Translate

Mesti Baca

Sabtu, 28 Mei 2011

Beliau Dengan Rosmah Hampir Sama, Siapakah Perempuan Ini ???

María Eva Duarte de Perón (lebih dikenal dengan nama Evita  (lahir di Los Toldos, kota kecil di Provinsi Buenos Aires, Argentina, 7 Mei 1919 – meninggal di Buenos Aires, Argentina, 26 Juli 1952 pada umur 33 tahun) adalah isteri kedua Presiden Argentina Juan Domingo Perón (1895–1974). Meskipun ia tidak pernah secara rasmi terpilih menjadi tokoh politik, sebagai 'First Lady', ia memiliki kuasa dan pengaruh yang besar dari sesiapa sahaja dalam kerajaan melainkan suaminya (macam Rosmah ler). Di antara kaum miskin dan kelas pertengahan, ia mempunyai karisma yang tidak banyak tandingannya dengan monarki (pun macam Rosmah).

Evita telah menubuhkan Yayasan Eva Peron (macam Yayasan Permata), yayasan amal yang membangun ribuan rumah dan sekolah untuk kaum perempuan dan kaum miskin (bukan macam Rosmah) dan untuk pertama kalinya dalam sejarah Argentina menjamin tidak ada pilih kasih dalam memelihara kesihatan untuk warganya. Evita juga memimpin pembentukan Parti Peronis Perempuan yang merupakan parti politik perempuan pertama di negaranya.

Pada 1951, beliau mengadakan kempennya  dengan mencalonkan dirinya sendiri untuk jawatan wakil Presiden Argentina. Perkara ini mendapat tentangan dari tentera, kaum elit dan suaminya sendiri. Andainya perkara ini berlaku, beliau akan menjadi wanita pertama yang menjawat jawatan Presiden di dunia.(Gelaran ini akhirnya jatuh kepada isteri ketiga Peron, Isabel Peron yang ironinya beliau meniru Evita). Pada tahun 1952, Evita secara rasminya mendapat gelaran 'Pemimpin Rohani Bangsa'.

Evita juga adalah tokoh yang paling kontroversial masa hidupnya sampai hari ini. Semasa hidupnya, Evita adalah perempuan yang paling berkuasa di negaranya. Kebanyakan Sejarahwan bersetuju bahawa beliau tetap wanita paling berpengaruh dalam sejarah bangsanya dan di seluruh Amerika Selatan. pada sat kematiannya, beliau adalah wanita paling berpengaruh di dunia.

Maris Eva Duarte lahir di Los Toldos, kota kecil di Provinsi Buenos Aires. Beliau adalah  anak luar nikah dari lima beradik yang diakui oleh seorang tukang masak yang tidak pernah berkahwin, Juana Ibarguren (1894-1971) dan pemilik Ranch Juan Duarte (1972-1926). Sewaktu kecil, Eva Peron dibesarkan di Junin, tidak jauh dari Los Toldos. Pada usia 15 tahun, Eva Duarte pergi ke Buenos Aires tetapi muncul kontroversi bagaimana beliau pergi ke sana. Versi popular mengatakan ia di bawa ke kota itu oleh Agustin Magaldi dan ada yang mengatakan yang beliau dibantu oleh ibunya.

Setibanya di sana, Eva Duarte menghadapi kesukaran untuk bertahan tanpa pendidikan formal. Setelah bertahun-tahun berjuang, akhirnya beliau mendapat pekerjaan sebagai artis radio dan filem dalam melodrama murahan serta opera di Radio El Mundo. Akhirnya beliau memiliki radio tersebut dan dianggap sebagai artis radio berbakat. Secara teratur beliau muncul dalam program drama sejarah popular, Perempuan Agung Dalam Sejarah'.

Eva Duarte bertemu kolonel juan Peron pada acara amal mengumpul dana untuk korban gempa bumi San Juan. Mereka berkahwin pada 21 Oktober 1945. setelah berkahwin, semua filem Eva dilarang siar di seluruh Argentina. Kerana pada saat itu, warga Argentina tidak suka bila para politikus bergaul dengan para penghibur apatah lagi mereka yang lahir di luar nikah dan bekerja sebagai opera.

Tidak lama selepas berkahwin dengan Eva, Juan Peron di tangkap oleh lawannya diblok pemerintah yang takut dengan dokongan kaum miskin dan kaum buruh terhadap populariti Peron yang akan memudaratkan populariti presiden yang berkuasa. Eva dipuji kerana mengorganisasi pertemuan-pertemuan massa dengan ribuan orang sehingga berjaya membebaskan Juan Peron dari penjara. Sebenarnya cerita itu hanya tokok tambah kerana pada saat itu beliau hanya seorang artis dan belum mempunyai pengaruh politik dan tidak disenangi oleh rakan-rakan rapat Juan Peron. 

Hakikatnya, demonstrasi besar yang membebaskan Peron dari penjara dilakukan oleh berbagai organisasi seperti Konfederasi Umum Buruh (CGT). Hingga sekarang pada setiap 17 Oktober sebagai hari untuk Parti keadilan di Argentina (dirayakan sebagai Dia de la Lealtad, 'Hari kesetiaan'). Ketika Juan Peron dipenjarakan, Eva Peron tiba-tiba hilang dokongan dari kebanyakan orang. Surat-surat mereka di kala peron dipenjarakan menunjukkan bahawa mereka berdua mempertimbangkan untuk meninggalkan Argentina jika Peron dibebaskan. mereka berdua takut yang Peron mungkin akan dibunuh ketika dalam penjara.

Jadi anda boleh membezakan di antara kehidupan Eva dengan Rosmah yang mana masing-masing mempunyai cita-cita yang besar. Mereka mempunyai pengaruh besar ke atas suami masing-masing dan juga dalam pentadbiran negara. Jika Eva mempunyai 'Yayasan Eva Peron', Rosmah pula mempunyai 'Yayasan Permata' dan dana yang mereka miliki adalah dari dana kerajaan yang disalurkan kepada mereka oleh suami masing-masing. Perkara yang membezakan di antara mereka ialah, Eva tidak panjang umur seperti Rosmah. Renung-renungkanlah.......
Presiden Argentina, Juan Peron (Juan Domingo Peron 1895-1974) bersama isteri ketiganya, Isabel de Peron (Maria Estela Martinez).

Isabel Martinez de Peron, isteri Presiden Argentina yang dalam buangan ketika sidang akhbar semasa tiba di Argentina untuk memperingati 20 tahun suaminya berkuasa. (18 Oktober 1965)
Isabel de Peron isteri bekas Presiden Argentina yang diusir dari Argentina menghadiri mass di sebuah gereja di Buenos Aires pada ulang tahun ke 43 kelahiran Eva Peron, isteri kedua Juan Peron.
Bekas Presiden Argentina, Juan Peron bersama isterinya, Isabel de Peron di lapangan Terbang Ciampino, Rom. (1972)
Bekas Presiden Argentina Juan Domingo Peron bersama isterinya Isabel semasa dalam buangan di Sepanyol selama 13 tahun. (1972)
Isabelita Peron, isteri  Presiden Argentina ketika berpidato kepada umum. Ketika Peron meninggal ketika kembali memerintah pada tahun 1973, Isabelita adalah naib Presiden Argentina.
Presiden Mexico, Luis Echeverria (kiri) dengan isteri dan anak perempuannya (kanan) dan bekas Presiden Argentina dalam buangan , Juan Domingo) Peron dan isterinya semasa pertemuan mereka di Paris.
Pemangku Presiden Argentina, Isabel tiba di Madrid untuk melawat Juan Peron, Presiden Argentina yang sedang menerima rawatan pada 24 Jun 1974.
Presiden Argentina, Maria Estela Martinez de Peron bersama menteri Kebajikan, Dr Jose Lopez Rega di sebelah kirinya ketika berpidato.
Isabel Peron, isteri Presiden Argentina yang mengantikan suaminya sebagai Presiden selepas kematiannya.
Pemangku Presiden Argentina, Isabel Peron bersama Putera Juan Carlos pada jamuan makan malam yang dihoskan oleh isterinya, Puteri Sofia dari Sepanyol.
 Presiden Argentina Isabel Peron (Maria Estela Martinez) bersama Dr Italo Argentino Luder yang akan memangku jawatan sementara beliau menerima rawatan pada 14 September 1975

Presiden Argentina Isabel Peron, yang baru kembali dari menerima rawatan di lapangan Terbang Buenos Aires pada 16 Oktober 1975.
Bersama bekas diktator Chile, Jeneral Augusto Pinochet.
Presiden Argentina Isabelita Peron atau nama popularnya, Maria Estela Martinez de Peron mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding pada pemilihan Presiden. pada tahun yang sama iaitu 1976, beliau telah digulingkan dalam rampasan kuasa tentera dan dipenjarakan selama 5 tahun.
Presiden Isabela Peron berpidato buat pertama kali selepas berehat selama satu bulan di balkoni Bangunan Kerajaan di Buenos Aires pada 21 Oktober 1975.
Presiden Isabela Peron dalam upacara angkat sumpah anggota kabinet barunya di Buenos Aires pada 4 Februari 1976.
Tentera Argentina berkawal di luar bangunan kerajaan di Buenos Aires selepas rampasan kuasa yang mengulingkan Presiden Isabel Martinez de Peron, janda Presiden Juan Peron pada 29 mac 1976.
Jeneral Jorge Videla, salah seorang panglima tentera yang terlibat dalam rampasan kuasa untuk mengulingkan Presiden Maria Estela Peron dan beliau akhirnya menjadi calon Presiden Argentina.

Selonkar Kembali: Wajah Kekasih Pertama Najib.

Salah seorang pembaca menghantar sebuah email kepada MiLo SuaM, meminta kami menyiarkan gambar nostalgia Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak di masa mudanya bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih pertama beliau. Gambar-gambar ini dikatakan diambil daripada sebuah buku lama.

Menurut pengirim email, tujuan beliau berkongsi gambar ini bukan untuk mengaibkan Perdana Menteri, sebaliknya berkongsi nostalgia lama Najib bersama kekasihnya semasa muda. Tambahan pula gambar intim Najib memeluk erat kekasihnya ini bukan dilakukan di dalam bilik, sebaliknya di depan khalayak ramai. Maka pengirim email berkata, ini jelas menunjukkan Najib tidak merasa malu, sebaliknya bangga dengan kekasih pertama yang dicintainya.

Menurut pengirim email berdasarkan kepada penerangan gambar (caption) yang dipetik dari majalah ini, gadis ini tinggal bersama-sama dengan Najib Tun Razak semasa di London. Malah mereka dikatakan sudah berjanji untuk berkahwin.

