Translate

Mesti Baca

Sabtu, 9 Julai 2011

Lu boleh Bermegah Dengan Uniform Yang Lu Pakai Kat Dunia Nih, Tetapi Lu All Jawab Ler Kat Akhirat Nanti Tentang orang Yang Lu Zalimi.

 

Rasulullah s.a.w. bersabda, " Aku paling takut apabila umatku muflis di akhirat nanti", jika tak silap gua lebih kurang begitulah tentang satu hadith yang gua jumpa. Lu boleh bermegah dengan pangkat dan kuasa yang lu ada kat dunia ini bagaikan lu all akan hidup buat selama-lamanya. Apabila lu dibangkitkan dari kubur dengan pahala yang banyak tetapi apabila di hisab, lu tiada apa-apa lagi kerana pahala yang lu bawak itu terpaksa lu bayar kat orang yang lu hutang dan orang yang lu zalimi. Memang kita tidak dapat menafikan pahala yang kita lakukan di dunia bukannya satu tiket untuk ke Syurga melainkan hanya dengan Rahmat Allah s.w.t. sahaja yang menentukan kemana hala tuju kita di antara Neraka dan Syurga.
Lu boleh menunjukkan kehebatan lu all pada yang lemah tanpa lu sedari bahawa doa orang yang dianaiya amat mustajab kerana ia terus ke hadrat Allah s.w.t. tanpa melalui malaikat. Kenapa perkara ini lu all cukup tahu tetapi lu masih melakukannya. Jika lu tanya gua senang ajer gua jawab, kerana solat yang lu lakukan 5 kali sehari dengan 17 rakaat, 17 ruku' dan 34 sujud hanyalah sia-sia dan memenatkan badan sahaja. Kenapa gua cakap macam tu, pasal ikrar yang lu lakukan didalam solat hanyalah untuk solat sahaja dan selepas solat, lu sendiri langgar apa yang lu ikrarkan. 

Sebagaimana seorang alim yang ditanya oleh anak muridnya, bagaimanakah kita hendak ketahui yang solat kita diterima atau tidak oleh Allah s.w.t. Jawab gurunya, kamu meninggalkan yang apa yang yang ditegah oleh Allah s.w.t., kamu berlaku adil, berbaik sangka, jauhi kejahatan, dekatkan diri kamu dengan Nya, selalu beringat bahawa yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu datang dari diri kamu sendiri. Tidakkah solat kamu, ibadah kamu, hidup kamu dan mati kamu telah kamu serahkan kepada Tuhan sekalian alam tanpa kamu menyekutukannya dengan duniawi. Beramallah seumpama kamu akan mati pada esok hari dan bekerjalah umpama kamu akan hidup seribu tahun lagi.

Lu GANR apa hal cakap bab-bab agama hari nih, dah buang tabiat nak mampos ker...!!! Gua bukan apa, pasal gua sudah bosan dan muak dengan sikap segelintir pemimpin yang ada kat Malaysia nih. Bila dah berkuasa, dah tak kenal dunia dan dah tak boleh nak nilai mana yang haram dan mana yang halal kerana dalam kepala hotak dia orang hanya ada perkataan HALAM ajer. Khazanah negara yang diamanahkan oleh rakyat dipergunakan macam mak bapak dia yang punya dan hidup penuh dengan kepura-puraan. Jika lu nak naik pangkat cepat, lu jadilah tukang kipas dan pastikan kipasan lu benar-benar berangin  dan kalau bercakap, pastikan pujian lu tinggi melangit.

Lu agak apa hujah mereka di Padang Mahsyar nanti apabila mulut-mulut mereka akan di kunci oleh Allah s.w.t., mungkin mereka akan menyalahkan Mahathir atau Najib atau pun si Rosmah. 'Hamba hanya mengikut arahan mereka sahaja kerana jika tidak hamba tidak dapat jawatan-jawatan yang tinggi seperti yang hamba dapat sekarang ini'. Ingatlah wahai pemerintah yang takbur akan segala kezaliman yang kamu lakukan terhadap rakyat kamu. Kamu sebagai pemerintah tanpa mengira darjat atau pangkat yang berjela-jela sehinggakan penuh satu muka surat untuk menulis gelaran dunia yang kamu miliki. Mungkin juga ia akan membantu kamu kerana gelaran Tun, Tan Sri, Datuk dan bermacam-macam lagi akan mengecualikan kamu dari di hisab oleh Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam yang bagiNya kamu umpama debu-debu yang tidak berguna. Gua doakan buat perjuangan BERSIH 2.0. terhadap pemimpin yang korup.

