Translate

Mesti Baca

Sabtu, 23 Julai 2011

Ini Bukan BERSIH Tetapi Sapu Bersih.



Tau binatang ape ni?? 

ha ini lah ikan keli, yaa ikan yang korang biasa makan goreng sambal tu..

Tapi kali ni ikan yang kat atas ni dijangka telah memakan beberapa orang perenang di empangan Huadu's Furong di China. Kepanjangan ukuran ikan ini adalah 3 meter dan ukuran kepalanya sahaja sepanjang 1 meter.

Kejadian kehilangan orang yang dijangka lemas diketahui apabila abang kepada sesaorang polis hilang ghaib secara tiba-tiba ketika mandi di situ. setelah pakar-pakar bedah membedah ikan tersebut didapati terdapatnya unsur-unsur khianat apabila menemui bangkai manusia didalam rektum binatang rasaksa tersebut.
 
kini manusia tidak dibenarkan lagi untuk mandi didalam empangan tersebut kerana dikhuatiri adanya anak- anak ikan keli rasaksa berkeliaran yang ingin membalas dendam akibat penangkapan ketua mereka dalam empangan tersebut.


ini adalah gambar-gambar ketika pembedahan ikan rasaksa sedang dijalankan.









Kredit: SiasahKini

Jumaat, 22 Julai 2011

BERSIH 2.0.: Lu Memang Jahatlah Najib, Sama Ajer Lu Laki Bini.

Memang mulut lu betul-betul celupar ler Najib, sama jer lu laki bini jenis hipokrit. Selepas berbagai sekatan dan tangkapan dilakukan oleh para balaci lu terhadap rakyat marhaen pada dan sebelum perhimpunan Bersih, sekarang lu tuduh BERSIH 2.0. sebagai platform untuk gulingkan kerajaan lu.

Lu memang sudah kena badi Mubarak (Mesir) dan Zine el-Abidin (Algeria) yang digulingkan oleh rakyatnya sendiri kerana memerintah secara kuku besi. Lu pun rasa pemerintahan lu sama ker dengan mereka, yang mana semua harta kerajaan telah dimilikdirikan dan dilapah oleh keluarga dan kroni-kroni mereka.

Jika begitu, gua tidak hairan tuduhan lu yang rakyat cuba guling pemerintahan lu dan gua gerenti lu dan Rosmah tidur pun tak lena. Nak bercuti kat luar negara pun  lu takut kerana mungkin itulah percutian terakhir lu dengan Rosmah.

Gua tak nampak penangguhan cuti lu dengan Rosmah sebagai tanda lu sayang negara ini, tetapi sebagai langkah lu untuk terus memeluk tahta lu yang mungkin akan terlepas ke tangan orang lain. Manalah tahu kerana sudah terdengar oleh telinga gajah gua yang ahli umno peringkat akar umbi mula tidak menyenangi cara kehidupan bini lu yang lebih kuah dari nasi. 

Mereka juga tanya, lu ni laki Rosmah ker atau bini Rosmah. Gua pun tak tahu bagaimana nak jawab soalan nih, tetapi lu jangan takut ler kerana para media massa pencacai, blogger-blogger celaka belaan Rosmah dan balaci-balaci lu sudah cuba cover ini citer.

Gua bukan nak tuduh lu, tetapi tuduhan lu yang perhimpunan aman Bersih dilakukan untuk mengulingkan pemerintahan lu dengan Rosmah adalah amat berat jika mengikut sistem DEMOkasi. Gua tak nampak yang rakyat Malaysia mampu guling lu dengan cara kekerasan kerana Malaysiakan negara Polis atau 'polis Raja Di Malaysia'. Jika lu kata rakyat nak guling lu dengan pilihan raya yang benar-benar Bersih, lu memang betul. Gua petik artikel dari MalaysiaInsider kat bawah, lu all baca ler sendiri...

Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa Bersih 2.0 cuba untuk menggulingkan kerajaannya dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran selain menafikan dakwaan gabungan itu bahawa wujud penipuan dalam sistem pilihan raya.

