Translate

Mesti Baca

Sabtu, 11 Jun 2011

'Lu Apa Kuasa Ambil Gua Punya IC'.

 

Pengurus bank Hiew Kok Ming, ditahan, digari dan ditahan tiga hari di lokap ibu pejabat trafik Melaka Tengah akhir bulan lalu hanya kerana tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Bagaimanapun, beliau dituduh menghalang polis daripada menjalankan tanggungjawabnya.

Hiew Kok Ming press conferenceHiew, 26, didakwa mempersoalkan tindakan seorang anggota berpangkat sarjan yang cuba menghentikannya dengan berkata: "Lu apa kuasa mahu ambil gua punya lesen dan IC?"

Kata-kata itu membuatkannya bermalam di lokap.

Hiew (kiri) hari ini bagaimanapun dengan bahasa Melayu yang lancar menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Menurutnya, sarjan tersebut naik angin apabila beliau mengambil gambarnya dan dengan segera menghubungi kereta peronda dan empat lagi pegawai untuk menahannya.

Hiew juga mendakwa semasa ditahan, beliau tidak dimaklumkan haknya oleh pihak polis dan tidak membenarkannya memnghubungi keluarga dan kawan-kawannya.

Gua Punya Ulasan..

Mengikut undang-undang, apabila pihak berkuasa meminta untuk melihat Kad Pengenalan (IC) lu, lu hanya boleh membenarkan pihak berkuasa melihat tanpa boleh disentuh melainkan lu dengan rela hati memberi kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa sepatutnya membaca dengan tekun undang-undang yang ada kerana ramai yang tidak memahaminya. Begitu juga pihak berkuasa hanya boleh mempamirkan kad kuasa mereka kepada lu tanpa lu boleh menyetuhnya. Ada faham ker...!!!!

Skandal Seks: Ini Sahaja Modal Pencacai Umno Celaka, Otak Pun Dah Biru Pasal Hari-Hari Tengok Filem Lucah.

 

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.

NONEIni kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."

Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.

'Bagi saya tanya dulu'
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.

NONE"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.

Sementara itu, Zuraida (kanan, tuduh cerah) dalam kenyataannya berkata, "tindakan melampau" itu membuktikan bahawa "budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang".

Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.

"Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini," katanya.

Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu.

Menurut Zuraida, "penyebaran melampau" VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.

"Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini," katanya.

Mohamad pada 1995 pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana tidak cukup bukti.

Isu melibatkan Mohamad sebagai pemimpin sebagai sebuah parti Islam mencetuskan kontroversi besar dan menjadi modal serangan bertalu-talu lawan politiknya Umno.

Jumaat, 10 Jun 2011

Surat Mahathir Menolak Hukum Hudud, Bukti Betapa Kejahilan Mahathir Yang Berpaksikan Kepada Logik Akal.


PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan


Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Najib Dan Kelab Diktator Asia Tengah

 
















Malaysia sedang menyaksikan peningkatan hubungan dengan Kazakhstan, negara bekas Soviet kaya minyak dan gas di Asia Tengah.

Hubungan Malaysia dengan Kazakhstan, dan hubungan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev bakal memasuki satu era baharu yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Hubungan rapat yang bakal bermula ini memberi implikasi yang besar kepada Najib dan Malaysia, dari pelbagai sudut terutama perniagaan dan politik.

Kedua-dua Malaysia dan Kazakhstan ialah negara membangun yang terpandang dalam dunia Islam, dengan kekuatan masing-masing. Kedua-duanya akan mendapat manfaat daripada hubungan ini.

Malaysia bakal mendapat peluang perniagaan dalam pelbagai bidang termasuk minyak dan gas dan pembangunan infrastruktur yang luas di Kazakhstan, negara yang menjadi rebutan kuasa-kuasa besar dunia dari sudut ekonomi dan politik.

Kazakhstan ialah salah sebuah negara bersempadan Laut Kaspia, medan minyak dan gas yang menjadi tumpuan dunia.

Negara terbesar di Asia Tengah ini mempunyai tiga telaga minyak dan gas besar yang menjadikannya tumpuan syarikat multinasional; Tengiz, Kashagan dan Karachaganak. Kashagan terletak dalam wilayah Kazakhstan di Laut Kaspia, dan dianggar menyimpan 6 hingga 9 bilion tong minyak.

Sumber minyak dan gas Kazakhstan menjadikannya negara yang dapat membina hubungan baik dengan Amerika Syarikat, Eropah, Rusia dan China, yang syarikat tenaga mereka terlibat dalam perdagangan dengan Kazakhstan.

Kedudukan Asia Tengah yang tidak mempunyai laut (Laut Kaspia terkepung oleh daratan dan definisinya, sebagai laut atau tasik, masih dipertikai) menjadikan saluran paip sebagai pengangkutan minyak dan gas menjadi pilihan utama.

Sebagai negara yang pesat membangun, dan dengan pendapatan minyak yang besar, pelbagai projek pembangunan diperlukan di Kazakhstan, projek yang skalanya dapat menyaingi apa yang diperolehi syarikat Malaysia di dunia Arab.

Hubungan peribadi Najib dengan keluarga Nazarbayev dijangka dapat membantu dalam hal ini.

Malaysia sebelum ini telah sedia menjadi salah satu pemain dalam industri minyak dan gas di Asia Tengah, sebahagiannya disebabkan peranan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi perdana menteri.

Tetapi, Kazakhstan dan seluruh Asia Tengah ialah sebuah wilayah yang dikuasai rejim-rejim kuku besi yang merupakan antara terburuk di dunia.

Perkembangan ini juga bermakna Najib membina hubungan rapat dengan salah satu ahli kelab diktator paling dikenali di Asia Tengah dan dunia.

Nazarbayev, pemimpin tertinggi Kazakhstan kini menempatkan dirinya di kedudukan utama yang tidak boleh dicabar di negara itu.

Dalam satu perkembangan terbaharu, Kazakhstan dikecam kerana menghantar pulang sekumpulan penuntut suaka politik dari Uzbekistan, yang dibimbangi berdepan ancaman penyiksaan oleh pihak berkuasa negara itu, satu lagi negara diktator Asia Tengah yang dikenali.

Hubungan ini mendedahkan Najib kepada implikasi negatif dari sudut politik, di kedua-dua peringkat antarabangsa dan tempatan. SiasahDaily

Bagi gua pula, Najib dan Rosmah sebenarnya sedang mencari tempat yang sesuai untuk beliau dan keluarganya mencari suaka politik apabila rejimnya ditumbangkan nanti. Dengan ikatan perkahwinan anaknya, Najib telah mendahului para pemimpin tertinggi Umno dalam menghadapi apa jua keadaan yang akan berlaku nanti...... Syabas Najib/Rosmah diatas pandangan jauh lu.

Khamis, 9 Jun 2011

Bila Si Penyesat Bercakap Tentang Pakaian Seorang Muslim.

 Inilah model pakaian bercirikan Islam

Seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul, 'Pereka fesyen Muslim yang berhasrat ke peringkat global dan mempunyai pengiktirafan untuk jenama dan produk, mestilah memenuhi permintaan pelanggannya yang kini amat mengikuti trend', hebat benar kata-kata si Rosmah pada Festival Fesyen Islam (IFF) yang dianjurkan di luar Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 di Astana, Rabu.

