Translate

Mesti Baca

Sabtu, 19 Mac 2011

Lagi Demo Tuntut DNA Anwar.... Geng Songkok Tinggi Dah Tak Ada Kerja.

 

Lebih 50 ahli dari beberapa NGO negeri Melaka, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA beliau. 

Barisan yang terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka itu mengadakan perhimpunan di hadapan stesyen bas Melaka Sentral kira-kira jam 1 tengahari tadi. 

Menurut Yang Dipertua PERKASA Melaka, Abd Rahim Osman, tujuan diadakan perhimpun itu adalah untuk mendapatkan keadilan bukan sahaja kepada mangsa dalam kes liwat yang sedang berjalan malah menuntut pihak terlibat bekerjasama agar memudahkan proses pengadilan. 

Beliau berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak kerajaan untuk mempercepatkan perlaksanaan undang-undang bagi mewujudkan satu tabung DNA bagi rakyat negara ini. 

"Saya difahamkan sudah digubal undang-undang untuk menguatkuasakan tabung ini. Ini satu keperluan yang dianggap perlu pada masa akan datang bagi memudahkan pihak polis dalam melakukan siasatan sesuatu kes yang melibatkan jenayah seksual. 

"Ia sekali gus dapat menegakkan keadilan baik dipihak yang terduduh ataupun yang menjadi mangsa. Cadangan itu juga dapat memudahkan semua pihak terutama dalam mempercepatkan proses perbicaraan termasuk pengumpulan bukti untuk proses perbicaraan," katanya.
Abd Rahim berkata, dengan perlaksanaan undang-undang itu juga dapat membantu sekiranya terjadi sesuatu kes dan pihak berkuasa tidak perlu meminta-minta atau menunggu-nunggu untuk dapatkan sampel DNA. 

"Kita melihat perjalanan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu meyusahkan banyak pihak, malah keengganannya untuk menyerahkan sampel DNA telah melinggahkan proses dan melibatkan lebih banyak wang kerajaan sepanjang perjalanan perbicaraan. 

"Kami sebagai rakyat berasa tidak puas hati kerana ia mengambil masa yang begitu panjang untuk diselesaikan sehingga rakyat pun naik meluat," katanya. 

Beliau merasakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu wajar bekerjasama untuk kebaikan semua pihak. 

"Bagi Datuk Seri Anwar saya rasa eloklah dia bekerjasama. Inilah masanya untuk dia buktikan sama ada dia terlibat atau tidak," katanya sambil menyifatkan perkara itu sebenarnya peluang baginya "membersihkan diri"(MK)

Webmaster TRO Sakit, Ranking Ditangguhkan.


Berita yang baru gua terima, webmaster Top Ranking Online (TRO) jatuh sakit. Maka semua ranking ditangguhkan. Patutlah gua tengok tiada ranking dikeluarkan dalam masa tiga empat hari ini.

So..... Gua doakan agar beliau cepat sembuh. 

Gua pun tak ada apa yang nak dikatakan, ini hanya untuk diwar-warkan agar tidak timbul tentang kelewatan ranking.

PKR Dakwa Blogger 'Ditahan' Tengah Malam Tanpa Waran.

Seorang penulis blog dibawa ke balai polis Sentul tengah malam tadi dan pihak berkuasa didakwa tidak mempunyai waran bagi menahannya, dakwa naib presiden PKR.

Tian Chua berkata, beliau mendapat penulis blog yang dikenali sebagai Hanief disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas tiba di balai berkenaan tengah malam tadi.

forum direct election in political parties klscah 261010 tian chua"Di tengah-tengah siasatan SKMM, saya bertanya apa hak mereka menahan orang di tengah-tengah malam sebegini. (Dan) Tiada sesiapa menunjukkan waran (terhadap Hanief) pada saya," tulisnya di laman Twitter kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

"Pegawai SKMM mengaku mereka tidak mengeluarkan waran, justeru saya minta soal siasat itu dihentikan. (Tetapi) mereka berita Hanief secara sukarela datang ke situ," tambah anggota parlimen Batu itu.

Tian juga mendedahkah bahawa SKMM memerintah Hanief hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Cyberjaya pada jam 10.30 pagi ini bagi membantu memberi maklumat berhubung satu siasatan bawah Bab 3, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut dokumen perintah yang gambarkan dimuatkan kembali Tian di internet, sekiranya gagal atau enggan berbuat demikian, Hanief boleh dibawa kepada majistret dan diberikan waran tangkap.

Masih belum jelas Hanief akan disiasat berhubung perkara apa. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung 'penahahan' dan siasatan pada penulis blog itu.(Sumber)


Hanief adalah pemilik blog Asia,Malaysia,Tech @ World Blog  (Klik Sini)

Jumaat, 18 Mac 2011

Ketuanan Melayu Buat Songkok Dua Jengkal.

https://lh6.googleusercontent.com/_w-h5UvK7U5g/StC12Zoc91I/AAAAAAAAOhY/qR2eJvOHm-8/s720/IMG_2808.JPG

Ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh puak-puak songkok dua jengkal (Perkasa atau Perkosa, lu sendiri pilih) mungkin terlepas pandang walau pun berada disebelah sahaja. Mungkin sibuk nak buat demostrasi, hinggakan tengah makan pun masih sempat bersms.

Gua pun tak tahu apa itu 'Ketuanan Melayu' yang songkok dua jengkal pertahankan hinggakan mereka menfatwakan sesiapa yang menentang mereka hatta raja-raja sendiri akan dituduh 'Murtad Melayu'.
Gua rasa itu geng songkok dua jengkal bukan main-main pasal mempertahankan Ketuanan Melayu daripada mana-mana pihak yang tidak bersama mereka. Pasal mereka adalah benteng kepada Ketuanan Melayu daripada disentuh. Tanpa mereka, Ketuanan Melayu akan hancur, hebat maa. Itu jika lu baca daripada dari kaca mata bulat geng songkok dua jengkal.

Mai sini dekat-dekat sikit, yang kat depan duk rapat lagi dan kat belakang tengok-tengoklah kut-kut ada lagi tempat kosong kat depan, Sekarang lu baca pada kaca bulat gua yang gua pinjam dari mamat kat bawah nih. Bagi gua pulak, itu geng songkok dua jengkal tak payah bersusah payahlah nak pertahankan 'Ketuanan Melayu' lagi.

Ketuanan Melayu dah lama dah jadi bangkai, cuma tak ada kubur ajer. Ketuanan Melayu dah lama dah kena rogol ramai-ramai, tak cukup lagi mereka pakat liwat lagi sehingga setiap lubang mereka yang mereka jumpa, tak kira lubang telinga ke, lubang hidung ke atau lubang pusat, semuanya di bantai ramai-ramai.

