Translate

Mesti Baca

Sabtu, 18 Jun 2011

Mat Sembab Mula Kalut Dengan BERSIH 2.0. Lu Hantar Jer KJ Sebagai Benteng.

 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

NONEKatanya, BERSIH adalah sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.

"Saya fikir tujuan mereka tidak baik. Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja. Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," kata Muhyiddin kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian di Beaufort hari ini.

Timbalan presiden Umno itu berkata Pakatan Rakyat sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan BN.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.

bersih rally istana negara tv 101107 large crowd"Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lalu," katanya.

Menurut Muhyiddin lagi, tujuan BERSIH mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya, tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
Tolak kerajaan

"Mereka mungkin akan meneruskan momentum ini supaya apabila sampai pilihan raya nanti, kebencian rakyat akan mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan," katanya.

bersih rally 271207 04Beliau berkata demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan.

Muhyiddin berkata pihak polis tidak meluluskan permit perhimpunan kerana tidak mahu kejayaan, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini akan terjejas hanya kerana kelompok kecil ini.

bersih rally 271207 06Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang mengamalkan 'doube standard' yang mengunakan isu pilihan raya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.

"Bila BN menang mereka pertikaikan. Bila mereka (pembangkang ) menang, mereka tidak pertikaikan," katanya.

Mengenai hasrat Pemuda Umno yang mahu mengadakan perhimpuan pada hari yang sama, Muhyiddin berkata ini adalah reaksi yang jelas bahawa banyak pihak tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH itu. MK

Khamis, 16 Jun 2011

Malaysia Belum Selamat Walaupun Setengahnya Berjaya Disekat.


Gua malas nak komen dengan serangan pengodam yang mengelarkan diri mereka Anonymous yang memakai karektor seorang wira yang menentang kerajaan British secara keseorangan. Serangan terakhir beliau adalah parlimen British dengan cara meletupkan House of Parliament dan dalam serangan tersebut beliau terpaksa mengorbankan dirinya sendiri. Beliau melakukannya setelah melihat betapa korupnya kerajaan dengan mengenepikan suara rakyat termasuklah beliau sendiri.

Nampaknya Anonymous yang ini melakukannya secara berkumpulan kerana ahli-ahli mereka berada diserata dunia termasuk di Malaysia sendiri. Modus operandi mereka cukup tersusun sesuai dengan karektor watak tersebut yang memberi tahu dahulu kepada kerajaan, apa yang beliau akan serang, dimana dan bila waktunya. Ini tidak bermakna gua menyokong mereka tetapi gua tabik kat mereka kerana mengotakan apa yang mereka janjikan.

Di Eropah, ada ahli mereka yang ditahan oleh pihak berkuasa tetapi pihak berkuasa tidak mampu melumpuhkan Anonymous. Bagaimana nak melumpuhkan mereka sedangkan data mereka sendiri berada di berpuluh-puluh negara dengan anggotanya yang cukup berdisplin. Gua lewat menulis artikel hari ini kerana gua nak tengok serangan yang mereka lakukan terhadap laman kerajaaan dan gua percaya ia akan berlangsung selama beberapa hari lagi. So... gua petik dari laporan dari Malaysiakini tentang serangan mereka.

Operation Malaysia: 41 laman web kerajaan digodam

Sekurang-kurangnya 41 laman web kerajaan dan agensinya diserang dan digodam mulai awal pagi hari ini oleh penggodam yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.
NONEMenurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41 berjaya digodam.

Laman SKMM - www.skmm.gov.my. juga diserang tetapi tidak berjaya.
“Pemantauan kami terhadap situasi itu mendapati berlaku penurunan tahap serangan menjelang 4 pagi tadi dan selepas penilaian lanjut, kami mendapati ia hanya memberi kesan kecil terhadap pengguna di Malaysia," menurut kenyataan SKMM.

Bagaimanapun, SKMM tidak menyatakan laman web yang menjadi sasaran serangan.

hacked sabah tourismBermula pagi tadi penggodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan tidak kurang 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.

Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.

Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:
  • SabahTourism.com
  • ASEAN connect
  • Bomba
  • Perbendaharaan Malaysia
  • Parlimen Malaysia
  • JobsMalaysia
  • Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
  • Majlis Sukan Negara
Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodam itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan.

tourmalaysia website hacked 160611“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.

“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” menurut kenyataan dalam bahasa Inggeris itu lagi.

NONETambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan.

Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta.

Kenyataan Media DSAI Tentang Masalah Dan Kerugian Felda.


 

Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (pada mulanya Lembaga Felda telah meminjam RM6 billion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 billion daripada itu dipinjamkan oleh Lembaga Felda kepada Felda Global), yang mana sudah tentulah dana tersebut datang daripada rakyat Malaysia.

Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda? Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian. Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 1997 hingga 2010 hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urus tadbir Sime Darby.

Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat. Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun.

Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global telah dijadikan subsidi untuk kerugian yang dialami pelaburan luar negara Felda. Perdana Menteri begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global itu mengalami kerugian.

