Translate

Mesti Baca

Sabtu, 23 April 2011

Kenapa Haji Hadi ????

Ramai yang hentam Prof Aziz Bari berkaitan komennya yang mengatakan bahawa Haji Hadi adalah liabiliti kepada PAS dan Pakatan. Bagi gua, gua hormat padangan beliau kerana sesiapa sahaja boleh memberi komen dan kritikan. Jika lu boleh kritik orang maka lu juga boleh dikritik kerana kita mengamalkan demonstrasi ala barat. Di dalam PAS sesiapa sahaja boleh memberi pandangan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara melainkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Lu tidak perlu melenting apabila kritikan yang diberi tidak mengikut cita rasa lu. Jika Najib dan Rosmah boleh dihentam, maka Presiden PAS dan Musyidul Am PAS pun boleh dihentam. Tetapi lu tak boleh menyamakan PAS dengan Umno kerana perbezaannya amat ketara. Presiden PAS boleh dicabar dengan hanya dua pencalonan sahaja dari bahagian berbanding dengan Umno yang mana Presiden dan Timbalannya adalah jawatan yang diperturunkan, yakni tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pihak. Jika lu berani jugak nak tandingan dua jawatan tersebut, maka lu akan dilenyapkan  dari arena politik dan mungkin juga lu akan dipenjarakan dengan bermacam-macam skandal agar lu benar-benar tersungkur.

Dalam kritikan yang dibuat oleh Prof Aziz Bari, dua perkara yang gua tidak bersetuju walau pun inilah isu yang sentiasa dimainkan oleh puak yang menamakan dirinya Pas Reform dan yang seangkatan dengannya iaitu kekalahan PAS di Terengganu dan kegagalan projek 16 September. Sepatutnya Aziz Bari mengkaji secara mendalam dua perkara ini sebelum mengeluarkan kritikan yang pada pandangan gua langsung tidak berasas.

Apakah kemenangan PAS di Terengganu pada pilihan raya 1999 disebabkan kekuatan PAS atau Pakatan?. Gua harap harap Aziz Bari dapat menilai dengan secara teliti hujah beliau sebelum membuat tuduhan. Hakikatnya, kemenangan PAS di Terengganu disebabkan ketidak puas hati ahli-ahli Umno terhadap kepimpinan Mahathir dan isu Anwar yang membuatkan mereka memangkah PAS tetapi mereka tetap bersama dengan Umno.

Ada kala gua sudah muak dengan alasan-alasan bodoh yang tak masuk akal yang sentiasa diulang dan diulang oleh puak-puak Pas Reform dan yang seangkatan dengannya. Inilah jadinya bila kepala terlalu banyak masuk air sehinggakan isu kekalahan PAS di Terengganu menjadi hujah bodoh tanpa melihat faktanya. Lu bercakap tentang kekalahan di Terengganu tetapi lu buta hati kerana tidak pernah menyebut kemenangan di Kelantan dengan hanya majoriti satu kerusi. Jika tidak kerana wa'la terhadap parti, sudah pasti PAS juga kehilangan Kelantan. Apa hujah lu tentang kemenangan tipis PAS di Kelantan pasal gua tidak melihat perkara ini di mainkan oleh pencacai Pas Reform.

Apakah ini strategi pencacai Pas Reform dengan memainkan isu kekalahan PAS di Terengganu agar kemenangan tipis PAS di Kelantan disembunyikan. Lu cakap PAS terbahagi kepada dua iaitu pro Erdogan dan pro Perpaduan dan bahasa mudahnya ialah pro Erdogan berpaksikan TGNA dan pro Perpaduan pula berpaksikan Haji Hadi dengan tambahan oleh Pas Reform iaitu 'Puak Terengganu'. Dengan memainkan isu kekalahan di Terengganu maka senanglah menunding jari kepada Haji Hadi tetapi agar isu kemenangan tipis di Kelantan dapat menyelamatkan imej TGNA.

Sepertimana yang gua tulis berkaitan dengan sikap busuk hati blogger Albakistani terhadap Haji Hadi. Beliau diantara individu yang berkehendakan Haji Hadi disingkirkan tetapi apabila mendengar analisis oleh pemerhati politik yang PAS akan kalah teruk pada PRU 13 nanti, terus beliau menyarankan agar Haji Hadi dikekalkan sebagai Presiden PAS supaya senang sikit kerja beliau untuk mengkambing hitamkan Haji Hadi. Satu sikap buruk yang gua paling benci yang ada pada ahli PAS mahu pun ahli Umno.

Berkaitan kegagalan projek 16 September yang di bangkitkan oleh Aziz Bari benar-benar mengecewakan gua. Gua tak tahu tahap mana kajian beliau sehingga menyebut bahawa Haji Hadi adalah orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan tersebut. Gua rasa beliau terlalu terikut-ikut dengan senario politik negara luar tanpa mengkaji secara tepat berkaitan dengan corak politik orang Umno. Ini Malaysia ler Prof, bukan Indonesia, Thailand, Filipina atau mana-mana negara luar pun. 

Apakah MP-MP BN akan berpaling tadah dengan meninggalkan segala kemewahan yang dimiliki oleh mereka. Apakah MP-MP BN akan membiarkan periuk nasi mereka tertutup dengan menyertai Pakatan yang mana mereka sendiri tahu pendirian PAS dan DAP berkaitan isu-isu rasuah dan salah guna kuasa. Selama 53 tahun Malaysia merdeka, pernahkah MP-MP Umno/BN berpaling tadah dengan meninggalkan segala kemewahan yang ada. 

Gua pernah ditanya kebarangkalian projek 16 September dan gua kata ianya tidak akan berjaya kerana Najib dan Rosmah tidak akan membiarkan perkara itu berlaku. Lu sendiri tahu skandal-skandal MP Umno/BN berada dalam poket Najib dan Rosmah. Najib dan Rosmah pasti akan menggunakannya sebagai senjata apatah lagi pihak polis adalah talian hayat Umno. Jika Anwar dapat kawal pihak polis, gua gerenti projek 16 September akan berjaya. Selepas kegagalan projek tersebut, maka para pencacai Pas Reform menyalahkan Mustafa Ali kerana beliau mengeluarkan kenyataan yang perkara itu akan gagal.

