Translate

Mesti Baca

Sabtu, 26 Mac 2011

Video Seks : Siapa Perangkap Siapa.

Ahmad Lutfi Othman      
Ketika menerima SMS memaklumkan video lucah seorang pemimpin kanan pembangkang ditayangkan kepada beberapa editor dan wartawan kanan akhbar di Hotel Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, 21 Mac lalu, saya berada di rumah, sedang berbincang isu-isu kebudayaan serta masalah besar Dewan Bahasa dan Pustaka, bersama-sama tiga aktivis Paksi (Seniman Paksi Rakyat), Dinsman, Kassim Muhamad dan Hasni Abas.

Segera saya memanjangkan SMS itu kepada kartunis Zunar, sambil bertanyakan siapa tokoh berkenaan, meskipun sudah dapat mengagak satu lagi "percaturan" politik yang memualkan bakal terhidang. "Dulu mereka dah buat benda hampir sama," jawab Zunar, selepas mengesahkan Anwar Ibrahim yang menjadi target belasahan.

Sejak 1998, semata-mata demi kuasa politik, isu-isu seks yang mengaibkan telah direkayasa semahunya, dan dimuntahkan secara terbuka, dengan mengetepikan  adab dan etika. Kuasa seolah-olah mewajarkan segalanya. Begitu dahsyat dan memalukan sekali apabila ia khusus membabitkan dunia politik Melayu.

Yang sedihnya, babak-babak yang mempersudutkan orang Melayu ke penjuru yang cukup kelam itu sentiasa berkembang segar bagaikan ada sutradara khas di sebalik tabir. Apakah Melayu begitu obsess dengan kuasa sehingga sanggup menelanjangkan maruah dan kehormatan bangsa di pentas umum, hanya demi mempertahankan atau merebut sekelumit kuasa?

"Bukankah Najib sudah beri amaran akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir? Saya bimbang ini salah satu gejalanya," saya meluahkan kepada Kassim. "Cukup dahsyat!" jawabnya. "Pembunuhan watak" sudah menjadi lumrah. Dominasi politik rimba menjengkelkan sekali. Soal jenayah qazaf langsung tidak diambil peduli. 

Seorang rakan lain menimbulkan: "Apa reaksi umat Islam dengan adegan ulang-tayang ini? Cukupkah sekadar menggeleng kepala sambil merungut? Tidak adakah langkah berkesan untuk menamatkannya?" 

Saya cuba mencungkil kandungan video haram itu daripada wartawan Harakah yang turut diundang. Sengaja saya mengusiknya bahawa dia telah melakukan kesalahan menonton bahan terlarang di bawah Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan. Beliau langsung tidak menduga akan menonton tayangan lucah di sebuah bilik di hotel mewah (tempahannya berharga RM1,350) dengan kawalan ketat (mungkinkah anggota polis terbabit?) sebelum dibenarkan masuk.

Petang itu, selepas "menjelajah" mencari bahan berkaitan di internet, saya rasa degup jantung agar luar biasa. Dada sesak. Apabila bangun seperti mahu tumbang. Saya tidak pasti sama ada ia kesan daripada "angkara" Dato' T atau kerisauan saya dengan sisi gelap dunia siasah kita. Agak lama juga saya mengambil masa untuk kembali normal. Malamnya, saya tidak dapat menulis kolum "komentar" dalam Harakah walaupun rangkanya sudah siap.

Ingatan cepat terhimbau tragedi September 1998. Lebam mata tidak mencukupi. Semuanya mahu dilondehkan. Ia diikuti perbicaraan di mahkamah yang menyaksikan segala lendir, bulu dan tilam. Saya, seperti majoriti rakyat Malaysia lainnya, mahu episod hitam-pekat ini dikuburkan selamanya. Cukuplah keaiban bangsa diperdagangkan. Rupanya igauan buruk itu menjelma kembali ketika isu liwat masih riuh-rendah dibahaskan.

Tanpa perlu menunggu lama, beberapa kejanggalan dalam video itu dapat dikesan. Anwar dikatakan mempunyai alibi yang kukuh terhadap masa adegan seks itu dirakam. Keraguan lain turut dibangkitkan, termasuk bentuk fizikal "Anwar".

Malam itu, melalui siaran berita TV, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dalam satu sidang media bersama Ketua Polis Negara, Ismail Omar selain menafikan penglibatan polis dengan video itu, sudah "menghukum dan mengecam" Anwar. Beberapa bekas Ahli Parlimen KeADILan yang "khianat"  pula, dan yang paling jelas, Zulkfli Nordin, tanpa segan-silu mengesahkan Anwar terbabit (melanggan pelacur) seraya menyeru agar Ketua Pembangkang itu bertaubat.

Sepatutnya Hisham menangguhkan dulu kenyataan politiknya sebelum siasatan lanjut dibuat. Apakah beliau sudah menonton rakaman lucah itu sehingga berani membuat kesimpulan? Sebagai menteri yang menjaga hal ehwal polis, beliau sepatutnya melihat daripada sudut keselamatan negara dan aspek undang-undang yang telah dilanggar.

Melihat mudahnya dakyah terbaru ini disanggah, agak ramai yang mula berbicara tentang konspirasi baru di sebalik video berkenaan. Ada yang merasakan pihak dalaman Umno sendiri yang mahu mensabotaj Najib Razak. Soalnya, jika  terbukti nanti pimpinan tertinggi Umno mendalangi pembikinan video itu, maka yang bakal menerima padahnya bukan sekadar Najib, tetapi BN seluruhnya.

Berita TV 22 Mac pula menyiarkan kenyataan terbaru Zulkifli dan rakan karibnya Zahrain Hashim. Sudah terbalik. Seperti KeADILan pula yang dituduh "merekayasa" video itu bagi mengalih tumpuan umum kepada isu DNA.  Dalam blognya, Dr Khir Toyo merakamkan: "Justeru, apakah kita mahu menolak kemungkinan video ini merupakan satu strategi politik Pakatan Rakyat membersihkan Anwar?"

Banyak lagi yang dapat kita saksikan aksi-aksi menarik (dan pelik) dalam tempoh terdekat ini. 

Ketika mahu mengakhiri tulisan ini, saya menerima SMS Kassim: "...Apakah kita masih diam, bisu dan lihat semuanya berlaku di depan mata kita? Orang-orang ini mesti kita  kita sanggah, tentang dan halau .... Saya rasa betapa aibnya jadi Melayu. Dah tak tahan lagi."


II. Orang Islam di Sarawak boleh terima kemungkaran Taib?

Nampaknya tumpuan umum sudah terpesong kepada isu video lucah. Bahan-bahan sensasi dan kontroversi (sebenarnya hampas dan hanyir) seumpama itu, apatah lagi membabitkan personaliti hebat, memang mudah mengundang perhatian orang ramai. Masyarakat seakan-akan lupa seketika bebanan kehidupan seharian yang semakin menghimpit, juga pergolakan berterusan di Timur Tengah terutama Libya yang menjadi sasaran serangan tentera Bersekutu, selain tragedi pilu menimpa Jepun.

Menarik ulasan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali  dalam twitternya: "Apa nak jadi negara kita? Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua." 


Salah satu perkembangan penting politik tanahair, pilihan raya negeri Sarawak ke-10, seperti tidak begitu diperhatikan. Walhal selama ini, ramai menunggu-nunggu tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri. Ia bukan sekadar penting buat warga Bumi Kenyalang, malah mampu mempengaruhi iklim politik nasional. 

