Translate

Mesti Baca

Sabtu, 21 Mei 2011

Selongkar Kembali: Najib Kena Belasah Depan Belakang.

Selepas Najib dibelasah cukup-cukup dengan pelbagai isu, kini Rosmah pula yang dijadikan sasaran.

Bukan sekadar tuduhan rasuah dan kaitannya dengan kes Altantuya tetapi Datin Seri Rosmah Mansor ini ‘ditelanjangkan’ sepuas-puasnya peribadinya untuk memperkecil dan menjejaskan imej Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dengan kata lain, isu Rosmah kini semakin geger dan menjadi isu nasional kalaupun tidak antarabangsa.

Saya turut terbaca dalam satu tulisan oleh Bekas Budak Tingkat 37 PWTC pada blog http://ohsedapnya.blogspot.com bertajuk “PAK LAH TERPAKSA & DIPAKSA” ada menyebut;

“Ketika bermesyuarat dengan Dr Mahathir sekitar 1999 yang turut disertai Tun Daim Zainuddin, apabila nama Najib diajukan, Dr Mahathir berkata “kalau beri pada Najib, Rosmah yang memerintah!”

Apa pun ikuti dua rencana berikut bagaimana Rosmah digambarkan sebagai wanita ‘hodoh’ yang akan menjadi Wanita No.1 Negara.

1. Menjejaki Diari Rosmah,
Yang Bakal Ditabalkan Wanita Nombor Satu Negara !
( pahangdaily (17 Oktober 2008)

Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar "Bapa Pembangunan", maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara.

Biarpun pedih di hati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda "peralihan kuasa" Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru. Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingi Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib.

Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu "boros berbelanja", bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau "queen control". Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.

Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat Rosmah sentiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah.

Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.

Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal). Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.

Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.

Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti".

Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".

Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?.

Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.
Terkadang kita naik hairan dan pening melihat kelibat Rosmah yang senantiasa disisi Najib. Beliau seolah-olah takut najib akan meninggalkannya atau melakukan sesuatu yang akan menggagalkan hasratnya itu.

Sama-samalah kita berdoa agar Rosmah akan diberikan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali dirinya sebelum beliau menjaga perasaan rakyat. Bagaimana harus Najib dan Rosmah menjadi "nombor satu" sedangkan dalam masa yang sama rakyat diseluruh pelusuk negara baik di kampung, di bandar dan di desa mula sangsi akan penglibatannya dalam kes-kes berkenaan. Beliau tidak mahu ke mahkamah, hanya ahli parlimen BN sahaja yang mempertahankan bahawa Najib sudah mengaku tidak bersalah maka kenapa lagi mahu dituduh !. Punyalah bangangnya ahli parlimen BN ini. Jika begitu Anwar pun kata dia tak bersalah, kenapa pula mahkamah mendakwanya? Bezanya rakyat tak percaya kes Anwar tetapi yakin dan percaya kes Najib  Sumber

Sah! Najib Razak Ejen Yahudi..... Ahli Kehormat Freemason Malaysia.

freemasonSatu ketika dahulu aku pernah terbaca satu tulisan yang menceritakan perihal wujudnya tokoh-tokoh Melayu yang menyertai gerakan freemason. Banyak nama yang disebutkan dan yang paling menarik perhatian aku ialah nama Najib Razak juga ada dalam senarai tersebut. freemasonG

Malah hal ini juga tidak dinafikan oleh beliau dan beliau pernah membuat pengakuan terbuka bahawa beliau adalah seorang ahli kehormat freemason Malaysia dari tahun 1980 hingga kini. Kalau tidak percaya, sila baca Manifesto Najib Razak di bawah:
Maklumat Peribadi ::
Nama :
Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Tarikh Lahir :
23 Julai 1953
Tempat Lahir :
Kuala Lipis, Pahang

