Translate

Mesti Baca

Sabtu, 9 April 2011

Kerana Kritik Albakistani, Ramai yang Keluarkan Blog Gua Dari Laman PR.

Bagi gua, gua boleh kritik siapa sahaja tetapi rupanya ramai yang tidak profesional dalam berblog. Umum tahu yang blog gua memang blog celaka bagi Umno/BN yang sudah lama menjadi musuh gua. Apabila PAS bersama Semangat 46, gua diantara orang paling tidak suka kerana bagi pendapat gua para pemimpin semangat 46 masih lagi memiliki semangat Umno tulen. 

Kerana PAS sudah mengalaminya semasa bersama Umno dizaman Asri yang kesudahannya PAS ditendang keluar dan Kelantan jatuh ketangan Umno. Kerana kejayaan merampas Kelantan dari PAS dengan jalan kotor, cuti umum diberikan oleh kerajaan BN. Walau akhirnya Asri dan kumpulam dua belasnya, jasa beliau tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak.

Walaupun Kelantan berjaya ditawan semula oleh PAS dengan bantuan Semangat 46, gua tetap tidak percaya dan telahan gua ada kebenarannya semasa hendak melantik  Menteri Besar Kelantan yang mana Semangat 46 menuntut jawatan timbalan Menteri Besar dengan cara ugutan. Lu boleh tanya Rozali Ishak, Ku Li, Ibrahim Azmi, Rais Yatim sipembakar jambatan.

Semangat 46 banyak menyusahkan pentadbiran TG Nik Aziz dengan bermacam kerenah kerana karat Umno masih menebal dihati mereka. Mereka mungkin tidak dapat menerima kejutan antara corak Islamic yang dibawa oleh PAS dengan sikap Sekular yang ada pada diri beliau. Jika lu berada dalam PAS tidak boleh dikritik, maka lu sama jer dengan perangai Umno malah mungkin melebihi Umno kerana semua orang dah maklum dengan perangai Umno. Jika lu kritik lu kena cantas, tanya sama Anwar betul ke tidak.

Seorang yang berjuang atas dasar Islam sebagai landasannya patut bersyukur kerana masih ada orang menegurnya pasal gua sudah berpengalam semasa gua kritik TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi. Cuma gua tak mau timbang je berada tan maki hamun yang gua terima. Apa yang gua kata kritik itu lebih kepada nasihat dan mungkin juga pasal gua ada sebut Pas Reform maka blog gua dikeluarkan dari senarai mereka. 

Buat ahli-ahli  dan bakal pemimpin Pas Reform, macam mana lu nak tadbir sebuah parti jika lu sendiri tak boleh dikritik sedangkan lu siang malam pagi petang duk hentam pucuk pimpinan yang lu  semua tak suka. Ada kala sampai tahap ada yang melemparkan fitnah tanpa mendapat maklumat yang betul. 

Gua sebenarnya ada berkira-kira nak join Pas Reform tetapi melihat kepada respon yang gua tulis berkenaan Albakistani, terus blog gua ada yang dikeluarkan dari laman penyanjung-penyanjung Pas Reform. Gua baru kritik dah kena gam, itu belum dapat kuasa lagi, kalau dah dapat kuasa gua gerenti gua akan dipancung.

Para Celaka Berebut Jawatan...!!!

Gua malas nak ulas artikel dari blog celaka kerana gua cukup seronok para celaka-celaka ni berkelahi para duk berebut nak jadi calon dalam PRU 13 nanti. Gua bukan apa cuma boleh lah jadi jarumnya dan lu sendiri baca ler dibawah nih.


Memang ada masalah sungguh. Orang ini adalah bekas PKR. Dia perasan yang dia sangat popular dan sangat kukuh dalam PKR. Jadi apabila dia keluar dari PKR dan masuk UMNO, dia perlu diberikan tempat dan laluan.... apatah lagi dengan menggunakan nama Setiausaha Sulit Perdana Menteri yang kononnya telah memberikan restu untuk dia menjadi calon untuk DUN Bukit Antarabangsa dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.

Siapa dia?

Mungkin sebahagian besar sudah dapat menduga siapakah orang yang dimaksudkan!!!

Orang lain tanam pokok. Orang lain baja pokok. Orang lain siram pokok. Orang lain yang pangkas daun, alih-alih ada orang yang tiba-tiba mengaku dia adalah orang yang bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa, sedangkan cerita tentang kekecohan di Bukit Antarabangsa yang disebabkan olehnya bukan cerita asing dan terasing.

Daripada salah seorang 'pembesar UMNO' di Bukit Antarabangsa, sebenarnya kisah orang ini sudah cukup memeningkan. Kehadirannya di dalam UMNO Bukit Antarabangsa, dikatakan telah memecahbelahkan dan melebarkan lagi jurang perbezaan di Bukit Antarabangsa. Bahkan ramai yang melihat, tindakan orang berkenaan sebagai cubaan untuk mengukuhkan Azmin Ali yang merupakan ADUN Bukit Antarabangsa.

Paling menarik ialah apabila orang ini dikatakan sangat bijak mengambil peluang dan pandai menggunakan kesempatan yang ada. Cakapnya sangat besar. Angan-angannya juga tinggi. Nama S/U Politik PM digunakan secara sewenang-wenang, kononnya sudah tidak ada orang lain di Bukit Antarabangsa dan Ampang yang boleh dijadikan ayam tambatan untuk berhadapan dengan 'kekasih awal dan akhir' Anwar Ibrahim, Azmin Ali.

Dikatakan juga, orang ini telah menggunakan peruntukan Ezam sebagai Senator untuk mengukuhkan kedudukannya. Orang ini juga mendapat tempat yang sangat istimewa dalam Utusan Malaysia. Dan ramai yang beranggapan, kerugian berpuluh juta yang dialami oleh Utusan Malaysia selaku media cetak utama UMNO, sebenarnya banyak didorong oleh sokongan bangang Utusan Malaysia terhadap individu-individu yang lapar kedudukan dan jawatan, berbanding penjelasan dan meluaskan pengaruh UMNO.

Apa yang cuba dilakukan oleh orang dalam JMM ini sebenarnya sama ada sedar atau sebaliknya, memecahkan persepaduan UMNO di Bukit Antarabangsa. Setakat ini, dia telah berjaya mewujudkan kem-kem yang berlainan di Bukit Antarabangsa.