Lu sudah mabuk barbican ke Rosmah, bila menyebut tentang pakaian wanita Islam. Seperti yang lu tegaskan bahawa fesyen Islam kini dianggap satu nafas baru dalam budaya global dan tidak menghairankan bahawa jenama dan pereka terkenal dan butik mewah dilaporkan bersaing untuk  mengeluarkan koleksi fesyen Islam. Dia orang berlumba untuk mengeluarkan pakaian bercirikan Islam tetapi adakah lu sanggup memakainya.

Lu Rosmah, kalau lu nak cakap tentang pakaian wanita Muslim memang lu tak layak kerana yang lebih layak ialah TV lu, sofa lu dan meja lu di mahligai lu kerana barang-barang itu walau pun tak bernyawa pun pandai lu tudungkan. Gua lebih hormat bahu lu dari kepala lu kerana hanya bahu lu saja yang pandai bertudung. Apa ler yang lu nak bangga sangat dengan rambut lu tu, kalau rambut lu boleh bercakap sekarang ini, pasti dia maki lu. Dasar perempuan tahu tahu malu, gua sumpah lu pasal lu menghalalkan benda yang yang haram.

Mana perginya Pelacur Class Atasan (Masitah) untuk menjawab isu ini kerana gua nak tahu juga fatwa songsang beliau. Inilah yang berlaku dalam Umno apabila Ular mamak yang sepatutnya menjadi penasihat telah disesatkan oleh Rosmah. Tukang tegur takut menegur kerana bimbang hilang rezeki, satu pegangan sesat Umno ialah mereka yang memberi rezeki, bukannya Allah s.w.t.

Rabu, 8 Jun 2011

Negara Kebajikan, Najib Dan Rosmah Dah Lakukan.

 

Malaysia adalah sebuah Negara Kebajikan, katakan betul pada Rosmah dan Najib kerana telah merealisasikannya di Washington dan Kazakhstan. Nampaknya Muhyiddin Yassin dan KJ telah menempelak Rosmah dan Najib dengan percutian istimewa mereka di Washington dan Kazakhstan. Gua nak dengar juga apa alasan yang akan diberi oleh media pencacai dan blogger-blogger celaka berkaitan isu ini.

Sudahlah semua keistimewaan telah diberi kepada dua malaun ni, pergi meminang pun guna kemudahan kerajaan. Adakah ini Negara Kebajikan yang dimaksudkan oleh Muhyiddin Yassin apabila cuba menghentam PAS. Gua boleh kata, Kerajaan Kebajikan kepala bapak hang jika semua urusan keluarga pun menggunakan harta kerajaan. Dahlah gaji campur elaun beratus ribu sebulan, masih lagi miskin bila soal keluarga.

Bagaimana kalau kita tukar nama Malaysia kepada Rosmahsia atau pun Najibsia, lagi bagus. Patutlah khazanah negara asyik kering kontang, rupa-rupanya inilah kerja pemimpin Umno. Elok juga MP-MP Pakatan tanya berapa kos keseluruhan yang terpaksa kerajaan tanggung untuk acara penerimaan ijazah dengan peminangan anak Rosmah dan Najib di dua buah benua tersebut.

Tahniah ler buat blogger-blogger pencacai celaka tahap sial kerana dok usung dua bangkai nih. Dalam keadaan rakyat tengah berjimat cermat kerana kenaikan gula dan elektrik, Rosmah dan Najib berjoli sakan. Lu agak-agak berapa puluh juta untuk perbelanjaan perkahwinan anak kesayangan mereka itu. Jika dulu Samy Vellu belanja RM 1 juta untuk perkahwinan anaknya di era Mahathir Yang Mudah Lupa, gua jangka Rosmah akan mengatasinya kerana beliaukan 'First Lady'.

Lu all boleh tengoklah nanti bagaimana Rosmah bershooping nanti, pasti seperti orang hilang akal. Lu jangan harap ler Rosmah nak shooping kat Malaysia. Jika waktu biasa pun sampai penuh 5 buah pajero angkut barangan yang dibeli oleh Rosmah di New York, kali ini gua jangka 5 buah kapal terbang Boeng 777 penuh. Agak-agak lu all, siapa yang terpaksa membayar semua kos semua perbelanjaan Rosmah. Gua nak tanya juga, mana perginya RM 111 juta duit Permata yang diberikan oleh Najib pada Bajet 2011...!!!

Pasti semua first lady dari seluruh dunia akan dijemputnya sebagai tetamu dan negara juga yang terpaksa menanggungnya. Apa tidaknya jika semua agensi terpaksa digerakkan untuk mengiringi first lady-first lady yang bakal datang nanti. Kawalan keselamatan perlu dipertingkatkan dengan kerjasama polis yang akan lebih mesra berbanding kawalan kurang mesra untuk perhimpunan BERSIH.

Pastikan dalam perhimpunan BERSIH nanti laungkan..
Undur.... Undur..... Undur Rosmah.

Umno Celaka Bakal Di Haramkan, Pi Mampus Dengan Umno.


 
 
Umno bakal di haramkan???. Itulah tajuknya setelah seorang ahlinya yang dipecat telah membawa kesnya ke Mahkamah. Amran Abdul Rahman 47, merupakan ahli Umno Bahagian Tanah Merah sebelum beliau dipecat oleh parti Umno pada 1 Mac 2010 kerana melanggar perlembagaan parti. Parlimen Tanah Merah adalah kawasan yang diwakili oleh tokoh termahsyur di alam ini, iaitu Ibrahim Ali Al-Kataki.

Beliau telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya. Kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam Umno yang membawa kepada pengharamannya setelah Umno berpecah kepada dua team, iaitu Team A diketuai oleh Mahathir Yang Mudah Lupa dan Team B pula diketuai oleh Ku Li bersama dengan regunya, Rais anak Yatim si tukang bakar jambatan.

Beliau yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.

Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah. Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu di isytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider selepas memfailkan kesnya, Amran berkata, isu utama ialah impak ke atas parti itu di negeri yang ditadbir PAS ekoran pemilihan bahagian 2008. Umno mengadakan pemilihan pusat awal 2009. “Isunya ialah 190 perwakilan yang menghadiri perhimpunan yang memilih anggota Majlis Kerja Tertinggi pada 2009 adalah haram,” katanya sambil menambah, perpecahan dalam parti Melayu itu akan menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan balik Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Dalam permohonannya, Amran berkata: “saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang di peruntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut. “Saya juga percaya bahawa peruntukan Seksyen 12 akta tersebut menyatakan bahawa kesemua cawangan yang hendak ditubuhkan mesti mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan,” katanya.

Amran menambah, beliau setelah di nasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram. Justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan.

Peguamnya, Adlan Hadi Mohamed Yusof menjelaskan, di bawah Seksyen 10 Akta Pertubuhan mana-mana individu ada hak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung satu-satu pertubuhan yang didaftarkan. Terdapat 131 cawangan Umno di Kelantan. Menurut Amran, daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan.