Berikut sekeping lagi gambar Najib dan wanita yang didakwa kekasih pertamanya. Bagaimanapun, dua keping lagi gambar yang dikirim kepada MiLo SuaM, tidak dapat disiarkan kerana ia lebih bersifat mengaibkan Perdana Menteri. Kami kira dua keping lagi gambar agak keterlaluan jadi tidak dapat disiarkan, harap maaf.
Kata orang "ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?", sebuah lagi peribahasa yang sesuai, "kalau dah bapak borek, anaknya rintiklah", begitulah yang boleh digambarkan kepada keluarga Najib Tun Razak. Watak dan gaya hidup Najib di masa muda, ternyata berjaya diturunkan kepada anak lelakinya Nashman.
Rasanya tak perlulah dikenalkan lagi Anak Perdana menteri yang sorang ni. Kalau pembaca nak lihat lagi gambar-gambar lain yang lebih hot, Nashman bersosial bersama gadis-gadis, sila gunakan khidmat lebai google.

Jumaat, 27 Mei 2011

Selongkar Kembali: Sejak Bila Najib Begitu Berminat Dengan Mesjid?

Kritikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak ke atas Tok Guru Menteri Besar Kelantan ketika “berkempen pilihanraya” di Kelantan baru-baru ini berhubung “kegagalan” kerajaan PAS membina mesjid di negeri berkenaan sejak 17 tahun yang lalu amatlah pelik bin ajaib. Apa yang mengejutkan ialah ia datang daripada seorang manusia bernama Najib, yang memang seluruh rakyat Malaysia dan juga Mongolia kenali. Jikalau kritikan ini datang daripada Menteri “Agama” UMNO mungkin rasa terkejut kita tidaklah “sebrutal” ini kerana memang sewajarnya orang agama mengambil berat perkara sebegini rupa. Dan sememangnya sudah pun menjadi dasar sekular UMNO bahawa Islam itu hanya terletak di mesjid dan surau saja dan bukan di tempat-tempat lain. Tetapi untuk Najib menegur Tok Guru Nik Aziz berhubung isu pembinaan mesjid, ini memerlukan kajian mendalam dan terperinci fenomena luarbiasa ini yang rasanya hanya boleh didapati di negara Islam Hadhari sahaja!

Pertamanya, saya sarankan kepada UMNO Kelantan supaya jangan memalukan TPM dengan fakta yang salah. Sebenarnya untuk pengetahuan Najib terdapat banyak mesjid yang telah siap dibina sejak PAS memerintah Kelantan daripada tahun 1990 termasuk Mesjid Lapangan Terbang Ismail Petra, Masjid Baraah Pasar Besar Siti Khadijah, Mesjid Kota Darulnaim, Mesjid Al-Fathul Mubin, Mesjid Badang dan Mesjid Wakaf Che Yeh. Dan mesjid yang di dalam peringkat pembinaan ialah Mesjid Jubli Perak Pulai Chondong, dan Mesjid Jubli Perak Rantau Panjang yang dibina menggunakan seni rekabina Cina. Sebagai maklumat tambahan kepada Najib, pembinaan mesjid-mesjid atau apa saja projek kerajaan negeri di Kelantan tidak mewajibkan meletak papantanda “Satu lagi projek Kerajaan PAS” sepertimana yang dilakukan oleh BN kepada semua projek-projek mereka. Malah tidak ada kerajaan di dunia ini apabila ia memerintah ia hanya menjaga rakyat yang menyokong parti mereka sahaja. Hanya di negara Malaysia Boleh saja keadaan ini berlaku.

Jikalau Najib masih menafsirkan bahawa jumlah pembinaan mesjid ini agak “sedikit” dan melayakkan beliau untuk menyalak bahawa PAS tidak pandai membina mesjid, maka perlu kita ingatkan beliau bahawa mesjid-mesjid di Kelantan sememangnya banyak dan mampu menampung keperluan masyarakat setempat. Bagi menambahkan keyakinan beliau berhubung perkara ini, saya cadangkan Annuar Musa supaya membawa TPM bersiar-siar di sekitar Kelantan untuk melihat dengan sendiri mesjid-mesjid yang berselerakkan di merata tempat dan kalau boleh terus saja singgah untuk bersolat jemaah di mesjid-mesjid ini untuk melihat jumlah ahli jemaah yang hadir. Selepas itu bolehlah dibuat perbandingan dengan ahli jemaah yang hadir bersolat di mesjid-mesjid di Pekan atau di Putrajaya, lihat di mana lebih ramai. Tok Guru Nik Aziz bukan saja menumpukan perhatian kepada aspek pembinaan mesjid tetapi yang lebih utama memastikan seramai mungkin orang datang beribadah di mesjid. Program-program diatur termasuk bulan solat dan sebagainya bertujuan untuk memperingatkan umat Islam betapa pentingnya institusi mesjid di dalam kehidupan mereka. Bukankah tujuan dibuat mesjid itu untuk meramaikan pengunjung beribadat padanya? Dan pernahkah sebelum ini Najib menegur umat Islam terutamanya ahli-ahli dan pemimpin UMNO supaya mendekati mesjid. Malah saya juga ingin tahu adakah Najib selalu bersolat jemaah di mesjid, dan kalau kerap di mesjid mana?

Najib juga perlu ingat bahawa kerajaan PAS Kelantan bukan saja bertanggungjawab membina mesjid tetapi juga pelbagai kemudahan lain untuk rakyat. Islam bukan diukur dengan banyaknya mesjid atau keindahan senibinanya semata. Lihat saja di Selangor, begitu banyak mesjid yang besar dan tersergam indah tetapi kehadiran ahli jemaah waktu solat amatlah menyedihkan. Tidak ada usaha langsung di pihak kerajaan untuk menggalakkan umat Islam mengunjungi mesjid. Majlis tazkirah (memberi peringatan) bulan Ramadhan pula diharamkan. Malah kalau ada mesjid yang begitu makmur dengan pelbagai aktiviti, mesjid itu akan “dirampas” dan diganti ahli jawatankuasanya dengan ahli-ahli UMNO. Akhirnya ahli kariah mesjid berkenaan berpecah-belah dan mesjid jadi muram. Bukan setakat rampas mesjid, yang lebih mengejutkan ada juga mesjid dan surau yang dirobohkan oleh UMNO. Inilah kehebatan UMNO Islam Hadhari, masih terkial-kial hidup di zaman dahulu kala, masih menganggap rakyat selamanya terus bodoh dan dungu. Mereka ingat jika bercakap di Kelantan berlainan daripada di Selangor rakyat tidak boleh membuat perbandingan. Mereka lupa ini zaman digital dunia siber, apa yang dicakap atau dibuat akan dihakimi sertamerta oleh rakyat.

Tetapi yang lebih penting, Najib lupa mengenai pembinaan “mesjid” di dalam hati-hati manusia. Mesjid adalah rumah Allah, tempat mengingatkan kita kewujudanNya di dalam seluruh aspek kehidupan kita. Jikalau mesjid sentiasa tersemat di hati kita, manusia akan menjadi insan yang mulia dan berakhlak tidak kira di mana ia berada dan dalam apa keadaan sekali pun. Hari ini umat Islam begitu berakhlak apabila di dalam mesjid tetapi apabila di luar mesjid kebanyakkan mereka seperti penyangak. Kenapa fenomena ini berlaku? Ia tidak lain kerana kegagalan menginstitusikan mesjid di dalam hati masing-masing. Samada di mesjid atau di pejabat, ketika bersolat atau berpolitik, ketika berzakat atau berniaga, Allah yang sama berada di mana-mana dan sudah tentu memerlukan ketaatan yang sama di dalam semua keadaan. Logikkah kalau kita begitu taat dan patuh ketika di dalam mesjid dan boleh menipu, merasuah dan menindas ketika menjadi pemimpin sedangkan kita mengaku tunduk kepada Allah. Sikap kita seolah-olah mengambarkan bahawa Allah hanya ada di mesjid dan di luar sana Ia tidak wujud dan kita bebas berbuat apa saja.

Hakikatnya, inilah budaya yang kita warisi sepanjang zaman daripada UMNO dan BN. Saya tidak perlu menghuraikan secara panjang lebar di sini akhlak pemimpin UMNO yang gagal menginstitusikan mesjid di dalam diri mereka. Begitu banyak telah diperkatakan mengenai kegiatan rasuah mereka, kezaliman, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penipuan dan segala macam kebobrokan dan kebejatan yang ada di muka bumi ini, semua berjaya dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN. Malah sebahagian rakyat turut tempias dengan kecelakaan ini. Ini digambarkan oleh statistik berkaitan kadar jenayah yang begitu tinggi, penyalahgunaan dadah, anak luar nikah, murtad dan pelbagai lagi gejala negatif yang sedang kita alami. Semua ini tidak ada kena mengena dengan “kegiatan dan peranan mesjid” di dalam kehidupan kita. Pemimpin UMNO termasuk Najib, dari segi moral, tidak berkelayakkan untuk bercakap mengenai mesjid dan kemuliaan hidup berasaskan mesjid kerana mereka pun bukan dari jenis yang cintakan mesjid dan menghayati mesjid di dalam kehidupan seharian. Jika beliau benar-benar memahami dan menghayati peranan mesjid, Najib tidak akan terbabit dengan segala macam skandal yang mencemari dirinya. Kemuliaan hidup berasaskan mesjid hanya boleh diperolehi daripada orang-orang yang menghayati mesjid dan peranannya di dalam kehidupan seharian. Jika kita mahukannya maka kenalah kita pilih pemimpin yang relevan di dalam pilihanraya umum akan datang.
Sumber

Selongkar Kembali: Rosmah Oh Rosmah.


CucuMatKilau : Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar "Bapa Pembangunan", maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara.

Biarpun pedih dihati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda "peralihan kuasa" Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingin Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib. Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu "boros berbelanja", bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau "queen control". Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.
Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur.

* Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya.

* Menurut maklumat Rosmah senantiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib.

* Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah.

* Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan.

* Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang.

* Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.
Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati.

Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal).

Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.



Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika, tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah.

Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.

Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu
atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti".

Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu.

Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".

Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang.

Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?.

Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.

[Terkadang kita naik hairan dan pening melihat kelibat Rosmah yang senantiasa disisi Najib. Beliau seolah-olah takut najib akan meninggalkannya atau melakukan sesuatu yang akan menggagalkan hasratnya itu. Sama-samalah kita berdoa agar Rosmah akan diberikan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali dirinya sebelum beliau menjaga perasaan rakyat. Bagaimana harus Najib dan Rosmah menjadi "nombor satu" sedangkan dalam masa yang sama rakyat diseluruh pelusuk negara baik di kampung, di bandar dan di desa mula sangsi akan penglibatannya dalam kes-kes berkenaan. Beliau tidak mahu ke mahkamah, hanya ahli parlimen BN sahaja yang mempertahankan bahawa Najib sudah mengaku tidak bersalah maka kenapa lagi mahu dituduh !. Punyalah bangangnya ahli parlimen BN ini. Jika begitu Anwar pun kata dia tak bersalah, kenapa pula mahkamah mendakwanya? Bezanya rakyat tak percaya kes Anwar tetapi yakin dan percaya kes Najib]

ARef: Apa yang aku suka nak komen, adalah sepertimana yang seorang forumer TKO iaitu factfactor gurau sendakan..... diambil daripada [SINI].