Maka para blogger pencacai Pas Reform mula mengetuk tin-tin kosong kononnya Mustafa Ali telah membocor strategi projek Anwar. Gua pun tak tahu apa kerahsiaan yang telah dibocorkan oleh Mustafa Ali walau pun gua akui yang beliau ada kelemahan tetapi apa beliau katakan itu adalah benar sebagai seorang politikus yang berpengalaman semasa PAS bersama BN. 

Kemarahan para pencacai Pas Reform semakin hari semakin membuak-buak terhadap puak yang mereka namakan 'Puak Terengganu'. Sehinggakan mengajar agama di masjid-masjid di Selangor pun menjadi isu. Kononnya ustaz tempatan susah mencari makan di Selangor kerana ustaz-ustaz dari Terengganu telah berhijrah dan menguasai ceramah agama di masjid-masjid di Selangor. Tidakkah itu sikap kebudak-budakkan yang mana semua kesalahan diletak kepada orang Terengganu. Gua tak tahu dan tidak pasti adakah puak yang mengelarkan diri mereka 'Pas Reform' benar-benar ahli PAS atau tidak. Jika mereka ahli PAS, Amat malanglah PAS mempunyai ahli seperti mereka kerana mereka seperti duri dalam daging.

Bagi Pas Reform yang berketuakan Aduka Taruna, gua tidak ada masaalah dengan 'Reform-Reform' nih jika jika ianya membawa kebaikan dalam parti PAS  lu orang atau pun parti Umno pasal gua ada kat luar pagar jer. Jika lu suka mengkritik bermakna lu juga suka dikritik, betoi tak...!! Gua bukan tak suka dengan idea-idea lu kerana ada idea lu yang patut diambil perhatian tetapi gua cukup kecewa dengan penghinaan lu terhadap Sahabat dan Isteri Rasulullah s.a.w.

Lu sape untuk kritik Sahabat dan Isteri Rasulullah s.a.w. sehingga lu letak mereka sama taraf dengan lu. Ini lah hasil tarbiah dari ularmak Pas Reform dengan memperturunkan ilmu di tepi longkang dan kesudahannya lu dapat ilmu bertaraf longkang. Lainlah jika lu belajar ilmu untuk buat longkang kerana ilmu longkang kena belajar kat longkang baru cepat pandai selain belajar teori. Gua rasa lu punya tok guru lupa mahu ajar tentang sejarah Islam di mana Hasan Basri r.a. pernah ditanya oleh seorang muridnya tentang pembandingan antara Muawiyah r.a. dengan Khalifah Umar ibnu Aziz. Jawab Hasan Basri, 'Debu di hidung kuda Muawiyah r.a. pun belum tentu dapat di bandingkan dengan Umar ibnu Aziz kerana Muawiyah r.a. adalah sahabat Nabi dan pernah berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w.'. Jadi lu fikir sendiri ler tahap lu..!!

Sebelum gua akhiri bab ni, gua nak tahu siapa calon presiden yang lu rasa layak untuk mencabar Haji Hadi kerana Husam dah tolak. Mungkin lu diantara orang yang paling kecewa dengan penolakan Husam sebagai calon presiden. Tentang Idham Lim pula, lu jangan berangan yang beliau akan terima kerana bagi gua perjalanan beliau masih jauh lagi tetapi tidak mustahil disebabkan beliau adalah pemimpin pelapis. Kalau gua tanya Alhusseyn, gerenti dia akan tolah Nizar.  Inilah masa yang sesuai untuk lu dan puak-puak Pas Reform lu letak calon. Jangan jadi tahap celaka pulak, bila dah habis pemilihan mula ler puak-puak Pas Reform ketuk tin dimerata-rata tempat untuk menunjukkan ketidak puas hati masing-masing.

Jika tiada pertandingan kerana semua menolak, gua rasa lu tubuh jer parti Pas Reform. Lu jadi presiden, Bakar Penarik Beca jadi timbalan lu, Albakistani boleh jadi Ketua Ulamak Pas Reform dan Alhusseyn pula boleh jadi Musyidul Am Pas Reform. Itu pun jika Alhusseyn ngam dengan lu pasal sama-sama tak suka Haji Hadi dan puak Terengganu. Gua bagi cadangan jer jika lu suka lu ikut, lu tak suka lu bangkul sampah jer idea gua.

Pastor Bakar Al-Quran, Juri Arah Bayar Bon Damai.

Jones
Nampaknya HarusSani patut keluarkan fatwa dengan hukuman bunuh terhadap si celaka nih. Itu pun kalau beliau berani dan gua berani kata yang beliau tidak akan berani.
 
Beliau mungkin akan mengeluarkan fatwa jika ianya melibatkan Umno celaka dan Rosmah yang puaka. Kerana itulah dunia Islam perlukan seorang lagi Ayutullah Khomeneiyang berani mengeluarkan fatwa terhadap Laknatullah Salman Rushdie.
 
Pastor kontroversial dari Florida dikehendaki menyediakan ‘bon damai’ sebelum menganjurkan demonstrasi yang dirancang untuk diadakan di depan masjid terbesar Amerika Syarikat di sini, demikian diputuskan oleh juri. 
 
Panel tujuh juri — empat wanita dan tiga lelaki — memutuskan demikian lewat Jumaat (pagi ini, waktu Malaysia).

Pastor Terry Jones merancang untuk mengadakan protes sekitar 5 petang (waktu tempatan).

Selain itu, Jones yang menjadi perhatian kerana protes terhadap Islam termasuk membakar al-Quran bulan lalu juga dikehendaki bertanggungjawab ke atas kos keselamatan dan tugasan pihak yang akan dikerah jika protes diadakan di pekarangan masjid Pusat Islam Amerika di sini, lapor msnbc.com.

Jones berkata dia tidak akan menyediakan bon dan juga tidak akan mengubah lokasi protes.

Gua tak hairan jika si celaka ini bakar al-Quran pasal dia memang dah celaka disisi Islam sama dengan Umno yang tak bakar al-Quran tapi hina al-Quran tahap celaka.

Jumaat, 22 April 2011

Polis Serah Kes Gaduh Pelajar Pada Pentadbiran Sekolah.

Polis menyerahkan kepada Jabatan Pelajaran Selangor dan pihak pentadbiran sekolah di Seksyen 25 di Shah Alam untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung insiden pergaduhan dua kumpulan pelajar sekolah terbabit semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata kes itu diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah menengah berkenaan kerana ia berlaku di dalam kawasan sekolah.