Ketika berucap selepas kembali kei tanah air daripada lawatan luar negara, perdana menteri terus mempertahankan bahawa pilihan raya di Malaysia adalah bersih sepanjang masa.

“Kita tidak pernah menipu dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia,” kata beliau di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini.

Najib (gambar) juga menolak dakwaan Bersih 2.0 bahawa BN mempunyai kelebihan tidak adil dengan memiliki ruang besar di media ketika berkempen.

“Kami kata ia adil, mereka (Pakatan Rakyat) kata tidak adil. Mereka berkempen setiap hari, bukan itu tidak adil? Setiap hari ada ceramah di sini di sana... bukan itu tidak adil?” katanya lagi.

Najib berkata perlu ada kesimbangan antara kebebasan bersuara dan ketenteraman awam, tetapi menekankan tiada ruang untuk perselisihan faham di Malaysia.

Katanya, Bersih 2.0 telah menolak tawaran kerajaan agar mereka mengadakan perhimpunan di sebuah stadium.

Malah beliau juga mendakwa badan pemantau itu mahu mengadakan perarakan dan memprovokasi polis daripada mengetengahkan permintaan mereka.

“Ia bukan mengenai pembaharuan sistem pilihan raya,” kata Najib sambil memberitahu pihak berkenaan mahu menunjukkan seolah-olah Malaysia juga seperti dunia Arab yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

“Itu sebabnya mereka mahu menggambarkan (kononnya) kita sebagai kerajaan autokratik, sebenarnya mereka mahu merampas kuasa daripada kita yang dipilih oleh rakyat,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Najib dipetik Bernama Online berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah telah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat.

Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari Jumaat, melakukan tinjauan mesra di Subang dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana, seterusnya menyertai makan tengah hari bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana.

“(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.

“Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia,” kata beliau.

“Saya ucap terima kasih kepada isteri saya. Dia tak bantah dan sokong. Anak-anak saya pun sokong,” kata Najib dengan disambut tepukan gemuruh.

“Saya beritahu Tan Sri Muhyiddin (bahawa) penting kepada kami berdua turun padang. Kami nak jumpa dengan rakyat Malaysia. Saya minta juga menteri-menteri turun bersama.

“Kita berjumpa dengan rakyat. Kita bertemu dengan rakyat. Kita beritahu pada rakyat bahawa mereka boleh bergantung harapan kepada kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Perdana Menteri juga dijangka melakukan lawatan ke negeri Perlis esok.

“Ini adalah gambaran bahawa kita akan melakukan bersungguh-sungguh... yang terbaik. Percayalah bahawa imej Malaysia masih begitu tinggi di luar negara tetapi yang penting adalah untuk kita dahulukan rakyat.

“Kami mahu beritahu kepada rakyat Barisan Nasional adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Khamis, 21 Julai 2011

Antara Cincin Dengan Bot Mewah, Bik Mama Juga Yang kena.



Dua dokumen diatas muncul di laman2 umno untuk membela Imelda Rosmah

Sejak kali pertama sebahagian bukti mengenai belian RM24.45 j itu didedahkan bukan sedikit puak-puak pengampu Imelda Rosmah muncul untuk membuat pembelaan.

Antara pembelaan 'segera' yang dihamburkan ialah
  • gambar screen komputer itu kononya palsu dan dah diubah suai
  • A. Krishnan tidak wujud
  • tidak ada belian semahal RM24.45 j
Namun apabila SAMM tampil membuat laporan SPRM dan SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, ini telah membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu. Maka 'pengampu' terpaksa memasuki episod baru membuat pembelaan mengampu untuk membuktikan mereka membuat kerja.

Kita juga harus faham bukan sedikit yang dilaburkan oleh regim atau bagi pihak regim dalam memenangi perang cyber ini.

SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja. Nampak sangat SPRM tidak membuat kerja rumah dengan betul. Memang menurut undang - undang yang telah dipinda oleh Najib dalam membentangkan belanjawan belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) tidak lagi dikenakan cukai. Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu ? Namun sesuatu yang amat berharga diperolehi dari tindakan SPRM ini ialah SPRM membuktikan bahawa data dari sistem kastam mengenai belian RM 24.4 j itu benar wujud dan bukan palsu.

Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah 'down' hampir 3 jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, perbagai 'syarat' dikenakan semuanya dijalankan secara 'manual'. Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' ini bocor. Ramai kakitangan agen pengurusan kargo marah kerana kerja yang seharusnya boleh selesai dengan mudah tetapi kini susah seperti mahu menyelindungkan sesuatu.

Kami telah menjangkakan sebelum ini pun data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga Imelda Rosmah. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan.

Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bukan sahaja tidak pernah jumpa malah tidak pernah kenal dengan Altantuya, tetapi sehingga kini masih berdiam dengan cabaran YB Saifuddin Nasution Ismail yang mencabar Najib menafikan yang Najib pernah bersama naik satu penerbangan dengan Altantuya.

Kini selepas sistem kastam 'down' hampir 3 jam, semalam muncul pula borang asal (hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat) transaksi membawa masuk belian RM 24.45 j tersebut dan muncul juga kononya borang 2, kastam yang kononya membuktikan belian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas belian itu masuk.

Kononya belian itu hanya untuk pameran belian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Menurut sumber dalaman kita yang meragui mengenai kewujudan borang kedua tersebut menyatakan
kalau tengok kat borang 2 Kastam yang muncul selepas sistem kastam 'down', belian tersebut keluar guna hand carry dan borang secara 'manual' keluar ke Singapura...cuba lihat betul-betul kenapa FOB tak sama!!! sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang mengikut invoice...mustahil atau tidak barang yg keluar nie barang lain sikit (yg murah sikit)...lagi satu cuba tgk maklumat asal yg kita dapat no invoice tak sama!!! Nombor daftar ROC Jacob & co pun tak sama!!! Sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula.
Kini mungkinkah mereka sedang bersungguh - sungguh ingin mencari rumah VVIP mana yang akan direkayasa sebagai tempat konon telah diadakan pameran 'sulit' tersebut. Sudah tentu akan disusun tetamu-tetamu sulit untuk membuktikan telah diadakan pameran sulit tersebut.

Kalau tak betul hari pertama lagi Imelda dah muncul nafi. Sekarang ini dijemput Imelda Rosmah tampil untuk menyatakan sepatah dua kata mengenai perkara ini.

Bagaimana pula dengan gelang 'zebra' dan jam 'zebra' yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpulih menjadi duta produk Jacon & co ?
Sumber: Chegubard

Lepas tu lu baca pulak artikel blogger pencacai celaka tentang bot mewah yang tak masuk akal nih. Belum pun cakap apa-apa lagi, blogger pencacai celaka dah keluar citer yang bloger PR nak tuduh Bik Mama pujaan gua dengan bot mewah nih. Lu para blogger celaka jangan dok lak lok sangat dengan angka 3 bilion pound ( hampir RM 16 bilion), biar ler logik sikit dengan nilai tuh. Ini bukan gua yang kata tetapi blogger pencacai celaka yang kata.  Jahat betul ler blogger pencacai celaka  kerana tuduh Bik Mama pujaan gua beli bot mewah pulak. Lu baca sendiri tuduhan mereka pada Bik Mama kat bawah nih........

Bot "History Supreme" bersalut emas dan platinum di sekeliling, sampailah ke sauh!
Ruang bilik tidur mewah macam istana beb! Dinding pakai tulang dinasour tulin tu! Wow!
Set meja makan ni saja entah berapa juta pound!
Menggilalah....!!
Puak-puak Pas dan pandikutty dalam PKR mesti kata bot ni milik Rosmah sebab bukankah beberapa hari lepas Najib dan Rosmah melawat Britain? Dan berita pembelian bot ini dikeluarkan semalam. Nampak macam ya je kan?
 