Nampak gayanya jerat sudah makan tuannya sendiri, walau bagaimana pun gua gerenti yang mahkamah tidak akan melakukan kesilapannya lagi seperti apa yang berlaku pada 1987. Kerana Mahkamah telah lama diliwat dan dirogol beramai oleh pemimpin Umno yang diketuai Mahathir Yang Mudah Lupa.

Rosmah tidak akan membiarkan perkara tersebut berlaku selepas menguruskan peminangan anak perempuan. Rosmah tahu jika ianya dibiarkan, cita-cita beliau untuk menjadi 'Fisrt Lady' sampai mampus tidak akan tercapai. Apatah lagi dengan keinginan beliau untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia mengganti isterinya yang suka dibuli oleh para menteri kabinetnya. Seperti biasa yang gua janjikan, gua akan dermakan dua batu nisan sebagai penanda kubur Umno celaka.

Selasa, 7 Jun 2011

Tarif Elektrik Naik, Pemimpin BN Main Silap Mata


Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kerajaan BN bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif elektrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet memutuskan minyak RON 95  tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat. Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011.

Menjadi kebiasaan akhbar Umno ( Utusan Malaysia) dengan tajuk "Tiada Kenaikan Guna 300 kWj". Inilah  kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat. Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan korporat Umno untuk diberi percuma sahaja. Rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno.

Menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan. Ketika menaikan tarif elektrik, pemimpin BN berhujah 75% isi rumah  rakyat Malaysia tidak terjejas. Mereka cuba menyembunyikan kepada  rakyat "kesan berantai" kerana kenaikan tarif elektrik. Hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil elektrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik. Hujah yang sama juga  Umno BN gunakan untuk menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan. Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur  dibawa melalui tol. Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka.

Menurut  ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana  industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,"

Kemungkinan tarif letrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Hishamuddin Tidak Tahu Kegiatan Adiknya.

Inilah lawak terbaru Hishamuddin Si Awww yang dilaporan tidak tahu menahu tentang kegiatan adiknya dalam skandal kontrak pencetakan mata wang. Beliau berkata, 'Pertama sekali, saya tidak tahu menahu apa yang adik saya lakukan. Keduanya, saya tidak rasa bahawa (syarikat) Australia akan melakukannya (menyogok)'.

Yang mana satu betul nih wahai Hishamuddin, lu kata lu tidak tahu kegiatan adik lu tetapi dalam masa yang sama lu menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adik lu dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat Australia itu.

NONE
Menurut akhbar The Age yang berpengkalan di Melbourne, Securency International sebuah firma teknologi kewangan yang separuhnya dimiliki oleh bank pusat negara itu telah menandatangani Liberal Technology sebagai egennya pada tahun 2009 atas harapan bahawa pemegang saham besarnya Datuk Haris Onn Hussein (gambar), membolehkan akses dan mempengaruhi ke atas ahli-ahli politik tertinggi Malaysia".

Haris, yang juga pengerusi Liberal Technology merupakan sepupu kepada Najib/Rosmah dan adik bongsu kesayangan Hishamuddin juga dikatakan memiliki saham dan berada dalam lembaga pengarah beberapa syarikat yang memperolehi manfaat konsesi kerajaan seperti label-label sekuriti mandatori bagi rokok, pengeluar alkohol dan konsesi lebuh raya.

Akhbar tersebut tidak menyatakan adakah Najib/Rosmah atau Hishamuddin terlibat sama dalam urusan yang melibatkan Securency International Kerana pada tahun 2004, syarikat itu memperolehi kontrak yang besar di malaysia dan kecil pada tahun 1998 dengan broker senjata dan bekas pegawai Umno, Abdul Kayum Syed Ahmad.

Sejak itu Abdul Kayum ditahan dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urusan itu dan penggunaan komisen yang dibayar oleh Reserve Bank of Australia (RBA). Securency International, pembekal nota mata wang plastik telah disoal siasat selama dua tahun oleh Polis Persekutuan Australia (AFP) dan Agensi British Serious Fraud Office kerana memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan dari Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Nigeria untuk mendapatkan kontrak.

Namun The Age juga melaporkan, ia menjadi perkara biasa bagi ahli politik di negara Asia melantik saudara mara mereka sebagai ejen kepada syarikat-syarikat asing.
Akhbar Suara Keadilan tahun lalu pernah mendedahkan skandal berkenaan, yang dikatakan melibatkan komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer Securency dan Note Printing Australia. Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail baru-baru ini sekali lagi menimbulkan isu itu dengan mendakwa ia bukan hanya melibatkan skandal rasuah yang menyamai pembelian kapal selam selam Scorpene, tetapi juga dipercayai berkait dengan sindiket mencetak mata wang berganda.
Lambakan wang kertas yang mempunyai nombor siri yang sama itu dibimbangi menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan mengheret negara kepada inflasi.

Inilah gerak kerja yang dilakukan oleh para pemimpin Umno, anak beranak, saudara mara dan kroni-kroni Umno untuk memperkayakan diri mereka. Sebagaimana Syarikat Lynas juga dari Australia yang masih menjadi  tanda tanda bagaimana ia mampu mendapat tapak pelupusan sisa-sisa toksik di Pahang ditambah pula pelepasan cukai selama 10 tahun oleh kerajaan pimpinan Najib dan Rosmah. Nyawa rakyat Malaysia tiada makna bagi kerajaan Najib dan Rosmah selagi ia mampu memenuhi simpanan dalam 50 peti besi mereka yang besar-besar.
 
Jika lu all ingin melihat kebenaran, lu all lantik gua jadi Perdana Menteri. Gua jamin, first....
  1. Gua akan tutup semua jalan keluar dari negara ini agar pemimpin yang korup tidak dapat melepaskan diri. 
  2. Gua akan rampas segala harta benda para pemimpin Umno/BN celaka baik didalam mahu pun di luar negara. 
  3. Gua akan kira harta sebenar mereka yang hanya bersumberkan kepada gaji mereka sejak menjadi Adun, MP, ahli kabinet sehingga Perdana Menteri. 
  4. Gua akan buka semula semua fail-fail yang membabitkan para pemimpin Umno/BN yang korup termasuk juga pembangkang, itu pun jika ada ler. 
  5. Gua akan pastikan pemimpin menjadi hamba rakyat, bukannya rakyat menjadi hamba pemimpin seperti yang ada sekarang. 
  6. Gua akan pastikan Menteri Kabinet gua bergaji hanya untuk keperluan hidup sahaja.
  7. Gua akan siasat setiap salah laku para pemimpin Umno/BN.
  8. Gua akan hadapkan semua pemimpin yang telah menganiaya rakyat.
  9. Gua akan buka balik kes Memali dan Lubuk Merbau.
  10. Gua akan herek bekas Perdana Menteri tanpa mengira beliau sakit jantung atau pun tidak.
  11. Gaji penjawat awan akan gua kaji kembali agar setanding dengan sektor swasta.
  12. Sara hidup bulanan untuk orang-orang tua, anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.
  13. Gua akan pastikan tiada lagi syarikat yang menopolikan perniagaan seperti gula, tenaga dan sebagainya.
  14. Perjanjian di antara IPP dengan TNB akan dikaji semula dan jika ia hanya menguntungkan IPP, gua akan suruh mereka jual sendiri tenaga mereka.
  15. Konsesi tol akan diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan gua dengan mengurangkan sebanyak 60 peratus, gua tak boleh bagi free pasal selenggara pun diperlukan.
  16. Gua akan kembalikan royalti minyak kepada kerajaan negeri dengan menambahkan sebanyak 5 peratus lagi menjadikannya 10 peratus.
  17. Semua peniagaan milik ahli keluarga pemimpin akan dipantau supaya tiada salah guna kuasa.
  18. Gua akan pastikan setiap rakyat Malaysia mesti memiliki sekurang-kurangnya sebidang tanah dan sebuah rumah.
  19. Memperkasakan zakat harta dengan menilai kembali cukai pendapatan.
  20. Hak raja-raja Melayu di kembalikan semula.

