana itulah British tidak mahu ada parti lain untuk mencabar Umno celaka, kerana itulah slogan Umno celaka ialah 'Hidup Melayu' dan bukannya 'Merdeka'. Mana-mana sejarah dunia yang gua baca, tiada yang menyatakan para barua penjajah adalah wira malah mereka dianggap sebagai pengkhianat bangsanya sendiri dengan bersekongkol dengan negara yang menjajah.   
Mat Indera sewaktu ditahan oleh barua-barua British. Celaka lu barua, apa tersenggeh-senggeh.

Untuk pengetahuan lu all, slogan 'Musuh kepada musuh adalah kawan kita' ini diguna pakai di setiap negara-negara yang dijajah dan apa rasional polis yang mempertahan Bukit Kepong boleh dianggap wira sedangkan mereka bekerja dan dibayar gaji oleh pihak British. Serangan tersebut berlaku semasa era British iaitu 7 tahun sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan secara pintu belakang dari ayahanda Umno celaka (British). Jika Mat Indera dianggap pengganas oleh MB Umno celaka dari Johor nih, kenapa Sultan Johor (jika tak silap gua, Sultan Ibrahim) tidak ingin tandatangan pelaksanaan hukuman gantung terhadap Mat Indera. Ini bermakna perjuangan Mat Indera diiktiraf oleh Sultan Johor dan kerana hendak berbudi pada Umno celaka, MB Johor sanggup menderhaka terhadap keputusan Sultan Johor. Realitinya, Umno celaka memang sudah lama pun derhaka para raja-raja Melayu.

Dalam pada itu, MB Umno celaka dari Johor berkata, "Bagaimana pun, mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British". Apa rasionalnya beliau berkata begitu jika semua parti politik telah diharamkan oleh British atas arahan Umno celaka. Perlukah Mat Indera masuk Umno celaka untuk menjadi pencacai British?. Inilah MB Umno celaka tahap bangang kerana buta erti perjuangan. Kalau sudah tiada platform untuk berjuang dan hanya PKM sahaja yang masih wujud, itulah jalan terbaik untuk Mat Indera berjuang tanpa mengadaikan agamanya hatta dengan komunis sekali pun. Sedangkan Umno celaka bukan sahaja mengadaikan maruah malah agama pun mereka gadaikan, mereka menjadikan kehidupan lebih barat dari barat. 

Bagi pencacai British ketika itu, kehidupan sosial yang dibawa masuk oleh British adalah terbaik dan kerana itulah arak dan judi lumba kuda tidak haram, malah ia menunjukkan betapa tinggi status seseorang itu jika mengikutinya. Gaya hidup dengan seluar pendek bagi lelaki dan pakaian ketat tanpa menutup aurat bagi perempuan adalah yang terbaik, agama tolak ketepi kerana ia akan menganggu. Apa tidaknya jika bukan itu haram buat ini haram, macam mana nak hidup. Benarkah Malaysia benar-benar sudah merdeka seperti mana sambutan kemerdekaan ke 54 yang dilakukan baru-baru ini. Bagi gua hanya orang-orang yang bodoh sahaja yang menganggap Malaysia sudah merdeka kerana bagi gua, pemikiran para pemimpin Umno celaka masih lagi dijajah. Apa..... lu ingat ingat British senang-senang jer nak bagi kemerdekaan macam petik jari ker tanpa meninggalkan anak-anak luar nikah mereka untuk mentadbir negara yang mereka akan tinggalkan. lu sendiri fikir ler....!!!!!

Akan bersambung......

Ahad, 4 September 2011

Sejarah Yang Diseleweng: Jepun Telah Memberi Kemerdekaan Kepada Malaya Dan Indonesia Sebelum Mereka Tewas.

Bolehkah mereka dianggap sebagai wira atau pun sebagai barua British.
Ini gambar semasa Malaya masih dijajah dan melayu sebagai penjaga 'Kerbau Balau'

Nampaknya kali ini gua akan menulis tentang sejarah sejak isu Mat Sabu mengangkat Mat Indera sebagai wira. Kerana isu ini, semua penyelewengan Umno akan terbongkar sikit demi sedikit tentang perkara yang berlaku di zaman penjajahan British. Para sejarahwan-sejarahwan yang menjadi pencacai Umno terpaksa membuka kembali buku-buku sejarah mereka untuk mempertahankan segala penyelewengan Umno terhadap sejarah. Gua masih ingat kata-kata guru sejarah gua pada era 70 an dulu yang menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah telah diolah mengikut selera penjajah British. Lu baca sini...

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Umno dibawah pimpinan Dato Onn tidak ingin Malaya diberi kemerdekaan dan kerana itulah slogan mereka ialah 'Hidup Melayu'. Para anak didik penjajah British (UMNO) dengan angkuh mengatakan bagaimana Malaya nak merdeka jika jarum sebatang pun tak pandai nak buat. Mereka lebih selesa duduk dibawah ketiak penjajah British kerana pangkat dan kesenangan yang diberikan oleh penjajah British terhadap mereka. Lu boleh lihat dan dengar bagaimana kehidupan ala barat para pemimpin Umno di mana boleh dikatakan setiap rumah para pemimpin mereka mempunyai bar (ruangan untuk minuman keras).
Semasa penjajahan Jepun, Melayu yang bersekongkol dengan Jepun dianggap pengkhianat tetapi tidak bagi yang bersekongkol dengan penjajah British. Lu sendiri fikir, baik penjajah Jepun mahu pun penjajah British, mereka tetap musuh kepada rakyat Tanah Melayu. Lu tanya pemimpin Umno siapa yang bagi senjata kat komunis untuk melawan Jepun, China atau pun British. Kemana perginya para pegawai British semasa Malaya ditakluki Jepun dan apa pula jadi kat Melayu yang jadi barua British. Adakah mereka bersama-sama mengangkat senjata melawan Jepun atau pun menjadi talam dua muka kerana para pemimpin Umno memang terkenal dengan sikap bermuka-muka seperti lalang. Bila penjajah British memerintah, mereka jadi barua British dan bila Jepun memerintah, mereka menjadi barua Jepun.

