Translate

Mesti Baca

Sabtu, 14 Mei 2011

Lawak Dari Mahyuddin Dan Kutuk Rosmah. .


'Kerajaan sentiasa cari langkah untuk kurangkan beban rakyat', lawak terbaru dari Muhyiddin berkaitan kenaikan harga barang. Seperti biasa apa harga barang dinaikkan, maka alasan yang diberikan ialah membandingkan dengan negara lain. Beliau berkata, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban rakyat.

Yang terbaru ialah kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, maka media pencacai pergi ler cari pakar pemakanan untuk menyokong kenaikan harga gula. Macam biasa ler, rakyat Malaysia adalah pengguna gula tertinggi di dunia dan kerana itulah rakyat Malaysia paling ramai mengidap kencing manis. Bila harga garam naik (garam bukan harga kawalan), rakyat Malaysia paling ramai mengidap darah tinggi di dunia. Tak main ler, Asian-Asian nih pasal tak rock, kena sebut dunia baru rock sikit.

Inilah sikap pemimpin Umno/BN yang mana ianya disambut oleh media pencacai bagi menghalalkan segala tindakan mereka. Bagi gua, ayat yang betulnya ialah 'Malaysia sentiasa mencari langkah untuk membebankan rakyat'. Kenapa hendak di bandingkan dengan negara luar sedangkan barangan terkawal yang diberi subsidi ialah kerana ianya dimonopoli oleh beberapa syarikat kroninya. Apakah negara luar membenarkan barangan seperti gula, susu, beras dan sebagainya dimonopoli seperti di Malaysia.

Lu ambil contoh kereta nasional seperti Proton dan Perodua yang mana kerajaan menindas rakyatnya sendiri dengan mengenakan cukai yang tinggi terhadap kenderaan keluaran negara sedangkan di negara luar harga kereta Proton hampir 50 peratus lebih murah. Dengan mengenakan cukai terkumpul hampir 120 peratus ke atas kereta import, rakyat Malaysia yang cukup-cukup makan terpaksa memilih kereta nasional.

Bagaimana kerajaan tidak membebankan rakyat, dah la kereta dijual mahal, rakyat juga terpaksa membayar cukai jalan dan tol yang tinggi. Setiap tahun dengan menggunakan duit rakyat, kerajaan terpaksa membayar kepada konsesi tol walau pun harga tol dinaikkan. Siapa pemilik tol jika tidak para keluarga dan kroni-kroni Umno. Apabila ada desakkan agar perjanjian konsesi tol diwartakan untuk tatapan rakyat, kerajaan tidak berani melakukan. Sedangkan rakyat berhak mengetahuinya kerana wang yang dibayar setiap tahun oleh kerajaan kepada pengendali tol adalah milik rakyat dan bukannya milik mak bapak Umno.

Gua pun nak tahu tentang RM 111 juta yang diberikan oleh Najib kepada PERMATA yang diterajui oleh isteri kesayangannya, Rosmah dalam bajet 2011. Nampaknya sampai hari ini kita tidak tahu kemana perginya duit tersebut. Yayasan Permata yang dilancarkan baru-baru ini pun tidak mengguna duit RM 111 juta kerana dana yang ada dalam Yayasan Permata adalah sumbangan Yayasan Bukhari dan syarikat swasta. Oleh kerana projek Permata menggunakan dana awam, rakyat Malaysia perlu mengetahui kemana perginya duit tersebut.

Mungkin RM 111 juta sudah masuk ke kantung Rosmah yang bershooping sakan kat luar negara. Sejak menjadi 'First Lady', Rosmah semakin rancak keluar negara dengan menggunakan segala kemudahan dan dana kerajaan. Semua orang tahu yang Rosmah ini seorang yang hipokrit melainkan para pencacainya yang suka sangat menyanjunginya, mungkin boleh dapat jam satu kerana stok masih banyak lagi.

Bila sebut tentang Rosmah, gua ada cerita sikit untuk dikongsi bersama dengan lu all. Apa yang diberitahu kepada gua tentang perangai Rosmah bila sudah bersalam dengan orang ramai, masuk jer dalam kereta beliau akan cepat-cepat menyisukan tangannya kerana jijik. Apa yang lu tengok kat live atau berita, itu hanyalah lakonannya semata-mata. Gua punya kawan pernah pergi ke kediamannya untuk urusan penjualan batik dan beliau hanya pakai tunjuk jer, ni ni ni ni lagak orang kaya (memang bilioner pun) tapi bagus juga kerana gua punya kawan dapat bisnes. 

Yang buruknya kata gua punya kawan ialah sikap kedekut untuk menghidangkan air kepada tetamunya. Dalam 4-5 jam berurusan dengan Rosmah di kediamannya, segelas air kosong pun tak dihidangkan. Rosmah memang banyak duit, komisen kapal selam pun belum habis lagi. Sorry ler, artikel ni sebenarnya nak kutuk Mat Sembab tetapi terkena kat Rosmah, nasib ler. Nama pun Gerakan Anti Najib/Rosmah.

Jeff Ooi: 'Variasi lain' laporan mungkin paksaan

 

Ahli parlimen DAP-Jelutong, Jeff Ooi hari ini mendakwa terdapat kemungkinan bahawa lelaki yang membuat laporan polis dengan 'variasi lain' mengenai dakwaan 'konspirasi Kristian' dipaksa berbuat demikian.

jeff ooi on utusan mohamed razali report 140511 03Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Ooi berkata beliau percaya ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba Mohamed Razali Abdul Rahman, yang membuat laporan polis itu semalam dipujuk oleh saudaranya yang bekerja sebagai polis cawangan khas yang memantau kegiatan politik di kawasan Jelutong.

"Kami diberitahu Mohamed Razali dan anggota polis itu ada pertalian keluarga dan anggota itu yang dikatakan berperanan membantu Utusan Malaysia mendapatkan berita itu. Saya harap polis juga boleh mula siasat dari sudut ini dan adil serta bebas dalam siasatan kes berkenaan.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 group"Kita tidak tahu motif atau niatnya membuat laporan polis lima hari setelah kami membuat laporan polis menafikan dakwaan yang dibuat di Utusan... (yang) juga diiringi oleh beliau,” kata Ooi sambil menunjukkan sekeping gambar Mohamed Razali bersamanya ketika membuat laporan polis pada 8 Mei lalu.

Semalam, polis mengesahkan mereka menerima laporan yang mempunyai 'variasi lain' berhubung apa yang terjadi. Bagaimanapun kedua-dua Mohamad Razali dan pihak berkuasa juga enggan mendedahkan apa yang terkandung dalam laporan itu.

"(Laporan di) Utusan dan TV3 (mengenai laporan polis Mohamed Razali) kekurangan butiran. Kedua-dua melaporkan (beliau) berada di lokasi makan malam yang dianjurkan oleh masyarakat Kristian dan dia berkata 'saya tau apa yang sebenrnya berlaku'. Beliau berselindung di sebalik laporan polis itu.

utusan mohamed razali report police 140511 02"Kami berharap Mohamed Razali mengulangi apa yang dilaporkannya kepada polis supaya kami boleh mengambl tindakan undang-undang jika kenyataannya mengancam kedudukan DAP dan masyarakat Kristian,” kata Ooi.

Utusan pada 7 Mei lalu, bersandarkan pendedahan di dua blog pro-Umno menyiarkan tajuk utama mendakwa paderi Kristian bercadang menukar agama rasmi persekutuan dan melantik seorang pemimpin di kalangan penganut agama itu sebagai perdana menteri. Malaysiakini

Wajah Penyimbah Asid, Sebarkan.

Polis telah mengeluarkan dan mengedarkan fotofit suspek yang menyimbah asid kepada 21 orang wanita Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Suspek tersebut masih belum berjaya ditangkap sehingga ke hari ini.

Fotofit berkenaan adalah berpandukan kepada maklumat saksi cubaan menyimbah asid di Jalan Desa Pandan semalam selain maklumat beberapa orang saksi lain.

Saksi terbabit memberitahu polis, suspek yang menunggang sebuah motosikal Honda EX5 memegang sebiji botol tidak bertutup. Lelaki tersebut bagaimanapun, segera melarikan diri apabila menyedari tingkah lakunya sedang diperhatikan.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat tentang lelaki tersebut diminta menghubungi polis di hotline Rakan Cop (03-21159999) atau SMS POLISKL di 32728.

Mangsa terbaru lelaki itu adalah seorang wanita di Wangsa Maju yang menjadikan jumlahnya adalah 21 orang.

Iltizam laksana syariah longlai

Semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan sekali lagi menzahirkan keperluan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sumpah laknat bersabit isu video lucah.

NONEAlasannya ialah Datuk Sharyzl Eskay sudah berbuat demikian dan Anwar harus ikut sama. Kenyataan itu dibuat pada forum membabitkan ulama-ulama Umno sempena ulangtahun ke 65 parti itu.

