Translate

Mesti Baca

Sabtu, 2 April 2011

Antara Umno, Perkosa Dan Arman Semuanya Adalah Assobiah.

Peletakan jawatan Arman Azha Abu Hanifah sebagai Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Isnin lalu boleh dilihat daripada pelbagai sudut.

NONEAda yang mengaitkannya dengan pergeseran dalaman NGOMelayu itu dan juga perbezaan pendapat dan ideologi di kalangan pemimpinnya serta juga kegagalan mendapatkan projek. Tetapi yang paling menarik, ada yang mengatakan ia ada kena mengena dengan pilihan raya umum yang akan datang.

Ini mengingatkan kira kepada kisah Hang Nadim yang dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu. Menurut kisahnya, Hang Nadim, anak muda yang menyelamatkan Temasik daripada serangan todak tetapi akhirnya dihukum bunuh oleh sultan.

'Dosa' Hang Nadim cuma satu, beliau berakal geliga walaupun masih kecil. Ketika orang ramai menahan serangan todak dengan betis sendiri, Hang Nadim mencadangkan digunakan batang pisang.

Kebijaksanaan ini yang merunsingkan sultan. Kelebihan itu dikhuatiri digunakan Hang Nadim untuk menggulingkan baginda pada suatu hari nanti.

namewee photo burnt by perkasa members 2Cerita popular itu, walaupun dianggap mitos, boleh dibandingkan dengan analisis beberapa pemimpin Pakatan Rakyat terhadap kedudukan PERKASA dalampolitik Malaysia.

Menarik untuk dinilai masa depan NGO yang dalam umur baru tiga tahun didaftarkan, sudah mendapat perhatian meluas dalam arena politik negara ini.

Menurut analis itu, pengunduran Arman dilihat sebagai satu tanda bahawa peranan pertubuhan itu sudah cukup dan kini harus perlahan-lahan menjadi low profile. Dalam bahasa Sejarah Melayu, perkara inilah yang disebut sebagai pembunuhan Hang Nadim.
1Malaysia

Analisis itu juga dibuat dengan menjangkakan PERKASA mempunyai hubungan amat rapat dengan Umno. NGO itu didakwa melaksanakan kerja-kerja berbentuk 'perkauman' yang tidak boleh dilakukan atas nama Umno yang kini bersungguh-sungguh mahu menambat kembali hati bukan Melayu melalui konsep 1Malaysia.

perkasa first agm 270310 kerisCakap-cakap itu antaranya mendakwa, Umno sebagai tulang belakang BN kini sudah pulih dan keadaan terbaik untuk menebus luka akibat kehilangan empat negeri dpada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.

Ini berdasarkan beberapa perkembangan. Antaranya, tinjauan badan penyelidik Merdeka Center bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang genap setahun menerajui negara kini amat popular. Seramai 68 peratus rakyat Malaysia dikatakan puas hati dengan prestasinya.

Justeru, sumber-sumber mendakwa, terdapat usaha melemahkan PERKASA, antaranya dengan 'mengambil' seorang demi seorang pemimpin popular pertubuhan itu, termasuk Arman dan Ketua Wirawatinya Raihan Sulaiman Palestine.

Raihan dilaporkan meninggalkan PERKASA sebulan lebih awal tetapi memilih tidak mengumumkannya di media.

NONEPeletakan jawatan kedua-dua pemimpin lantang itu turut dikaitkan dengan ikrar Najib bahawa BN akan meletakkan calon yang berupaya menang. 

Perkara itu turut ditegaskan lagi semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang pilihan raya Sarawak pada 16 April ini.

Ia juga nampaknya bukan sekadar kata-kata apabila 25 peratus calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) - tulang belakang BN di Sarawak - digantikan dengan calon muka baru.

Di Semenanjung, masalahnya, banyak pemimpin PERKASA kini didakwa lebih popular daripada pemimpin Umno sendiri. Maka, peluang mereka untuk naik dalam NGO pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu juga dikatakan lebih mudah daripada menggunakan saluran parti.
Dianggap ekstrim, perkauman

Bagaimanapun, realitinya, tokoh-tokoh itu dilihat mustahil dibenarkan bertanding selagi dikaitkan dengan PERKASA - pertubuhan yang dianggap ekstrim dan perkauman, terutamanya oleh masyarakat Cina dan India.

NONEDilema ini boleh difahami berdasarkan komen setiausaha agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali pada Isnin lalu, ketika Arman dengan rasminya mengumumkan meletakkan jawatannya.