Status Perkahwinan :
Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan)
1. Mohd. Nizar
2. Puteri Norliza
3. Mohd.. Nasifuddin
4. Nooriyana Najwa
5. Norashman Razak
Pendidikan :
1974 - B.A. (Hons) Industrial Economic - Nottingham University, United Kingdom
Portfolio :
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
Alamat Pejabat :
Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
No Telefon :
603-88881950
No Faks :
603-88880035







:: Kerjaya ::


2004
Timbalan Perdana Menteri

2008
Menteri Kewangan

1999 - 2008
Menteri Pertahanan

1995 - 1999
Menteri Pendidikan

1990 - 1995
Menteri Pertahanan

1987 - 1990
Menteri Belia dan Sukan

1986 - 1987
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan

1982 - 1986
Menteri Besar Pahang

1982 - 1986
Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang

1982 - 1986
Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan

1981 - 1982
Timbalan Menteri Kewangan

1980 - 1981
Timbalan Menteri Pendidikan

1978 - 1980
Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos

1974 - 1976
Eksekutif Petronas



:: Politik ::


Sept. 2004
Timbalan Presiden

1993 - Sept. 2004
Naib Presiden

1997
Pengerusi Biro Pendidikan

1988 - 1993
Ketua Pemuda

April 1987
Memangku Ketua Pemuda

1986
Pengerusi BN Negeri Pahang

1986 - 1987
Timbalan Ketua Pemuda

1983 - 1988
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang

1982 - 1983
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang

1982 - kini
Ketua UMNO kawasan Pekan, Pahang

1980 - 1982
Timbalan Ketua, UMNO kawasan Pekan, Pahang

1978 - 1986
Ahli EXCO Pemuda UMNO Pusat

1976 - 1980
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Pekan, Pahang



:: Sosial ::


1980 - kini
Ahli Kehormat FreeMason Malaysia

1995
Presiden SEAMEC

1988 - 1996
Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan

1982 - 1986
Pengerusi Pahang Foundation

1977 - 1979
Pengerusi Majuternak

1977 - 1979
Persatuan Belia Malaysia


Ahli Royal Sentul Golf Club


Ahli Royal Selangor Golf Club


Ahli Raintree Club


Ahli Royal Pahang Golf Club


Ahli Subang Golf Club


Ahli Saujana Resort (M) Bhd


Ahli Royal Darul Makmur Golf Club


Ahli Lake Club Club


Ahli Air Force Recreational Club



Saya telah diserang oleh musuh-musuh saya kononnya saya mengamalkan upacara agama Hindu. Semua bolehlah merujuk kepada Dato' Sri S Samy Vellu yang mana beliau boleh mengesahkan bahawa saya tidak pernah bersama-sama dengan beliau di sebarang majlis upacara agama Hindu. Saya sanggup bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya adalah seorang Muslim yang beriman denganNya.

Saya terus dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Saya sekali lagi ingin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya tidak pernah mengenali darihal Altantuya. Saya sanggup dihadapkan ke mana-mana mahkamah demi membersihkan semula nama saya yang cuba dicemari oleh mereka yang iri hati kepada pencapaian saya selama ini dalam membangunkan bangsa dan negara. Saya ingin menafikan komunikasi SMS  saya dengan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mempunyai sebarang unsur salah guna kuasa.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dakwaan saya terlibat dalam skandal perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725. Ianya dibuat melalui proses dan peraturan seperti yang ditetapkan. Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada penender itu pada 15 September 2008. LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan ia dikeluarkan pada 15 September 2008. Saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk disiasat oleh PAC atau BPR!

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perwakilan khususnya amat bijak dalam membuat pilihan mereka untuk menentukan pemimpin pada Mac depan.. Mereka bijak menilai siapakah pemimpin sebenar yang membela bangsa dan siapakah yang pernah belot kepada perjuangan Umno dan menjadi agen negara asing.

Jumaat, 20 Mei 2011

Jika Raja Noor Jan Pertahan Dia Waris Sultan Melaka, Gua Boleh Dakwa Yang Gua Adalah Pemilik Tahta Negeri Sembilan.