"Aku berlindung dari syaitan yang di rejam yang menyerupai pemimpin-pemimpin dan isteri-isteri mereka yang rakus, yang sanggup mempermain-mainkan agamaMu (Islam) ya Allah. Laknatilah mereka-mereka ini yang menjadikan musuhMu yang nyata iaitu Mustafa Kamel Attaturk laknatullah sebagai tokoh rujukan mereka yang mengaku Islam. Mereka-mereka ini langsung tidak mengambil iktibar apa yang telah Engkau azabkan keatas tuhan sekular mereka (Attaturk) sebagaimana engkau azabkan Namrud dan juga Firaun. Mereka menghina agamaMu, hukumMu dan malah mereka mempermain-mainkan akan apa yang Engkau haramkan. Demi dunia yang singkat ini, mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Mereka-mereka inilah yang menyeksa dan membunuh para-para pembela agamaMu sehingga menemui Syahid. Salam dan selawat buat junjungan kami Rasulullah s.a.w. nabi akhir zaman. Berkatilah perjuangan kami agar dapat kami menyambung segala yang telah di amanah oleh kekasihMu Muhammad, Rasulullah s.a.w., penutup segala nabi-nabi dan rasul-rasulMu.

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan pujian-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Ku hadapkan mukaku kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutui Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kepada allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidak aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.  Segala puji bagi Allah seru sekalian alam. yang bersifat pengasih penyayang. yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan kami yang kami sembah dan hanya kepada Engkau sahaja tempat kami minta tolong. Tunjukkan kami jalan yang lurus, iaitu jalan-jalan orang yang terdahulu yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat...... Amin"

Gambar-Gambar Perhimpunan BERSIH 2.0.


NONE

Gua punya komputer ada masalah untuk picasa Web Albums, so lu klik ajer kat bawah gambar.

Polis Mula Menggunakan Kekerasan, Dua Naib Presiden PAS Antara Yang Di Tahan.

NONE
 
 
 
Lima Ahli Parlimen dipercayai sudah ditahan sehingga 1 tengah hari.  
 
Dua Ahli Parlimen yang turut ditahan ialah Azmin Ali dan Fuziah Salleh. Azmin dan Fuziah masing-masing merupakan timbalan presiden dan naib presiden PKR. 

Kumpulan peserta perhimpunan Bersih 2.0 mula berkumpul di kawasan-kawasan seperti Petaling Street, Jalan Pudu, Pasar Seni dan Brickfields, dan sedang menuju ke arah Stadium Merdeka sambil membuat laungan. 

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan R. Sivarasa berhimpun di Hotel KL Hilton Hotel, KL Sentral. 

Kelihatan pasukan polis LSF sudah pun mengepung hotel berprestij itu, menanti mereka berarak ke Stadium Merdeka.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub ditangkap di stesen KL Sentral pada pukul 12.45 tengah hari tadi. Difahamkan Mahfuz dan Salahuddin, masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena dan Kubang Kerian akan ditahan sama ada Pulapol dan Balai Polis Jinjang.
 
The Malaysian Insider difahamkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah melepasi sekatan polis. 
 
Mereka merupakan antara 91 orang dilarang memasuki Kuala Lumpur. 

Kira-kira 12.45 tengah hari polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka yang berkumpul di akwasan Pasar Seni.

BERSIH 2.0. : Jasamu Di Kenang Buat KPN.

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mendahului senarai 1,112 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-73 hari ini. 

Beliau adalah antara dua orang yang dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri. Yang turut menerima darjah yang sama ialah, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, lapor Bernama Online. 

Menurut senarai yang dikeluarkan Bahagian Dewan Undangan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, 10 orang pula dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang juga membawa gelaran Datuk Seri. 

Mereka ialah Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) di Unit Penyelarasan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Ab Ghani Ariffin; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Zainal Rahim Seman; tokoh Dewan Perniagaan Cina, Datuk Choot Ewe Seng; Ahli Majlis Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara Malaysia Datuk Hassan Ahmad. 