Itu hanyalah sekelumit masalah yang wujud di dalam UMNO terutama yang membabitkan orang yang sedang mengintai-ngintai peluang untuk mendaki jawatan dan kedudukan lebih tinggi. Orang sespesies inilah yang perlu dicampak dan tidak dihiraukan oleh akar umbi UMNO. Setiap kali orang seperti ini cuba menawarkan diri untuk menduduki jawatan penting, elok dibaling batu sahaja kepalanya.

Tak perlulah percaya dengan 'kejayaannya' dalam PKR. Sebab kalau dia benar-benar berjaya, kuat, kukuh mahupun hebat sangat dalam PKR, dia tidak akan keluar dari PKR, sebaliknya terus mengipas punggung Azmin Ali dan Anwar Ibrahim! Hanya kerana ada masalah, dia keluar dan kemudian segera menjawat jawatan utama dalam UMNO Bukit Antarabangsa!!! Flyingkick

Gua Boleh Agak, Apa Agenda Albakistani...!!!

Gua tak tahu Albakistani ini ahli PAS atau tidak, pasal gua bukan ahli mana-mana tapi gua sokong siapa yang mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Jika beliau benar-benar ahli PAS, amatlah malang bagi PAS kerana mempunyai watak seperti ini. Gua bukan nak kritik mana-mana pihak kerana gua mungkin tidak layak, jadi gua tulis mengikut pandangan gua. Jika lu nak baca tulisan beliau boleh (Klik Sini) pasal gua tertarik untuk buat ulasan sikit tulisan dari artikal beliau iaitu,

Pemilihan dalam muktamar kali ini, ada dua tokoh yang perlu ditampilkan sebagai calon Presiden PAS dalam usaha membina keyakinan rakyat. Dato Seri Abdul Hadi Awang dan Dato Paduka Husam Musa adalah calon yang terbaik perlu dipamerkan.

Kedua-dua tokoh ini telah tercipta nama dipersada politik negara. Abdul Hadi dengan watak ulamanya, dan Husam dengan watak seorang politikus yang bicaranya dalam soal agama dan politik, tidak lepas dari berfakta dan bermaklumat.

Secara peribadi, aku lebih bersetuju dengan Husam untuk menjadi Presiden PAS untuk pemilihan parti dalam muktamar pada kali ini. Tetapi mengenangkan maklumat dari hasil kajian Dr Abu Hasan yang memaklumkan bahawa PAS kemungkinan akan kalah teruk dalam PRU bakal berlaku ini, menyebabkan aku terpaksa menyokong Dato Seri Abdul Hadi untuk Presiden parti.

Ini kerana, dengan kekalahan teruk dalam PRU akan datang, memungkinkan berlaku sejarah pertukaran kepimpinan parti dalam muktamar selanjutnya. Keadaan ini pernah berlaku; iaitu dalam sejarah kejatuhan Dato Asri dahulu; kejatuhan beliau dari jawatan Yang DiPertua PAS [kini Presiden PAS].

Gua cukup tertarik tulisan beliau pada perenggan tiga iaitu beliau menyokong Husam Berbanding Haji Hadi tetapi memandangkan kajian Dr Abu Hasan yang PAS berkemungkinan akan kalah teruk maka terpaksa menyokong Haji Hadi sebagai Presiden PAS. Gua tengok gaya penulisan beliau tak ubah macam Umno semasa era Pak Lah.

Nawaitu dah lari dari landasan kerana bagi beliau bila PAS kalah teruk dalam PRU 13 nanti, senanglah beliau untuk memkambing hitamkan Haji Hadi. Jika inilah sikap bakal pemimpin pelapis PAS, maka samalah macam Umno bila kalah teruk pada PRU 12 yang kesudahannya Pak Lah terpaksa melepaskan jawatan kepada Najib. Gua tak tahulah jika beliau sebenarnya agen Umno dalam PAS macam Ularmamak Mat Nor.

Gua rasa beliau belum layak digelar Ularmamak kerana niatnya pun dah tak betul. Jika nak sokong Husam apa salahnya jika Husam dicalonkan untuk jawatan Presiden pada muktamar akan datang. Tidakkah ini waktu terbaik jika ada kelayakkan untuk persaingan jawatan Presiden PAS. Gua tahu PAS bukannya macam Umno sampaikan jawatan no.1 dan no.2 tidak dibenarkan dicabar.

Bagi pendapat gua, PAS disengani semasa al-Marhum Ustaz Fadhil Noor menjadi Presiden kerana beliau mempunyai pembantu-pembantu yang hebat seperti, Haji Hadi, Hassan Shukri, Mat Sabu, Mahfuz (sekadar beberapa nama) tetapi Presiden PAS sekarang mempunyai pembantu seperti Albakistani. Macam mana PAS nak bersaing jika terdapat pemimpin yang membina kem masing-masing. 

Sedangkan perkara ini tidak wujud semasa era al-Marhum Yusof Rawa yang mana PAS berada ditahap paling lemah tetapi kesepakatan ahli telah berjaya memulihkan kembali parti di arena politik. Gua tercari-cari juga apa jawatan yang disandang oleh beliau. Apa yang gua tulis tiada kena mengena dengan individu mahu pun PAS Reform pasal gua tidak memihak pada mana-mana pemimpin atau parti pasal parti ialah gerakan iaitu tak gerak tak boleh makan ma.

So, gua nasihatkan agar kita sentiasa bermuhasabah kerana mungkin pada pandangan kita baik tapi pada pandangan orang lain tak baik, tak baik pada pandangan kita tetapi baik pada pandangan orang lain. Takkan lu belajar sampai kat India tapi gua belajar tak sampai-sampai, tak boleh tegur kut. Macam lu tulis ler, lu kata pasti ada orang marah dengan artikel lu. Lu tak tulis macam tu pun orang tetap kritik lu pasal kita ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain bro. Bagi gua, gua tetap sokong sape-sape yang nak mendaulatkan Islam dan yang pasti bukannya Umno kerana Umno dah berubah wajah dari Melayu kepada orang putih malah lebih orang putih dari orang putiiiihhhh.

Cilako.... Cilako....... Cilako.


Gua bukan nak sembang dan gua bukan nak tuduh, lu sendiri fikirlah jika lu ada akal adakah allahyarham pi pejabat SPRM untuk bunuh diri. Beliau pun bukan lama sangat nak pencen, kira bulan jer pasal umur beliau dah masuk 56 tahun. Apakah SPRM tidak pernah mengambil iktibar dari kejadian Teoh Beng Hock yang kesnya sedang berjalan dibawah satu Suruhanjaya Di Raja yang baru dilantik atas desakan Pakatan Rakyat.