Seorang menteri Umno yang lain, Datuk Seri Jamil Baharom Khir turut memberi hujah sama sebelum ini.

Terlalu banyak telah ditulis sebelum ini mengenai kesesuaian menggunakan masjid dan lafaz sumpah laknat untuk isu-isu yang membabitkan fitnah.

Persoalan lebih penting susulan komen terbaru Ahmad Maslan (atas, kiri) ialah komitmen kerajaan dan Umno mengangkat undang-undang syariah di negara ini.

Sekiranya Umno, yang menyambut ulangtahun ke-65 semalam mahu mengukur kejayaannya sebagai parti yang mendokong kaum Melayu dan Islam, maka sudah tentu perjuangan untuk memartabatkan undang-undang syariah penting dan kritikal.

Apakah mungkin agenda Melayu tercapai tanpa memastikan umat Islam dipacu dengan ajaran Al-Quran dan undang-undang syariah yang mencakupi segala aspek kehidupan di bumi ini demi menjamin syurga di akhirat?

umno 65th anniversary 110511 leaders waving flagsAmat mendukacitakan apabila Umno, dengan lebih lima dekad dihabiskan menerajui Malaysia, masih belum menegakkan syiar Islam secara tuntas, tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga.

Undang-undang syariah dijadikan tidak relevan kepada kehidupan harian umat di Malaysia, kecualilah jika mereka ditangkap khalwat, bercerai atau jika orang mati mempunyai harta untuk diagihkan. 
 
Bersalut debu

Iltizam politik sering disuarakan dengan begitu lantang oleh pemimpin-pemimpin Umno namun apabila berdepan dengan “ujian' yang boleh menonjol kebesaran undang-undang syariah sebagai sebuah sistem yang adil dan sempurna, Umno berundur dengan memberi pelbagai alasan.
 
Pada tahun 1998, peluang Umno menyerlahkan keagungan undang-undang syariah datang apabila Anwar didakwa meliwat bukan satu, tetapi tiga orang Islam (Munawar Anees, Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar).

anwar sodomy 2 duta court hearing pkr leaders 080709 01Namun undang-undang syariah bersabit Qazaf yang secara khusus diturunkan untuk menangani isu-isu fitnah dan zina tidak diambil peduli oleh Umno pimpinan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Menteri Hal-Ehwal Agama tidak terpanggil untuk bangkit menyatakan undang-undang syariah adalah cukup sempurna bagi menangani pertuduhan dan menentukan sama ada Anwar mangsa fitnah atau sebaliknya.

Pada tahun 2008, sekali lagi Anwar dikenakan tuduhan liwat, setelah beliau dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah sivil dan memimpin pembangkang bagi menafikan Umno-BN majoriti dua pertiga di Parlimen.

Pakatan Rakyat juga menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu serta mengekalkan kuasa di Kelantan.

anwar court03Sekali lagi buku undang-undang Qazaf dibiarkan bersalut debu dalam kamar Mahkamah Syariah.

Sekali lagi Menteri Agama Jamil Baharom berdolak dalih menjelaskan kenapa undang-undang Islam tidak digunakan untuk mengadili Anwar.

Tentunya bukan kerana hukum syariah mempunyai kepincangan atau tidak lengkap, atau tidak boleh digunapakai dalam era moden semasa.
 
Menabur fitnah, menutup aib

Tentunya Al-Quran dan hukum syariah mempunyai nas-nas kukuh untuk meletakkan syarat-syarat begitu ketat bagi pertuduhan fitnah dan zina disabitkan.

anwar and jabatan agama islam wilayah persekutuanIni kerana ia melibatkan soal maruah dan kewibawaan orang yang dituduh berserta dengan keluarganya.

Justeru undang-undang Qazaf melindungi pihak yang dituduh daripada fitnah kerana pertuduhan itu amat berat sekali.

Rasional undang-undang qazaf ini, malah perundangan syariah umumnya, ialah untuk menonjolkan Islam sbagai sebuah agama yang indah dan adil dalam ertikata sebenarnya.

Ia adalah agama yang menghindari umatnya daripada menabur fitnah, malah menggalakkan mereka menutup aib pihak lain, jika ada.

Namun segala pertimbangan ini diketepikan dalam kes liwat Anwar pada 1998, 2008 dan sekali lagi tahun ini bersabit isu video lucah.

alleged four full sex videos on youtube 290411 18Tidak cukup untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri-menteri Umno lain mendabik dada dan mencanang diri sebagai pendokong Islam dan pejuang Melayu di bumi ini.

Tidak cukup sekadar memperkenalkan undang-undang syariah seperti Qazaf tetapi tidak melaksanakannya apabila semua pihak yang terbabit beragama Islam .

Sebaliknya, seperti kes-kes terhadap Anwar membuktikan, agenda politik menjadi pertimbangan utama pemimpin Umno dalam memilih undang-undang atau amalan syariah yang mana harus diamalkan dan yang mana ditolak.

'Mempulun' Anwar

Tentunya sumpah laknat menjadi pilihan yang lebih bagus apabila yang membuatnya tidak perlu mengemukakan sebarang bukti. Karektor dan perwatakan yang membuat sumpah juga tidak perlu diperinci oleh pihak masjid.

NONE
Sipolan-sipolan seperti Eskay hanya perlu menghadirkan diri di masjid (berpakaian vest kalis peluru). Jika mereka memegang Al-Quran terbalik, itu akan diperbetulkan.

Pada masa sama parti pemerintah akan mengatur liputan media arus perdana secara besar-besaran untuk memastikan pihak yang membuat sumpah itu diangkat sebagai makhluk yang soleh, lurus, ikhlas serta bersih.

Media sama juga akan memastikan babak memegang Al-Quran terbalik tidak akan dilaporkan.

Mengulas sumpah laknat Eskay itu, Presiden Umno Najib Razak berkata itu hak beliau melakukannya .

azlanPada masa sama. Najib dan Menteri-Menteri Umno lain ghairah “mempulun” Anwar kerana tidak mengikut jejak Eskay mengambil sumpah laknat.

Yang cuba ditenggelamkan oleh Najib dan juak-juaknya adalah ketegasan Anwar untuk membela dirinya dalam mahkamah syariah mengikut hukum qazaf terhadap tuduhan-tuduhan jijik yang dibuat oleh Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim.

Ruang ditutup

Namun ruang ini ditutup oleh Umno menerusi cengkamannya ke atas pejabat pendakwaraya Mahkamah Syariah. Anda tidak perlu menjadi seorang cendekiawan untuk meneka kenapa begitu.

Apabila ruang ini ditutup, bagaimana Umno sendiri akan menjadi benteng kepada penerapan cara hidup Islam di dalam umatnya di negara ini.

umno 65th anniversary 110511 leaders and confettiBukankah dasar Umno mengamalkan dakwaan terpilih dengan sebegini mencalar kesucian agama Islam?

Pada tahun 2007, Ketua Hakim Negara ketika itu supaya usaha dilakukan untuk memartabatkan undang-undang Islam dalam perundangan negara dan perundangan antarabangsa.
 
Malah Peguam Negara sekarang Tan Sri Abdul Gani Patail ketika itu menyifatkan undang-undang Syariah adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama.

''Sudah tiba juga masanya untuk kita mendapatkan prinsip-prinsip tersebut (keadilan) dalam kebudayaan, cara hidup dan agama termasuk agama Islam dan juga undang-undang adat seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak,'' kata Gani ketika itu.

Tiada iltizam politik

ahmad fairuz new cjMalangnya lima tahun berlalu, cadangan Ahmad Fairuz (kanan) dan kata-kata berani Gani Patail tinggal begitu sahaja–kata-kata berani tanpa disokong oleh iltizam politik.

Akibatnya mahkamah-mahkamah syariah di negara ini dibataskan kepada menyelesaikan soal cerai, pengagihan harga waris dan mendenda pasangan berkhalwat.

Walaupun mahkamah syariah diangkat ke tahap di mana kuasa dan keputusannya di luar bidang semakan mahkamah sivil, pelaksanaan undang-undang syariah dibiarkan luntur dan hanya mencakupi perkara-perkara asas orang Melayu.

Sayang kerana undang-undang syariah jauh lebih besar daripada skop sebegitu.

conference of rulers majlis raja rajaTun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan. Jadi janganlah dipersalahkan sesiapa jika memandang undang-undang syariah di Malaysia hanya setara dengan undang-undang adat masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Umno terpaksa bertanggungjawab kepada Raja-Raja Melayu, ulama dan mufti serta umat keseluruhannya jika tanggapan sedemikian semakin menebal dalam realiti politik Malaysia. Malaysiakini

Khamis, 12 Mei 2011

kisah Big Dog Minta RM400 Juta Dengan Ku Li.

‘Christian PM basher’ a.k.a Pro-UMNO blogger Zakhir Mohamad a.k.a 'Big Dog' sebenarnya mempunyai perwatakan yang cukup menyenangkan. Banyak kali kami telah bertemu untuk makan malam dan minum bersama-sama dengan 'A Voice' a.k.a Sallehuddin Hashim a.k.a ‘Another Brick in the Wall’.