"Adalah sukar bila beliau (Arman) berceramah di platform Pemuda Umno kerana pihak-pihak lain akan anggap suaranya sebagai suara PERKASA. 

"Begitu juga jika beliau di ceramah-ceramah PERKASA, pihak-pihak tertentu akan kaitkan dengan suara Umno," kata Syed Hassan dalam satu kenyataan.

Menurut sumber-sumber Umno pula, Arman kini digosipkan sedang mengintai kerusi Taman Medan dalam parlimen Petaling Jaya Utara yang dirampas PKR pada pilihan raya umum 2008 lalu.

pkr weekly pc 260707 haniza talhaBagi mencabar penyandangnya, Haniza Talha (kiri) yang juga timbalan speaker Selangor bukanlah kerja mudah. Tambahan lagi, DUN itu merupakan kawasan campuran dengan peratusan pengundi bukan Melayu juga agak tinggi.

Justeru, tambah sumber-sumber, Arman perlu keluar daripada kepompong PERKASA dan aktif bersama Umno Petaling Jaya Utara yang mana beliau juga merupakan ketua Pemuda di bahagian itu.

Malah, sambil bergurau, sumber-sumber mendakwa, hasrat dan cita-cita Arman itu tidak boleh disembunyikan lagi apabila beliau pernah meletakkan perkataan "YB" di pangkal namanya di laman sosial tidak berapa lama dahulu.

Taman Medan merupakan kawasan campuran dengan Melayu sebanyak 60.9 peratus, Cina (21.7 peratus), India (16.3) dan kaum lain sebanyak 1.1 peratus daripada keseluruhan 40,009 pengundi. Pada 2008, Haniza mengalahkan calon BN Munaliza Hamzah dengan majoriti 4,433 undi.
Ketuanan Melayu

Justeru, mampukah BN memujuk masyarakat Cina dan India bagi menyokong calon Umno berketurunan PERKASA yang secara terangan memperjuangkan ketuanan Melayu itu?

perkasa first agm 270310 crowdSementara itu, melihat kepada sejarah kelahiran PERKASA yang didaftarkan pada 12 September 2008 - enam bulan selepas BN pertama kali hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen - NGO itu dianggap sebagai platform baru kepada anggota Umno yang terpinggir sebelum ini.

Walaupun bersama PERKASA, mereka ini kebanyakannya masih ahli parti Melayu itu dan setia menunggu peluang masing-masing. Penglibatan mereka ternyata berjaya menumpang populariti mendadak yang diraih pertubuhan itu.

Memandangkan masa dianggap sudah suntuk, dijangka ramai lagi yang akan menuruti jejak langkah Arman bagi kembali aktif di pentas Umno, sekali gus mengintai kerusi pada pilihan raya nanti.

perkasa newspaperIni dikira jalan pintas berbanding penglibatan melalui cara konvensional di mana dalam parti dengan keanggotaan 3 juta orang itu, peluang untuk menonjol dilihat amat sukar, sehingga perebutan ketua cawangan sahaja memerlukan tenaga dan wang ringgit yang banyak.

Persoalannnya, jika perkara ini bebar-benar berlaku, bagaimanakah masa depan PERKASA selepas ini, terutamanya apabila selesainya pilihan raya umum yang menurut vsesetengah penganalisis dijangka berlangsung tahun ini?
Terus jadi kaya

Sementara itu, daripada aspek dalaman pula, bak kata pepatah, 'rumah siap pahat berbunyi', pemerhati politik berpendapat masih terdapat sesuatu yang tidak kena pada NGO itu apabila disorot secara lebih dekat.

Walaupun Arman tegas menafikan pengundurannya berkaitan dengan masalah dalaman dan kegagalan mendapatkan projek pada Isnin lalu, kenyataan itu tidak selari dengan 'isyarat' daripada Raihan baru-baru ini.

NONEKelmarin, berdasarkan rakaman di laman Youtube, apa yang seolah-olah terbuku di hati Raihan mula tergambar sedikit demi sedikit apabila diminta mengulas mengenai peletakan jawatannya.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri forum ekonomi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, walaupun dilaporkan mendakwa peletakan jawatannya atas sebab peribadi, Raihan mula bercakap tentang pihak yang "menggunakan" PERKASA untuk tujuan tertentu.

"Kalau masuk PERKASA terus jadi kaya, (ini) nampak hodoh," katanya sambil menceritakan pengalaman sukarnya mendapat pekerjaan apabila menjadi anggota NGO Melayu itu.

