Translate

Mesti Baca

Sabtu, 7 Mei 2011

Isu Kristian: Blogger Pencacai Yang Bersikap Rasis..!!

Nampaknya ISA akan mencari mangsanya yang terbaru berhubung isu mengkristiankan Malaysia yang sedang dimainkan oleh blogger pencacai tahap celaka. Inilah permainanan Umno celaka yang semakin hari semakin ketandusan isu dalam megembalikan pengaruh mereka yang semakin pudar. Mereka mengira isu yang mereka mainkan ini akan mendapat perhatian dari masyarakat Melayu Islam kerana isu beginilah yang amat disukai oleh Melayu Umno. Bagi pegangan blogger pencacai Umno, Melayu itu Islam, Islam itu Melayu walau pun kehidupan mereka dan keluarga mereka tidak langsung bercirikan sebagai seorang Muslim.

Seingat gua, TGHH sentiasa membawa isu murtad ke dewan Rakyat semenjak beliau menjadi ahli parlimen. Apa yang Umno lakukan, jika tidak memperlekehkan apa yang diusulkan. Orang yang paling lantang tentang isu mempermainkan isu murtad ialah mantan PM, Mahathir yang mudah lupa. Tanya sama Mahathir yang mudah lupa apabila isu ini dibangkitkan dan kenapa beliau mempertahankan gejala maksiat yang ada di Malaysia. Mahathir kata, jika banyak maksiat, kilang arak, pub-pub dan segala yang bertentangan dengan Islam akan menguatkan lagi iman orang Melayu Islam.

Para blogger pencacai tahap celaka, apakah mereka pun mudah lupa macam bapak politik mereka (Mahathir) yang sentiasa menghina Islam dalam keadaan sedar. Bagi gua, Umno celakalah yang paling teruk sehingga ramai orang Melayu murtad kerana bagi pegangan gua, Melayu tidak semestinya Islam dan Islam bukan hanya untuk orang Melayu semata-mata. Islam adalah milik sesiapa sahaja tanpa mengira bangsanya kerana yang mulia disisi Allah ialah orang yang membela agamanya bukan diatas kesesatan. Oleh itu orang yang membela Islam di negara ini bukannya Umno mahu pun Perkasa yang berjuang sekiranya ia menguntungkan mereka.

Blogger Umno jangan jadi bodoh sombong dengan membawa isu yang hanya orang yang bankrup dengan isu rasis yang tak masuk akal. Gua pun tak tahu bagaimana pemikiran orang Umno tentang beragama dalam perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan bukan untuk dipraktikan. Logik akal sudah lama menetapkan yang Malaysia memang pun negara Kristian kerana melaksanakan hukum penjajah yang beragama Kristian. Jika Malaysia sebuah negara Islam, sudah pasti undang-undang utama ialah berlandaskan Islam bukannya berlandaskan perlembagaan Lord Reid. Jika tidak kerana TGHH, Umno masih mempertahankan yang politik suku agama suku.

Jika sekadar Islam sebagai agama rasmi negara, tiada bezanya Malaysia dengan Perancis yang mengiktiraf Islam sebagai agama kedua rasminya. Kerana itulah Mahathir dengan penerapan nilai-nilai Islam telah menyamakan salam dengan 'Selamat Pagi atau Petang. Pak Lah dengan Islam Hadhari yang meletakkan Islamnya sahaja yang lengkap dan Najib pula dengan One Malaysia yang mana salam 1 Malaysia lebih utama dari 'Assalamualaikum'. Jadi, di manakah kita yang mengaku sebagai umat Islam, adakah pada susur jalur atau pada nama atau pada baka..!!!

Jika Mahathir masih jadi PM, pasti beliau akan kata. 'inilah cara orang Islam untuk menguatkan keimanan mereka, maka marilah kita berterima kasih kepada paderi-paderi kerana isu ini'. Yang pasti, Mahathir adalah bapak Mizan.

NGO Islam: Kristian Agresif Ancam Muslim, Salah Siapa..!!

Islam di Malaysia berhadapan dengan ancaman ekoran sikap agresif komuniti Kristian yang mahu bertekad menarik Muslim yang tidak kukuh akidah menganut agama itu, dakwa beberapa kumpulan Islam hari ini.

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendakwa masyarakat Kristian sedang menyusun perancangan terperinci untuk memastikan lebih ramai Muslim meninggalkan kepercayaan mereka, tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Presiden Pembela Dr Yusri Mohamad berkata, tuntutan-tuntutan masyarakat Kristian berhubung isu Allah dan juga Alkitab membuktikan mereka mahu mempengaruhi Muslim menganuti Kristian dan meninggalkan Islam.

“Kita berhadapan dengan kumpulan Kristian yang agresif, ambil sikap konfrontasi,” katanya.

“Tuntutan-tuntutan mereka berhubung Al-Kitab, kalimah Allah berkaitan dengan usaha mereka menyebarkan Kristian... mereka menggunakan strategi ini untuk menjinakkan Muslim, dengan menggunakan terma-terma yang dekat dengan agama kita,” kata Yusri ketika satu majlis di sini hari ini.

Peguam syariah itu berkata ini ada usaha-usaha secara langsung untuk mengkompromikan kedudukan Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Seorang saudara baru, Ann Wan Seng, yang merupakan sebahagian daripada panel hari ini yang membincangkan sama ada “Islam berhadapan dengan ancaman” berkata, masalah di kalangan Muslim negara ini ialah mereka tidak merasakan berhadapan dengan ancaman.

“Kita perlu merasakan terancam... masalahnya ialah orang kita tidak merasakan apa-apa meskipun apabila kita berhadapan dengan ancaman.

“Kita tidak boleh hanya mempersalahkan (komuniti) Kristian atas kerja mereka, kita tidak melakukan kerja kita,” katanya lagi.

Ann mendakwa Petaling Jaya kini berperanan sebagai hab bagi menyebarkan agama Kristian dan Muslim menjadi murtad.

“Pihak Kristian melakukan yang ini secara diam-diam dan juga secara terbuka, mereka menyebakan risalah kepada pelajar Muslim kita.

“Saya ada melihat perkara ini berlaku di Universiti Malaya (UM). Pelajar-pelajar wanita memakai tudung tetapi apabila anda mengalihkan tudung, mereka memakai salib,” dakwa Ann.

Ann juga mendakwa keadaan yang serupa berlaku di Johor di mana Persatuan Kristian Melayu Singapura menghantar anggotanya ke Johor untuk menarik Muslim menjadi Kristian.

Seorang lagi anggota panel Zaid Kamaruddin dari Jemaah Islamiyah Malaysia (JIM) berkata, Muslim tidak boleh berpuas hati dengan keadaan semasa dan mengharapkan hak-hak mereka dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan ataupun oleh parti-parti politik.

“Kesemua kumpulan Islam, NGO perlu bersatu atas matlamat bersama,” katanya lagi.

Utusan Malaysia edisi hari ini membawa laporan muka depan bertajuk “Kristian agama rasmi” berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri.

Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan malam tadi.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi juga menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut sebagai tetamu.

Dalam respons, seorang anggota panel forum anjuran Pembela ini berkata, meskipun tiada peruntukan undang-undang mengenai soal agama atau kaum untuk menjadi perdana menteri, penyandang jawatan itu mestilah seorang yang beragama Islam.

“Perdana menteri mestilah seorang Muslim, atau tidak dia tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal berkaitan agama Islam.

“Bagaimana anda boleh ada bukan Islam menasihati Agong dalam soal-soal mengenai Islam,” kata peguam Datuk Zainal Rejal. MInsider

Memang ada pihak PKR tak senangi saya, akui Chegubard

Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shaharin, yang disebut-sebut akan keluar parti itu berkata, beliau masih ahli seumur PKR tetapi secara terbuka mengakui “memang tidak disenangi beberapa pemuka” dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.
 
Meskipun mengakui beliau ahli seumur hidup PKR, beliau yang turut dikenali sebagai “Chegubard” tidak menjawab sama ada akan keluar PKR untuk menyertai komponen PR iaitu PAS atau DAP.

“Chegubard masih ketua cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR. Sejak menjadi ahli Keadilan 1999 saya tidak pernah memperlahankan gerak kerja saya,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Malah tegas Badrul Hisham (gambar), ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepadanya dan mungkin ada yang seronok dan mengharap sangat jika meninggalkan PKR.

Katanya, mereka yang pro-BN sudah tentu kecewa dan “saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita Chegubard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR.”

The Malaysian Insider dalam laporan semalam menyebut Badrul Hisham yang hujung tahun lalu tewas pemilihan jawatan ketua Angkatan Muda PKR disebut-sebut kemungkinan akan keluar PKR, dan jikapun keluar akan menyertai DAP atau PAS.

Pemimpin-pemimpin sayap muda DAP dan PAS pula menjelaskan mereka tidak tahu-menahu mengenai desas-desus itu.

Pengerusi Pemuda DAP pusat Anthony Loke ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan belum ada sebarang perbincangan mengenai isu itu.

“Belum ada permohonan atau perbincangan. Saya tidak boleh komen selagi tiada pengumuman daripada Chegubard sendiri. Dan jika ada, perkara ini akan dibincangkan di peringkat pemimpin kanan Pakatan, perlu dibincangkan bersama,” kata beliau ketika dihubungi tengah hari ini, sebelum Chegubard mengeluarkan kenyataannya.

Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kayat juga memberitahu, perkara tersebut perlu dibincangkan bersama dan menerima ‘lampu hijau’ PKR jika benar Badrul Hisham mahu menyertai PAS atau DAP.

“Kita ada konsensus bahawa komponen Pakatan Rakyat tidak boleh menerima ahli yang keluar parti komponen... kita kena menjaga keharmonian dalam Pakatan,” katanya.”Bagaimanapun jika hendak terima (Chegubard atau mana-mana ahli PKR), perlu ada persetujuan PKR, dalam kes ini, jika Chegubard mahu masuk PAS,” katanya lagi.

Justeru kata beliau, setakat Dewan Pemuda PAS belum ada sebarang perbincangan mengenainya.

“Kalau peringkat atas (pusat) saya tidak pasti,” kata Suhaizan.

Dalam penjelasannya hari ini, Badrul Hisham menambah, ketika ramai meninggalkan parti semasa tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih satu dekad lalu, “saya melihat suasana kosong yang mendesak,  maka saya telah melangkah sepenuh masa bersama perjuangan ini.”

“Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat?” kata beliau lagi.

Badrul Hisham juga berkata, beliau tidak menafikan beliau berdepan dengan pelbagai masalah pascapemilihan selepas mendesak keadilan dan ketelusan.

“Tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan diselesaikan dengan langsung saya tak dipanggil menghadap mana-mana jawatankuasa,” katanya.

Namun katanya, beliau tetap bersabar kerana ada agenda besar menumbangkan BN dan mendesak perubahan dalam negara.

Badrul Hisham juga berkata, pergerakannya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki, termasuk program Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berbentuk karnival yang diadakan Febuari lalu mahu dibatal oleh sesetengah pihak dalam PKR dengan menemui Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan “kami tak dibantu atau dibatal lesen.”

“Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung.

“Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PKR sebagai NGO mendekati anak muda,” katanya yang juga pengerusi SAMM.

Kata Badrul, jika beliau mahukan jawatan banyak cara yang boleh digunakan untuk memperolehinya, malah “saya pernah menolak tawaran pun.”

Badrul Hisham menolak pelantikannya sebagai penolong setiausaha agung selepas tewas pemilihan pusat tahun lalu.

“Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu,” katanya lagiMInsider

Hukum Islam Patut Dilaksanakan Di Negeri Majoriti Islam.

Apa pun bagi gua, Pakatan Rakyat patut membenarkan negeri-negeri majoriti Islam melaksanakan hukum Syariah seperti yang termaktub didalam Islam dengan mengekalkan hukum sivil untuk pilihan kepada bukan Islam. Sekurang-kurangnya keadilan yang ada didalam hukum Syariah dapat dijadikan contoh kepada semua lapisan masyarakat.

Kenapa PKR dan DAP begitu takut untuk PAS melaksanakan hukum tersebut di Kelantan dan Terengganu. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hukum Syariah belum lagi ada didunia moden ini walau pun Arab Saudi sudah melaksanakannya tetapi ianya berbeza untuk dijadikan contoh.

Hukum Syariah yang dilaksanakan oleh Umno hanya bersandarkan kepada peninggalan penjajah British. Keadilan yang ada pada hukum Islam tidak akan diketahui jika ia hanya bersumberkan kepada percakapan, membaca tanpa dilaksanakan. Buat pemimpin bukan Islam, jangan lu terlalu mencampuri urusan yang tiada kena mengena dengan lu.

Kita amat memahami jika hukum tersebut ditolak mentah-mentah oleh Umno dan para pencacainya kerana mereka tahu kehebatan hukum Islam yang tidak sesekali memilih bulu. Walau lu seorang pemimpin tertinggi pun lu tidak akan terlepas dari di adili jika lu membuat kesalahan. Kerana itulah hukum Islam begitu hebat difitnah oleh Umno dan para pemimpinnya. Gua petik dari blog Anwar untuk tatapan lu semua.

Pakatan Rakyat (PR) tetap berpendirian Islam akan kekal sebagai agama rasmi negara ini dan oleh itu tidak timbul soal perikatan tersebut akan mengambil langkah mengubah statusnya jika menawan Putrajaya, kata blog Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. 

Pandangan itu juga mendakwa laporan Utusan Malaysia bersifat melampau dan mengelirukan rakyat memandangkan status Islam sebagai agama rasmi sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini di bawah tajuk “Kristian agama rasmi?”

Laporan itu juga memetik Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu. 

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu. 

Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog. 