Wow, semua orang menggunakan a.k.a. sekarang. (Untuk pembaca yang kurang mahir bahasa Inggeris, a.k.a bererti as know as  'juga dikenali sebagai').

Big Dog tidak sekadar mempunyai perwatakan yang menyenangkan tapi jugaamat bijak. Dan saya pula amat menyenangi orang-orang yang amat bijak. Sama ada mereka dari pembangkang atau UMNO / Barisan Nasional, saya senang bertemu dengan mereka untuk makan, minum dan bersembang kosong. Dan Big Dog adalah seorang dari 'musuh' yang saya suka untuk bertemu dan menghabiskan berjam-jam dengannya dan berbicara tentang politik serta isu-isu lain.

Bagaimanapun, ada sekali pada bulan puasa (Ramadhan) ketika John Pang (ahli strategi Tengku Razaleigh Hamzah) menelefon saya dan meminta saya untuk mengatur satu pertemuan (diikuti dengan berbuka puasa) di antara UMNO dan Blogger pembangkang dan aktivis politik. Seramai 30 telah dipersetujui - jumlah orang yang harus diundang.

Saya kemudian duduk dan menyenaraikan senarai jemputan untuk memenuhi 30 jemputan dan menyerahkannya kepada pejabat Tengku Hamzah Razalaigh (a.k.a Ku Li) untuk mereka menjemput orang-orang ini.

Hampir setiap orang yang dijemput datang. Dan ia bagus untuk melihat Blogger-blogger dan aktivis politik dari kedua-dua belah pihak parti politik untuk duduk di ruangan yang sama dan membincangkan bagaimanacaranya untuk menjadikan Ku Li sebagai Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

Nik Azmi Nik Daud a.k.a Bulat a.k.a Bul memberikan pendapatnya - yang sebenarnya satu idea yang cukup bodoh dan aku dapat melihat Ku Li mengekot dengan reaksi 'anda boleh duduk dan tutup mulut' kelihatan di wajahnya.

Saya fikir idea Bul adalah yang paling bodoh dan kedengaran seolah-olah ia baru saja selesai belajar politik. Tidak hairanlah Ku Li tidak pernah bertindak dengan baik dalam politik.  Bul sebagai salah seorang ahli strategi, bahkan aku meragui sama ada Ku Li boleh memenangi jawatan Chief Dog Catcher.

Big Dog kemudiannya menyoal Ku Li apakah ia siap untuk membelanjakan RM400 juta untuk memenangi jawatan Perdana Menteri itu. Menurut Big Dog, itu adalah kos yang Ku Li harus tanggung.

Sebelum itu Big Dog telah pun mengatakan kepada saya bahawa itu akan menelan kos sekitar RM400 juta untuk 'membeli' 40 bahagian UMNO jika Ku Li ingin menjadi Perdana Menteri. Saya mengatakan bahawa ia satu jumlah wang yang cukup banyak dan Big Dog menjawab Ku Li mampu menyediakannya. Dia bernilai lebih daripada itu, kata Big Dog.

Ku Li merenung tajam Big Dog - seolah-olah dia tidak mempercayai telinganya - dan mengatakan bahawa ia tidak bersedia untuk 'membeli' Perdana Menteri itu. Jika ia terpaksa menghabiskan RM10 juta untuk membeli 40 Bahagian UMNO (total RM400 juta) hanya untuk mendapatkan 40 pencalonan sehingga ia dapat bertanding jawatan Presiden UMNO, lalu apa perbezaan ia dengan para pemimpin UMNO lain yang bermain 'politik wang'?

Dia ingin menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri supaya ia boleh membersihkan parti dan kerajaan. Jika ia mendapatkannya dengan menggunakan rasuah, bagaimana ia akan membersihkan parti dan kerajaan jika dia sendiri kotor?

Jadi Ku Li menolak cadangan Big Dog, bukan kerana dia tidak mampu RM400 juta, tetapi kerana ia tidak beretika untuk memenangi pemilihan parti dan sebagai platform untuk menyingkirkan rasuah. Anda tidak boleh masuk menggunakan rasuah dan kemudian berteriak bahawa anda menentang rasuah.

Mungkin ada beberapa orang dari anda yang masih ingat bahawa saya pernah menulis tentang perkara ini beberapa tahun yang lalu. Saya pernah berkata bahawa tugas di hadapan Ku Li adalah untuk mendapatkan 40 pencalonan. Jika ia boleh mendapatkan 40 pencalonan, memenangi Presiden lebih mudah. Hal untuk mendapatkan 40 pencalonan yang sukar.

Dalam hal ini Ku Li memelihara prinsip, meskipun setelah pertemuan itu Big Dog merungut bahawa Ku Li begitu kaya tapi begitu kedekut. Dia mampu mengeluarkan RM400 juta dengan mudah, keluh Big Dog. Jika ia berharap untuk memenangi Presiden UMNO tanpa mengeluarkan wang Good Luck! kepadanya, kata Big Dog.

Big Dog dan saya bertemu Ku Li beberapa kali, sekali sekitar tengah malam di kediaman peribadinya. Tapi cuba bagaimana sekalipun, kita tidak boleh membuat Ku Li untuk menyetujui semua idea yang disebut-sebut bagaimana ia boleh mendapatkan 40 pencalonan untuknya dan bertanding dan memenangi jawatan Presiden UMNO, yang akan menjadi laluan sebagai Perdana Menteri Malaysiayang baru.

Ada beberapa idea sebenarnya cukup menghasut dan khianat lalu Ku Li sekali menegur orang yang mencadangkannya dan berkata kepadanya bahawa apa yang dia cadangkan itu boleh berakhir dengan kita semua dikenakan pendakwaan kerana mengkhianat dan dijatuhi hukuman mati (Ya, beberapa idea itu sebenarnya cukup berbahaya dan boleh berakhir dengan kami dijatuhkan hukuman mati jika ada orang yang berbicara tentangnya).

Bagaimanapun, pada akhir ia tidak berlaku dan Abdullah Ahmad Badawi a.k.a Pak Lah mengundurkan diri dan Najib Tun Razak mengambil alih sebagai Perdana Menteri dan Ku Li terus duduk di rumahnya menghitung hari bila ia akan menjadi Perdana Menteri.

Yah, sekurang-kurangnya dia tidak kehilangan RM400, itu yang akan terjadi kalau ia dengar kata-kata Big Dog.

Saya harus mengakui bahawa politik UMNO  jauh lebih menarik jika dibandingkan dengan politik pembangkang dan saya juga harus mengakui bahawa saya menikmati saat berjalan dengan sekawan serigala. Pelajar dengan banyak juga, yang tentu saja kita sekarang boleh menggunakannya terhadap mereka.(Pulakdah)

Gula: BN utamakan subsidi IPP kroni, kata DAP

 
Kerajaan boleh menyelamatkan RM19 bilion setahun melalui pemberhentian subsidi kepada syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), berbanding pemotongan subsidi gula bernilai hanya RM116 juta sehingga menyusahkan rakyat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

NONEMenurut Lim, penjimatan itu berkadaran 163 kali ganda sekiranya kerajaan menamatkan subsidi gas kepada syarikat kroni IPP seperti Malakoff, Genting Sanyen dan YTL.

“Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah sektor tenaga 1997 dan sektor bukan tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion.

“BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan.

“DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat,” kata Lim dalam dalam satu kenyataan media.

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02Jelas Lim yang juga setiausaha agung DAP, pada tahun kewangan 2009 sahaja, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi untuk bahan bakar itu mencecah RM10.2 bilion.

Menurutnya, RM116.6 juta yang disimpan tidak akan membawa manfaat kepada masyarakat selagi amalan rasuah dan projek runding terus dilaksana secara berleluasa.

“Akibatnya, gejala rasuah bermaharajalela dengan tiadanya tender terbuka untuk cadangan pembinaan MRT (Projek Aliran Transit Mass) yang berjumlah RM53 bilion dan keengganan untuk menyiasat kehilangan RM52 bilion saham bumiputera,” katanya.

public transportation 260706 kl lrt putraLim berkata pada masa yang sama kerajaan melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia cuba mengalih perhatian rakyat dengan sengaja mewujudkan isu konspirasi kononnya partinya dan para paderi ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri di kalangan mereka.

“Penipuan seperti itu dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia sedangkan tiada rakyat Malaysia beragama Kristian yang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Penipuan Utusan ternyata adalah cubaan terdesak Umno untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pengurusan ekonomi serta kegagalan dasar-dasar lain sehingga menyebabkan kenaikan harga petrol dan gula,” katanya. (Malaysiakini)

Iklan Top inside Politik lucah: Ulama muda diseru tinggal Umno

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa ulama muda Umno menilai semula penglibatan mereka dalam Umno ekoran amalan politik lucah dan kotor pemimpin parti itu.
 