NONETanpa menyebut nama secara khusus, Raihan juga menceritakan pengorbanan anggota bawahan NGO itu yang memperjuangkan nasib Melayu secara sukarela dengan berkorban masa dan wang ringgit.

Dengan segala spekulasi dan tanda tanya berhubung situasi dan masa depan PERKASA, mungkin rombakan yang akan dilakukannya dalam masa terdekat ini mampu memberi isyarat tertentu yang bakal mencerahkan kita semua.

Jawapannya masih pada presidennya Datuk Ibrahim Ali (atas, kiri).(Sumber)

KPN Tidak Faham.

Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk SeriAnwar Ibrahim adalah 'tulen'.
NONEMalah Ismail (kiri) membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.
Persoalannya: Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.
Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?
Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.
Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan.
Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya.
azlanNamun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan.
Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini “di tahap akhir”, akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.
Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai tanpa polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan.
Mereka yang dimaksudkan adalah:
  • Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman berkenaan dikatakan dibuat.
  • Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan sembilan pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu
  • Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan “bahasa tubuh” pelaku.
NONESelang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazyl Eskay dan Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.
Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di bangunan Parlimen pada 22 Mac.
Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar.
NONESelang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan!
Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam “siasatan adil dan telus” seperti yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks “Tiga Datuk” kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara semalam itu. MK

Jumaat, 1 April 2011

Sah : Anwar Akan Di Tahan....!!!!!!

 
Ketua Polis Negara telah mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan yang pita video lucah adalah tulen. Kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada pihak Peguam Negara untuk pendakwaan. Dalam sidang akhbar yang sama beliau telah mengesahkan yang pihak polis telah menahan 3 individu.

Siapakah tiga individu yang beliau maksudkan itu kerana pada pengetahuan gua, hanya yang mengelarkan diri mereka sebagai trio 'Datuk T' sahaja yang diambil keterangan mereka selama 5 jam dan dibebaskan. KPN cuba bermain teka-teki berkaitan tiga individu yang ditahan apabila ditanya oleh para wartawan.

Jika video lucah tersebut asli, kenapa pihak polis berdiam diri tanpa mendakwa trio 'Datuk T' yang nyata telah mengaku perancang mereka keatas video lucah tersebut. Mereka patut didakwa kerana menayangkan pita video lucah kepada umum. 

Disini kita boleh membuat andaian bahawa pihak polis sendiri terlibat dengan klip video tersebut berdasarkan beberapa perkara yang tidak masuk akal. Seperti wartawan yang dipelawa supaya meletak kereta mereka jauh dari lokasi dengan diperhati beberapa kereta sebelum diambil oleh kereta yang lain. 

Semasa sampai ke tempat lokasi tayangan tersebut, pintu hotel tersebut dikawal ketat oleh satu kumpulan yang menyerupai polis. Sebelum dibenarkan masuk mereka diminta menyerahkan semua barang-barang peribadi untuk disimpan. 

Jika ia melibatkan perkara yang salah, kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan dan anda akan diberi alasan yang pihak polis tidak mengetahuinya. itulah alasan yang paling dangkal dari pasukan yang cukup cekap membuat tangkapan. 

Kita boleh membuat andaian yang pihak polis tidak tahu kerana tiada maklumat, tetapi bagaimana pula tayang kedua, ketiga dan seterusnya. Selepas ianya di tayang buat kali pertama, perkara itu sudah heboh satu Malaysia dan pihak penganjuran telah mengumankan yang video klip tersebut akan di tayang buat kali kedua. Inikah yang dikata sikap profesional yang ada pada pasukan polis di Malaysia. Apa kata jika yang buat penganjuran adalah pemimpin pembangkang, apakah pihak polis pun bersikap seperti yang mereka tonjolkan.

Taib Giat Buat Penafian Di Alam Siber........ Benarkah ....!!!!

Ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperhebatkan lagi penafian berhubung dakwaan-dakwaan rasuahyang dilemparkan ke atasnya di alam siber. Kali ini penafian berkenaan dimuat-naikkan di laman web rasminya.

Tiga video berkenaan yang sepanjang lima minit setiap satu melaluiYouTube dengan nama Chiefministertaib disiarkan di www.chiefministertaib.sarawak.gov.my pada Rabu lalu.