Sape-sape yang rasa nak 'Mati Mengejut', pergilah kat mana-mana pejabat SPRM pasti cita-cita anda berjaya. Gua bukan CSI nak berlagak pandai, tetapi gua cuma guna logik akal gua jer bagaimana seorang yang dikatakan warak dan menolak rasuah boleh terjun dari tingkat tiga.

Yang menjadi kemusykilan gua, kenapa beliau pergi seorang diri untuk berjumpa dengan pegawai SPRM yang menyiasat kesnya sedangkan beliau boleh diiringi peguamnya, melainkan beliau benar-benar nak 'Mati Mengejut'. Dan satu lagi, dalam ramai-ramai SPRM tahan, takkan tak ada seorang pun pemimpin Umno kerana semua orang tahu yang pemimpin Umno suka makan bersuap.

Gua memang sokong 100 peratus tindakan SPRM membasmi rasuah yang sudah menjadi kudis yang mana kudis tersebut disebar oleh pemimpin Umno/BN. Bukan SPRM tak tahu bagaimana kuatnya pemimpin Umno/BN makan bersuap dan juga katak-katak yang dapat beli rumah bayar tunai sambil berkepit dengan bini muda. Begitu juga katak dari bandar Kulim yang baru dapat cucu kerana begitu tekun mengibas bik ma.

Apakah SPRM begitu buta sampai gajah depan mata pun tak nampak walau pun dapat menghidu bau yang kuat. Gua rasa nama 'Suruhanjaya' tak layak lagi untuk diberi kepada Pencegah Rasuah melainkan diberi nama 'SuruhanUmno' baru sesuai kerana bila melibatkan pemimpin Umno, SPRM terus kaku. jika ada pun hanya sebagai mengaburi mata rakyat Malaysia.

Apa pun keadilan patut diberi kepada Allahyarham dan keluarganya kerana dalam Islam perkataan atau perbuatan 'Mati Mengejut' amat-amat dikutuk. Yang dah pergi biar beliau pergi dengan amalnya tetapi yang hidup patut mencari kebenaran...... Al-Fatihah, semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmatNya keatas beliau.

Keadilan Untuk Ahmad Sarbani Mohamed.


Satu blog baru telah diwujudkan untuk mencari keadilan buat Ahmad Sarbani Mohamed dan saudara boleh buat pautan pada http://keadilan4sarbani.blogspot.com. Memang menjadi kewajiban kepada  kita untuk membersihkan nama beliau yang mana pihak polis mengatakan ia adalah kes 'Mati Mengejut'. Atau bahasa yang betulnya ialah 'Bunuh Diri' yang mana jika kita mengakali akal kita, benarkah beliau membunuh diri.

Jika kita mendengar perwatakan beliau yang diceritakan oleh rakan-rakan rapatnya, mustahil beliau sanggup membunuh diri. Seorang yang ada pegangan agama dengan menjadi iman dikala berjemaah dan sentiasa menunaikan kewajiban sebagai seorang Islam dan beliau juga menjauhkan diri dari rasuah. 

Oleh itu sebagai umat Islam, kita wajib membela beliau yang dikatakan 'Mati Mengejut' dengan membersihkan keaiban yang dilontarkan kepada beliau kerana sudah menjadi 'Fardhul Kifayah' buat kita sebagai umat Islam. Apakah logik diakal seorang yang hanya mengira bulan sahaja untuk bersara, tiba-tiba membunuh diri apatah lagi beliau adalah seorang yang beragama.

Oleh itu berilah sokongan anda untuk keadilan buat Al-Marhum Ahmad Sarbani Mohamed dengan mendesak satu siasatan rapi dilakukan agar nama beliau tidak diaibkan buat selama-lamanya. Jika anda ada maklumat tentang Ahmad Sarbani, kongsilah bersama-sama kita. (Sumber)

Jumaat, 8 April 2011

Konsisten Jatuh Tempat Tinggi, Keadilan Untuk Ahmad Sarbani.

Kecederaan yang dialami penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed adalah konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah.

NONE“Dari kecederaan di tubuhnya, kami berpendapat ia konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi tetapi kita mesti menunggu laporan ujian makmal sebelum membuat sebarang kesimpulan.
"Kini ujian makmal sedang dilakukan dan keputusannya akan diketahui dalam masa seminggu," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kontigen polis Kuala Lumpur hari ini, Zulkifli berkata beberapa sampel telah diambil dari si mati dalam bedah siasat yang memakan masa lebih sehari.

Ahmad Sarbani, 56, dijumpai mati di gelanggang badminton selepas jatuh dari tingkat tiga di pejabat Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, pagi Rabu lalu.

Beliau adalah antara 62 pegawai Kastam yang ditahan semasa operasi SPRM dan enam agensi lalin yang dinamakan Operasi 3B p-ada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.

Beliau dilepaskan dengan jaminan pada 2 April lalu selepas didakwa di mahkamah.

NONEAllahyarham dikebumikan di pusat pengkebumian Islam Kota Damansara pada jam 6.30 petang semalam.

“Setakat ini, kenyataan enam pegawai SPRM telah dirakamkan,” kata Zulkifli, sambil menambah ia mungkin juga di ambil daripada dua pegawai suruhanjaya berkenaan yang telah digantung tugas.

“Kami sedang menyiasat semua aspek kes itu... kami tidak mahu mendahului hasil penemuan sekarang ini,” katanya.

Rakaman sistem litar tertutup televisyen (CCTV) juga telah dirampas bagi membantu siasatan, kata Zulkifli.

NONEPengarah siasatan SPRM Mustafar Ali, mendakwa Ahmad Sarbani kembali ke bangunan SPRM sekitar jam 8.26 pagi pada 6 April tanpa sebarang temu janji dan memohon berjumpa dengan pegawai penyiasat.

Sebelum itu, Allahyaraham telah memberikan kenyataan beliau kepada SPRM dan dilepaskan pada Sabtu lalu sekitar jam 12.30 tengahari.

Mustafar berkata seorang pegawai mengiringi pegawai kanan Kastam itu ke sebuah bilik di pejabat itu sebelum meninggalkannya untuk mengambil sebuah fail tetapi mendapati Ahmad Sarbani telah tiada sekembalinya.(MK)

Jika Deepak Tak Beri Wang, Mungkin Rosmah Bagi Kot ...!!!!

Nama penyiasat persendirian P Balasubramaniam kembali diperkatakan hari ini apabila seorang usahawan yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga perdana menteri tampil memberi kenyataan kepada media.