Dah habis  semua perbuatan mereka terhadap ketuanan Melayu, mereka campak Ketuanan Melayu kat pembuangan sampah. Kalu lu tak percaya, lu tanya umno celaka. Kalu mereka cakap 'no komen', lu datang jumpa gua, tapi jangan lupa bawak nasi kuning, ayam panggang madu, duit pengeras RM 600,000.03. 

Lu tahu la itu pengeras bukan gua minta ma tapi gua punya jin kasi harga, dia cakap semua barang manyak mahal sekarang ma. Gua jin dia punya kelemahan, bila suruh pi buat kerja kat oversea je, mesti duk hotel 7 bintang. Lu tahu dia punya harga satu malam 100k ma. 

Sekarang manyak susah pasal itu gua  jin sudah pandai shooping-shooping pulak sejak gua punya jin sudah ada persatuan lak, kalu gua tak lupa, dia punya nama Persatuan Ibu-Ibu Tunggal pasal gua punya jin betina. Bukan Jins Shamsuddin, apa lu melaluk ni apek, sorry pasal gua banyak syok berita.

So, kita sembang balik tentang Ketuanan Melayu, Lu tahu apsal geng songkok dua jengkal duk pertahankan kerana itu geng sudah angkat Ketuanan Melayu kat pembuangan sampah. Mereka bawa balik, mereka mandikan, shampookan, mereka cuci sampai bersih kemudian mereka wangikan itu 'Ketuanan Melayu'. 

Mereka kasi pakai baju kuning, mereka letak diatas singgahsana, kawalan 24 jam sehari 7 hari satu minggu itu dan geng songkok dua jengkal manyak ketat kasi kawal. Itu pasal geng songkok dua jengkal cakap tiada siapa yang boleh menyentuh 'Ketuanan Melayu', gua manyak takut ma. Gua cerita gambar bawah pulak

http://1.bp.blogspot.com/-q0CE_NcMuFY/TYHTPvQbW3I/AAAAAAAABqU/Sqbp2VqlY_Y/s1600/kekasih%2Bgelap.jpg

Ini cerita lu mesti dengar betoi-betoi pasal gua cakap satu kali saja ma, gua tak mahu ulang-ulang lagi. Ini hari itu blogger-blogger celaka, fasik, pencacai sudah mula malu pasal dulu dia orang fitnah sama dia punya musuh tetapi itu fitnah sudah makan diri.

Itu blogger celaka, fasik, pencacai sudah bagi kata dua sama ini ketua bahagian supaya tampil buat pengakuan pasal diorang malas mahu kasi selidik itu, ada betul ke tidak. Lu pun sendiri tau macam mana blogger celaka buat kerja, mereka suka ambil orang punya artikel kemudian kasi taruk dia punya nama.

Ini hari gua tak mahu cakap ada ke itu perempuan kekasih gelapnya (lu jangan kasi sama orang lain, ini gambar bukan dia punya kekasih gelap tertapi dia punya manyak gelap) atau di punya bini nombor 2 kerana itu dia punya pasal la.

Gua mahu cakap, siapa pun mereka bukan cerita yang memalukan tetapi itu gambar amat memalukan. Kita jangan bercerita tentang skandal tetapi kita bercerita tentang bagaimana bodohnya seorang yang bertaraf ketua bahagian bergambar dalam keadaan yang memalukan.

Jika itu perempuan dia punya bini sekali pun, tak kan lu tanpa rasa segan atau malu dengan mengambil gambar dalam keadaan mengaibkan. Lu tatak malu sama lu punya bini, lu punya anak atau lu punya mak bapak. Gua lupa la, itu umno mana ada malu sama sape-sape hatta pada Allah sekali pun.

Jadi inilah 'Ketuanan Melayu' yang geng songkok dua jengkal pertahankan dengan darah mereka, betoi ke ni. Lu beranila setiap kali bikin demo, polis kasi jalan dam kasi jaga lu punya geng. Gua ingat kalu lu jadi macam PR yang buat demo, jangan kata dengar siren polis, lu tengok kelibat polis pun lu sudah tanggal itu songkok dua jengkal. Lu ada percaya tak

Bagi gua pulak, pergi mampos dengan ketuanan melayu yang menjijikkan.
Hidup 'Ketuanan Islam' maka semua ketuanan yang ada di muka bumi ini akan selamat.

Aziz Hilang Kelayakan Jadi Pengerusi SPR, Kenapa ?

Ahmad Lutfi Othman

Gesaan agar dianjurkan segera perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya bersih, telus  dan adil buat kali kedua tidak boleh dipandang ringan. Ia memang satu keperluan yang cukup mendesak. Persiapan rapi mesti dibuat bagi memastikan demonstrasi raksasa kali ini lebih besar dan meriah berbanding himpunan Bersih, 10 November 2007, yang menyaksikan lebih 50,000 orang berarak ke Istana Negara.

Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bertukar pengerusi, daripada Abdul Rashid Abdul Rahman kepada Abdul Aziz Yusof (dan juga lupa setiausahanya dulu, Wan Ahmad Wan Omar, yang dikatakan licik mengatur 'komplot' bagi menyukarkan siapa jua saingan BN, kini menjadi timbalan pengerusi), proses pilihan raya di negara kita terus berjalan secara berat sebelah, jauh daripada menyediakan "padang permainan yang sama rata".

Memandangkan pilihan raya umum ke-13 nanti merupakan gelanggang pertarungan "hidup-mati", sudah pasti SPR akan terus diperkudakan dan menjadi perkakas paling efektif untuk BN meraih kemenangan.

Jika pilihan raya kampus, yang langsung tidak memberi kudis buat survival kuasa BN pun dimanipulasi dengan cukup kotor, dengan taktik licik memenangkan kumpulan mahasiswa Aspirasi Pro-Umno, apakah kita begitu daif untuk mengharapkan SPR dibenarkan menjalankan tugas dan fungsinya secara profesional, bagi mengendalikan pilihan raya dengan bebas dan adil?

Imbau sejenak apa yang dilakukan SPR selepas Umno dikejutkan dengan prestasi buruk dalam pilihan raya umum 1999. Proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, khususnya di Kedah, dijalankan menurut kehendak strategis Umno-BN. Lokasi pengundi bukan Melayu sengaja dimasukkan ke dalam beberapa kawasan Parlimen yang dikuasai PAS, seperti Kuala Kedah, Pokok Sena dan Jerai, dengan andaian mereka tidak akan menyokong calon PAS dalam PRU 2004.