Isnin, 6 Jun 2011

Siapa Pun Dia, Semuanya Hasil Didikan Dari Umno Celaka.

UDA HOLDINGS BHD. yang merupakan sebuah syarikat Bumiputra dikejutkan dengan perletakan jawatan Pengarah Urusannya Datuk Jaafar Abu Hassan. Perletakan jawatan beliau ini telah menyebabkan ramai di kalangan masyarakat menganggap ianya 1 sejarah hitam syarikat yang menjadi nadi golongan Bumiputra dalam bersaing di dalam bidang ekonomi. Persoalannya, benarkah Datuk Jaafar meletakkan jawatan? Atau ianya adalah propaganda murahan bagi berselindung di sebalik kesalahan sendiri? Beberapa kajian telah dibuat. Soal selidik dan pengesahan dari pihak yang berkenaan di dalam Syarikat ini tampil memperbetulkan persepsi buruk yang cuba digembar gemburkan oleh Datuk Jaafar. Akhirnya ianya terjawab. Pihak Syarikat menggunakan kuasa memecat Datuk Jaafar Abu Hassan akibat tindakan beliau melakukan ugutan perletakan jawatan beserta 8 syarat tertentu termasuklah tuntutan Projek Billion Ringgit. Gila? Apa 8 syarat yang disertakan lelaki bernama Datuk Jaafar Abu Hassan? Klik Read More di bawah artikel ini untuk lihat keterangan yang akan Melayu CinDia kupas mengenai syarat tersebut.
Bak seorang Raja dan Sultan di UDA Holdings Bhd. syarat pertama yang diberikan agar tidak melakukan sebarang tindakan sepanjang beliau berkhidmat di dalam syarikat ini. Sudah pasti beliau ada melakukan penyelewengan? Jika tidak, kenapa perlu meletakkan syarat pertaman yang tertera di atas?

Apa perlu beliau dibayar sehingga bulan Mei 2012 walhal beliau menghantar surat perletakan jawatan beserta notis 24 jam? Syarat kedua ini sebenarnya tidak masuk akal sama sekali. Di dalam etika Sumber Manusia, tidak ada pula keistimewaan yang diberikan kepada seorang Pekerja sehingga mencapai tahap sedemikian melainkan Elaun Pencen bagi kakitangan Kerajaan yang telah bersara. Jika pekerja swasta, pampasan akan diberikan bukan untuk 1 tempoh yang lama. Malah kebanyakannya memberi pampasan terus kepada pekerja.

HUTANG KAD KREDIT SEHINGGA RM 1JUTA? Ternyata memang sewajarnya orang sebegini disiasat segera. Dan beliau bukan seorang Ahli Korporat Bumiputra yang sewajarnya diberi sebarang penganugerahan apatah lagi menjadi contoh masyarakat Malaysia amnya.

Begitu juga selain darinya. Syarat2 beliau ini secara kesimpulannya menimbulkan syak wasangka mengenai status beliau sepanjang berkhidmat di UDA Holdings Bhd. Melayu CinDia mengasak dan mendesak agar pihak SPRM menyiasat Datuk Jaafar. Jangan biarkan golongan korporat seperti beliau terus bermaharajalela menguasai wang melebihi batas sehingga melacur wang milik kaum Bumiputra yang kehausan bantuan perniagaan syarikat ini. 
Sumber Dari Gerombong Celaka.

Siapa Khairy Jamaludin. (Bhg 6)

Taman Permainan Media Khairy
 
Sejarah telah merakam pelbagai cara menghapuskan kerjaya seseorang ahli politik UMNO. Malahan, panglima perang yang perkasa pun mudah dapat dinyah untuk bersara, seandainya pelbagai kombinasi skandal dapat direkacipta serta dapat pula digembleng saluran yang baik untuk menyebarkannya. Pembunuhan (assasin) politik dapat dilaksanakan secara mudahnya dengan menggunakan pihak media. Yang diperlukan ialah mengupah segelintir manusia termasuk wartawan dan tukang komentar politik. Masakini, kita tidak lagi perlu mengupah seorang wartawan yang tulen, kerana seorang wartawan internet sudah mencukupi untuk tujuan itu.
 
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj telah dimusnahkan dengan cara penyebaran surat layang yang sungguh berbisa kandungannya. Surat itu telah menuduh Tunku memperlekeh Bangsa Melayu kerana memanjakan orang Cina. Tunku juga difitnah sebagai seorang pemimpin yang gila perempuan, kuat minum arah dan kaki judi. Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak telah terselamat oleh kematian beliau yang mengejutkan, jika tidak beliau juga mungkin diaibkan oleh taktik kotor yang sama oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Harun Idris. Harun pernah menuduh Tun Abdul Razak merelakan anasir-anasir komunis masuk meresap jabatannya. Tentu semua orang masih ingat betapa Anwar Ibrahim telah digulingkan. Satu campuran ‘pendedahan’ dan ‘pengakuan’ telah disiarkan melalui media rasmi termasuklah penerbitan buku “50 Dalil” yang ditulis oleh Khalid Jeffri yang baru sangat dikenakan hukuman memfitnah dan mengaibkan Anwar sebagai seorang yang korup dan kaki sodomi sambil berselindung di sebalik kewarakannya.
 
Semua itu adalah taktik lama dan Khairy Jamaluddin amat faham yang lebih baik lagi untuk bergantung kepada teknik seperti itu. Masa sudah berubah Pergerakan Reformasi telah berjaya membuktikan keberkesanan media siber dan juga akhbar asing dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat Malaysia yang tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap apa yang ditulis oleh media arus perdana.
 
Justeru, memang tidak menghairankan apabila serangan pertama yang dilakukan oleh Khairy terhadap Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah dilakukannya melalui internet dan juga dengan menggunakan media asing.
 
Untuk mengukuhkan kerja busuk ini, Najib telah digembar-gemburkan sebagai seorang ahli politik “yang tidak pernah bersih”. Najib telah dikaitkan kepada pelbagai bentuk skandal yang bermula daripada pembahagian kawasan balak kepada saudara rapatnya semasa menjadi Ketua Menteri Pahang pada awal 1980-an dahulu sehingga ditangkap basah di Port Dickson kerana dikatakan berkhalwat dengan seorang artis terkenal di sebuah motel. Namun, tidak satu pun skandal ini dapat menggulingkan Najib kerana umum sudah lali dengan cerita kerakusan orang politik UMNO yang memang difahami sentiasa rakus dan korup. Malahan semua pihak sudah mengakuinya, betapa kelemahan besar Najib ialah kaum hawa dan beliau bukan bersendirian dalam menghadapi kelemahan begini. Ini sudah merupakan kelemahan para pemimpin UMNO juga.
 