Deepak Jaikishan tampil dengan satu penjelasan berhubung kaitannya dengan Balasubramaniam – individu yang muncul sebagai saksi utama dalam perbicaraan kes bunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu sebelum ini.

NONEBalasubramaniam juga disiasat sebelum ini kerana mengemukakan dua akuanbersumpah berbeza – salah satunya mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.

Balasubramaniam yang melarikan diri ke London itu mendakwa telah menerima bayaran oleh Deepak bagi menanggung kos sara hidupnya di kota tersebut.

Mengulas isu yang telah berkembang dengan penuh liku itu, Deepak berkata beliau tidak memberi wang kepada Subramaniam.

Namun, Subramaniam ada meminta wang daripadanya dalam pertemuan yang berlaku "kira-kira dua atau tiga tahun lalu. "Pada ketika itu, kes melibatkan Abdul Razak Baginda sedang berjalan," katanya lagi yang menjelaskan bahawa beliau telah diperkenalkan kepada Subramaniam melalui seorang lelaki yang dikenali dengan nama Suresh.

Tidak mahu terlibat

Deepak berkata, Subramaniam dan Suresh berkawan dengan adiknya Danesh.

Selepas Suresh memperkenalkan kami, saya bertemu (Balasubramaniam) sekali lagi. Dia meminta wang daripada saya, mungkin RM500 atau RM1,000, tapi saya kata tidak boleh (beri wang)... Saya tidak mahu terlibat dengan perkara kewangan dia," kata Deepak.

azlanDeepak juga berkata beliau tidak pernah mengeluarkan dua cek yang didakwa berjumlah RM5 juta sebagai bayaran kepada Balasubramaniam untuk menarik balik akuan bersumpah pertama yang dibuat oleh penyiasat persendirian itu.

"Ia bukan cek yang tulen, itu bukan tandatangan saya (di cek berkenaan).

"Cek akan ditandatangani oleh dua orang pengarah syarikat. Anda tidak boleh beri sesuatu cek dan mahu satu tandatangan sahaja," katanya ketika ditanya wartawan.

Deepak turut mengakui beliau telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan bahawa beliau telah memberikan wang kepada Balasubramaniam.
"Kami telah buktikan kepada SPRM... Malah nombor cek itu juga tidak wujud," katanya lagi.

Kenyataan beliau kali pertama dirakamkan oleh SPRM kira-kira setahun lalu, manakala kenyataan kedua dirakam sekitar lapan bulan lalu, kata Deepak lagi.(MK)

Khamis, 7 April 2011

Deepak Perjelas Isu Hutang Carpet Group.

Usahawan permadani Deepak Jaikishan hari ini membuka mulut setelah dakwaan demi dakwaan dihamburkan ke atasnya melalui tulisan di blog popular Malaysia Today.

Deepak berkata, beliau membuat keputusan untuk memberi penjelasan setelah laman berkenaan menyiarkan satu lagi dakwaan ke atasnya semalam.

NONEMalaysia Today dalam tulisan itu mengemukakan tuduhan mengenai skandal hutang yang ditanggung oleh syarikat milik Deepak, Carpet Group.

Deepak menjelaskan, syarikatnya sememangnya telah membuat pinjaman yang berjumlah hampir RM600 juta daripada firma kewangan antarabangsa Kuwait Finance House.

"Dalam tempoh masa itu, pinjaman itu secara beransur-ansur telah dikurangkan melalui penjualan hartanah dan perniagaan lain," kata Deepak kepada wartawan hari ini.
Katanya, jumlah hutang yang kini ditanggung Carpet Group dianggarkan berjumlah RM200 juta.

Jelasnya, dakwaan bahawa pinjaman berkenaan tidak dibayar sejak lima tahun lalu adalah tidak benar.

"Semua pinjaman kami dikemaskini dan (dibayar). Malah, saya dan syarikat milik saya tidak terlibat dalam apa-apa rasuah seperti didakwa oleh tulisan Malaysia Today," kata Deepak lagi.

Tulisan bertajuk "Carpetman, bagman, toyboy has been bagged" di laman itu turut mendakwa, Deepak membayar komisyen kepada pegawai bank berkenaan untuk mendapatkan pinjaman tersebut.

Deepak menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa syarikatnya bertindak dengan telus dalam urusannya dengan bank.

Katanya, beliau lebih banyak terlibat dengan perniagaan hartanah manakala bidang permaidani merupakan perniagaan keluarganya.

NONEPerniagaan permaidani itu dimulakan oleh bapanya yang berasal dari Karachi, Pakistan sekitar 40 tahun lalu, kata Deepak lagi.

"Dalam perniagaan hartanah, kita banyak bergantung kepada bank dan kewangan. Sudah tentulah akan timbul kesan rumit melainkan kita membuat penjelasan.

"Esok kita pergi ke bank, mereka mungkin tanya soalan (berhubung dakwaan) ini," katanya.

Ketika ditanya, Deepak berkata beliau kini sedang menimbangkan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysia Today sekiranya dakwaan itu "bertambah buruk."

Deepak berkata, beliau memilih untuk tidak membuat penjelasan sebelum ini kerana tulisan lain yang mengaitkan beliau dalam laman itu hanyalah perkara "karut."

"Tapi kali ini (dakwaan ini) secara langsung ke atas saya," katanya lagi. (MK)

Simpati Buat Keluarga Ahmad Sarbani, GAN Akan Bongkar Untuk Mencari Keadilan Buat Beliau


Sekarang bangunan SPRM sudah menjadi perangkap buat bagi orang-orang yang belum disabitkan lagi kesalahan mereka, Jika dulu, kes-kes seperti banyak berlaku dilokap-lokap polis yang mana penyiasatan mereka lebih kepada cara Gostapo, CIA, Mossad, KGB dan badan-badan risikan yang Malaysiua sendiri pun mempunyai badannya sendiri yang dirahsiakan.

Kematian terbaru Penolong Pegarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed amat mengejutkan orang ramai dan juga pegawai kanan Kastam di pejabat Suruhanjaya Pembasmi Rasuah Malaysia. Kes pertama pun masih lagi dalam siasatan oleh Suruhanjaya Diraja tang baru dibentuk berkaitan gengan kematian seorangf pembatu lkepada seorang pembantu Exco Selangar.

Dari penyilidikan gua, bagaimana seorang yang bertaraf Penolong Pengarah Kastan Selangor sanggup datang berseorangan ke bangunan SPRM sedangkan beliau layak ditemani oleh mana-mana pegawai berpendukan pangkatnya. Tetapi kerana beliau datang bersendirian dan sanggup menunggu pegawai penyiasat yang sedang meeting sehingga jam 10.25 a.m.