Nota pentadbir dalam blog rasmi Anwar (gambar), Ketua Umum PR itu berkata, Utusan Malaysia sekali lagi bertindak melampaui batas dan kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa. 

“Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan,” katanya. 

Tulisan itu menambah, isu agama rasmi bagi Malaysia menjadi sasaran terbaru “aparat pemerintah manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat.” “Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan,” katanya. 

Entri itu turut menyiarkan kenyataan rasmi tiga pemimpin kanan PR yang ditandatangani bersama pada 8 September 2008. 

Kenyataan tiga tahun lalu itu, antara lain menyebut, “kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.” 

“Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan,” katanya lagi. 

Ia juga menggariskan, berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini “kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar Umno-BN.” “Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini,” kata kenyataan tersebut. 

Entri blog Anwar hari ini menambah, jelaslah bahawa Utusan Malaysia tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, sbealiknya ia hanya layak menyandang gelaran ‘tabloid Umno’ sesuai dengan kenyataan bahawa parti tersebut merupakan pemegang saham sekali gus merupakan majikan mereka. 
“Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanah air dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini,” katanya lagi

Judin: Lu Amanah, Lu Akan Di Tendang Tetapi Jika Lu Pencacai, Lu Akan Di Junjung.

PAS menuntut Kementerian Kerja Raya memberikan alasan munasabah kepada umum berhubung perpindahan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir Dr Judin Abd Karim, ke satu jawatan yang lebih rendah, baru-baru ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata penjelasan itu diperlukan memandangkan rekod perkhidmatan Judin dikatakan bersih, amanah dan bertanggungjawab selama menjalankan tugas beliau di JKR.

Beliau yang melahirkan rasa kesal dengan perpindahan tersebut, berkata kementerian sewajarnya berasa bangga memiliki pegawai yang bertanggungjawab dan berintegriti dalam melaksanakan tugas, bukan bertindak sebaliknya dengan memindahkan beliau ke jabatan yang lebih kecil.

Mulai 1 Mei lalu, Judin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Meskipun mendapat bantahan awam dan protes senyap kakitangan JKR, kerajaan tetap berkeras "menghukum" Judin yang dikenali sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi.

"Saya difahamkan, Judin bersikap tegas memastikan setiap prosedur berkaitan tender kerajaan dipatuhi oleh kontraktor. Dalam kes kontroversi pembinaan Istana Negara (yang menelan belanja di luar jangka), beberapa keputusan Judin, termasuk untuk menamatkan khidmat kontraktor utama yang mempunyai prestasi buruk, menjadi punca beliau disingkirkan," dakwa beliau.

Tambah Mahfuz, tindakan kementerian itu turut bertentangan dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada 2004 bagi meningkatkan integriti penjawat awam apabila berlaku peminggiran terhadap pegawai yang berintegriti seperti Judin.

Katanya, perpindahan itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang kemungkinan berlaku pertembungan penyalahgunaan kuasa di peringkat kementerian untuk meminggirkan sesiapa pegawai yang tidak sealiran dengan 'pihak tertentu'.

Selain kesal dengan tindakan kementerian tersebut, kekesalan Mahfuz turut dilemparkan terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila tidak mempertahankan Judin, sedangkan beliau bertanggungjawab penuh ke atas pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.

"Adakah KSN turut terlibat dalam konspirasi ini, hingga mendiamkan sahaja perkara tersebut?  Sedangkan pegawai seperti Judin inilah yang sebaik-baiknya untuk kebaikan dan pembangunan negara," kata Mahfuz.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tindakan yang dikenakan terhadap Judin itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak komited dalam mengembalikan dan meningkatkan integriti sistem pentadbiran negara.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan benar-benar komited dalam soal integriti ini, badan-badan seperti kehakiman dan penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan-badan lain perlu diberi isyarat yang baik sekiranya pegawai mereka bertindak dengan penuh tanggungjawab.

"Tindakan ini seolah-olah menunjukkan kerajaan pimpinan Najib Tun Razak ini 'bermusuh' dengan pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas mereka dengan amanah dan bertanggungjawab.  Persoalannya, apakah isyarat yang ingin diberikan kepada kakitangan kerajaan ini?  Tindakan terhadap Judin ini hanya menunjukkan pertentangan amalan dengan PIN yang dilancarkan sebelum ini," tegas beliau.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata pegawai-pegawai awam ini sepatutnya diberikan kepercayaan atas keupayaan mereka menjalankan tugas dan amanah yang diberikan, bukan 'dihukum' kerana bertanggungjawab.

Tambahnya, situasi ini akhirnya akan menyebabkan pegawai kerajaan akan dilihat menjadi penakut, tidak bebas dan sentiasa dilihat terkongkong, yang kemudiannya menyebabkan sistem pentadbiran negara tidak akan dapat dipertingkatkan.

Dalam pada itu, beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat akan memastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku dan berusaha untuk mengembalikan dan memulihkan integriti badan-badan kehakiman dan penguatkuasaan yang selama ini mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang  mula mendedahkan pertukaran mendadak Judin itu awal April lalu, turut mendesak Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberikan penjelasan segera.

"Shaziman seorang yang berpengalaman sebagai jurutera awam sepatutnya mempertahankan Judin daripada tekanan politik elit penguasa dan kontraktor bermasalah. Pertukaran Judin adalah satu pengkhianatan terbuka kerajaan terhadap kakitangan awam yang berintegriti tinggi dan beretika cemerlang," tegas Lutfi.

"Kes Judin tidak boleh dipandang remeh. Sikap berdiam diri Perdana Menteri, Najib Razak amat dikesali. Dia mesti memberi jawapan di atas pertukaran  jelas yang mahu mengaibkan Ketua Pengarah Kerja Raya itu," tambah Lutfi.

Beliau menegaskan: "Ini merupakan rakaman hitam sepanjang sejarah JKR yang sudah berusia 120 tahun. Tidak pernah seorang Ketua Pengarah Kerja Raya ditukarkan ke jawatan lebih rendah walhal Judin dikenali ramai, khususnya warga JKR sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi dan teguh memegang prinsip kerja." HarakahDaily

Rampas Selangor: Pakatan Saran Najib Tidak Bongkak

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Datuk Seri Najib Razak supaya jangan terlalu yakin dan angkuh untuk merampas kembali Selangor daripada pimpinan Pakatan Rakyat, lapor TV Selangor.

Sebaliknya, Anwar memberi amaran kepada perdana menteri agar tidak mengamalkan "politik rampas" semata-mata untuk memerintah negara.

anwar ceramah kuala terengganu“Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini.

“Najib jangan bongkak... Insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru,” katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di Kuala Terengganu malam tadi.

Anwar turut menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”

NONEPresiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah, selain mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS.

Strategi kotor

Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.

“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

“Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,” kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor.

Jelas Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenanginya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN.

azlan“Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.

“Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan,” katanya.

Pada masa yang sama, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti gagasan itu yang termaktub dalam Buku Jingga akan dilaksanakan sebaik sahaja berjaya menawan Putrajaya.

