Translate

Mesti Baca

Sabtu, 30 April 2011

Antara Klip Video Seks Dengan 4 Saksi, Islam Tetap Adil.

"Sesungguhnya orang-orang yang suka menyiarkan kejahatan pada orang-orang yang beriman, untuk mereka itu seksa yang pedih di dunia dan akhirat. allah mengetahui dan kamu tiada mengetahuinya"
Surah An-Nur ayat 19.

Orang yang membuat tuduhan yang jahat seperti zina pada orang-orang Islam, maka mereka akan mendapat seksaan di dunia dengan didera 80 puluh sebatan dan diakhirat pula mereka akan dihubangkan ke Neraka Jahanam. Oleh itu jangan sesekali kita  mempermain-mainkan dengan mengeluarkan tuduhan kepada seseorang. Orang yang menuduh itu wajib ia mengadakan empat orang saksi lelaki dan keempat-empatnya  melihat dengan mata kepalanya sendiri. Bukan hanya dengan khabar angin mahu pun klip video yang boleh diada-adakan dengan teknologi yang makin canggih.

Apakah trio tiga lahanat tidak sedar bahawa hukum Allah s.w.t. tidak pernah ketinggalan zaman seperti mana seorang bekas pemimpin Umno dan juga bekas Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa hukum Allah s.w.t. itu lapok. begitu juga dengan bekas Ketua Polis Negara, Hanif Omar yang mengatakan bahawa tiada ayat didalam Al-Quran mengharamkan judi. Jika Umno dan pencacai-pencacai celaka lagi fasik ingin kebenaran, kembalikan kepada Al-Quran dan Al-Hadith. Kenapa takut sangat berhukum dengan hukum yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t.

Bila sebut bab ni, Umno celaka pasti akan kata yang rakyat Malaysia patut diberi penerangan dahulu kerana ramai orang tidak memahaminya.  Gua nak tanya kepada Umno celaka dan pencacai-pencacai sial mereka, adakah sesuatu undang-undang jalanraya (sebagai contoh) yang akan digubal di parlimen, apakah rakyat Malaysia benar-benar diberi penerangan?. Biar pun tanpa penerangan dari Umno celaka, rakyat Malaysia tetap menerimanya tanpa banyak soal, begitu juga dengan hukum Allah s.w.t. jika dilaksanakan.

Lu boleh terima hukum solat atau puasa dan bagaimana hukumnya jika sengaja ditinggalkan seperti bertaubat, membayar fidyah dan sebagainya. Kerana itulah Mahafiraun semasa menjadi PM, beliau dengan moto penerapan nilai-nilai Islamnya berkata bahawa rejimnya akan mengambil ayat-ayat yang elok-elok sahaja. Ini bermakna pada pandangan rejimnya ada ayat-ayat Al-Quran yang tidak elok kerana jika diambil juga pasti akan terkena pada dahinya sendiri.

Sebab itulah Umno celaka menyebarkan berita-berita fitnah tentang hukum Allah s.w.t. Mereka menakut-nakutkan orang Islam dan bukan Islam bahawa hukum Islam ini zalim, suka potong tangan, suka pancung,  jalan raya akan tidak dapat dibina kerana batu dah habis buat rejam orang dan sebagainya. Kerana itulah bila sebut hukum 'Hudud' semua orang gerun, tetapi orang tidak gerun bila disebut hukum 'Syariah'. Inilah kejahatan-kejahatan yang ada pada Umno celaka dulu, kini dan selama-lamanya.

Bik Ma tidak akan dapat bergaya seperti sekarang jika hukum Hudud dilaksanakan. Bik Ma dan para pemimpin Umno celaka pasti akan berfikir beratus kali untuk rompak khazanah negara, anak-anak mereka mungkin akan menunjukkan sifat seperti seorang muslim. Blogger celaka kaki minum, blogger fasik penyebar fitnah dan blogger-blogger nyamuk yang baru nak jadi celaka pasti akan baik jika tidak pun, akan jadi warak andainya hukum Islam dilaksanakan. Gua pun pasti akan jadi pencacai Najib dan Bik Ma yang total.

Lu rasa mereka ada berani atau tidak untuk melaksanakan hukum hudud kerana bagi gua mereka pasti akan berdiri dibelakang Karpal Singh jika isu ini dibangkitkan. Buat Karpal Singh dan DAP, lu jangan sesekali masuk campur dalam urusan orang Islam berkaitan dengan berhukum kerana ia langsung tidak melibatkan kaum bukan Islam. Jika lu hendak gunakan hukum penjajah atau hukum ikut lu punya ugama, itu lu punya suka ler bhai. Jadi apa masaalah lu untuk mencampuri urusan orang Islam jika tidak kerana tipu helah Umno celaka yang pasti akan ketakutan jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini.

"Jangan engkau ikut orang yang banyak bersumpah lagi hina"
Surah Al-Qalam ayat 10

Inilah sikap yang ada pada Umno celaka dan pencacai-pencacai sial mereka kerana sumpah adalah makanan harian mereka walau pun mengucap dua kalimah syahadah dan baca bismillah yang dilakukan oleh Eskay tidak betul. Bahkan sumpah lahanat pun boleh dipas-paskan kepada orang lain sebagaimana Rahim mewakilkan kepada Eskay. Yang seronoknya ialah Rahim dan Shuib kerana tok wakilnya akan menerima segala lahanat itu disebabkan kebebalan Eskay menyebut aku bukannya kita, itu pun jika wakil-wakil nih boleh diterima oleh Islam.

Walau apa pun Eskay tidak sesekali akan dapat menyaingi raja sesumpah (Ezam) dan ratu sesumpah (Ummi) kerana mahkota itu akan kekal buat selama-lamanya sebagaimana raja katak yang dimiliki oleh Brahim Ali. Inilah product keluaran rejim Mahafiraun yang bertuhankan Kamel Artatturk sebagai rujukan. Umno celaka patut berbangga dengan ideologi yang mereka anuti kerana berjaya menjahanamkan minda umat Islam Malaysia.

Politik 'Longkang' Cemari Rukun Negara.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMedia arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM mengangkat Datuk Shazryl Eskay Abdullah kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaannya bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana.

NONE“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata beliau sebelum ini.

Di Kelantan, PKR mendedahkan seorang pegawai polis kanan memberitahu guru-guru kononnya pelaku dalam video itu adalah Anwar. Kempen “pencerahan isu Anwar” oleh pegawai polis berkenaan berlarutan sejak awal bulan ini.

Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman pula mendedahkan penduduk setempat di Penanti dijemput menonton video itu di pejabat KEMAS. Video itu juga disajikan semasa kursus Biro Tata Negara untuk mahasiswa.

Untuk mereka, (termasuk kanak-kanak) yang tidak dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar dan blog-blog pro-Umno, jangan khuatir kerana gambar-gambar video itu dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan di merata tempat.

Ke mana hala tuju negara?

Jika ini bukan “politik longkang” yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini?

NONEKe mana semangat Rukun Negara yang menggariskan soal kesopanan dan kesusilaan?

Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik?