Gua boleh kata yang beliau tidak bersalah kerana bagi beliau apa gunanya membawa ramai orang jika beliau tidak terlibat dengan rasuah dan kehadirannya pun atas arahan SPRM untuk mengesahkan beberapa perkara berkaitan dengan penangkapan besar-besaran SPRM terhadap kakitangan JKDM.

Perlukah Ahmad Sarbani merasa gentar terhasap perkara yang beliau laku tetapi jika ada telibat dengan kegiatan tersebut, pasti beliau di iringi pegawai dan peguam. Beliau tidak bersalah kenapa beliau takut, hanya orang yang salah sahaja yang merasa gentar.
Mengikut cerita-cerita dari rakan sekerja dan kawan-kawan sekampungnya, jika ada tuduhan bunuh diri  terhadap beliau , ianya satu perkara yang tidak masuk akal sama sekali. lebih membodohkan rakyat, pihak polis telah awal-awal lagi menyiasat kes tersebut sebagai kes 'Mati Mengejut'. Ini saja kepakaran yang PDRM ada, senang nak buat kertas kerja dan kes cepat selesai tanpa mengambil kira akan perwatakan Ahmad Sarbani.

Menurut rakan-rakan yang mengenal beliau, Ahmad Sarbani adalah seorang warak, setiapa masuk waktu solat, beliaulah imannya. Beliau seorang yang amanah, cukup tegah berkaitan rasuah ni dan beliau sendiri tidak terlibat langsung dalam aktiviti yang dilarang oleh Islam. Apakah polis polis tidak mengambil kita kenyataan dari orang-orang yang cukup mengenali beliau. 

Bolehkah anda berfikir, seorang yang dekat dengan Allah s.w.t. sanggup melakukan perbuatan yang Allah. mengutuk makhlaknya membunuh diri. Anda fikir sendirilah yang Ahmad Sarbani hanyalah sebagai kambing hitam untuk menutup segala perbuatan pegawai-pegawai yang lebih tinggi pangkat dari beliau.

Bagi gua, kehadiran Ahmad Sarbani pergi seorang diri ke pejabat SPRM dan menunggu selamat dua jam sebelum berjumpa denga pegawai penyiasat SPRM telah menunjukkan yang beliau seorang tidak bersalah langsung dan kematiana beliau yang dikatakan jatuh dari tingkat tinggi lebih kepada mangsa bunuh. Takkan orang yang kuat pegangan Islamnya sanggup membunuh diri diatas kesalahan yang tidak beliau lakukan.

GAN akan membongkar kes ini sehingga kebenaran mengatasi perbohongan walau sesukar mana pun jalannya kerana GAN akan bertanding dalam PRU 14 nanti.

Rakan Sekerja Sarbani Syak Berlaku Unsur Khianat.

 
Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam keskematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.

Isu N15 Dun Muara Tuang Amat Memalukan, SPR Semakin Celaka.

 
Sejak dah jadi parti komponen BN maka bertambah celakalah SPR, amat memalukan bila penamaan calon di N15 Dun Muara Tuang yang sepatutnya dimenangi oleh PAS tanpa bertanding telah dinafikan oleh SPR. Bantahan yang dilakukan oleh PAS berkenaan penyata kewangan yang gagal dikemukakan oleh calon dari BN, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud adik kepada Taib Mahmud ditolak mentah-mentah oleh SPR.

Gua boleh andaikan yang si keparat SPR telah membantu calon celaka dari BN menyediakan penyata tersebut sehingga berlakunya pertembungan satu lawan satu. Kerana itulah pengumuman lewat untuk disahkan sehingga jam 1.30 p.m.SPR dilihat semakin sial (ayat baru gua) sejak diambil alih oleh Aziz dari Rashid menerajui badan yang dikatakan bebas itu.

Kalau si Aziz mempunyai maruah, beliau patut letak jawatan sebagai pengerusi SPR. Jika lihat perwatakannya macam orang yang pernah terlepas solat Tahajjud, atau mungkin juga solat Terlajak. Mungkin mengikut kitab yang beliau belajar, pilihan raya tidak ada kena mengena dengan hukum Allah s.w.t. Kerana itulah beliau dilihat lebih Umno dari Umno atau lebih celaka daripada celaka.

Mungkin kita patut tanya bekas-bekas pengerusi SPR seperti Haron Din dan Abdul Rashid tahap mana celakanya SPR selepas diambil alih oleh pencacai Umno yang sudah menjadi semakin sial. SPR semakin lama semakin sial pasal bagi alasan yang tidak masuk akal tentang penyata kewangan pilihan raya negeri pada 2006.

SPR menyatakan bahawa penyata tesebut telah diterima oleh mereka adalah satu sikap fasik yang mereka tonjolkan. Jika mereka dah terima, mengapa terkapai-kapai mencari penyata tersebuat semasa bantahan dilakukan. Ini bukan pertama kali SPR selia pilihan raya tetapi sudah 9 kali pada pilihan raya Sarawak dan 12 kali pada pilihan raya umum. 

Mungkin kerena itulah bekas-bekas pengerusi SPR berdiam diri selepas bersara dan akan menyaman sesiapa sahaja yang menimbulkan kecacatan SPR pada pilihan raya yang lepas-lepas. Kepercayaan ahli-ahli politik terhadap SPR sudah tidak dapat disembunyi lagi selepas Aziz menjadi pengerusinya kecuali ahli politik dari parti-parti yang celaka lagi sial.

Setiap kali ada pilihan raya, pasti akan ada undang-undang baru dilaksanakan. Dari pondok panas sehinggalah mengiringi calon pun dibenarkan seramai 50 orang sahaja. Semua undang-undang tersebut untuk membantu calon-calon parti celaka lagi sial menang dengan lebih mudah. Mungkin selepas ini kita akan bongkar penglibatan pengerusi SPR dengan Umno yang mana beliau lebih celaka dari celaka. 

Mungkin juga anak bini beliau ada kepentingan peniagaan dengan kerajaan, jika tidak bagaimana undang-undang yang beliau keluarkan itu banyak memudahkan Umno/BN celaka memenangi semula kawasan dalam pilihan raya kecil selepas Umno?BN kalah berturut-turut kepada Pakatan Pembangkang. Kita akan cuba membongkar perkara ini kerana tiada seorang pun yang berada dalam sesebuah badan yang kononnya bebas betul-betul bebas dar segala sudut.