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman sekaligus menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.

Raja Noor Jan Shah berkata bahawa dalam buku "Tempat-Tempat Bersejarah Perak" yang ditulis oleh NA Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.

Beliau berkata dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

"Bagaimanapun terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak," kata Raja Noor Jan Shah kepada Bernama.

Raja Noor Jan Shah berkata tujuan beliau menyatakan perkara itu bukanlah untuk menegakkan benang basah tetapi semata-mata untuk menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak.

Semalam PWKNP meminta Raja Noor Jan Shah menghentikan dakwaan kononnya beliau merupakan pewaris kesultanan Melaka dan Perak.

Yang Dipertua PWKNP Raja Rozlan Raja Yaacob berkata bahawa dakwaan Raja Noor Jan Shah tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British menunjukkan Raja Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman dan tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak.

Pada 13 Nov 2005, Raja Noor Jan Shah mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak ke-22 melalui anakanda baginda Raja Alang Abdul Rahman.

- Bernama

Selongkar Kembali: Benarkah Wujub Gambar Najib Dengan Ziana Zain???


Sebenarnya, Isa Samad mempunyai gambar-gambar Najib hanya bertuala dengan pasangannya diatas katil. Dan Isa menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. (dan itulah sebabnya mengapa Mahathir tidak faham mengapa Najib memilih Isa untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, sedangkan Isalah orangnya yang mahu menjatuhkan Najib dengan menggunakan gambar tersebut).

Mantan PM Tun Mahathir begitu lantang menolak Isa Samad menjadi calon Bagan Pinang. Beliau berulang kali menegaskan Isa tidak layak menjadi calon kerana pernah terlibat dengan politik wang. Beliau tidak mahu apa yang terjadi di Permatang Pasir berlaku pula di Bagan Pinang. 

Tetapi Najib akhirnya memilih juga Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang. Beliau tidak menghiraukan saranan Tun Mahathir.

Mengapa Najib terpaksa memilih Isa Samad? Sebenarnya Isa Samadlah yang menjadi penyelamat ketika Najib ditangkap khalwat bersama Ziana Zain di Port Dickson. Itulah jasa terbesar Isa Samad kepada Najib. 


Sebab itu walaupun Najib tahu Isa Samad bukanlah calon terbaik namun beliau tidak ada pilihan. Beliau takut Isa Samad akan mendedahkan skandal tersebut.

Isa Samad lah yang mengarah agar Mahkamah Syariah seremban 'off record' skandal tersebut.

Berikut adalah gambaran sebenar Hotel dimana Najib ditangkap khalwat

Ini semua gara2 PENGISTIHARAN PERANG KEPADA PM OLEH ANWAR hari ini.Bekas org2 Isa yg kini dikhabarkan membelot UMNO yg kini berpaling tadah kpd PKR akan mendedahkan gambar2 tersebut.
 

Cuci Mata Melihat Kekayaan Pencacai.

Okey…..untuk koleksi rumah mewah milik orang-orang kaya (VVIP) di Malaysia, kita mulakan terlebih dahulu dengan rumah Datuk Najib. Ini merupakan rumah peribadi Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor. 

Sekarang ini beliau pun sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia, jadi kediaman rasminya ada di Seri Perdana Putrajaya

Bagi yang biasa mengikuti perkembangan di Berita Semasa, apabila disebut sahaja nama Datuk Syed Azman, pastinya akan terlintas gelaran Raja AP yang begitu dekat dan sinonim dengan individu ini. Tetapi sekarang ini beliau tidak lagi memiliki AP.

Sesuailah dengan keluasan kawasan rumah yang dimiliki sekarang ini memudahkannya mendaratkan koleksi helikopter yang dimilkinya.  Rumah mewah ini didiami oleh Datuk Syed Azman  Syed Ibrahim bersama-sama dnegan isterinya Datin Sharifah Aza Syed Adnan.