Tarikh pilihan raya umum ke-13 mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan di Kuching. Najib tentu menekuni mesej-mesej yang muncul bagi diolah untuk membentuk strategi berdepan Pakatan Rakyat. Trend pengundian di sana juga bolah menentukan tempo gerak politik seterusnya. 

Bagaimanapun, tidak ramai yang berani menjangkakan BN akan tumbang, malah untuk Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga BN pun dikira agak sukar. Namun, realiti politik Malaysia selepas Mac 2008 dilihat payah diramal. Siapa sangka BN dapat ditumpaskan di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor? 

Sarawak diasak dengan seribu satu isu-isu kritikal dan mendesak. Pendedahan pembolotan kekayaan Ketua Menteri, Taib Mahmud dan suku-sakatnya ketika majoriti rakyatnya masih dibelit kemiskinan tentu merimaskan Najib. Begitu juga kes rampasan tanah adat seperti dilaporkan laman sarawakreport. 

Pensyarah kanan komunikasi Unimas, Dr Jeniri Amir pernah mencatatkan: "Untuk melihat kedaifan dan kemiskinan sebahagian rakyat Sarawak, kunjungi sahaja sebahagian rumah orang Melayu, Melanau dan rumah panjang Iban yang dalam keadaan begitu daif - dinding, atap dan lantai yang begitu menyedihkan. Saya pernah melihat dengan mata sendiri, masih terdapat rakyat yang papa kedana, dengan keadaan rumah yang hampir hendak menyembah bumi, dan dengan keadaan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ironinya, mereka ini merupakan penyokong setia BN yang ditaburkan pelbagai janji menjelang setiap pilihan raya.

"Penduduk dijanjikan air, bekalan elektrik dan jalan raya berturap. Tetapi janji tinggal janji, dan rakyat tetap miskin dan menderita. Mereka tetap menghadapi kesukaran untuk makan makanan yang enak, pakaian yang mencukupi, dan seterusnya mengeluarkan keluarga daripada cengkaman kemiskinan."

Apa pun, usah pandang rendah kemampuan pengundi untuk melakukan perubahan. Ramuannya sudah tersedia. Kebencian terhadap elit penguasa -- bukan sekadar Taib -- yang turut memunggah khazanah negeri untuk diri, keluarga dan kroni meluap-luap.

Masyarakat Bumiputera Islam mungkin terkeliru dengan propaganda BN yang giat memainkan sentimen perkauman dan keagamaan. Peratusan penduduk Melayu-Melanau (sekitar 29 peratus, termasuk sebilangan kecil yang beragama Kristian dan kepercayaan lama) memang rendah, khususnya berbanding kaum Dayak (sekitar 44 peratus) dan bukan Islam umumnya. 

Soalnya, apakah segala kesalahan dan "jenayah" Taib terpaksa ditelan begitu sahaja demi "survival" umat Islam? Apakah elemen rasuah, kronisme, kezaliman dan salahguna kuasa regim Taib tidak dipandang serius pengundi Melayu-Melanau? Kita tidak mahu mendapat mesej yang salah sekiranya dikatakan hanya pengundi Cina bersedia mencetuskan gelombang reformasi di 15 kerusi Dun.

Pengumuman pelan persaraan Taib ketika Najib dan timbalannya, Muhyiddin Yassin berkunjung ke Sarawak menjelang Dun dibubarkan menandakan Presiden PBB itu sudah menjadi liabiliti buat BN. Dakwaan salahlakunya yang menimbun tidak dapat disanggah lagi. Kalau dahulu mungkin Najib cuba menutup mata dan menyerahkan bulat-bulat kepada Taib tetapi situasi politik mutakhir ini tidak mengizinkannya lagi. 

Pengundi sedang meneliti siapa bakal pengganti Taib atau lebih tepat, siapa yang lebih disenanginya, bagi menjamin kepentingan diri dan sanak-saudaranya nanti. Dengan tompokan aset yang luarbiasa banyaknya, Taib pasti curiga apakah SPRM tidak akan menganggunya selepas bersara. Baru-baru ini, Presiden Transparency International – Malaysia (TI-M), Paul Low menggesa SPRM segera menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib. 

Tetapi, lebih penting, kenyataan Taib itu disambut dingin. Lebih 15 tahun lalu, pada 1996, Taib juga berjanji akan melepaskan jawatan. Kini, selepas 30 tahun berkuasa, dia dijangka akan terus berkuku. Jika BN menang besar, Taib mungkin berkuasa lagi atas alasan -- daleh biasa mana-mana penguasa yang lama mencengkam -- pengganti sesuai belum dapat ditemui.

Soalnya, seperti sering dibangkitkan, apakah majoriti pengundi dapat akses dengan sumber maklumat bebas? Saya mengharapkan telahan blogger Norizan Sharif ada kebenarannya: "Setelah berbual dengan ramai penduduk di bandar, pinggir bandar dan pedalaman (Sarawak), saya cukup yakin bahawa media sosial - sama ada blog, Facebook atau Twitter - akan memainkan peranan penting mencaturkan keputusan pilihan raya negeri. Adalah menjadi satu kesilapan yang cukup besar sekiranya ada pemimpin politik di Sarawak yang merasakan pengundi pedalaman tidak tahu apa yang disiarkan dalam internet - tak kisahlah sama ada ia benar, bohong atau separuh benar."

---------
Artikel ini disiapkan pada 22 Mac 2011

Tiada Yang Mustahil Di Malaysia...!!!

Dalam kita memperkatakan tentang klik video lucah, Umno/BN telah berjaya mengalih pandangan tentang pilihan raya negeri Sarawak. Ianya seperti saranan Karl Marx, seorang politikus dari Jerman berbangsa Yahudi yang mengatakan bahawa 'Agama itu candu'. 

Dalam merealisasikan ideologi komunis yang tidak mempercayai akan kewujudan Tuhan, beliau berkata, "Perbanyakkan opera-opera supaya manusia akan lalai walau sesaat, kerana mereka akan memperkatakan tentang jalan cerita, pelakon-pelakonnya".

Apa yang beliau katakan itu adalah betul kerana inilah yang terjadi di negara menjelang pilihan raya negeri Sarawak. Mungkin dari nasihat APCO, Umno cuba mengalih perhatian rakyat dari mempersoalkan penyalahguna kuasa oleh Taib dan kroni-kroninya. Nampaknya Umno/BN dengan nasihat APCO telah berjaya dalam agenda mereka mengalih perhatian rakyat.

Jika tidak, kenapa mereka terlalu berminat dengan isu klik video yang dikatakan 110 peratus benar oleh firaun besar. Sekarang Najib cuba memberi signal kepada pihak polis agar tidak menyiasat 'trio Datuk T' dan tumpuan harus kepada  Anwar, yakni orang yang dikatakan pelakon klik video tersebut.

Inilah yang dikatakan tiada apa yang mustahil di Malaysia kerana... 
  • Lu jadi pencacai Umno lu dapat Datuk.
  • Lu menipu, lu akan jadi Ketua Polis Negara. 
  • Lu merogol, lu akan jadi Pengerusi Risda.
  • Lu bikin  rasuah, lu akan jadi Pengerusi Felda. 
  • Lu terima rasuah, lu akan jadi Menteri Kewangan. 
  • Lu bikin fitnah, lu akan jadi Senator.
  • Lu jaja fitnah, gua usung lu.
Janji, lu kena jadi pencacai Umno nombor wahid seperti mana yang dilakukan oleh firaun besar. Jika ini perkara-perkara seperti ini tidak diambil perhatian oleh rakyat Malaysia, tidak mustahil negara ini akan mengalami kehancuran.