AGAKNYE, NI KOT DIALOG ANTARA NAJIB DAN ROSMAH SEWAKTU MUDA DULU

NAJIB = AIHH.. U LAGI.. TETIAP HARI U DATANG
ROSMAH = ALAH BANG JIB, TAK BLEH KE.. I RINDU U LA
NAJIB = LAKI U TAK TAU KE, TAK MARAH KE
ROSMAH = ALAH DIA TU.. TGH BACA BERITA AGAKNYE
NAJIB = I NI BUKAN APA, U ISTERI ORG, I LAKI ORGROSMAH = TAPI BANG JIB, U NI HENSOM DARI DIA.. BIBIR U SEKSINAJIB = ERKK.. YEKE.. HEHEHE (TERSIPU-SIPU).. HMM.. LAGI???ROSMAH = U NI BYK DUIT.. HEHEHENAJIB = HMM (TU JEK YG SEBETUINYE).. LAKI U??ROSMAH= BANG JIB, U BAYAQ LA DIA SUH LEPASKAN INAJIB = BERAPA???ROSMAH = 2, 3 JUTA KE.. TAPI BAGI I SIKIT.. NAK SHOPPINGNAJIB = NAK KE DIA???ROSMAH = MESTI NAK PUNYA, BACA BERITA BERAPA SGT GAJI DIA..

SEKADAR GURAUAN NAKAL..HARHARHAR

Khamis, 26 Mei 2011

Celaka, Bila Minyak Cecah AS$110 Setong Duk gatal Tangan Nak Naik.


Kerajaan akan mengkaji semula subsidi bahan api sekiranya harga minyak mencecah antara AS$110 dan AS$120 setong, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

NONESemalam kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) buat masa ini.

"Kita tahu pada masa ini, banyak benda lain juga meningkat, termasuk harga makanan dan perumahan. Jadi kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan (harga bahan api)," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Standard Financial Planner Sdn Bhd di Petaling Jaya hari ini.

Selain itu, keputusan berkenaan juga berdasarkan kepada penurunan harga minyak daripada AS$110 setong sehingga pada April, kepada lebih AS$100 setong pada masa ini, kata Lim dan menambah yang kerajaan sentiasa memantau pasaran minyak mentah.

Beliau berkata, jika harga minyak terus meningkat, kerajaan akan berbelanja lebih terhadap subsidi yang akan membawa kepada defisit lebih tinggi dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

"Apabila kita (kerajaan) merancang belanjawan tahun ini, kita melihat pada harga minyak antara AS$85 dan AS$90 setong.

azlan"Sudah tentu jika (harga minyak) turun di bawah AS$100 setong, kerajaan berkemungkinan tidak melakukan apa-apa kerana kita boleh mencari cara untuk menanganinya. Tetapi jika melangkaui AS$110, barulah kita menimbangkan (beberapa langkah) kerana ia boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi," katanya.

Walaupun, rakyat boleh terus menikmati subsidi bahan api, Lim menasihatkan mereka supaya berhemat.

Semasa ditanya sama ada terdapat kenaikan dalam kadar tarif elektrik, Lim berkata Majlis Tindakan Ekonomi Negara akan bermesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan isu tersebut.

Mengenai tinjauan masa depan ekonomi Malaysia pada suku kedua, Lim yakin negara akan dapat mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik pada 4.6 peratus dengan peningkatan pelaburan langsung asing.

- Bernama

Selongkar Kembali: Najib Bela Pendatang Untuk Selamatkan Kariernya.


Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan "membela" pendatang asing Rohingya dari Myanmar untuk digunakan sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan pada setiap pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan Pahang.

Lebih 2,000 warga Myanmar disediakan dengan tanah untuk bercucuk tanam dan membina rumah banglo mewah, diberi elaun bulanan RM500 DAN taraf kerakyatan Malaysia supaya mereka mengundi Najib dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2008 dan pemilihan seterusnya.

Keputusan untuk membawa masuk dan membela rakyat asing sebagai imbuhan untuk undi mereka dibuat selepas Najib hampir tewas mengejut pada pilihanraya umum 1999 tetapi hanya dilaksanakan beberapa ketika selepas itu.

Pada tahun 1999, Najib hanya menang hanya kira-kira 241 undi sahaja, setelah popularitinya menggelongsor teruk akibat dibelit pelbagai skandal dan dicantas oleh kalangan pemimpin kanan Umno sendiri. Susulan itu, perancangan dibuat untuk membawa masuk warga Myanmar yang kemudian diberi lampu hijau mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang. Lebih menggemparkan, pelarian yang fasih berbahasa loghat utara dikesan menerima taraf kerakyatan Malaysia akhir 2007, membolehkan mereka mengundi untuk Najib pada pilihanraya umum ke-12 Mac 2008.

Pelarian berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Kedah oleh Barisan Nasional mulai 2003 bagi mengukuhkan kedudukan Najib di Pekan. Beliau telah memegang kerusi itu sejak 1976, selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak. Suara Keadilan membuat pendedahan program membela pengundi dari kalangan pelarian asing ini apabila berjaya menyeludup masuk ke dalam Kampung Cenderawasih. Kampung itu dikawal ketat oleh seorang ketua daripada kalangan pelarian tersebut yang hanya dikenali sebagai "Jeneral".

Semua pelawat luar ke kampung itu mesti melalui pintu kawalan masuk dan mendapat kebenaran daripada "Jeneral" sebelum dibenarkan masuk. Sumber memberitahu semua pendatang asing yang berkampung di situ amat patuh sekali kepada "Jeneral" dan tidak seorang pun daripada mereka dibenarkan berpindah daripada kawasan berkenaan.

Ini kerana mereka dikhuatiri akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan tempat persembunyian mereka dibongkar kepada umum. Suara Keadilan menemui sebidang kawasan tanah rata yang dianggarkan seluas lebih 200 ekar dengan deretan dua rumah panjang menempatkan kira-kira 200 keluarga pelarian.

Keadaan sesak di situ kelihatan tidak ubah seperti sebuah kem pelarian. Namun apabila ditinjau dari lebih dekat, didapati ratusan buah rumah sedang dalam pembinaan ataupun sudah siap untuk diduduki. Penempatan mewah untuk warga asing ini menempelak hakikat bahawa ada lebih 600,000 setinggan di seluruh negara yang tidak memiliki rumah selesa.

Namun di di Kampung Cenderawasih, akibat mahu mengekalkan kuasa, pemerintah sanggup menganaktiri rakyat sendiri dan menghadiahkan bukan sahaja rumah malah kerakyatan kepada pelarian dari negara jiran. Semua ini berlaku di kawasan parlimen Perdana Menteri dan di negeri kelahiran beliau yang mempunyai lebih 7,000 setinggan yang hidup tanpa kemudahan asas sempurna.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Ada beberapa jenis rumah yang dibina di Kampung Cenderawasih. Di kawasan yang berhampiran dengan rumah panjang, didirikan rumah seperti rumah PPRT tetapi di kawasan yang lebih dalam dan terselindung dari pemandangan, ratusan rumah reka bentuk banglo dan separuh banglo dibina. Rumah mewah ini dianggarkan berharga antara RM200,000 dan RM500,000 sebuah tetapi diberikan diberi secara percuma kepada pendatang asing berkenaan.

Sesetengah daripada rumah dibina sudahpun diduduki. Ketika membuat tinjauan berkenaan, Suara Keadilan mendapati hanya wanita dan kanak-kanak berada di rumah manakala kaum lelaki dipercayai sedang bekerja di ladang nenas. Sekumpulan pendatang asing yang mengaku baru sahaja tiba di negara ini turut dikesan. Mereka ditempatkan di satu kawasan terpencil di perkampungan itu. Apabila siap keseluruhannya projek perumahan bagi pendatang asing ini, Kampung Cenderawasih untuk warga Rohingya ini akan menjadi kawasan perumahan eksklusif, lengkap dengan bekalan air, elektrik, sekolah, kemudahan riadah dan bersukan serta jalan raya bertar.

Setiap keluarga yang mendiami kawasan ini diberi satu ekar tanah untuk menanam nenas. Lembaga Perindustrian Nenas Negara Cawangan Johor terpaksa mengendalikan ladang nenas milik pendatang asing ini di samping membantu memasarkan produk tanaman mereka. Pendatang asing berkenaan juga diberi gerai tajaan FAMA secara percuma untuk menjual nenas di sepanjang jalan di luar kampung tersebut. Di samping rumah, tanah dan tapak perniagaan yang semuanya dibiayai dengan hasil cukai rakyat Malaysia, setiap keluarga Myanmar ini juga diberi elaun sebanyak RM500 sebulan.

Menurut salah seorang wanita Rohingya yang sudah pun fasih berloghat Kedah, mereka mula berhijrah dari Langkawi sejak 2003 untuk "mencari tanah". "Kami di Langkawi tidak ada tanah jadi kami merantaulah ke sini untuk buka kampung. "Mula-mula datang ke sini kami cuba tanam keladi tapi tak menjadi, lepas itu pula kami dicuba pula tanam padi, itu pun tak berhasil.

"Akhirnya kerajaan minta Lembaga Nenas buat kajian tanah dan didapati sesuai untuk kami menanam nenas," kata wanita berkenaan yang enggan memberikan namanya. Tambah wanita itu 70 ekar lagi tanah akan dibuka untuk diberikan kepada anak-anak pendatang asing yang sudah berkahwin dengan rakyat tempatan. Timbalan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Negeri Pahang, G.Ponusamy mengkritik tindakan Najib dan Umno yang sanggup menggadaikan tanah dan hak rakyat Pahang kepada pendatang asing Myanmar.

"Beribu-ribu rakyat Pahang yang miskin dan memerlukan pembelaan tetapi Umno dan BN menafikan hak mereka tetapi sebaliknya memberi keistimewaan dan kemewahan kepada rakyat asing," kata Ponusamy. Beliau menceritakan pengalaman beliau yang cuba memasuki perkampungan tersebut semasa PRU 2008 lalu tetapi dihalang oleh anggota tentera yang mengawal ketat kawasan tersebut. "Kenapa pendatang asing ini diberi tanah dan dilindungi oleh pihak tentera? Apa kepentingan mereka sehingga mereka dikawal begitu rapi oleh pasukan keselamatan?" tanya beliau lagi.

Ponusamy mempertikaikan mengapa BN menafikan hak rakyat untuk memiliki tanah dan amat senang sekali memberinya secara percuma kepada warga asing. Seorang pegawai kerajaan yang tidak mahu kenali memberitahu Suara Keadilan, apabila Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan bancian pada tahun 2006 pendatang haram ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Apabila bancian semula dilakukan setahun kemudian, petugas jabatan berkenaan terkejut mendapati semua pendatang asing berkenaan sudahpun memiliki kad pengenalan biru, menandakan mereka rakyat Malaysia.

"Pegawai Jabatan Perangkaan mendapati mereka tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Kalau ditanya dari mana mereka datang, mereka semua menjawab "saya Malaysia" seolah mereka telah dilatih untuk menjawab sebegitu rupa. "Yang menjadi tanda tanya sekiranya mereka mengaku rakyat Malaysia tidak seorang daripada mereka mempunyai kesan suntikan BCG yang menjadi wajib bagi setiap kanak-kanak negara ini. Ini membuktikan mereka bukan rakyat Malaysia tetapi pendatang asing yang dilindungi kerajaan untuk tujuan tertentu," kata pegawai itu lagi.