Lantas, seperti kes Anwar Ibrahim dahulu, segala skandal Najib perlu digembar-gemburkan ataupun direkacipta dari mula lagi.
 
Sudah wujud dua peristiwa di mana Khairy Jamaluddin pernah bersuara lantang mengatakan bukannya sukar sangat mengada-adakan perkara semacam itu. Yang pertama berlaku beberapa bulan dulu, dalam satu jamuan makan yang dihadiri oleh rakan sekutu perniagaan seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO bernama Datuk Norza Zakaria. Ketika itu Khairy telah berbisik kepada seorang peniaga yang berusia 35 tahun, betapa bukan sukar sangat mengada-adakan satu skandal yang dapat menggulingkan Najib. Khairy kata, “itu kacang sahaja”. Setelah mendengarnya, peniaga yang khusus itu cuba menunjuk-nunjuk pula kepada kawan-kawan beliau yang dia mempunyai maklumat dalaman betapa Najib akan ditendang daripada mercu jawatannya.
 
Peristiwa yang kedua berlaku pada bulan Jun 2004. Ketika itu Khairy dilihat sebagai calon untuk jawatan Chief Operating Officer (COO) bagi Khazanah Nasional. Beliau sudah terlalu yakin akan dilantik kepada jawatan itu oleh Pengarah Besar, Azman Mokhtar. Khairy telah mengajak kawan-kawan universiti dahulu dan menyerlahkan rencana beliau untuk menyusun semula Khazanah. Ada seorang kawan beliau bertanya apa pula pendapat Najib akan pelantikan beliau yang terbaru itu nanti. Khairy menjawab, seandainya Najib tidak suka dia akan “nyahkan Najib dalam penjara.” Khairy terus menyombong dan berkata bahawa Naib akan jatuh tersungkur dengan mudah sahaja, kalau dia benar-benar mahu menggulingkan Timbalan Perdana Menteri itu.
 
Keangkuhan dan kesombongan semacam itu memang ada asasnya. Semua itu boleh juga dianggap sebagai keceluparan seorang anak muda yang rakuskan kuasa. Tetapi, Najib memanglah merupakan seorang seteru politik yang lemah kalau dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Pertama, Najib bukan pun dilantik memegang jawatan itu melalui pemilihan undi yang terbuka, tetapi beliau naik kerana tidak ada orang lain yang menandingi beliau bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Lagi pun sepanjang kerjaya politik beliau, Najib tidak pernah menghadapi sebarang tandingan yang serius, dan kerana itu beliau tidak pernah kalah dalam mana-mana pertandingan. Sebagai seorang pemimpin yang mudah teragak-agak dengan keputusannya Najib memang merupakan seorang yang pengecut dan tidak akan terdaya bertentang sesiapa yang benar-benar tegas mahu menandinginya. Selama ini Najib telah naik mencanak ke jawatan tinggi gara-gara putar belit orang yang lebih berpangkat darinya.
 
Kalau wujud keadaan yang bersesuaian, adalah tidak sukar mengalahkan seseorang seperti Najib. Inilah percaturan yang telah dicongak oleh Khairy Jamaluddin dan kerana itu beliau mengalu-alukan pelantikan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri. Walaupun UMNO secara keseluruhannya memberi sokongan kuat terhadap Najib, beliau bukanlah seorang pemimpin yang benar-benar telah diuji. Khairy Jamaluddin menganggap Najib sebagai tandingan yang setanding dengannya kalau tidak ‘sedikit bawah’ darinya. Namun demikian, segala skandal yang mewarnai Najib telah menjadi pengetahuan umum selama 30 tahun sehinggakan umum sudah lali dengan rupa dan wajahnya. Memanglah Najib sudah lama bergelumang dengan skandal dan rasuah. Tetapi seandainya Khairy turut terlibat dengan rasuah, umum secara keseluruhannya masih belum mengetahuinya lagi.
 
Khairy mempunyai sebab kenapa beliau begitu yakin dapat menumpaskan Najib. Ini berpunca daripada satu ujian yang dilancarkannya sejurus selesainya Pilih raya Umum Yang kesebelas dahulu, di mana Najib telah menjadi mangsa kepada satu skandal yang direkayasa oleh Khairy.
 
Dalam episod ini, Khairy telah menggunakan satu portal berita yang bebas untuk melancarkan rencana busuknya. bermula dengan satu kisah betapa Barisan Nasional telah berhutang berjuta-juta Ringgit kepada beberapa pencetak dan pembekal poster Melayu. Skandal itu telah disebarkan melalui portal bebas itu.


MalaysiaToday

Utusan Meloya Yang Mula Meroyan.

Gua tengok Utusan Meloya semakin tidak tentu arah bila Mat Sabu menang. Seperti orang gila yang bertambah gila dengan laporan-laporan celaka dan diangkat sebagai kitab suci oleh para pemimpin Umno celaka,  blogger-blogger nyamuk tahap sial, para pencacai Umno  celaka dan Perkasa yang sudah menjadi perkosa. Gua sebenarnya banyak nak komen tentang para pemimpin Umno baik dari ketua pemudanya mahu Mat Sembab yang menunjukkan betapa jahilnya beliau tentang politik PAS. So... lu bacalah artikel yang gua petik dari HarakahDaily.

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang mengandaikan mereka tidak mengiktiraf kepimpinan Dewan Ulama.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sebaliknya berkata, DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama yang merupakan pemantau segala dasar dan perancangan dalaman parti.

Beliau berkata, Utusan Malaysia hanya berniat melaga-lagakan keakraban ketiga-tiga dewan dalam PAS.

"DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama dan kesal dengan laporan media yang kata muslimat tidak mengiktiraf Dewan Ulama.

"Ini satu propaganda yang dibuat media untuk melaga-lagakan dalaman parti dan menampakkan tiada kesepakatan di antara dewan-dewan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan pengangguhan di Muktamar PAS kali ke- 57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM) hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan DMPP mendakwa kepimpinan ulama yang tidak agresif menjadi punca utama golongan tersebut diganti dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berharap persepsi tersebut diperbetul segera.

Sementara itu, beliau mengemukakan gagasan untuk memartabatkan kemuliaan golongan wanita di negara ini.

"DMPP kemukakan gagasan sebagai tawaran kepada wanita di negara kita iaitu gagasan untuk memartabatkan kemuliaan wanita di Malaysia.

"Kita ingin lahirkan muslimat yang bukan sahaja berperanan dalam rumahtangga, dalam kerjaya tapi nak melahirkan wanita yang menjadi pemimpin yang bertakwa seharusnya berbeza dengan wanita Umno yang hanya nak memperkasa dari sudut wanita tanpa tekankan ketinggian moral," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Selain itu beliau turut menyeru semua ahli menjalinkan hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di semua peringkat.