Kami difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernahdibuat dalam sejarah korporat Malaysia. Pelaburan awal sebanyak RM175 juta dibuatuntuk memperoleh Twin Rivers Technologies AS, yang sebelumnya dijual olehProcter & Gamble.

Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin RiversTecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepadaTwin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 jutapinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America. 
Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 jutauntuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers TechnologiesUS, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarangkeuntungan.

Adakah Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut kepada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta? Oleh kerana itu, kami percayajumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anaksyarikat adalah sekitar RM1.175 bilion. Walaupun pelaburan yang besar, kami percaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiaptahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta.

Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Felda itu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby, dan mereka yang berada dalampengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati Idayu Othman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negera itu. 

Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukankelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 1997,dijawat oleh Najib Razak.

Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Najib atau tidak didedahkan kepada Najib oleh pihak pengurusan Global Felda, kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global dan Dato 'Seri Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat.

Difahamkan bahawa Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Najib Razak, Mustapha Omar Ong, dilantik sebagai perunding untuk Felda Global. Kami menuntut untuk mengetahui berapakah bayaran yang dikenakan oleh Ethos Consulting terhadap Felda Global dan bagaimana sebuah firma perunding yang tidak mahir dalam industri pertanian dilantik sebagai perunding untuk Felda Global?

Jika benar pelaburan di luar negara oleh Felda Global rugi, sepatutnya bayaran tidak harus dibuat ke atas Ethos Consuting kerana ternyata merupakan perunding yang gagal. Rakyat menuntut jawapan ke atas semua soalan di ataskerana Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Rabu, 15 Jun 2011

Zunar Saman Kerajaan Kerana Tangkapnya.


Pelukis kartun dan satira Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih popular dengan nama Zunar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia berhubung tahanannya tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam saman itu, Zunar menuntut bayaran pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya. Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kementerian dalam negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

NONEZunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur.

Dalam pernyataan tuntutan itu Zunar mendakwa pada 24 Sept 2010, pukul 4 petang sepasukan polis yang diketuai ASP Arikrishna telah menyerbu pejabatnya dan bertindak menangkap beliau serta merampas 66 buah buku bertajuk "Cartoon-0-phobia" dan sebuah lukisan kartun.

Katanya selepas tangkapan itu beliau telah dibawa ke beberapa balai polis di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum lewat malam untuk direman sehari dan terpaksa bermalam di Balai Polis KLIA atas dakwaan menghasut.

Zunar mempertikaikan asas-asas penangkapan dan penahanannya, rampasan terhadap karyanya dan menyatakan bahawa tindakan itu adalah salah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta berniat untuk mengagalkan pelancaran buku tersebut.

Berikutan itu Zunar menuntut gantirugi am termasuk gantirugi teladan dan teruk, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya atau gantirugi sebanyak RM1,650, perintah supaya lukisan kartun dikembalikan atau gantirugi khas dan lain-lain. Sumber

Rosmah: Sudahlah Nazri, Kalau Bangkai Tetap Bangkai Walau Selori Minyak Wangi Di sapu.

 

Penglibatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam pelbagai konvensyen mahupun seminar antarabangsa dilihat sebagai sesuatu yang positif dalam memartabatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata undangan sebegitu seharusnya dilihat sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai dasar, strategi dan pelaksanaan yang baik dalam bidang pendidikan, pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak serta aspek pembangunan wanita dan kebajikan.

Beliau berkata melalui penglibatan dan pendekatan sebegini, Malaysia dapat berkongsi pengalaman dan pencapaian dalam bidang tersebut.

"Secara tidak langsung, ia juga akan dapat meyakinkan persepsi antarabangsa terhadap pencapaian Malaysia dalam bidang berkenaan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran).

Juslie ingin tahu mengenai persepsi antarabangsa berhubung penglibatan Rosmah yang pro-aktif menyertai forum, konvensyen dan seminar global sebagai suara hak wanita, pembangunan modal insan dan masyarakat di peringkat dunia.

rosmah and najib bakti event 070709 06Dalam pada itu, Mohammad Nazri berkata peranan anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) adalah sama seperti yang dilakukan semasa ia diterajui oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata pada ketika itu, BAKTI banyak memainkan peranan dalam menjalankan kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat di Malaysia dan peranan itu kekal hingga sekarang.

"Kita telah lihat bahawa ia diterima baik dan tiada pertikaian pun mengenai peranan mereka. Oleh itu, sekarang BAKTI juga melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan dulu dan tiada perbezaan antara dulu dan sekarang," katanya.

- Bernama

Gua Sokong BERSIH 2.0 Dan Perkara Yang Akan Terjadi Seperti Dalam Gambar Ini.

Si dara bersama laki-lakinya membuat aduan polis terhadap BERSIH 2.0
Betul ker yang Perkosa akan ganggu BERSIH 2.0 sepertimana yang mereka lakukan pada GMI 2009??? Apa yang gua tahu, masa perhimpunan tersebut Tok Him lari bersembunyi dalam kain di dara.
 