Penerima yang lain ialah Ahli Toastmaster International Datuk Lim Su Tong @ Lim Chee Tong; Naib Canselor Uniten Prof Datuk Ir Dr Mashkuri Yaacob; Pengerusi Eksekutif Persatuan Buddhist Malaysia Seck Jit Heng dan Pengerusi Lembaga Sekolah Chung Ling High dan Pengarah Kehormat Sekolah Jit Sin di Bukit Mertajam Datuk Tan Bong Pin @ Tan Ah Bah. 

Empat penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk pula termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Farizan Darus dan Pengerusi Persatuan Anak Melayu Pulau Pinang di Kuala Lumpur dan Selangor Datuk Zainul Azman Zainul Aziz. 

Sebanyak 52 orang pula menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang turut membawa gelaran Datuk. 

Mereka termasuk pemain bola sepak legenda negara Namat Abdullah; Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif; Pengarah Eksekutif Dijaya Land Development Sdn Bhd Khoo Poh Chye; Pengarah Suffolk House Gary Nair; bekas ketua pembangkang Abdul Rahman Kadir. 

Ketua Pegawai Semboyan Angkatan Tentera Malaysia Brig-Jen Ahmad Hadiatullah Maknun Ridzuan; Panglima Briged Sempadan Brid-Jen Azlan Abdul Rahman; Pengarah bahagian khidmat pengurusan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Amir Abdul Hamid; Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd Datuk Meer Sadik Datuk Habib Mohamed; Pegawai Kewangan Negeri Mokhtar Mohd Jait; Pegawai Memerintah dan Pakar bedah ENT Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan; Brig Jeneral Dr Muhammad Abu Bakar. 

Sebanyak 73 orang menerima Darjah Johan Negeri (DJN), 34 penerima Bintang Cemerlang Negeri (BCN), 197 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT), 346 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 289 penerima Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan 105 penerima Pingat Bakti Setia (PBS). Insider

BERSIH 2.0.: Apa Yang Najib Dan Rosmah Takutkan Tentang Perhimpunan Ini.


Macamlah Negara Di Ambang Perang.

Mula-mula Umno Barisan Nasional (UBN) berkata peniaga akan rugi dan jalan akan jadi jam dan sesak jika perhimpunan jalan diadakan di Kuala Lumpur.

“Kini polis menutup puluhan jalan, apakah ia tidak menyebabkan sesak?

“Apakah dengan tutup semua jalan, larangan masuk KL tidak merugikan peniaga?” soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Suasana gila yang diwujudkan sekarang akibat tindakan kerajaan dan juga pihak polis yang tidak konsisten dan membingungkan, kata Tuan Ibrahim menzahirkan betapa UBN jadi serba tak kena.

“Mula-mula dulu serang habis-habisan Bersih 2.0 dengan melemparkan pelbagai tuduhan liar sehingga tahap mereka dituduh pengkhianat, mengganggu, pemusnah negara dan lain-lain.

“Kemudiannya, selepas Agong bertitah, Perdana Menteri sendiri memberikan cadangan agar perhimpunan aman itu diadakan di stadium, pilih mana-mana stadium, bertempiklah sampai pagi pun kita tak halang.

“Sekarang apabila Bersih 2.0 memilih stadium, nada penipu mula zahir – Bersih 2.0 terus dituduh sebagai pertubuhan haram, tak ada permit, melanggar undang-undang lalu dikeluarkan satu perintah mahkamah senarai semua pimpinan yang dilarang memasuki Kuala Lumpur, dan mula menyekat kereta tertentu.

“Inilah tanda Umno Barisan Nasional semakin gila, gila yang tiada lagi ubat,” kata beliau dengan sinis.

Rakyat juga tertawa dengan gelagat UBN terhadap Bersih 2.0, yang disifatkan Tuan Ibrahim sebagai tanda jelas bahawa parti pemerintah tersebut berada dalam kini keadaan betul-betul panik bagaikan bakal dimusnahkan dengan pilihanraya yang bersih dan adil.

“Belum pernah dalam sejarah negara, ada rakyat sendiri tidak dibenar masuk dan bergerak bebas ke ibu kota dengan puluhan jalan ditutup, sekatan jalan raya di seluruh negara, stesen bas dipindah, permit bas dibeku, apa-apa yang kuning dilarang dan lebih kronik lagi semua polis, FRU dan tentera diarahkan untuk standby …’macamlah’ negara berada di ambang perang,” kata beliau.


Bahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini turut menggambarkan suasana sedemikian dengan menggunakan 'KL darurat hari ini?' sebagai tajuk utama. 

Selain menutup puluhan jalanan, polis semalam turut mendapat perintah mahkamah untuk menghalang hampir semua pemimpin tertinggi PAS termasuk dalam 91 individu untuk berada di ibu negara hari ini untuk perhimpunan aman di Stadium Negara.

Putrajaya juga bertindak untuk menutup Puduraya untuk sementara waktu mulai tengah malam semalam dan dipindahkan ke lokasi lain dipercayai untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan pihaknya tidak akan mengeluarkan lesen sementara kepada bas kilang dan sekolah ke Kuala Lumpur.

Justeru itu, bas-bas ke utara dan timur akan beroperasi di perhentian Jalan Duta manakala bas-bas ke selatan pula akan bergerak dari Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan.

Selain Hentian Puduraya, warga Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan bas di Hentian Jalan Duta, Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan Hentian Pekeliling.

Dengan ketakutan melampau yang ditunjukkan muktahir ini, Tuan Ibrahim berkata UBN kini boleh diibaratkan sebagai orang sakit tenat yang baru sahaja dimaklumkan oleh doktor yang hayatnya hanya ada beberapa bulan saja lagi.

“Bayangkan 'pesakit' hanya menghitung saat dengan penuh ketakutan dan kengerian - itulah realiti kepada reaksi Umno Barisan Nasional terutamanya Umno hari ini,” selar beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, sambil menyeru rakyat untuk ‘membungkus’ UBN yang gila ini pada Pilihan raya Umum ke 13 supaya ia tidak meracau lagi.

Sementara itu, polis menutup puluhan jalan yang menghala ke pusat bandaraya mulai jam 12.01 tengah malam tadi iaitu Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru, Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban, Bulatan Sungai Besi, Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu, Bulatan Pudu/Jalan Pudu, Bulatan Pudu/Jalan Pasar, Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi.

Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak, Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar), Jalan Tun Razak/Kondo Ezora, Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi, Bulatan Kampung Pandan, Jalan Selatan, Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang, Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang, Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92, Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng, Jalan Tun Razak/Jalan Eaton, Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor, Jalan Tun Razak/Lorong Kuda, Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso).

Jalan Tun Razak/Jalan Ampang, Jalan Tun Razak/Megan Phileo, Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak/terowong KLCC, Jalan Tun Razak/Perkeso, Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Tun  Razak/parking IJN, Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru, Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL, susur Tun Razak/Bulatan Pahang, Bulatan Pahang, Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang, Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling, susur Pekeliling/Jalan Ipoh, Jalan Ipoh/Jalan Rahmat.

Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching, Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell), Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat), Jalan Tun Ismail/Jalan Putra, Jalan Putra/Jalan Raja Laut, Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuan ku Abdul Rahman.

Jalan Mahameru/susur Parlimen, Jalan Duta / susur Jalan Parlimen, Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara), Jalan Mahameru/susur Wisma Tani, jejambat Wisma Tani, Jalan Mahameru/susur Carcosa, susur Jalan Damansara/Jalan Travers, Jalan Bangsar/Jalan Travers, Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama), Jalan Kl Sentral/Muzium Negara, Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U), Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra, susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman, Jalan Sulaiman (KTM).

Polis Turut Geledah Bilik Hotel.

Pihak polis bertindak menggeledah bilik beberapa hotel di ibu negara tengah malam tadi untuk mencari beberapa pemimpin Bersih khususnya 91 nama yang dilarang memasuki beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan, polis menyemak bilik hotel yang didaftar atas nama individu berkenaan sebelum menggeledah.

Polis juga didakwa memburu mereka yang lain di semua tempat khususnya di tempat perkumpulan peserta himpunan Bersih.

Antara yang dicari polis malam tadi, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Saharin.

"Polis serbu bilik atas nama saya di Brisdale tingkat 14, cari saya dan geledah bilik mujur saya di tingkat 15..now sudah naik kereta keluar hotel," tulis Badrul di twitter kira-kira jam 1 pagi tadi.

Beliau antara salah seorang dari 91 yang dilarang memasuki Kuala Lumpur hari ini.

Polis juga didakwa mengetuk pintu-pintu hotel mencari mangsa.