Ketika dihubungi hari ini beliau berkata dalam kejadian semalam, pelajar tingkatan empat dan lima yang terbabit dalam pergaduhan itu dikumpul dalam bilik kaunseling sementara menunggu ketibaan polis, sejurus selepas guru sekolah berkenaan berjaya meleraikan pergaduhan.

Semalam, polis mengambil keterangan daripada 23 pelajar lelaki berkenaan di Balai Polis Seksyen 15 bagi membantu siasatan, dan mereka kemudiannya dibenarkan pulang.

Sementara itu menurut satu sumber di Jabatan Pelajaran Selangor, kes gaduh itu sudah dianggap selesai, dan perkara itu diserahkan kepada pihak sekolah terbabit untuk ditangani.

"Pengurusan sekolah memaklumkan bahawa ibu bapa pelajar terbabit sudah dipanggil untuk berbincang mengenainya hari ini," katanya.

- Bernama

'Utusan, PERKASA Didakwa Apikan Sentimen Perkauman

Naib Presiden PKR, Tian Chua mengesyorkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera menamatkan konsep 1Malaysia yang dicanangnya selama ini kerana ia nyata tidak selari dengan perjuangan gagasan itu.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chuaBercakap kepada TV Selangor, Tian Chua berkata bukan hanya rencana terbitan media kawalannya yang mendesak supaya digerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi" diutamakan, bahkan NGO proksi Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga mendesak kerajaan meminggirkan masyarakat Cina yang didakwa sanggup “membalas susu dengan tuba”.

“Kalau itu pendirian Umno, sepatutnya Najib secara rasminya perlu mengumumkan penamatan kempen 1Malaysia yang disebarkan merata tempat.
"Jadi, sokongan sekarang menunjukkan sebenarnya BN tidak ikhlas dengan kempen 1Malaysia dan cogan kata ini sebenarnya sebagai satu penipuan,” katanya.
Semalam, PERKASA cawangan Sarawak dalam satu kenyataan media meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada DAP sekiranya nasib masyarakat Cina di negeri itu tidak lagi terbela berikutan trend pengundi kaum itu yang menyokong Pakatan Rakyat.
Mainan politik juak Umno

NONE“Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” kata ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari.

Ironinya, kenyataan itu timbul selepas rentetan siri artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia Ahad lalu dalam ruangan 'Awang Selamat' yang menggesa kerajaan supaya mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya.

Artikel itu mendakwa, sentimen anti-BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan masyarakat itu bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka dalam ekonomi, malah dalam arena politik juga.

NONEMalah semalam, Timbalan Pengarang Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan pula mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

Menurut Tian Chua semua gesaan itu hanyalah mainan politik juak Umno yang gemar mengeksploitasikan sentimen perkauman dalam meraih semula sokongan rakyat kepada Umno-BN.

“Ini tipikal sebagai PERKASA yang sentiasa menghasut mewujudkan suasana tegang di antara kaum. PERKASA cuba mengapi-apikan sentimen ini demi membantu Umno,” kata Tian Chua.
Soal khianat tidak timbul

gerakan women forum 080306 mah siew keongDalam perkembangan berkaitan, Gerakan juga membidas PERKASA dan menganggap kenyataan Abang Abdul Nasser itu sebagai bersifat 'pendedam dan rendah citarasanya".
Naib presiden parti komponen BN itu, Datuk Mah Siew Keong (kanan) berkata soal mengkhianati tidak timbul kerana masyarakat Cina di Sarawak tidak pernah membuat sebarang janji bahawa mereka menyokong BN.
"Lagipun, pilihan raya negeri Sarawak diadakan bagi membolehkan rakyat secara demokrasi melantik wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri," katanya dalam satu kenyataan.
Mah juga menganggap kenyataan PERKASA itu berbaur perkauman dan tidak matang.
Chong Snr ceramah in kuching“Kita sepatutnya menghormati keputusan majoriti. Ia adalah undi di bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menolak parti pemerintah dan bukan hanya pengundi Cina.
"Kerajaan harus mendengar suara majoriti pengundi bandar, kajinya dan memperkenalkan perubahaan yang dapat diterima demi manfaat semua kaum," katanya.
Melayu tidak dihukum
Menurut Mah, meskipun pengundi di Kedah dan Kelantan yang majoriti mereka masyarakat Melayu menolak BN namun kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan kedua-duia negeri berkenaan.
dap miri ceramah crowd big shot"Tidak ada sebarang desakan dari mana-mana pihak supaya kerajaan meminggirkan kedua-dua negeri itu kerana pengundinya tidak menyokong kerajaan. Jadi, tolong jangan biarkan keputusan pilihan raya Sarawak menjadi satu isu perkauman.
“Mereka (penduduk bandar) mahu melihat dasar-dasar yang adil dan saksama; mereka juga prihatin dengan isu kebangsaan dan juga cara-cara kerajaan menangani masalah berkenaan," kata Mah.
Sementara itu, cadangan Utusan Malaysia supaya Umno melancarkan gerakan 1Melayu 1Bumi dikhuatiri akan membawa kesan negatif terhadap akhbar itu sendiri.
NUJ: Jualan akhbar bakal merudum

Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), V Anbalagan ketika bercakap kepada TV Selangor berkata perkembangan itu pada hematnya, bakal menjejaskan pendapatan kaki tangan Utusan sendiri apabila jualan akhbar berkenaan terus merudum kelak.

utusan datuk t 200411 02“Kalau berterusan boleh memungkinkan penjualan surat khabar itu akan turun dan saya bimbang kalau ini berlaku mungkin syarikat tidak mendapat keuntungan.

“Akhirnya yang rugi pekerja-pekerjalah kerana Utusan banyak mengeluarkan berita-berita seperti ini bukan? Ia membakar sentimen kaum bukan?” soalnya.

Menurut Anbalagan, pihak pengurusan Utusan Malaysia seharusnya memahami akhbar tersebut bukan sekadar dibaca oleh orang Melayu tetapi ia dibaca seluruh rakyat Malaysia pelbagai bangsa.