Menurut pegawai itu pendatang asing ini mula dibawa ke negeri Pahang semasa era Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. "BN mencari kawasan yang luas untuk menempatkan pendatang asing ini dan mendapati Pekan sesuai untuk tujuan itu. "Mereka diberi segala keistimewaan untuk mengukuhkan kedudukan politik Najib di kawasan Parlimen beliau," katanya lagi. Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh Najib apabila beliau menyentuh mengenai Formula Pekan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor 9 Ogos lalu?

"Apabila keputusan pilihan raya umum 1999 diketahui hanya mendapat majoriti 241 undi, saya rasakan 'dunia gelap’ seketika. Ibarat yang tinggal hanya seluar dalam sahaja," katanya berseloroh kepada perwakilan Umno. Persoalannya apakah Najib tidak melakukan satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara apabila merestui pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Rohingya bagi memastikan mereka mengundinya.

Malaysia adalah tuan rumah kepada ratusan ribu pelarian, sebilangan besarnya berasal dari Myanmar, Filipina dan Indonesia. Taktik membela dan menyogok rakyat asing dengan kerakyatan untuk mendapatkan undi mereka sudah lama diguna pakai oleh Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa di Sabah dan Sarawak.

Fenomena itu nampaknya semakin menular ke Semenanjung dan diterajui oleh Perdana Menteri Satu Malaysia Najib Razak. Sumber

Rabu, 25 Mei 2011

Selongkar Kembali: Malaysia Perlu Diselamatkan Dari RM.

 http://3.bp.blogspot.com/_K0rKowrP6RE/TT7EOPNdvaI/AAAAAAAAAUA/hw9-scST-DI/s1600/rosmah.jpg

Saya tidak berhasrat untuk mempertikaikan pegangan dan keimanan yang ada pada diri Rosmah ini, hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Melihat kepada lakaran perjalanan kehidupannya mengambarkan keadaan sebaliknya terjadi. Cara beliau berinteraksi dengan masyarakat termasuk rakan-taulannya [contohnya dalam mengendali urusan Bakti] dan orang-orang bawahan, beliau tidak mempunyai PR yang baik. Beliau senantiasa menunjukan wajah yang terlalu ego dan sombong. Kaki kontrol. Apatah lagi kehidupan sosialnya yang penuh sensasi, boros dan membazir. Beliau pernah bertindak menduakan suami dan menjalinkan hubungan sulit dengan Najib sehingga rumahtangganya yang pertama dibinanya runtuh berkecai.
 
Semua orang tahu kehidupan sosial Rosmah ini. Contohnya pada malam 9.12.2006 lalu, di Majlis Malam Santapan Negara sempena meraikan SPB YDP Agong ke-12 yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya, dan dengan kehendak Rosmah majlis itu terpaksa dipendekkan dan mesti tamat jam 10.00 malam. Tidak seperti kebiasaan, di mana pada malam itu SPB YDP Agong tidak pun sempat bersalaman dengan para jemputan. Para kenamaan dan para jemputan terpaksa bergegas termasuk Raja dan Permaisuri Agong ke Stadium Bukit Jalil kerana di situ ada pesta GLOBAL INDIAN FILM AWARDS [GIFA BOLLYWOOD].
 
Di pesta ini, di atas pentas Rosmah terkinja-kinja macam orang dirasuk IBLIS [memang pun mereka golongan IBLIS] berpelokan, bercium dan berlaga pipi sama pipi dengan pelakon handsome daripada Bollywood di hadapan suaminya, Najib. Paling memalukan PM, TPM pakai baju Melayu menonton acara itu. Malam Bollywood itu menyaksikan betapa Rosmah memang menggunakan segala kedudukannya menjatuhkan martabat Yang DiPertuan Agong, Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Pahang, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri boleh turut hadir sama yang boleh duduk bersekongkol hingga lewat pagi sedangkan majlis negara yang mengorbankan jutaan ringgit dengan segala pembaziran boleh dipendekkan.
 
Itulah peribadi sebenarnya Rosmah bt Mansor ini, bekas menuntut Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Malaysia akan hancur, sekiranya takdir membenarkan Najib mengambilalih kuasa daripada tangan Abdullah Ahmad Badawi kerana tangan-tangan jahat Rosmah akan memainkan peranannya lebih dashat lagi daripada kumpulan Khairy Jamaluddin yang ada sekarang. Sumber

Selongkar Kemabil: Kerana Rosmah, Kesah Janda Najib Dipadamkan.

SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.'

Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.


Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.

Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.

Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.

Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!

Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor? Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.

Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.

Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan? Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?

Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?

Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.

Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.


Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.

Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.

Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.

Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.

Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.MSO

Selasa, 24 Mei 2011

Selongkar Kembali: Sejarah Penderhakaan Umno Kepada Raja-Raja Melayu

Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno. Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.

Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.

Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini. Saya susun mengikut negeri-negeri.

Kelantan:
Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan. Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.

Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan. Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.

Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.

Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.

Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’ Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.

Negeri Sembilan :
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau. Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.

Selangor :
Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).

Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam” Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.

Pahang :
Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.

Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu. Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.

Perak :
Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.

Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.

Johor :
Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.

Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.

Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?

Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.

Terengganu :
Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.

Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.

Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.

Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.

Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.

Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.

Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu.Jahat bukan?

Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.

Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…?

Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.

Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.

Renung-renungkanlah semua

Selongkar Kembali: Najib, Betulkah Kau Suka Main Bomoh ?

Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor yang pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan dan kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menjadikan berbomoh (bomoh Hindu) sebagai amalan mereka.

Datuk Kenneth Eswaran adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak
Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam ‘akuan bersumpah’nya ialah:
  • Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India. 
  • Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
  • Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu. Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
  • Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
  • Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
  • Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
  • Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.
Titipan di atas adalah akuan bersumpah yang tidak disiasat oleh PDRM kerana ianya melibatkan Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor. Cuba kita bandingkan dengan laporan berikut:
Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.
Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.
Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.

Berdasarkan apa yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ oleh Mr. Thagarajoo, maka rakyat dapat membuat telahan siapakah yang cuba menggunakan ‘ilmu hitam’ atau ‘ilmu Setan’ terhadap Datuk Seri Abdullah Badawi. Mungkinkan orang itu terlalu rakus untuk menjawat jawatan perdana menteri.



Tahniah kepada pemimpin Pakatan Rakyat kerana pastinya mereka tidak terlibat dalam kerja-kerja khurafat dan syirik seperti itu. Sumber

Isnin, 23 Mei 2011

Selongkar Kembali: Dosa-Dosa Najib Semasa Menjadi Menteri Besar Pahang.

Dikatakan semasa jadi Menteri Besar Pahang beliau bersahabat baik dengan seorang ahli perniagaan muda dari Pekan sehingga boleh duduk sekereta resmi dan selalu berulang alik ke Singapura memburu perempuan. Ahli perniagaan ini sentiasa mendapat kawasan balak dan sentiasa mendapat maklumat di atas segala keputusan EXCO bersabit dengan perkara-perkara untuk mencari rezeki dari Kerajaan Negeri. Sekarang ini beliau telah kaya raya.

Apa betulkah atau hanya satu fitnah?

Dalam tahun-tahun 84-85 Datuk Najib juga dikatakan pernah dijumpai di Singapura di tempat-tempat yang sulit bersama-sama seorang Datuk (bekas orang kuat Promet) dengan artis-artis perempuan. Katanya membincangkan hal-hal pembangunan Wilayah Janda Baik, Bentong. Dari laporan yang dipercayai satu raket korupsi di belakang pembangunan Wilayah Janda Baik, Bentong telah berlaku. Cuba siasat siapakah orang-orang yang banyak memiliki tanah-tanah di Janda Baik.

Kononnya beliau juga dikatakan dalam tahun-tahun 84-85 telah mengadakan banyak perhubungan sulit (seks) dengan seorang kerabat di-Raja salah sebuah negeri di Semenanjung. Datuk Najib dikatakan pernah pergi ke rumah Tengku itu pada waktu malam di hantar oleh salah seorang bekas Setiausaha Sulit-nya yang di bawa dari Kuala Lumpur. Perkara ini bukan rahsia lagi bagi penduduk Kuantan, tidak dihebohkan kerana melibatkan keluarga di-Raja. Kononnya cerita ini diceritakan sendiri oleh orang istana yang paling hampir dengan Tengku itu. Jika ini betul ia tidak patut berlaku atau dilakukan oleh seorang pemimpin yang menjadi ketua pemerintah negeri dan melibatkan pula kerabat di-Raja. Inilah dikatakan orang “harapkan pagar, pagar makan padi”. Apa dihairankan, kebuasan nafsu Najib memang amat diketahui sejak belum menjadi Menteri Besar lagi. Hubungan sulit dengan perempuan-perempuan dari segala bangsa dan artis-artis tempatan adalah cakapan harian orang di Kuala Lumpur.

Dikatakan orang juga, amalan rasuah sangat hebat berlaku semasa Encik Hamid menjadi P.A. Datuk Najib. Semasa Encik Hamid berhenti, satu sijil fixed deposit sebanyak $500,000.00 telah dijumpai oleh isteri Encik Hamid (yang sekarang sudah di cerai). Fixed deposit itu dijumpai dalam beg James-Bond kepunyaan Encik Hamid. Ini kalau kita fikir adakah wang Encik Hamid atau wang Datuk Najib. Encik Hamid pernah berkata, Datuk Najib tak pernah menukar ceknya untuk berbelanja di rumah atau lain-lainnya, kerana cash (wang tunai) banyak terlonggok di rumahnya.

Encik Hamid pernah berkata yang hal dan rahsia Datuk Najib semua dalam poketnya. Ini mungkin fitnah orang yang iri hati pada Encik Hamid kerana dia sangat dipercayai oleh Najib. Sabarlah…

Datuk Najib sentiasa menggunakan ketua-ketua pejabat dan agensi-agensi Kerajaan (berkanun) untuk mendapatkan wang. Alasan kononnya untuk political fund, seperti LKNP, LKPP, ASPA dan Syarikat Permodalan Pahang. Kegiatan-kegiatan agensi tersebut perlu di siasat, terutama LKPP atas hal jual-beli ladang dan kilang-kilang. Bekas Pengurus Besar Syarikat Permodalan Pahang, yang sebelum itu hanya seorang guru biasa lulusan maktab, rumahnya macam istana, selalu berulang-alik ke Jakarta dan luar negeri bersama seorang pembantu wanitanya, kononnya isteri orang. Hubungan mereka berdua dikatakan sangat rapat. Kerja-kerja beliau dikatakan sentiasa mendapat restu dari Datuk Najib. Maklumlah mereka berdua ni dalam perahu yang sama. Apa sudah jadi dengan syarikat itu sekarang? Beratus juta duit rakyat Pahang lesap. Syarikat terpaksa di tutup kerana bengkrap. Bossnya senang lenang. Najib patut bertanggungjawab.

Kononnya di Kuala Lumpur sentiasa mengadakan parti-parti sulit, mabuk dengan artis-artis perempuan yang selalu ada bersama bos Promet itu dan yang ada hubungan perniagaan rapat dengan seorang peniaga Cina bersama Andrew Leong dari Syarikat Johan Holding.