NONEWajah penemuramah yang bertutur dalam slanga British itu ditunjukkan dalam video berkenaan.
Dalam video bertajuk 'Ketelusan kewangan' itu, Taib menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai gaya hidup yang mewah seperti didakwa.
Malah, ada rakyat Sarawak yang tinggal di rumah yang lebih baik daripada dirinya, kata Taib lagi.
“Apa awak maksud mewah? Sesiapa yang pergi Sarawak akan melihat bahawa tidak ada atap atau bumbung bocor dan rumah-rumah dibina di merata tempat.

“Rumah yang berkualiti dibina merata tempat. Saya (tinggal) di satu daripadanya (tetapi) ada lagi rumah yang lebih baik daripada rumah saya. Ada perangkaan, sila semaknya,” kata Taib.

Menurut ketua menteri itu, jika benar beliau mengamalkan rasuah seperti yang didakwa, rakyat sekelilingnya akan mempunyai sikap berlainan terhadapnya.

“Ini bukan sikap atau sambutan yang diberikan kepada seseorang yang sepatutnya mengamalkan rasuah, amat tamak, tidak!”

“Jika kita lakukan perkara tidak baik, saya tidak akan bertahan untuk tempoh masa yang lama. Awak tak boleh sembunyikan jenayah... sembunyi salah guna kuasa untuk hampir 50 tahun. Ia melukakan,” katanya.(Sumber)

ADUN Lenggeng Didenda RM 20,000 dan 3 Tahun Penjara.

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.
NONE
Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman ke atas ADUN BN itu kerana pembelaan mahu membuat rayuan.
Mahkamah sebelum ini mendapati Mustafa bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Tiada p'raya kecil 
Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan.
Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.
Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini. Sumber)

Barisan Nasional Mula Jadi Santa Claus Di Sarawak.

sarawak mula dipenuhi dengan santa santa yang datang dari semenanjung. janji manis qorun mula bergema dan disambut oleh penganalisa politik yang berpengalaman dan lagi mahir. mahir dengan ampu. mereka cukup gerun dengan kebangkitan rakyat sebenarnya. selagi boleh melengah lengah bermakna mereka masih boleh lagi bertahan. membawa kandaran dajjal dan mula berarak seluruh bandar kuching. dengan keadaan suasana yang masih mengekalkan unsur unsur lama dalam kehidupan, mereka amat terpengaruh dengan fahaman fahaman lama, sebab tu majidin sebut jembalang dan hantu dah datang untuk menakutkan pengundi sarawak disini. sebut aje hantu dan jembalang bertempiaran lah pengundi sarawak lagi ke kem barisan nasional yang mana akan tiada hantu dan jembalang dan hanyalah yang ada qorun yang sedia memberikan apa saja. kempen kempen penjelasan tentang umno bengong tak menusuk jiwa. kempen kempen pembangunan tak semestinya berjaya digunakan oleh barisan nasional tetapi senjata wang amat ampuh dan berkesan untuk menarik pengundi mengundi barisan nasional pada 16 april ini. inilah yang amat presiden pas katakan dulu yang mana mendapat sanggahan blogger yang bangang dan tak tahu politik sarawak.

iklim politik yang berbeza dan tidak menuntut apa apa penjelasan yang berlaku, pemimpin barisan boleh buat apa saja tanpa perasaan malu kerana jarang yang menuntut penjelasan apabila ia berlaku. apa saja boleh buat. sebab itu teyib memud terus melapah dan mengganas semua menjadi perkara normal, ada yang berbunyi akan disumbat dengan kepala agung terus diam, peratus untuk kondem teyib memud amat sikit dan pasti teyib memud menganggap itu semua bunyian halus. alam semulajadi yang terlampau banyak dan terkandung pelbagai khazanah amat susah untuk pemimpin pembangkang membuktikan penglibatan teyib memut. teyib memud mampu berlindung dibalik batang batang pokok balak besar. sikap rakyat sarawak yang tahu tapi malas nak lawan teyib memud sebab itu teyib memud mampu berkuasa beratus tahun pun. cuma tahun ini mungkin teyib memut merasakan berbeza dari tahun tahun lalu, pendedahan demi pendedahan telah dilakukan dan teyib memut merasakan kurang selamat sikit daripada biasa. yang pasti teyib merasakan sedikit bahang kemuka. dan mungkin teyib memut akan mengalami calar balar atau mengakhiri karier nya dengan maruah yang hampir tercalar atau terus tercalar sepanjang hidup.(Sumber)

Tulen Kata KPN : Mana Satu Tulen, Video Atau Pelakonnya.

