Translate

Mesti Baca

Selasa, 28 Jun 2011

Celaka Lu Najib/Rosmah, Rupa-Rupanya Sebelum BERSIH 2.0. Lu awal-awal Lagi Sudah Bersihkan.

Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.

Tak rasa kesusahan rakyat

Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.

Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.

"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.

"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.

"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.

Kos Lawatan Najib/Rosmah RM 17 Juta.
Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).

Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus.

Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).

Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.

Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.
Sumber; HarakahDaily

Isnin, 27 Jun 2011

Surat Terbuka Buat Yang Di Pertuan Agong.

Gerakan Anti Korupsi
Gerakan Kebangkitan Rakyat
Gerakan Pembela Rakyat
Gerakan Anti ISA
______________________________________________________________

Bismillah Al-Rahman Al-Rahim

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, D.K (Terengganu), S.P.M.T., S.P.M.J., D.K. (Johor), S.S.M.T., D.K.T, D.K. (Perlis), D.M.., yang bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia dengan amat kebesaran dan kemulisannya.

.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Seri Paduka Baginda Tuanku,
 
Dengan hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanuhu Wataala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam selamat dan kesejahteraannya.

Dengan rendah diri, patik ingin melafazkan taat setia patik terhadap pemerintahan Tuanku sebagai payung rakyat. Tuanku adalah tempat terakhir untuk patik dan hamba rakyat mengadu.

Seperti yang Tuanku ketahui pada 9 Julai 2011, satu perhimpunan BERSIH akan diadakan di ibu negara untuk menyerahkan satu memorandum kepada Tuanku di hadapan Istana Negara. Apa yang rakyat Tuanku mahukan hanyalah satu keadilan yang sentiasa diimpikan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Rakyat Tuanku sudah mula muak dengan skandal-skandal dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Memanda Tua Tuanku. Apakah menjadi satu kesalahan buat rakyat Tuanku yang ingin melihat cahaya keadilan dan betapa bersatunya rakyat Tuanku dalam perkara ini. Rakyat Tuanku semakin sedar akan apa yang telah dilakukan oleh Memanda Tua terhadap negara.

Penyalahguna kuasa oleh Memanda Tua semakin berleluasa tanpa dapat dibendung oleh rakyat Tuanku. Kekayaan negara di kaut dengan rakus oleh Memanda Tua, keluarganya, adik beradiknya, kroni-kroninya dan yang sentiasa menjadi pengampunya. Bagi isteri Memanda Tua pula, beliau tanpa merasa segan atau malu telah mengelarkan diri sebagai 'First Lady' sedangkan gelaran itu hanya layak digunakan oleh Permaisuri Tuanku. 

Semua rakyat Tuanku sedia maklum akan perkara ini kerana dari Senaraian Keutamaan Persekutuan Malaysia, kedudukan Tuanku adalah yang tertinggi dan diikuti oleh Raja Permaisuri Tuanku. Mohon patik menyenaraikannya dibawah ini.
  1. Yang Di Pertuan Agong
  2. Raja Permaisuri Agong (First Lady)
  3. Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.
  4. Yang Dipertua Negeri-Negeri.
  5. Bekas-bekas Raja permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada kerajaan persekutuan.
  6. Perdana Menteri.
  7. Timbalan Perdana Menteri. / Kehormat -7A. Bakal-Bakal Raja (Tengku Mahkota/Raja Muda)
  8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.)
  10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.) / Kehormat - 10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri sembilan dan Tengku besar Tampin, Negeri Sembilan.
  11. Ketua hakim negara.
  12. Yang DiPertua Dewan Negara.
  13. Yang Dipertua dewan Rakyat.
  14. Bekas-bekas Perdana Menteri.
  15. Bekas-Bekas Timbalan perdana Menteri. 
  16. Ahli-ahli Jemaah Menteri
  17. Setiausaha Jemaah menteri/ Ketua Setiausaha Negara. / Kehormat - 17A. Menteri-Menteri Besar dan ketua-ketua Menteri.
  18. Peguam negara.
  19. Panglima Angkatan Tentera.
  20. Ketua Polis Negara.
"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.
(2) Permaisuri Yang D-Pertuan Agong (yang bergelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang Di-Pertuan Agong.