Sampai sekarang sikap mereka itu sudah menjadi darah daging mereka dan lu boleh tengok perangai mereka walau pun sudah 54 tahun merdeka. Sekarang mereka menjadi barua kepada Rosmah (Perdana Menteri Malaysia) dengan mengibas secukup-cukupnya sampai nak tercabut pergelangan tangan. Merekalah benteng dalam mempertahankan segala tindak tanduk yang dilakukan oleh Rosmah tanpa merasa malu. Kalau dah jenis barua, sampai bila-bila akan jadi barua.

Semalam, Astro ada wawancara Datuk Azimu, bekas Senator dan veteran Umno Ulu Kinta. Bukan main berlagak lagi beliau mengutuk Mat Sabu dan PAS. Gua pun nak tanya beliau apa erti sebenar merdeka kerana salah seorang anak jagaannya adalah penagih tegar. Apakah bagi beliau erti kemerdekaan ialah negara sudah bebas dari penjajahan British...!!! Jika itu jawapannya, makin beliau tidak layak bercakap tentang kemerdekaan walau pun beliau seorang veteran Umno. Biar gua story sikit buat veteran-veteran Umno haprak yang masih jahil tentang sejarah dan isu Mat Sabu.

Dalam isu ini, Mat Sabu dan PAS tidak perlu meminta maaf tetapi Umno dan sekutunya yang perlu meminta maaf terhadap rakyat Malaysia di atas segala tipu helah dan perkhianatan mereka terhadap rakyat. Rakyat telah dibohongi sampai ke akar umbi dengan memaparkan pemimpin mereka sebagai pejuang kemerdekaan dengar angkuh menggelar penentang penjajah British sebagai pengkhianat, lu baca disini.

Lu (pemimpin Umno/BN) faham ker apa yang Mat Sabu katakan...!!!! Beliau bercakap semasa Malaya masih dijajah oleh bapak kesayangan lu (British) dan ini bermakna sesiapa sahaja yang menentang penjajah dianggap wira dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan penjajah pula dianggap pengkhianat. Lu baca sejarah mana-mana negara pun, itulah realitinya dan jika lu (Umno/BN) tak boleh terima maka pergi mampus ler lu semua. Mat Indera berjuang di Bukit Kepong 7 tahun sebelum Malaya merdeka dan Umno ketika itu adalah barua kepada penjajah British. Jika pertempuran itu berlaku selepas merdeka, jangan kata lu (Umno/BN dan pencacainya), gua pun akan kata Mat Indera sebagai pengkhianat.
 Bolehkah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa akan perjuangan Let. Adnan semasa era Jepun. Jika beliau berjuang atas dasar agamanya maka selamatlah beliau, bagaimana jika beliau berperang atas nama British...!!!

Walau siapa pun tanpa mengira lu Melayu ker, Cina ker, Sikh ker atau India ker, lu tetap dianggap sebagai barua penjajah atau lebih tepat ialah pengkhianat terhadap bangsa dan negara lu sendiri. Oleh itu gua sarankan agar lu all (Umno/BN) minta Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa adakah kematian polis Melayu yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong mati syahid atau pun tidak agar perkara ini jelas di mata rakyat Malaysia sebagaimana Mufti Perak, SS Harussani memfatwakan kematian jurugambar Bernama yang bertugas di Somalia, Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid fisabilillah. Syahid yang tidak menyamai kematian ibu mengandung atau nelayan yang mati lemas semasa mencari rezeki kerana itu adalah syahid dunia.

Sebelum Jepun kalah dalam perang Dunia ke 2, pihak Jepun telah menjemput pejuang sebenar di era penjajahan British ke negara tersebut untuk membincangkan kemerdekaan Malaya dan Indonesia. Dr Buhanuddin, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakub dan pemimpin Indonesia yang diketuai oleh Sukarno telah berlepas ke Jepun untuk merundingkan kemerdekaan dua Gugusan Tanah Melayu Raya. Sukarno sempat mengistyihar kemerdekaan Indonesia tetapi Tanah Melayu tidak sempat diisytihar merdeka kerana kekalahan Jepun kepada tentera berikat. Selepas Jepun kalah, komunis mengambil alih pemerintahan Malaya sebelum kedatangan semula penjajah British kembali menjajah Malaya dengan sokongan para pemimpin Umno.
 Haji Abdul Rahman Limbong yang terpaksa menghabiskan usianya di Mekah. Beliau telah dibuang negeri oleh penjajah British kerana perjuangannya untuk Islam. Di mana perginya pemimpin sekular Umno ketika itu?. Ooooppppp lupa, Umno celaka belum diperanakkan lagi oleh British.

Biar sebanyak mana pun penipuan yang dilakukan oleh pemimpin Umno yang menjadi anak emas penjajah British, ia akan tetap terbongkar. Bagi gua, sudah lama gua menganggap Dr Buhanuddin, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaacob, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Abdullah C.D, Ustaz Abu Bakar Baqir, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan semua yang menentang penjajahan British adalah wira sebenar. Bagi gua, para barua British yang terdiri daripada pemimpin Umno adalah pengkhianat bangsa dan agama.
Akan bersambung.....

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...