 
Inilah yang akan dihadapi oleh rakyat pada perhimpunan BERSIH 2.0
Perkara yang bakal terjadi disebabkan provokasi dari pihak ...........
Tangkapan yang bakal terjadi.
[UMNO+Demonstrasi+Juga.jpg]
Demontrasi kurang bersih oleh Umno celaka dulu-dulu.
Image
<<span class=
Demontrasi GMI pada 1 Ogos 2009.
Perhimpunan BERSIH pada tahun lepas.
Oooooppppp... Tersilap siar ler.

Selasa, 14 Jun 2011

Lu Memang Pandai Belanja Ler, Rosmah.

Sejak Rosmah Mansor (RM) menjadi Perdana Menteri dalam bayangan, perbelanjaan kerajaan semakin bertambah. Sudahlah untuk beliau sahaja menerusi projek Permatanya sahaja dapat RM 111 juta dalam Bajet 2011 dan dengan penubuhan Yayasan Permata tidak menjejaskan RM 111 juta tersebut kerana semuanya hasil sumbangan pihak swasta.

Setiap kali beliau keluar negara, kerajaan terpaksa menanggung berjuta-juta untuk perbelanjaan perjalanan beliau dan pengiringnya. Belanja untuk beliau tidur satu hari sahaja pun persamaan dengan gaji dua tahun kakitangan kerajaan yang berpendapatan RM 4,000 sebulan.

Hari ini kerajaan persekutuan membentangkan Rang Undang-Undang Bekalan Tambahan bagi memohon dana tambahan RM 13,186,713,000 untuk separuh masa pertama tahun ini. Sebelum ini, pada pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu telah memohon RM162,805,323,000.

Dengan alasan pengurangan subsidi bagi gula, elektrik, gas asli dan diesel tahun ini menyebabkan tekanan inflasi dan ini membantutkan perbelanjaan. Kononnya permohonan dana tambahan itu dibuat pada masa kerajaan pusat cuba mensasarkan pertumbuhan enam peratus tahun ini.

Apakah semasa perbentangan Bajet 2011 yang lepas, kerajaan tidak mengkaji secara halus akan segala kemungkinan-kemungkinan yang diluar jangkaan atau Rosmah terlalu pandai berbelanja diluar negara sehingga tidak mencukupi. Itu baru setengah tahun pertama dah minta RM 13 bilion, bagaimana pula untuk suku ketiga atau sehingga habis tahun ini.

Mungkin kerana dalam pengumuman Petronas baru-baru ini, syarikat milik negara menyumbang sebanyak RM 30 bilion kepada kerajaan telah membuatkan Rosmah semakin tidak duduk senang. Duit banyak katakan tapi bila bab kebajikan rakyat, alasan yang diberi ialah kerajaan tiada duit. Gua sanjung lu Rosmah, kerana membuka mata rakyat Malaysia betapa pandainya lu mengeringkan duit perbendaharaan.

Rosmah Lagi; RM Pernah Berperang Dengan Jean Abdullah.

Dalam mana-mana drama, akan terdapat watak yang diwujudkan untuk penonton merasa benci. Biasanya, watak ini memainkan peranan sebagai seorang yang licik, manipulatif dan bertabiat walau dengan apa cara sekalipun orang mesti menuruti arahannya

Dan diva di Malaysia itu, tidak lain dan tidak bukan adalah Rosmah Mansor - tiada tandingan.

Beberapa tahun lalu, ada majlis perjumpaan di antara para pemimpin di Kuching, Sarawak. Jean Abdullah, isteri kedua Abdullah Badawi yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri telah hadir, begitu juga Rosmah.

Ketika pertemuan para menteri, isteri-isteri mereka telah dibawa untuk membuat pelbagai lawatan dan diadakan pelbagai acara sampingan, dapat dilihat perbezaan di antara Jean Abdullah dan Rosmah Mansor yang menonjol. Tidak, ia tidak ada pergelutan di antara mereka tetapi irama 'perang' itu yang sedang dimainkan. Tidak syak lagi.

Pegawai di hotel tempat mereka berdua tinggal terikat. Rosmah berkeras hendak menggunakan kenderaan rasmi, sementara Jean Abdullah ingin menaiki bas bersama dengan isteri-isteri menteri yang lain.

Akhirnya, walaupun Rosmah Mansur hanyalah isteri seorang Timbalan Perdana Menteri, Rosmah Mansor berjaya mendapat limusin. Dan Jean Abdullah hanya menaiki bas.

Siapa Yang Pakai Seluar Di Putrajaya

Sifat rendah diri adalah satu pegangan yang besar dalam hidup dan ia paling cantik apabila menjadi sifat semula jadi yang dan datang dari batin seseorang. Mereka yang ada dalam majlis itu melihat sifat ini ada pada Jean Abdullah dan tidak pada Rosmah.