Beberapa lagi yang lain turut menjadi sasaran pihak polis, bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada sudah ada mereka yang ditahan.

Biarpun pihak polis mendapat perintah halangan dari Mahkmah Majistret, kesemua mereka semalam mendakwa akan tetap meyertai himpunan Bersih.

Sementara itu, hampir 60 jalan di pusat bandar Kuala Lumpur ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 12.01 tengah malam tadi.

Lebih separuh peserta himpunan yang hadir dari luar Kuala Lumpur dijangka terkandas untuk memasuki ibu negara. 
HarakahDaily

Bernama Pun Dah Pandai Hantar SMS Palsu, Amat Memalukan.

Bernama hari ini menafikan penghantaran teks pesanan kononnya mengenai pembubaran Parlimen pada Isnin ini.

Ketua Pengarangnya, Datuk Yong Soo Heong berkata: "Kami kesal kerana beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan keluar dengan menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk memanipulasi minda rakyat dengan matlamat mewujudkan keadaan huru-hara dan kekeliruan sambil merancang niat tersembunyi mereka."

"Teknologi mempunyai dua maksud dan adalah lebih baik untuk menggunakannya dengan bijaksana. Ini bukanlah kali pertama pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas saluran penyebaran yang meluas dan nama baik Bernama," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami menggesa mereka yang telahpun menerima SMS kononnya mengaitkan Perdana Menteri dengan dakwaan pembubaran Parlimen pada Isnin ini supaya mengabaikannya sama sekali," katanya.

Yong berkata, Bernama akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebar SMS palsu dan melampau itu.

- Bernama

Hak-Hak Yang Perlu Di Ikuti Penyokong BERSIH 2.0. Terhadap Pihak Polis.

1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?

o Minta dia tunjukkan Kad Kuasa Polis.

o Catat nama dan nombor anggota yang tertera dalam Kad Kuasa Polis.

o Jika dia berpakaian seragam, catat nombor anggota pada pakaian seragam.

o Jika dia berkenderaan, catat nombor pendaftaran kenderaannya.

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?

o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja.

o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja.

o Jika polis paksa anda menyerahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas.

3. Bilakah anda ditahan?

o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut.

o Apabila anda digari.

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?

o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk menggunakan kekerasan.

o Tanya  alasan anda ditahan.

o Tanya balai anda akan dibawa.

5. Apakah hak anda setelah ditahan?

o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan.

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?

o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau di lokap polis.

o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’.

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?

o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam.

o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret.

o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian.

o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan atau tidak.

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?

o Kenal pasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda.

o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta.

o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri daripada menjawab soalan yang ditanya oleh pegawai polis.

o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan.

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat.

o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan.

o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai.

* BERSIH 2.0 - Jika berlaku kecemasan atau ditangkap, sila hubungi talian BERSIH HOTLINE 013-2102002  atau Bantuan Guaman 03-26913005  dan 03-55107007 *
 
Kredit Untuk : Duniacacamarba

Senarai jalan sekitar Kuala Lumpur yang ditutup

 NONE























Berikut adalah 58 jalan yang ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini:

1. Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru

2. Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban

3. Bulatan Sungai Besi

4. Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu

5. Bulatan Pudu/Jalan Pudu

6. Bulatan Pudu/Jalan Pasar

7. Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi

8. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak

9. Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)

10. Jalan Tun Razak/Kondo Ezora

11. Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi

12. Bulatan Kampung Pandan

13. Jalan Selatan

14. Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang

15. Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang

16. Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92

17. Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng

18. Jalan Tun Razak/Jalan Eaton

19. Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor

20. Jalan Tun Razak/Lorong Kuda

21. Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso)

22. Jalan Tun Razak/Jalan Ampang

23. Jalan Tun Razak/Megan Phileo

24. Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng

25. Jalan Tun Razak/Terowong KLCC

26. Jalan Tun Razak/Perkeso

27. Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz

28. Jalan Tun Razak/Parking IJN

29. Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru

30. Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL

31. Susur Tun Razak/Bulatan Pahang

32. Bulatan Pahang

33. Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang

34. Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling

35. Susur Pekeliling/Jalan Ipoh

36. Jalan Ipoh/Jalan Rahmat

37. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail

38. Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching

39. Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell)

40. Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat)

41. Jalan Tun Ismail/Jalan Putra

42. Jalan Putra/Jalan Raja Laut

43. Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuan ku Abdul Rahman

44. Jalan Mahameru/susur Parlimen

45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen

46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara)

47. Jalan Mahameru/susur Wisma Tani

48. Jejambat Wisma Tani

49. Jalan Mahameru/susur Carcosa

50. Susur Jalan Damansara/Jalan Travers

51. Jalan Bangsar/Jalan Travers

52. Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama)

53. Jalan Kl Sentral/Muzium Negara

54. Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan

55. Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U)

56. Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra

57. Susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman

58. Jalan Sulaiman (KTM)

21 ditangkap, ribuan kini di Masjid Negara


Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

NONESebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.