Ceramah Di Ganggu, Nampak Sangat Najib Terdesak.

 
Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk SeriAnwar Ibrahim di Gombak malam tadi.

NONEKira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum 
PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.

Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.
Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan.

NONEAnggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa 
menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.

Bagaimanapun, Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.
Terpaksa berundur
Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif. 

NONEKetua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan Helmi Rizal manakala seorang lagi yang belum dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.

Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku.

Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya.
NONEPada ucapannya itu, Anwar mengingatkan perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor supaya tidak menggunakan taktik kotor tetapi lawan secara bermaruah di gelanggang pilihan raya.

"Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja. 

“Saya salahkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan isteri dia Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita," kata Anwar.
Tunggu pilihan raya

"Saya mahu beritahu Najib supaya tunggu pilihan raya nanti. Jangan takbur," tambah Anwar kepada laungan takbir dan reformasi oleh penyokong Pakatan.

NONEAnwar berkata pihak polis dan Najib malah seluruh rakyat tahu siapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, pengerusi Risda dan bekas Ketua Menteri Melaka yang mengaku mendalangi penayangan video lucah fitnah untuk mengaibkannya di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu. 

Rahim terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.

"Sekarang ini video seks pula. Saya nak tanya, polis tak tahu ke siapa Rahim Thamby Chik? Tak tahu ke kes dia dulu di Melaka? Orang ini nak jadi dewa, saya pulak kena jadi penjenayah," katanya.

NONE"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. 

“Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar dengan marah.

Ketua pembangkang itu bagaimanapun terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis untuk menyuraikan majlis ceramah berkenaan.
NONENamun beliau sempat memberi peringatan kepada Najib supaya bertaubat dan menghentikan penggunaan amalan keji untuk mencari kelebihan politik.

"Apa jenis pemimpin ini. Saya hendak tanya Rosmah, tanya Najib, kamu ada anak, kamu ada bini, kamu ada keluarga, boleh orang aibkan keluarga kamu begitu rupa. Manusia jenis apa macam ini?" tanya Anwar dengan nada kesal. MK

Taib Kata Anaknya Pandai Berniaga, Macam Ayat Mahathir Jer...!!!

Kurang sebulan sebelum pilihan raya ke-10 Sarawak, ketua menteri paling lama negeri itu, Tan Sri, Abdul Taib Mahmud, melancarkan kempen di alam siber bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan ke atas dirinya dan empayar perniagaan keluarganya.

NONEDalam satu wawancara yang dimuat-naik di portalYoutube, Taib menjelaskan modal permulaan perniagaan anak perempuannya, Jamilah diperolehi daripada bayaran gratuiti yang diterimanya selepas bersara sebagai menteri persekutuan. Namun, kerana kebijaksaan anaknya itu, empayar perniagaan itu berjaya dikembangkan.

Video sepanjang empat minit itu berjudul “Perniagaan Jamilah di Kanada berjaya kerana beliau cekap' dimuat naik pada Selasa lalu, Taib berkata empayar perniagaan Jamilah diasaskan 20 atau 30 tahun yang lalu.

"Betul, anak saya membuat duit, ya, agak banyak. Saya tidak tahu sama ada mereka kata 100 juta itu betul...di Kanada.

"Semuanya bermula (apabila) saya beri wang kepada anak perempuan saya. Saya letak jawatan dari kerajaan persekutuan. Saya dapat gratuiti, saya berinya sebahagian daripada wang itu untuk memulakan perniagaan dan ia berkembang.

NONE"Ia syarikat hartanah. Apabila bandar kita masih kecil, beliau mempunyai pandangan untuk membeli tanah dan kemudian menjualnya,” kata Taib.

Taib dilantik menganggotai kerajaan persekutuan pada tahun 1968 dan telah memegang pelbagai portfolio di Kuala Lumpur sehingga 1981 apabila beliau pulang ke Sarawak.

Semasa wawancara itu, beliau menafikan modal permulaan Jamiliah datang daripada dana awam.

"(Perniagaannya bermula) sekitar saya jadi ketua menteri, ya, jadi saya buat duit dengan jadi ketua menteri? Awak tahu negeri yang macam mana saya waisi pada 1981?

"Tiada siapa yang mampu beri duit ketika itu. Maaflah, saya maksudkan... tetapi sekarang, ya, kalau saya hendak jadi korup, saya boleh dapat banyak wang.”

Beliau kemudian mempertahankan Jamilah dan menantu Kanadanya, Sean Murray dengan mengatakan penilaian tepat mereka dalam pelaburan hartanah punca kejayaan syarikat itu.

“Tetapi awak tahu, jika anak perempuan saya bodoh atau menantu saya bodoh, mereka tidak akan buat duit sebegitu banyak, (kemudian) itu bukan satu isu. Mungkin saya terpaksa tanggung mereka hari ini (gelak).

NONE“Tetapi mereka agak berjaya, mereka juga buat perniagaan di London dengan membeli bangunan, memuliharanya dan kemudian menjualnya. Itu agak luar biasa,” katanya.

Menurut laman sesawang anti -Taib, Sarawak Report, keluarga ketua menteri itu mempunyai empayar perniagaan hartanah yang bernilai jutaan ringgit di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada. Kebanyakannya dikuasai oleh pasangan tersebut. MK

Jumaat, 25 Mac 2011

Datuk Eskay Menurut Pandangan Kickdeffela : Wah... Hebat Lu Punya Pujiaan.

Dato’ Eskay Shazryl Abdullah. Adalah bekas physiotherapist bagi pasukan Olimpik Gimnastik Amerika Syarikat dan kelab American Football ternama, Dallas Cowboys.

Beliau dijemput pulang ke Malaysia oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed untuk membantu proses pemulihan Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila Anwar jatuh dari kuda sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dato’ Eskay pernah ditempatkan di Majlis Sukan Negara untuk beberapa ketika.

Beliau adalah diantara dua tiga individu terakhir yang diamanahkan untuk berunding dan memujuk Dato’ Seri Anwar supaya meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pergi menyambung pengajian di malam sebelum Anwar dipecat.

Eskay jelas masih kagum dan sayang pada Anwar ketika itu, itu pengamatan saya bila mendengar cerita-ceritanya tentang Anwar dan Tun Dr Mahathir di kediamannya di  Kedah hampir sepuluh tahun dulu.
Bahkan ketika itu dia juga memaklumkan bahawa kemungkinan akan menerima tawaran untuk membantu proses pemulihan ke atas sakit belakang Anwar yang semakin beronar ketika di dalam Penjara Sungai Buloh.

Di kediamannya  juga pada ketika itu masih terdapat beberapa peralatan pemulihan yang digunakan untuk Anwar dan yang paling saya ingat ialah sebuah kerusi jati penyerahan bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie kepada Anwar ketika Anwar mengunjungi Habibie.

Saya rasa tiada pihak boleh menafikan hubungan rapat Eskay dan Anwar. Sebagai seorang yang merawat Anwar untuk sekian lama, mustahil juga Eskay boleh tertukar Anwar dengan individu lain di dalam rakaman video yang sedang heboh diperkatakan.