Isteri Najib ini memainkan watak diva-nya tidak habis-habisan tanpa sedikit pun sesalan. Dia sepatutnya belajar tetapi dia memilih untuk membuat 'letupan kecil' dengan gaya eksklusifnya tersendiri yang 'tidak peduli' atau 'bongkak' bahkan 'bangga diri' dalam dirinya menjadi lebih apabila suaminya bertukar jawatan dari TPM kepada PM.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Rosmah Mansor bukanlah 'Wanita Pertama Malaysia', dia hanyalah 'isteri Perdana Menteri 'dan pastinya bukan juga wanita pertama bagi Najib Razak. Namun ia dicanangkan seolah-olah ia memiliki seluruh Malaysia.

Perjalanan ke Timur Tengah, berbelanja sakan di luar negeri dan beberapa projek kerajaan yang dianugerahkan menunjukkan wanita ini ingin hidup lebih besar dari persona dan cita-citanya.

Ini adalah seorang wanita yang akan mendapatkan apa saja yang diinginkannya pada sebarang harga dan orang-orang di sekitarnya, termasuk Najib Razak, akan berusaha sekuat tenaga untuk memenuhi keinginan dan nafsunya.

Dan sepatutnya tidaklah terlalu mengejutkan apabila melihat keperibadiannya, dia mampu membayar US$ 12,000 untuk sebuah beg tangan, RM65 juta untuk ubah suai mahligainya, dan mempunyai 'anak emas' tersendiri dalam bentuk peruntukan untuk Permata - sebuah badan amal yang diketuainya.

"Kami menggalakkan wanita untuk bercita-cita tinggi, cuba untuk mencapainya. Tetapi Rosmah sudah melampaui batas", kata MP Ampang Zuraida Kamaruddin kepada Malaysia Chronicle di dalam temubual baru-baru ini.

Tidak ada tandingan bagi Rosmah Mansor. Dia terlalu berkuasa.

Pengaruh Kuat Dalam Liwat II dan Altantuya-Scorpenes

Tidak lama dahulu, Lokman Nor Adam, yang kini sebahagian dalam UMNO di dalam Jabatan Hal Ehwal Khas, berusaha untuk membuat perbandingan bodoh dengan Wan Azizah, isteri Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim.

Perbandingan Lokman bersandar pada bahawa harga pakaian Wan Azizah yang digunakan ialah berharga RM8,000 sepasang ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri. Satu isi yang agak lemah dari seseorang yang sebahagian daripada UMNO di Jabatan Hal Ehwal Khas dan bekas ahli PKR.

Namun, jika ditolak harga pakaian ke tepi, tidak ada yang membenci Wan Azizah jika dia mampu untuk memakai pakaian dengan harga sebegitu. Ingat, Wan Azizah adalah seorang ahli Parliman yang dipilih dan merupakan Ketua Pemimpin Pembangkang sehinggalah dia secara sukarela memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Mengapa Wan Azizah tidak menimbulkan kebencian dikalangan orang awam seperti Rosmah? Wan Azizah terkenal dengan ketenangan dan kulit mukanya yang merah muda.

Rosmah mungkin gemuk pendek tetapi dia juga mempunyai ciri-ciri yang indah dan senyuman yang ramah. Sehinggalah dia bercakap, cukup. Setelah dia bercakap, entah kenapa, orang akan merasa bahawa dia adalah seorang wanita yang sangat 'berkuasa', seseorang yang anda akan sentiasa berhati-hati dan tidak terpijak jari kakinya yang indah diwarnakan.

Ya, Rosmah adalah musuhnya sendiri. Dan kerana Najib telah memberikan isterinya begitu banyak kuasa terhadap kerajaan termasuk menggunakan wang rakyat, Malaysia tidak boleh tidak melihatnya dengan teliti.

Masyarakat belum mengetahui peranan penuhnya dalam dakwaan Liwat II terhadap Anwar Ibrahim. Soalan-soalan sering ditanya, mengapa perlu baginya untuk memberikan kenyataan kepada polis jika dia bukan sebahagian dari konspirasi?

Lalu dia 'secara gelap' ada penglibatan dalam pembunuhan Altantuya.

Adakah kita akan melihat dia Kn memberikan kenyataan kepada penyiasat Perancis selepas Najib? Sebagai isteri Perdana Menteri, dia mempunyai pengetahuan 'first hand' dari suaminya sendiri, transaksi dan jadual perjalanan, termasuk perjalanan yang dikatakan ke Macau dengan bersama teman rapat mereka Razak Baginda dan penterjemah Mongolia.

Dalam dua drama tersebut - Liwat II dan Scorpenes-Altantuya, menjurus kepada kresendo yang mudah meletup, rakyat Malaysia boleh menjangkakan untuk lebih banyak episod yang lebih menarik dan mengejutkan. Sumber

Orang Asli: Bangsa 'lain-lain' satu penghinaan


Usaha ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh untuk mendaftarkan bangsa anak perempuannya sebagai 'Anak Malaysia' bukan sahaja mencetuskan perdebatan hangat tetapi membuka mata kepada satu lagi golongan yang tidak berpuas hati dengan sistem pendaftaran negara.