NONEUtusan mesti faham surat khabar bahasa Malaysia bukan dibaca oleh orang Melayu sahaja. Ia dibaca oleh semua orang, semua kaum kerana bahasa Malaysia bukan milik orang Melayu maksudnya milik rakyat Malaysia,” kata Anbalagan.

“Kenyataan seperti ini tidak memberi sebarang faedahlah dan saya bimbanglah sebab orang mungkin boikot atau tidak mahu membaca surat khabar ini. Saya juga bimbang sebab ramai ahli-ahli NUJ yang bekerja di sana,” katanya.

Tambah Anbalagan, sepatutnya akhbar memainkan peranan membawa perpaduan tetapi malangnya Utusan Malaysia berperanan sebaliknya.(Sumber)

Khamis, 21 April 2011

Video seks: Polis diminta siasat kaitan kes ‘Datuk T’, Nov 99

 
Seorang wanita mula menanggalkan pakainannya didalam sedutan klip ini yang terdahulu dimuatnaik ke YouTube.
 
Seorang bekas pegawai polis kanan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan oleh itu, mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan video oleh “Datuk T” bulan lalu. 
 
Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumput Datuk Mat Zain Ibrahim berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.

Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan.

“Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

“Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka,” katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

Pengedaran pertama itu berlaku lebih setahun selepas Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan dan parti.

Semalam, Ismail berkata, polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin Pakatan Rakyat kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu terdekat.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Mertajam semalam, Ketua Polis Negara berkata kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.

“Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa.
“... dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan,” kata beliau.

Siasatan itu dijalankan selepas rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

Dalam surat terbukanya, Zain menambah, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan video seks pertama yang kononnya  dikatakan melibatkan Anwar juga, yang diedarkan pada 1999.

Pengedaran video seks ini di sekitar Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.

Katanya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu”, yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes Anwar akhir 1990-an berkata, beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.

“Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.

“Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu,  di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar,” katanya lagi.

Zain juga berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti “sumber” video seks pertama 1999 tetapi gagal untuk mengenal pasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum.

“Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10.

“Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab mengedarkan video seks berkenaan,” katanya lagi dalam surat kepada Ismail bertarikh 18 April ini.

Beliau beberapa menghantar surat terbuka berkaitan kes Anwar sebelum ini.

Beliau menambah, memandangkan kumpulan yang menggelar diri mereka “Datuk T” — terdiri daripada Rahim, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggungjawab di atas penemuan dan penayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu, maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini.

“Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.

“Terdapat ‘nexus’ antara kedua video seks ini,” kata beliau lagi.(Sumber)

Hadi: Saya sedia ditentang jika ada calon layak

Hadi berkata beliau “bukan mahu menjadi pemimpin selamanya”. 
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang sebelum ini disifatkan sebagai liabiliti kepada parti itu berkata, beliau sedia ditentang pada pemilihan pusat Jun ini. 

PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa iaitu ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanding jawatan presiden.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Kata Hadi, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu sambut baik jika ada pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu daripada latar belakang dan pendidikan yang berbeza.

Susulan komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mempertahankan Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, “pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.”

Beliau menambah PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.

“Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya,” kata beliau.

Laporan media kelmarin memetik Aziz, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS sebagai berkata, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.

Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.
Nik Aziz menambah kata, sememangnya memenangi pilihan raya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihan raya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

“Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar?

“Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT,” kata beliau lagi.

Rabu, 20 April 2011

Presiden PAS Bukan Presiden Umno.

 
tok guru presiden pas dah melontarkan bola ke tengah gelanggang, tak ada siapa yang berani ke menyahut cabaran. tok guru presiden dah berjiwa besar dan sanggup melepaskan jawatan presiden pas jika ada yang sanggup mencabar dan mendapat undi dan dapat mengalahkannya. mula sekarang reform boleh le bagi satu nama yang berani, kalau tak berani, baik jadi pelacur dibelakang lorong, khalid samad tak berani ke? jangan hanya berani dibelakang, sebagai pemimpin cerdik menurut kata ularmamak kepalalutut pasti khalid samad kena berani berdepan dengan segala rintangan, tak akan mengulang ulang ayat ayat yang sama seperti aziz bari, profesor pakar perlembagaan sekular.  pakar perlembagaan sekular tak semestinya faham apa itu politik, sekadar melemparkan bola buruk ketengah padang belum mampu disepak kembali, hanya bertuku di depan meja untuk mengolah isu isu. presiden pas mengatakan bahawa dalam pas golongan professional  dan ulama adalah berhak memimpin pas, dengan ini khalid samad berhak bertanding. kalau kumpulan reform tak mampu menolak khalid samad ke depan mereka akan jadi bacul hanya berani menyalak yalak dalam blog, ahli pas ramai yang sudah bersiap sedia untuk mengundi khalid samad.

dalam pas tak akan ada undi penipuan yang selalu dilakukan oleh umno. dalam pas perlukan 2 kawasan, dua percalonan cukup untuk menjadi calon presiden, setelah husam musa menolak cadangan bukit bintang, reform kehilangan idea terpaksa mabuk dulu sementara mencari calon baru,  dengan sokongan aziz bari tak mungkin calon presiden baru pas takut berhadapan dengan perwakilan pas. selepas ini kempen akan berlangsung, abang mat sabu sudah mempersiapkan diri untuk bertanding, facebook mat sabu dah dilancarkan. betapa suburnya demokrasi dalam pas, berkali kali muktamar diadakan. dan setiap kali muktamar pas pusat berlangsung ada suara kaldai yang akan terus berbunyi. masih banyak lagi pas kawasan yang belum bersidang. jangan bercakap selepas muktamar agung kerana terpaksa menunggu 2 tahun lagi. dan 2 tahun lagi boleh dengar lagi ulasan aziz bari.

Pendakwa mahu mahkamah ‘halang’ Pastor Jones bakar al-Quran

Pastor Terry Jones pada satu sidang media 8 September 2010 di Gainesville, Florida ketika bercadang mahu membakar al-Quran. — Foto Reuters
 
 Pendakwa raya Wayne County mahu mahkamah membuat satu perintah yang “sukar”, jika pun tidak memutuskannya sebagai haram - bagi pastor yang mengetuai kempen membakar al-Quran bulan lalu, mengadakan protes di masjid terbesar di Amerika Syarikat, Jumaat ini. 

Ia diadakan sempena sambutan Good Friday minggu ini.