Dato’ Eskay Shazryl Abdullah, seorang yang bertatasusila dan berbudibahasa tinggi adalah salah seorang dari Dato’ Trio yang juga terdiri daripada Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim yang merupakan mastermind disebalik kemunculan video seks yang dikatakan menampilkan aksi seorang lelaki yang disyaki Ketua Pembangkang Malaysia.

Eskay yang dibesarkan oleh sebuah keluarga Siam mengesahkan hari ini beliaulah yang menemui rakaman video tersebut setelah diarah oleh Anwar untuk mencari jamnya yang dikatakan tertinggal disebuah bilik di sebuah spa.
Sebelum ini, namanya pernah disebut sebagai individu yang bertanggungjawab membantu Raja Petra Kamaruddin meninggalkan Malaysia. 

Bagaimanapun, Eskay tidak pernah mengesahkan penglibatannya. Di awal tahun 2000, Eskay dikenali dengan gelaran Dato’ Kambing kerana penglibatannya dalam penternakan kambing di Kedah. Beliau juga terlibat di dalam mengimport lembu-lembu dari Myanmar dan merupakan tulang belakang program Kedah Halal Meat.
 
Kickdefella.

Geng Songkok Tinggi Dah Terpesong, Perkasa Pun Sokong Tayang Video Seks ?

Kumpulan yang sebelum ini begitu lantang memperjuangkan bangsa Melayu dan kesucian Islam, Perkasa semalam bertindak mempertahankan tindakan bendaharinya, Datuk Shuib Lazim bersama dua lagi ahli ’Datuk T’ menayang video lucah kepada para wartawan di hotel Carcosa Seri Negara.

Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha (duduk, tengah) pertahan tindakan 'Datuk T' termasuk bendahari Perkasa menayang video seks. | foto The Malaysian Insider.

“Ini satu pembongkaran dan kita nak tahu siapa yang terlibat kerana ia (video seks) itu tidak ditunjukkan kepada umum, ” kata Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah.

Alahai Perkasa!...mana lebih baik, ajak wartawan pergi menonton video lucah atau serahkan video berkenaan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat?

Apa jadah ajak wartawan yang tiada kuasa untuk menyiasat...bahkan lebih teruk lagi jika dipanggil wartawan menonton, kemudian keesokan hari, keluarlah berita yang bermacam-macam rencah yang tidak sepatutnya diberitahu kepada umum. 

Sehingga ramai sudah mula menuding jari ke arah Anwar Ibrahim padahal ianya belum disahkan lagi kesahihannya. Maka terjadilah fitnah.

Wahai pemimpin Perkasa, lain kali kalau mahu sokong, pakailah otak sikit.

Tindakan Perkasa itu seolah-olah menyokong tindakan bermoral ’Datuk T’ menayang video seks kepada wartawan secara beramai-ramai. Di sana, kesucian Islam sudah tidak dipandang lagi. Asalkan niat kotor dapat dilunaskan,nilai moral diletak ketepi.

Padahal sebelum ini, Perkasa memang begitu lantang berdemonstrasi konon menjaga kesucian Islam dan memperjuangkan Islam. Namun bila ahli sendiri terlibat, ia dilihat seperti berpaling arah.

Kaum dan bangsa lain yang memerhati akan mula menilai tahap moral dan kredibiliti bangsa Melayu sendiri. Betapa tidak bermaruahnya bangsa Melayu yang mengaku Islam bila secara terang-terangan menayang dan menonton video lucah di bilik hotel.

Padahal sebelum ini, ramai pesalah yang memiliki video lucah akan ditahan bahkan yang ada dalam telefon bimbit pun turut terkena kerana kesalahan memiliki video kotor berkenaan. Inikan pula, bukan sahaja memiliki, bahkan mengajak orang lain menontonnya. Lebih dahsyat lagi tu!.(Sumber)

Video Lucah : Polis Tahan Dua Lelaki, Perolehi Bukti.

Polis menahan dua lelaki berhubung video aksi seks seorang lelaki yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur warga asing.


Bukan mereka ini yang ditahan..

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Deputi Komisioner (DCP) Datuk Ghazali Md. Amin berkata, beberapa barangan yang boleh digunakan sebagai bukti turut dirampas daripada dua individu terbabit.


"Salah seorang daripada mereka memberitahu kami tentang lokasi penggambaran video seks itu. Kami telah menghantar satu pasukan forensik bersama para pegawai penyiasat ke tempat berkenaan.

"Kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis sementara siasatan diteruskan," katanya tanpa mendedahkan identiti dua lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang mengenalpastikan individu yang dirakam dalam video itu selain individu yang merakamkan aksi seks tersebut.

Pada Khamis, dua daripada trio, "Datuk T" iaitu bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay telah menyerahkan video aksi seks seorang lelaki bersama jam tangan, yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang kepada polis.

Polis turut mengambil keterangan mereka.

Individu ketiga "Datuk T" ialah bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ketika ditanya kenapa dua individu tersebut tidak ditahan apabila hadir ke ibu pejabat polis, Ismail berkata: "Beritahu saya apakah kesalahannya (yang dilakukan oleh mereka)?"

Bagaimanapun, tambah beliau, polis akan menahan trio tersebut sekiranya mereka terbabit dan terdapat bukti yang mencukupi.

"Biarlah kami kenal pastikan sama ada mereka telah melanggar undang-undang terlebih dahulu. Polis boleh menahan mereka kemudian," katanya.

Ismail turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi liar mengenai perkara tersebut tetapi sebaliknya, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan tugas mereka.

"Kami sedang menyiasatnya secara terperinci dan secepat mungkin," katanya.(Sumber)

Tulisan Zul Kulim 'Cover Line' Apabila Kantoi.


Oleh: WFAUZDIN NS

ZUL Kulim nampaknya sudah mula berputar lidah apabila terang lagi bersuluh terkantoi kenyataannya di TV yang percaya 110 % pelaku itu adalah pemimpin pembangkang yang kontroversi yang semua orang faham maksudnya adalah Anwar. Apabila kes video seks ini kantoi juga dengan pengakuan `Three Strooges' Datuk T, maka kelam kabut Zul Kulim minta kita percaya apa yang dia tulis di dalam blog, bukan apa yang dia cakap di dalam TV.

Ertinya, yang bercakap di dalam TV itu bukan Zul Kulim, mungkin hantu syaitan berkopiah agaknya. Zul Kulim yang betul adalah di dalam blog beliau. Bijak tidak boleh diikut loyar ini. Jika benar TV tersebut yang menyiarkan gambar dan kenyataannya itu diputar belitkan, masakan Zul Kulim seorang peguam tidak mahu mengambil tindakan menyaman TV berkenaan? Mudah dibaca langkah pencak silat sumbang MP Kulim yang tidak berparti ini.

Beliau menulis berkaitan video seks yang kantoi itu dipetik begini, "

"Bolehkah mike percaya isu Jantan-X menyudu dalam videoseks tu dikatakan perbuatan kerajaan. Masuk akai ke yop? Berapa lama nak kena bohong dan kelentong yop? Orang yang menamakan diri dia Datuk T tu kata dia kawan Anwar. Dia yang diminta Anwar ambil jam yang tertinggal dalam bilik hotel tempat menyudu" tersebut. Kawan Anwar ni yang jumpa video tu. Kawan Anwar ni yang buat kenyataan akhbar tu. Kawan Anwar ni yang tunjuk videoseks itu kepada wartawan. Kawan Anwar ni yang ugut Anwar supaya letak jawatan. Kawan Anwar ni juga yang kata setelah melihat video itu dia yakin Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Kawan Anwar ni yang desak dia dan bini dia supaya berundur. Itu semua dibuat oleh Datuk T iaitu kawan Anwar sendiri. Takde kena mengena dengan sesiapa pun, apatah lagi Kerajaan."