Lebih buruk, empat negeri majoriti Melayu, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis langsung tidak mendapat tambahan kerusi Parlimen kerana dibimbangi ia hanya akan meningkatkan jumlah wakil rakyat PAS di Dewan Rakyat. Pada 1999, bilangannya meningkat daripada tujuh orang pada 2005 kepada 27. SPR bekerjasama erat dengan Umno yang tersepit ketika itu.

SPR juga didakwa terbabit secara sedar dan aktif dalam memanipulasi senarai daftar pemilih di Terengganu. Pengundi baru didaftarkan dengan jumlah yang luar biasa. Kadarnya langsung tidak selari dengan pertumbuhan penduduk Darul Iman. Dipercayai sejumlah besar "pengundi hantu" diwujudkan, hasil kerjasama bersepadu di antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain ramai yang mengundi lebih daripada sekali.  Targetnya semata-mata untuk merampas kembali Terengganu yang dikuasai PAS pada 1999.

Situasi genting buat Umno di antara tahun 1999 dan menjelang pilihan raya 2004 tidaklah sekritikal apa yang bakal dihadapi BN dalam PRU13 nanti. Pada 1999, BN masih mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan hanya terlepas dua negeri, sedangkan pada 2008, BN buat pertama kali dinafikan majoriti dua pertiga dan tumbang di lima negeri (enam jika termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). Realiti BN kini bagai telur di hujung tanduk.

Kalau sekadar bertujuan merampas Terengganu -- negeri yang kaya dengan hasil petroleum itu -- Umno-BN bertungkus-lumus memperalatkan jentera dan kemudahan kerajaan khususnya "SPR serta konco-konco", selain mengamalkan rasuah politik secara berleluasa, maka cuba kita bayangkan apa yang sanggup dilakukannya bagi mempertahankan sisa-sisa kuasa, terutama di peringkat persekutuan? Apakah BN tidak merencanakan taktik dan teknik tertentu (pastinya di luar batas undang-undang) bagi merebut kembali negeri-negeri Pakatan Rakyat?

Misalnya, Selangor, negeri termaju di Malaysia, yang selama ini menjadikan menteri besarnya (di bawah Umno) begitu berpengaruh daripada segi politik dan cukup kaya raya melalui amalan rasuah dan salahguna kuasa. Apakah anda fikir Najib Razak selaku ketua perhubungan Umno dan Noh Omar, timbalannya, hanya sibuk mengatur ceramah untuk diisi Ezam Mohd Noor, bagi menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan personaliti Anwar Ibrahim?

Beberapa insiden yang sempat dihidu, seperti dirakamkan wartawan Harakah Selangor, Saidah Hairan di pejabat JPN Shah Alam, mengenai proses pendaftaran pemilih warga Sabah untuk "diagih-agihkan" di Selangor, hanya cebisan kecil kisah konspirasi BN-SPR-JPN. Kita belum dapat membongkar grand design lebih besar, yang mungkin tidak terfikir oleh kita tentang modus operandinya, seperti pemimpin PAS tidak pernah menjangka usaha licik Umno Terengganu untuk menumbangkan kerajaan PAS pada 2004.

Beberapa hari lalu, di Paya Jaras, Sg Buloh, dikesan satu lagi komplot dalam usaha BN merampas Selangor, yang dipercayai turut membabitkan JPN. Pendatang tanpa izin, termasuk dari Kemboja dikatakan telah diberikan MyKad dan akan didaftarkan sebagai pengundi untuk kawasan terpilih.

Selain itu, difahamkan beberapa universiti tempatan turut "bersubahat" dengan BN bagi mendaftarkan pelajarnya sebagai pemilih, dengan menyasarkan kawasan tumpuan di Selangor. Jentera BN sedang mengenal pasti kawasan pilihan raya tertentu untuk ditempatkan pengundi baru dari kalangan mahasiswa itu.

Minggu lalu, beberapa pemimpin KeADILan mendedahkan peningkatan mendadak pengundi pos di beberapa kerusi Dun Perak. Angka terbesar dicatatkan di Dun, Pangkor, yang diwakili Menteri Besar. Di Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri tentera ditukar status menjadi pengundi pos walaupun mereka tidak pernah memohonnya.

Faktor undi pos sejak sekian lama menjadi penyelamat BN di kawasan tertentu. Dalam tuntutan Bersih pada 2007, dicadangkan sistem pengundian pos dimansuhkan dengan segera kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara.

Ketika wibawa SPR dipersoal secara terbuka, pengerusinya Abdul Aziz Yusof mencetuskan polemik baru. Beliau tidak menolak kemungkinan tempoh kempen pilihan raya negeri Sarawak kurang dari 12 hari seperti dilaksanakan semasa pilihan raya negeri 2006. Utusan Malaysia, 9 Mac, meletakkan tajuk, "Kempen tujuh hari pada pilihan raya di Sarawak?"

Aziz berkata, tempoh kempen terlalu lama dikhuatiri boleh mengundang amalan politik tidak sihat antaranya provokasi yang ditimbulkan oleh parti tertentu. Ujarnya, kempen pilihan raya kecil Dun  Merlimau dan Kerdau selama lapan hari pun sudah cukup mencetuskan kebimbangan dan kekecohan menerusi kemunculan isu pergolakan politik dari Timur Tengah.

"Semasa kempen pilihan raya kecil Sibu, ramai penduduk tempatan melahirkan rasa terkejut dengan cara pendekatan yang dibawa oleh parti-parti pembangkang dari Semenanjung. Di Merlimau dan Kerdau begitu juga apabila sentimen kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia dan Libya dikaitkan dengan suasana negara ini sehingga membangkitkan provokasi dalam kempen. SPR sedang mengkaji semua ini. Kita bimbang jika penduduk Sarawak yang dikenali sebagai orang yang sabar hilang kesabaran dengan provokasi ditekankan ke atas mereka, maka ia mungkin mencetuskan kejadian tidak diingini," kata Aziz.

Mengulas kemungkinan tempoh berkempen dipendekkan di Sarawak, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, yang juga tokoh yang sering bercakap tentang amalan demokrasi tempang di Malaysia menegaskan:  "Dengan tempoh kempen sependek itu, apa yang pembangkang boleh buat? Pembangkang sudahlah tidak diberikan ruang bersuara menerusi media kerajaan dan media arus perdana, tidak banyak wang pula. Jadi kesemua itu adalah untuk memberikan keuntungan dan kemenangan kepada Umno BN yang memerintah dengan cara yang cukup jelas dan terang-terangan."

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menganggap respon Aziz   yang mendakwa tempoh kempen terlalu lama boleh mengundang amalan politik tidak sihat dengan mengaitkannya dengan pergolakan politik Timur Tengah sebagai tidak releven.