Tambah ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi, setiap yang diikrarkan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan.

Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu. Malayssiakini

Jumaat, 6 Mei 2011

Foto Terkini Serangan Amerika Yang Dikeluarkan ABC News.




Gambar Mangsa serangan Amerika
[image[3].png]
Mayat yang dikatakan Osama

NGO: Osama Mati Syahid.

Sekumpulan NGO hari ini menyuarakan kutukan ke atas kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan bahawa dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.

Seorang wakil NGO berkenaan, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kenyataan Najib itu tidak mewakili sentimen sebenar masyarakat Islam di negara ini.

NONE"Kita kesal ada pemimpin yang sanggup buat kenyataan yang tidak mewakili orang Islam di sini. Kita mengutuk kenyataan yang dibuat oleh pemimpin negara kita sendiri.

"Kematian Osama bagi kita adalah syahid dan itu adalah simbol perjuangan menentang kezaliman Amerika," kata Mohd Azmi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, beliau turut bersama sekumpulan wakil NGO hari ini bagi menghantar notis bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk operasi yang dijalankan negara itu bagi membunuh pemimpin Osama.

Beliau turut menyatakan kebimbangan bahawa AS akan "membayar harga yang mahal" atas tindakan yang dilakukan ke atas pemimpin Al-Qaeda yang didakwa sebagai pengganas itu.

"Setelah dia membunuh dengan cara itu, akan ada tindak balas daripada orang yang telah bertekad untuk membalas dendam.

"Seluruh pentadbiran Obama sudah tahu bahawa mereka terpaksa bersiap untuk (menghadapi) kebarangkalian tindak balas yang lebih berani daripada orang yang simpati dengan Obama," katanya lagi.

NONEMohd Azmi yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu berkata, notis bantahan itu diserahkan kepada setiausaha kanan kedutaan berkenaan, Greg Chapman petang ini.

Notis bantahan berkenaan mewakili suara daripada 21 buah NGO termasuk Persatuan Ulama Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam SeMalaysia dan Muslimat PAS.

"Kita nyatakan kutukan keras terhadap pembunuhan (Osama) yang diarahkan presiden Barack Obama kerana ia merupakan operasi tidak bertamadun dan sangat terkutuk kerana tentera Amerika masuk ke bumi negara berdaulat tanpa berunding dan tanpa kebenaran.

"Mereka melakukan pencerobohan untuk membunuh. Kalau ini dilakukan di AS, adakah ini dibenarkan?," soalnya.

osama bin laden dead hide out in pakistan 1Beliau turut membangkitkan tindakan AS yang didakwa melakukan penghinaan ke atas Osama dan juga kepada umat Islam dengan "membuang jenazahnya ke laut."

Difahamkan, seramai kira-kira 30 orang daripada wakil pertubuhan berkenaan turut berdemonstrasi secara aman di hadapan kedutaan berkenaan pada petang ini.

Allahyarham Osama yang hidup dalam buruan AS sejak sekian lama, dilaporkan terbunuh dalam satu operasi serangan yang dijalankan anggota risikan negara berkenaan pada Ahad lalu di Pakistan. Malaysiakini

Osama: Kenapa Najib Bergembira Bersama Amerika


Kenapa Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak menyatakan dunia akan lebih aman sejurus selepas Osama bin Laden diisytiharkan mati dibunuh oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama?

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kata-kata Najib bahawa dunia lebih aman dengan kematian Osama adalah terlalu mudah (simplistik) dan naif.

Bagi beliau, Najib cuba menguatkan lagi penguasaan geo-politiknya untuk memahami satu fakta yang terang lagi bersuluh bahawa 'Osama dan keganasan adalah hasil ciptaan AS.'

Selain Dr Dzulkefli, pelbagai pihak turut mengecam kenyataan Najib yang berkata, dunia akan lebih aman, selamat dan adil dengan kematian Osama.

Akhbar Berita Harian (gambar kiri) yang dikawal Umno juga secara terbuka menolak pandangan itu apabila menyiarkan satu rencana bertajuk "Tiada jaminan kematian Osama penamat keganasan global".
Bahkan, akhbar Umno sendiri, Utusan Malaysia juga nampaknya bertembung pandangan dengan Najib dalam isu ini.

Para pemimpin pertubuhan Islam juga menolak pandangan simplistik dan bodek Amerika Najib itu.

Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan.

“Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri,” kata Sheikh Abdul Halim.

Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama.

“Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan.

“Untuk memastikan keadilan ini mengambil tempat, ia memerlukan usaha bersama. Seorang individu sahaja tidak akan mampu untuk mewujudkan keadilan atau pun mencetuskan keganasan,” kata Sheikh Abdul Halim. 

Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar)  dan Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan bersama  juga merakamkan kutukan keras terhadap tindakan tentera Amerika membuang jenazah As Syahid Osama ke laut.

“Tindakan ini adalah suatu penghinaan yang jelas dan dunia harus membantah sikap Amerika yang sama sekali tidak boleh diterima.

“Jenazah As Syahid sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat andainya dan diuruskan pengkebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim,” tegas mereka.


PM membodek Amerika


“PM terlalu 'membodek' AS dan Obama. Islam menolak sebarang keganasan. Namun, kita kena faham mengapa keganasan terus berlaku?” bidas Dr Dzulkefly (gambar) dalam ulasannya mengenai hal ini.

Menurut Dr Dzul, terdapat dua penyebab utama kezaliman AS iaitu dalam bentuk polisi dan tindakan.

“AS pembekal WMD (weapon of mass destruction – senjata pemusnah besar-besaran) serta terus membekalkan senjata tercanggih dengan penyelidikan mereka termasuk kepada Iraq (Saddam), Israel dan lain-lain merupakan punca kezaliman akibat daripada tindakan.

"Ketidakadilan polisi pula berlaku khasnya di kawasan Timur Tengah dan Palestin juga merupakan salah satu bentuk kezaliman AS,” terangnya lagi.

Najib sepatutnya, kata Dr Dzul peka dengan hati-budi dan maruah umat Islam khususnya di Timur Tengah dan Palestin, di mana kezaliman terhadap negara-negara Islam di sana dibiarkan berterusan oleh kuasa-kuasa di Barat.

“Berdekad Barat mengizinkan kezaliman. Inilah punca segalanya,” ujar beliau. “PM sepatutnya kata - dunia tidak akan selamat kalau Amerika masih bersikap dwi-standard menyokong keganasan di Timur Tengah dan Palestine walaupun Osama dibunuh.”

Selain itu, Dr Dzul berkata Najib juga harus bertanya balik kepada Obama, “Bukankah Osama anak didik Amerika? Mengapa Osama berpaling tadah selepas tamat blok Russia?”, di mana menurutnya ia adalah disebabkan sikap dwi-standard AS sendiri.

Sekiranya Najib ingin menjadi juara umat Islam, Dr Dzul menasihatkan beliau supaya jangan bertindak semata-mata kerana ingin membodek Obama dan AS untuk kerana mahu diundang ke White House dan merenungkan siapa penaja kezaliman yang sebenarnya di dunia ini.