Hujah saya, mana Zul Kulim tahu Datuk T itu kawan rapat Anwar? Siapa dia di antara `three strooges' itu kawan rapat Anwar? Mungkin Anwar ada berurusan dengan salah seorang daripada mereka sewaktu dahulu tetapi adakah itu bermakna kawan rapat? Berapa banyak kawan rapat Anwar? DS Anwar sendiri beritahu tiada seorang pun di antara mereka itu kawan rapatnya. Tiba-tiba Zul Kulim yang lebih tahu sepertimana dia tahu dan percaya 110 % pelaku Seks di dalam video berkenaan. Cukuplah berbohong wahai lebai malang !!

Apabila terkantoi di dalam isu video seks, Zul Kulim beralih kepada isu DNA. Bersungguh benar Zul Kulim mahu DS Anwar serahkan DNAnya untuk membuktikan air mani siapa yang bertakung di dalam dubur `haji' Saiful. Petikan tulisan Zul Kulim seterusnya begini;

"Yang penting sekarang ialah; Anwar wajib berikan sampel darah dia untuk ujian DNA bagi menentukan siapa Jantan-Y yang mengunyitkan Saiful dan meninggalkan airmani bertakung dalam karung Saiful!!! Period!!! Full stop!!! "

Hujah saya, mengapa Zul Kulim bertanya tentang jantan Y sahaja? Mengapa tidak bertanya jantan J, K, L, M, N, O, P, Q yang dikatakan terlalu banyak DNA nya di lubang belakang `haji' Saiful? Hipokrit sungguh lebai malang ini. Jelas, sasaran Zul Kulim hanya Anwar sahaja. Beliau tidak mahu ambil tahu betapa `haji' Saiful mungkin telah `dianiayai' oleh beberapa orang lagi. Sebagai seorang lebai jika tidak ustaz sekali pun, sepatutnya Zul Kulim patut mencadangkan agar kes liwat seperti ini hendaklah kembali kepada kaedah Islam. Itu pun jika Zul Kulim masih yakin dengan perundangan Islam atau mahkamah Syariah. Jika tidak, apa bezanya Zul Kulim dengan beberapa pemimpin DAP yang menentang hukum Islam itu?

Tulisan Zul Kulim tersebut ternyata hanya sebagai `cover line' setelah banyak orang mula mencacinya kerana terlibat dengan tuduhan jahat terhadap Anwar tanpa usul periksa. Apa-apa pun, kita ucapkan tahniah kepada beliau kerana dikhabarkan baru sahaja mendapat anugerah Datuk dari Pahang. Mudah-mudahan anugerah itu akan menyelamatkan lebai ini di depan Rabbul Jalil nanti.(Sumber)

Umno/BN Rasuah Rakyat Untuk Menang.