"Saya menyeru semua ahli parti untuk mengadakan hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di semua peringkat dan supaya perancangan dan strategi bersesuaian dengan lokaliti dan muafakat dalam perkara yang melibatkan kepentingan parti," katanya.

Ahad, 5 Jun 2011

suara suara blogger celaka - FreeZoneTerengganu

suara suara blogger celaka - FreeZoneTerengganu

Siapa Khairy Jamaludin. (Bhg 5)

Tersebut kisah seorang ahli politik muda UMNO yang naik mencanak ke puncak kuasa. Sebenarnya dia ini seorang anak muda yang masih hingusan. Tetapi disebabkan hubungannya yang rapat dengan satu keluarga politik yang berkuasa menyebabkan dia berjaya mendapat kedudukan yang baik dalam pergerakan Pemuda UMNO sedangkan usianya masih muda.
 
Akhirnya beliau naik memegang satu jawatan tinggi dalam pergerakan itu. Dia menjadi seorang menteri dan kerap disebut-sebut sebagai bakal menduduki jawatan Perdana Menteri. Walaupun tidak mempunyai pengalaman berpolitik sebelum menganggotai UMNO dia telah berjaya menonjol dengan cara melaga-lagakan satu kumpulan terhadap kumpulan yang lain, sambil mengapi-apikan isu perkauman dan bersuara lantang menyokong konsep hak ketuanan Melayu. Semua ini dilakukannya di sebalik kepercayaan beliau yang amat bertentangan dengan semua itu dalam kehidupannya seharian. Sebagai seorang anak muda yang telah menghabiskan keseluruhan usia muda mengikuti pendidikan di luar negara membuatkan beliau susah sangat bercakap dengan petah dalam bahasa ibundanya sendiri. Mujur ada seorang isteri daripada tokoh politik yang berpengaruh tetapi tidak punya banyak ambisi politik sendiri yang sanggup memberikan sokongan agar beliau terus naik meniti tangga kuasa.
 
Sesiapa pun boleh dimaafkan kalau berfikiran bahawa gambaran di atas mengena Khairy Jamaluddin. Malahan sesungguhnya inilah yang diimpikan oleh Khairy. Inilah impiannya yang dilakar di sebalik satu sampul surat sebagai rencana beliau naik ke puncak kuasa politik tanah air. Cuma, khayalan demikian sudah lama dilakar oleh seorang insan sebelum Khairy dan nama beliau ialah Najib Tun Razak.
 
Memang Khairy dan Najib mempunyai banyak persamaan dalam usaha mereka naik ke mercu kuasa. Cuma mereka berdua tidak saling bersesuaian. Khairy sedar betapa Najib akan “menindas” beliau sebaik sahaja Abdullah Ahmad Badawi melepaskan persada politik. Begitu juga Najib, yang begitu tidak selesa dengan pengaruh Khairy ke atas Abdullah sehinggakan beliau sedar betapa peluang beliau menjadi Perdana Menteri akan menjadi lebih cerah seandainya Khairy dapat dipinggirkan.
 
Persinggitan antara Khairy dan Najib berpunca dari sikap Khairy yang tidak sabar dan mempunyai ambisi secara lantang mahu menjadi Presiden UMNO sebelum dia mencapai usia 40 tahun. Ini amat bertentangan dengan sikap Najib. Beliau ternyata bersabar dan mudah dilihat sebagai lembab dan kurang bertenaga. Akan tetapi Najib sesungguhnya mempertontonkan satu mainan politik yang sungguh berhati-hati berbanding Khairy yang suka bersikap begitu menonjol sekali.
 
Mereka memang amat faham betapa UMNO merupakan satu parti yang kecil untuk mereka berdua. Pada usia 52 tahun, Najib memang mudah menyekat kemaraan Khairy untuk 25 tahun kalau tidak lebih dari itu. Dalam politik tempoh masa satu minggu adalah dianggap satu tempoh yang panjang. Makanya dua puluh lima tahun sudah tentu laksana satu penantian yang abadi. Yang lebih menyenakkan lagi, Khairy beranggapan bahawa Najib akan bertindak membasmi segala tindakan reformasi Abdullah (bererti megnyahkan sumbangan Khairy) dan mengembalikan UMNO kepada cara lama semasa ia diterajui oleh Tun Kepala Taik Mahathir Mohamad.
 
Najib merupakan anak emas bekas Perdana Menteri TKT Mahathir, yang paling menonjol sekali, di kalangan generasinya. Pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah merupakan satu bahagian pakej tolak-ansur yang diatur oleh Dr. Mahathir sebagai syarat untuk beliau turun takhta. Walaupun Mahathir sudah menerima pengakuan Abdullah bahawa beliau sanggup melantik Najib sebagai Timbalannya, Mahathir cuba memperkasakan soal warisan penggantian itu dengan memberi kiasan yang amat ketara kepada pihak media betapa Najib adalah insan yang paling sesuai untuk menjadi timbalan kepada Abdullah.
 
Mahathir bertungkus lumus memberikan arahan kepada beberapa anggota kabinet untuk mewar-warkan selalu betapa Najib adalah satu-satunya orang (calon tunggal) yang akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam masa yang terdekat. Khalil Yaakob yang ketika itu menjadi Menteri Penerangan telah mendesak Abdullah selalu, sehingga Khairy naik angin. Apabila pilihan raya umum 2004 tiba, Khalil secara tiba-tiba mendapati dirinya dihantar untuk menjadi seorang Yang DiPertua Negeri di negeri kelahiran isterinya, Melaka.
 
Pada satu ketika apabila Mahathir membuat kiasan dengan cadangannya agar Timbalan Perdana Menteri dilantik pada waktu yang sama Abdullah mengangkat sumpah jawatannya sebagai Perdana Menteri yang Kelima. Abdullah hanya mengetap bibir tanpa bersuara apa-apa. Dia sedar betapa risikonya terlalu tinggi untuk menggoncang perahu sewaktu itu.
 
Namun demikian, Abdullah pernah juga mencuba main tarik-tarik tali dengan Mahathir. Dia mahu bahawa Timbalan Perdana Menteri merasa yang dia berhutang budi kepadanya dan bukan kepada bekas ketuanya. Kerana itu dia sengaja melengahkan masa membuatkan negara tertunggu-tunggu untuk seketika sambil memberikan kiasan kepada orang ramai betapa terdapat ramai tokoh seperti Muhiyuddin Yassin yang mungkin sesuai menjadi calon Timbalannya. Setiausaha Politik Abdullah ketika itu, Ramzi Abdul Rahman (kini Pengerusi KESEDAR) telah diminta memberitahu Dr. Shaharuddin Mohd Salleh betapa “Najib hanya dianggap calon pengganti kerana mengikut kemahuan Mahathir sahaja.” Berasaskan janji-janji inilah membuatkan Shaharuddin pergi memberitahu Muhyiddin betapa mereka akan berpindah ke pejabat baru di Putrajaya tidak lama lagi.
 
Akan tetapi, segala kiasan itu bukanlah serius sangat kerana Abdullah sedar bahawa seandainya beliau tidak melantik Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri, Mahathir sudah pasti menentukan Abdullah menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang terlalu singkat perkhidmatannya.
 