Katanya, jika diimbas kembali senario Pilihan raya Umum 2008 yang berlangsung selama dua minggu, ia berjalan dengan aman. Tambahnya, ketakutan pihak SPR sengaja diperbesarkan, malah dianggap mempersendakan peranan polis dan pasukan keselamatan yang bertugas siang malam menjaga ketenteraman awam.

Hakikatnya, ujar Ustaz Idris, tempoh kempen pilihan raya singkat sengaja dituntut berikutan rekod kekalahan teruk BN bila mana kempen pilihan raya diadakan dalam tempoh yang panjang. BN Sarawak, tambahnya,  ternyata tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk mengekalkan majoriti besar dalam Dun sekiranya kempen pilihan raya diadakan selama dua minggu atau lebih.

Bagi saya, Aziz bukan lagi berbicara sebagai Pengerusi SPR, yang bertanggungjawab memastikan proses pilihan raya adil, bebas dan telus. Beliau seolah-olah sudah menjadi kerabat rapat Taib Mahmud, yang sedang memikirkan jalan untuk mempertahankan kuasa BN di Sarawak. Dalam bahasa kasar, Aziz kini berbicara dengan lidah Umno.

Dalam SMS kepada saya, pensyarah media, Dr Abu Hasan Hasbullah memberi respons: "SPR bukan diktator baru yang menjadi pemerintah bagi negara ini. Kuasa SPR hanya sebagai suruhanjaya yang bekerja menguruskan pilihan raya adil buat rakyat, bukannya senapang Gaddafi yang boleh membuli rakyat sesuka hati. SPR telah menjadi terlalu biadab terhadap demokrasi, perlembagaan dan negara dengan mengambil alih kuasa penentu siapa pemerintah."

Lagi pun, bukankah isu kemudahan perhubungan dan faktor geografi di Sarawak sudah cukup untuk memanjangkan lagi tempoh kempen, sekurang-kurangnya 21 hari seperti dituntut Bersih?

Lebih aneh apabila Aziz cuba mengaitkan dengan corak kempen parti politik di Sibu, yang pastinya ditujukan kepada pembangkang.  Dalam pilihan raya kecil Parlimen itu, DAP berjaya merampas kerusi majoriti pengundi Cina berkenaan daripada BN. Najib (yang aktif turun berkempen menabur pelbagai janji dan "ugutan" di sana) dan Taib memang terkedu dengan kemenangan gemilang Pakatan Rakyat itu. Ia dibimbangi menghasilkan gelombang positif buat pembangkang dalam pilihan raya umum negeri Sarawak yang dijadualkan tidak lama lagi. Rakyat menyaksikan kempen di sana berjalan baik dan aman. Lalu, mengapa Aziz mahu mempermainkan sentimen pengundi Sarawak terhadap "orang Semenanjung"? Bukankah ada taktik BN yang tersembunyi dalam kenyataan Aziz itu?

Mengenai sentimen kebangkitan Timur Tengah, Aziz sepatutnya menyedari bahaya pilihan raya ala Hosni Mubarak yang nampaknya mula menular di sini. Rakyat Mesir dan Tunisia turun ke jalan-jalan raya, berdada dengan pasukan keselamatan dan mempertaruhkan nyawa mereka kerana sudah bosan, muak dan marah dengan proses pilihan raya korup sejak puluhan tahun. Rakyat di Malaysia juga mungkin bangkit "memberontak" jika sistem demokrasi di negara ini turut korup. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat sering menegaskan bahawa mereka tetap memilih untuk melakukan perubahan dengan menukar kerajaan melalui peti undi, dalam pilihan raya yang adil dan bebas.

Saya mengingatkan, sepatutnya Aziz menyedari  peruntukan Perkara 114(2) Perlembagaan: "Pada melantik ahli-ahli SPR, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam."

Adakah orang seperti Aziz telah mendapat kepercayaan awam? Sekurang-kurangnya bagi saya, beliau belum menepati kriteria yang dijelaskan oleh peruntukan Perlembagaan itu.
(Sumber)

Kaunter Polis Dah Jadi Tempat Buat Duit, Rosmah Mula Menjeling.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu.

NONEMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata daripada jumlah itu sebanyak RM421.2 juta dikutip di kaunter PDRM manakala RM55.4 juta dipeolehi melalui laman web seperti www.myeg.com.my (MyEG) dan www.rilek.com.my (RILEK).

"Jumlah bayaran saman yang dikutip di kaunter PDRM pada Julai 2010 adalah sebanyak RM64.1 juta, RM40.6 juta (Ogos), RM22.9 juta (Sept), RM29.3 juta (Okt), RM29 juta (Nov), RM127 juta (Dis), RM44.7 juta (Jan 2011) dan RM63.6 juta pada Februari lalu.

"Bagi jumlah kutipan saman melalui MyEG dan RILEK pula sebanyak RM4.5 juta pada Julai 2010, RM2.8 juta (Ogos), RM1.8 juta (Sept), RM2.3 juta (masing-masing pada Okt dan Nov), RM26.2 juta (Dis), RM7.3 juta pada Januari 2011 dan pada Februari lepas sebanyak RM8.3 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat.

fong po kuan and chong chien jen walkout suspended from parliament 061108 03Fong ingin tahu kutipan saman bagi bulan Julai 2010 sehingga Feb 2011 mengikut jumlah yang dibayar di kaunter PDRM dan laman web serta jumlah kementerian perlu bayar kepada pihak lain dan yang dikutip (RM2 setiap transaksi) oleh MyEG.

Hishammuddin berkata kerajaan membayar caj komisen sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah kutipan keseluruhan bulanan yang dipungut melalui MyEG dengan transaksi yang menggunakan kad kredit dan sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi yang berjaya melalui kad debit.(Sumber)

Khamis, 17 Mac 2011

Umno Celaka : Gua Silap Tafsir Ini Gambar ...!!!

Gambar berikut merupakan Ketua UMNO bahagian gombak bernama Abdul Rahim Kamarudin bersama-sama dengan kekasih gelapnya di dalam sebuah hotel. Gambar ini dikirimkan oleh individu yang tidak dikenali meminta kami menyiarkan gambar ini untuk menyedarkan rakyat betapa buruknya perangai pemimpin-pemimpin UMNO yang selama ini berlagak sebagai pejuang Islam sebaliknya "curi makan" di belakang pengikut-pengikutnya.(Sumber)

Mula-mula gua ingat negro mana dalam gambar tersebut, maka gua tersilap baca yang ketua wanita umno bersama kekasih gelapnya. Gua biar dulu artikel tersebut pasal hari ini banyak lagi artikel gua belum baca lagi.