NONE
Heboh sekarang ini di blog-blog celaka apabila Ketua Polis Negara mengesahkan bahawa video seks yang dikatakan ada imej Anwar adalah tulen. Blog-blog celaka sedang merayakannya yang mana sepatutnya hari yang mulia ini adalah hari pertama serangan Gerakan Anti Najib/Rosmah terhadap blog-blog celaka dah bermula.

Apa yang menjadi kemuskyilan gua ialah jika video seks tersebut adalah tulen bagaimana pula dengan pelakonnya. Gua dari dulu mempertikaikan pelakon yang berada didalam pita video tersebut dan bukannya tentang video tersebut. 

Hujah gua, jika video seks tersebut asalnya dari satu bermakna memang video itu tulen sebagaimana rakaman-rakaman yang kita lakukan secara pensendirian. Yang menjadi pertikaian gua ialah pelakon yang berada didalam video klip tersebut.

Hujah gua lagi, apakah pemilik KRU seorang yang benar-benar pakar dalam bidang tersebut sehingga boleh mengesahkan ianya palsu atau tidak sedangkan umum mengetahui mereka adalah penyokong tegar Umno. Disini pun kita boleh mempertikaikan kredibiliti beliau yang telah banyak mendapat bantuan dari kerajaan dalam perniagaannya.

Kenapa klik video tersebut tidak diberikan kepada yang benar-benar profesional dan tiada ikatan dengan mana-mana parti politik. Oleh itu kenapa pencacai-pencacai Umno terlalu mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat perkara ini sedang penubuhan Suruhanjaya Di Raja tidak perlu kerana ianya tidak melibatkan kepentingan awam walaupun ianya melibatkan Anwar.

Lu jangan kata gua memihak mana pihak sedangkan pegangan politik gua adalah jelas dalam menegakkan keadilan. Tidak seperti blog-blog celaka seperti lu semua yang sudah buta mata hati dengan sokongan yang membabi buta. Jika lu yang celaka dianaiya pun gua tetap akan menyokong lu dengan sepenuh hati. Kenyataan KPN lu boleh baca dibawah..

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.
Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama. 

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.
Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh trio Datuk T yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.



Khamis, 31 Mac 2011

april fool to umno and the gang - FreeZoneTerengganu

april fool to umno and the gang - FreeZoneTerengganu

Daim Ramal Pakatan Tambah Kerusi.

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin hari ini meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi beberapa kerusi tambahan pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini tetapi yakin BN akan terus berkuasa dengan “majoriti selesa”.


NONEKetika menyampaikan syarahannya di Universiti Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur, Daim berkata pengumuman ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa beliau akan berundur selepas pilihan raya adalah 'tindakan yang bijak'.


"Saya fikir BN akan menang dengan beberapa lagi kerusi tambahan dirampas oleh pembangkang tetapi mereka akan menang dengan majoriti selesa,” kata Daim.


"Tindakan yang bijak bagi Taib berkata dia akan bersara. Tidak ada sesiapa yang patut kekal selama-lamanya. Lihat (presiden Mesir yang disingkirkan, Hosni) Mubarak dan presiden Tunisia (Zein al Abidine Ben Ali) yang digulingkan.

"Awak tak boleh kata tidak dapat cari pengganti. Andaikan saya mati dan tidak ada pengganti... Kita ada ramai perdana menteri dan ada yang lebih berjaya dari yang lain, tetapi dalam proses, kita belajar untuk menolak (mereka),” katanya.

Daim berkata demikian ketika ditanya mengenai ramalannya berhubung keputusan pilihan raya Sarawak.

Pada akhir 2007, beliau meramalkan BN akan mempunyai masalah di tiga negeri - Selangor, Kedah dan Pulau Pinang - dan telahannya ternyata dibuktikan pada pilihan raya umum 2008. (Sumber)

Benarkah Shuib Terima Ancaman Bunuh...!!!!

Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

NONE"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.
Lindung boss

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

NONERakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri).

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

NONE"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak. MK

Blog Pakatan Rakyat Menguasai Semula Media Siber.

Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Top Ranking Online (TRO) telah menunjukkan penguasai semula blog-blog pro Pakatan Rakyat. Daripada pemerhatian gua, blog-blog celaka mula menunjukkan penurunan yang mendadak setelah dua tiga bulan diberi laluan oleh Pakatan Rakyat.

Keangkuhan mereka telah lebur kerana sikap sombong, tak sedar diri dan semakin celaka dengan berita-berita fasik telah menyedarkan banyak pembaca. Berita-berita fitnah yang dimainkan oleh mereka telah berjaya ditangkis dengan mudah oleh blogger Pakatan Rakyat.