Pihak pendakwa telah memfailkan satu permohonan Jumaat lalu bahawa rancangan Terry Jones dari Florida untuk mengadakan demonstrasi di Pusat Islam Amerika di sempadan Dearborn/Detroit, kemungkinan akan membawa kepasa “rusuhan bersenjata.”

Jones mahu terbang sejauh 1,400 kilometer ataupun dua jam perjalanan menerusi kapal terbang dari Florida untuk mengadakan protes itu.

Jones sepatutnya hadir di Mahkamah Daerah di Dearborn Khamis ini atas permintaan pendakwa raya dan dikenakan “bon damai”, yang dibayar bagi perlindungan polis.

The Detroit News melaporkan tiada jumlah ditetapkan tetapi Jones mendakwa polis Dearborn telah meminta AS$100,000 (RM303,000) untuk menampung kos lebih masa.

Katanya, usaha untuk mendiamkan dia adalah tindakan “tidak berperlembagaan” dan tiada hasrat untuk membayar wang itu ataupun membatalkan hasratnya.

“Tiada apa-apa yang akan mengubah (pelan). Tiada apa yang akan mengubah,” kata Jones dari Dove World Outreach Center, Gainesville, Florida.

“Pastinya kami akan berada di sana,” kata Jones.

Dalam afidavit yang dilampirkan bersama permohonan, Ketua Polis Dearborn Ronald Haddad berkata, beliau bimbang Jones akan melakukan tindakan membakar al-Quran.

“Maklumat risikan membuatkan saya percaya bahawa Pastor Jones akan memudaratkan keselamatan orang ramai dengan melakukan tindakan yang bertentangan dengan orang perseorangan atau harta pihak lain dengan membakar al-Quran,” kata Haddad.

Aduan mendakwa Jones telah menerima 300 ancaman bunuh ekoran tindakannya membakar al-Quran bulan lalu dan menjadi sasaran ganjaran AS$1.2 juta terhadap kematiannya daripada kumpulan pengganas.

Jones memberitahu dia merancang untuk membawa pistol untuk melindungi dirinya ketika demonstrasi di kawasan masjid Ford Road, petang Jumaat ini.

Jones berkata dia akan datang dengan sejumlah pengikut untuk memprotes terhadap kumpulan pelampau Islam dan undang-undang syariah.

Katanya, dia datang ke Dearborn sebab kawasan itu mempunyai ramai orang Arab dan Muslim.
Imam Hassan Qazwini dari Pusat Islam Amerika Syarikat (kiri) pada sidang media membantah protes Pastor Terry Jones Jumaat ini. — Foto ihsan The Detroit News

















Masjid itu juga dianggap sebagai yang terbesar di Amerika Syarikat. 

Awal bulan ini, Jones yang disifatkan sebagai pemimpin gereja fundamentalis berkata akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat akhir bulan ini.

Rancangan itu dikhuatiri akan memburukkan lagi ketegangan yang dirasakan di beberapa bahagian lain dunia.

Tindakannya membakar al-Quran pada 20 Mac lalu telah membawa kepada rusuhan dan demonstrasi di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB telah menyebabkan hampir 20 orang terbunuh.

Jones, seorang bekas pengurus hotel sebelum tukar kerjaya sebagai pastor, yang mendakwa al-Quran mendorong keganasan berkata, dia akan meneruskan satu protes pada 22 April ini — di pekarangan masjid terbesar iaitu di Dearborn, Michigan.

Sebelum ini, Presiden Barack Obama juga mengecam perbuatan membakar al-Quran tetapi tidak menyebutkan nama Jones.

Beberapa pemimpin Kristian dan Islam di Amerika Syarikat juga mengecam Jones dan gereja kecil Dove World Outreach Center yang mempunyai sekitar 30 ahli.

Jones merancang untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September tahun lalu tetapi mengubah fikiran.

Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudian menyelia pembakaran kitab suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam.
Video yang menunjukkan naskhah-naskhah yang direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center. Insider

Selasa, 19 April 2011

Fasa Ke 2 Serangan Untuk Blog-Blog Celaka Lagi Sial.

Fasa pertama serangan gua nampaknya benar-benar mendatangkan kemarahan dari blogger-blogger celaka lagi sial. Ada yang sampai tahap nak bunuh gua dan ramai yang nak bakar mayat gua. Pada fasa ke 2 ini gua tidak akan meletakkan nama blog-blog celaka lagi sial. 

Sorrylah wahai celaka-celaka yang sial semua, gua malware-malware ni tak main ler pasal itu kerja berbudak tadika jer. Ada sesetengah blogger celaka lagi sial kata gua nak naikkan ranking blog gua pasal blog gua baru, sorrylah wahai para celaka, gua tak heran langsung bab rangking-ranking nih.

Kebanyakan para blogger celaka lagi sial ingat gua nih dari Pakatan dan ada yang menyarankan agar blog gua diserang beramai-ramai oleh blogger celaka tahap gampang. Jadi gua tunggu-tunggu juga serangan dari para celaka anak gampang pasal merekakan ramai pakar-pakar IT. Tapi macam biasa ler, taik jer besar  tapi hati kecut nak mampus kerana itulah perangai pencacai-pencacai tahap celaka. Dah 3 minggu gua tunggu kot-kot blog gua dah ghaib kerana kepakaran para pencacai tahap celaka lagi sial nih.

Macam komen si celaka flying kick tentang artikel gua tentang video lucah ler, penilainya tahap budak darjah satu pasal apa yang gua tulis telah terserlah kebenarannya kerana video jer asli tapi pelakonnya, polis sendiri tak nak dakwa. Inilah tahap celaka yang dah buta mata hati kerana hari-hari makan nasik berlaukkan fitnah.

Wooiiii..... para celaka sekalian, gua serang blog lu tanpa sembunyi-sembunyi pasal gua bukan macam lu semua yang memang tahap pengecut tahap celaka. Ni nak bagitau sikit pada blogger BN. lu kalau tak siar berita-berita fitnah jangan takut ler pasal gua hanya serang blog-blog yang dimiliki oleh para celaka tahap gampang jer. Tapi nasib ler pasal blogger-blogger Umno/BN dah lama jadi celaka dengan cerita-cerita fasik mereka. 

Kalau lu nak baca amaran para blogger celaka pada gua sehingga gua terpaksa lari ke Mongolia kerana takut ugutan-ugutan mereka, baca kat bawah ini dan selepas ini masuk fasa ke 2 serangan gua....