Apakah benar polis dan Biro Tata Negara membantu mencaci dan menfitnah supaya generasi muda menolak pemimpin pembangkang? Kenapa Peguam Negara pula yang menentukan rentak siasatan polis?

Semua persoalan ini mempunyai jawapan mudah jika seseorang mengambil kira hakikat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan “jam Omega' sebagai modal politik ketika pilihan raya negeri Sarawak yang lalu.

Walaupun beliau cuba memberi gambaran kononnya segala yang melanda Anwar ketika ini tidak ada kaitan dengan Umno dan kerajaan, ramai yang sangsi, curiga dan amat tidak mempercayai Najib.

NONEMalah, satu lagi kes Anwar bersabit isu moral menyebabkan kewibawaan polis, Peguam Negara dan Biro Tata Negara pula menjadi persoalan utama mengenai kredibiliti kita sebagai rakyat yang bermaruah.

Berdasarkan perkembangan semasa, isu ini juga akan mengheret Badan Kehakiman yang masih tercalar imejnya daripada pusingan pertama perbicaraan fitnah terhadap Anwar pada tahun 1998.
Rakyat tertanya-tanya, sampai bila institusi-institusi awam negara akan terus diheret dan bukti rekayasa semata-mata untuk membenamkan Anwar Ibrahim.

alleged four full sex videos on youtube 290411Tindakan terbaru akhbar-akhbar berbahasa Melayu, TV3 dan RTM menyembunyikan kenyataan-kenyataan mufti dan tokoh Islam bersabit isu fitnah dan kemungkaran mencerminkan bagaimana rendahnya kewibawaan media kawalan kerajaan.

Namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana berfungsi di bawah telunjuk Umno dan BN (BN).

Mereka ditugaskan untuk mewarnakan Anwar sebagai seorang peliwat, kaki perempuan, ejen CIA, agen Yahudi dan apa sahaja asalkan ketua pembangkang itu diaibkan sehingga terpaksa berundur dari politik buat selama-lamanya.

Media massa ini mahu rakyat beragama Islam di Malaysia percaya bahawa orang-orang seperti Eskay, Rahim dan Shuib Lazim adalah bebas daripada dosa besar dan layak membuat sumpah laknat untuk menuduh pihak lain.

Umno pula mengharapkan sumpah laknat Eskay akan berjaya setelah sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan gagal mencapai matlamatnya dalam kes liwat fitnah.

NONEDalam mengejar matlamat masing-masing, Umno, mahupun media massa tidak harus lupa bahawa rakyat mempunyai kewarasan dan iman untuk membezakan antara kebenaran dan fitnah.

Kebenaran akan sentiasa menzahirkan diri dan menyerlah dengan peredaran masa serta mempunyai ketahanan untuk mengatasi apa sahaja kemungkaran yang cuba disebarkan.

Fitnah sebaliknya tidak lebih daripada rekayasa jijik yang akhirnya akan terpalit kepada pihak yang mencetuskannya.
(Sumber)

Jumaat, 29 April 2011

Baju Kalis Peluru, Apa Alasan Polis...!!!

 
 Trio tiga lahanat kelihatan memakai baju kalis peluru disebalik pakaian yang dipakai.

Tahniah buat Eskay kerana berjaya menunaikan janji dan juga menjadi balaci kepada dua lagi lahanat iaitu Rahim dan Shuib. Nampaknya Rahim dan Shuib berjaya mengkambing hitamkan Eskay yang kononnya cukup hanya beliau yang melakukan sumpah lahanat tersebut atau '3 In 1' (macam kopi segera pulak).  Seperti biasa ler, hukuman telah dipas-paskan oleh Rahim seperti kes rogol budak bawah umur dahulu.

Mungkin Rahim begitu gembira kerana beliau pasti terlepas dari sumpah lahanat yang diikrarkan. Sepatutnya dalam majlis sumpah lahanat itu, Rahim patut bersumpah sama untuk membersihkan diri dari dikaitkan dengan kes rogol budak bawah umur yang tetap berada dihati rakyat Malaysia dan Melaka amnya. Beliau boleh melakukan dalam '2 In 1' (macam iklan kopi jugak) agar ahli Umno percaya beliau seorang yang suci dari segala tuduhan. 

Dengan itu, bolehlah beliau menuduh yang Anwar telah aniaya beliau sehingga terpaksa melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka. Mungkin gua pun akan percaya jika beliau yang sehati dan sejiwa dengan dua lahanat itu bersama-sama bersumpah lahanat. Tetapi Rahim terlalu licik, selicik kes rogol itu kerana Rahim tidak akan sesekali membiarkannya dilahanat nanti. Bagi Rahim, beliau hanya serambut hitam sahaja dengan dua lahanat itu.

Yang menjadi kemusykilan gua ialah perlibatan pihak berkuasa dalam sumpah lahanat dengan membekalkan baju kalis peluru kepada tiga lahanat tersebut. Tidak cukup dengan itu, tiga lahanat juga telah diberi pelindungan yang ketat oleh pihak berkuasa dalam menjalankan misi mereka. Gua nak tahu apa alasan pihak berkuasa dalam isu yang mendapat liputan meluas ini selain dari memberi pelindungan kepada tiga lahanat tersebut. 

Gua tak jangka ada orang yang mengeluarkan ancaman bunuh dan jika ada pun, adakah mereka berani melakukan dalam masa pihak berkuasa memberi kawalan yang ketat terhadap tiga lahanat itu. Lainlah apabila gua diancam bunuh oleh penyebar utama klip video tersebut. 

Mungkin pihak berkuasa perlu membekalkan gua sehelai baju kalis peluru kerana gua pun rakyat Malaysia dan diancam bunuh seperti yang dikatakan oleh Shuib. Gua gerenti, gua tak akan dilayan seperti mana layanan VVIP yang diperolehi oleh tiga lahanat ini. 

Untuk makluman, pastikan anda membuang undi di atas artikel yang disediakan oleh gua.

Eskay Akhirnya Muncul Untuk Sumpah Lahanat Dan Jadi Wakil Dua Lagi Lahanat.


Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

NONEBeliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

NONEMereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

NONEBagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.(Sumber)

Sumpah Lahanat: Eskay Tidak Hadir, Apa Alasan beliau..!!!


Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

NONEMereka berkumpul di situ kerana sebelum ini, salah seorang anggota trio 'Datuk T" - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - memberitahu semalam yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Semalam, Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan itu hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar.

Dua lagi anggotanya ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
NONEKeadaan bertambah panas apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selepas itu, kedengaran penyokong PKR bertakbir, dan keadaan menjadi bertambah panas apabila perkataan kasar, seperti 'bodoh' kedengaran di kalangan mereka yang berada dalam masjid.

NONEBerikutan itu berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dan wartawan di situ,

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid yang bergerak keluar ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.

Beliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

NONEAbdul Razak berkata, beliau difahamkan upacara sumpah laknat itu telah dibatalkan.

Difahamkan terdapat wartawan yang mendapat kiriman SMS dari Eskay pada jam 2 petang tadi, memberitahu yang beliau bersolat Jumaat di masjid lain dan dalam perjalanan ke masjid di Sentul baru itu.