Ucapan tahniah dan  syabas  kepada MP Jerai, Mohd Firdaus Jaafar kerana keberanian, kepekaan dan keprihatinannya  membuat pertanyaan  di Dewan Rakyat  bertanyakan Perdana  Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak  tentang jumlah  perbelanjaan  kerajaan  melaksanakan  projek-projek segera sepanjang pilihanraya  kecil  Dun Tenang di Johor pada Januari lalu.
Jawapan bertulis PM menyenaraikan  85 program  projek segera  telah dilaksanakan  sepanjang  kempen  lebih seminggu  pilihanraya  kecil Dun Tenang dengan memakan belanja RM5.968 juta. Peruntukan di bawah peruntukan khas PM itu dibelanjakan atas permintaan rakyat setempat  terdiri dari  pertubuhan bukan  kerajaan (NGO), persatuan penduduk, Rukun Tetangga dan sebagainya.
Jawapan itu juga  menyebut bahawa  peruntukan itu  termasuk dalam belanjawan 2011. Inilah hakikat  yang  menyebabkan Umno-BN terus dapat mengekalkan kerusi  Dun Tenang dan mengekalkan kuasa  pemerintahan   setiapkali  pilihanraya  sejak  1959, pilihanraya pertama selepas  merdeka 1957.
Pada mata kasarnya, perbelanjaan ini dibelanjakan atas kehendak dan permintaan  rakyat, tetapi jika dibedahsiasat secara halus, ia adalah suatu  cara untuk  memenangi hati nurani rakyat terutama pengundi untuk mengundi calon Umno-BN dengan  merasuah rakyat  dengan projek-projek  segera ini.
Tanpa adanya pilihanraya kecil  tentu tiada projek  segera akan dilaksanakan. Perbelanjaan  sebanyak   hampir  RM6 juta  itu  memasuki  kantung-kantung  kontraktor-kontraktor Umno BN yang kehausan projek, ketua-ketua cawangan, ketua-ketua bahagian dan suku-sakat mereka. Akhirnya  rakyat mengigit jari, menerima  hampas-hampas yang tinggal, kerana santannya  telah dibolot  oleh mereka yang berpengaruh  di peringkat cawangan dan bahagian.
Sebab itulah  projek yang dilaksanakan  kalau dalam bentuk bangunan, bangunan  akan runtuh kerana pembinaan  tidak mengikut spefikasi, kerana kontraktor orang Umno hanya  berminat   untuk mengaut keuntungan yang berlebihan  dari  menjaga kepentingan rakyat. 
MP Md Firadus, sebagai pengarah  pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, telah membuat  kerja rumahnya  dengan  membuat pertanyaan  sedemikian. Soalan itu  mungkin  diletak  di nombor-nombor  yang  terakhir bagi mengelakkannya  menjadi  soalan lisan  yang apabila dijawab akan  memberi  ruang untuk pertanyaan tambahan yang  akan menghagatkan lagi   persidangan  Dewan Rakyat. Oleh kerana  soalan itu tersenarai jauh, maka  apabila  waktu  yang diperuntukkan  untuk soalan  lisan  berakhir, soalan berbaki akan hanya  menerima jawapan bertulis.
Dianjurkan supaya  soalan-soalan seperti ini, yang mungkin bagi  sestengah pihak menganggapnya remeh  perlu mendapat perhatian dan diasak oleh MP-MP Pakatan bagi mengetahui sejauh mana  ketelusan kerajaan dalam berbelanja  dan jumlah  projek segera dan perbelanjaan yang dibelanjakan  bagi  merasuah rakyat dalam pilihanraya-pilihanraya  negara ini baik pilihanraya kecil atau pilihanraya  umum.
Tanyakan juga  jumlah program projek segera dan belanja  yang  dibelanjakan  dalam  tiap-tiap satu  pilihanraya kecil  yang sehingga  ini telah  16 kali diadakan sepanjang  tiga tahun  lalu. Dalam pilihanraya kecil yang dimenangi  Pakatan  sebanyak lapan kali, sebanding dengan  yang dimenangi  Umno-BN,mungkin perbelanjaan  rasuah yang ditaburkan berlibatkali ganda. Rakyat perlu mengetahuinya.
Kalau dalam satu pilihanraya kecil  perbelanjaan  kempen projek  segera berjumlah hampir   RM6juta, maka bagaimana pula  dengan pilihanraya  umum, tentulah belanja  dalam  jumlah  puluhan atau ratusan juta wang  rakyat di belanjakan  untuk  menjamin  kekuasaan berterusan  parti pemerintah.
Perbuatan merasuah  rakayat  untuk mendapatkan undi bagi menjamin kuasa pemerintahan berterusan  adalah  satu cara yang tidak berakhlak  yang perlu  dihentikan  segera. Suruhanjaya  Pilihanraya  (SPR) perlu bertindak mencegahnya dan  SPRM hendaklah  bertegas dengan adil bagi  menamatkan keadaan ini dari berlarutan  bagi menjamin proses demokrasi  berjalan mengikut landasan yang adil dan bersih dan bukannya  mengikut  padang permaianan tidak setara dan samarata yang akan  membantut  kesuburan demokrasi  negara ini.
Sudah  12 kali pilihanraya dan akan menjelang pilihanraya ke-13 akan datang, sewajarnya  proses demokrasi makin sihat dan subur, bukannya tambah pincang dan  membantutkan penuh dengan ketidakadilan dan penyelewengan  serta rasuah.
Kerajaan sebagai pemerintah yang diberi mandat oleh rakyat berhak  untuk membela  rakyat  dan mengadakan  projek-projek pembangunan untuk rakyat tetapi bukan melaksanakan  projek segera setiap kali  menjelang pilihanraya, apalagi semasa kempen  pilihanraya sedang berjalan. Rakyat  boleh sahaja  menerima projek, tetapi bukan semasa kempen pilihanraya,kerana ia adalah  salah satu  bentuk rasuah.
Kerajaan mempunyai masa lain  sepanjang tempuh mandat lima tahun untuk melaksanakan projek untuk rakyat. Jika  projek segera  dilaksanakan  semasa  kempen pilihanraya,maka ia adalah  testimoni  satu perlakuan  rasuah. Memberi projek segera untuk mendapatkan pulangan supaya pengundi memberi  undi,adalah satu perbuatan rasuah terang-terangan. Seadilnya,tiada projek segera dilaksanakan untuk rakyat semasa kempen pilihanraya. Cukuplah dengan manifesto yang meliputi dasar dan program parti  yang bertanding, jika diberi kuasa memerintah.  
SPR perlu mengadakan  peraturan  larangan  terhadap  perlakuan rasuah secara halus ini. SPRM pula  perlu  menghentikannya, kerana ia  perbuatan yang tidak sihat untuk proses kematangan demokrasi  di negara ini.
Jawapan  bertulis PM merupakan program projek segera yang dilaksanakan  semasa kempen pilihanraya. Apa pula pemberian-pemberian  dalam bentuk lain secara langsung atau tidak langsung  kepada  pengundi  individu atau berkelompak yang tidak pula  diketahui  jumlahnya. Inilah hakikat  dan anasir  tidak sihat dalam  proses demokrasi pilihanraya  negara ini.
Undi dibeli  dengan wang ringgit. Pihak yang mempunyai peruntukan perbelanjaan yang besar dan tiada hadnya  akan  mampu  membeli undi dan calun-calun Pakatan yang tidak mempunyai  kewangan yang cukup dan sangat terbatas  akan  berhadapan  untuk  menyaingi  calun parti pemerintah dalam padang  permainan demokrasi yang tidak  setara dan samarata.
MP-MP pakatan pembangkang  perlu mengusulkan  pertanyaan  untuk  jawapan lisan  berapakah jumlah  peruntukan  projek segera yang dibelanjakan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil Galas, Kerdau, Merlimau, dan lain-lain yang dimenangi  Umno-BN dan berapa pula  perbelanjaan yang dihabiskan  dalam pilihanraya kecil  yang dimenangi  Pakatan. Dari perangkaan-perangkaan ini akan  dapat  dibuat analisis betapa demokrasi pilihanraya negara in dibelenggui dan diselubungi ketidakadilan.
Walaupun  setiap calun  perlu menghantar penyata  perbelanjaan pilihanraya   masing-masing selepas  pilihanraya,tetapi angka-angka sebenar yang tepat tidak akan diketahui dan diperolehi umum secara  jujur  kerana ia telah dimanipulasi  begitu rupa akibat tiadanya ketelusan  dan integriti  SPR sebagai agensi  pelaksana   pilihanraya  negara ini.
Sebelum pilihanraya ke-13 berlangsung, parti-parti dalam Pakatan  perlulah  melakukan  desakan dan agitasi politik mendesak SPR melakukan perubahan dan reformasi  bagi  menjamin  ketelusan  dan pilihanraya yang berwibawa kerana tanpa  pilihanraya berkredibiliti, risiko  penyelewengan  sangatlah  besar.
Apabila rakyat tidak mempunyai keyakinan terhadap agensi pelaksana pilihanraya seperti SPR dalam  mengendalikan  pilihanraya  maka  tindak balas rakyat  akan merugikan semua pihak. SPR  perlu dilihat berkecenderungan  untuk  mengadakan  suatu pilihanraya  yang seadil-adilnya bagi menjamin  kesinambungan  proses demokrasi  tulen di  negara ini.(Sumber)

Khamis, 24 Mac 2011

Siapa Rahim Thamby Chik?

"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim. (Sumber)

Kelab Greenboc: Video Seks: Rahim Tamby Chik Berpura-pura Istighfa...

Kelab Greenboc: Video Seks: Rahim Tamby Chik Berpura-pura Istighfa...: "Kenyataan Media Chegubard Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan ..."

Rabu, 23 Mac 2011

Ini Adalah Senarai Blog Yang Akan Gua Serang.

Hanya 8 hari sahaja lagi, jika semuanya mengikut jadual gua akan memulakan serangan terhadap blog-blog pro Umno. Senaraian yang akan menjadi mangsa gua atau gua dimangsakan seperti dibawah.
  • Gerkan Anti PKR
  • Papagomo
  • House PK
  • MYKMU.Net
  • MIM
  • Gelombang Rakyat
  • Pisau.Net
  • RBF online
  • Umno Online
  • The Flying kick
  • Taiping Mali
  • Media Permatang Pauh
  • Panglima Perang Cyber
  • Zulkifli  Noordin
  • Aidc
Dan ada lagi senarainya tetapi gua kena lakukan secara berperingkat kerana diorang  ramai tapi gua sorong sahaja. Oleh itu gua terpaksa mengerakkan 4 blog daripada 9 blog yang gua ada. Gua mempunyai sembilan blog, tetapi gua hanya akan menggunakan 4 blog sahaja. Mungkin mereka sangka blog gua macam blog nyamuk, sedangkan 5 blog gua sendiri adalah blog yang cukup tinggi kedudukan. Kesemua blog gua berada di dalam TOP 100. Untuk Top50 gua ada tiga blog dan 2 lagi berada di TOP 100. Jadi lu jangan temberang dengan gua tentan blog-blog ini, Pasal itu gua cukup berani untuk melakukan kepada blogger-blogger kat atas tu. Kita tunggu jer. Lu boleh bersama dengan gua jika lu mau.

Antara Fantasi Dengan Realiti : Puak Celaka Memilih Fantasi.

Apabila nama Rahim Thamby Chik muncul berkaitan dengan video klik lucah, apa yang kita nak harapkan kebenaran. Beliau sendiri terlibat dalam kes budak bawah umur semasa menjadi Ketua Menteri Melaka yang kesudahannya tidak di sabit langsung dengan kes itu.

Lim Eng Guan, orang yang membela perempuan tersebut dipenjara dan perempuan tersebut pula dihantar ke rumah pelindungan. Entah dari mana pula pemuda-pemuda dikutip sebagai kambing hitam untuk kes rogol tersebut.