LAPORAN LANGSUNG:
9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.
9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.
9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.
9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.
9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.
9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.
9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.
9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.
9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.
8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.
8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am:
Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.
7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.MK

Khamis, 7 Julai 2011

Bagi Gua, Semua Pencacai Umno Adalah Sial Tanpa Mengira Siapa Lu.

Sudah lebih satu minggu gua tak menulis kerana menghidapi penyakit malas dan juga sakit hati gua kat para pencacai celaka tahap sial yang di usung kesana kemari bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap KERAjaan. Untuk seminggu dua ni penuh ler poket para pencacai celaka atas sokongan yang tidak berbelah bagi kepada KERAjaan Rosmah dan Najib.

Soalan yang paling banyak gua ditanya oleh peminat gua ialah, 'Macam mana Bersih, pergi tak'. Tak tahu ler dah berapa ribu orang tanya gua pergi atau tidak, gua nak jawab pun susah. Lu sendiri faham ler, macam mana gua nak pergi kalau nak keluar rumah pun susah pasal kereta gua warna kuning. Jangan kata tengok sekatan jalan raya, tengok polis pun gua dah corner awal-awal takut polis usung kereta gua.

Apatah lagi gua punya banyak sejarah dengan pihak polis atau bahasa senangnya kurang mesra dengan pihak polis walau pun sanak saudara gua ramai yang jadi polis. Lu tahu ler citer tentang polis baik dan polis jahat ni, gua kira nasib baik pasal sanak saudara gua berada dalam kumpulan polis baik. Gua tak kata semua polis itu jahat, jika yang ada pun kerana yang duk gila pangkat biar pun terpaksa memijak kepala kawan yang pangkatnya lebih tinggi. Lu sendiri faham ler apa maksud gua.

Sikap pilih kasih pihak polis buat gua betul-betul berbulu, lu pakai baju kuning tak boleh tetapi Pemuda Umno sial pakai baju merah tak apa pulak. Siap berkonvoi lagi sedangkan pemimpin Pakatan buat majlis gotong royong Bersih kawasan pula di tangkapnya, pasal apa, pasal ada perkataan Bersih.

Lu jangan sesekali menyebut Bersih atau pun pakai baju kuning walau pun lu buat gotong royong bersih kawasan taman lu all. Kalau tak boleh sebut bersih kawasan apa lu nak sebut, lu kena sebut cuci kawasan atau sental kawasan. Kalau sebut bersih dan pakai baju kuning, lu pasti akan ditahan dibawah EO atau Odinan Darurat. Itu pun nasib baik Raja-Raja Melayu dibawah jagaan tentera, kalau polis yang jaga pasti Raja-Raja Melayu pun ditahan dibawah EO kerana banyak guna warna kuning.

Kalau seingat gua selepas peristiwa 13 Mei, inilah perhimpunan yang buat Rosmah dan Najib atau Umno tak duduk senang kerana mereka merasakan yang mereka terpaksa meninggalkan takhta yang mereka duk peluk cium hari-hari. Sebab itulah mereka kerah semua tok-tok ketua kampung agar buat laporan polis sebanyak mungkin. Nak tak nak, terpaksa ler ikut telunjuk Rosmah dan Najib kalau tak ikut habis ler elaun RM 700-800 sebulan.

Bila sebut Rosmah ni, gua nak kongsi cerita sama lu all semasa majlis pertunangan anak perempuannya baru-baru ini. Gua ada dengar yang Rosmah cuba claim RM 4 juta untuk bayaran satu barang yang bernilai ratusan ribu sahaja tetapi perempuan yang jaga akaun itu tidak berani nak luluskan kerana masih berfikiran waras lagi. Cerita ni sebenarnya dah heboh kat JPM, tetapi didiamkan kerana Rosmahkan 'First Lady'.