Katanya, ulama muda di dalam Umno tersebut perlu sedar amalan politik yang bercanggah dengan Islam itu telah menjadi budaya dalam Umno sejak sekian lama.

Bagaimanapun katanya, beliau menyambut baik usaha untuk menegur sikap Umno itu malah mencadangkan agar mereka meninggalkan parti itu jika gagal merubahnya.

"Hakikatnya itulah budaya Umno. Harapan saya agar ulama muda Umno terus menegur budaya politik Umno yang keji dan songsang ini.

"Jika tidak mampu ubah, fikirkan semula adakah tepat berada di dalam Umno?" soalnya melalui responsnya di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengakui rakaman video seks mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dilakukan.

Ini kerana perkara tersebut menurutnya bertentangan dengan prinsip Islam yang mengharamkan umatnya mengaibkan orang lain.

Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

Beliau berkata demikian pada satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu semalam.

Umno dan akhbarnya, Utusan Malaysia sebelum ini dikecam banyak pihak termasuk oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran mengaibkan Anwar dalam isu video seks yang didedahkan trio Umno iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Akhbar itu tanpa memikirkan hukum hakam agama, telah melapor dan menyiarkan gambar dan berita berunsur lucah berhubung video seks tersebut.

Fitnah tersebut juga, digunakan Umno dalam siri kempen mereka pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

Harussani dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan, adalah fitnah dan dosa besar membuka rahsia orang tanpa ada bukti yang jelas menurut Islam seperti yang dilakukan terhadap Anwar.

"Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Selain mengecam tindakan mengaibkan Anwar itu, beliau juga kesal dengan tindakan Utusan yang dakwanya tidak menyiarkan pandangan penuhnya itu malah hanya mengambil sekerat sahaja.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya. 
HarakahDaily

50 Dalil Kenapa Umno Perlu Dilenyapkan Dari Muka Bumi Ini.

Maaf.... Dalil sedang disusun kerana semua dalil-dalil tersebut akan disertakan dengan fakta dan mungkin juga bergambar bagi sesetengahnya. Jika anda mempunyai dalil untuk ditambah, tolong hantar kepada pihak kami.

Kristian-Islam: Usul bantah tindakan Hishamuddin, Rais dibawa ke Parlimen

Kesal dengan tindakan dua anggota Kabinet, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran mencadangkan usul membantah tindakan kedua-dua menteri itu kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia.

Sidang Parlimen akan berlangsung bulan depan Julai.

Tegas Kulasegaran, sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia walaupun laporan yang dikeluarkan salah dan berunsur fitnah disifatkan beliau sebagai tidak bertanggungjawab.

“Hishammuddin dan Rais telah menerima laporan itu tanpa mempersoalkan kesahihan, malah telah memberi amaran kepada rakyat agar tidak mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Sepatutnya mereka harus menyiasat segera kesahihan laporan yang berniat jahat dan tidak berasas itu bukannya melakukan siasatan terhadap dakwaan itu, nampaknya mereka bermain politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu juga menyifatkan tindakan Hishammuddin dan Rais mempercayai laporan Utusan Malaysia sebagai tidak rasional.

“Sebagai ahli politik, mereka patut tahu laporan Utusan Malaysia itu berniat jahat dan mengancam keharmonian negara selain bersifat perkauman.

“Oleh itu tiada alasan untuk menerima laporan Utusan Malaysia itu, malah saya percaya mana-mana ahli politik yang rasional mereka sudah pasti tidak akan mempercayai laporan Utusan Malaysia itu.

“Hishammuddin dan Rais harus meminta maaf kerana menerima kesahihan laporan Utusan Malaysia, yang mana usul ini akan dibawa pada pembentangan belanjawan 2012,” katanya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian Agama Rasmi?”, yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Kelmarin Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut Hishammuddin dan Rais memohon maaf secara terbuka kerana bersikap lepas tangan terhadap Utusan Malaysia.

Beliau berkata sikap yang diambil Hishammuddin dan Rais dilihat cuba melindungi Utusan Malaysia walaupun akhbar itu mengeluarkan laporan yang berunsur fitnah dan salah.

Selepas pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia, Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius.

Katanya, apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

Semalam kerajaan negeri Pulau Pinang telah memfailkan satu aduan rasmi mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan yang mengaitkan DAP dengan konspirasi Kristian.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara menyokong usul itu termasuk dua wakil rakyat Umno yang tidak mempercayai laporan tersebut.

Kata Lim, dua wakil rakyat Umno yang turut menyokong usul itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang, Datuk Hilmi Yahya dan Adun Pulau Betong Muhammad Faris Saad ketika sidang DUN kelmarin. MInsider

Najib Gesa Umno Buang Politik Berpuak Hadapi PRU-13 Tetapi Kekalkan Sikap Mengampu.

Najib Razak berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 Umno malam tadi. — Foto Choo Choy May
Datuk Seri Najib Razak menggesa kepimpinan parti itu agar bersatu dan membuang politik berpuak-puak bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. 
 
Dalam ucapan Majlis Sambutan Hari Umno ke-65 di sini malam ini, Presiden Umno itu berkata, sebagai sebuah parti keramat di Malaysia, Umno harus melakukan perubahan lebih besar untuk terus mendapat sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

“Kalau kita bersatu, tiada politik puak-puak dalam Umno, kita merupakan parti yang lebih kuat daripada parti-parti lain. Apakah semua (perjuangan) kita sudah selesai? Belum... kenapa masih ada cakap-cakap, masih ada lagi politik puak-puak, apa guna kita sambut ulang tahun 65 tahun kalau kita tidak bersatu?

“Apakah kita sudah berkhidmat bersungguh-sungguh untuk rakyat? Apakah kita rajin turun padang? Dampingi rakyat? Adakah kita dekat di hati rakyat? Belum... belum lagi, jadi sambutan ulang tahun 65 ini kita mesti berikrar untuk dekatkan diri dengan rakyat sebagai pemimpin Umno.

Kalau Umno bersatu, apatah lagi orang Melayu pegang Umno parti keramat, Umno itu Melayu, Melayu itu Umno... kalau semua sudah sedar yang mana ada kekurangan kita perbaiki sebab kita tidak mahu sejarah kita berakhir,” katanya di sini.

Kata Najib, selagi “semboyan” pilihan raya umum ke-13 belum ditiup semua kepimpinan parti Melayu itu harus bekerja keras untuk memantapkan parti itu.

Sambil merujuk beberapa siri kekalahan pilihan raya kecil sebelum ini, Perdana Menteri itu meminta agar kepimpinan parti itu melupakan “mimpi ngeri” yang berlaku dan bangkit untuk melakukan perubahan yang lebih besar.

Beliau juga menyifatkan kekalahan besar Umno pada pilihan raya umum 2008 merupakan satu “mimpi ngeri” yang harus dilupakan.

“Sejak setahun yang lalu pada tanggal sama kita telah berhimpun di dewan ini dan mungkin ketika itu kita mempunyai perasaan yang berbeza dengan perasaan yang kita rasai hari ini, pada masa itu mungkin ada perasaan sama ada parti yang kita kasihi ini akan dapat sokongan daripada rakyat setelah kita mengalami mimpi ngeri pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

“Setelah pilihan raya umum ke-12 kita telah mengalami beberapa pilihan raya kecil di mana parti Umno dan BN (Barisan Nasional) telah kecundang di beberapa kawasan yang diadakan, namun setelah kita membuat penyusunan semula dalam tempoh setahun lalu sehingga mutakhir ini nasib Umno sudah mula berubah daripada parti yang banyak mempersoalkan kelangsungan sebagai sebuah parti yang berkuasa hari ini, kita berdiri tegak sebagai sebuah parti yang unggul dalam negara,” katanya.

Tegas Najib, beliau berkata demikian selepas menyaksikan Umno mula mendapat kembali sokongan rakyat melalui beberapa pilihan raya kecil yang dimenangi parti itu.

“Saya kata begini kerana beberapa ujian yang telah kita lalui kebelakangan ini bermula di pilihan raya kecil Bagan Pinang, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau kita telah mencapai kejayaan yang sangat cemerlang.

“Undi kita bertambah, ada undi yang lebih besar dari pilihan raya umum 2008 tapi di Kerdau ia melebihi undi pada 2004 malah kita dapat bantu rakan-rakan kita di Sarawak untuk memenangi pilihan raya negeri,” katanya.

Bagaimanapun Najib mengingatkan agar kepimpinan parti tidak terlalu selesa kerana masih banyak perkara yang perlu dilakukan.

“Tapi adakah ini bererti kita berada dalam keadaan yang begitu selesa? Saya kata selagi semboyan belum dibunyikan... semboyan pilihan raya umum ke-13 belum dibunyikan kita mesti bekerja lebih kuat, gigih untuk mantapkan parti.