Datuk Najib juga dikatakan kononnya telah bersekedudukan dengan seorang yang berasal dari Kementerian Kewangan yang mana ada hubungan dengan kontrak pembelian komputer yang berharga di antara RM3-4 juta semasa beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai Timbalan Menteri.
Encik Hamid bekas P.A.nya itu adalah salah seorang orang suruhan Datuk Najib untuk mengutip wang-wang korupsi di sana sini, maka itulah Datuk Najib membawa Hamid dari Kementerian Kewangan yang berasal dari seorang kerani sahaja ke Kuantan. Encik Hamid dikatakan banyak menyimpan rahsia Datuk Najib dan tahu banyak tentang projek-projek yang Najib ada berkepentingan.

Selongkar Kembali: Kes Liwat DSAI, Bagaimana Saksi Utama Di Katakan Benar..!!



Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohd. Saiful Bukhari Azlan – 
 
3 Feb 2010
Mahkamah Tinggi di sini yang memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, digemparkan dengan dakwaan mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diajak oleh ketua pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful, 24 yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Anwar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan pada perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.

Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.
Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?


Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f- you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata “what” (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yusof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri. Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.

Permohonan itu dibenarkan oleh hakim untuk perbicaraan yang bersambung esok.

Sebelum itu, Mohd Saiful, 25, berkata beliau pergi ke kondominium tersebut dengan menaiki sebuah van dan tiba di hadapan pondok pengawal pada kira-kira pukul 2.15 petang dan hanya perlu menyebut perkataan “Mokhtar” sebelum dibenarkan masuk.

Mohd Saiful berkata beliau pernah pergi ke kondominium tersebut untuk bertemu Anwar di sebuah unit lain yang dimiliki rakan tertuduh bernama “Hasanuddin”.

“Untuk sampai ke unit bernombor 1152, saya terpaksa menaiki lif dan menggunakan intercom, dan setiap kali mendengar suara lelaki yang sama menjawab sebelum pintu unit itu dibuka,” jelas Mohd Saiful.

Beliau kata sebaik sahaja bilik itu dibuka, beliau melihat Anwar duduk di meja makan.

Mohd Saiful berkata beliau hanya bekerja dengan Anwar selama empat bulan iaitu pada awal Mac 2008 sehingga 28 Jun tahun yang sama dan berhenti sebagai pembantu peribadinya kerana tidak sanggup lagi diliwat oleh majikannya itu.

Mohd Saiful yang berkot biru gelap dan kemeja biru berkata beliau tidak memberikan surat peletakan jawatan kepada Anwar tetapi memberitahu mengenai perkara itu melalui e-mel yang dihantar menerusi blackberrynya kepada e-mel Anwar pada 27 Jun 2008.

Dalam e-mel itu, beliau memberitahu Anwar alasannya berhenti kerja kerana dua sebab iaitu beliau tidak berdisiplin ekoran selalu datang lambat ke pejabat dan kurang kelayakan.

Ditanya Mohamed Yusof mengapa beliau berhenti kerja Mohd Saiful berkata beliau tidak rela lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan.

Bagaimanapun apabila ditanya kali kedua kenapa beliau berhenti kerja, katanya beliau tidak sanggup lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan itu.

Mohd Saiful berkata disebabkan beliau mula bekerja seminggu sebelum pilihan raya umum ke-12, beliau ditugaskan sebagai sukarelawan iaitu mengatur jadual perjalanan pilihan raya dan program pilihan raya bagi Anwar.

Setelah dua bulan bekerja, iaitu pada April beliau dilantik sebagai pembantu peribadi tetapi tiada surat pelantikan diberikan kepadanya.

Selaku pembantu peribadi, Mohd Saiful berkata beliau mempunyai empat tugas iaitu mengatur pertemuan sulit Anwar untuk berkomunikasi dengan ejen anggota-anggota Parlimen yang ingin lompat parti, membantu Ibrahim Yaakub iaitu pembantu khas Anwar bagi mengatur jadual Anwar, membuat filing dokumen sulit Anwar seperti penyata bank dan mengawal selia telefon bimbit peribadi Anwar pada setiap pagi seperti memeriksa khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon itu.

Mohd Saiful berkata beliau dibayar gaji secara rasmi sebanyak RM1,000 sebulan dan diberikan elaun USD$1,000 dan HKD$10,000, bergantung pada lawatan yang diikutinya.

Ketika ditanya Mohamed Yusof mengenai tahap pendidikannya, Mohd Saiful berkata pada tahun 2003 beliau telah mengikuti kursus Landasan Kejuruteraan Kuasa Elektrik di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), kemudiannya ditawarkan mengikuti kursus yang sama pada peringkat ijazah.

Bagaimanapun beliau tidak menamatkan pengajiannya kerana gagal dalam peperiksaan.

“Keputusan saya sangat teruk. Saya malu dan tertekan dan bertindak tamatkan pengajian,” katanya.
Mohd Saiful juga diminta Mohamed Yusof membaca dalam hatinya laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2006, dua hari selepas kejadian, mengenai kes liwat itu.

Ketika Mohamed Yusof mengemukakan soalan, siapa yang membawa beliau ke balai polis Jalan Travers untuk membuat laporan, Karpal Singh memohon mahkamah untuk membatalkan perkataan “kejadian kali terakhir” di barisan tiga dalam laporan polis itu. Karpal berkata perkataan-perkataan “kejadian kali terakhir” memberi maksud adanya kejadian-kejadian lain sebelum 26 Jun 2008.

Mohamed Yusof berkata laporan polis itu ditulis berdasarkan apa yang diberitahu oleh pengadu dan pihak pendakwaan tidak boleh menghalang laporan tersebut dibuat.

Mohamed Yusof berkata walaupun ayat itu ada tertera dalam laporan polis tersebut, pihak pendakwaan akan hanya menjuruskan kes berkenaan mengikut kertas pertuduhan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Karpal Singh untuk membatalkan perkataan itu kerana ia akan membawa maksud adanya kejadian lain sebelum itu.

Dalam ucapan pembukaannya, Mohd Yusof berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Anwar.

Mohamed Yusof dibantu oleh tujuh timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latiff, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azmad.

Selain Karpal Singh, Anwar juga diwakili peguam Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabakharan, Ram Karpal Singh Deo, S. N. Nair, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando.

5 Feb 2010
Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga hari ini dengan pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini.

Prosiding bermula pada 9.51 pagi dengan Mohd. Saiful memberi keterangan mengenai sampel-sampel yang diambil daripada badannya.

Mohd. Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

22 Mac
Seorang ahli Bebas hari ini mencadangkan di Dewan Rakyat supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk bagi menyiasat tindak tanduk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa mengancam keselamatan negara atau membuka kertas putih berhubung perkara itu.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, langkah itu perlu diambil oleh kerajaan bagi memperbetulkan persepsi rakyat terhadap Anwar.

Katanya, rakyat terutama orang kampung terpedaya apabila perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar sebagai tertuduh dijaja di seluruh negara.

“Jadi, sudah cukuplah kalau kita kumpulkan tindak-tanduknya seperti yang didedah oleh Ahli Parlimen Bayan Baru mengenai Peristiwa 16 September, nama Agong, nama Ketua Turus Tentera diseret, kemudian cerita Apco yang menjadi heboh pagi ini yang didedah penafiannya oleh Ahli Parlimen Rembau.

“Kemudian kaset yang mempergunakan tokoh agama iaitu Yusuf al-Qaradawi dan surat serta risalah yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen Machang,” katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ibrahim berkata, tidak ada siapa yang melebihi undang-undang di negara ini, malah Malaysia mempunyai Mahkamah Khas untuk membicarakan kes yang membabitkan Raja-Raja Melayu.

“Orang lain boleh didakwa di mahkamah, orang ini tak boleh sebab kononnya dia tak bersalah…ini adalah hari yang amat mengaibkan.

“Sebab itu saya katakan wajar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja atau menjalankan inkues untuk menyiasat ataupun membuka kertas putih supaya kita dapat betulkan persepsi rakyat ini, betulkan fikiran rakyat ini, kononnya ketua pembangkang ini adalah satu tokoh yang cukup bersih, hebat dan dia sajalah yang dapat menyelamatkan negara Malaysia ini, orang lain tak layak jadi Perdana Menteri.

“Dan selagi mana dia tak dapat jadi Perdana Menteri, selagi itulah ianya menghantui rakyat Malaysia dan selagi itulah isu ini akan terus berlaku, dan saya tidak tahu bagaimanakah perjalanan mahkamah pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan berada dalam keadaan serba-salah untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

“Mengambil tindakan dikatakan zalim, tak ambil tindakan, ini yang jadi. Jadi yang pentingnya macam mana nak betulkan persepsi atau pandangan rakyat mengenai perangai dan tindak-tanduk ketua pembangkang ini.

“Saya bandingkan dengan kes Datuk Harun (Idris) dulu, kes Datuk Mokhtar (Hashim) serta banyak lagi pemimpin lain yang dihadapkan ke mahkamah, tetapi mereka melalui proses mahkamah dengan penuh tenang sebab kita kena percaya suatu hari nanti, Allah akan buktikan siapa yang benar dan tidak benar,” katanya.

Selama ini, beliau berkata pihak pembangkang terutamanya beria-ia mahu melihat sistem kehakiman negara berjalan dengan baik tanpa diganggu gugat, telus dan dihormati oleh semua pihak sehingga Jawatankuasa Pelantikan Hakim dibentuk.

Beliau juga meminta kerajaan menyiasat pengedaran sejuta risalah serta surat yang turut dilampirkan laporan perubatan yang mendakwa Anwar tidak bersalah dan dianiayai dalam kes liwat yang membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, terdapat kaset atau cakera padat yang mengandungi fatwa Yusuf al-Qaradawi yang dibuat di kediaman tokoh agama itu di Qatar yang mahu Saiful dirujuk di bawah qazaf mengikut Undang-undang Syariah kerana gagal mengemukakan empat saksi dalam pertuduhan liwat terhadap Anwar.

Ibrahim mencadangkan kerajaan mengambil langkah mempertemukan Saiful dengan Yusuf bagi membolehkan ulama terkenal itu mendapatkan gambaran sebenar mengenai kes itu.

Katanya, tindakan Anwar turut menyaksikan campur tangan 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak tuduhan liwat terhadap Anwar digugurkan.

Ibrahim berkata, beliau telah mengutus surat kepada Ahli Parlimen Australia Micheal Danby yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Negara bagi membantah campur tangan itu.

“Mengikut apa yang saya dapat dari laman web, Micheal Danby adalah daripada bangsa Yahudi dan penyokong kuat Israel serta pejuang hak asasi golongan gay dan lesbian. Ini maklumat yang mungkin rakyat Malaysia terutama orang kampung tak tahu,” katanya.

16 April
Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan tuduhan liwat terhadapnya akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 Mei depan.