21 comments:


reez said...
Woooo~ takotnya..
Anonymous said...
Tak takut. Hari ni rosak, kita buat yg lain
PAPA GOMO said...
Bunuh je pemilik blogg anak haram tu.
Pokok said...
blog u pun dah kena.. ada malware..
MPP said...
Patutlah pagi tadi ada readers yang komplen blog gua ada virus. Tapi tak kisahlah... Tadi APCO dah bagi tangkal pendinding blog mujarab punya kat gua... Hahahahaha...
Anonymous said...
kita bakor...kita bakor..
kgc said...
tukar password..search for password creator dlm google..ataupun make sure ada kombinasi nombor dengan huruf ataupun abjek sprt ini (@#$%^&*)
Naluri Rakyat said...
salam 1 Malaysia.. Patah tumbuh hilang berganti...
blogenstarz said...
BAKAR MAYAT NYA !
zahari1950 said...
Sepatut pakar IT pro kerajaan buat serangan balas. Hack ke atau crowdedkan lamannya hingga pengunjung bosan atau sebagainya. Pakar IT pro kerajaan mesti tahu punya. Bukan pakar pembangkang sahaja yang tahu sabotaj.
Anonymous said...
apa kata, expert2 gewng umno plak kenakan dia dulu, buat smpai dia takleh nak buat blog dah wakakakaka
SUNGAI RAPAT ONLINE said...
kalau nak letup gua boleh letupkan
Anonymous said...
Itu maknanya puak fuckatan dah sedar yg blog pro kerajaan semakin berpengaruh dan semakin mengatasi mereka. Aku percaya paling hebatpun serangan pencacai fuckatan adalah dengan buat spam diruangan2 komen blog2 pro kerajaan dengan maki hamun dan carut2an.
eXception said...
Di sini aku bg cadangan, ko nampak tak kat atas blog dia ni: http://bebaskanmalaysia.blogspot.com/2011/03/ini-adalah-senarai-blog-yang-akan-gua.html ada blogger header... korang report abuse ramai-ramai... lg ramai lg bagus... Blogger akan tutup terus akan dia...
MM said...
ini blogspot la.. bkan private wordpress yg tak dipatched.. lain la klu pndai buat XSS atau DDoS.. klu setakat letak ads ada malware budak pra-sekolah pun tahu..  tak gitu usop?
eXception said...
Mari kita serang balas blogger anjing yang mengancam hendak menyerang blog kita: Blogger Anjing Isytihar Perang!! Kita Serang Balas!!
Anonymous said...
semua percakapan syaitan...
Anonymous said...
jgn risau bro, biar dorang buat itu maknanya blogger PR yg jahat dan terbukti segala apa yang di buat oleh blogger Pro Kerajaan tidak menyenangkan mereka, itu kecik punya hal la... ilmu IT ni bukan sikit brjuta juta ...
pakngah santan said...
anon 29 mac 7:01pm, memang syaitan pun sebab salah satu parti dalam pr adalah Parti Anugerah Syaitan.  serangan malware ini menunjukkan yang pihak blogger pembangkang dah takut. sepatutnya ikutlah falsampah bapa segala anugerah tuhan, lawan tetap lawan, ataupun kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. oh lupa saya. bapa segala anugerah tuhan pun kaki penipu dan kaki retorik saja.
Anonymous said...
Biarlah dorang nak hack pun, 5 minit lepas tu up lah balik. takde masalahnyer pun,
Anonymous said...
Sesiapa yang ekspert pasal hacking ni apa lagi....serang la...ni la orang kata cyber war

DAP Sarawak: Tun M ‘tidak sedar apa beliau kata’

DAP Sarawak hari ini menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu telah menyuntik “virus perkauman” di negeri itu, yang mana menurut bekas perdana menteri itu pendekatan sedemikian akan memecahkan negara kepada dua puak.
 
“Ia (pandangan) sampah (semata-mata). Ini menunjukkan Dr M (Mahathir) sudah nyanyuk dan tidak sedar apa yang beliau kata. Semasa semua ceramah ketika berkempen, kami hanya bertanya soal kesamarataan kaum dan ia ada dalam manifesto kami,” kata Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng.

Rakannya, Violet Yong, turut memberikan pandangan yang serupa.

“Saya tidak bersetuju dengan apa yang Dr Mahathir katakan sebab DAP adalah parti berbilang kaum.

“Bagi beliau yang pernah menjadi perdana menteri bertahun-tahun dan kata begitu, beliau sedikit nyanyuk,” kata Bendahari DAP ini kepada The Malaysian Insider.

Tetapi Yong, wakil rakyat dua penggal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending menghargai sumbangan Dr Mahathir yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Justeru, beliau juga mengingatkan Dr Mahathir yang sudah mencecah 85 tahun bahawa sebenarnya Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan politik perkauman.

Yong merujuk kepada tiga parti utama dalam 13 perikatan BN yang masih dipisahkan mengikut kaum.

“Anda lihat MIC, hanya untuk kaum India. MCA, hanya kaum Cina boleh masuk. Umno, hanya untuk Melayu dan Bumiputera Islam Melanau sahaja. Jadi siapa yang mengamalkan perkauman,” katanya.
“Beliau (Dr Mahathir) hanya bercakap dari luar sahaja,” katanya.

Dr Mahathir juga bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN.

Peguam itu turut menggesa pemimpin veteren tersebut agar mengambil langkah untuk menyertai DAP.
“Kenapa tidak sertai DAP dan lihat sama ada kami lakukan perkara yang sama seperti beliau,” cadangkan Yong.

Sehubungan itu beliau juga mengakui kemenangan 12 kerusi DAP pada pilihan raya negeri Sabtu lalu adalah kerana kelamahan polisi BN yang tidak adil dan berat sebelah.

“Kenapa kaum Cina di sini menyertai DAP? Kerana mereka rasa diketepikan, jadi mereka memberikan mesej ini,” katanya.

Dalam tulisan di blognya semalam, Dr Mahathir mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti “virus rasisme Cina” yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka negeri itu.

Bekas perdana menteri itu menuduh DAP memusnahkan formula kongsi-kuasa yang telah diamalkan BN sejak sekian lama.