Lu nak tahu apa kerja pencacai Umno celaka lu tengok gambar kat bawah, memang bodoh tahap bangang  kerana buat molotov coktail dari botol plastik. Kerja pencacai Umno celaka ni memang tak pakai akal, orang buat dari botol kaca tapi kerana pendidikan dari Umno celaka, mereka buat dari botol plastik. Kononnya bua ler buat taik kat BERSIH.

Inilah antara senjata yang ditemukan di beberapa lokasi di sekitar Sogo, Pertama, dan Wisma Bumi Raya. Kata polis, mereka konon-kononnya telah menemukan 44 molotov coktail, 23 bilah parang dan 48 baju BERSIH.

Ahad, 3 Julai 2011

Kit Siang: Gugur Hisham menteri, tarik balik haramkan Bersih

Lim Kit Siang menggesa Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin daripada jawatan itu sambil menyifatkan alasan pengharaman pertubuhan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak munasabah.
 
Tegas Penasihat DAP, tiga alasan yang diberikan Hishammuddin untuk mengharamkan Bersih 2.0 tidak munasabah kerana gerakan menuntut pembaharuan pilihan raya itu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini dan dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang berkuat kuasa kelmarin.

Tegas Lim, lapan tuntutan Bersih dan Himpunan Bersih 2.0 yang disokong Pakatan Rakyat tidak memberi sebarang ancaman ke atas keselamatan negara seperti mana yang didakwa Hishammuddin.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menggugurkan Hishammuddin dan menarik balik arahan pengharaman Bersih kerana tiga alasan yang diberikan tidak munasabah, malah tiga alasan yang diberikan itu tidak boleh diterima.

“Bersih tidak bersalah. Yang bersalah adalah Perkasa dan Pemuda Umno, malah mereka turut mengancam dengan menggunakan peristiwa 13 Mei dengan memberi amaran kepada orang Cina agar duduk di rumah dan menyimpan bekalan makanan dan Pemuda Umno pula mengepung pejabat PKR dengan mengancam akan melakukan keganasan dan huru-hara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas pemimpin veteran ini, sepatutnya Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Perkasa dan Pemuda Umno kerana menimbulkan provokasi yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Mengapa Hishammuddin hanya mengambil tindakan terhadap Bersih yang tidak bersalah sedangkan mereka yang menimbulkan huru-hara adalah Perkasa dan Pemuda Umno seolah-olah mereka ini kebal dan bebas untuk melakukan jenayah.

“Soal risalah, adakah kerajaan boleh digulingkan hanya dengan mengagihkan risalah? Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan pihak berkuasa tidak mempunyai bukti untuk menyokong tuduhan itu,” katanya.

Lim menambah Bersih tidak sepatutnya dipersalahkan memandangkan gabungan lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan keadaan tegang dalam negara.

“Sekali lagi sepatutnya Perkasa dan Pemuda Umno yang harus dipersalahkan bukan Bersih. Kini dengan arahan pengharaman yang dibuat Menteri Dalam Negeri membuktikan beliau memberikan imej buruk kepada negara yang akan menyebabkan kehilangan sokongan rakyat selain memberi kesan kepada kepentingan ekonomi dan perpaduan.

“Adakah Hishammuddin akan mengharamkan dirinya kerana memalukan negara?” katanya.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang semalam, Putrajaya mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram — seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil oleh Putrajaya sejak lebih seminggu lalu.

“Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai,” kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman.

Abdul Rahman juga berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyiasat Bersih 2.0 dan mendapati bahawa ia bukan satu pertubuhan berdaftar.

Bagaimanapun kata beliau, Bersih 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.

Menurut Abdul Rahman, Bersih 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini, menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu dan melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

Bagaimanapun Ambiga berkata pengharaman itu tidak akan membawa impak sebab pergerakan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya itu telah berjaya dalam memikat “hati dan minda rakyat.”

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga tidak bersetuju dengan pentadbiran Najib yang memutuskan pergerakan tersebut menyalahi undang-undang sebab Bersih 2.0 adalah gabungan pertubuhan-pertubuhan didaftarkan dan justeru, ia tidak memerlukan pendaftaran.

Selain itu, pemimpin Pakatan Rakyat juga membantah pengharaman itu. Insider

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...