NONEBagi kaum pribumi di Semenanjung Malaysia yang berjumlah 150,000 atau dikenali sebagai Orang Asli yang kini dikategorikan sebagai 'lain-lain' dalam semua dokumen dan borang rasmi, istilah itu satu penghinaan kepada mereka.

Menurut perwakilan masyarakat Orang Asli, mereka dibenar mendaftarkan bangsa anak mereka pada sijil kelahiran sebagai 'Orang Asli' dan pengiktirafan itu berhenti setakat itu sahaja.

Ruang atau kolum 'bangsa' dalam semua borang dan dokumen rasmi kerajaan yang lain termasuk kad pengenalan hanya membenarkan mereka memilih 'lain-lain' sahaja.

"Ini satu penghinaan. Ia seolah-olah Orang Asli tak wujud,” kata Juli Blat dari Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, ketika dihubungi semalam.

orang asli anti logging protest in pahang 170406 group"Nampaknya status kami sebagai penduduk asal di Malaysia tidak diiktiraf. Isu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kebanyakan aktivis Orang Asli.”

Aktivis Orang Asli dari Pahang Bob Manolan berkata amalan sekarang ini langsung tidak mencerminkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri.

"Siapa ini 'lain-lain'? Jika kerajaan ingin mengkategorikan kami sebagai 'lain-lain', mereka seharusnya membuang bangsa lain seperti Melayu, Cina dan India - letak sahaja kewarganegaraan kami dan hapuskan sahaja bangsa.

"Kalau mereka mahu letak bangsa, pilihan juga mesti diberikan kepada bangsa-bangsa lain,” katanya.

orang asli protest putrajayaMengongsi pandangan yang sama adalah penyelaras Rangkaian Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia Tijah Yok Chopil yang berkata hak untuk menyatakan sesuatu bangsa tidak sepatutnya dihadkan kepada kaum tertentu sahaja.

"Kami adalah orang asal di bumi ini tetapi apabila timbul soal bangsa, kami dikategorikan sebagai 'lain-lain', ini tidak adil,” kata aktivis dari Perak itu.

"Kerajaan patut hapuskannya saja. Cuma letak kami sebagai warga Malaysia,” katanya. MK

Isnin, 13 Jun 2011

Kes Maki Polis: Kenyataan Ketua Polis Melaka Boleh Dipertikaikan.

Tony Pua, Hiew Kok Ming and Lim Lip Eng
















Nampaknya Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Chuah Gee Lye tidak mendapat maklumat yang salah sebelum mengeluarkan kenyataan akhbarnya. Beliau tidak menafikan bahawa pengurus bank, Hiew Kok Ming telah ditahan selama 3 hari tetapi atas laporan polis yang menahan beliau kononnya atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Melaka SAC, Datuk Chuah Gee Lye menafikan bahawa pengurus berusia 26 tahun itu ditahan dalam lokap selama tiga hari kerana tidak memakai tali pinggang kaledar, seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini.

"Kejadian itu berlaku pada jam 9 malam 28 Mei lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Bukit Beruang di Melaka hari ini, lapor Bernama.

Chuah berkata dalam kejadian itu, seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan rondaan di Jalan Laksamana Cheng Ho menahan sebuah MPV jenis Toyota Avanza dinaiki lima lelaki kerana melihat pemandunya tidak memakai tali pinggang kaledar.

Katanya selepas menahan MPV itu, anggota polis tersebut meminta pemandu iaitu pengurus bank berkenaan menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu tetapi beliau enggan menyerahkanyan malah mempertikaikan kuasa anggota polis itu.

Gua tidak memihak kepada mana-mana pihak jika mereka dianaiya tanpa mengira bangsa, ideologi politik atau pun agama. dalam hal membuat tahanan kenderaan ..mengikut SOP polis, mana2 sekatan jalan raya hendaklah mempunyai amaran berhenti pemeriksaan polis, dan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 4 anggota polis bertugas dan seorang incharge sekurang2nya koperal. Untuk sekatan kenderaan sedang bergerak, pegawai peronda hendaklah mengeluarkan papan tanda yang menyatakan berhenti pemeriksaan polis dan hendaklah sekurang-kurangnya 2 orang anggota polis terlibat dalam rondaan bergerak dengan seorang incharge sekurang-kurangnya berpangkat koperal. 

Dalam akta polis dan SOP digariskan panduan bagi mengelak penyalahgunaan kuasa polis di dalam CPC (criminal prosedur code @ kanun acara jenayah) juga terdapat halangan untuk penjawat awam. Pihak penjawat awam boleh menggunakan kekerasan semunasabah yang perlu sekiranya berlaku halangan kepada penjawat awam untuk melaksanakan akta tersebut. Halangan termasuklah kata-kata kesat, engkar arahan, cuba melarikan diri. 