Keputusan Pengundian 'Perlukah Revolusi Untuk Menjatuhkan Raosmah Dan Najib'?

Perlukah revolusi untuk manjatuhkan Rosmah dan Najib

Setuju
  507 (88%)
 
Tidak Setuju
  55 (9%)
 
Tidak Tahu
  16 (2%)
 

Votes so far: 571
Poll closed 


Sebanyak 571 membuang undi dimana  501 (88%) undi setuju Rosmah dan Najib dijatuhkan dengan cara revolusi manakala 55 (9%) menyokong Rosmah dan Najib dan 16 (2%) undi tidak memihak. Gua sebenarnya menjangkakan hanya 300 undian sahaja kerana blog ini adalah blog baru dan ramai yang masih belum mengenalinya.

Gerakan Anti Najib/Rosmah (GAN) ditubuhkan untuk menyedarkan rakyat Malaysia bagaimana rakusnya Rosmah membina empayar keluarganya yang mana beliau menggunakan dana-dana kerajaan di atas nama kebajikan. Blog GAN tidak seperti blog-blog pencacai seperti papagoma yang fasik, parpukari kaki arak, gap yang celaka dan blog-blog nyamuk yang baru nak jadi celaka. Mungkin selepas ini bahasa yang akan digunakan lebih kesat disebabkan bahasa yang lembut pun tidak diendahkan oleh puaka-puaka tersebut.

Artikel-artikel yang dikeluarkan adalah berpandukan kepada fakta tanpa memfitnah Rosmah dan Najib. Oleh itu jangan disamakan blog GAN seperti blog-blog pencacai Umno yang celaka yang hidup bergelombang dengan fitnah sebagai penambah rasa yang tajuknya sahaja pun sudah meloyakan. Oleh itu kepada pembaca tegar Gerakan Anti Najib/Rosmah, terima kasih atas sokongan anda semua.

Jangan lupa untuk pengundian baru yang bertajuk, "SPR Bukan Badan Bebas Kerana Ia Adalah Badan Pencacai Umno". Pastikan anda mengundi kerana ia bertetapan dengan pilihan raya negeri Sarawak dan PRU akan datang.

Deepak Anggap Rosmah Sebagai Kakak.... Betoi ke..!!!

 NONESetelah sekian lama cuba dijejaki, dengan tidak semena-mena usahawan Deepak Jaikishan muncul bagi menepis dakwaan yang dilemparkan ke atasnya.

Individu yang didakwa rapat dengan keluarga perdana menteri itu tampil menjelaskan hubungannya dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkannya tidak lebih daripada "seorang kakak."

Deepak menafikan dakwaan bahawa beliau telah "memburuk-burukkan" Rosmah, seperti yang didakwa penulis blog Raja Petra Kamaruddin di laman Malaysia Today.
NONEDalam tulisan bertajuk "Carpetman, bagman, 

toyboy has been bagged" itu, Raja Petra antara lainnya mendakwa bahawa Deepak kini sedang berusaha supaya disukai semula oleh Rosmah.

Raja Petra juga mendakwa, Deepak berbuat demikian ekoran satu skandal melibatkan pinjaman yang ditanggung sebuah syarikat milik lelaki berketurunan Pakistan itu.

Dalam sidang media hari ini, Deepak menjelaskan mengenai hutang berjumlah RM600 juta yang ditanggung syarikat Carpet Group.

Deepak juga berkata, beliau tidak pernah memuji Rosmah mahupun perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anggap seperti kakak

"Saya kenal (Rosmah), saya anggap dia seperti seorang kakak. Tetapi dalam perniagaan permaidani, sekali sekala dia akan telefon dan dia mahu bercakap mengenai perkembangan yang berlaku di sekitar kota... Itu sahaja.

"Dia seorang yang baik. Jika anda mengenai dia secara 
 peribadi, dia seorang yang baik," kata Deepak lagi.

Katanya lagi, beliau mula mengenali Rosmah apabila wanita itu mula mengunjungi kedai permaidani milik keluarganya di pusat bandar Kuala Lumpur "sekitar enam atau tujuh tahun lalu."

"Daripada itu kami membentuk hubungan dengan (keluarga Rosmah). Kadang kala mereka memperkenalkan kami (untuk peluang perniagaan).

"Kadang kalau kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan surat rujukan kepada kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka berikan surat juga," katanya lagi.

Bekal permaidani untuk Seri Perdana

Selain itu, Deepak juga mengulas mengenai bekalan permaidani dan barangan dalam rumah ke kediaman rasmi perdana menteri – Seri Perdana.

Jelasnya, barangan berkenaan dibekalkan kepada kontraktor yang terlibat dengan tender tersebut.
"Kita tidak (bekalkan) secara langsung sebab kita adalah pengeluar (permaidani). Kita bekalkan kepada orang yang

"Untuk pengetahuan anda, saya tiada penglibatan dengan kontrak kerajaan, tiada kaitan dengan GLC atau institusi berkaitan kerajaan," katanya.

Deepak turut mengakui bahawa beliau telah disiasat oleh Suruhanjaya 

Pencegahan Rasuah Malaysia sebanyak dua kali sejak setahun lalu.

Siasatan itu bagaimanapun tiada kaitan dengan isu bekalan permaidani ke Seri Perdana.
Sebaliknnya, siasatan itu hannya melibatkan dakwaan pemberian wang kepada seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam, kata Deepak.

Rabu, 6 April 2011

Tidak Benar Pengkritik Masuk Sarawak, BN Salahguna Kuasa.

NGO hak asasi manusia mengutuk larangan terhadap aktivis Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR) Steven Ng daripada memasuki Sarawak dan menyifatkannya sebagai tindakan menutup mulut pengkritik menjelang pilihan raya negeri.

Menurut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ng dihalang memasuki negeri itu oleh pegawai imigresen di lapangan terbang antarabangsa Kuching pada 3 April.

Ng diberitahu bahawa jabatan keselamatan negeri telah mengeluarkan arahan supaya tidak membenarkan beliau memasuki Sarawak.

Ng menerima satu surat rasmi yang mengandungi arahan tersebut mengikut Seksyen 65(i)(a) Akta Imigresen 1959/63, tetapi ia tidak menyatakan sebab lain berhubung larangan tersebut.