Seperti episode balas dendam seperti mana yang beliau alami dulu. Mahathir kata, jika lu (Rahim) letak jawatan lu tak akan didakwa dan pandai-pandai gua (Mahathir) nak putar macam mana ini punya cerita. Lu sendiri fikir persamaan dengan klip video lucah.

Cerita tentang Rahim ni, lu tanya sama Eng Guan pasal beliau cukup masak dengan perangai beliau. Kalau Nazri kata jangan bunuh orang yang bawa berita, gua kata pula baik suruh parpukari, papagomo dan blogger pencacai liwat ramai-ramai pembawa berita seperti Rahim Thamby Chik.

Pasal itu gua kata orang yang menayangkan video lucah tersebut bukan sebarangan orang dan telahan gua memang betul. Gua kata hakim akan menolak permintaan pendakwaraya untuk menyuruh Anwar bagi DNA, gua pun betul tetapi hakim pusing 360 darjah dengan menerima DNA yang diambil didalam lokap polis.

Apa beza ambil DNA secara haram dengan secara sah ialah ambil yang haram tolak yang sah. Nampak sangat Najib sudah campur tangan dalam kes kali ini kerana beliau menyuruh Anwar serah DNAnya sebagai signal kepada hakim, jadi pandai-pandai hakim nak buat.

Skrip hampir sama dengan kes Liwat I dulu cuma jalan cerita sahaja yang diubah. Bagaimana kita nak percaya dengan sistem kehakiman Malaysia sejak Mahathir meliwatnya. Kalau lu tanya gua, gua bukan sokong sangat Anwar tetapi gua cukup simpati kepada sesiapa sahaja yang dianiaya.

Dulu gua cukup respek dengan Anwar semasa beliau didalam ABIM tetapi ianya terus hilang apabila beliau menyertai Umno. Beliau di antara pemuda yang mempunyai karisma mendaulatkan Islam di Malaysia tetapi terpengaruh dengan janji Mahathir yang kononnya boleh dilakukan dalam Umno.

Bagi gua, jika lu masuk dalam tong taik, seteliti mana pun lu pasti lu punya pakaian akan kena taik pasal Umno adalah tong taiknya. Sebab itu gua kata Umno ni tak boleh diubah, walau sewarak mana pun lu pasti akan tersungkur. Jika lu kuat sangat pegangan agama, lu akan disejukbekukan.

Mungkin lu diberi jawatan biro agama Umno, tapi setakat mana lu boleh pergi. Kalau tak percaya lu tanya sama Yusuf Nor seorang yang memiliki phd bahagian ilmu usul. Phd dalam ilmu Usuluddin beb, bukan calang-calang orang.

Lu nak harapkan Umno untuk mendaulatkan Islam, lu bermimpi disiang hari ler. Ketua Pemudanya dah bagi tahu yang mereka akan meneruskan dasar yang ada yakni dasar sekular yang bertuhankan Kamal Atatturk. Lu sendiri fikir macam mana seorang yang mengaku Islam tetapi takut dengan hukum yang telah digariskan oleh Islam tetapi boleh menerima pakai hukum penjajah yang berpaksikan kepada perlembagaan Reid.

Kalau Umno boleh menukar hukum yang ada kepada Hukum Syariah, gua akan tukar blog gua daripada Gerakan Anti Najib/Rosmah kepada Gerakan Sokong Najib/Rosmah. Tidakkah ianya memberi keadilan kepada mana-mana pihak yang teranaiya.

Tetapi gua gerenti jamin Umno tidak akan sesekali melakukannya kerana mereka tahu Hukum Syariah tidak mengenal pangkat atau pun kedudukan. Apa pun alasan yang diberi oleh pemimpin Umno dan blog-blog celaka tentang perkara ini jangan sesekali lu percaya. Ada orang komen kat blog gua dia ingat gua ini penyokong Anwar, sorry ler pasal lu orang semua silap.

Apa yang gua mahu adalah keadilan tanpa mengira dia dari blok mana, apa susah sangat Umno celaka nak faham tentang perkara ini. Oleh itu gua berpegang apa yang berlaku sekarang adalah usaha  Umno untuk menjahanamkan karier politik Anwar. Dan Umno dari dulu, kini dan selama-lamanya akan menolak keadilan yang disuruh oleh syarak.

Oleh itu bagi pegangan gua, Umno adalah sebuah parti yang sesat lagi menyesatkan. Kerja pemimpin Umno adalah untuk menyesatkan umat Islam dan mencuri khazanah negara sebanyak yang boleh. Kalau lu tak percaya tanya sama Taib dah berapa bilion beliau kumpul. Tanya Mahathir, Siti Hasmah dan keluarganya  berapa puluh juta simpanan mereka dalam Bank of Israel.

Lu sendiri bayangkan seorang yang mengaku Islam boleh berurusan dengan musuh Islam sendiri. Apakah mereka sangka apa yang mereka lakukan tidak diketahui oleh rakyat Malaysia. Sorry ler, rakyat malaysia tidak sebodoh itu melainkan para blogger celaka lagi fasik yang duk sanjung dan membela sampai tak boleh nak beza antara intan dengan kaca.

PKR Dakwa Rahim Thamby Chik Dan Eskay Terbabit

 

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini mendakwa bekas ketua menteri Melaka dan bekas konsul kebesaran Thailand di Malaysia adalah mereka di sebalik video seks yang dikatakan melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Johari mendakwa, beliau telah ditunjukkan video itu oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah - yang pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Kedah - pada 21 Mac lalu, di Hotel Flamingo di Ampang, Selangor.

NONEJohari mendakwa, turut terbabit, ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (kiri), yang kini merupakan pengerusi Risda.

Isnin lalu, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Johari, bagaimanapun, medakwa lelaki yang dilihatnya melakukan aksi seks dengan seorang wanita tidak dikenali dalam video tersebut, bukanlah Anwar.

Ketika dihubungi, Rahim memberitahu Malaysiakini yang beliau akan menelefon balik untuk memberi ulasan.
Rahim meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka pada 1994 selepas dia dikaitkan dalam satu skandal seks melibatkan seorang gadis bawah umur.

Shazryl Eskay tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan komennya walaupun panggilan dibuat dan SMS dihantar ke telefon bimbitnya.

NONEJohari berkata, beliau percaya yang Shazryl Eskay (kanan) adalah 'Datuk T' yang menganjurkan tayangan video tersebut kepada wartawan beberapa jam sebelum beliau sendiri ditunjukkan klip tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak boleh mengesahkanya kerana beliau tidak berada di hotel Carcosa Seri Negara, tempat video itu ditunjukkan.

Shazryl Eskay (kanan) menjadi tumpuan media baru-baru ekoran pembabitannya dalam satu kes saman berprofil tinggi di mahkamah.

Eskay menyaman ahli peniagaan Yahya Abdul Jalil and Merong Mahawangsa Sdn Bhd kerana didakwa tidak membayarnya RM20 juta seperti yang dijanjikan bagi perkhidmatannya berkaitan projek jambatan bengkok. MK

Satu Tamparan Buat Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahka sampel DNAnya.
NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.
"Selepas mempertimbangkan bukti dengan kenyataan dari IO (pegawai penyiasat) dan pegawai yang menangkap (Supt Ahmad Taufik Abdullah) saya memutuskan bahawa tangkapan itu adalah sah.”

