Translate

Mesti Baca

Sabtu, 3 September 2011

Sejarah Yang Diseleweng: Pemimpin Umno Adalah Pengkhianat Sebenar Negara.

Mat Indera ditahan dan betapa senyumnya barua British nih.

Heboh satu negara bila Mat Sabu memperakui Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong sebagai wira dan anggota polis yang mempertahankan balai tersebut dianggap sebagai pengkhianat. Bagi gua apa yang dikatakan oleh Mat Sabu adalah sejarah yang tepat biar pun yang menjadi polis British adalah dari kalangan orang Melayu.

Gua sudah lama mencadangkan agar mata pelajaran sejarah dikaji semula kerana ia telah diliwat dan di seleweng secukup-cukupnya oleh Umno dan para sejarahwan kangkung yang menjadi pencacai tahap sial dengan bantuan bapak kesayangan mereka (British). Tapi siapa ler gua untuk melakukannya dan gua cukup bersyukur kerana ianya telah dipanjangkankan oleh Mat Sabu.

Yang cukup buat lawak ialah Timbalan Ketua Polis Negara yang baru sahaja memijak kepala pegawai polis yang lebih kanan untuk jawatan TKPN. Gua pun tahu tahu macam mana merit kekananan pegawai polis telah diselewengkan oleh Umno kerana mengangkat Ketua Polis Selangor sebagai TKPN kerana jika mengikut kedudukkanya, ada 5-8 pegawai yang lebih kanan daripada beliau untuk jawatan TKPN. Beliau menyuruh Mat Sabu belajar semula tentang sejarah atau beliau sendiri yang buta sejarah kerana lama sangat jadi pencacai Umno celaka.

Timbalan KPN buta sejarah kerana beliau mengikut sejarah ke polisi yang diadun oleh penjajah British sejak penubuhannya lebih 150 tahun yang lalu. Beliau sepatutnya mengikut sejarah ke polisi selepas Malaya mencapai kemerdekaan 54 tahun yang lepas, itu pun kalau beliau betul-betul berguru dengan sejarahwan yang betul dan bukannya sejarahwan pencacai yang sedia ada sekarang nih.

Gua tak sangka kat Malaysia ini ramai prof-prof yang masih jahil tentang sejarah atau sekadar menjadi pengampu Umno celaka untuk kesenangan dunia. Gua rasa prof-prof kangkung dan juga mufti patut keluar fatwa tentang polis Melayu yang menjadi barua British mempertahankan Bukit Kepong sebagai mati syahid. 
Anak emas penjajah, Dato Onn, Melayu yang menyuruh penjajah British mengharamkan parti yang berjuang atas dasar Islam.
Melayu yang pernah mengucapkan bahawa undang-undang Islam sudah lapuk. Tunku Abdul Rahman bukan bapa kemerdekaan kerana beliau lebih suka Malaysia berada dibawah pemerintahan British.

Bagi gua, siapa pun bangsa lu, agama lu dan pegangan lu, jika lu menjadi barua semasa Malaya masih dijajah adalah pengkhianat negara yang sebenar. Seperti kata Mat Sabu yang Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman adalah pegawai British yang tidak layak diberi gelaran pejuang kemerdekaan. Perkara ini memang realiti tetapi telah di putar belitkan oleh anak kesayangan penjajah (Umno celaka).

Lu ambil sebagai contoh semasa Dato Onn menjadi Menteri Besar Johor yang mana kata-kata terkenalnya iaitu, 'hubaya, hubaya, bahaya dari gunung'. Kata-kata sakti itulah yang membawa kepada pengharaman parti Hisbul Muslimin dan para pemimpinnya pula ditahan termasuklah Ustaz Abu bakar Baqir.
Jasad Tok Janggut.
Jasad Tok Janggut digantung selama dua hari selepas diarak mengelilingi Kota Bahru. Lu agak mata-mata kat sebelah tu bangsa apa...!!!!
Antara Melayu yang menjadi barua British yang membunuh Tok Janggut. Bagi Umno celaka, inilah wira-wira mereka dan mungkin juga mengikut takrif TKPN.