“Malangnya apabila ada pemimpin negara umat Islam yang membodek AS kerana mahu diundang ke Rumah Putih. Tindakan ini amat mengaibkan umat Islam.

"PM kalau mahu jadi juara umat Islam, jangan bertindak 'membodek’ Obama-AS. Jangan berbolak-balik! PM perlu menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf dengan kadar segera bagi menjaga sensitiviti umat Islam,” nasihat Dr Dzul.

Persoalan yang harus direnungkan semua umat Islam


Sebagai pemimpin Islam, patutkah Najib mengeluarkan kata-kata begitu, atau lebih tepat lagi, adakah Najib terlupa bahawa dirinya seorang Islam dan juga seorang pemimpin yang majoritinya Islam ketika mengeluarkan kenyataan tersebut yang ternyata akan menyinggung sensitiviti umat Islam sedunia?

Ataupun, itu sememangnya jiwa Umno seperti yang dinyatakan oleh MCA tempoh hari, apabila parti tersebut menyuruh PAS membuang perjuangan Islamnya sekiranya ingin menerima jemputan Umno menyertai Barisan Nasional (BN)?

Jikalau Umno masih ingat akan perjuangan Islam, sepatutnya MCA sudah lama melenting untuk keluar daripada BN.

Adakah ini bermakna MCA, yang kebelakangan ini telah semakin menunjukkan belang anti-Islamnya, masih sanggup berada dalam BN sehingga kini semata-mata kerana mereka 100% yakin dan pasti bahawa Umno sudah tidak berpaksikan lagi pada Islam dalam segala tindak-tanduknya?(HarakahDaily)

'Malaysia Tempat Terbaik Dunia Bina Kilang Nadir Bumi'

 

Dalam video ringkas yang dimuat-naik di laman sosial Facebook, syarikat perlombongan Australia - Lynas menyifatkan pantai timur di Malaysia sebagai “tempat terbaik di dunia” bagi mendirikan pusat pemprosen nadir bumi.

Nicholas Curtis lynas ceoDalam video sepanjang 26 saat itu, pengerusi eksekutif Lynas Corporation Nicholas Curtis menjelaskan sebab-sebab mengapa pusat berkenaan tidak didirikan di Australia meskipun telah mendapat kelulusan membina pusat penapisan di negara itu.

Katanya, mengikut perancangan asal, ia sepatutnya dibina di Australia tetapi “perkara itu tidak menjadi”.

"Australia bukan, malangnya, kompetitif dalam industri kimia berbanding pantai timur di Malaysia. Ia adalah tempat terbaik di dunia bagi mendirikan pusat berkenaan.”

NONECurtis berkata Lynas senang dengan persekitaran perniagaan dan infrastruktur di Malaysia dan “paling utama adalah rakyatnya”.

Namun, beliau tidak mengulas lanjut perkara berkenaan dalam rakaman itu.

Pendedahan bahawa pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng yang terletak kira-kira 25 kilometer dari timur laut Kuantan, Pahang telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar yang bimbang kemungkinan radiasi yang boleh menjejaskan kesihatan mereka dan juga orang ramai sekitar kawasan perindustrian tersebut.(Malaysiakini)

Pengerusi Interlok Terima CD, Dakwa Si Pelaku Bukan Anwar, Umno Celaka Semakin Terdesak, Gua syorkan Agar Setiap Rumah Dapat Satu.


Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks, yang “Datuk T” dakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Thasleem berkata, DVD diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara di sini, dengan bersetem Thailand dan tertera perkataan “Prasan Mit” — dipercayai pejabat pos bahan itu diposkan.

“Ia memang menghairankan (saya). Kemungkinan kerana mereka tahu saya ada pandangan yang berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; isu 16 September mahu mengambil alih Putrajaya yang saya bantah sama sekali,” kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menyifatkannya sebagai “tidak Islamik.”

Thasleem berkata satu lagi kemungkinan ialah beliau selalu membawa pelbagai isu dan dalam kes ini ia melibatkan aktiviti moral.

Ketika ditanya mengapa beliau menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis, Thasleem berkata beliau sibuk dan memerlukan masa untuk melihat sendiri video seks.

“Ia klip kira-kira 16 minit, saya telah menontonnya untuk meyakinkan saya tentang apa di dalamnya,” katanya.

Tambah beliau pada klip ada tulisan Thailand dengan angka 2011 dari awal hingga akhir.

“Pada pandangan saya, wajah wanita itu sangat jelas, yang seorang macam Datuk Eskay... dan orang ketiga, ramai yang mengatakan sebagai Anwar tetapi saya pasti bahawa dia bukan Anwar,” katanya lagi.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada tiga “Datuk T” awalnya mendedahkan video seks itu pada 21 Mac lalu.

“Mana-mana warganegara seharusnya telah melakukan yang ini, pergi kepada polis dan menyerahkannya.

“Saya biarkan pihak berkuasa memutuskan apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Awal minggu ini, Ahli Parlimen PKR dari kawasan Kapar juga mendedahkan ada menerima VCD daripada pihak tidak dikenali dari Thailand.(MInsider)

Chegubard Keluar PKR Sertai Komponen Pakatan?

Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan keluar parti itu dan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan jika pun keluar PKR, Badrul Hisham, yang turut dikenali sebagai “Chegubard”, akan kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dengan menyertai sama ada PAS atau DAP.

The Malaysian Insider juga difahamkan beliau yang tewas pemilihan ketua Angkatan Muda PKR akhir tahun lalu sudah membincangkan perkara itu bersama rakan-rakannya dalam parti itu dan membayangkan “sudah sampai masanya” berbuat demikian.

Beliau juga pernah disebut-sebut akan meninggalkan PKR sejurus selepas kalah pemilihan tempoh hari.

“Ya, memang betul... Chegubard sudah membuat keputusan, cuma belum diumumkan secara rasmi lagi.

“Ada banyak sebab mengapa Chegubard memutuskan untuk keluar, dengan ada halangan kepada dia daripada menjalankan program, aduan Chegubard mengenai pemilihan pusat tahun lalu juga belum selesai sampai sekarang,” kata seorang rakan Badrul Hisham dari Negeri Sembilan kepada The Malaysian Insider.

Usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahannya masih belum berhasil.

Badrul Hisham  juga merupakan ketua cabang PKR Rembau.

Pada pilihan raya umum 2008 beliau bertanding di kerusi Parlimen Rembau menentang Khairy Jamaluddin iaitu Ketua Pemuda Umno dan Pemuda BN.

Sumber ibu pejabat PKR yang dihubungi juga mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak dapat disahkan kesahihan.

“Saya ada dengar Chegubard sudah berkongsi pendiriannya dengan beberapa pengikut dan penyokongnya baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.