“Walaupun transformasi berjalan tapi kita harus mantapkan lagi, bukan susah sangat pun... bukan satu rahsia besar, tidak susah... mudah sahaja kerana kalau kita menoleh dan buka balik lipatan sejarah Umno cuba kita bayangkan nilai perjuangan orang dahulu kita akan akan tahu rahsianya iaitu bersatu, bersetia dan berkhidmat,” katanya.

Justeru sebagai sebuah parti Melayu terbesar kata Najib, beliau tidak mahu parti itu terkubur seperti parti-parti Melayu yang lain.

“Kita tidak mahu Umno seperti nasib parti-parti lain, ada parti yang berjasa tapi terkubur, Umno belum mengalami nasib itu... jangan hendaknya kita dapat nasib sama.

“Semua pemimpin Umno seluruh negara, jenama kita masih tinggi nilainya di kalangan rakyat. Kalau kita bekerja kuat, kalau kita dahulukan rakyat, kalau kita setia kepada parti Umno akan terus berkuasa di bumi bertuah ini,” katanya.

Semalam Najib menggesa kepimpinan parti meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.

“Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. Umno perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara,” katanya. MInsider

PRU Olok-Olok Pulak, Macam Debat Agong PAS-Umno Yang Tak Jadi Kerana Anak Bulan Tidak Kelihatan.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang akan bermesyuarat Jumaat ini dijangka akan mengadakan pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kertas kerja mengenai pilihan raya olok-olok akan dibentangkan dalam mesyuarat Jumaat memandangkan Umno akan mengadakan pemilihan parti Julai ini.

“Kemungkinan besar kami akan menyentuh mengenai prestasi pilihan raya negeri Sarawak, analisis keputusan pilihan raya itu, pendaftaran pengundi dan saya akan membentangkan kertas kerja ‘dry run’ itu,” katanya.

Bernama Online melaporkan parti komponen BN Sarawak juga akan membentangkan laporan pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu yang menyaksikan Pakatan Rakyat menambah bilangan kerusi dari tujuh kepada 15, dari 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Tengku Adnan berkata BN perlu membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mengambil iktibar dari beberapa pilihan raya kecil yang telah diadakan termasuk keputusan pilihan raya negeri Sarawak.

Ia juga termasuk mengkaji trend pengundian pada pilihan raya umum Singapura Sabtu lalu sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menangguhkan tarikh pilihan raya umum sehingga hujung tahun ini atau awal 2012 bagi memastikan sokongan Bumiputera dan pengundi India seterusnya memastikan kemenangan dua pertiga Parlimen.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sokongan Melayu terhadap Umno akan meningkat selepas pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan diri beliau untuk mencalarkan imej Pakatan Rakyat sebagai tanda pilihan raya umum akan diadakan Ogos ini.

Tapi sumber BN berkata Najib masih berhati-hati untuk mengadakan pilihan raya umum selagi beliau tidak yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga yang mana kini dilihat agak mustahil selepas sokongan orang Cina di Sarawak menunjukkan penurunan sokongan yang besar.

MCA telah mengalami kekalahan besar pada pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan BN gagal memperoleh majoriti dua pertiga — yang mana parti itu hanya menang 15 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandingi. MInsider

Rabu, 11 Mei 2011

Bila Blogger Nyamuk Yang Baru Nak Jadi Celaka Tarik Kembali Artikelnya, Kenapa...!!!!

Bila blog picisan yang baru nak jadi blogger celaka menarik kembali artikelnya berkaitan isu mengkristiankan Malaysia. Tak payah gua namakan blog tersebut kerana ini sikap penakut yang ada pada mereka. Mereka menyebarkan fitnah terhadap pembangkang kerana mereka tahu yang mereka amat-amat dilindungi dari OSA mahupun diheret oleh ISA. Ia boleh dilihat bagaimana pelindungan pihak tertinggi terhadap blogger pencacai celaka berkaitan penyebaran video lucah secara terang-terangan. Apakah pihak berkuasa mengambil tindakan sedangkan mereka tahu akan dalangnya.

Isunya mudah kenapa blogger nyamuk yang baru nak jadi celaka berbuat demikian kerana otai mereka iaitu blogger fasik (Papagomo) tidak menyokong isu yang dibawa oleh Big Dog. Permusuhan antara blogger fasik dengan Big Dog sudah lama gua tahu kerana Big Dog diketegorikan sebagai blogger elit yang mempunyai gelaran. Jika lu hendak jelaskan lagi bagaimana permusuhan blogger fasik dengan Big Dog, lu Baca Sini.

Oleh kerana blogger nyamuk yang baru nak jadi celaka menganggap blogger fasik adalah otai mereka, maka segala kata-kata blogger fasik diambil sebagai rujukan mereka, hitam kata blogger fasik maka hitamlah jadinya. Kerana itulah apabila blogger fasik ini menyerang Big Dog, tiba-tiba artikel yang dipaparkan oleh blog tersebut dipadamkan. Lu boleh baca ke tidak setujui blogger fasik terhadap tuduhan Big Dog dengan isu yang tengah hangat ni, Baca Sini.

Gua sendiri akui akan betapa otainya blogger fasik sehinggakan tiada pihak yang berani mengambil tindakan ke atasnya. Blog beliau memang mempunyai rank tertinggi di kalangan blog-blog pencacai iaitu menduduki dalam senarai Top 3 keseluruhan di kalangan blog pencacai Umno celaka. Pelayar yang melayari blognya bukan kerana cerita yang berfakta tetapi pembaca ingin membaca cerita-cerita fasik dan lucah yang dipaparkan dalam blognya.

Di sini lu boleh bandingkan di antara blog pembangkang dengan blog pencacai Umno celaka, siapa yang paling hebat. Jarang artikel-artikel dari blog pembangkang yang memadamnya setelah disiarkan melainkan dengan arahan mahkamah. Blogger dari pembangkang memang jenis tahan lasak, tidak seperti blogger pencacai Umno celaka yang kecut perut apabila mendapat tahu yang artikel mereka tulis atau ciplak sedang disiasat.

Nasihat gua buat blogger nyamuk yang baru nak jadi celaka, jika lu nak jadi blogger yang hebat lu jangan menjadi hamba kepada sesiapa walau seotai mana pun mereka. Dengan memadamkan artikel yang telah lu paparkan, maka terserlahlah akan sifat pengecut dan ia menunjukkan yang lu memang dah jadi barua blogger fasik. Lu memang tak layak digelar pejuang di alam siber kerana dengan sedikit gertakan sahaja, lu terus sembunyi dalam kain mak lu. Cuma gua boleh kata..
Ingat PapaGomo, ingat berita fasik
Ingat Parpukari, ingat air setan.
Ingat GAP, ingat blogger celaka.
Ingat blogger nyamuk, ingat tak ada batu.
Ada batu sembunyikan, bagi Big Dog makan lagi baik.

Pulau Pinang Mahu KDN Ambil Tindakan Terhadap Utusan

Datuk Seri Hishammuddin Hussein diminta bertindak tegas terhadap “laporan palsu” Utusan. — gambar fail
Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memfailkan satu aduan rasmi mendesak Kementerian Dalam

Negeri mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan yang mengaitkan DAP dengan konspirasi Kristian.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara menyokong usul itu termasuk dua wakil rakyat Umno yang tidak mempercayai laporan tersebut.

Kata Lim, dua wakil rakyat Umno yang turut menyokong usul itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang, Datuk Hilmi Yahya dan Adun Pulau Betong Muhammad Faris Saad ketika sidang DUN semalam.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang secara rasmi meminta YB Menteri untuk mengambil tindakan tegas dan membantah laporan palsu serta fitnah seperti yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei 2011 yang melaporkan wujud konspirasi antara DAP dan paderi Kristian di Pulau Pinang untuk membentuk negara Kristian dan melantik perdana menteri Kristian,” kata beliau dalam surat rasmi yang diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Tambah Lim, tindakan yang diambil Hilmi dan Muhammad Faris membuktikan secara jelas bahawa akhbar milik Umno itu mengeluarkan laporan yang tidak benar dan bersifat hasutan.

Beliau juga menggesa Putrajaya menuntut Utusan Malaysia membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menyiarkan laporan “palsu dan berniat jahat” serta mengambil tindakan kepada semua individu yang terlibat.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang percaya akan kebebasan maklumat dan kebebasan akhbar sebagai asas dalam hak-hak asasi dan demokrasi.

“Bagaimanapun kebebasan ini tidak membenarkan anda mencetak sebarang bentuk laporan tidak benar. Laporan palsu ini dibuat dengan niat jahat dan boleh membangkitkan sensitiviti melalui sentimen yang sempit dan melampau,” katanya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” itu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Utusan Malaysia melaporkan perkara itu selepas memetik laporan sebuah blog yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu “pembohongan yang bahaya.”

Lim juga mempersoalkan tindakan Utusan Malaysia yang tidak mahu menarik balik laporan itu secara sukarela.

“Dengan tidak menarik balik dan meminta maaf, Utusan Malaysia terus memainkan isu itu. “Sekarang laporan palsu ini telah tersebar dan ia akan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan,” katanya.