Tapi dalam bab penyerahan kad pengenalan,pihak polis tidak perlu memaksa untuk mendapatkan kad pengenalan sebab pemilik mempunyai hak untuk tidak memberikan tetapi pihak polis mempunyai hak untuk melihat kad pengenalan dan pihak polis mempunyai hak untuk memegang lesen memandu sebab lesen memandu tidak termasuk dalam akta pendaftaran yang tidak boleh di pegang atau disimpan oleh orang lain.

Jadi gua pun musykil kenapa pegawai polis tersebut mengambil IC beliau tanpa kebenaran dan jika lesen memandu, gua tiada masalah untuk pihak polis berbuat demikian. Jika kata-kata, 'Lu apa kuasa ambil gua punya IC' itu dianggap kasar, bagaimana pula dengan rampasan IC tanpa kerelaan si pemilik. Menang layak ayat tersebut dikeluarkan oleh beliau di atas tindakan pegawai polis itu dan satu laporan polis perlu dibuat oleh beliau ke atas pegawai polis tersebut.

Nampaknya akan ada segelintir pegawai polis akan mengikut jejak pegawai polis tersebut kerana ia akan dilindungi oleh Ketua Polis Negeri sendiri. Gua tidak salahkan Ketua Polis Negeri kerana beliau hanya mendapat maklumat dari sebelah pihak sahaja iaitu pegawai bawahannya. Sebagaimana kes tembak mati tiga remaja Melayu dari jarak dekat oleh anggota polis pada akhir tahun lepas. Sepatutnya pegawai polis yang menembak mati tiga remaja tersebut didakwa kerana kes tersebut mempunyai bukti yang kukuh dan bukannya menubuhkan satu inkuaes.

Inilah delima yang dihadapi oleh rakyat Malaysia apabila ianya melibatkan pihak polis kerana kita seperti tidak mendapat keadilan yang sepatutnya. Seperti kes di atas kerana ketidak puas hati pegawai polis tersebut, beliau akan mendakwa kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas sedangkan realitinya kes ini boleh dikatakan salah faham sahaja. Begitu mudah rakyat Malaysia didakwa kerana laporan tersebut dibuat oleh seorang pegawai polis, walau pun kita sendiri tidak mengetahui akan kebenarannya. 

Gua yakin kes ini akan digugurkan kerana ia tidak memihak kepada pegawai polis tersebut kerana tertuduh mempunyai 4 orang saksi untuk menghadapi kata-kata seorang pegawai polis di mahkamah. Harap apa yang gua tulis ini tidak menyinggung pihak polis yang adil dan jangan pula malam nanti gua akan diusung ke balai polis sudah ler.

Kes Maki Polis: Kenyataan Benar Dari Tertuduh.


Gua cukup lama berurusan dengan pihak polis, baik dilokap mahu pun di mahkamah sehinggaka satu masa hakim sendiri menegur tidakan polis kerana asyik-asyik muka ini jer kena tangkap bila ada isu pergaduhan. Ramai yang tidak mengetahui bahawa 'Orang Kena Tuduh' (OKT) patut tahu tuduhan apa yang dikenakan keatasnya.  Anda jangan harap laporan anda terhadap salah laku anggota polis terhadap anda akan dilayan, takkan mereka nak dakwa rakan mereka sendiri. 

Cadangan gua kepada sesiapa yang kena tahan, pihak polis hanya boleh menahan anda selama 24 jam sahaja dan lu kena dihadapkan ke mahkamah untuk pihak polis menyambung reman anda. Jika hakim tiada, pihak polis boleh membuat permohonan kepada Pegawai Daerah (DO). Jika semua tiada maka pihak polis terpaksa membebaskan anda, tetapi perkara itu tidak akan terjadi kerana apabila mereka bebaskan anda, mereka akan tangkap kembali anda selepas anda keluar dari balai polis. Kerana itulah anda banyak mendengar bagaimana OKT yang dibebaskan oleh mahkamah akan melarikan diri untuk mengelak ditangkap kembali. Kebiasaannya kes-kes yang besar seperti akta 302 dan 39B, yang membawa kepada gantung sampai mati. Mereka yang dibebaskan oleh mahkamah inilah yang akan ditangkap dibawah anak beranak ISA iaitu Akta Darurat atau Langkah-Langkah Pencegahan khas (LLPK), gua panggil Lari-Lari Polis Kejar.

Oleh itu jika anda tak berpuas hati, maka jalan terbaik ialah melaporkan terus kepada hakim semasa anda dihadapkan ke mahkamah kerana disitu polis tidak mempunyai apa-apa kuasa. Jika lu dipukul, tunjuk kesan tersebut kepada hakim sendiri. Anda mesti ingat, anda memiliki satu senjata yang cukup besar bila anda berhadapan dengan hakim, iaitu rayuan anda. Ianya akan ditanya oleh juru bahasa mahkamah, 'Adakah anda mempunyai apa-apa rayuan'. Semasa itulah anda boleh merayu dan susunlah ayat-ayat yang berbunga sikit. Antara rayuan anda mestilah menggunakan ayat 'Saya memohon agar Yang Arif dan Pihak Mahkamah............. , perkataan pihak mahkamah amat penting kerana anda berada di mahkamah dan Yang Arif sebagai sebagai pengedali pembicaraan anda. Setiap patah perkataan dalam rayuan anda akan ditulis oleh hakim sebagai rujukan untuk menjatuhkan hukuman atau pun untuk menyambung reman anda. 