Sumber dari blogger pencacai celaka

Ahad, 17 Julai 2011

Selongkar Kembali: Raja Petra Bikin Najib Dan First Lady Tidak Senang Duduk.


 @ 01:00:00 PDT by Paktam
Oleh Mohd Rashidi Hassan


SEBENTAR tadi penulis bersama beberapa orang rakan menunaikan solat zohor di Masjid Pakistan dekat Chow Kit. Seusai solat, kami menuju ke warung Pakistan dalam kawasan masjid untuk menikmati capati, gulai kambing dan teh kapala.

Sedang enak menikmati juadah, seorang rakan memecah bicara,"Eh kau orang tengok tu, apa pasal Raja Petra ada kat sini, bukan ke dia kat Brisbane (Australia)?


"Hairan aku, kenapa dia sorang-sorang, tak nampak Kak Marina pun (Marina Lee Abdullah, isteri Raja Petra)," sambungnya lagi.

Kami masing-masing terdiam dan terpaku seketika, terus berhenti mengunyah makanan. Masing-masing menoleh kepada sosok yang dimaksudkan oleh rakan tadi.

Seorang lelaki mirip Raja Petra, bercermin mata, berbaju putih pagoda dengan seluar jeans biru. Mundar mandir di kawasan masjid, seolah-olah sedang menunggu seseorang ataupun mencari sesuatu.

Melihat sekali imbas, wajahnya hampir serupa dengan Raja Petra, tetapi lelaki itu berjambang dan agak tinggi sedikit berbanding Raja Petra.
"Eh..bukan Raja Petra lah..aku selalu jumpa dia, mana dia ada jambang," kata seorang rakan.

"Mana tau kalau-kalau dia nak elak polis, dia pakai jambang. Tapi setahu aku tak pernah pulak aku tengok Raja Petra pegang tasbih sambil berjalan-jalan dalam kawasan masjid macam tu," kata rakan lain.

"Kan polis Malaysia terbaik di dunia (the best in the world seperti kata blogger penarik beca), tak kan tak tahu Raja Petra ada kat mana," kata rakan saya.

Lelaki tersebut agaknya sedar tingkah lakunya diperkatakan, lalu berhenti seketika memandang kami. Kami buat-buat tidak memandang beliau, kami terus mengalihkan perbualan ke topik lain, sambil menikmati capati berlauk kambing.

Tiba-tiba seorang pekerja di warung tersebut menyapa lelaki berkenaan, bercakaplah mereka dalam bahasa Urdu (Pakistan) yang tidak kami fahami, kecuali sepatah dua 'acca', 'nehi' seperti dalam filem Hindustan.

"Bukan Raja Petra lah, bila pulak Raja Petra cakap Urdu," kata seorang rakan sambil ketawa.

Kami berempat turut ketawa besar. Ketawa kerana sensitiviti seorang rakan yang begitu mengikuti perkembangan Raja Petra yang sedang dicari polis sekarang ini.

Seperti laporan media, penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin dilaporkan berada di Brisbane, Australia, menerima satu lagi waran tangkap setelah tidak hadir perbicaraan kes fitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur juga mengeluarkan arahan tunjuk sebab kepada isteri beliau Marina Lee Abdullah yang bertindak sebagai penjamin pengendali Malaysia Today.

Marina dilaporkan bersama suaminya ke luar negara, satu tindakan yang dipercayai untuk melarikan diri daripada perbicaraan yang disifatkan oleh penulis itu sebagai tidak adil.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat menetapkan tarikh baru, 2 Julai untuk sebutan kes tersebut yang sepatutnya didengar minggu ini.

Pada 23 April, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra kerana gagal menghadiri perbicaraan kes menghasut.

Bagi penulis, persoalannya di sini, sebenarnya yang dibicarakan bukan soal Raja Petra. Persoalan yang besar ialah kebenaran atau kewujudan hubungan, yang mengaitkan Rosmah dan PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibu serta Abdul Razak Baginda seperti didakwa Raja Petra.