Sementara itu, Shamsul dan penyokong PKR telah keluar dari kawasan masjid sebelum mengadakan sidang akhbar.
(Sumber)

Rahim Wakilkan Eskay Untuk Sumpah lahanat, Boleh Ker ???



Rahim wakilkan Eskay untuk melakukan sumpah lahanat di Masjid Amru Al-As bandar Baru Sentul. Apa sebenarnya pegangan agama yang dianuti oleh Rahim sehinggakan sumpah lahanat boleh diwakilkan kepada sesiapa sahaja. Takkan tak ada para ilmuan agama dari Umno celaka untuk memperbetulan apa yang dikatakan oleh Rahim. Bekas Ketua Menteri Melaka yang masih menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa melepaskan jawatan berkaitan kes rogol budak bawah umur.

Jika sumpah lahanat pun boleh diwakili, maka bertambah soheh cerita disebalik kes rogol budak bawah umur itu. Ini kerana beliau yang sepatutnya dipenjarakan tetapi beliau telah mewakilkannya kepada beberapa pemuda untuk menjalani hukuman penjara beliau. Jika lu tak percaya tanya sama Mahafiraun yang telah menyelamatkan beliau dari didakwa, itu pun jika Mahafiraun sudah bertaubat. Tapi lu pasti akan dapat jawapan yang Mahafiraun tidak tahu menahu tentang kes Rahim dan seperti biasa Anwar akan dipersalahkan.

Kerana itulah dendam Rahim terhadap Anwar tiada kesudahan kerana Rahim telah ditipu oleh Mahafiraun yang kononnya pemecatan beliau dilakukan oleh Anwar tanpa pengetahuan Mahafiraun. Sebagaimana pihak polis disalahkan oleh Mahafiraun kerana melaksanakan "Ops Lalang', walau pun beliau yang menanda tangani surat penahanan pemimpin pembangkang.

Nampaknya Rahim dan trio tiga jahanamnya semakin mengelabah setelah imej pelakon dalam klip video semakin jelas. Tuduhan mereka umpama memakan diri sendiri sehingga Eskay dengan suka dan rela (macam Saiful) menyerahkan DNAnya kepada pihak polis yang mana ianya tidak pernah diminta berbuat demikian oleh pihak polis. Gua pun hairan kenapa Eskay begitu tergesa-gesa untuk menyerahkan DNAnya kepada pihak polis. Gua tak takut dengan penyerahan DNAnya tetapi gua takut DNAnya akan disimpan dalam almari oleh pihak polis. Tentang sumpah lahanat Eskay dan Rahim, gua petik dari Malaysiakini seperti dibawah ni..

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.

NONEBagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."
'Atas nama Allah, Rasulullah'
Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.

Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami (Datuk T) ambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaram dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri," katanya.

Beliau yang mengakui mengenali Anwar secara peribadi juga berkata, "atas nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak cucu kita", beliau dan rakan-rakannya bertangungjawab sepenuhnya atas pendedahan itu.

Anwar: Saya Tak Akan Tunduk Serangan Umno-BN



Musuhnya boleh membawa seberapa banyak video seks atau tuduhan liwat, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kesemuanya tidak akan memaksa beliau berundur daripada arena politik dan melepaskan tanggungjawabnya sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, pemimpin berusia 63 tahun ini percaya serangan demi serangan yang dibawa Umno terhadap bekas timbalan perdana menteri itu jika dilayan bermakna beliau “tunduk” kepada perancangan berterusan parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini memberitahu The Malaysian Insider, meskipun perikatan tiga parti itu digantikan oleh seorang ketua yang baru, serangan oleh Umno-BN tidak akan dihentikan.

“Dalam pemerintahan diktatorial yang tidak demokratik, mana-mana wajah pembangkang yang berwibawa akan diserang dengan teruk,” katanya lagi.

“Anwar menjadi sasaran, tetapi jika Anwar meninggalkan pentas dan anda mendapat pemimpin baru, maka pemimpin ini akan diserang,” kata beliau dalam temu bual ini yang diadakan kelmarin, sehari sebelum rakaman video seks yang didakwa mirip beliau dimuat naik di laman YouTube.

Dalam temu bual eksklusif ini, Anwar menjelaskan meskipun serangan yang dihadapinya itu sangat “melukai hati” diri beliau dan juga keluarganya, usaha-usaha untuk menamatkan kerjaya politik bukan sesuatu yang baru.

“Ia (satu perbuatan) menghina maruah,” kata bapa kepada enam orang anak dan mempunyai dua cucu ini.

Bagaimanapun beliau menekankan, serangan-serangan itu memperkuatkan azamnya untuk terus menerajui Pakatan Rakyat.

“Jika saya berundur dan melepaskan (jawatan), ini bermakna kita tunduk kepada rekaan (politik) Umno... siapa yang patut menentukan sama ada saya patut berundur atau tidak? Parti-parti Pakatan Rakyat dan pengundi buat keputusan. Saya tidak akan tunduk kepada tekanan ini,” kata Anwar.

Anwar dilihat sebagai pengikat kerjasama dan hubungn komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP, yang ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau berhadapan dengan tuduhan liwat pertama pada 1998 dan yang kedua satu dekad kemudian, di mana sama ada Ketua Umum PKR ini akan dipanggil bela diri atau dibebaskan akan ditentukan 16 Mei ini.

“Saya terus diserang, sejak tuduhan pertama pada 1998... ramai tidak dapat membayangkan yang mereka (Umno-BN) (sanggup) mengambil tindakan macam ini, tetapi ia bukan tuduhan yang baru, bukan?” kata bekas timbalan presiden Umno ini.

Anwar berkata, tindakan-tindakan ini, yang beliau sifatkan sebagai terdesak, bertujuan menghentikan usahanya mahu mewujudkan sebuah kerajaan bebas rasuah.

“Sebagai contoh, sebuah pasukan pihak berkuasa berasuah yang cuba mencemarkan anda, menghentikan kempen anda menentang rasuah... adakah anda akan menyerah diri? Itu penekanan saya. Anda perlu ada iltizam dan semangat dalam apa yang anda lakukan,” katanya lagi.

Sehari selepas temu bual ini, rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Anwar dimuat naik di YouTube, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.

Anwar juga berkata beliau tidak mahu fokus perjalanan politiknya diganggu oleh penyebaran tuduhan video seks yang dipertontonkan pada 21 Mac lalu.

“Saya tidak mahu dialih pandangan dengan pendedahan video, ia didedahkan ketika dekat dengan pilihan raya Sarawak.

“Di Sarawak, saya berkempen selama 13 hari ketika serangan Umno begitu tinggi, menggunakan video... tetapi ia bukan pilihan untuk serah diri sekarang, bukan sekarang,” kata Anwar lagi.

“Saya perlu teruskan (perjuangan),” katanya lagi.

Keluarganya menurut Anwar lagi, adalah sumber kekuatan beliau sepanjang berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar dan mereka sentiasa menyokongnya dalam keputusan seharian sebagai ahli politik.

“Saya ada keluarga yang hebat dan saya harus ucapkan terima kasih kepada mereka,” katanya lagi.