Apabila menyedari bahawa ayah mertuanya tidak ada pilihan lain kecuali melantik Najib, Khairy telah mencuba merancang agar Najib mempunyai pandangan yang baik terhadap beliau. Pertama, dia telah cuba meyakinkan Najib bahawa sebagai seorang penasihat yang paling perkasa kepada Abdullah Ahmad Badawi, dia mempunyai kuasa untuk mempengaruhi segala keputusan dalam melantik Timbalan Perdana Menteri yang baru.
 
Khairy telah memberi keyakinan Najib beberapa kali betapa Abdullah memang sudah pasti memilih Najib dan bukannya Muhyiddin ataupun calon-calon lain. Cuma, Abdullah memerlukan sedikit keyakinan - yakni satu pertanda yang menunjukkan bahawa Najib memang akan taat dan setia kepada Abdullah. Malahan. Khairy telah memberitahu Najib bahawa dia sendiri pun pernah memujuk Abdullah agar tidak memikirkan Muhyiddin sebagai calon kerana menganggap Muhyiddin sebagai terlalu rapat dengan Anwar. Sebaliknya, Najib dianggap sebagai ‘seorang pemimpin setia’ yang mampu berkhidmat sebaik mungkin kepada sesiapa yang menjadi Presiden UMNO. Khairy telah memberitahu Najib betapa dia meyakinkan Abdullah akan kesetiaan dan kecekapan Najib.
 
Ada satu ketika semasa Najib begitu tidak menentu akan masa depan politiknya, Khairy telah mengambil kesempatan akan kelemahan Najib dengan melantik beberapa orang pilihan beliau di pejabat Najib. Khairy sedar betapa kebanyakan pegawai Najib memberikan kesetiaan sepenuhnya dalam khidmat mereka kepada beliau. Antara beberapa pembantu itu ialah Datuk Alies Anor. Alies amat rapat dengan ABIM (isteri beliau ialah seorang aktivis ABIM), tentunya beliau rapat dengan Anwar Ibrahim. Malahan, ramai pembantu-pembantu muda Najib datang daripada kem pro-Anwar kerana Najib pernah menjadi Timbalan Ketua Pemuda pada 1990-an dahulu. Apabila bintang Anwar menyinar, Najib cuba menyeronokkan beliau dengan melantik beberapa penyokong kuat Anwar bertugas di pejabatnya.
 
Selain Alies Anor, Najib juga memiliki beberapa orang penasihat yang mempunyai pandangan kosmopolitan dan berbeza dengan Alies. Yang menonjol di antara mereka itu ialah Abdul Razak Baginda dan seorang tokoh perniagaan yang cergas di sebalik tabir, bernama Rohana. Wanita ini menjaga segala harta benda Najib dan ahli keluarga beliau di seberang laut – seperti apatmen mereka di London dan beberapa buah rumah di Australia seperti di Melbourne dan Gold Coast. Khairy telah mendekati dua tokoh ini dan meyakinkan mereka betapa orang yang paling layak untuk menjadi penasihat kepada Najib ialah seorang insan bernama Omar Ong (sila baca bahagian 2 hikayat ini)
 
Omar Ong menjadi balaci Khairy di pejabat Najib. Dia mula bertugas di sebuah pejabat yang terletak hanya beberapa pintu sahaja jauhnya daripada bilik pejabat Najib dan telah diberikan perkhidmatan kereta yang dipandu supir serta jawatan yang sama tarafnya dalam perkhidmatan awam sebagai satu takuk di bawah jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian.
 
Susun atur demikian masih dianggap tidak mencukupi. Khairy amat risau kalau-kalau Najib berkemungkinan menyimpang jauh daripada laluan sempit yang dilakar untuknya oleh Omar Ong. Lebih-lebih lagi memandangkan Omar Ong bukanlah individu yang paling berkarisma dan sebagai seorang muallaf tentunya dia mudah dianggap sebagai orang luar oleh para penyokong Najib.
 
Inilah membuatkan Khairy menggunakan taktik lain dengan mengambil khidmat seorang kawan rapatnya bernama Dr. Liew yang merupakan rakan perniagaan dalam satu syarikat perniagaan bernama Ethos Sdn Bhd. Inilah sebuah syarikat proksi Khairy yang mendapatkan kontrak kerajaan. Khairy telah memperkenalkan Ethos kepada Najib dan dengan pantas telah mendapatkan kakitangan baru yang dibayar gaji lumayan untuk memberikan khidmat nasihat kepada Najib mengenai beberapa tugasan utama di Kementerian Pertahanan. Melalui tugasan bersepadu itu, para penasihat Najib dan pegawai kerajaan mendapati betapa peranan mereka semakin mengecut dan sebaliknya serba-serbi diatur oleh Liew dan para pegawai beliau untuk membuat keputusan terhadap perkara yang sensitif di Kementerian Pertahanan. Kontrak yang tertutup mula diberikan kepada syarikat yang ada kaitan rapat kepada Omar Ong dan Dr. Liew.
 
Para penasihat lama Najib, khususnya Alies Nor, sedar mulanya satu keadaan yang begitu mengelirukan. Mereka mula sedar betapa mereka tidak lagi menikmati pemerhatian Najib. Sebaliknya Najib mula memberikan tumpuan kepada orang-orang Khairy yang sudah pasti memberikan liputan laporan kepada beliau akan pergerakan harian Najib. Tambahan lagi, mereka telah gunakan kedudukan masing-masing untuk menyekat beberapa orang yang rapat dengan Najib daripada menemui menteri itu - sehingga tercetus satu situasi di mana orang-orang ini mula merenggangkan diri daripada Najib.
 
Mereka telah mengganggu mesyuarat harian yang diatur oleh Alies Anor dan pegawai-pegawai lama sehingga mencetuskan banyak masalah di pejabat Najib. Akan tetapi Najib sedar betapa inilah harga yang perlu dibayar. Najib sedar betapa Alies Anor memang taat dan setia kepadanya walaupun diketepikan daripada jawatannya. Najib mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kerana itu sanggup membayar apa juga harganya, walaupun sedar bahawa dia perlu tunduk kepada orang-orang Khairy seandainya perlu.
 
Akhirnya, Abdullah tidak boleh berlengah lagi dengan keputusan beliau dan Najib pun menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang dirancang oleh TKT Mahathir. Khairy cuba bermegah dengan Najib bahawa dialah bertanggungjawab dan telah mengaturkan satu liputan media yang menyeluruh dengan bantuan Kalimullah Hassan Masheerul Hassan (Ketua Editor Kumpulan NST yang merupakan khadam Khairy jua). Apabila Najib mula merasa selesa dengan jawatan barunya, Najib mula menunjukkan belangnya. Dia mula merasakan tidak perlu lagi memberikan tumpuan kepada Khairy dan orang-orangnya seperti dahulu. Dengan kata mudah, Najib mula melawan balik dan melonggarkan rantai yang dibelenggu oleh Khairy dan Omar Ong terhadap dirinya.
 