Kat bawah ini gua paparkan kenyataan Edmund Hiew yang menghantarkan kepada gua dan terima kasih gua ucapkan kepada beliau. Untuk makluman, bukan semua polis bersikap biadap kerana ingin menujukkan kuasa baju mereka. Gua pun pernah cabar polis jika hendak bertumbuk, buka baju polis dulu dan memang ia berlaku dihadapan balai polis daerah tapi gua kalah pasal gua bertiga mereka 11 orang. Lu baca sendiri baca laporan Edmund Hiew....

Selepas membaca komen dari pelbagai pihak, saya berpendapat komen pembetulan perlu saya siarkan di sini.

Saya memang tidak pernah berkasar dengan polis trafik, tetapi dituduh dengan laporan palsu. Saya hanya dengan sopan tetapi tegas dengan pendirian saya untuk mengetahui kesalahan apa yang telah saya lakukan sehingga perlu mengikut sarjan tersebut ke balai selepas IC dan lesen memandu (renewed) saya telah diberikankan kepada beliau, dan saya telah bersetuju mengikutnya ke balai tetapi bertegas meminta beliau memberikan saya sedikit masa untuk menelefon kawan saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai prosedur polis sebelum mengikutnya ke balai kerana beliau merampas IC dan lesen saya dan beliau ingin menunggang motosikal polisnya untuk beredar.

Saya langsung tidak tahu kesalahan apa yang telah saya lakukan sehingga diklasifikasikan dalam Akta 186 sebagai "Menghalang pejawat awam menjalankan tugas". Saya terkejut apabila tuduhan dibacakan di mahkamah bahawa saya memaki-hamun sarjan tersebut dan memarahinya "Lu apa kuasa mau ambil gua punya lesen dan ic".
Sarjan tersebut mereka kata-kata tersebut, seolah-olah saya pemuda Cina biasa yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia. Saya tidak pernah pun meluahkan kata-kata kasar ini.

Pada mulanya semasa di balai polis, hal ini dianggap selesai apabila saya dan pihak polis lain bersetuju saman trafik telah dikeluarkan kepada saya tetapi Sarjan yang berniat jahat itu menengking mahu saya digari dan mahu memasukkan saya ke dalam lokap dan memberitahu majikan saya supaya saya dipecat. Saman trafik telah pun dikeluarkan kepada saya dan saya telah pun menandatangani saman tersebut.

Hakikatnya sarjan polis trafik tersebut telah menutup tag nama dan nombor siri polis beliau pada seragamnya.

Beliau merampas lesen dan IC saya dan mahu saya mengikutnya ke balai polis. Beliau berasa tersinggung apabila saya ambil gambarnya dan nombor pendaftaran motor beliau lalu bertindak hendak merampas hp saya.

Apabila gagal merampas hp saya, dia mengarahkan rakan-rakannya melalui walkie-talkie datang untuk menahan saya. Setibanya rakan-rakan beliau, sarjan itu mengarahkan untuk mengari saya dan memasukkan saya ke dalam lokap dan beliau akan memukul saya dalam lokap.

Perkara yang sama berlaku kepada seorang wanita sehari sebelum kejadian dimana dia juga tidak memakai tali pinggang keledar tetapi dimasukkan ke dalam lokap bersama anaknya yand berumur 11 tahun kerana dituduh memaki polis dengat kata-kata kesat dan cuba melanggar polis. Wanita itu juga menafikan tuduhan tersebut.

Tujuan sidang media diadakan pagi semalam adalah untuk membongkarkan sikap pegawai polis tertentu yang menyalahgunakan kuasa dengan niat dan menggesa pihak berkuasa mengambil lebih prihatin terhadap isu sosial sebegini disamping mengingatkan orang awam hak mereka apabila berlaku situasi sebegini. Ia tidak bertujuan untuk mengkritik pihak polis secara keseluruhannya semata-mata tetapi menekankan pada pegawai tertentu yang menyalahgunakan kuasa dengan niat. Dalam laporan polis saya juga ada menyatakan beberapa pegawai polis yang ada membantu saya.

Saya baru membaca komen balas SAC Chua Ghee Lye dan berasa amat dukacita kerana pembohongan demi pembohongan telah digunakan untuk menutup malu pegawai polis tertentu dan cuba megalihkan isu ini kepada isu pertempuran antara parti politik.

Saya berharap para pembaca tidak membangkitkan isu ini sebagai isu perkauman, agama dan politik. Jika dibenarkan, saya akan memaparkan Loporan Polis saya pada halaman Facebook saya kerana saya mendapati kebanyakkan laporan media telah diringkaskan dan tidak seberapa memberi gambaran sebenar situasi tersebut.