Sebagai contoh, Lim merujuk kepada demontrasi yang dilakukan Pemuda Umno yang membantah tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mencadangkan laluan bebas tol dari Jalan Bagan 29 hingga Jalan Siram.

Ketika demonstrasi itu, Lim berkata “bahasa kasar” telah digunakan dengan menuduh beliau terlibat dengan konspirasi tersebut.

Beliau menegaskan kerajaan negeri tidak membuat sebarang laporan polis terhadap peserta demonstrasi itu kerana ia merupakan kebebasan bersuara.

“Bagaimanapun ia salah apabila Pemuda Umno Pulau Pinang mengadakan demonstrasi mengkritik dengan menggunakan bahasa kasar dengan menuduh ketua menteri terlibat dalam konspirasi Kristian itu, ia tidak berasas.

“Demonstrasi itu diadakan atas alasan yang tidak benar dan tidak demokratik tapi ia bahaya dan boleh jejaskan kestabilan negara,” katanya. MInsider

Analisis: Umno 1946, Umno 1988 dan Umno masa depan

Hari ini, 11 Mei 2011 Umno menyambut ulang tahun ke-65. Tetapi melihat sejarahnya Umno yang ada hari ini bukanlah parti yang mewarisi secara sambung-menyambung daripada pertubuhan yang ditubuhkan pada 1946. 

Ini kerana pada tahun Umno yang didaftarkan pada 11 Mei 1946 itu telah diisytiharkan haram oleh mahkamah pada 1988. Umno yang ada sekarang sebenarnya adalah Umno Baru yang didaftarkan pada 13 Februari 1988. Ia kemudian berjaya menggugurkan perkataan baru itu dan selanjutnya diterima oleh mahkamah sebagai pewaris kepada Umno tahun 1946.

Perbezaan antara Umno dan Umno Baru bukan sekadar dari segi undang-undang. Baik dari segi politik mahupun fahaman, terdapat perbezaan antara kedua parti bernama sama untuk zaman yang berbeza. Umno yang asal ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar sementara Umno kini adalah diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi memudahkan cerita sememangnya boleh dianggap terus bahawa Umno kini adalah sama dan lanjutan kepada Umno tahun 1946. Tetapi hakikatnya perbezaan fahaman antara apa yang diasaskan oleh Datuk Onn dan Dr Mahathir tentunya berbeza.

Sememangnyalah setiap pemimpin Umno mencorakkan bentuk dan hala tuju parti. Tentulah Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir mempunyai perbezaan cara mereka mencorakkan Umno. Begitu juga dengan cara Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak memimpin Umno kini masing-masing mencorakkan perjalanan parti menurut cara tersendiri.

Tetapi dengan menubuhkan Umno Baru, Dr Mahathir mendapat peluang untuk membentuk semula parti itu secara segar, hinggakan boleh dikatakan bahawa ia merupakan suatu usaha peremajaan semula parti tersebut. Maka, jika dikirakan bahawa parti itu kini adalah merupakan Umno baru, maka ia sekarang berusia hanyalah 23 tahun. Tidakkah ia merupakan peremajaan semula sedangkan Umno asal itu sudah tiada ketika ia berusia 42 tahun. Sepatutnya begitu.

Atau mungkin peremajaan semula inilah yang menyebabkan parti itu dalam bentuk Umno baru membolehkan ia menyambung hayat perjuangannya bagi memenangi semula pilihan raya umum iaitu pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008.

Tetapi cuba bandingkan kemenangan Umno yang lama dalam pilihan raya terdahulu iaitu pada tahun 1955, 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1981 dan 1986. Melihat sekali imbas pilihan raya yang dihadapi oleh Umno asal ialah kejayaan besar mereka berbanding parti yang kini.

Dari segi kerajaan negeri juga,  dapat dilihat bahawa kekalahan besar berlaku pada tahun 1959 apabila Umno kehilangan Kelantan dan Terengganu kepada PAS. Ia kemudian dapat mengambil balik Terengganu dari segi pilihan raya pada tahun 1964 dan Kelantan pada 1978.

Sementara Umno yang kini pula kehilangan Kelantan pada 1990 dan Terengganu pada 1999. Walaupun ia berjaya meraih semula Terengganu pada 2004, tetapi ia kehilangan Kedah, Perak dan Selangor pada 2008. Justeru, apabila melihat prestasi pilihan raya, Umno kini tidaklah seberjaya seperti Umno asal. Dalam erti kata lain, apa yang dilihat sebagai peremajaan semula dengan penubuhan Umno baru pada 1988 tidak berlaku.

Sememangnya dari segi fahaman dan matlamat perjuangan Umno tahun 1946 adalah sama dengan Umno Baru 1988.

Tetapi tokoh-tokoh kepimpinannya berbeza. Dr Mahathir yang mengasaskan Umno Baru sememangnya berjiwa Umno asal kerana beliau terlibat dengan parti ini sejak awal lagi. Begitu juga dengan Tun Ghafar Baba yang menjadi Timbalan Presiden pertama Umno Baru.

Namun kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pucuk pimpinan tertinggi Umno baru membuatkan ia berbeza dengan Umno dahulu.

Walaupun kemudian kebanyakan pemimpin Parti Melayu Semangat 46 menyertai Umno Baru, yang akhirnya membolehkan parti itu dianggap sebagai pewaris terus kepada Umno asal, keadaan parti sudah berubah, bukan saja dari segi struktur tetapi juga kesinambungan kepimpinan. Keadaan ini berlaku walaupun Anwar disingkirkan daripada parti pada 1998.

Para penyokong Anwar menubuhkan Parti Keadilan Nasional yang disertai oleh banyak bekas penyokong Umno. Sebagai sebuah parti berbilang kaum tetapi dipimpin oleh orang Melayu, ia seolah-olah merupakan penjelmaan semula apa yang pernah diutarakan oleh pengasas Umno sendiri iaitu Datuk Onn.

Sementara kemudian Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan PKN untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR), ia mengimbau kembali kepada apa yang berlaku semasa penubuhan Umno dahulu.

PRM adalah pewaris kepada Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), sebuah parti Melayu kiri dan progresif yang turut menyertai Umno, yang pada mulanya merupakan gabungan persatuan-persatuan orang Melayu. Ia kemudian keluar dari Umno kerana parti itu dilihat sebagai konservatif, didominasi oleh bangsawan dan tidak memperjuangkan kemerdekaan sepenuhnya.

Maka begitulah cabaran yang dihadapi oleh Umno akan datang. Walaupun katakan pada kemudian hari, PKR menjadi lemah atas banyak sebab tetapi tuntutan rakyat, termasuk orang Melayu sudah jauh berbeza daripada apa yang yang dihadapi oleh baik Umno asal tahun 1946 mahupun Umno kini yang berupa lanjutan kepada Umno Baru tahun 1988.

Nota: Karim Amir pembaca The Malaysian Insider

Islam Tetap Agama Rasmi Malaysia, Kata Naib Presiden PAS. Gua Dah Malas Tentang Isu Ini.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Islam adalah agama rasmi Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan kedudukan tersebut. 

Jelas Tuan Ibrahim, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan, namun ia memberikan maksud Islam adalah rasmi negara.

“Persekutuan adalah bermaksud negeri-negeri yang bergabung membentuk persekutuan yang mana Islam adalah agama rasmi negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Agama rasmi Persekutuan adalah agama rasmi bagi negeri-negeri ini, jadi bila kata Islam agama Persekutuan maknanya Islam adalah agama bagi negeri-negeri itu dan ia adalah agama rasmi negara.
“Agama rasmi Persekutuan bermaksud agama rasmi Malaysia, ia sama sahaja sebab Persekutuan ini dibentuk dari negeri-negeri,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Syahredzan Johan yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara dengan merujuk kontroversi yang tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau.

Mengulas lanjut kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara, Tuan Ibrahim berkata walaupun ada pihak mahu agama lain termasuk Kristian menjadi agama rasmi ia tidak boleh dilakukan kerana banyak prosedur yang terpaksa diikuti.

“Kalau kita lihat sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan ia melibatkan Dewan Rakyat, perlukan dua pertiga majoriti Parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong, sebab itu bagi saya ini isu mainan yang sengaja diwujudkan untuk timbulkan keadaan kerana realiti ia tidak akan berlaku.

“Kedudukan Islam (sebagai agama rasmi) tidak perlu dipertikaikan dan tidak perlu bimbang dengan isu-isu yang sengaja dibuat... Islam adalah agama rasmi Malaysia,” katanya.

Justeru beliau meminta supaya semua pihak agar tidak memandang serius perkara itu seperti mana yang dilaporkan Utusan Malaysia kerana ia sengaja “dicipta” untuk mewujudkan ketegangan antara agama.