Peguam bela Anwar, S N Nair memberitahu pemberita bahawa beliau dimaklumkan mengenai tarikh itu oleh Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini melalui faks.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuannya di peringkat Mahkamah Rayuan yang pada 17 Februari memutuskan bahawa Anwar gagal untuk membuktikan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap beliau adalah bersifat menindas bagi membolehkan tuduhan itu dibatalkan.

Anwar, 63, mahu agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat berdasarkan penemuan laporan perubatan oleh tiga doktor bahawa “tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum”.

Beliau gagal dalam usahanya agar tuduhan itu dibatalkan di Mahkamah Tinggi yang telah menolak permohonannya pada 1 Disember tahun lalu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.

Anwar menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Pembelaan dijadual memeriksa balas Mohd Saiful apabila perbicaraan bersambung pada 10 Mei.

10 Mei
Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa laporan polis yang dibuatnya menyatakan beliau diperlakukan demikian tanpa kerelaan.

Mohd Saiful, 25, yang memakai kot hitam dan berkemeja biru, berkata demikian apabila ditanya oleh peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan dalam pemeriksaan balas ketika kes itu disambung semula hari ini di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Kemudiannya, Mohd Saiful diminta oleh Karpal membaca laporan polis yang dibuatnya.

Laporan itu antaranya berbunyi : “Saya Mohd Saiful ingin melaporkan saya diliwat oleh majikan saya. Kejadian ini tanpa kerelaan saya…Oleh itu laporan ini dibuat dengan tujuan untuk mendapat keadilan dan pembelaan atas diri saya bagi tujuan keselamatan jika perkara ini tersebar luas.”

Terdahulu, selepas Mohd Saiful mengangkat sumpah dalam kandang saksi, Karpal Singh mengingatkan beliau supaya bercakap benar di mahkamah kerana menjadi kewajipan besar baginya sebagai saksi untuk bercakap benar.

Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, di sebuah apartmen di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa seorang anggota polis iaitu Asisten Komisioner Mohd Rodwan Yusof, berjumpa dengannya di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 8 malam 24 Jun 2008.

Karpal: Untuk tujuan apa ACP Rodwan berjumpa kamu?

Mohd Saiful: Pada masa itu ACP Rodwan ada telefon saya. Beliau kata nak jumpa. Pada masa itu saya tidak tahu tujuan apa. Masa jumpa dia tanya saya apa masalah yang saya hadapi.

Karpal: Jumpa ACP Rodwan lepas jumpa (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)?

Mohd Saiful: Ya.

Karpal: Ada sesiapa arahkan ACP Rodwan jumpa anda?

Mohd Saiful: Tidak tahu.

Karpal: Macam mana dia tahu nombor telefon anda?

Mohd Saiful: Tidak pasti

Karpal: Apa berlaku lepas berjumpa?

Mohd Saiful: Saya ceritakan kepada dia yang saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

Karpal: Ada kenyataan anda kata, anda diliwat tanpa kerelaan?

Mohd Saiful: Ya, dalam laporan polis saya.

Karpal juga bertanya Mohd Saiful dengan siapa beliau berjumpa sebelum mendapatkan rawatan dan mengapa beliau mengambil selama dua hari sebelum membuat laporan polis berhubung dakwaannya diliwat.

Mohd Saiful berkata, beliau berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun 2008 bagi mengadu masalahnya kepada Najib.

Mohd Saiful berkata, beliau berjumpa dengan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri di rumah Najib di Taman Duta di sini dan selepas itu beliau tidak berjumpa lagi dengan Najib.

Mohd Saiful berkata, beliau hanya berjumpa Najib, dan tidak pernah berjumpa dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketika ditanya Karpal mengenai pemeriksaannya di Hospital Pusrawi pada 28 Jun, iaitu selepas dua hari beliau didakwa diliwat oleh Anwar, Mohd Saiful berkata, bahawa beliau memberitahu Dr Mohd Osman Abdul Hamid yang beliau sakit di bahagian dubur dan juga mengalami sakit perut.

Mohd Saiful berkata, sebelum pemeriksaan dibuat oleh Dr Mohd Osman, beliau memberitahu yang beliau sakit perut tetapi semasa pemeriksaan dijalankan beliau berterus terang dengan doktor itu bahawa beliau diliwat.

Ketika diminta penjelasan mengenai laporan perubatan oleh Dr Mohd Osman yang antaranya menyebut bahawa “pesakit mendakwa dicederakan dengan plastik di bahagian dubur”, Mohd Saiful berkata, beliau tidak faham tulisan doktor itu.

Karpal: Adakah apa yang ditulis ini benar?

Mohd Saiful: Saya tidak pernah buat aduan seperti ini kepada doktor itu.

Karpal: Adakah anda tahu doktor itu akan beri keterangan di mahkamah?

Mohd Saiful: Ya tahu.

Karpal: Mengapa doktor itu tulis macam itu.

Mohd Saiful: Saya tidak pasti.

Karpal: Adakah doktor itu bohong?

Mohd Saiful : Ya bohong. Tidak benar.

Mohd Saiful kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa selepas berjumpa dengan Dr Osman, beliau diarah oleh doktor itu untuk membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Mohd Saiful berkata, beliau pergi ke HKL dengan bapa saudaranya yang dipanggilnya Uncle Tuah pada 3 petang sehingga 12 tengah malam.

Di HKL, katanya, seorang doktor bernama Dr Daniel memintanya pergi ke wad One Stop Crisis Centre (OSCC) dan semasa berjumpa Dr Daniel beliau berterus terang yang beliau diliwat.

Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diperiksa oleh tiga orang doktor termasuk Dr Daniel.

Beliau juga diminta membaca laporan perubatan oleh ketiga-tiga doktor itu.

Karpal juga meminta Mohd Saiful menjelaskan mengenai kandungan laporan perubatan itu antaranya “tiada tanda cedera di dubur” yang mana Mohd Saiful menjawab beliau tidak dapat melihat duburnya sendiri.

Karpal: Apa pendirian kamu dengan laporan perubatan ketiga-tiga doktor iaitu iaitu “tidak ada apa-apa yang tidak kena dengan dubur awak.”

Mohd Saiful: Saya tidak tahu. Saya tidak dapat nampak dubur saya.

Ketika ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan mencelah, dan berkata, Karpal sepatutnya menunjukkan soalan itu kepada doktor berkenaan.

Hakim Mohamad Zabidin bersetuju dengan Mohamed Yusof, dengan berkata, bahawa sudah tentunya Mohd Saiful tidak dapat melihat dubur sendiri, dan ini menyebabkan mereka yang hadir di mahkamah ketawa.

Mohd Saiful juga menyampuk sambil menjawab “Semasa diliwat saya guna pelincir.”

Pada pemeriksaan balas itu juga, Karpal meminta penjelasan Mohd Saiful sama ada beliau adalah seorang Islam yang baik, dan Mohd Saiful berkata, beliau cuba untuk menjadi seorang Islam yang baik.

Mohd Saiful berkata, ketika bekerja dengan Anwar, beliau jarang bersembahyang tetapi mulai insaf selepas membuat laporan polis berhubung kejadian liwat itu.

Katanya, beliau tidak sembahyang selepas kejadian liwat.

Karpal: Kenapa anda tidak sembahyang hari itu (26 Jun 2008)?

Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah diliwat.

Karpal: Ada sembahyang pada 27 Jun?

Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat.

Karpal: Ada mandi sebelum sembahyang?

Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis.

Karpal: Bila sembahyang, mesti cuci betul-betul? Betul mandi junub diwajibkan?
Mohd Saiful :Ya.

Karpal: Jadi sembahyang anda pada 27 Jun 2008, adalah tidak sah?

Mohd Saiful: Ya.

Karpal: Jadi anda bukan seorang Islam yang baik.

Pada ketika itu, Mohamed Yusof membantah. Hakim Mohamad Zabidin kemudiannya berkata, pihak pembelaan tidak boleh membantah sekiranya pihak pendakwaan membuat serangan peribadi terhadap Anwar, di mana Karpal menjawab, beliau tidak mempunyai bantahan terhadap perkara itu.

Perbicaraan disambung esok bagi mendengar kedua-dua pihak berhujah mengenai permohonan Karpal untuk mendapat salinan keterangan saksi yang diambil oleh polis.

11 Mei
Selepas dua bulan ditangguhkan, perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung semalam dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mengaku pernah beberapa kali diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebelum kejadian pada 26 Jun 2008.

Mohd Saiful membuat pengakuan itu ketika menjawab soalan balas peguam Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi di sini berhubung perjumpaannya dengan seorang pegawai polis, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Rodwan Yusof selepas beliau menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) pada 24 Jun 2008.

Dalam pertemuan dengan Mohd Rodwan di Hotel Melia di Jalan Imbi pada jam 8 malam itu, Mohd Saiful menceritakan bahawa beliau pernah diliwat Anwar beberapa kali.

Disoal Karpal, Mohd Saiful berkata, beliau tidak pernah mengenali Mohd Rodwan sebelum itu dan mengaku menemuinya selepas berjumpa dengan Najib.

Karpal: Jadi apa yang diceritakan kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu (Najib) adalah apa yang berlaku sebelum kejadian 26 Jun 2008 (kejadian Saiful mendakwa diliwat Anwar)?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Saiful juga berkata, beliau tidak tahu jika ada sesiapa yang mengarahkan Mohd Rodwan menemuinya dan tidak pasti daripada mana pegawai polis itu mendapat nombor telefonnya.

“Pada masa itu dia (Mohd Rodwan) telefon saya, beliau cakap hendak bertemu saya. Ketika bertemu dengannya, dia menyatakan hendak tahu apa masalah yang saya sedang hadapi,” katanya.

Terdahulu, Mohd Saiful berkata, beliau berjumpa dengan Najib di kediamannya di Taman Duta di sini pada 24 Jun 2008 bagi mengadu masalahnya dan selepas itu tidak pernah lagi menemui Perdana Menteri.

Katanya, beliau hanya berjumpa Najib dan tidak pernah berjumpa dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mohd Saiful berkata, dalam laporan polis dibuatnya pada 28 Jun 2008, beliau menyatakan kejadian liwat pada 26 Jun (dua hari sebelum laporan polis dibuat) dilakukan tanpa kerelaannya.

Dalam prosiding itu, Mohd Saiful turut diasak dengan beberapa soalan termasuk sama ada beliau mandi junub dan menunaikan solat pada hari kejadian liwat 26 Jun 2008.

Mohd Saiful mengaku beliau langsung tidak solat pada hari kejadian itu kerana diliwat dan kurang bersolat ketika bekerja dengan Anwar tetapi selepas membuat laporan polis, beliau kembali insaf serta menunaikan solat lima waktu.

Disoal Karpal berhubung mandi junub (wajib), Mohd Saiful berkata, beliau mandi sedikit saja dan tidak mencuci di bahagian dubur.

“Saya dalam keadaan darurat ketika itu kerana jika saya mandi…,” katanya tanpa sempat menghabiskan penjelasannya kerana dicelah Karpal dengan soalan lain.

Menjawab soalan Karpal, Mohd Saiful juga mengakui tidak mandi junub pada 27 Jun 2008 dan pada hari beliau ke Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) serta Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat pemeriksaan pada 28 Jun 2008.