Tok Janggut pula dituduh sebagai pengkhianat oleh pihak istana Kelantan atas desakan penjajah British dan beliau sendiri syahid ditembak mati oleh sekumpulan tentera barua British yang mana bangsa Melayu pun menganggotainya. Selepas dibunuh, mayatnya di arak sampai ke Kota Bahru dan digantung dengan kepala ke bawah selama dua hari. Dikatakan yang jasadnya terputus dua setelah ditembak bertubi-tubi oleh para barua-barua British selepas dua hari digantung. Melayu yang turut serta menembak mati Tok Janggut inilah yang disanjung oleh Umno celaka sebagai wira. Bagi lu wira tetapi bagi mereka-mereka inilah pengkhianat sial tahap jahanam.

Lu bukan main lagi mempropagandakan isu Mat Indera sebagai pengkhianat sedang Umno celakalah pengkhianat total bagi rakyat Malaysia. Mat Indera berperang sebelum Malaya merdeka dan para pemimpin elit Umno celaka pula adalah pegawai kesayangan British. Umno celaka dengan slogan 'Hidup Melayu' tetapi KMMM dan Hisbul Muslimin pula dengan slogan 'Merdeka', jadi lu fikir sendiri ler siapa pengkhianat dan siapa pula wira.

Gua nak tanya Karpal Singh yang lu bising-bising apa hal...!!!! Mungkin kerana spesis lu yang pakai Saraban paling ramai menjadi tentera upahan penjajah British dan kerana itulah lu bising-bising. Mengikut data sejarah, bangsa sik yang paling ramai menjadi mata-mata dan tentera untuk menjaga kepentingan 'Kerbau Balau' (British) dan ini adalah fakta. Gua tidak menuduh semua bangsa tersebut tetapi lu boleh baca sejarah India tentang perkara ini tetapi majoritinya yang menentang pemerintah British di India. Akan bersambung.....

Khamis, 1 September 2011

Sejarah Yang Diseleweng: Rosli Dhoby Adalah Wira Yang Disembunyi Oleh Umno Celaka.

rosli_ditangkap
Akhirnya…ada juga series epic yang aku nak tengok sangat…khabarnya ia akan ditayangkan di Astro (Citra) pada bulan Jun. Melihat trailernya sahaja membuatkan aku teruja nak tengok drama ini..Korang kenal siapa Rosli Dhoby? Rosli Dhoby ini adalah perjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati, di tali gantung pada 2 Mac, 1950. Dan berapakh usianya pada ketika itu? 17 tahun!! pergh…korang bayangkan la umur muda macam ini dah berjuang. Cuba korang fikir umur 17 tahun korang berjuang apa? Mesti korang menuntut kebebasan untuk mula membuat benda bukan bukan (baru habis SPM).

Sedikit info yang boleh aku kongsikan mengenai Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Beliau telah dipilih oleh Rukun 13, dimana Rukun 13  ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949.  Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.

Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”

Pada 2 MAC 1950, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu.Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.
Sumber 