Jadi pekerja Datuk Syed Azman boleh dikatakan untung. Rumah mewah Datuk Syed Azman ini disediakan sekali rumah untuk pekerjanya di bahagian basement.

Rumah dan kediaman Pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Dr. Munir Majid dan isterinya

Ini pula, rumah, bekas Menteri Kesihatan iaitu YB Datuk Seri Chua Jui Meng dan isterinya

Kediaman bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan juga bekas Menteri Besar Perak iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan isterinya, YM Raja Puan Sri Noora Ashikin Raja Abdullah

Rumah istirahat dan juga persinggahan bagi mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Toh Puan Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Rumah mewah milik Datuk Khatijah Ahmad dan suami Datuk Ahmad Kadis. Boleh digelarkan iron lady Malaysia dan wanita yang berpengaruh di Malaysia.

Jika beliau mengistiharkan semua pegangan saham milik syarikatnya iaitu KAF Discounts Berhad, KAF Seagrott Campbell dan lain-lain lagi, ia boleh mencecah sekitar angka RM1 billion.

Kalau nak lihat white house versi Malaysia, inilah dia. Rumah bekas CEO Petronas dan mantan Timbalan Perdana Menteri, YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YM Che Puan Noor Yvonne.

Rumah YB Dato Seri Annuar Musa dan YB Datin Seri Rosniah

Rumah milik peribadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman

Rumah Allahyarham Tan Sri Dato S.M Nasimuddin Amin dan balunya Puan Sri Zaleha Ismai yang juga ayah kepada CEO Naza sekarang ini iaitu SM Nasaruddin. Rumah ini dibeli dalam satu acara lelongan di Danaharta sekitar RM6.5 juta pada tahun 2001.

Rumah Tan Sri Dato Francis Yeoh dan mendiang iaterinyaPuan Sri Rosalind Yeoh. Beliau merupakan anak sulong kepada billionaire Malaysia, mendiang Tan Sri Dato’ Seri Yeoh Tiong Lay. Sekarang ini beliau merupakan CEO YTL Group.

Rumah Allahyarham Datuk Zakaria, bekas ahli Dewan Undang Negeri Pelabuhan Klang suatu masa dahulu.

Rumah dan villa Datuk Mukhriz Tun Mahathir, iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

Rumah Tan Sri Khalid Ibrahim. Kalau dahulu beliau menjaga dan mengendalikan beratus-ratus anak syarikat ketika beliau menjadi CEO Kumpulan Guthrie Berhad. Sekarang ini beliau merupakan Menteri Besar Selangor.


Rumah Yang Mulia Tunku Haitham Tunku Sulong dan isterinya

Rumah Yang Mulia Tunku Putri Barirah Tunku Sulong dan suaminya


Rumah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Toh Puan Mahani Idris. Dapat tengok pagar pun jadila….kan. Rumahnya berada di atas bukit more of palace actually yang terdapat pelbagai kemudahan seperti surau dan juga mempunyai pencawang elektrik sendiri. Kalau nak tengok lebih lagi, boleh semak melalui aplikasi Google Earth. Sprawling! Salah satu rumahnya ini di Melawati.
SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’. Saya pernah terbaca senarai orang terkaya melalui senaraian di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Saya sendiri kurang pasti apa sebenarnya formula yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Mungkin ada di sini ingin berkongsi?

Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi dikalangan mereka yang terkaya di dunia. Jangan tidak tahu, ini kerana Tun Daim Zainuddin merupakan pemilik International Bank of Commerce (ICB)mempunyai 59 cawangan di Indonesia, 23cawangan di Afrika selain tambahan 9 cawangan di sebahagian negara Eropah.

Rumah socialite, Yang Berbahagia Datin Normah Ibrahim dan suaminya Yang Mulia Tengku Dato Uzir Tenku Ubaidillah


Rumah  lama Yam Tengku Arif yang merupakan Bendahara Pahang, Tengku Abdullah Sultan Abu Bakar dan Yang Mulia Dato Habibah Yusoff.