Sumber juga berkata beberapa pemimpin kanan PKR juga sedia mengetahui keputusan Badrul Hisham itu, yang akhir tahun lalu turut menolak pelantikan sebagai penolong setiausaha agung PKR selepas tewas pemilihan.

Badrul Hisham merupakan antara beberapa pemimpin mempertikaikan proses pemilihan tahun lalu.

Ketika ditanya parti yang bakal sertai Badrul Hisham, sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa, “pilihan Chegubard adalah sama ada PAS atau DAP.”

“Kemungkinan besar DAP, sebab parti itu memerlukan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Melayu di mana Chegubard merasakan boleh menyumbang melalui DAP,” kata sumber itu.

Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, Badrul Hisham ada menyentuh tentang DAP dan keperluan kepimpinan Melayu dalam parti itu.

Antaranya kata beliau, “DAP tidak anti-Melayu” tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi parti itu kalangan kaum Cina.

“Maka yang menggunakan sentimen rasis ini adalah Umno dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam Umno dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya,” katanya.

Kata Badrul Hisham, jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa ia adalah parti untuk semua kaum, maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu.

“Dan, jika ini dilakukan oleh DAP, maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang,” katanya lagi.(MInsider)

Isu PAS-Umno: Mufti Perlis Tak Wajar Label ‘Pengkhianat Islam’.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tidak wajar menyamakan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam, kata seorang pegawai Jakim.

Zamihan Mat Zain, yang baru-baru ini memberikan pandangan kontroversial mengenai isu Wahabi dan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais berkata, adalah terlalu “melampau apabila Mufti Perlis menghukum ulama Islam dan umat Islam yang tidak mahu menerima pandangannya sebagai sesat, khawarij dan pengkhianat Islam.”

“Tahukah tuan Mufti Perlis tuduhannya itu bukan hanya ditujukan kepada seorang imam terkenal atau penulis blog sahaja tetapi penghukuman tersebut dijatuhkan bersama nilai cerca dan menghina ke atas jutaan umat Islam, para ilmuan Islam dan pejuang Islam.

“Bukan perbincangan kepartian yang diutarakan di sini tetapi melampau dalam menghukum adalah sikap yang amat memalukan institusi agama negara, inikan pula dihentam secara melulu,” kata beliau dalam tulisan blognya.

Sehubungan itu, Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, “dengan ini diminta agar Mufti Perlis menarik kembali dan bertaubat dari kata-kata yang menghukum ulama Islam dan umat Islam secara umum sebagai sesat, khawarij dan pengkhianat Islam.”

“Mohon tarik balik dan bertaubat dengan segera sebelum terlambat,” kata beliau lagi.

“Kita sokong penyatuan Umno dan PAS, tetapi untuk mengatakan seseorang itu pengkhianat Islam hanya kerana tidak bersetuju atau tidak membantah penyatuan Umno dan Islam, saya anggap ia satu kenyataan yang tidak wajar datang daripada seorang mufti,” katanya ketika diminta penjelasan mengenai tulisan dan pandangannya dalam entri blog.

Ketika ditanya tokoh agama lain seperti Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pernah memberikan pandangan mengenai perlunya kerjasama politik PAS dan Umno, Zamihan yang pernah terlibat dalam perang kenyataan dengan Juanda (gambar) dalam isu Wahabi lebih seminggu lalu berkata:

“Ya, ada... tetapi pandangan Tan Sri Harussani tidak melabelkan seseorang itu sebagai pengkhianat Islam jika membantah penyatuan Umno dan PAS.”

“Tidak wajar sebab dalam isu PAS dan Umno ini isu politik kepartian... BN atau PAS adalah parti politik sedangkan Islam bukan parti politik, ia mempunyai nilai yang tinggi, agama yang bersifat universal,” katanya sambil menambah, perkataan “khawarij” seolah-olah menganggap seseorang itu sebagai “pengganas.”

Beberapa pihak tidak bersetuju dengan kenyataan Juanda khususnya dari PAS sendiri.

Bagaimanapun dalam kenyataan lewat semalam, Juanda yang kini berada di Arab Saudi atas jemputan kerajaan negara itu mempertahankan kenyataannya sambil berkata mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.

“Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam kenyataan SMS.

Beliau juga berkata, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai hari ini di Mesir, “kenapa tidak Malaysia?”

“Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk,” katanya lagi.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.

Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.

“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.

“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.

“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.

“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.

Kelmarin akhbar melaporkan kenyataan Juanda yang menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,” katanya.

Mengapa melenting, saya cakap ikut nas al-Quran

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.

“Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya,” kata beliau  kepada The Malaysian Insider dalam kenyataan SMS.

Beliau juga berkata, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai hari ini di Mesir, “kenapa tidak Malaysia?”

“Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk,” katanya lagi.

Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.

Hari ini, pemimpin-pemimpin PAS menyelar kenyataan Juanda yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Antaranya, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.

Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.

“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.

“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.

“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.

“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda yang menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya. (MInsider)

Isu Skirt: Pemuda PAS Desak BAM, Putrajaya Boikot BWF

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Kementerian Belia dan Sukan mengemukakan bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) ekoran keputusannya mahu mewajibkan pemakaian skirt ke atas pemain-pemain wanita.

Sayap PAS itu menegaskan pihaknya kesal kerana BAM dan kementerian tidak proaktif bagi membantah keputusan tersebut.

“Pemuda PAS melihat bahawa alasan yang digunakan oleh BWF yang mahu ia dijadikan tarikan supaya lebih ramai penonton boleh hadir melihat pertandingan di gelanggang sebagai alasan tidak masuk akal dan remeh.

“Mereka sepatutnya menghormati hak wanita, yang sepatutnya tidak diekpolitasi batang tubuh dan pemakaian mereka hanya untuk menarik penonton,” kata Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, sepatutnya BWF membincangkan tentang strategi peningkatan kualiti pemain wanita untuk menarik perhatian penonton, bukannya dengan cara memaksa mereka memakai skirt untuk dijadikan bahan pameran gelanggang.

Dalam kenyataan semalam, BWF menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi.

Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan “untuk memastikan aksi lebih menarik” untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.

BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yakin idea ini timbul selepas BWF melihat populariti dan promosi melampau media terdapat pemain-pemain tenis pada masa sekarang berbanding dahulu kerana fesyen skirt mereka.

“Tetapi itu bukanlah contoh terbaik yang patut dibawa ke dalam arena badminton yang mempunyai peminatnya yang tersendiri,” kata beliau lagi.

Kata beliau, pihaknya berharap pertubuhan wanita dan bukan kerajaan Malaysia bangkit menyuarakan isu ini kerana tidak mahu gambar-gambar jelek yang tidak sepatutnya, dirakamkan ketika saat perlawanan berlangsung. 

“Rakaman itu pastinya mengaibkan pemain-pemain wanita yang secara tidak langsung diekspolitasi bagi menaikan kutipan jualan tiket dan jualan surat khabar berita sukan dengan gambar-gambar sensasi,” kata beliau lagi.