Terima Kasih.


Edmund Hiew

(This comment is intentionally written in Bahasa. Most of the above comment has been stated in my Police Report dated 2nd June 2011.)

Ahad, 12 Jun 2011

PAS: Kami tak ciplak idea BN, sudah lama guna negara kebajikan


PAS menempelak pentadbiran Najib yang mendakwa parti Islam itu mencuri idea atau menciplak apabila menekankan konsep negara berkebajikan ketika muktamar awal bulan ini, kata pemimpinnya hari ini.

Malah pemerhati politik Prof Dr Abdul Aziz Bari juga berkata PAS sudah pun menekankan soal negara berkebajikan sejak akhir 1970-an.

“Soal curi idea atau ciplak, saya hairan dengan pandangan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak). Saya hairan dengan pandangan beliau, tapi saya ucapkan terima kasih kepada beliau dan pemimpin-pemimpin Umno yang sudah bercakap mengenai soal kebajikan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Mahfuz, sebahagian konsep negara berkebajikan telah pun dilaksanakan tetapi dengan keupayaan yang terhad.

“Apa yang dimaksudkan keupayaan terhad adalah bidang kuasa kita terhad dan kewangan terhad,” katanya yang turut menekankan bahawa ucapan dasar lazimnya akan bertukar tema dan kali ini ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

“Ucapan dasar presiden biasanya bersandarkan isu-isu dan perkembangan semasa. Saya pasti begitu juga ucapan presiden Umno dan parti-parti politik lain.

“Jadi, ucapan Datuk Seri Hadi menyentuh konsep negara kebajikan, yang ada kaitan dengan manifesto pilihan raya umum 2008,” katanya lagi.

Muktamar PAS kali ini dilihat yang terakhir sebelum negara menyaksikan pilihan raya umum ke-13.

Namun begitu, Mahfuz menegaskan, konsep negara berkebajikan perlu difahami bahawa ia tidak melibatkan harta benda semata-mata.

“Ini sudah disalah tafsir oleh masyarakat jika menganggap negara berkebajikan itu melibatkan kewangan semata-mata.

“Negara berkebajikan itu merupakan perkara baik yang bertujuan menyatupadukan rakyat. Konsep ini yang menekankan kepimpinan yang adil, telus dalam masyarakat, bebas dari rasuah.

“Sejak PAS mentadbir kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu, mana ada lagi pemimpin kerajaan negeri yang diseret ke mahkamah atas sebab rasuah berbanding kepimpinan Umno,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

“Umno sekarang sudah terdesak dan tidak mampu lagi memberi jaminan kepada rakyat dalam konteks negara berkebajikan sedangkan rakyat ternanti-nantikan konsep ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, Buku Jingga sebenarnya menjadi wadah kepada rakyat betapa pentingnya mereka membentuk negara berkebajikan dan kembali kepada kebajikan.

“Ia (buku itu) sudah memberi tawaran menyeluruh untuk ke arah negara berkebajikan,” tambah Mahfuz.

Ahli Parlimen Kuala Selangor juga menekankan bahawa PAS sudah lama menggunakan konsep negara berkebajikan sejak era kepimpinan Allahyarham Fadzil Noor yang mengetengahkan Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21 pada 2002.

“Malah, ia juga sudah dimasukkan dalam manifesto PAS pada 2008. Jadi, mengapa baru sekarang Umno mempertikaikan perkara ini dan jadikan isu,” kata beliau lagi.

“Cuma PAS memberikan pengertian dan penghayatan semula kepada konsep ini,” kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Abdul Aziz pula berkata, pada penelitian beliau konsep kebajikan pernah dimasukkan ke dalam manifesto ketika pilihan raya umum 1978.

“Jadi, bagi saya ia bukan isu. Ini kerana ia sudah lama dibawa oleh PAS, cuma tidak diberikan penekanan.... hanya sekarang ia mendapat tempat secara terperinci,” katanya ketika dihubungi.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menjelaskan konsep negara berkebajikan akan dimasukkan dalam manifesto PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13 walaupun sudah ada dalam manifesto 2008.

Jelasnya, beliau akan menambah sedikit intipati kandungannya seperti masalah pendapatan seisi rumah kerana harga barang meningkat.

Tambah beliau, sebenarnya negara berkebajikan sudah ada sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

“Pembangunan ekonomi dulu, lebih adil dan telus, pemimpinnya juga bersifat adil. Kini, walaupun mempunyai berjuta-juta pemimpin tetapi belum tentu mempunyai ciri-ciri ke arah negara berkebajikan,” ujanya.

Mohamad menegaskan, sebenarnya Buku Jingga merupakan salah satu contoh konsep negara berkebajikan.

“Saya akan membawanya ke dalam manifesto akan datang. Jadi Pakatan Rakyat akan turut sama memperincikan negara berkebajikan ini,” ulasnya lanjut. Insider

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...