“Azizah, anak-anak saya... meskipun ketika saya menjadi timbalan perdana menteri, mereka bukan anak timbalan perdana menteri, mereka anak Anwar dan Azizah,” kata beliau dengan senyuman. (Sumber)

Khamis, 28 April 2011

Polis Akan Dedahkan Pelakon Video Tersebut Jika Perlu???


Gua harap lu boleh fikir dengan dengan waras yang mana pihak polis menyatakan akan mendedahkan siapa pelakon video lucah tersebut jika perlu. Apa sebenarnya motif pihak polis berkaitan video lucah yang mengundang persoalan banyak pihak. Kenapa rakyat Malaysia perlu menunggu untuk mengetahui siapakah pelaku dalam klip video kerana ianya telah mendatangkan fitnah yang besar.

Nampaknya pemimpin Umno mula mencampuri urusan polis berkaitan kertas siasatan yang dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak tiga kali. Umno melihat siasatan yang dilakukan oleh pihak polis tidak dapat mensabitkan Anwar dalam klip video itu maka Peguam Negara yang berada dibawah Najib dipergunakan dan mustahil Najib tidak mengetahuinya.

Gua boleh kata yang Najib dan Rosmah memainkan peranan dalam isu ini secara tidak langsung. Najib dan Rosmah pasti dimaklumkan oleh Peguam Negara tentang kertas siasatan yang dilakukan oleh pihak polis. Kerana itulah setiap kali kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara, ianya dipulangkan semula kepada pihak polis disebabkan nama Anwar tiada.

Apakah pihak polis tidak pandai melakukan siasatan sehinggakan kes yang paling mudah pun boleh boleh silap. Kes yang cukup kukuh kerana ada bahan bukti, ada pelakon dan ada pengedar tetapi kerana ianya melibatkan Anwar maka ianya menjadi susah untuk di selesaikan.

Dalam klip terbaru yang disebarkan semalam oleh blog daripada puak-puak celaka lagi fasik tahap sial, imej pelakon semakin jelas yang mana pelakon tersebut bukan Anwar dan perlibatan Umno semakin jelas. Blogger celaka dan fasik dengan bebas menayangkan klip video tersebut dengan mendapat pelindungan dari individu berpengaruh.

Bukan itu sahaja, TV3 turut terlibat dengan penayangan pada buletin jam 8 p.m. Gua rasa Umno semakin bercelaru dengan apa yang berlaku sekarang setelah pilihan raya Sarawak yang menunjukkan BN mula hilang taringnya. Dengan pelindungan yang kuat dari pemimpin tertinggi Umno, para blogger celaka dan fasik  tahap sial mula berlagak kerana mereka merasakan pihak polis tidak akan berani menyentuh mereka walau pun laporan polis telah dibuat.

Buat pihak polis, kenapa perlu merahsiakan tentang siapa pelakon yang membintangi filem tersohor itu. Apakah kaitan dengan trio tiga celaka yang mana tanpa ribut dan taufan, tiba-tiba Eskay menawarkan DNAnya bertetapan dengan penayangan kedua klik video tersebut. Jika pihak polis telus dan mempunyai integriti seperti yang menjadi motonya, dedahkan nama pelakon tersebut tanpa merasa takut. 

Tiada Pilihan Raya Kecil Parlimen Mulai Esok, Dun Masih Ada Masa.



Negara yang menyaksikan 16 pilihan raya kecil — jumlah yang sama dengan sepanjang tempoh 1986 hingga 1995 — tidak akan mengadakan pilihan raya kecil bagi peringkat Parlimen selepas hari ini melainkan jika ada keperluan khas untuk berbuat demikian.

Ini termasuklah kerusi Parlimen Batu, yang disandang PKR, yang statusnya menanti keputusan mahkamah rayuan.

Mengikut perundangan negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil melainkan jika ada keperluan khas.

“Selepas hari ini jika ada kekosongan, bagi kerusi Parlimen, tidak akan diadakan lagi pilihan raya kecil,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Tarikh Dewan Rakyat bersidang 28 April, jadi mengambil kira tarikh itu, bermakna jika ada kekosongan selepas hari ini, pilihan raya kecil tidak akan diadakan,” kata beliau.

“Jadi, jika berlaku kekosongan luar jangka, mengambil kira genap tiga tahun persidangan Dewan Rakyat, maka tidak akan ada pilihan raya kecil,” kata beliau sambil menyifatkan sebanyak 16 pilihan raya kecil dalam tempoh tiga tahun sebagai satu jumlah yang banyak dan menjadi “ruang latihan praktikal” kepada kakitangan SPR.

Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa satu-satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat mandat Parlimen. Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir April 2013.

Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata tempoh akhir bagi mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri adalah berbeza kerana kali pertama persidangan adalah berbeza mengikut negeri masing-masing.

“Mengikut maklumat yang ada, Pahang negeri terakhir mengadakan sidang pertama Dewan Undangan Negeri selepas pilihan raya umum, akhir bulan Mei.

“Jadi ada masa lagi masa untuk (diadakan) pilihan raya kecil (jika berlaku kekosongan luar jangka) bagi kebanyakan negeri dengan Pahang sehingga bulan Mei,” katanya lagi.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang mengangkat sumpah pada 21 Mei 2008 — dua bulan selepas pilihan raya umum ke-12.

Daripada 16 pilihan raya kecil, kerusi-kerusi Parlimen yang menyaksikan pilihanr raya kecil ialah Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi.

Kecuali kerusi Hulu Selangor dan Batu Sapi, yang lain dimenangi Pakatan Rakyat (PR). Barisan Nasional (BN) merampas Hulu Selangor daripada PR manakala PR pula menawan Kuala Terengganu dimenangi BN pada 2008.

Kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri yang menyaksikan pilihan raya kecil ialah Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Untuk mengadakan 16 pilihan raya kecil, kerajaan telah menanggung kos lebih RM11 juta.

Mengikut maklumat diberikan di Dewan Rakyat akhir bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Permatang Pauh menelan  kos  RM409,000, Kuala Terengganu (RM325,416), Bukit Gantang (RM460,971), Bukit Selambau (RM318,000), Batang Ai (RM391,700), Penanti (RM514,600), Manik Urai (RM548,003), Permatang Pasir (RM461,367), Bagan Pinang (RM449,485), Hulu Selangor (RM1.2 juta), Sibu (RM1 juta), Batu Sapi (RM1.29 juta), Galas (RM1.05 juta), Tenang (RM1.1 juta), Merlimau (RM755,000) dan Kerdau (RM915,000).

Katanya, kerajaan tidak bercadang untuk menggunakan kaedah lain bagi menggantikan pilihan raya kecil kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya Kecil 1958.

Menurut Wan Ahmad, kos itu hanya membabitkan pihak SPR tanpa mengambil kira perbelanjaan oleh agensi-agensi lain seperti polis.

Mengikut rekod, negara menyaksikan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ketujuh dan tiga bulan sebelum pilihan raya umum kelapan pada November 1990.

Malah, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan antara tempoh selepas pilihan raya umum 1990 menjelang pilihan raya umum April 1995.