Bila gua baca kali kedua baru gua sedar gua sudah tersilap, kerana ianya ketua umno bahagian Gombak. Nak buat macam mana, gua punya mata sudah rabun ma. 
 
Gua tengok betul-betul pasal gua tak mahu silap, lu tahulah macam mana blogger celaka, fasik dan pencacai ubah gambar-gambar yang celaka letak dalam dia punya blog-blog. Pasal dia orang punya prinsip, 'Ingat Umno, Ingat Fitnah'.

Gua fitnah-fitnah tak main la ma, gua tulis betul-betul pasal gua bukan macam itu celaka-celaka. Dia orang hari-hari makan fitnah. Makan pagi fitnah, makan tengahari bersambalkan fitnah, minum petang bercicahkan fitnah, makan malam berlauk fitnah. 

Itu pasal dia orang punya perut banyak yang buncit-buncit, pasal dia orang punya kerja bikin fitnah. Tulis berita, berita fitnah, papar gambat, gambar fitnah. Itu pasal la dia punya fitnah sudah makan diri, kita tengok apa macam itu celaka mau cover dia punya sumber yang sudah betoi-betoi kena kantoi.

Manyak malu dia lia punya family ma. Ini hari manyak syok makan berlauk ini punya gambar.

Ingat Umno punya celaka mesti ingat dia punya fitnah.

DNA ZUL KULIM DI DUBUR BABI ?

Oleh: WFAUZDIN NS
SINAR hari ini menyiarkan kenyatan YB Zul Kulim yang mencabar DS Anwar untuk menyerahkan DNA nya sepertimana desakan beberapa kumpulan yang jahil berhimpun baru-baru ini. Jelas motif YB Zul Kulim hanyalah untuk mengampu Najib dan sekutu Apco walaupun beliau sedar apa sebenarnya yang berlaku.

YB Zul yang sinonim digelar `firaun besar' ini dahulunya adalah salah seorang dari Tim Peguambela DS Anwar di dalam kes fitnah liwat I walaupun banyak dilihat hanya membawa beg dan fail sahaja. Begitu juga di dalam setiap ceramahnya, Zul Kulim ini menjajaja ke hulu ke hilir menyebut kezaliman Kerajan Umno/Bn kerana menfitnah DS Anwar sehinggakan beliau berucap seperti mahu menangis kerana terlalu sedih mengenangkan nasib DS Anwar dan keluarganya. Di dalam kes fitnah liwat terbaru ini, beliau juga awalnya terbabit di dalam peguam DS Anwar di dalam kes qazaf yang mahu difailkan di dalam mahkamah Syariah yang akhirnya ditolak atas bantahan yang dikemukakan oleh Jamil Khir, seorang menteri yang kununnya tokoh Islam di dalam Umno. Soalnya, mengapa sekarang YB Zul begitu lapar kepada DNA DS Anwar?

Semuanya berubah setelah tidak lagi berjuang dengan kebenaran. Beliau dipecat dari PKR, dan semenjak itu mulutnya terkunci dari menceritakan kebenaran. Jika dahulu beliau dilihat seperti menyanjung tinggi perundangan Islam, kini beliau `beriman' dengan DNA. Al-Quran tidak lagi dijadikan hujah untuk mengadili kes-kes seperti ini sebaliknya DNA dijadikan dalil atau nas terkuat. Saya tidak dapat bayangkan jika ada pihak yang meletakkan DNA Zul Kulim pada dubur babi, dan Zul Kulim dikatakan ada melakukan perbuatan liwat dengan babi tersebut. Apakah Zul Kulim redha dengan tuduhan sedemikian? Jika ada yang percaya bahawa DNA adalah bukti kukuh melebihi dari keadilan Islam itu, sudah tentu mereka akan percaya bahawa Zul Kulim telah meliwat seekor babi.

Di mana ilmu yang Allah kurniakan kepada Zul Kulim selama ini? Ilmunya terus hancur lebur dan tiada keberkatannya lagi setelah bersekongkol dengan puak yang zalim serta sekutu Apco. Mengapa YB Zul tidak menyoal Saiful siapakah pemilik DNA yang lain yang dikatakan berterabur pada punggung pemuda yang pernah tidak mencuci duburnya selama beberapa hari itu? Mengapa sasarannya DS Anwar sahaja? Itu sudah cukup menunjukkan betapa rendahnya moral Zul Kulim yang mudah dibeli.

Saya sarankan kepada Zul Kulim, jika kamu lapar sangat kepada DNA DS Anwar, sila kutip DNA tersebut pada tilam yang pernah diusung oleh Musa Hassan sewaktu kes fitnah Liwat I dahulu. Kamu boleh simpan dan buat perhiasan atau tangkal di rumah kamu. (Sumber)

Saman Lagi...... Srikandi Saman Baginda Dan Malaysiakini, BolehLak Kita Lihat Siapa Yang Benar.

Sakit hati betul bila kena fitnah malah maruah tercalar walaupun memang dah tercemar lama dah. Gua rasa lu cermin diri sendiri sebelum menuduh.  Lu rasa macam mana orang rasa, malah lu punya keluarga lagi parah menerima aib. 

Gua cukup kesian sama lu punya keluarga, gua bukan cakap main-main pada aib ni. Dalam Islam pun tidak membenarkan lu mengaibkan orang lagi lebih-lebih lagi lu punya keluarga. Lu jangan jadi macam blogger fasik, sampai orang kata, 'Ingat Umno, Ingat Fitnah). Tak tertanggung kat akhirat ma.

Lu cakap dulu lu tak kenal siapa Baginda, selepas tu lu cakap lu kenal pula Baginda tapi bukan rakan niaga lu.

Lu tuduh Baginda yang lama tidak mendengar berita, tiba-tiba muncul kerana nak mengaibkan lu. Apa beza dengan lu yang tiba-tiba muncul setelah lama menghilangkan diri.

Lu cakap Baginda diupah untuk mengaibkan lu yang bakal menjelajah keseluruh negara. Habis lu macam mana pula yang tiba-tiba seperti hilang akal dalam kes Liwat II.

Kalau tak silap gua, lu muncul setelah kes dua bekas pegawai Pembangunan Pelancongan Nasional (Pempena) Sdn. Bhd. yang didakwa pecah amanah. 

Mereka didakwa terhadap empat keping cek bernilai RM 169,770 yang mana ianya dibayar atas nama lu untuk penajaan konsert penyanyi Amr Diab. Gua sudah menulis berkaitan isu ini pada artikel gua yang lalu.(Baca Sini)

Gua bukan tuduh lu, tetapi adakah kemunculan lu ada sangkut paut dengan kes ini yang mana lu muncul setelah kes ini timbul di mahkamah. Macam ada suatu yang tak kena dengan perkara ini, lu patut jawab. Dibawah adalah artikel gua ceduk dari Malaysiakini.

Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda danMalaysiakini.
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakinipada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.

Ummi juga memohon injunksi terhadap Baginda dan Malaysiakinidaripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.

Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka sendiri.

Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Baginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya.

Dalam pernyataan tuntutan 18 halaman, usahawan wanita itu mendakwa bahawa kenyataan Baginda dan artikel tersebut membawa maksud:(Sumber)

Kesian Srikandi........ Inikah Tahap Layanan Umno Terhadap Bintang...!!!!!


Gua dah tak tahu nak kata apa terhadap 'Bintang Umno' yang semakin malap laksana pelita minyak tanah yang hampir kehabisan minyak. Gua nak tunjuk kat lu all apa yang tak kena dengan gambar ini. Apa.... lu cakap lu nampak tudung srikandi terlodeh, lu betul. Lu cakap srikandi pegang akhbar, lu lagi betul. Lu tengok srikandi sedang sedang berceramah, lu kurang betul pasal tak ada pengapit di kiri kanan srikandi.

Yang betulnya, lu semua silap walau pun apa lu tengok semuanya ada. Yang sebenarnya, lu tengok betul-betul srikandi berucap kat pentas ke.... no..... no..... nooooo..... srikandi sedang berucap kat kedai runcit ala kawasan pendalaman. Kalau mini market, pasti barang kat belakang srikandi tersusun rapi. Lu pun boleh agak kalau susunan barang kat belakang srikandi, tahap macam mana kedai tersebut.
Inilah tahap layanan first class umno celaka terhadap star mereka yang diusung ke hulu ke hilir. Sampai hati lu umno layan star pujaan gua sebegini rupa. Tak kan lu tak mampu nak sediakan pentas macam lu sediakan untuk bik mama semasa bik mama bagi kuliah kat surau.
Lu tengok bik mama pun ada standard bila bagi ceramah, tak cukup tinggi depa bagi kotak untuk meninggikan bik mama supaya orang ramai boleh tengok keayuan bik mama. Apakah umno celaka dah kering tabung untuk sediakan pentas buat star pujaan gua.

Tentang tabung umno celaka tu gua percaya dan gerenti, kalau masuk banyak mana pun pasti kering kontang sekontang-kontangnya. Pasal apa lu tahu, pasal tabung umno celaka bocor, lubang besar sangat bak kata orang-orang tua,'siapa cepat dia dapat.

Kalau tak, tak kan blogger-blogger celaka, fasik dan pencacai marah sangat kat UMB, semua pasal tabung yang bocor. Lu tangkas, lu duduk kat hotel 5 star, lu lembap, lu tidur dalam kereta la. Apa.... lu tak percaya, kalau tak percaya lu tanya UMB, BPN, Nadi Rakyat dan jangan lupa tanya blogger-blogger nyamuk yang baru nak jadi celaka.

Rabu, 16 Mac 2011

TRO : Apa Yang Dikatakan Blog-Blog Umum...!!!

Ranking akan dikeluarkan pada masa terdekat setelah semua masaalah diatasi. Setelah TRO mengalami masaalah, beban semakin banyak dalam mengemaskinikan blog-blog yang ada dalam senaraian TRO.

TRO telah meminta bantuan daripada webmaster Aku dan Teksi yang memahami tentang alam siber  dalam usaha TRO untuk mengasingkan blog-blog umum. Ini bermakna blog umum akan mempunyai  rankingnya yang tersendiri iaitu Top Ranking Umum.

Blog umum diketogerikan seperti dibawah dan untuk mengetahuinya, klik blog yang tertera ;
Hanya blog-blog yang memaparkan iklan semata-mata tidak termasuk dalam ketogeri Umum. Jika ingin kepastian, hantar url anda.

Bik Mama Hadiah Jam Tangan : Jam Lagi, Banyak Lagi Ke Stok

Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, hari ini menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton Seluruh England awal pagi Isnin.

NONEPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menyampaikan hadiah tersebut kepada Lee, yang tiba dari London pada 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Sementara, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya, sebuah jam tangan, atas kejayaan Lee itu.

Lee pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan Seluruh England di Birmingham Indoor Arena, England.

Berucap pada majlis itu, Najib berkata beliau begitu yakin Lee akan berjaya menumpaskan Lin Dan pada pertandingan itu kerana mendapati permainan Lee lebih fokus dan lebih berkeyakinan, berbanding semasa bertemu Lin Dan di temasya Olimpik yang lalu.

Beliau berkata, hadiah kerajaan Malaysia itu adalah hasil perbincangannya dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan "kita telah bersetuju untuk memberi hadiah yang istimewa kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas kejayaan Datuk Lee Chong Wei."
Hadiah istimewa Rosmah

Perdana Menteri juga berkata, sebelum bertanding Lee menelefon Rosmah, satu tabiatnya sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.

NONE"Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang dan saya juga dapat bercakap dengan Lee Chong Wei turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang.

"Pada ketika itu, dia (Chong Wei) tidak menganggap Lin Dan sebagai penentang yang tidak boleh diatasi. Chong Wei juga telah menunjukkan pemainan yang begitu hebat sekali dan tidak pernah rasa tertekan tetapi sentiasa mengatur permainannya berdasarkan kepada pelan permainan.

"Pada saya, bila dia mempunyai keyakinan dan komited kepada pelan permainannya, pada masa itu dia boleh mengatasi pencabarnya yang menjadi penghalang besar kepadanya untuk mencapai kejayaan," katanya.

Najib berharap kejayaannya itu dapat dijadikan satu landasan kukuh untuk negara memenangi pingat emas di Sukan Olimpik yang akan diadakan di London pada tahun depan, yang juga "impian kita yang masih belum tercapai."
"Ini adalah harapan saya dan juga 27 juta rakyat Malaysia. Inilah harapan yang kita anggap sebagai cita-cita besar dan impian agung yang menuntut usaha semua pihak untuk menjadikannya satu kenyataan," katanya.
Tidak putus asa

Perdana Menteri berkata, namun untuk mencapai kejayaan itu, semua pihak termasuk pemain, jurulatih, BAM, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara (MSN) perlu terus memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan perancangan pelan yang telah disusun rapi ke arah mencapai matlamat tersebut.

Bagi pemain yang tidak berjaya, Najib turut menasihatkan mereka supaya tidak mudah putus asa, malah sebaliknya menjadikan kekalahan sebagai satu pengalaman untuk mereka lebih matang dan berkemampuan di masa hadapan.

"Sebagai ahli sukan, segala kekalahan atau kemenangan yang dikecapi perlu dijadikan pengalaman untuk memperkayakan kekuatan diri, di samping sentiasa menyemai sikap positif dalam diri," katanya.