“Bagi saya ini bukan isu sebenar, ia adalah isu yang sengaja dibuat untuk menimbulkan satu suasana yang akhirnya memihak kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

“Daripada tiada polemik jadi polemik, sedangkan perkara ini tidak pernah berlaku tapi sengaja dibuat,” katanya sambil menambah, “bagi saya isu ini adalah isu yang sengaja dibuat untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu-isu sebenarnya yang berlaku.”

“Isu yang dihadapi oleh rakyat seperti kenaikan kos hidup, kenaikan harga gula dan kenaikan harga minyak... ini adalah isu yang dialihkan supaya rakyat tidak tumpu kepada isu yang mereka hadapi,” katanya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian Agama Rasmi?”, yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang ini, beliau tidak menolak isu-isu perkauman dan agama yang dimainkan Umno melalui Utusan Malaysia petanda pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Ini adalah bunga-bunga kepada persiapan pilihan raya umum sebab setiap kali isu perkauman dan agama dimainkan ia adalah tanda pilihan raya (sudah dekat) dan Umno akan mengambil keuntungan di sebalik perkara ini

“Sebab itu, bagi kita, PAS dan Pakatan Rakyat sudah sepakat iaitu Islam agama rasmi, bahasa Malaysia bahasa rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu dipertahankan, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dipertahankan, ini adalah dasar bersama kita dan tiada yang mempertikaikannya baik PAS, PKR dan DAP,” katanya. MInsider

Selasa, 10 Mei 2011

Big Dog Mula Di Serang Oleh Blogger Fasik Tahap Celaka.


ISA JE ANJING BESAR NI


Lepas satu isu maka satu isu lagi di timbulkan oleh Blogger yang bernama Big Dog ataupun dengan nama melayu nya Anjing Besar. Dah lama ke mamat Blogger ni berblogg? Emmm Gomo akui Anjing besar ni Otai Blogg kerana dah wujud sejak zaman Perang dunia kedua lagi yang mana waktu itu Anjing German Shepherd mengguli carta Anjing Anjing yang ada.

Gomo bukan nak cerita pasal Anjing sangat pun cuma naik hairan dengan baka Anjing Besar sekor ni. Dulu sekali Gomo dah keluarkan artikel mengenai anjing besar ni yang seakan menjadi Liabiliti kepada Kerajaan BN dan nampaknya sekarang ianya berulang kembali.

Dalam isu Gereja dan Negara Kristian ni Gomo memang dari awal merasakan sangsi berhubung artikel yang di keluarkan oleh Anjing besar ni. Sebab apa Gomo sangsi? Kerana di dalam artikel nya tidak ada asas yang kukuh untuk menyatakan perjumpaan Pastor pada malam itu adalah untuk membentuk satu jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan negara Malaysia ini sebuah negara Kristian.

Secara logik Mustahil mereka pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini. Depa pun tahu kewajaran mereka dalam nak menjadikan Malaysia ini negara Kristian adalah tidak akan dapat di laksanakan.

Macam mana pulak si Anjing Besar ni boleh mengeluarkan satu hal yang tak pasti yang mana sekarang ini Kerajaan BN pula menjadi mengsa akibat dari Kebodohan Anjing Besar ini dalam menerjah sesuatu isu.

1 Malaysia yang bukan main hebat di rencanakan Oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib seakan teracam dengan isu yang di momok kan oleh Anjing Besar ini. Rakyat pula semakin gelisah dan sudah ada bau bau sengketa Ugama yang nampaknya cuba di provoks oleh beberapa pihak.

Jeff Oi di namakan sebagai orang yang terlibat dalam majlis berkenaan dan dari apa yang di jawap oleh Jeff Oi memang nampak keberaniannya dalam menjawap isu yang di Momok kan Anjing Besar ini. Malah Jeff Oi turut membuat laporan kepada pihak Polis ke atas Anjing Besar.

Namun demikian Jeff Oi ada melindungi sesuatu yang memang ada dalam perancangan DAP yang mana semua orang tahu apa matlamat mereka. Cuma agenda Kristian bukan lah untuk Semenanjung tapi untuk Sarawak dan itulah impian DAP yang sebenarnya.


Ini kisah sebenarnya yang maklumat Tepat dan Sahih bukan macam Cerita Anjing besar.

DAP memang merancang untuk membentuk Koloni Kristian dalam Negara dan target utama mereka adalah Sarawak dan ini lah yang berlaku sepanjang kempen Pilihanraya Negeri yang lalu di sarawak.

Untuk makluman semua DAP menjanjikan kepada penganut Kristian bahawa jika Pakatan rakyat menang pada PRN Sarawak tempoh hari maka mereka Kerajaan Baru Pakatan Rakyat akan menukar agama rasmi negeri Sarawak kepada Kristian.


Usaha penyebaran menjadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi di Sarawak di jalankan oleh DAP dan ini di lakukan secara terang terangan. Organisasi OHMSI (Oriental Hearts and Mind Studies) merupakan sebuah pertubuhan yang merupakan penyebar dan menjadi alat kepada agenda DAP.


Siapa individu yang berada di belakang Pertubuhan OHMSI ini? Gomo rasa ramai yang tidak terkejut kerana penaung dalam mengerakkan OHMSI ini adalah Teresa Kok dan Hanna Yeoh.


Bukan Jeff Oi sebagaimana yang Anjing Besar maksudkan tapi Teresa Kok dan Hanna Yeoh lah yang mengerakkan OHMSI sebagai nadi menjadikan Kristian agama rasmi Sarawak.


Sebab itu Jeff Oi melenting dengan kebodohan Anjing Besar kerana yang sepatutnya di Terjah adalah Teresa Kok dan Hanna Yeoh dan pertubuhan yang kononya bebas OHMSI. Memang DAP mempunyai agenda besar dalam hal ini namun sepertimana Gomo maklumkan bahawa DAP juga berpijak di bumi yang nyata kerana mereka tahu Semenanjung ini tidak akan dapat di tawan mereka dengan menjadikan sebuah Negara Islam.

Berbalik kepada soal Bodoh yang Anjing Besar momokkan di Pulau Pinang adalah sama sekali tidak benar. Dan ini mendatangkan satu ancaman besar kepada Negara Malaysia. Bayangkan sudah berapa hari isu ini hangat di perkatakan dan semakin terancam perpaduan kita yang berbilang Agama dan bangsa di Malaysia ini. Bagaimana hendak kita semua mengharungi isu Negara Kristian yang memang tak wujud ni?

Gomo mempunyai cadangan kepada pihak Kerajaan Malaysia terutama Kementerian Dalam Negeri. Siasat semua pihak terutama Blogger Anjing Besar ini dan jika ada yang salah maka Tahan di bawah ISA.



Jika Blogger Anjing Besar ini terbukti menyebarkan Fitnah sehingga menggugat keselamatan negara maka adalah satu kewajaran untuk Big Dog ini di tahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman Awam tergugat.

Kerajaan harus memandang serius isu yang di Momok kan Blogger Big Dog ini kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah Kerajaan BN dan bukannya Pakatan Pembangkang. Bagaimana hendak kita bela seekor Blogger yang merosakkan keharmonian Kaum di Malaysia?

Apa guna 1 Malaysia jika hal sebegini tidak dapat di bendung oleh Kerajaan Malaysia? Gomo yakin dan amat pasti pihak Pembangkang juga akan turut sama bersetuju agar ISA di kenakan ke atas Blogger Big Dog ini jika terbukti beliau salah menyebarkan Cerita.

Sudah sampai masanya KDN bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin Ketenteraman Awam. Pada Gomo ianya berbaloi menahan Anjing Besar di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia dari terus haru biru dengan seekor Anjing Besar yang Bengap ni. 
(PG )

Syoknya Jadi Pemuda Umno Putrajaya, Buat Parti Kat Hatyai. Gua Pun Nak Join.

Jahat sungguhlah mulut yang membawa cerita ini. Tak sepatutnya cerita yang kononnya para pemuka Pemuda UMNO Putrajaya akan ke Hatyai pada 29hb nanti dan balik pada 2hb, dijaja-jaja serta ditokok-tambah dengan cerita-cerita hangat di syurga dunia di selatan Thailand itu.

Hatyai adalah negeri yang terkecil di Thailand dan sangat terkenal dengan industri pelancongan seksnya selain pantainya yang indah, juga berdasarkan kepada industri seks dan hiburan!!!

Yang paling tidak menyedapkan telinga, 'mulut jahat' itu juga berkata yang program di Hatyai turut membabitkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.... isyyy... tak baik sungguh mulut-mulut jahat yang suka memanjang-manjangkan cerita ini!!!

Takkanlah mulut jahat itu tidak tahu, di Hatyai ada perkampungan Melayu. Ramai orang Melayu di sana. Tujuan Pemuda UMNO Putrajaya ke Hatyai itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan perkara-perkara lagho DAN MAKSIAT, sebaliknya besar kemungkinan mereka ingin 'berdakwah' dan juga menarik sebilangan besar pemuda-pemuda Melayu Hatyai yang belum lagi menjadi ahli UMNO.