Dalam nada sindir, Dr Mahathir menulis, “saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak.” 

“Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme,” katanya.

“Mereka telah dijangkiti virus rasisme Cina yang menjadi prinsip DAP,” kata Dr Mahathir.

BN kekal berkuasa di Sarawak dengan majoriti lebih dua pertiga tetapi jumlah kerusi dimenangi menurun daripada 62 pada 2006 kepada 55 kali ini dengan undi popular pun mengalami penurunan. (Sumber)

AKIBAT KEBODOHAN PRESIDEN KIMMA, RESTOREN MAMAK MUNGKIN DIBOIKOT

Oleh: WFAUZDIN NS

PRESIDEN KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) ternyata seorang yang pengampu nombor wahid serta mempunyai kejahilan teramat sangat dan lebih dahsyat lagi seorang mamak yang berhati busuk. Kesemuanya itu kita boleh lihat di dalam kenyataannya yang dipetik di dalam akhbar Berita Hairan seperti berikut:-
DI Batu Pahat, Presiden KIMMA Datuk Syed Ibrahim Kadeer menjelaskan, " Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang".

Apa perjuangan KIMMA sebenarnya? Jika setakat berjuang untuk menjadi penjilat kepada Umno saya rasa KIMMA lebih baik mendaftar sebagai satu lagi komponen di dalam Bn untuk bersaing dengan MIC. Apa sumbangan KIMMA kepada golongan mamak yang kebanyakan berniaga membuka restoren di merata tempat itu? Daripada melalak dan merapu buat fitnah ke atas Pembangkang, lebih baik beliau periksa kesemua restoren mamak yang terdapat di negara ini yang mencekik darah pelanggan dengan harga minuman dan makanan yang tinggi. Itu belum lagi dikira di dalam aspek kebersihan pekerja-pekerja dan restoren-restoren berkenaan.

KIMMA usah perasan kununnya Pembangkang tergilakan kumpulan kecil sepertinya yang tidak langsung memberi kudis jika kumpulan ini menyokong Umno sampai kiamat. Apa bijak sangatkah KIMMA ini sehingga Pembangkang sanggup mahu rasuah jutaan ringgit beserta projek hanya kerana mahukan sokongan dari pihaknya? Siapa orang di dalam KIMMA yang hebat sangat sehingga Pembangkang mahu beli itu? Adakah Presidennya sendiri mamak Syed? Kirim salam, wahai KIMMA. Pembangkang punyai tokoh yang lebih hebat dari seorang penebar roti canai, maka usahlah sanggup tebar fitnah hanya kerana mahu membodek Umno. Saya bimbang, akibat kebodohan Presiden KIMMA ini dikhuatiri restoren-restoren mamak akan dipulau atau diboikot orang ramai.

Harus kita sedar, bukan semua ahli KIMMA berfikiran dan sejahil mamak Syed itu. Mungkin juga ramai di antara mereka yang malu dengan perangai bodoh Presiden mereka itu. Jika Presiden mereka itu berkata demikian hanya kerana ingin publisiti murahan agar boleh dicalonkan bertanding di dalam PRU Ke 13 nanti, atau setidak-tidaknya boleh menjadi Senator lantikan seperti Ezam sesumpah, maka saya rasa mamak Syed ini perlu belajar dari Ezam sesumpah terlebih dahulu./wfauzdin.blogspot.com

Pasca-PRU Sarawak: Hubungan ‘mesra renggang’ Putrajaya-Kuching?

Isu peralihan kepimpinan yang menjadi bahan kempen dan langkah Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan “tergesa-gesa”  mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak dilihat akan mencetuskan hubungan pascapilihan raya negeri “mesra renggang” antara Putrajaya dan kerajaan negeri itu, kata beberapa penganalisis.
 
Malah penganalisis politik melihat tindakan Taib mengangkat sumpah dengan segera selepas Barisan Nasional (BN) diisytiharkan memenangi pilihan raya negeri Sarawak kerana ingin “menempelak” Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri.

“Ya . . . ya . . . beliau mahu tunjukkan beliau masih layak dan tengok keputusan beliau masih layak dan beliau masih boleh jadi ketua menteri,” kata Prof Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman.

“Pada pandangan saya, beliau cuba menempelak dan menunjukkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau masih mendapat sokongan dua pertiga, sokongan masih tinggi dan layak untuk menjadi ketua menteri,” katanya kepada The Malaysian Insider.

BN memperoleh 55 kerusi iaitu lebih dua pertiga walaupun mengalami kemerosotan sebanyak tujuh berbanding keputusan 2006.

Malah, parti pimpinan Taib iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang di kesemua 35 yang ditandingi iaitu kemenangan 100 peratus berbanding parti-parti lain.

Kata beliau, kemungkinan krisis antara Putrajaya dan kerajaan negeri Sarawak akan berterusan sekiranya Taib memutuskan untuk tidakberundur — walaupun sebelum ini diperkatana peralihan kuasa akan berlaku.

Malah Taib telah berjanji akan berundur “sekitar pertengahan penggal ini” dan akan menggunakan kesempatan sebelum bersara itu untuk membentuk kepimpinan barisan kepimpinan baru yang mantap.

“Ia (krisis) boleh terjadi, namun ia bergantung kepada rundingan yang akan dibuat selepas ini. Mungkin hubungan akan terjejas jika Taib masih berkeras untuk tidak berundur.

“Mungkin kalau dia (Taib) secara tiba-tiba cakap tidak mahu berundur atau buat-buat lupa akan janjinya, namun tindakan dia mengangkat sumpah itu menunjukkan dia tidak mengambil berat terhadap keprihatinan Perdana Menteri,” kata Ahmad Nidzammuddin.

Jelas beliau, Najib selaku Pengerusi BN juga tidak boleh terlalu berkeras mendesak Taib agar berundur kerana ia boleh menyumbang kepada perpecahan parti itu.

“Perdana Menteri tidak boleh paksa sangat. Jadi kena bermain cara selamat supaya tidak wujudkan keadaan yang bahaya kepada BN sebab Taib bukan dari Umno . . . dia dari PBB sebab itu dia berani (melawan).

“PBB adalah komponen BN yangkuat, kalau Najib masih desak dan paksa nanti dibuatnya PBB keluar habislah BN sebab itu Najib tak boleh berkeras sangat dengan Taib.