Najib berkata, bagi pasangan beregu negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang gagal mengulangi kejayaan 2007 apabila kecundang pada Mathias Boe dan Carsten Mogensen dari Denmark pada kejohanan itu, jangan terlalu kecewa.

"Tetapi gunakan kekalahan itu sebagai pengalaman dalam kita membuat persediaan supaya bila sampai kepada pertandingan di Olimpik nanti, kita akan menjadi pemain yang berkemampuan dan berpengalaman berdasarkan pengalaman kita."

"Yang penting ialah untuk menguatkan diri kita. Kita mesti jangan pesimistik atau negatif, tetapi sentiasa positif. Dengan itu, insyaAllah kita akan jadi pemain yang lebih hebat pada masa akan datang," katanya.

NONEBeliau juga berkata kerajaan sentiasa menyokong dan mendokong segala usaha yang dilakukan oleh semua pihak yang terlibat dalam usaha mencapai matlamat memenangi pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik.

Najib juga turut menjelaskan kenapa beliau tidak mengisytiharkan cuti umum berikutan kemenangan Lee menjuarai Seluruh England, ketika melayari laman sosial Twitternya pada malam pertandingan kerana ia akan menyebabkan negara menanggung kos yang besar walaupun cuti sehari.

"Apa yang penting kita bekerja kuat supaya meraih kemenangan yang lebih banyak pada masa depan.

"Kalau Chong Wei menang, dialah yang dapat hadiah, kita dapat cuti buat apa. Kita patut rasa bangga dengan kemenangan dia. Sekali sekala dapat cuti umum tidak mengapa, jangan jadikan ia sebagai habit. Nanti orang kata kita tidak serius dalam menjalankan tugas-tugas harian kita untuk negara," katanya. (MK)

ngo ngo akan berhimpun,

kalau ngo ngo umno nak berhimpun polis akan iring dan akan awasi dan tiada provokasi dari sb sb yang celaka. ngo umno berhimpun dan menyusahkan rakyat dan pengguna jalanraya, aku menulis style orang umno sewaktu orang pas berdemo, aku dah malas nak berdemo sebab dah ramai orang hebat berdemo skrg, aku dah malas nak layan mat sabu, mat sabu boleh berdemo bersama budak tedy bear dan ularmak kepala lutut yang masih bersama mat sabu dan juga bersama budak bangang dari soromban. akibat daripada makan meggi otak otak mereka menjadi sasau dan mereng. tak apa fru akan membelasah lagi hebat kali ini, aku tumpang tengok dari jauh. tak apa mereka hebat, asap fru apa heran, air asid sekali minum aje. dibalun dengan cota selamba badak je tahan belakang. manusia hebat macam tulah. nak heran apa. balik boleh bercerita pada anak dan cucu, dulu atok ni perjuang berdemo sampai laani umno tak bungkus kerana apa, atok pun heran nk kata otak atuk bukan otak yahudi dah pakai pun tak menang juga, kena tanya ustaz zokornain le cucu semua kenapa tak menang menang pembangkang dimalaysia. ust ni dulu kata kalau senjata ditangannya pasti malaysia akan lebih aman dan sentosa kerana pembangkang menang tanpa perlawanan. dialog cucu dan atok selepas 30 tahun akan datang.. kalau ada anaklah kalau gugur mcm nangka.

ngo ngo umno akan menuntut nuar berahim memberikan bulu kepada mereka. minat sungguh ngo umno dengan bulu nuar berahim. sampaikan tinggalkan kerja nk berdemo pasal bulu. berdemo depan hotel grand season tu. susah le penghuni grandseason, celaka sungguh ngo ngo umno celaka ini menyusahkan orang aje. nak berdemo pergi le dalam hutan nun. tak lah menyusahkan rakyat. apa salahnya guna balik kata kata umno bengong kalau pembangkang berdemo. buat malu je berdemo ni macam beruk beruk dijalanan, jangan gunakan jalanraya bengong menyusahkan pemandu je. kenapalah ada ngo dan umno yang bodoh sombong ni. nak berdemo aje kerjanya. lumpuh ekonomi kalau asyik berdemo. dah le bodoh bangang pula. sampaikan bulu nuar berahim pun nk berdemo, bukan sikit 300 ngo tu kalau satu ngo hantar seribu ahli dan 30000 berdemo, begitu menyusahkanlah ngo ngo umno ni. jadilah rakyat yang baik, tahu bersyukur kepada pembangkang. barualah lu orang semua. sikit sikit nak berdemo jangan jadi beruk beruk dijalanan kata keri. ketua pemuda umno dalam sejarah tak dilantik menjadi menteri kabinet. tak ada kerja asyik berdemo aje.(Sumber)

PRU 13 Punya Pasal, Akhirnya Penahanan Alkitab Ditarik Balik.

Setelah dibidas pelbagai pihak, berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menahan ribuan alkitab Injil berbahasa Melayu, kerajaan hari ini bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Klang. 

NONEDalam kenyataan medianya hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, berkata tindakan kerajaan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal.

Bagaimanpun semua kitab berkenaan mesti dicop dengan tag “Untuk penganut agama Kristian sahaja”.
“Sejak tahun 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Dengan merujuk kepada fakta tersebut, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran Kitab Injil.

“Setelah pemerhatian serta analisa yang teliti, Peguam Negara (AG) juga telah menetapkan bahawa pengeluaran Kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah. 

“Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut,” kata Idris.

Menurut beliau, kerajaan sangat komited dan akan memberikan komitmen yang berterusan untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan agama dengan penuh adil dan saksama demi kebaikan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama. 

Oleh itu, katanya, kerajaan akan terus mengadakan dialog khas untuk membincangkan jalan penyelesaian isu-isu tertentu dengan melibatkan semua penganut pelbagai agama.

NONE“Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan,” katanya.

Idris yang merupakan penganut agama Kristian dan berasal dari Sarawak berkata beliau telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

“Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini. Bagi penganut agama Kristian, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil di Kuching mahupun di Pelabuhan Klang,” katanya.

Dari perspektif penganut agama Islam pula, katanya, seperti yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara, pelaksanaan ini tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah. 

“Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia,” akhiri kenyataan itu.(Sumber)

Selasa, 15 Mac 2011

Jom Kita Bogelkan Ummi Hafilda Sampai Tak Ada Seurat Benang Pun Kat Tubuh Beliau.


Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBaginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

Menurut Baginda (kiri), Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.(Sumber)

Jangan Kata Bersihkan Umno, Gua Mahu Hapuskan Umno Dari Muka Bumi Ini.