Rumah Yam Tengku Muhaini Binti Sultan Ahmad Shah dan Yang Berbahagia Mejer Affendi Buang


Rumah Yam Tunku Puteri Tunku Dato Seri Jawahir Binti Tuanku Jaafar dan YB Tengku Dato Seri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar


Ini pula orang nombor dua terkaya di Malaysia, Ananda Krishnan.
Rumah ini pernah dicalonkan dalam pertandingan ‘Australian House of the Year’ yang akan diumumkan tahun depan di Sydney. Rumah itu, dengan pelan luas terbuka dan reka bentuk yang modern, menawan hati para hakim Hunter Home Award yang menyifatkannya sebagai “sensasi dan praktikal” pada majlis penyampaian anugerah itu di Newcastle, kira-kira 120km dari Scone.

Rumah itu mempunyai ruang tingkat terbuka yang luas, kolam renang dengan alat pemanas, dua pendiangan, taman dengan landskap yang indah dengan tumbuhan pokok asli dan pemandangan menakjubkan dari serata sudut rumah.


Rumah ladang menakjubkan Kia Ora berharga berjuta dolar milik hartawan Malaysia T. Ananda Krishnan berhampiran pekan Scone, kira-kira 330km dari Sydney. Kia Ora bermaksud “Selamat Datang” dalam bahasa Maori.

Rumah yang dikatakan milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo yang bernilai RM24 juta.

Rumah pengarah drama dan filem tersohor negara, Datuk Yusof Haslam dan isteri. Ingat Sembilu Kasih, ingat beliau. Ingat Gerak Khas, ingat beliau. Kalau dahulu zaman 70 an, Datuk Yusof Haslam hanyalah seorang konduktor bas mini. Tetapi sekarang hasil usaha keras yang berterusan, beliau kini sudah berjaya.

Khamis, 19 Mei 2011

Rosmah Perdana Menteri Ke 7 ???

Perdana Menteri bolehland Malaysia ketujuh sudah diketahui umum. Mengikut teori R.A.H.M.A.N, orang yang ketujuh yang akan menjadi perdana menteri mestilah bermula dengan huruf R. Maksudnya Muhyiddin "DUNGU" Yassin hanya bermimpi di siang hari untuk jadi PM. Kalau Muhyiddin jadi PM, Ali "MENGANDUNG" Rustam dengan Rais "PEROGOL" Yatim mesti jealous kan?
Maka kerusi bakal perdana menteri ketujuh telah pun diisi oleh jembalang dari gunung berapi Krakatoa, Rosmah "PUAKA" Mansor. Mari kita lihat apa yang dilakukan oleh PUAKA ini sehingga layak menjadi PM.

 Memberi susu segar kepada wira negara selepas berjaya menumpaskan raksasa dari China. Lin Dan.

U punya susu banyak fresh la bik!
Memberi tilam percuma kepada rakyat supaya rakyat lebih produktif dan dapat membesarkan badan sepertinya.
Awas!! Tilam ini untuk pasangan suami isteri sahaja. Mampu menyebabkan anda tidak keluar bilik selama 3 hari.
Melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh PM iaitu MoU (Memorandun Of Understanding) dengan negara Arab.
Minyak kat negara u ok tak? I nak sikit boley?

 Menghalalkan golongan Yahudi menyertai dan merancang masa depan fesyen Islam. (Islamic Fashion Show)
Sebelah kiri Freemason, sebelah kanan Illuminati.
 Memberi ciuman percuma kepada lelaki yang lebih hensem dari Najib "Mongolia" Razak
U ni hensem la. Malam ni jangan lupa call i taw...
 Merampas gelaran First Lady dari Permaisuri Agong.
I lagi cute, jadi I lah lagi layak jadi First Lady
 Menghalalkan aurat dibuka ketika membaca Quran.
Yaaaasiiiinnnnn..... (eh rambot i ok tak? still standing tak?)
Hapuskan Bik Mama. I want you to save this country. Sumber

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...