Jika lu lihat ranking pro pencacai yang dikeluarkan oleh TRO beberapa hari yang lepas, kemerosotan boleh dilihat pada ranking teratas yang mana blog pencacai hanya mempunyai 16 blog sahaja yang matanya kurang daripada 1,000 berbanding dengan Pakatan Rakyat yang mempunyai 20 blog dibawah angka 1,000 mata.

Daripada senarai satu sehingga seratus pula, blog Pakatan Rakyat yang menduduki tangga ke 100 ialah 6,815 mata berbanding blog celaka yang menduduki tangga ke 100 pula ialah 8,688. Oleh itu gua rasa pembaca-pembaca lebih meminati gaya penulisan yang telus dan berfakta daripada blog-blog Pakatan Rakyat terutamanya dari blog gua sendiri yang memaki dengan cara yang cukup halus.

Ranking kali ini menunjukkan pola pembaca cukup meminati gua kerana itulah blog gua naik sebanyak 37 mata daripada tangga 79 kepada tangga 42, iaitu kedua tertinggi selepas blog Asia,Malaysia,Tech & world blog yang naik sebanyak 42 anak tangga. Blog yang yang paling tinggi kejatuhannya ialah blog Ureka.Asia sebanyak 52 mata dan blog Penarik Beca sebanyak 51 mata. Anda boleh melihat aliran seperti dibawah ;
  • Naik anak tangga 49 blog
  • Jatuh anak tangga 37 blog
  • Kekal anak tangga 4 blog
  • Terkeluat sebanyak 10 blog
  • Kemasukan baru sebanyak 10 blog.
Tahniah gua ucapkan kepada blog yang tersenarai dan jangan putus asa kepada yang tidak tersenarai kerana sekarang ini alam siber adalah milik kita. Kita telah menguasai semula semua yang berkaitan blog mahu pun laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Sebelum gua mengakhiri, pastikan anda semua membuang undi disebelah kira laman ini yang hanya tingga seminggu sahaja lagi.Untuk melihat keseluruhan carta tersebut (KLIK SINI)

RANKING
DI TRO
PADA
30 MAC
BLOG
RANKING
ALEXA
RANKING
PADA
11 MAC
TURUN
NAIK BLOG
1
TRANUNGKITE
125
1
132
0
2
TUKAR TIUB
231
2
284
0
3
MILO SUAM
258
4
482
+1
4
ANWAR IBRAHIM
427
7
708
+3
5
BERITA SEMASA ONLINE
451
3
407
-2
6
KELAB GREENBOC
482
5
537
+1
7
TUBELAWAK.BLOGSPOT
546
8
804
+1
8
ASIA,MALAYSIA,TECH @ WORLD BLOG
581
50
2,698
+42
9
PULAKDAH
604
16
952
+7
10
ANAK SUNGAI DERHAKA
617
6
700
-4
11
AMENO WORLD
627
23
1,161
+12

Rabu, 30 Mac 2011

Operasi SPRM : Lu Agak Ada Tak Pemimpin Umno Yang Di Tahan.

Dua pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) antara yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ketika serbuan dilakukan secara serentak di kawasan pantai timur, pihaknya menemui wang bernilai ratusan ribu ringgit dalam keadaan berselerakan di rumah pegawai kanan kastam terbabit yang merupakan pasangan suami isteri.

Menurutnya, SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta dibantu lima agensi lain membuat serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis JKDM di seluruh negara.

“Selain itu, lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan disita hasil operasi secara serentak melibatkan tujuh agensi bagi mengatasi kegiatan haram membabitkan nilai berbilion ringgit,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Operasi pasukan petugas khas diketuai oleh SPRM itu dijalankan secara serentak dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam semalam.

Mustafar berkata, tindakan penyitaan akan dilakukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Beliau berkata, kesemua entiti berkaitan diserbu kerana dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah.

“Kesemua kegiatan tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah mengenai kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil kerajaan berjumlah berbilion ringgit disebabkan kegagalan mengutip cukai dan duti kastam.

“Ia juga melibatkan pendapatan yang tidak dilapor yang dihantar ke luar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import serta penyeludupan wang keluar sempadan negara,” katanya.

Beliau berkata, pasukan tindakan khas itu akan mengambil tindakan serius yang sewajarnya terhadap individu dan syarikat terlibat kerana kegiatan-kegiatan berkaitan boleh menyebabkan bahaya kepada ekonomi, keselamatan dan reputasi negara.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...