Pun begitu negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil — jumlah tertinggi sejak awal 1980-an — yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Kini tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh, Pelabuhan Klang dan Lenggeng menunggu keputusan mahkamah rayuan.

Bagaimanapun pemerhati dan penganalis melihat kemungkinan tidak akan ada pilihan raya kecil membabitkan ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri itu dan kawasan Parlimen kerana ia boleh melalui peringkat rayuan lebih tinggi selepas ini.(Sumber)

Rabu, 27 April 2011

Video Seks: Eskay Beri Polis Sampel DAN.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberi sampel DNA kepada polis hari ini bagi membantu siasatan berkaitan dengan video seks, didedahkan beliau sebulan lalu, mendakwa si pelaku dalam rakaman adalah seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shazryl berkata polis telah memanggil beliau pagi ini agar datang ke ibu pejabat polis di Bukit Aman pukul 10 pagi.

“Saya secara sukarela telah memberikan sampel DNA hari ini,” kata beliau kepada pemberita di Bukit Aman sekitar 1.30 tengah hari tadi.

Ahli perniagaan itu juga mendedahkan bahawa beliau turut menjawab soalan-soalan tambahan untuk membantu “mengemaskan” kes yang disiasat tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

Shazryl menjelaskan beliau akan mendedahkan lebih banyak butiran pada sidang media petang esok.
“Saya akan memberikan lebih banyak maklumat esok,” kata beliau.

Pada 20 April lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes video seks itu kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu terdekat.

Ismail berkata kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pertengahan bulan lalu dan telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.

“Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa.

“... dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan,” kata beliau.

Siasatan itu dijalankan selepas rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

Tiga hari kemudian, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah itu kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan.

“Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari,” katanya di sini.

“Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan, kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan,” kata beliau. (Insider)

Tak patut syaki Imam Besar Masjidil Haram suntik Wahabi, kata bekas MB

Tiada sesiapa pun wajar menuduh seseorang itu berfahaman ataupun cuba mengembangkan fahaman Wahabi, kata bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sambil menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan sewajarnya ekoran isu terbaru ini.
Mengulas laporan yang memetik Zamihan Mat Zain, pegawai Jakim yang mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini, Shahidan berkata:

“Tiada sesiapa yang boleh tuduh seseorang itu berfahaman Wahabi atau tidak...tiadak siapa yang berhak membuat hukuman sebegitu, saya tak tahu kenapa ada individu yang berani mengkritik Imam Besar Masjidil Haram ini.”

Tahun lalu, Zamihan menjadi perhatian ekoran laporan bahawa beliau mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, Shahidan sendiri dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Dan, semalam Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, beliau mengesyaki Sheikh Abdul Rahman, yang berada di Malaysia minggu lalu sempena lawatan kerja lima hari cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”

Zamihan meminta pihak berkuasa berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penyebaran amalan Wahabi di negara ini.

Beliau berkata lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Kata Zamihan, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar “Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah” bertemakan “Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai.”

Seminar anjuran kerajaan negeri Perlis selama dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara.

“Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

“Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata... ada tangan... ada kaki... itu semua kita tidak boleh terima,” kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.

Sambil menyifatkan tindakan Zamihan itu keterlaluan, Shahidan berkata tuduhan yang melampau terhadap Sheikh Abdul Rahman itu adalah satu perkara yang tidak wajar bagi seorang individu yang berpendidikan agama.

“Ini boleh rosakkan dan jejaskan hubungan kita dan Arab Saudi, mana boleh kata individu itu berfahaman Wahabi.

“Imam Besar ini datang ke Malaysia atas rangka lawatan kerja. Ketika solat Jumaat tempoh hari ramai yang datang dengar khutbah Jumaat yang beliau berikan, ramai yang beri pengiktirafan kepada beliau,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno ini ketika ditemui pada satu majlis di sini malam tadi.

“Tiada sesiapa yang boleh tuduh seseorang itu berfahaman Wahabi atau tidak... tidak siapa yang berhak membuat hukuman sebegitu.

“Saya tak tahu kenapa ada individu yang berani mengkritik Imam Besar Masjidil Haram ini,” katanya lagi.

Tegas beliau, apa yang dilakukan Zamihan ini adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan .

“Apa hak dia (Zamihan) nak mengkritik Imam Besar Masjidil Haram ini? Imam Besar ini datang dengan niat baik untuk satukan umat Islam, salahkah jika ada orang yang berbuat demikian? Salahkah kalau ada orang yang berdoa demi kebaikan kita semua?(Sumber)

Selasa, 26 April 2011

Projek Email 1 Malaysia Yang Tahap Celaka.

Najib benar-benar memperbodohkan rakyat Malaysia apabila menyatakan projek 'Email 1 Malaysia' yang dicetuskan oleh beliau kononnya tidak menggunakan dana kerajaan. Projek yang di kendalikan oleh syarikat Tricubes Berhad yang mana pemiliknya adalah ahli keluarga beliau dengan kos sebanyak RM 50 juta. 

Beliau boleh menipu para pencacai celaka beliau, kononnya ia untuk kebaikan rakyat Malaysia dan bla bla bla. Maka bersoraklah para pencacai celaka tahap sial beliau di blog-blog masing dengan menunjukkan kebaikan yang rakyat Malaysia dapat daripada projek tersebut. 

Jika pencacai celaka tahap sial masih ada akal, syarikat mana yang sanggup melabur sebanyak RM 50 juta tanpa mendapat keuntungan. Jika ada pun, mungkin syarikat itu memang nak mampus dan para pengarah-pengarah syarikat tersebut dah hilang akal pasal bodoh nak mampus macam para blogger-blogger pencacai celaka tahap sial.

Seperti diumumkan oleh CEO Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar bahawa projek tersebut tetap akan dilancarkan pada julai ini walaupun ia menjadi isu kontroversi. Beliau berkata Tricubes Berhad menyasarkan 5.4 juta pengguna akan menggunakan pengkhidmatannya dengan percuma tetapi akan mengenakan cas sebanyak RM 0.50 sen setiap email kepada agensi kerajaan yang menghantarkannya kepada pengguna.

Inikah yang dikatakan oleh Najib bahawa projek tersebut tidak menggunakan dana kerajaan, memang Najib dan Umno nak mampus. Lu Najib, jika lu nak jadi sial ke, celaka ke, banggang ke atau nak mampus ke, lantak lu dengan lu punya family ler, jangan nak bawa rakyat Malaysia sama. Memang Umno nih betoi-betoi celaka tahap nak mampus pasal bermacam-macam cara digunakan untuk merompak harta negara. Kerana itulah para pemimpin Umno/BN yang celaka lagi sial ni siang dan malam dok fikir bagaimana cara nak memperkayakan diri mereka dan kroni-kroni mereka.

Bayangkan jika setiap satu email dicas sebanyak 50 sen kali dengan 5.4 juta, bermakna syarikat celaka itu memperolehi RM 2.7 juta sehari jika satu email dihantar kepada rakyat Malaysia. Itu jika satu email, kalau dua atau tiga email sehari, berapa banyak syarikat milik saudara Najib dapat dalam satu tahun. Kerana itulah saham syarikat tersebut melonjak hampir 200 peratus apabila projek tersebut diumumkan oleh Najib.