Apabila isteri Memanda Tua mengarahkan agar diwujudkan satu seksyen yang dinamakan FLOM iaitu First Lady Of Malaysia, beliau seperti ingin merampas kedudukan Raja Permaisuri sebagai Wanita Pertama. Sedangkan dari senaraian di atas, beliau tidak mempunyai apa-apa kedudukan pun melainkan sebagai seorang isteri Memanda Tua. 

Jabatan yang beliau tubuhkan itu cukup dengan pegawai dan kakitangan yang mana gaji mereka dibayar dengan wang rakyat. beliau telah menyalah gunakan kuasa yang ada pada Memanda Tua dengan membuka jabatan tersebut bersebelahan dengan pejabat Perdana menteri di Putrajaya.


Teguran demi teguran dilakukan oleh hamba rakyat mahu pun pemimpin politik, semua teguran itu umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sikap egonya tidak pernah berubah sejak Memanda Tua Tuanku menjadi Menteri Besar Pahang lagi. 

Di manakah kewajaran isteri Memanda Tua mencampuri urusan pentadbiran kerajaan yang dianggap rahsia negara. Walau pun beliau menafi akan perlibatan beliau dalam urusan negara dan mengawal Memanda Tua, tetapi beliau tidak boleh menutup bangkai gajah dengan daun kelapa. Semua hamba rakyat tahu bagaimana borosnya isteri Memanda Tua bila berbelanja. 

Beliau menyuruh hamba rakyat agar berjimat cermat dan belilah barangan yang dikeluarkan oleh negara tetapi beliau sendiri berbelanja di luar negara. Beliau sanggup menghabiskan ratusan ribu hanya untuk pakaiannya sahaja. Semua agensi kerajaan dipergunakan oleh beliau tanpa apa-apa teguran dari memanda Tua Tuanku.
    Ampun Tuanku,

    Sejak 10 tahun ini, jurang antara yang miskin dengan yang kaya semakin menyedihkan kerana yang kaya semakin kaya dan miskin semakin dihimpit kesusahan. Untuk pengetahuan Tuanku, kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin kerajaan Tuanku amat-amat luar biasa. Mereka tidak pernah mengambil peduli nasib rakyat Tuanku yang boleh di umpama mengemis di negara sendiri. 

    Mereka juga sedang bersaing sesama mereka membina istana-istana yang bernilai berpuluh-puluh juta tanpa merasa malu terhadap rakyat yang mempertikaikan dari mana sumber kewangan yang mereka perolehi.

    Ampun Tuanku,
    Perhimpunan BERSIH bukannya demontrasi tetapi satu perhimpunan aman yang mana ianya termaktub didalam perlembagaan negara di mana hamba rakyat berhak bersuara apabila ada sesuatu kepincangan dalam pengurusan. Apa yang hamba rakyat tuntut ialah satu reformasi dilakukan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah dipergunakan oleh pihak pemerintahan Memanda Tua Tuanku.

    Ini bukannya kehendak pemimpin politik tetapi adalah kehendak hamba rakyat Tuanku sendiri. Apabila satu Suruhanjaya yang menjaga pilihan raya sudah tidak lagi beramanah, maka jalan terbaik ialah menunjukkan satu bantahan besar-besaran kerana jalan bersemuka tidak lagi dilayan oleh SPR. Kami hamba rakyat menuntut 8 perkara bagi memulihkan kembali demokrasi dan sistem pilihan raya yang sudah lama tercemar. Tuntutan hamba rakyat Tuanku ialah,
    1. Bersihkan senarai daftar pengundi.
    2. Reformasikan undi pos.
    3. Penggunaan dakwat kekal
    4. Akses media bebas dan adil.
    5. Tempoh minimum 21 hari berkempen.
    6. kukuhkan institusi awam
    7. Hentikan rasuah.
    8. Hentikan politik kotor.
    Ampun Tuanku,


    Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan doa kehadrat Allah Subhanahu Wataala mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong dan seluruh kerabat Tuanku sekalian dilanjutkan usia dan berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan selama-lamanya.


    Amin Ya-Rabbal-Alamin.
    Ampun Tuanku.

    Gerakan Anti Najib/Rosmah
    5.45 A.M.
    27-06-2011

    Catatan Paling Popular

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...