Apa pun dakwaan yang bakal dihadapi Raja Petra, beliau berjaya membuat Najib serta Rosmah terkial-kial untuk menepis hubungan dengan Altantuya dan Razak

Penulis tidak berhasrat membicarakan soal kaitan keduanya dengan kes, kerana ia sudah berada dalam kuasa perundangan. Tak pasal-pasal nanti dituduh menghina mahkamah pula.

Persoalan di mana Raja Petra berada, juga bukan persoalan yang harus dibincangkan di sini.

Persoalan yang bermain di fikiran rakan-rakan dan rakyat, ialah bagaimana Raja Petra mampu menggegarkan negara, sehingga mampu membuatkan orang yang paling berkuasa tidak senang duduk.

Suatu ketika Raja Petra diundang untuk berbicara dengan karyawan Harakah, diajukan persoalan kepada beliau, bagaimana tentang penapisan atau lontaran sesuatu isu yang kontroversial oleh laman web malaysiatoday.

Raja Petra memberikan respon yang mudah. Katanya beliau ibarat seorang perajurit yang menggunakan machine gun M16 bukan senapang patah.

"Saya menembak mereka (musuh) dengan berpuluh-puluh peluru. Saya tidak berasa bimbang tembakan saya tidak mengena sasaran, kerana saya tahu, satu dua peluru akan pasti menembusi musuh sehingga mereka cedera atau tewas," katanya sambil menghurai analogi.

Raja Petra seorang yang berani berhadapan dengan risiko. Beliau merupakan seorang penulis dan pejuang yang gigih.

Sama ada beliau ditangkap atau didakwa bukan kehendak kita menentukannya. Bersalah atau tidak Raja Petra menurut undang-undang Malaysia juga barangkali persoalan yang bakal menjadi pertikaian.

Hakikat yang terjadi daripada kes sebegini membuktikan bahawa, Raja Petra berjaya mengugat kepimpinan Umno-Barisan Nasional dengan dakwaan-dakwaan beliau yang konsisten dalam laman webnya.
Semoga Raja Petra terus kuat dan dilindungi Yang Maha Kuasa._

Selongkar Kembali: Rosmah Mansor, Fitnah Atau Realiti?? Bagi Gua, Ia Tetap Realiti.




Saya bila search perkataan Rosmah Mansor  isteri PM amat terkejut mengenai cerita yang tak sedap di dengar, perbagai versi dan ulasan terjadi. Apakah ia benar atau  cerita yang di reka tambah dan di adun sebegitu rupa.
Sebagai orang Islam saya amat malu, kenapa Datin Rosmah membiar bahan cerita ini tersebar begitu keatas dirinya. Kenapa begitu sekali bahan cerita dari perbagai pihak. Kalau anda lihat link  di bawah anda akan terkejut, ada video lucah, video cerita adik beradik, sepupu dan abang, jiran dan sebagainya. Apa tujuan mereka bersusah payah membuat video dan temuramah begitu. Ada yang lukis karton dan ada tulis blog dan sebagainya. Siapa dalang di belakang semua ini.
Jika betul mereka, ia merupakan malang bagi Datin Rosmah dan DS Najib, tetapi jika tak betul ia adalah FITNAH YANG BESAR kepada Datin Rosmah. Dosa fitnah adalah sama dengan dosa membunuh orang. Saya rasa ada orang marah kepada Datin Seri Rosmah dan DS Najib. Ini bukan artikel gua tahu..!!!
Sebagai orang kampung, saya ingin nasihat Datin,………..
Datin perlulah mengubah imej datin, supaya fitnah tak berpanjangan begini, minta maaf jika tersilap, minta ampun pada Allah jika ada dosa dengannya. Masa untuk mohon ampun masih ada. Mohon pada Allah agar Allah lindungi diri Datin dari fitnah dunia.
search dalam youtube
search dalam yahoo
google image

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...