"Dengan itu, barangan yang diperolehi dari sel - (botol air minuman, berus gigi dan tuala) boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau akan meminta dua saksi pendakwa tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.
Walaupun Yusof tidak menamakan mereka, namun dipercayai mereka adalah ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan yang sebelum ini pernah memberikan keterangan.
Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.
NONE"Bolehkah mahkamah ditangguhkan hingga esok?” Yusof kemudiannya bertanya.

Hakim Zabin kemudian mengajukan soalan itu kepada Karpal yang berkata beliau tidak ada bantahan.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga jam 9 pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.
Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan - permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan yang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

azlanPermohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh 

Yusof pula telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan,Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim),” hujahnya minggu lalu.

Hakim Zabidin sebelum ini telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah.
Keputusan hari ini dikatakan sebagai satu tamparan kepada Anwar.
Ketua pembangkang itu daripada kandangnya berkata terdapat tekanan politik yang hebat bagi memaksa hakim menukar keputusannya sebelum ini.(MK)

Syarikat Buang Radioaktif Kat Malaysia Diberi Pelepasan Cukai Selama 12 Tahun.

Gua tak tahu bagaimana bijaknya kerajaan Malaysia berniaga. Dahlah syarikat tersebut buang sisa toksik kat Malaysia, malah diberi pula pelepasan cukai selama 12 tahun. Kenapa syarikat tersebut tidak membuka kilang kat Australia jer. Kalau lu guna akal lu dengan betul, lu sendiri fikir kenapa kerajaan Australia tidak membenarkan operasi syarikat tersebut. Pasti ada sesuatu yang tak kena dengan operasi sisa toksik tersebut....... Lu sendiri fikir ler...!!!

Kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang bernilai hampir RM700 juta, adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.

biomalaysia 2008 071008 maximus ongkiliMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata ini kerana sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd itu mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah.

"Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi.

"Kilang ini selamat bagi orang awam dan kita akan pastikan syarikat ini patuhi prosedur pemprosesan. Ia berbeza daripada loji Asian Rare Earth," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, semalam.
Loji Asian Rare Earth (ARE) merujuk kepada loji logam 'rare earth' Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Ipoh, yang dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya enam kes leukemia di kalangan masyarakat setempat sebelum ditutup pada 1992 ekoran protes awam. 

NONEIsu kesan radiasi projek pemprosesan 'rare earth' di Gebeng antara lain dibangkitkan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) dan Dr D Jeyakumar (PSM-Sungai Siput) yang mempertikaikan rasional kerajaan meluluskan pembinaan loji itu walaupun mendapat tentangan khususnya daripada rakyat Kuantan.

'Perlepasan cukai'

Ongkili berkata langkah-langkah keselamatan akan dan sentiasa diambil untuk merendahkan lagi kemungkinan bahaya sinaran dan pencemaran dari sisa tersebut mengikut amalan konsep ALARA (As low as reasonably achieveable-Paling rendah mengikut budi bicara yang boleh dicapai).

Beliau berkata selain Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), Lynas juga dikehendaki mematuhi semua keperluan perundangan yang ditetapkan oleh beberapa lagi badan penguatkuasa lain sebelum sesuatu lesen dikeluarkan.

NONE"Pihak syarikat juga telah dikehendaki mengambil langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang ketat bagi memastikan pekerja, orang awam, harta benda dan alam sekitar tidak terdedah kepada kemungkinan bahaya sinaran dan pencemaran (sekiranya ada) dari sisa tersebut," katanya.

Menurutnya Lynas juga menggunakan sumber bahan mentah Australia yang mengandungi satu per lima puluh kandungan radioaktif berbanding dengan bahan mentah yang digunakan oleh Syarikat Asian Rare Earth (ARE).
NONEMenjawab soalan Fuziah mengapa Lynas diberi insentif pelepasan cukai selama 12 tahun, Ongkili berkata ia merupakan insentif biasa yang diberikan kepada syarikat-syarikat pelaburan besar yang dijangka mencipta peluang aktiviti ekonomi hiliran yang besar. 

Kepada satu satu soalan lain, Ongkili berkata kebanyakan negara menolak untuk membina loji pemprosesan logam radioaktif pada 30 tahun lalu kerana khuatir berlakunya pencemaran sisa bahan berkenaan memandangkan ketika itu masih tidak ada teknologi mengenai pengurusan sisa radioaktif terutamanya jika berlaku sebarang kebocoran.

Zaid Minta PAS, DAP Tinggalkan Pakatan.

Seorang bekas pemimpin kanan PKR berpendapat masih belum terlewat bagi parti pembangkang terutama PAS untuk mengkaji semula hubungan pakatan dengan PKR yang kini berdepan dengan
isu video lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

zaid ibrahim quits pkr 191110 02Datuk Zaid Ibrahim berkata sewajarnya hubungan itu perlu dikaji semula kerana sudah terlalu banyak isu integriti membabitkan Ketua Umum PKR itu dipertikaikan termasuk isu video lucah itu. 

"Sepatutnya PAS kaji lama dah (hubungan dengan PKR). Ini membabitkan soal integriti dan kewibawaan pemimpin yang bukan sahaja kepada parti pembangkang tetapi juga kepada pemimpin BN. 

"Banyak masa negara kini bertumpu kepada soal integriti Anwar. Patut fikir hal rakyat dan satu penyelesaian perlu dikaji dan diambil," katanya kepada pemberita selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di Kora Baharu, hari ini. 

Zaid yang juga Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu memberikan keterangan kepada polis bersabit laporan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh. 

Sabtu lalu, Zaid membuat laporan polis terhadap Karpal kerana mendakwa pemimpin itu telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadapnya bersabit isu asid deoksiribonukleik (DNA) membabitkan Anwar. 

NONEMengulas lanjut, Zaid berkata Anwar perlu berundur daripada jawatannya jika benar terbabit dalam video tersebut. 

"Saya belum lihat video berkenaan dan kalau sudah lihat nanti boleh saya beri komen dan kalau benar terbabit kenalah berundur," katanya. 

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa hairan pemimpin PKR itu termasuk pemimpin parti itu yang lain memberikan pelbagai alasan menafikan terbabit tuduhan tersebut tanpa melihat terlebih dahulu video berkenaan. 

"Saya hairan juga bagi pelbagai komen dan apakah mereka sudah lihat video itu," soal Zaid.

Bagaimanapun Zaid meminta pemimpin PKR tidak menyalahkan pihak lain yang kononnya terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.(MK)

Liwat II : Gua Rasa Mahkamah Akan Tolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarakan kes liwat membabitkan Datuk SeriAnwar Ibrahim dijangka membuat keputusan hari ini sama ada membenarkan dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

Permohonan itu bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan juga bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

azlanPermohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh 

Jika mahkamah yang mempunyai pilihan sama ada membenarkan kedua-dua permohonan itu atau membenarkan satu daripadanya, ini pasti satu tamparan kepada Anwar. Manakala jika mahkamah menolak kedua-duanya pula, kes pendakwaan akan terjejas teruk.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan,Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim),” hujahnya minggu lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah.

Selepas keputusan hari ini, hakim Zabidin dijangka menetapkan tarikh baru bagi kedua-dua pihak - pendakwaan dan pembelaaan - mengemukakan hujah masing-masing sebelum memutuskan untuk menolak kes tersebut ataupun meneruskan perbicaraan dengan mengarahkan pihak pembelaan memanggil saksi mereka pula.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...