Najib mula mewujudkan satu ketumbukan bakat-bakat muda di pejabat beliau sebagai satu saingan kepada orang-orang Khairy. Najib telah memilih Khairil Annas Yusuf seorang lulusan UIA dan graduan perundangan daripada Oxford yang mempunyai latar belakang ABIM. Sudah tentu orang ini mempunyai pendapat yang berbeza dengan Khairy. Dia dilantik sebagai seorang Pegawai Khas tambahan. Najib juga telah mengecutkan tugas Omar Ong sebagai penulis ucapannya dan lebih mengharapkan kepada Khairil Annas. Di waktu yang sama Khairil Annas mula memberikan tunjuk ajar kepada Najib akan cara membetulkan bakat berucap dalam bahasa Melayu, termasuk penekanan kepada retorik dan gerak-gerinya. Ini memang tidak pernah menjadi amalan politik Najib sebelum itu.
 
Omar Ong adalah anak menantu kepada Ismail Ibrahim Pengerusi Majlis Fatwa negara. Tetapi ini tidak bermakna Omar Ong adalah pakar dalam ilmu keagamaan. Khairil Annas telah memberikan lapisan khidmat dalam bidang ini dan dengan pantas sudah diterima Najib sebagai anak emasnya. Orang-orang Khairy di Ethos pun mula sedar apabila Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau kurang sangat mendengar cakap mereka lagi. Dr. Liew yang pada satu ketika dahulu diberikan tugas menyelesaikan masalah FELDA telah mendapati dirinya diketepikan oleh seorang lantikan baru dalam pengurusan hal ehwal Felda. Beliau ialah Ahmad Maslan, seorang anak Johor yang merupakan penyokong setia Anwar Ibrahim dan bekas Setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapha Mohamad.
 
Khairy telah memberikan arahan kepada Dr. Liew agar mencadangkan supaya Felda menjual saham-sahamnya di beberapa syarikat yang tersenarai di Papan Pertama Bursa, seperti Maybank, kepada pihak yang rapat dengan ECM Libra. Syarikat ini adalah satu bank pelaburan ‘perhiasan’ yang dimiliki oleh Kalimullah Masheerul Hassan. Pada waktu yang sama syarikat ini menggaji Khairy sebagai pengarah Penasihat Korporat. Pada mulanya Dr. Liew ingat dia boleh melakukan perkara ini dengan mudah kerana itu adalah arahan yang datang daripada Khairy. Sebaliknya, Najib telah menggunakan Ahmad Maslan untuk menghalang urusan itu sambil beliau mengarahkan agar diadakan satu penilaian semula terhadap cadangan itu berasaskan merit.
 
Walaupun, Alies Anor yang merupakan musuh paling ketat Khairy di kem Najib, tidak lagi bersama Najib, tetapi beliau mula kelihatan kerap berada di kalangan orang–orang yang rapat dengan Najib secara tidak rasmi. Alies Anor tidak berjumpa dengan Najib di pejabatnya di Putrajaya, tetapi mereka kerap bersama-sama di rumah kediaman peribadi Najib di Taman Duta ataupun di pejabat Yayasan Tun Raha di Pekan setiap kali Najib mengadakan lawatan mingguan di situ. Najib sudah mula merancang keputusan di luar pejabat rasminya dan Khairy sudah mula merasa sukar mendapatkan butiran mengenai pergerakan Najib.
 
Najib juga sudah mula mewujudkan satu alternatif kepada jaringan pengikut setia Khairy dalam Pemuda UMNO di Pahang. Beliau telah merestukan penubuhan Persatuan Pemuda Pekan yang kini dilihat mampu bersaing dengan Pemuda UMNO di sana. Dengan mengongkosi pertubuhan itu agar mereka yang mengurusnya mendapat gaji tetap, persatuan itu mula sedar betapa mereka adalah lebih berpengaruh mendapatkan perhatian Najib berbanding mendapatkannya melalui pegawai Pergerakan Pemuda UMNO. Pergerakan Pemuda UMNO di Pekan akhirnya sedar betapa mereka tidak lagi dipercayai oleh Najib kerana dilihat sebagai kesinambungan aktiviti Khairy sahaja.
 
Pergolakan yang menyerlah ini memberi kesedaran kepada Khairy betapa rencana beliau untuk mencucuk hidung Najib sudah mula tidak kesampaian. Dia terus terkejut apabila Tengku Razaleigh Hamzah menerima pencalonan daripada Bahagian UMNO Gua Musang untuk jawatan Presiden UMNO. Tetapi bahagian yang sama juga telah mencalonkan Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO. Dengan kata lain, Abdullah telah kekurangan satu pencalonan berbanding timbalannya sendiri. Gua Musang telah memberikan isyarat bahawa mereka sukakan Najib tetapi membenci Abdullah.
 
Dalam beberapa pertemuan peribadi, Tengku Razaleigh telah menyatakan kesediaan bertanding jawatan Presiden untuk menjamin Najib akhirnya menggantikan Abdullah Badawi sebagai Presiden UMNO dan menentukan Paklah ataupun orang-orangnya tidak akan mempermainkan Najib seolah-olah dia seorang yang bongok. Kerana itu Tengku Razaleigh telah membuat perjumpaan dengan beberapa sekutu utama Mahathir seperti Daim Zainuddin dan Sanusi Junid memberitahu mereka akan hasrat beliau mencabar Abdullah. Satu minggu sebelum Tengku Razaleigh membuat pengumuman akan kesediaan beliau mencabar Paklah, Daim dan Sanusi telah dilihat makan bersama dengan beliau.
 
Barulah Khairy sedar betapa Najib bukan calang-calang seteru politik yang mudah dikuisnya ke tepi. Memang biasalah seandainya Najib menganggap Khairy sebagai budak hingusan yang tidak patut diberikan kedudukan seperti itu dan memang mentah lagi dalam berpolitik. Walaupun Najib dan Khairy sama-sama meniti tangga politik ketika berusia muda, Najib pernah berkhidmat sebagai aprentis dalam UMNO dan kerajaan termasuk sebagai seorang Timbalan Menteri di kerajaan pusat dan Menteri Besar Pahang. Sebaliknya Khairy telah memilih satu laluan lain untuk naik berkuasa – dan laluan ini dianggap sesuatu yang disangsikan oleh para penyokong Najib.
 
Kerana itu Khairy sedang merancang satu rencana bagaimana mengaibkan Najib dengan tujuan mahukan Najib jatuh, ataupun setidak-tidaknya meyakinkan Najib bahawa kesinambungan hayat politik beliau secara jangka panjang banyak bergantung kepada ihsan dan keserasiannya. Khairy beranggapan terdapat tiga bentuk senjata yang boleh digunakannya. Satu ialah menggunakan kuasa Abdullah untuk ‘memenggal kepala’ Najib. Tetapi tindakan itu dianggap terlalu berisiko tinggi. Walaupun Najib bukanlah semacam Anwar yang akan melawan balik, dia pasti akan mengusahakan satu cabaran seandainya mengumumkan sokongan agar ‘dirombak pucuk kepimpinan’. Kerana itu, usaha menjatuhkan Najib persis kaedah TKT Mahathir adalah sesuatu yang tidak diingininya.
 
Kaedah yang kedua ialah menggunakan pengaruh yang kuat di kalangan media. Inilah cara yang akan digunakannya.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...