“Sebab itu, Najib terpaksa akur dengan keputusan itu. Kalau Taib kata tidak mahu, maka Najib kena ikut dan terpaksa tunggu keputusan Taib nanti,” katanya.

Ahmad Nidzammuddin juga tidak menolak tindakan Taib mengangkat sumpah dengan segera selepas BN menang dua pertiga kerana “bimbang” tidak akan dilantik memegang jawatan itu lagi.

Kabinet kerajaan negeri dibentuk semalam dan majlis angkat sumpah diadakan dengan lapan anggota sedia ada dikekalkan.

“Itu tak dapat pastikan (angkat sumpah segera), mungkin ada perundingan untuk desak melantik ketua menteri baru, dia (Taib) mungkin sudah dapat rasa tekanan itu dan malam itu juga dia terus minta untuk angkat sumpah segera.

“Ini bermakna dia membayangkan kalau dia lambat mungkin akan ada perundingan pihak tertentu untuk orang lain dilantik menjadi ketua menteri yang baru . . . sebab itu dia cepat-cepat angkat sumpah, dia bimbang akan ada orang lain akan ambil alih jawatan itu.

“Mungkin dia juga bimbang pihak atasan akan pujuk atau desak dia agar undur diri sebab itu dia desak untuk angkat sumpah pada malam itu juga,” katanya.

Kata pensyarah kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), keputusan Taib itu menyebabkan banyak pihak termasuk BN “terkejut” kerana tidak menyangka angkat sumpah dibuat pada malam keputusan pilihan raya — ketika wakil rakyat dan jentera pilihan raya menyambut kemenangan di kawasan masing-masing.

“Ramai orang yang tertanya-tanya kenapa mesti buat pada malam itu? Orang tengah sibuk di kawasan masing-masing tapi dia boleh cepat angkat sumpah pula,” katanya lagi.

“Mengikut undang-undang dia boleh angkat sumpah tapi dari sokongan parti beliau harus faham . . . masa beliau sudah terlalu lama, beliau patut beri peluang kepada muka baru, zaman beliau sudah berlalu,” katanya.
Tambah beliau, langkah Taib itu akan memberikan impak kepada BN terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Saya ada dengar tentang betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu dia berundur kerana beliau (Najib) memikirkan tentang kepentingan Sarawak yang mana rakyat suka dapat ketua menteri yang baru, macam satu masalah kalau tak nak berundur.

“Jadi Perdana Menteri dalam keadaan serba salah, keadaan beliau (Taib) itu sepatutnya sudah berundur, BN dapat menang dua pertiga pun kerana bantuan kerajaan pusat,” katanya.

Tegas Ahmad Nidzammuddin, langkah Taib itu juga akan menyebabkan beliau menjadi liabiliti kepada BN.

Justeru, beliau berkata Taib perlu memberikan tarikh bila akan berundur daripada jawatan itu.

“Bila tak bagi masa orang ragu-ragu, berapa kali cakap akan berundur tapi tidak, Perdana Menteri nak berundur demi menyelamatkan BN supaya beliau tak jadi liabilti dan untuk juga hadapi pilihan raya umum.

“BN masih berasa bimbang akan pilihan raya umum ke-13 di Sarawak nanti, jadi beliau perlu berikan tarikh bila akan berundur supaya ia akan menyakinkan orang ramai,” katanya.

Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 yang berakhir Sabtu lalu.

Malah Pakatan Rakyat menggesa Taib mengumumkan pelan peralihan iaitu penggantinya dan tarikh ia akan dikuatkuasakan.

Selain itu, Najib juga telah mengumumkan peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri itu, namun Taib menegaskan hanya akan berundur beberapa tahun lagi.

Pendapat Ahmad Nidzammuddin itu disokong Prof Madya Dr Ghazali Mahyuddin sambil menambah, adalah wajar Taib memberikan satu tarikh yang tepat untuk beliau berundur.

“Orang akan lihat janji kata akan bersara, beliau (Taib) tak ada pilihan selain kotakan janji  kalau tidak akan beri kesan kepada BN nanti . . . isu Taib sangat beri kesan kalau tak letak jawatan seperti yang dijanjikan.

“Saya ingat ia penting kotakan janji, kata akan letak jawatan jadi beliau kena kotakan janji, sama ada letak jawatan atau tidak... jika tidak ia akan beri kesan dan jadi liabiliti kepada BN nanti,” katanya.

Jelas Ghazali, beliau juga percaya tindakan Taib itu dibuat kerana kemungkinan akan ada calon lain yang lebih berkelayakan untuk memegang jawatan ketua menteri bagi menggantikannya.

“Ia agak luar biasa sebab seolah-olah tak sempat nak tunggu esok, kemungkinan ada calon lain dan ada desakan orang lain akan jadi ketua menteri.

“Apa yang dilakukan agak luar biasa kerana nak kata BN dan Pakatan Rakyat  50-50 tidak, sudah pasti BN pegang teraju pemerintahan . . . jadi tidak perlu nak gesa-gesa, mungkin ada calon lain sebelum itu berlaku segera dilantik sebagai ketua menteri,” katanya.

Bagaimanapun Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata peralihan kuasa itu akan dibuat selepas Taib membentuk Kabinet dalam kerajaan negeri Sarawak.

“Dia akan buat peralihan kuasa maksudnya selepas bentuk Kabinet baru akan buat peralihan kuasa.

“Peralihan kuasa itu akan berlaku cuma akan bentuk Kabinet dulu, siapa pengganti akan buat selepas ini, tindakan itu (angkat sumpah) adalah satu tindakan yang betul,” katanya.

Ini kerana jelas Samsul Adabi, Taib adalah individu yang layak untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri ekoran kejayaan PBB memenangai kesemua 35 kerusi yang ditanding parti.

Malah, sebagai Presiden PBB, kata beliau Taib adalah individu yang tepat dipilih sebagai ketua menteri sebelum sebarang peralihan kuasa dibuat.

“Pertama dari segi kesegeraan angkat sumpah itu diutamakan untuk bentuk kerajaan dan dia masih mengetuai kerajaan negeri kerana parti dia menang semua kerusi berbanding parti lain dalam BN.

“Jadi peralihan kuasa itu akan berlaku selepas Kabinet baru dibentuk bukan selepas dia menang,” katanya.
Insider

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...