Bukan itu sahaja, alamat email yang kononnya diberi percuma kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sebenarnya akan menjadi senjata kepada rejim Najib dengan menghantar cerita-cerita bohong dan fitnah. Ianya akan memudahkan kerja Umno/BN celaka dan gua gerenti ianya menjadi senjata kepada Najib dalam menghadapi PRU 13 nanti.

Mungkin ini nasihat daripada APCO kepada Najib setelah pilihan raya Sarawak benar-benar mengejutkan Najib walaupun rejim Taib memperolehi majoriti dua pertiga. Kerana itu juga PRU 13 tidak akan diadakan pada tahun ini dan berkemungkinan ianya akan diadakan pada akhir tahun hadapan. Jika mengikut apa yang ada dalam kepala hotak Najib, beliau ingin mengadakan pada akhir tahun ini tetapi melihat undi popular BN hanya 54 peratus maka beliau terpaksa memanggil kembali APCO sebagai penasihat sulit.

Kerana itu juga projek "Email 1 Malaysia' dirangka agar dilakukan secepat mungkin yang mana seperti diumumkan oleh CEO Tricubes Berhad projek tersebut bermula Julai ini. Bagi pendapat gua, jika projek sebesar ini mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun. Maka bagi gua, projek ini sebenarnya sudah ada di kepala Najib tetapi ianya di tangguhkan kerana Najib melihat kemenangan Umno/BN pada pilihan raya kecil sudah memadai dalam pemulihan imejnya.

Kemerosotan undi pada pilihan raya Sarawaklah yang membuatkan projek 'Email 1 Malaysia' perlu disegerakan oleh Najib. Gua tak tahu macam mana pemikiran para pencacai-pencacai tegar celaka tahap sial dalam mempertahankan projek ini. Oleh itu Najib patut dinyahkan dan dipertanggung jawab ke atas pembayaran beratus-ratus juta setahun kepada Tricubes Berhad yang dimiliki oleh keluarganya.

Dap Akan Tolak Jemputan Umno Sertai BN.

 DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun  kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN.

Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Ia juga satu tindakan Umno untuk mengawal MCA dan menghantar mesej kepada MCA bahawa Umno mempunyai alternatif yang lain.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.
Namun ketika ditemui hari ini, Lim Guan Eng menafikannya dan berkata DAP tidak tahu menahu mengenainya.
"Bagi saya, ia hanya usaha pihak lawan kita mahu memecahkan hubungan antara Pakatan Rakyat," kata Lim Guan Eng kepada Harakahdaily.

Beliau juga berkata, DAP bukan sehari dua ini berjuang di negara ini tetapi telah mencecah 40 tahun.

"DAP akan tetap setia bersama rakan-rakan kita," kata Guang Eng kepada Harakahdaily.
Beliau tidak menolak, ada pihak yang cuba menabur fitnah dalam hal ini kononnya DAP mahu bersama Umno dalam Barisan Nasional (BN).

Boikot Utusan Malaysia


Sementara itu, Guan Eng enggan melayan cadangan MCA agar semua rakyat negara ini memboikot akhbar Umno, Utusan Malaysia.

"Itu semua wayang sahaja... saya tidak minat wayang antara MCA dan Umno ini. Dulu masa tahun 1987 pun macam ini. Media siarkan MCA dan Umno bergaduh, namun yang kena tangkapnya kita (dalam Operasi Lalang 1987)," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau mengulas cadangan pemimpin MCA agar semua rakyat negara ini memboikot Utusan Malaysia ekoran cadangan seorang editor akhbar itu untuk mengadakan kempen "1 Bumi, 1 Melayui". (Sumber)

Liwat II: Pendakwaan terus gulung hujah

Bagi hari kedua, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendengar hujah penutup pihak pendakwaan dalam kes kontroversial liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Paga hujahnya hari ini Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata keterangan Dr Muhammad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi tidak boleh diterima.

Ini kerana katanya, Dr Osman tidak menjalankan ujian forensik ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Malah, Dr Osman juga minta Saiful pergi ke hospital kerajaan. Dokumen laporan perubatan (Dr Osman) tidak boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Hujah Yusof lagi, sebahagian apa yang diperkatakan oleh Dr Osman adalah tidak benar (aduan bahawa plastik disumbat ke dubur Saiful).

Peguambela utama, Karpal Singh sebelum ini mahu Dr Osman dipanggil sebagai saksi kerana katanya ketidak-hadirannya menyebabkan ada kelopongan yang serius dalam kes pendakwaan itu.

Yusof berkata hanya fakta relevan yang boleh diterima sebagai bukti dan Saiful memang mengadu kepada Dr Osman tetapi hakikatnya beliau tidak membuat laporan polis ketika itu. MK           

Isnin, 25 April 2011

Kes Liwat: Karpal Gesa Mahkamah Dakwa Saiful Kerana Bohong

Karpal Singh mahu Mohd Saiful Bukhari Azlan dikenakan tuduhan “berbohong” di mahkamah kononnya dia telah diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga tahun lalu.

Dalam hujah penggulungan, peguam utama Anwar itu berkata, Saiful bukan saksi berwibawa dan kes dibawa terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu perlu digugurkan dengan segera.

Menurut Karpal, terdapat terlalu banyak elemen tidak konsisten antara tuduhan ke atas Anwar dan keterangan diberikan oleh saksi utama itu dalam perbicaraan semasa.

Saiful juga merupakan pengadu dalam kes liwat kedua melibatkan Anwar.

Justeru, beliau menggesa mahkamah agar mengarahkan pendakwa membawa tuduhan terhadap Saiful di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan — mereka-reka bukti dengan tujuan mahu menyabitkan kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara.

Peguam veteren itu berkata, walaupun Saiful menuduh Anwar meliwatnya, namun testimoni membuktikan sebaliknya dan menunjukkan “tidak ada unsur keberatan” di pihak Saiful ketika mengatakan perbuatan itu dilakukan pada 26 Jun 2008.

“Ini adalah jelas SP1 (Saiful) telah berbohong apabila dia mengatakan dalam laporan polis bahawa ‘perkara ini berlaku tanpa kerelaan’.

“Mahkamah perlu segera mengarahkan pendakwa agar mendakwa Saiful di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan... menghantar mesej yang jelas bahawa kehakiman tidak akan bertolak ansur dengan tindakan salah guna prosesnya, menyebabkan sabitan kesalahan ke atas mereka yang tidak bersalah,” katanya lagi.

Menurut Karpal, Saiful mempunyai peluang untuk meninggalkan kondominium di Desa Damansara pada 26 Jun, namun berdasarkan testimoni di mahkamah, dia tidak berbuat demikian.

Beliau berkata bahawa testimoni Saiful menunjukkan dia secara “sukarela” membenarkan perbuatan liwat itu dan tidak berlaku sebarang halangan.

“Saya tidak kata tindakan itu berlaku... tapi Saiful seorang anak muda berumur 23 tahun dan cukup kuat boleh mempertahankan diri dari dibawa ke bilik tidur tetapi dia tidak buat begitu,” katanya.