Disoal berhubung pemeriksaannya di Pusrawi pada jam 2 petang, 28 Jun 2008, Mohd Saiful berkata beliau memaklumkan doktor yang memeriksanya, Dr Mohd Osman Abdul Hamid, bahawa beliau sakit di bahagian dubur dan perut.

“Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut. Ketika dia periksa, saya berterus terang dengan cakap saya diliwat,” katanya.

Diminta menjelaskan mengenai laporan Dr Mohd Osman yang menyatakan pesakit mendakwa dicederakan dengan plastik di bahagian dubur, Mohd Saiful berkata:

“Saya tidak pernah berkata demikian, saya tidak pasti mengapa ini ditulis, tetapi ia adalah bohong dan tidak benar.”

Mohd Saiful berkata, Dr Osman kemudian menyarankan beliau membuat pemeriksaan di HKL dan beliau berada di hospital itu antara jam 3 petang hingga 12 malam.

“Dr Daniel mengarahkan saya ke wad One Stop Crisis Centre (OSCC) dan ketika berjumpanya, saya berterus-terang yang saya diliwat. Saya diperiksa secara rapi oleh tiga doktor lelaki,” katanya.

Diminta menjelaskan laporan perubatan yang menyatakan tiada kecederaan dikesan di duburnya, Mohd Saiful berkata, beliau tidak tahu kerana tidak dapat melihat duburnya sendiri.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan bagaimanapun mencelah dengan menyatakan Karpal sepatutnya mengajukan soalan itu kepada doktor yang memeriksa Mohd Saiful.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Zabidin yang bersetuju dengan Mohamed Yusof, berkata sudah tentunya Mohd Saiful tidak dapat melihat dubur sendiri dan ini menyebabkan mereka yang hadir di mahkamah ketawa.

Mohd Saiful turut berkata: “Semasa diliwat saya guna pelincir”.

Perbicaraan itu yang sepatutnya disambung pada sebelah petang, bagaimanapun ditangguhkan hari ini selepas Karpal memohon masa untuk menyiapkan hujah bagi mendapatkan semua keterangan bersumpah Mohd Saiful, yang diberikan kepada dua polis di wad HKL pada 28 Jun 2008.

12 Mei
Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diasak soalan oleh peguam Karpal Singh, memberitahu mahkamah semalam beliau tetap dengan pendirian kejadian beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dua tahun lalu, adalah tanpa kerelaannya.

Mohd Saiful, 25, yang tenang menjawab soalan balas Karpal itu berkata, pendiriannya itu ada dicatatkan melalui beberapa rakaman percakapan yang diberikan kepada pihak polis.

Ditanya Karpal sama ada beliau pernah memberikan kenyataan sama di luar mahkamah, Mohd Saiful menjawab, “Saya tidak pasti tetapi semua orang tahu.”

Karpal: Adakah kamu tahu tarikh ia (keterangan) itu direkodkan?

Mohd Saiful: Pada 29 Jun 2008 adalah yang pertama. Selepas itu saya tidak pasti kerana banyak kali.

Karpal: Semalam kamu kata ia berlaku tanpa kerelaan?

Mohd Saiful: Ya.

Karpal: Ada direkodkan di sini (dalam laporan polis)?

Mohd Saiful: Ada.

Karpal: Adakah kamu tetap dengan pendirian semalam (kelmarin) ia tanpa kerelaan?
Mohd Saiful: Semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) adalah sama.

Pada peringkat itu Karpal memberitahu mahkamah pihak pembelaan memohon mendapatkan semua rakaman percakapan Mohd Saiful untuk meneliti pendiriannya sama ada dakwaan dirinya diliwat adalah tanpa kerelaan atau sebaliknya.

Katanya, ada percanggahan yang besar antara rakaman percakapan saksi, laporan polis dan keterangannya di mahkamah dengan tuduhan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dihadapi anak guamnya.

Beliau berkata, Seksyen 377B berhubung kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii dilakukan dengan rela, manakala Seksyen 377C membabitkan kesalahan sama dilakukan ke atas seseorang tanpa kerelaannya.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin memberitahu mahkamah mengikut Seksyen 155 Akta Keterangan 1950, kewibawaan saksi hanya boleh dicabar jika ada keterangan saksi itu tidak boleh dipercayai, saksi disogok atau menerima rasuah dan keterangan saksi tidak konsisten.

Katanya, percanggahan dibangkitkan Karpal satu perkara baru kerana Seksyen 145 Akta Keterangan mengenai keterangan saksi terdahulu yang tidak konsisten dengan keterangannya di mahkamah dan bukannya bercanggah dengan pertuduhan.

Katanya, fungsi Peguam Negara dalam mengemukakan tuduhan dan keterangan seseorang pengadu perlu dibezakan dan pendakwaan seseorang tertuduh mengikut mana-mana seksyen di bawah bidang kuasa beliau yang tidak boleh dipersoalkan.

“Tidak ada perbezaan antara Seksyen 377B dan Seksyen 377C, ia satu kesalahan, sama ada secara sukarela atau tidak. Ia tidak memperuntukkan kesalahan yang berbeza cuma membabitkan hukuman lebih berat jika dilakukan tanpa kerelaan.

“Saya tegaskan tiada asas bagi mahkamah meneliti permohonan pihak pembelaan dan untuk mempercayai ada percanggahan seperti didakwa dan seterusnya mengarahkan dokumen berkenaan dibekalkan kepada mereka,” katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan hari ini untuk memberikan keputusan kerana beliau memerlukan masa untuk berbuat demikian.

13 Mei
Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Mohd Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pagi hari tersebut, sebelum kejadian,beliau mandi sepenuhnya. Mohd Saiful berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Karpal Singh yang mewakili Anwar dan juga mendakwa, beliau pernah diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengenepikan permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan beliau berhubung penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata keputusan beliau mengenepikan permohonan bagi mendapatkan kenyataan saksi itu semalam bersifat prosedur dan ia tidak boleh dibuat rayuan.

Katanya selain itu pihak pembelaan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas bagi membolehkan penangguhan diberikan. Karpal Singh juga memohon mahkamah supaya pemeriksaan balas seterusnya pada sebelah petang diadakan secara tertutup.

Keterangan Mohd Saiful pada hari keempat beliau diperiksa balas oleh Karpal itu menarik perhatian ramai termasuk Karpal Singh sambil berkata ” Ooo.. mahu simpan bukti”.

Karpal : Pada 26 Jun 2008, anda tidak mandi langsung?

Mohd Saiful: Pada pagi 26 Jun itu, saya mandi sepenuhnya. Selepas kejadian saya tidak mandi tetapi hanya bilas sahaja.

Karpal: Anus, anda tidak cuci?

Mohd Saiful: Tidak. Mahu simpan bukti.

Kepada soalan Karpal Singh mengapa beliau tidak membuat terus laporan polis pada hari kejadian kerana bukti itu masih baru, Mohd Saiful berkata beliau memang ada peluang berbuat demikian.

Mohd Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau juga mempunyai peluang untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya, pada 27 Jun, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana ingin mendapatKAN nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

Karpal: Nasihat daripada siapa?

Mohd Saiful: Pakcik saya Tuah (Tuah Mohamad Alip), Mumtaz (Datuk Mumtaz Jaafar), rakan saya Rahimi (Rahimi Osman), saudara Ezam (Mohamed Ezam Mohd Noor) dan guru agama.

Merujuk pada laporan di laman web Malaysiakini bertarikh 15 Ogos, 2008, Karpal meminta Mohd Saiful mengesahkan bahawa laporan yang dibuatnya kepada wartawan laman web itu sama ada wujud kesilapan di dalamnya.

Mohd Saiful diminta supaya membaca laporan dengan perlahan. 

Selepas membaca beliau berkata beliau tidak dapat mengesahkan seratus peratus sama ada terdapat kesilapan di situ.

Bagaimanapun, Mohd Saiful ada mengakui terdapat kesilapan pada mukasurat ketiga di laporan itu iaitu pada ayat “pertama kali diliwat”.

Kepada soalan Karpal Singh, adakah beliau memmberitahu sedemikian kepada wartawan itu, beliau menjelaskan bahawa beliau tersilap mentafsir soalan wartawan berkenaan. Karpal Singh dengan nada yang keras mengingatkan Mohd Saiful supaya bercakap benar selepas beliau tidak dapat mengesahkan apa yang diberitahunya kepada wartawan laman web itu.

Ditanya adakah beliau memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa beliau diliwat Anwar bagi kali pertama dan tidak pernah sebelum itu, Mohd Saiful berkata beliau silap mentafsirkan pertanyaan wartwan itu.

Kepada persoalan lain, Mohd Saiful menafikan cadangan Karpal bahawa beliau berbohong di mahkamah kerana semasa beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri pada 24 Jun, 2008, di kediaman, Najib, beliau mengadu yang beliau diliwat.

Mohd Saiful dalam pemeriksaan balas pada hari Isnin lalu memberitahu mahkamah bahawa beliau berjumpa Najib kerana menceritakan masalahnya.

Mohd Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa semasa berjumpa dengan Najib pada 24 Jun 2008, beliau ada memberitahu Najib yang beliau diliwat.

Mengenai pertemuannya dengan seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 Senior Asisten Komisioner (SAC) I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka), Mohd Saiful berkata beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa pada Mac 2008, beliau merupakan penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional.

“Ya, saya memang penyokong kuat Umno tetapi telah mengundi Sivarasa (R.Sivarasa, Subang) di kawasan saya dan Elizabeth Wong,” jawab Mohd Saiful sambil diikuti gelak ketawa hadirin dalam mahkamah.

Karpal: Sokong BN, tapi undi Pakatan, itu bermakna anda seorang pengkhianat bukan, setuju?

Mohd Saiful: Tidak setuju.

Sebelum Karpal meneruskan soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah kerana apa relevannya soalan berkenaan serta soalan Karpal kepada Mohd Saiful adakah beliau daripada keluarga yang porak peranda.

Mohamed Yusof berkata saksi merupakan seorang yang muda dan soalan-soalan Karpal Singh tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Anwar.

Karpal menjawab soalan ini relevan kerana bagi menunjukkan wujudnya konspirasi politik terhadap anak guamnya yang didakwa dalam tuduhan meliwat Mohd Saiful, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. 

Mohd Saiful juga berkata pada 26 Jun 2008, beliau bertolak daripada pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Petaling Jaya, jam 1.30 tengah hari dan tiba ke kondominum, di tempat kejadian 2.45 petang. 

Menjawab soalan Karpal Singh mengapa beliau mengambil masa selama sejam lebih, walaupun pejabat PKR ke kondomimium itu jaraknya tidak jauh, Mohd Saiful berkata semasa beliau keluar dari pejabat PKR, ada sebuah motosikal mengekorinya.

“Semasa saya keluar, saya perasan ada sebuah motosikal ikut saya, saya cuba hilangkan diri,” katanya.

Beliau berkata semasa tiba ke kondominum itu, pintu tertutup tetapi tidak berkunci.