NGO itu seterusnya melaporkan bahawa pegawai imigresen Sarawak itu cuba menyerahkan Ng kepada pihak keselamatan lapangan terbang tetapi selepas Ng membantahnya, mereka bersetuju membenarkannya pulang ke Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, NGO tersebut berkata, pihaknya memandang berat insiden terbaru itu kerana mendakwa ia merupakan satu penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Sarawak untuk menghadkan kebebasan pengkritik untuk masuk dan keluar dari negeri itu.

“Terdapat banyak kes rakyat Sarawak yang dinafikan hak mereka untuk keluar negeri dan aktivis dari Peninsula Malaysia dilarang masuk ke Sarawak.”

Salah satu kes seumpama itu membabitkan Jannie Lasimbang, seorang penduduk asal Sarawak yang terbabit dalam misi pencarian maklumat mengenai kaum Penan, telah dilarang masuk ke negeri itu

Perangkap Maut Di SPRM.

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuahmembabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.
 
NONEMangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Sementara itu, Star Onlinemelaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.

Ketua pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf kini berada dalam keadaan terkejut setelah menerima berita berhubung insiden kematian seorang pegawai kanannya pagi ini.

NONEPegawai kanan itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

"Ya, kita sahkan insiden itu berlaku. Datuk Seri dalam keadaan terkejut bila dengar cerita ini," kata pembantu khas Mohamed Khalid, Masrul Amri Kamaruddin.

Masrul Amri juga berkata, ketua pengarah itu dijangka memberi kenyataan kepada media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terangganu pada malam ini.

Mohamed Khalid berada di bandar tersebut untuk mengikuti satu mesyuarat, dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Difahamkan, mangsa insiden itu merupakan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKED) Selangor.

Difahamkan, pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu. MK

Perebutan Kerusi DUN Sarawak Bermula

9 pagi hingga 10 pagi: Tempoh penamaan calon
10 pagi hingga 11 pagi: Tempoh bantahan
11 pagi hingga 12 tengahari: Pengumuman calon yang layak bertanding oleh SPR

Pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijalankan serentak bagi semua kawasan DUN.
 
Tempoh kempen ditetapkan selama 10 hari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 16 April.

NONEPilihan raya kali ini menjanjikan perkembangan menarik di sudut BN yang berusaha memperbaiki prestasi mereka berbanding pilihan raya negeri terakhir pada 20 Mei, 2006.

Dalam pilihan raya itu BN kehilangan lapan kerusi – sebahagian besarnya di kawasan majoriti Cina di Kuching dan juga di kerusi majoriti Dayak di Engkilili dan Ngemeh.

Sementara itu, Pakatan Rakyat yang berbekalkan pengalaman mentadbir beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pula menawarkan kerajaan alternatif kepada pengundi.

Pertembungan di antara pelbagai parti dijangka akan berlaku khususnya di kawasan majoriti bumiputera, termasuk di antara Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS).

batu kawah nominations 060411 dap gangFokus kali ini tertumpu kepada beberapa 'heavyweight' tempatan yang bertanding sebagai calon bebas, termasuk bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jaffarudin yang akan menentang ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di DUN Balingian.

Penyandang kerusi Padungan, Dominique Ng juga meraih perhatian di Batu Lintang. Beliau mungkin akan bertanding sebagai calon bebas atau terus menentang PKR yang baru ditinggalkannya.

Beberapa kerusi panas juga dikesan di kawasan yang terlibat dengan pentadbiran kerajaan negeri ke atas tanah adat Orang Asal Sarawak, pembukaan kawasan hutan dan pembinaan empangan hidroelektrik.

Di kawasan luar bandar ini, BN dijangka akan memainkan isu 'undi BN untuk pembangunan' bagi menyekat kemaraan pembangkang yang akan membawa isu-isu nasional dan seruan untuk memilih pemimpin baru.

LAPORAN LANGSUNG

8.45am:
 Balingian - Kira-kira 300 penyokong PBB berkumpul di sebuah masjid, 11 kilometer dari pusat penamaan calon. Kerusi di Mukah ini dijangka menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullahmencabar KM, Taib Mahmud. Turut menjadi tumpuan adalah calon bebas, Salleh Jafaruddin, yang mahu menumbangkan sepupunya Taib.

NONESalleh tiba di pusat penamaan calon bersama isterinya dan lima penyokong pada jam 7.20 pagi.

8.47am: Satok - Kira-kira 250 penyokong BN berkumpul lebih kurang 2.5km dari pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang.

Mereka datang bagi meluahkan sokongan kepada timbalan presiden PBB yang dilihat juga sebagai bakal ketua menteri, Datuk Abang Johari Openg, yang akan mempertahankan kerusinya untuk kali kelapan.

PKR pula menurunkan seorang peguam syarie Ahmad Nazib Johari sebagai calon Pakatan.
8.50am: Batu Kawah - Suasana seakan pesta di Kota Padawan di mana penamaan calon akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Padawan.

Kira-kira 200 penyokong BN mengiringi calon mereka Tan Joo Phoi dari pusat operasi mereka di pekan kecil yang dihuni majoritinya masyarakat Cina. Ia terletak kira-kira 20km dari selatan Kuching.

NONEPenyokong DAP pula hanya berjumlah 50 orang seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menemani calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon.

"Saya rasa yakin, Begitu juga ibu bapa saya, Mereka datang dari Sibu untuk menyokong saya,” kata Chiew.

Chew adalah jurutera kimia dan sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu ADUN Pending, Violet Yong.

8.55am: Beting Maro - PAS, yang bertanding di lima kerusi dikatakan mempunyai peluang terbaikn di sini. Mewakili parti Islam itu ialah peguam Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus. Keputusan tidak menampilkan calon ulama bertujuan memantapkan imej PAS sebagai parti yang moden.

NONESementara itu, BN menurunkan seorang pendatang baru, Razaili Gapor. Keputusan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan akar umbi yang kecewa bahawa penyandangnya Bolhassan Ahmad Di digugurkan.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS tewas tipis dengan 895 undi di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu/Melanau. Kerusi ini mempunyai 4,742 pengundi.

9.04am: Batang Ai - Penamaan calon hari ini menyaksikan pergerakkan lalu lintas di pekan kecil Lubok Antu, yang terletak kira-kira 82km dari Sri Aman tersekat.

NONEBN menghantar kira-kira 400 penyokongnya manakala PKR diiringi hanya 50 penyokong.

Pada pilihan raya ini, PKR diwakili oleh Nicholas Bawin, yang menjadi calon pertama mengemukakan borangnya pada jam 9 pagi dan dikuti penyandang kersi itu, Malcolm Mussen Lamoh, pada jam 9.10 pagi.