Karpal juga berkata Saiful telah menghadiri satu program PKR keesokan harinya, satu tindakan yang tidak wajar bagi individu yang menjadi mangsa seks.

“Sikap SP1 yang tidak menghalang seks luar tabii bertentangan dengan sikap semula jadi. Kredibiliti SP1 dipersoalkan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Tinggi telah menerima rayuan Azizan Abu Bakar untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

“Mahkamah tidak boleh melakukan kesilapan sama sekali lagi. Saiful harus menjadi saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk mempertahankan diri,” katanya. Insider

Liwat II ; Karpal Singh Memulakan Hujah.

Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.
menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie. 

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.
Malaysiakini

Polis: Siasatan Fokus Empat Nama Yang Disebut RPK.

Empat individu termasuk pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi Zainal Abidin yang didedahkan Raja Petra Kamarudin dengan akuan bersumpahnya disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah.

Turut disiasat editor Malaysia Today itu kerana akuan bersumpahnya Jun 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Dipetik Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan yang dilakukan pihaknya lebih menjurus kepada empat individu yang didedahkan Raja Petra.

Mereka ialah Kolonel Azmi iaitu bekas pegawai risikan ATM, penulis blog Din Merican, selain Nik Azmi Nik Daud dan John Pang masing-masing dari pejabat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

“Sebenarnya Raja Petra banyak membantu dengan menyalurkan maklumat kepada polis untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Pejabat Peguam Negara.

“Sebaik keterangan Raja Petra diambil,  polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaannya dan pendedahannya (mengenai empat lelaki terbabit),” kata beliau.

Kelmarin, dua pegawai polis dari Bukit Aman menemui Raja Petra di Bangkok untuk mendapatkan kenyataannya.

Bagaimanapun mengikut tulisan Raja Petra dan peguamnya Haris Ibrahim semalam, kenyataan dimaksudkan belum diambil memandangkan beliau tidak mahu bertemu anggota polis di Kedutaan Malaysia di Bangkok.

Pihak polis mahu mengambil kenyataan Raja Petra di Kedutaan Malaysia.

Laporan itu menyebut sebelum ini polis sudah merekod keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung pendedahannya mengenai pembabitan mereka menyalur maklumat kepadanya supaya membuat akuan bersumpah Jun 2008, mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya.

Menjawab soalan sama ada Raja Petra akan ditahan jika pulang ke Malaysia, Khalid enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Saya tidak mahu ulas tentang itu kerana ia belum dilakukan dan berlaku.... kes sedang disiasat dan biar polis menjalankan siasatan secara terperinci.

“Berapa ramai yang sudah diambil keterangan dan akan diambil keterangan juga tidak perlu tahu kerana itu kerja polis... cukuplah, saya tidak mahu mengulas lanjut perkara itu,” katanya. (Sumber)

Video seks: Anwar tak perlu sumpah mubahalah, kata Harussani

 
Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga “Datuk T”, yang mengaitkan dengan diri beliau.

Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani (gambar), sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana  baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan “Datuk T” terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu  bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.

Malah sebelum ini Shuib juga mencabar  Anwar supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks itu.

Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.

“Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.

“Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?” soalnya.

Dalam pada itu, Asri berkata laporan sesetengah media yang mengatakan bahawa beliau meminta Anwar bersumpah mubahalah kurang tepat.

“Saya menjawab menyatakan Datuk T  wajar bersumpah mubahalah, isu video itu tidak membabitkan diri mereka.

“Cumanya jika mereka buat juga, bagi mengelakkan salah sangka masyarakat, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menyebut wallahi, wa billahi, wa tallahi, menafikan hal itu,” kata bekas mufti Perlis ini.

Kata beliau, sekurang-kurangnya langkah itu dapat menghilangkan salah sangka sesetengah pihak.

“Pun begitu, terpulang kepadanya, tiada paksaan,” kata beliau lagi.

Jelas Asri, mubahalah menyebut laknat ke atas diri dan jika tidak disebut maka ia adalah sumpah biasa.

“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia boleh buat mubahalah, terpulang kepadanya. Jika dia buat, kesannya besar kepada diri dan rakyat,” tambah beliau.

Drama Bangkok: Raja Petra- PDRM Berterusan.

“Drama Bangkok” melibatkan Raja Petra Kamarudin dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterusan sehingga lewat petang ini dengan kedua-dua pihak bertukar-tukar SMS menanti sama satu lain berhubung usaha pihak berkuasa itu untuk mendapatkan kenyataan blogger kontroversial tersebut. 

PDRM menghantar anggotanya ke Bangkok untuk bertemu dengan Raja Petra semalam, tetapi usaha itu tidak menjadi kenyataan selepas beliau tidak mahu kenyataannya diambil di Kedutaan Malaysia.

Raja Petra (gambar) hanya bersetuju jika keterangan diambil di hotel beliau tinggal.

Peguam dan isteri Raja Petra khuatir ia sebagai satu helah untuk menahan beliau dan dibawa balik ke Malaysia.

Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim menulis bahawa beliau telah memaklumkan kakitangan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Abdul Hamid Bulat yang Raja Petra bersedia untuk diambil keterangan di lobi Siam City Hotel pada pukul 5 petang ini (6 petang waktu Malaysia).

“Pada pukul 1.26 tengah hari waktu Bangkok hari ini, saya menghantar SMS berikut kepada Hamid: ‘Engku (Raja Petra) dan saya akan berada di lobi Siam City Hotel pada pukul 5 petang untuk memberi kenyataan kepada ACP Aziz. Tq’,” kata Haris dalam maklumat terkini di blognya, petang ini.

Dalam maklumat dikemaskinikan kemudian, Haris berkata seorang lagi peguam Raja Petra, Amarjit Sindhu menerima SMS daripada Hamid mengatakan bahawa pihak polis masih menunggu untuk mengambil kenyataan blogger itu di pejabat kedutaan.

“Marina, RPK dan saya menunggu di lobi hotel dari (pukul) 5 hingga 5.30 petang. Tiada polis (datang). (Jadi) kami bertolak untuk makan malam,” kata Haris dalam maklumat mutakhir.

Blogger kontroversial itu berada di Bangkok sempena majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.

Raja Petra telah diminta oleh pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok agar pergi ke pejabat misi di ibu negara Thailand untuk kenyataannya diambil kira-kira 8 malam waktu Thai semalam, kata kenyataan MCLM dikeluarkan di sini sekitar 8 malam waktu Malaysia semalam.

Bagaimanapun maklumat portal Malaysia Today dan blog Haris pagi tadi berkata, Raja Petra tidak memberikan sebarang kenyataan kepada polis sehingga 2 pagi tadi.

Kenyataan semalam menambah, pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia menyampaikan permintaan itu sebelum majlis dihadiri Raja Petra di Florida Hotel bermula.

Tulisan Raja Petra tengah hari tadi menyebut polis mahu mengambil kenyataannya ekoran aduan berhubung laporan Utusan Malaysia susulan temu bual dengan TV3 dua minggu lalu.

Dalam satu temu bual bersama TV3 yang disiarkan 13 April lalu, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya lima tahun lalu.

Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Sehubungan itu kata Raja Petra, akuan bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi juga memberi maklumat yang sama.

Dr M: Media arus perdana sesekali perlu kritik k'jaan

Media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.

Dr Mahathir berkata media arus perdana juga mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan.

"Jadi kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah tentang apa yang dimahukan oleh rakyat. Mereka (media) berpendapat harus lakukan tapisan sendiri.

"Dan ini sudah pasti memberi tanggapan bahawa kerajaan yang menyekat mereka," katanya pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di ibunegara hari ini, lapor Bernama.

Dr Mahathir yang juga penaung kepada Blog House Malaysia, penganjur persidangan itu berkata kritikan membina harus diberi demi kebaikan negara.

Katanya semasa penulis blog harus memberi layanan adil kepada kerajaan dan rakyat di laman blog mereka, penulis blog juga harus dilayan secara adil dan saksama.

Seramai 35 penulis blog dari negara Asean menghadiri persidangan itu yang bertema 'Blogging Mindfully and Responsibly'.

Mustafa minta Azmin jangan percaya media perdana

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata timbalan presiden PKR, Azmin Ali tidak seharusnya melenting dan dengan mudah mempercayai apa yang dilaporkan dalam media arus perdana berhubung ulasannya mengenai kes video seks.

Mustafa berkata, Azmin tidak seharusnya mempercayai apa yang disiarkan oleh media 'milik Umno' semalam yang menyebut PAS akan menyemak semula hubungannya dengan PKR ekoran skandal video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media arus perdana, kata Mustafa, hanya mahu memecah-belahkan gabungan Pakatan Rakyat.

"Lihat laporan dalam media bukan milik Umno atau BN seperti Harakah dan yang lainnya, yang lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka dan memberi gambaran yang lebih jelas," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Azmin membidas laporan yang memetik Mustafa berhubung video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Ahad, 24 April 2011

Azmin Dakwa Tidur Malam Rosmah Tak Lena. Gua Kata Rosmah Akan Lena Jika Najib Masih berkuasa Selepas PRU 13.


Tidak dapat dipastikan bagaimana timbalan presiden PKR Azmin Ali mengetahuinya tetapi dakwanya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai masalah untuk tidur malam sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas pilihan raya Sarawak.

NONEAzmin, yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa Najib pula bergelut dengan dilema sama ada untuk membubarkan parlimen ataupun terus menunggu sehingga tahun 2013.

Justeru, katanya, penyokong Pakatan rakyat perlu bersiap sedia sama ada pilihan raya umum ke-13 negara diadakan tahun ini ataupun tidak.

"Sama ada awak adalah rakyat Malaysia, ahli parti, ADUN ataupun ahli parlimen, bersiap-sedialah,” katanya kepada kira-kira 500 hadirin pada majlis makan malam bagi mengutip derma di cawangan PKR Bukit Gelugor di Pulau Pinang, malam semalam.

Azmin berkata beliau yakin jika rakyat bersiap sedia, maka menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya yang kini diduduki oleh BN.

"Ada orang kata pilihan raya umum akan ditangguhkan... tetapi ramai pula kata jika tangguhkan keputusannya mungkin lebih teruk kepada BN,” katanya.

najib and rosmah 250608 01"Sebab itu Najib dalam dilema dan Rosmah pula tidak lena tidur malam,” katanya.

Azmin berada di Pulau Pinang bagi mewakili Anwar yang tidak dapat menghadiri lawatan dua harinya ke negeri itu kerana masalah kesihatan.

Beliau kemudiannya bergegas ke ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung.

Antara yang berucap selain Azmin adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi' yang dibangkitkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno-BN dan banyak lagi.

NONEDalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Najib dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Utusan Malaysia yang konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belahkan perpaduan Melayu.

Azmin berkata Najib secara tiba-tiba semalam menafikan hubung kait antara Utusan Malaysia dan pimpinan Umno BN yang selama ini menjadi lidah rasmi parti itu.

“Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan editor Utusan Malaysia.

“Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,” kata Azmin.(Sumber)

Raja Petra beri keterangan di Kedutaan Malaysia di Bangkok

Raja Petra Kamarudin memberi keterangan di Kedutaan Malaysia di Bangkok malam ini, dipercayai berhubung akuan bersumpah (SD) beliau menyentuh kes wanita Mongolia Altantuya Sharibuu pada Jun 2008 dan pendedahan terbaru menerusi temu bual televisyen dua minggu lalu.

Blogger kontroversial itu (gambar) kini berada di Bangkok sempena majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.

“Raja Petra Kamarudin, yang berada di Bangkok sekarang, telah diminta oleh pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di sana bahawa beliau perlu ke pejabat misi di ibu negara Thai untuk kenyataannya diambil kira-kira 8 malam waktu Thai (9 malam waktu Malaysia),” kata kenyataan MCLM dikeluarkan di sini sekitar 8 malam waktu Malaysia.

Kenyataan itu menambah, pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia menyampaikan permintaan itu sebelum majlis dihadiri Raja Petra di Florida Hotel bermula.

“Mereka minta beliau (Raja Petra) pergi ke Kedutaan Malaysia dengan segera sebaik sahaja ceramahnya selesai,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menambah, Raja Petra yang sebelum ini dilaporkan berada dalam buangan kendiri di London dan baru-baru ini di Australia dan Bali, Indonesia tidak ditahan.

Turut bersama Raja Petra, yang juga Pengerusi MCLM ialah presidennya Haris Ibrahim.

Kenyataan itu tidak menyebut sebab keterangan diambil dan siapa yang menemu bual Raja Petra.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata Raja Petra memberikan keterangan secara sukarela kepada pegawai-pegawai PDRM dari Bukit Aman di Kedutaan Malaysia malam ini ekoran permintaan kepada blogger itu.

Khalid mendedahkan perkara ini selepas MCLM mengumumkan Raja Petra diminta memberi kenyataan.
Bagaimanapun Khalid tidak memberi sebarang butiran lanjut mengenai pertemuan Raja Petra dan polis itu.

Dalam satu temu bual bersama TV3 yang disiarkan 13 April lalu, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya lima tahun lalu.

Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Sehubungan itu kata Raja Petra, SD yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi juga memberi maklumat yang sama.

“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil,” katanya.

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Raja Petra turut menamakan blogger Din Merican. Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang, kedua-duanya pernah bekerja di pejabat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam SDnya, Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Sebelum ini Raja Petra berkata beliau pernah memberikan keterangan kepada polis mengenai SD itu ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Tiga hari selepas siaran temu bual itu, Kementerian Pertahanan menafikan pernah wujudnya “maklumat” berkaitan Altantuya — dirujuk sebagai laporan risikan, yang didakwa Raja Petra Raja diperoleh daripada sumber-sumber boleh dipercayai, untuk digunakan dalam SD tiga tahun lalu.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, “pihak ATM ingin menegaskan bahawa maklumat disampaikan oleh Kolonel Azmi kepada Raja Petra Kamarudin adalah palsu.”

Azizan juga berkata siasatan terhadap dakwaan yang dilaporkan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dengan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

“Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM,” katanya lagi. Insider

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...