Mohd Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa semasa tiba di kondominum itu, Anwar berada di dalam bilik. Selepas itu, Karpal memohon prosiding dijalankan secara tertutup.

Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Karpal Singh, bagaimanapun dengan nada bergurau beliau berkata kebiasaannya dalam kes jenayah, pihak pendakwaan yang membuat permohonan seperti ini, tetapi hari ini sebaliknya.

Mohamad Zabidin juga mengingatkan orang ramai yang berada dalam galeri awam supaya supaya tidak berada di dalam mahkamah itu semasa prosiding bersambung secara tertutup 2.15 petang.

14 Mei
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan di sini untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya sehingga rayuan berhubung permohonannya supaya dibekalkan kenyataan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan, didengar dan dilupuskan.

Notis usul yang disertakan dengan afidavit peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh, bagi menyokong permohonan itu, difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan petang ini melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Anwar memfailkan rayuan pada 12 Mei lalu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada hari sama yang menolak permohonan ketua pembangkang itu supaya dibekalkan dengan kenyataan Mohd Saiful mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah yang telah direkodkan oleh polis.

Semalam, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat Anwar juga menolak permohonan Anwar supaya menangguhkan perbicaraan kesnya itu sementara menunggu rayuannya (Anwar) itu dilupuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Ketika ditemui pemberita, Karpal berkata beliau juga telah memfailkan sijil perakuan segera bagi memohon mahkamah mendengar permohonan Anwar secepat mungkin, iaitu sebelum 31 Mei, tarikh yang telah ditetapkan untuk perbicaraan kes liwatnya disambung.

Dalam afidavitnya itu, Karpal berkata perbicaraan itu perlu ditangguhkan sehingga rayuan itu diputuskan kerana Anwar mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kenyataan Mohd Saiful itu.

Karpal berkata, sekirannya Mahkamah Rayuan tidak memberikan perintah penangguhan perbicaraan kes liwat Anwar, keputusan yang akan diberikan oleh Mahkamah Tinggi akan menjadi sia-sia.

“Sekiranya Mahkamah Tinggi membenarkan supaya Anwar dibekalkan dengan semua kenyataan Mohd Saiful, ada kemungkinan besar bahawa kebolehpercayaan Mohd Saiful boleh dicabar dengan berkesan,” katanya.

Karpal berkata, sekiranya itu berlaku, ini bermakna keseluruhan keterangan Mohd Saiful akan terjejas dan tidak boleh diguna pakai dan keseluruhan kes pendakwaan akan terjejas mengakibatkan satu kes prima facie tidak dapat dibuktikan terhadap Anwar.

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

21 Mei
Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau sementara menungggu keputusan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang juga pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel hakim terdiri daripada Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim, memutuskan bahawa adalah tidak wajar bagi mereka meluluskan penangguhan itu sementara menunggu keputusan rayuan berkenaan.

Sulong berkata, keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat ketika berlangsungnya suatu perbicaraan dan tidak mengetepikan hak pihak terbabit.

“Sekiranya permohonan perayu kepada Mahkamah Rayuan diterima, saksi SP1 (Mohd Saiful) masih boleh dipanggil semula untuk disoal pada mana-mana peringkat perbicaraan sebelum penghakiman dibuat dan prosiding sewajarnya bagi mencabar keterangan saksi itu masih boleh diadakan,” katanya.

Hakim Zaharah menggantikan Hakim Mohamed Apandi Ali yang secara sukarela menarik diri daripada mendengar permohonan itu, selepas peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, membantah kehadiran beliau dengan alasan hakim itu mempunyai hubungan dengan Umno pada masa lampau.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Karpal Singh berkata beliau akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya menetapkan pendengaran rayuan itu sebelum 31 Mei.

Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Mei sebagai tarikh bagi menyambung semula perbicaraan kes itu.

Anwar mahu pihak pendakwaaan memberikan kepada beliau kenyataan saksi Mohd Saiful kerana mendakwa terdapat perkara yang tidak konsisten antara keterangan Mohd Saiful dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya.

Pihak pembelaan berhujah bahawa Mohd Saiful berkata perbuatan liwat yang didakwa berlaku itu dibuat tanpa kerelaannya tetapi Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan berkaitan hubungan seks secara rela.

Anwar mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan supaya menangguhkan perbicaraan kes itu selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk berbuat demikian pada 13 Mei.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Dalam hujahnya hari ini, Karpal Singh berkata perbicaraan itu akan menjadi sia-sia sekiranya Anwar berjaya dalam rayuannya dan permohonan bagi menangguhkan perbicaraan ini tidak diluluskan.

Hujah beliau bahawa keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan kenyataan tersebut boleh dirayu telah dibantah oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat itu.

Mohd Yusof berkata, keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat ketika berlangsungnya satu perbicaraan dan tidak boleh dirayu kerana ia adalah perintah muktamad.

27 Mei
Saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana niat jahat dalam membuat laporan polis bahawa beliau diliwat oleh ketua pembangkang itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 23 September ini.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, K Pavani, menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Jason Tay dan Zamri Idrus untuk Mohd Saiful.

Zamri memberitahu pemberita, bahawa peguam plaintif (Anwar) meminta mahkamah untuk tarikh lain bagi sebutan kes itu sementara menunggu perbicaraan jenayah Anwar mengenai pertuduhan liwat di Mahkamah Tinggi Jenayah.

Mahkamah Tinggi Jenayah telah menetapkan 31 Mei hingga 4 Jun untuk meneruskan perbicaraan liwat Anwar. Mahkamah juga menetapkan sebulan dari 2 hingga 30 Ogos untuk perbicaraan tersebut.

Anwar, 63, memfailkan saman itu terhadap Mohd Saiful, 25, pada 30 Jun 2008, yang mendakwa bahawa bekas pembantunya itu membuat laporan polis itu dengan motif jahat dan juga untuk menjejaskan peribadinya sebagai seorang ahli politik.

Dalam kenyataan tuntutannya, beliau berkata, Mohd Saiful, mengetahui bahawa pertuduhan liwat itu adalah palsu tetapi meneruskan dan membuat laporan polis pada 28 Jun 2008.

Beliau mendakwa bahawa, berikutan laporan polis itu, reputasi beliau telah terjejas dan beliau sangat sengsara dan malu. Mohd Saiful, dalam kenyataan pembelaannya pada Mei 2009, berkata laporan polis itu adalah wajar dan jika tidak benar, pendakwaan tidak akan mengenakan pertuduhan liwat terhadap Anwar.

16 Mei 2011
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

"Saya dapati PW1 (saksi pertama pihak pendakwaan, Mohd Saiful) adalah saksi benar dan mahkamah menerima keterangannya bagi membuktikan kes terhadap tertuduh (Anwar).

"Saya dapati menerusi keterangan oleh saksi-saksi, pihak pendakwaan telah mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh, oleh itu saya memerintahkan tertuduh membela diri," kata beliau.

Hakim berkata sekalipun Mohd Saiful terpaksa menghadapi pemeriksaan balas yang lama oleh pihak pembela hinggga hampir memalukan, di mana mereka mendakwa beliau bukan seorang Muslim yang baik, dari keluarga yang berpecah, saudara perempuannya melarikan diri mengikut kekasih, pembelot dan seorang penyokong BN.

"Dengan segala rasa hormat kepada pihak pembela, semua faktor ini tidak relevan dalam menentukan kebolehpercayaan PW1 (Mohd Saiful)," kata Zabidin ketika membaca penghakimannya itu.

Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Mohamad Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

Beliau kemudiannya menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.

Hakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lalu.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.

Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

16 Mei 2011
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah membuat pra-penghakiman terhadapnya dengan memerintahkannya membela diri.

anwar court trial 160511 anwar ibrahim gesturingSambil berkata beliau tidak terperanjat dengan keputusan tersebut dan terus mendakwa bahawa sejak dari awal lagi, kes terhadapnya merupakan satu penganiayaan politik, Anwar berkata hakim telah melangkau melebihi mempertimbangkan fakta-fakta sama ada terdapat kes prima facie terhadapnya.

Anwar berkata, beliau diperintah membela diri tanpa fakta berkaitan dipertimbangkan dan tidak menurut peruntukan undang-undang.

"Semua bahan-bahan tuduhan itu (dianggap) menjadi fakta, boleh diterima dan melampaui keraguan munasabah. Ia seolah-olah dia mahu menghukum, telah memutuskan sabitan," katanya.

Sambil menegaskan beliau telah mengarahkan pasukan peguambelanya supaya habis-habisan membuat pembelaan, Anwar berkata, beliau telah mengisytiharkan dirinya tidak bersalah. 
 
Katanya, ia kerana kes itu membabitkan konspirasi politik dan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang semuanya telah dinamakan.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata hakim dan pendakwa telah dimaklumkan mengenai permohonan pihak peguambela untuk memanggil ketiga-tiga mereka sebagai saksi.

NONESementara itu, pengadu itu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam satu tweet, berkata dia bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini.

"Syukur dengan keputusan pada hari ini. Diharap peringkat perbicaraan seterusnya berjalan dengan lancar. Akan terus doa, istiqamah dan bersabar," katanya dalam tweetnya.

"Kes pembelaan mulai pada 6-30 Jun. Mereka akan tampilkan saksi-saksi/alibi untuk melemahkan kes pendakwaan. Semoga berjalan dengan lancar," tulis Saiful

16 Mei 2011
Pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapatkan keterangan dari para saksi yang disenaraikan untuk perbicaraan Liwat II, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

NONEYang lainnya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kini telah menyertai Umno, Mohd Ezam Mohd Nor, dan bekas atlet Datuk Mumtaz Jaafar yang dikatakan teman rapat Rosmah.

Peguam Karpal Singh berkata proses mendapat keterangan para saksi tersebut akan diadakan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta “dan kemudiannya kami akan memutuskan sama ada akan memanggil mereka (memberi keterangan)”.

“Pendakwa mahu pasukan peguambela mendapatkan keterangan Najib di Pejabat Perdana Menteri (di Putrajaya) tetapi kami mahu tempat yang berkecuali, dan mencadangkan (kompleks mahkamah di Jalan Duta). Kami akan mendapatkan keterangan itu dalam beberapa hari ini,” katanya.

NONE“Terdapat 25 saksi yang telah kami senaraipendekkan daripada senarai itu diberi oleh pendakwa.”

Karpal berkata pihak pendakwa telah bersetuju untuk menyediakan sebuah bilik di kompleks mahkamah untuk merakam keterangan saksi.


Termasuk 'saksi alibi'

Seorang lagi peguambela, Sankara Nair berkata, senarai yang disenaraipendek itu termasuk 'saksi alibi yang berada di kondominium itu di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01Katanya, mereka akan mengambil keterangan para saksi dan kemudian memutuskan siapa yang akan dipanggil," kata Sankara (kanan).

Pendakwa telah menyenaraikan 73 saksi di mana 26 daripadanya telah memberi keterangan di mahkamah, termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Anwar membela diri, selepas mendapati ada kes prima facie.

Perbicaraan kes tersebut akan disambung dari 6-30 Jun.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...