Bayangkanlah, kalau jadi rancangan segitu, pastinya yang menjulang naik adalah nama Pemuda UMNO Malaysia. Belum pernah lagi mana-mana Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berjaya mengembangkan sayap dan menarik pemuda-pemuda negara lain menjadi ahli UMNO...

Kan kejayaan besar tu!!!

Perdana Menteri selaku Presiden UMNO seharusnya melihat potensi ini. Jangan asyik berkokok dalam Malaysia saja. Ni tidak, asyik-asyik UMNO gah di dalam Malaysia saja. Mujurlah ada Ketua Pemuda yang berwawasan jauh... patut kena bagi jawatan Menteri bertaraf Perdana tuh!!!

Sesiapa yang belum menjadi ahli UMNO lagi dan teringin nak jadi ahli UMNO serta bergiat cergas dalam Pemuda UMNO, moh ler kita ke Putrajaya dan minta borang daripada Ketua Pemuda Putrajaya yang khabarnya, dah rupa macam tv remote control. Untung-untung kita mampu pergi ke Hatyai untuk TAMBAH AHLI PEMUDA UMNO!!!
(TFK)

Najib Bentang Bajet 7 Oktober, ‘Bajet Pilihan Raya’?

Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2012 minggu pertama Oktober ini, yang dilihat penganalisis bakal muncul sebagai "bajet pilihan raya" sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan. 

Bajet 2012 akan dibentangkan pada 7 Oktober.

Tahun lalu Najib, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, membentangkan Bajet 2011 pada 15 Oktober dan kali ini dipercepatkan satu minggu.

Pengumuman tarikh itu dibuat di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan Oktober ini meskipun ada ramalan menyebut ia akan dipanggil sebelum Ramadan.

Kementerian Kewangan sedang mengakan sesi dialog tahunan mengenai bajet.

Kerajaan BN pernah membubarkan Parlimen ketika Dewan Rakyat sedang membahaskan ucapan belanjawan negara 2000 bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum 1999.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online memetik Najib berkata, Bajet 2012 adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi. 
 
Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata Najib.

“Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan,” kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya.

Najib berkata usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar.

“Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif,” kata Najib lagi.

Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. MInsider

Isnin, 9 Mei 2011

Awas: Blog Pencacai Umno Tempat Setan Bertenggek Maka Hindarinya.

Nampaknya ramai blogger pencacai tahap celaka marah kat gua bila gua hantar komen kat blog mereka. Ada yang menuduh gua cuba bersaing dengan blog paling terkenal dengan sikap pencacai tahap celakanya iaitu GAP pasal nama blog gua pun Gerakan Anti Najib/Rosmah. Gua tak heran pun dengan tuduhan-tuduhan yang bersikap kebudak-budakkan mereka itu. Memang blog gua tak ada class pun jika nak bandingkan dengan blogger-blogger yang sudah dapat sayap kehormatan, iaitu dengan gelaran 'Blogger Sial'.

Dengan menghantar komen-komen menggunakan nama anon atau anu, mereka cuba mengangkat kehebatan tiga blog yang berada diranking teratas yang tak perlu gua namakan. Hakikatnya mereka sebenarnya jauh tertinggal dibelakang dua lagi blog milik gua. Tapi gua bukan macam blogger sial yang sarat dengan kerja-kerja fitnah walaupun ada antaranya mempunyai online yang tinggi. Bukan kerana orang suka akan blog tersebut tetapi pelayar hendak melihat video porna percuma yang ditayangkan oleh mereka aje.

Sedar tak sedar, maka bertambah-tambahlah timbangan amal yang mereka lakukan itu. Semakin banyak orang lihat, semakin banyak ler amal yang akan ditimbang di akhirat nanti. OOOppp silap pulak, apa nak timbangnya kerana mereka bukannya orang yang beragama. Bagi mereka, mati itu  benar, azab kubur itu tidak benar, hidup selepas mati itu tidak benar, timbangan amalan di Padang Mahsyar itu tidak benar, Syurga dan Neraka itu tidak benar. Ini kerana mereka berpegang kepada, "Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku".

Mereka angkuh dan takbur dengan apa yang ada dan mereka berbangga apabila kerja-kerja fasik yang mereka lakukan dipuji dan dipuja apatah lagi jika ia diangkat sebagai muka depan oleh media pencacai. Jika lu tak percaya, pergi lah bertenggek (jadi setan sekejap) kat blog mereka, lu akan dihidangkan cerita dan video lucah. Tidakkah ini sama dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. pada akhir zaman.

Lu jangan berhujah dengan al-Quran dan as-Sunnah kerana mereka tidak berpandukan kepada kedua-duanya. Ini  disebabkan mereka lidah-lidah mereka sudah menjadi keras untuk mengucap ayat-ayat Allah dan ada yang nafasnya terlalu pendek disebabkan perut-perut yang semakin buncit disebabkan air kencing syaitan diminum sebagai menghilang haus. Mereka boleh diajak berhujah dengan menggunakan kitab 1Malaysia, kitab yang mereka duk ratib setiap hari.

Gua, kalau nak berhujah dengan akal, al-Quran dan as-Sunnah, bila-bila masa ajer. Tapi apa kan daya, mereka-mereka ini hanya pandai berhujah bersumberkan nafsu sarakah dan logik akal. Kesian juga gua tengok, tapi nak buat macam mana, gua bukan taraf mereka yang cukup mahir dengan kitab 1Malaysia.

Ni nak habaq sikit, gua bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP kerana gua adalah Umno total dan gua  memuja Tun Siti Hasmah.

Pemberitaan sangat tak beramanah, kata Hadi. Blogger Pencacai Umno Lagi Tak Berotak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan laporan yang bertujuan membakar semangat orang Melayu-Islam berhubung isu 'negara Kristian' melambangkan satu bentuk pemberitaan yang sangat tidak beramanah.

merlimau by election pas candidate announcement 240211 hadi awang"Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.

"Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutama dikalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju kearah negara kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah," katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan dakwaan pemimpin Kristian berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara.

Dibuat dalam bentuk penafian, akhbar milik Umno itu turut melaporkan agenda menjadikan perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Laporan akhbar memetik tulisan di blog Zakhir Mohamed atau lebih dikenali sebagai Big Dog dan blog Marahku.

Dalam kenyataan ringkat empat perenggan hari ini, Abdul Hadi sebaliknya menyifatkan "mereka" yagn sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat.

Tanpa menyebutkan pihak itu secara jelas, anggot parlimen Marang itu juga mendakwa mereka juga selali gus "melemahkan jatidiri orang melayu beragama Islam".

"Melayu seterusnya menghadapi kecelaruan sahsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang Melayu beragama Islam dalam negara kita ini," katanya.

Big Dog terus gesa siasat 'konspirasi Kristian'

Penulis blog Zakhir Mohamed terus menggesa supaya siasatan dijalankan ke atas "cakap-cakap" berhubung dakwaan konspirasi bagi menukar agama rasmi persekutuan kepada Kristian dan melantik perdana menteri daripada penganut agama itu.

Dalam satu tulisannya di blog bigdogdotcom.wordpress.com semalam, Zakhir berkata ia perlu disiasat rapi kerana ianya mungkin menyebabkan golongan Melayu dan Islam "bangkit dalam keadaan marah."

utusan malaysia, malaysia negara kristian, bigdog"Sudah tiba masa 'cakap-cakap' mengenai gerakan ini yang mungkin subversif dan mampu mengganggu gugat keselamatan negara apabila majoriti iaitu orang Melayu-Islam bangkit dalam keadaan marah, disiasat secara rapi.

"Sekiranya benar, maka ianya patut ditangani termasuk mengambil tindakan sewajarnya," kata beliau yang popular dengan nama jolokan Big Dog dalam tulisan itu.

Tulisan itu disiarkannya semalam, ekoran satu laporan akhbar Utusan Malaysia kelmarin berhubung dakwaan pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara.

Laporan akhbar itu adalah berdasarkan tulisan di blog Zakhir bertajuk 'Making Christianity the official religion' yang turut mendakwa bahawa ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi telah menganjurkan pertemuan berkenaan.

utusan malaysia kritsian agama rasmiDalam tulisan yang disiarkan pada 6 Mei itu, Zakhir berkata seramai 35 orang paderi "dikatakan telah bersumpah untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia dan perdana menteri juga seorang Kristian."

Dakwaan itu bagaimanapun telah dinafikan oleh Pertubuhan Biskop Katolik Malaysia, yang menyifatkan laporan berhubung dakwaan yang disiarkan Utusan Malaysia itu merupakan laporan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Zakhir ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas berhubung isu berkenaan "sebab sudah ada laporan polis dibuat ke atas saya."

Beliau juga enggan menjelaskan sekiranya polis telah menyiasat beliau berhubung isu berkenaan.
Setakat ini, laporan polis ke atas Zakhir telah dibuat oleh Jeff Ooi dan juga oleh beberapa NGO termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia berhubung petikan daripada blog berkenaan. Malaysiakini

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...