Rabu, 31 Ogos 2011

Dari Dulu Lagi Gua Kata, Sejarah Malaysia Perlu Dikaji Semula Kerana Nama-Nama Barua British Sahaja Yang Jadi Heronya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-54 dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula dikritik sesetengah pihak berhubung satu ceramah baru-baru ini, parti Islam itu menegaskan, negara perlu mentafsir semula fakta sejarah agar semua hero diberi penghormatan sewajarnya.
Sehubungan itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, soal menyokong komunis tidak timbul jika “kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.”
“Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,” kata Tuan Ibrahim (gambar).
Mohamad atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Bagaimanapun ia dinafikan oleh Mohamad dan menegaskan akan mengambil tindakan saman ke atas Utusan Malaysia atas alasan telah memutarbelitkan kandungan ceramahnya.
Polis pula berkata mahu menyiasat Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan mengemparkan rakyat.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas iaitu “apakah British dan kuncunya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah ditafsirkan.”
Kata beliau, kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.
“Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya.
“Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Hari ini, genap 54 tahun negara mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun sambutan akan diadakan pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.
Tuan Ibrahim menambah, disebabkan pada zaman British menjajah negara, mereka telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka.
“Namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, maka kini timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.
“Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), PKM (Parti Komunis Malaya) dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British,” katanya lagi.
Justeru kata Tuan Ibrahim, atas penilaian itu, “kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero.”
“Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?” tambah beliau.
Beliau seterusya menyoal, jika kedua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya?
“Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya,” kata Tuan Ibrahim.
Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.
Bagaimanapun katanya, yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero.
Pada masa yang sama kata Tuan Ibrahim, kedudukan dan jasa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.
“Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?
“Secara menafsir sejarah secara jujur, semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun,” katanya lagi.
Namun demikian, tambah beliau, “kita tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya menghalau penjajah.”
“Namun apa yang pasti, menghalau penjajah merupakan ‘common goal’ yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain,” katanya lagi.
Tuan Ibrahim seterusnya bertanya, “pada 1950 adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara?”
“Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu,” jelas beliau.
“Selepas merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan.
“Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British,” kata beliau.
Oleh itu kata beliau, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.
“Inilah tafsiran sejarah secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi satu-satu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era. Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri selepas menghalau penjajah,” katanya sambil menambah, sejarah yang paling kritikal juga berlaku di zaman peralihan antara Jepun dan British.
“Di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British,” kata beliau lagi.
“Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.
“Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Profesor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini,” kata beliau lagi.
Sumber : TMI

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Aidul Fitri Kerana Anak Bulan Tak Nampak.


Ramai yang selalu tanya gua bila nak masuk jer bulan Ramadhan dan juga semasa nak raya, mereka tanya gua jadi ker esok puasa atau raya. Gua story senang jer, lu tengok kalendar kerana tarikh kat kalendar adalah tepat sama juga dengan tarikh lumba kuda. Tengok anak bulan tu lebih kepada wayang jer kerana jika Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tidak ikut tarikh kat kalendar, pasti akan jadi huru hara. Lu sendiri fikir apa yang gua katakan nih.
Lama juga gua tak update gua punya blog pasal kebetulan gua memang sibuk, sesibuk Memanda Menteri dan juga Rosmah Mansor pujaan gua. Dari isu cincin sampai kepada isu beg-beg yang berwarna-warni yang harganya sama gaji gua 4 tahun, itu baru harga satu beg. Segala pencak silat digunakan oleh para pencacai Bik Ma untuk mempertahankannya. Mungkin lepas duit duit raya buat para pencacai kerana menjadi benteng yang batanya kurang kering.

Gua paling suka dengan wajah ayu Bik Ma masa khatan al-Quran baru-baru ni kat Seri Perdana. Sungguh beradab Bik Ma berpakaian semasa membaca Kalamullah. Semasa tok lakinya bagi ucapan di Buletin TV 3 suku, Bik Ma tidak melepaskan peluang untuk berucap sama. Inilah yang dikatakan isteri maintali. Lu agak-agak apa yang Bik Ma nasihati agar tidak lupa mengunjung sanak saudara tu boleh pakai ker. Mungkin tahun ni Bik Ma akan pulang ke kampung kelahirannya yang sudah lama dilupai. 

Hujan emas di Sri Perdana, hujan batu di kampung tanah tumpah, lebih baik di Sri Perdana kerana sewa jutaan setahun, bil api jutaan setahun, bil air ratusan ribu setahun dan segala bil-bil ditanggung oleh rakyat marhaen. Kalau gua jadi Bik Ma pun gua rasa hujan emas di Sri Perdana lebih bagus.

Dalam kutuk-kutuk nih, gua ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidul Fitri buat Bik Ma sekeluarga termasuk ler bakal besan yang pakai cincin RM 73 juta dan tidak lupa buat para pencacai tahap celaka yang mungkin Malaikat lupa nak ikat para setan-setan  nih.
Selamat Menyambut Aidul Fitri Dan Maaf Zahir Batin buat pengikut setia gua.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...