Selain itu kata beliau, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga melihat peraturan ini bakal menyekat pemain-pemain wanita Islam untuk melibatkan diri dalam sukan ini.

“Dan, ini adalah diskriminasi melibatkan kepercayaan agama. Mengapa tidak BAM memulai contoh dengan bereksperimentasi mengadakan pertandingan kebangsaan dengan semua pemain Islam menutup aurat. 

“Jika ahli sukan wanita dan lelaki di Iran boleh menunjukan prestasi yang baik dalam sukan menggunakan pakaian menutup aurat kenapa Malaysia tidak berani untuk melakukannya,” katanya lagi.

Kamaruzaman berkata, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga berharap agar masyarakat sukan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada agensi-agensi sukan di negara dan tidak sewenang-wenangnya dibiarkan terikat dengan peraturan tidak masuk akal oleh badan sukan antarabangsa.

“Sekirannya BWF masih berkeras untuk menguatkuasakan arahan itu, Pemuda PAS pusat mendesak agar BAM memboikot Pertandingan Badminton Terbuka Singapura pada 14 Jun yang juga menjadi pertandingan pertama yang akan menguatkuasakan keputusan BWF ini. 

“Dan, seterusnya mengadakan kempen boikot secara terbuka supaya persatuan di negara lain seperti China, Korea, Indonesia, Thailand dan sebagainya turut memboikot,” katanya lagi. (MInsider)

Khamis, 5 Mei 2011

Kalah Kes Saman RM 20 Juta, Eskay Di Jangka Lebih Meroyan.

 Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kalah dalam kesnya menuntut RM20 juta daripada pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd, yang didakwa telah menjanjikan “komisen” bagi mendapatkan projek “Jambatan Bengkok”, 13 tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes Shazryl Eskay, salah seorang “Datuk T” dalam isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu, ke atas Datuk Yahya A. Jali selaku pemegang saham utama syarikat tersebut.

Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.

Sementara Hakim Datuk V.T. Singham bersetuju bahawa Shazryl Eskay seharusnya dibayar RM20 juta kerana membantu mendapatkan projek jambatan yang menghubungkan Johor dan Singapura, sebagaimana dipersetujui dalam surat antara beliau dan defendan, ahli perniagaan tersebut juga tertakluk kepada klausa bahawa bayaran itu dipulangkan jika projek terbatal.

Awalnya, Singham berkata para defendan telah gagal untuk membuktikan bahawa kontrak dan cara ia diperoleh “mencatatkan dasar awam” sebagaimana dikatakan dalam hujah bertulis.

Hakim juga berkata sementara kontrak itu diperoleh menggunakan cara tidak teratur, tiada bukti bahawa Shazryl Eskay telah menggunakan pengaruh atau cuba merasuah pegawai-pegawai kerajaan dalam proses.

Singham juga berkata mahkamah hanya boleh memutuskan bersandarkan fakta-fakta secukupnya dan tidak akan terikat dengan soal menduga atau membenarkan prejudis peribadi dalam menentukan keputusannya.

“Mahkamah ini juga tidak bertindak sebagai badan membuat keputusan untuk menarik persepsi awam tetapi hanya akan bertindak sebagai badan kehakiman, yang fungsinya ialah mentafsir dan bukannya membuat undang-undang,” kata beliau.

Bagaimanapun Singham menekankan bahawa tidak ragu-ragu kontrak-kontrak yang besar sepertinya seharusnya dikurniakan menerusi tender terbuka dan bukannya menerusi aturan peribadi atau menggunakan pengaruh menter-menteri dan pemimpin-pemimpin politik bagi manfaat peribadi.

Yahya berada di mahkamah ketika hakim membacakan keputusannya tetapi Shazryl Eskay tidak hadir atas sebab-sebab tidak boleh dielakkan.

Mengikut laporan media sebelum ini, bekas menteri pusat Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah membantu Shazryl memperoleh hak untuk membina jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai “Jambatan Bengkok” 13 tahun lalu.

Pengawal peribadi Allahyarham Megat Junid, Mohamad Mahti Abdul Rahim memberitahu mahkamah Mac lalu bahawa dia pertama kali mengetahui tentang projek itu apabila bekas menteri berkenaan menyerahkan satu surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) kepada Shazryl Eskay pada 1998.

Megat Junid yang meninggal dunia pada Januari 2008 pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan kemudian sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Idea pembinaan jambatan itu digerakkan oleh Dr Mahathir tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.(MInsider)

Polis Belum Dapat Kesan 'Sultan Sulu' Pasal Dia Orang Umno, Susah Sikit.


Siasatan mengenai kes seorang rakyat Malaysia yang menggelarkan dirinya "Sultan Sulu" belum selesai kerana polis tidak dapat mengesan beliau untuk mendapatkan keterangan.

NONEPesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata polis gagal mengesan Datu Mohd Akjan Ali Muhammad di Sabah melalui alamat terakhir beliau yang diketahui.

"Masalahnya kita masih nak mengesan dia, dia tidak ada di Sabah dan tidak ada di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan khas pegawai awam Polis Diraja Malaysia sempena Hari Polis ke-204 di Kota Kinabalu hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

Hamza berkata, polis akan meneruskan usaha mengesan Datu Mohd Akjan melalui kerjasama Interpol dan juga pihak berkuasa di negara ASEAN.

Katanya, polis juga memerlukan keterangan daripada beberapa individu lagi untuk melengkapkan siasatan itu.

NONEKhalid pula berkata, lebih daripada 7,000 anggota polis sudah dikeluarkan daripada tugas awam dan perkeranian dan diletakkan semula menjalankan tugas hakiki polis sejak tahun lalu.

Katanya, ia adalah usaha penempatan semula dalam pelbagai peringkat dan jabatan dalam PDRM untuk memastikan anggota polis dapat turun padang menjalankan tugas mereka manakala tugas awam diambil alih oleh pegawai awam.

"Usaha yang kita panggil penempatan semula ini adalah berterusan, yang mana pegawai beruniform kita keluarkan daripada tugas pegawai awam dan ditempatkan di lapangan untuk menjalankan tugas kepolisan," katanya. (Malaysiakini)

Gua Nak Tanya Dr Juanda, Penyatuan Atas Dasar Apa...!!!

Kritikan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang menyatakan bahawa PAS 'terlalu angkuh' kerana menolak pelawaan Najib agar duduk semeja berbincang dengan Umno. Siapakah sebenarnya 'terlalu angkuh' pada pandangan Dr Juanda, PAS atau Umno. Malah beliau menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara PAS dan Umno sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah 'Khawarij' (gelaran yang diberikan oleh blogger celaka) yang amat bencikan kesatuan.

Gua nak tanya Dr Juanda kesatuan yang beliau maksudkan itu atas dasar apa, dasar sekular (yang sudah menjadi darah daging Umno) atau dasar al-Quran dan as-Sunnah (pegangan PAS sebagai dasar perjuangan). Jika atas dasar sekular dengan sikap perkauman Melayu yang sempit yang dibawa oleh Umno, gua rasa Dr Juanda sebagai kurang bijak dalam politik dan sejarah PAS bersama Barisan Nasional.

PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan Umno sekiranya atas dasar Islam yang syumul dan bukannya atas dasar 'Assobiah'. Sepatutnya Dr Juanda kena faham dan belajar sikap buruk yang ada pada Umno sebelum mengkritik tindakan PAS menolak pelawaan Najib. PAS sentiasa membuka pintu rundingan kepada sesiapa sahaja selagi ianya tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah. Jika PAS boleh menerima DAP yang sudah kita tahu dasar politik mereka, apatah lagi dengan Umno.

Yang menjadi masalahnya ialah Umno, bukannya PAS kerana mereka mengaku Islam atas dasar perkauman yang bertunjangkan ideologi sekular. Umno lebih bahaya daripada DAP, MIC, MCA atau parti-parti politik bukan Islam yang lain, yang mana ianya sudah diketahui dasar perjuangan mereka. Gua boleh mengatakan yang Umno lebih bahaya daripada komunis kerana mereka bukan sahaja menolak hukum agama yang mereka anuti, malah mereka dengan terang-terang menakut-nakut penganut agama lain akan kezaliman bila hukum syariah di laksanakan.

Disebabkan itulah gua tidak hairan jika Karpal Singh boleh mengatakan 'langkah mayatnya dahulu jika hendak melaksanakan hukum Hudud'. Ini semua disebabkan kerja-kerja propaganda yang dilakukan oleh Umno terhadap Islam. Hasil kerja Umno inilah Islam dipandang dengan penuh prasangka oleh penganut-penganut agama lain, malah orang yang mengaku Islam pun sama takut.

Dr Juanda pun tahu bagaimana pegangan PAS dalam isu ini kerana PAS bukan menentang Umno atas dasar dia Umno, tetapi PAS menentang Umno kerana mereka mempertahankan hukum penjajah yang kuno dan perjuangan Umno yang bersifat perkauman yang sempit maka ianya tidak bersesuaian dengan pegangan PAS yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi mereka. 

Gua pun nak tahu jemputan Najib kepada PAS untuk apa, adakah kerana perpecahan orang Melayu seperti yang di war-warkan oleh media massa dan blog-blog pencacai tahap celaka. Umno seperti biasa akan melaung-laungkan yang orang Melayu sudah berpecah bila mereka semakin lemah, hakikatnya bukan melayu yang lemah tetapi Umno yang berpecah.

Jika Umno nak berubah pun, mereka tidak memerlukan PAS kerana dalam Umno pun tidak kurang ramainya ularmak-ularmak seperti Mat Nor untuk menegur dan jika tak cukup boleh panggil Harussani untuk membantu.Selagi Umno tidak berubah, selagi itulah PAS kurang berminat dengan pelawaan Umno dan Najib boleh menunjuk contoh yang baik dengan mengIslamkan kembali keluarganya berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Bukan pakai terap-terap yang dimomokkan oleh Mahathir yang mudah lupa sedangkan didalam Islam, menutup aurat (bertudung) sebenarnya menunjukkan keperibadiaan sebagai seorang Islam. 

Ianya bertentangan dengan ideologi yang dianuti oleh Umno yang menyatakan menutup aurat belum tentu menunjukkan ianya Islam kerana bagi Umno iman hanya dihati sahaja bukannya dipakaian. Jika bab ini pun sudah bercanggah di antara PAS dengan Umno, apatah lagi isu-isu lain kerana bagi gua, PAS pasti tidak berminat untuk berbincang tentang perkauman yang sempit. 

Bagi gua, penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat adalah tepat selagi ia tidak memudaratkan parti tetapi ia memudaratkan, maka PAS patut keluar dan berjuang berseorangan walau pun ianya memakan masa 50 tahun lagi untuk mendapat mandat dari rakyat Malaysia. Ini kerana PAS berjuang bukan atas dasar duniawi seperti yang dilakukan oleh Umno tetapi atas dasar mendidik dan mengembalikan kegemilangan yang ada pada Islam.

Gambar Mayat Osama bin Laden Mengerikan | :: cina islam | 2011 ::

Gambar Mayat Osama bin Laden Mengerikan | :: cina islam | 2011 ::

Sentimen Simpati Pakatan Perak Pasca-Februari ’09 Mula Pudar

Sentimen marah di kalangan rakyat berhubung tindakan Barisan Nasional (BN), yang didakwa merampas kerajaan negeri Perak awal 2009, kelihatan mula pudar dengan kajian terbaru menunjukkan bilangan kerusi yang boleh dimenangi Pakatan Rakyat (PR) merosot.


Bilangan kerusi boleh dikuasai PR jika pilihan raya diadakan sekarang hanya sekitar 33 berbanding 40 kerusi yang diramalkan sejurus selepas krisis politik Februari 2009.

Kajian pendapat umum yand dikendalikan PR sejurus selepas peristiwa Februari 2009 menunjukkan perikatan tiga parti itu boleh menyapu sehingga 40 kerusi ataupun majoriti dua pertiga daripada 59 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

BN memiliki 28 kerusi sekarang dan mempunyai sokongan empat Adun yang mesra perikatan itu selepas keluar komponen PR.

Bagaimanapun kajian yang sama, yang diadakan PR Perak awal tahun ini menunjukkan ia hanya boleh memenangi 33 kerusi jika pilihan raya diadakan sekarang.

“Sentimen sangat tinggi pada 2009. Sejak itu orang ramai sudah mula bertenang,” kata Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kepada The Malaysian Insider.

PR memenangi 31 kerusi pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun tiga Adun masing-masing dua dari PKR dan seorang wakil rakyat DAP keluar parti menyebabkan kerajaan negeri pimpinan PR tumbang.
Pada Jun lalu, Adun Malim Nawar Keshvinder Singh, juga meninggalkan DAP, untuk menjadi wakil rakyat mesra BN.

Justeru, BN mempunyai kekuatan 32 anggota berbanding 27 wakil PR.

Ngeh juga berkata, maklum balas peribadi daripada pengundi-pengundi Perak menunjukkan mereka kurang berminat dengan isu pengambilalihan kuasa dan mahukan kedua-dua perikatan berkhidmat kepada rakyat.

“Selepas kami mengadakan mogok lapar pada Mei dan mencabar kesahihan kerajaan negeri BN pada beberapa sidang (Dewan Undangan Negeri), orang ramai mula memberitahu kami bahawa mereka menerima mesej dan sudah tiba masa bagi kami untuk bergerak ke depan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas.

Dengan momentum kelihatan beralih kepada BN, Ngeh berkata, PR kemungkinan cuba menimbulkan balik isu ini ketika pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau, pihaknya juga telah bersetuju untuk mengekakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar jika PR memperoleh kerusi terbanyak.

“Satu persoalan yang pengundi-pengundi Perak mesti putuskan ialah MB yang mereka inginkan?” katanya lagi. Insider

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...