Ketika ditemui, kedua-dua mereka melahirkan keyakinan memenagi kerusi Batang Ai.

NONEBatang Ai adalah kerusi luar bandar dengan kira-kira 94.7 peratus pengundi Iban voters. Pada pilihan raya negeri yang lalu, Batang Ai menyaksikan pertarungan sengit apabila Bawin, yang bertanding di bawah tiket Snap hanya tewas 806 undi kepada Dublin Unring Ingkut dari BN.

Bagaimanapun pada pilihan raya kecil 2009 BN yang diwakili Lamoh berjaya mendapat majoriti besar 1,854 undi bagi mengalahkan bekas ahli parlimen Lubok Antu Jawah Gerang, yang bertanding di bawah tiket PKR.

9.05am: Padungan - Kira-kira 200 penyokong DAP dan PKR berada di luar bangunan Majlis Perbandaran Kuching Selatan - tempat penamaan calon bagi tiga kersi Padungan, Pending and Batu Lintang. Ketiga-tiga kerusi di Kuching ini mempunyai penduduk majoriti Cina.

NONETidak seperti di Semenajung Malaysia, suasana penyokong agak terkawal - tiada jerit menjerit mengenai slogan parti.

Jumlah penyokong BN yang tiba di pusat penamaan calon jauh lebih besar daripada penyokong Pakatan. Dianggarakan tidak kurang 1,000 yang datang sambil mengibarkan bendera BN.

9.14am: Layar - Calon PKR Stanny Embat, tiba dengan 100 penyokong yang berarak dari pekan Betong ke pejabat daerah yang dijadikan pusat penamaan calon di Layar. Ia sebuah kerusi di pinggir bandar yang majoriti pengundi adalah masyarakat Iban. Kerusi ini telah dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu untuk selama tujuh penggal.

Penyokong PKR pula diketuai oleh timbalan ketua menteri, Datuk Mansor Othman. Mereka membawa sepanduk dan bendera parti sambil melaungkan"Reformasi!" dan "Tumbang Jabu!".

NONECalon Snap Joe Unggang, diiringi kira-kira 50 penyokong yang berkemeja T kuning, warna rasmi parti itu.

9.15am: Balingian-Ketua Menteri Taib, 74, tiba selepas diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN).

Turut sama, isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak sebelum itu berarak sejauh kira-kira dua kilometer bersama penyokong yang membawa bendera BN dari Masjid Setia Raja ke pusat penamaan calon sebelum menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Nawawi, yang juga Pegawai Daerah Mukah. 

Sebelum itu, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin, 65, menyerahkan borang pencalonan sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi. 

Salleh, diiringi isterinya, Datin Sharifah Hajijah Syed Jamil dan seorang lagi bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Bujang Ulis, serta dua orang penyokong.

9.20am: Layar - Timbalan Ketua Menteri, Jabu tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kira-kira 300 penyokong yang mengibarkan bendera BN dan PBB.

Mereka melaungkan "1Malaysia", "1Sarawak" dan "1BN".

Selain Stanny (PKR), Joe (Snap) dan Jabu (BN), terdapat seorang lagi calon Bebas, Tedewin Ngumbang, yang kelihatan di pusat penamaan calon. Keempat-empat mereka dilihat memfailkan borang pencalonan masing-masing.

NONE9.25am: Padungan- Penyandang kerusi Padungan Dominique Ng tiba di pusat penamaan calon bagi kawasan Padungan, Pendingdan Batu Lintang.

Adalah dipercayai beliau akan mempertahankan kerusinya itu dan dijangka berdepan dengan calon DAP Wong King Wei.

Semalam, ketika mengumumkan dirinya keluar PKR, beliau berkata akan bertanding di Padungan ataupun di Batu Lintang.

9.26am: Batu Kawah - Penyandang Tan Joo Phoi, seorang anak tempatan mampu akan dapat mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh gadis kelahiran Sibu, Christina Chiew dari DAP.

batu kawah nominations 060411 shake hands"Mereka masih baru di kawasan ini dan belum melakukan apa-apa pun tetapi kita mesti kerja keras (dalam kempen),” katanya ketika mengemukakan borang pencalonannya.

10.01am: Satok - Pegawai pengurus pilihan raya Onn Abdullah mengumumkan tamatnya tempoh penamaan calon dan bermulanya tempoh bantahan yang akan berakhir pada jam 11 pagi ini.

Hanya Abang Johari (PBB), 61 dan Ahmad Nazib (PKR), 35, yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing.
10.03am: Penamaan calon ditutup jam 10 pagi, dan tempoh bantahan sehingga 11 pagi

Mukah - DUN Balingian menyaksikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berdepan dengan calon PKR, Suriati Abdullah dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin PKR. 

NONEBatu Kawah - Pertandingan satu lawan satu antara Tan Joo Phoi dari SUPP dan Christina Chiew dari DAP.

Bawang Assan - Hanya Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) dan Alice Lau (DAP) menyerahkan kertas pencalonan.

Tupong - Datuk Daud Abdul Rahman (BN) dan Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR) serah borang pencalonan.

Bukit Sari - Hanya penyandang Awang Tengah Ali Hassan (BN) dan calon PKR Japar Suyut serah borang pencalonan.

Kota Sentosa - Borang pencalonan calon Bebas Tay Wei Wei ditolak kerana pencadangkanya bukan pengundi berdaftar di DUN tersebut.
10.35am: Padungan - Dominique Ng, disahkan akan mempertahankan kerusi Padungan sebagai calon Bebas.

Ia adalah pertandingan tiga penjuru - pencabarnya adalah Sim Kiang Chiok (SUPP) dan Wong King Wei (DAP).

Batu Lintang
 juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Soo Lina bertanding sebagai calon Bebas bagi bertarung denagn See Chee How (PKR) dan Sih Hua Tong (SUPP).

batu kawah nominations 060411 dap gangAdalah difahamkan bahawa Soo adalah bekas anggota PKR dan penyokong kuat Ng.

Padungan dan Batu Lintang adalah kawasan majoriti Cina di bandaraya Kuching dan kedua-dua kerusi itu adalah kubu kuat Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun pertukaran kerusi antara DAP dan PKR dikatakan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua parti dan ini mungkin memecahkan undi pembangkang.

Pending, bagaimanapun akan menyaksikan pertandingan terus antara penyandangnya Violet Yong (DAP) dan Sim Kui Hian (SUPP).

10.36am: Belaga - ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai dalam tweet menulis: Pertandingan enam penjuru di Belaga. (MK)

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...