 
Wajah sebenar Umno dari alam ghaib 
PANAS BERAPI! SUDAH TIBA MASANYA UMNO DIBERSIHKAN DARI PARASIT!

Masanya sudah tiba untuk sebilangan besar orang dalam UMNO mendabik dada bahawa merekalah yang paling banyak berjasa kepada parti itu. Habis semua kerja mereka diungkit-ungkit agar dipandang oleh orang atasan. Ada juga yang tidak segan silu untuk mengaku atas kerja-kerja yang orang lain lakukan tetapi didakwa sebagai kerja mereka. Malah tidak kurang juga yang muka tebal bertepek kulit babi mengakui mereka sangat rapat dengan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, sekaligus memberi isyarat, mereka sebenarnya memegang kuasa yang sangat besar.

Isyarat daripada perbuatan tersebut sangat mudah dibaca. Mereka tidak mahu dikritik. Mereka juga enggan didedahkan sebagai si pincang dalam UMNO. Yang lebih penting, mereka tidak mahu para 'pelabur' lari apabila mengetahui mereka sebenarnya tidak berkeupayaan dengan tanggungjawab yang diminta-minta.

Cara paling mudah adalah dengan menyalak mencari salah orang lain. Alasan paling mudah ialah FITNAH dan KONSPIRASI... dua ungkapan yang seringkali dituturkan oleh Anwar Ibrahim. Dan mereka sangat bijak berbohong dengan memutar belitkan lidah. Dengan sedikit sokongan dan tukang angguk-angguk, maka mereka pun akan dilihat sebagai ULTRAMAN penyelamat bumi.

Inilah yang berlaku pada Mac 2008... apabila kepimpinan di atas terlalu mempercayai juak-juak yang laparkan kuasa bercerita tentang kehebatan kerja serta strategi yang diatur. Tanpa usul periksa, maka yang tidak layak dilantik, menjawat jawatan. Yang benar-benar bekerja diketepikan kerana si bijak politik, pandai menyusun atur kerja bersama-sama orang-orangnya untuk mendapatkan kuasa. Yang lebih penting, apabila orang atasan turun, maka puak-puak ini pun kelam-kabut bermesyuarat... bukan untuk mencari resolusi atau penyelesaian, sebaliknya untuk menunjukkan yang mereka sedang bekerja keras.

Hasilnya, orang yang benar-benar bekerja untuk UMNO, kecil hati kerana bukan sahaja tidak dikenang, bahkan mereka pula disalah anggap sebagai pengkhianat hasil perbuatan dan tohmahan penggila jawatan dalam UMNO.

Dan akhirnya UMNO tertungging di beberapa buah negeri. Imej RASUAH yang terpalit kepada UMNO sehingga kini tidak mampu dicuci. Imej penyalahgunaan kuasa dan penggunaan duit untuk membeli kuasa selain promosi diri yang melampau, menjadi trademark UMNO yang sangat sukar dikikis.

Kewujudan golongan SILVER SPOON yang menggunakan kuasa duit yang mereka miliki selain pemikiran korporat mengatasi budaya kerja, mengambil tempat dalam UMNO. Dek kerana itulah, rata-rata para pemimpin UMNO, khususnya dari kalangan generasi baru, lebih gemar mempamerkan kekayaan mereka, kononnya itu adalah kejayaan mereka dalam berbisnes.

Tidak dapat ditolak, ramai kalangan ini yang berbisnes, namun hakikatnya, bisnes yang mereka lakukan, seringkali dipertikaikan kerana kaitannya dengan kerajaan sekalipun sekadar membekalkan sebatang pensel dan sebiji getah pemadam. Dengan jawatan yang disandang, dengan entiti di dalam tangan, kerja berbisnes dianggap menjadi lebih mudah...

Itu palitan imej pada UMNO. Siapa yang mahu mencuci daki-daki itu daripada UMNO sekalipun masih ramai yang bekerja untuk parti dan menganggapnya sebagai satu perjuangan. Hanya dek kerana segelintir puak yang idamkan kuasa dengan jalan singkat menerusi berpura-pura kerja, berpura-pura mempunyai kredibiliti, berpura-pura banyak duit dan berpura-pura berjaya, walhal kejayaan itu seringkali dipertikaikan, maka majoriti yang memang bekerja ikhlas untuk parti terhumban begitu sahaja.

Pemilihan jawatan yang baru lalu sudah pun menunjukkan buktinya. Jangan temberanglah tidak ada permainan duit di dalam perhimpunan tersebut. Terlalu ramai yang terlibat dan terlalu banyak hotel mewah yang mendapat keuntungan berganda kesan daripada pertandingan jawatan berkenaan. Bahkan syarikat-syarikat yang mengeluarkan bunting dan pemidang turut tumpang senang dengan pemilihan agung UMNO.

Dan kerana disebabkan kuasa itulah, segala palitan noda pada tubuh badan UMNO tidak pernah dikisahkan. Sekadar bertekak sama ada di warung kopi, atau di pejabat mahupun di dunia maya, tidak dapat menghilangkan imej buruk yang dilekatkan pada UMNO. Sekadar membuat penafian demi penafian, tidak dapat menghilangkan prasangka dan persepsi masyarakat terhadap UMNO kerana si pembuat penafian itu sendiri memang sah-sah terlibat dalam apa yang mereka nafikan!

Masih ada beberapa bulan lagi sebelum jawatan-jawatan utama dipertandingkan. Ahli-ahli UMNO kini mempunyai kuasa untuk menghapuskan terus virus-virus yang merosakkan UMNO dari dalam. Ahli-ahli UMNO perlu berfikir secara matang mulai saat ini untuk melihat siapa sebenarnya yang bekerja untuk UMNO dan siapa sebenarnya yang sedang mengerjakan UMNO.

Pedulikan kempen-kempen saraf oleh segelintir pemimpin dalam UMNO khususnya pemimpin dari kalangan Pemuda. Pastikan mereka membentangkan testimoni kejayaan masing-masing sebelum mereka terpilih atau dipilih. Jangan percaya cakap mereka bulat-bulat. Bahkan kalau ada yang mengaku mereka sudah lama membantu UMNO dengan kaedah-kaedah diragui kewujudannya terutama pada sekitar 1998, humbankan saja nama mereka ke dalam Sungai Batu yang mengalir di belakang PWTC itu.

Zaman percaya gitu-gitu dan kagum dengan cerita, sudah berlalu. Zaman sekarang, adalah zaman pembuktian, bukan zaman cakap-cakap dan menepuk-nepuk dada!

Yang penting, hapuskan anai-anai di dalam UMNO kerana hanya dengan cara itu sahaja palitan noda RASUAH dan BISNES BERTALIAN HAYAT UMNO, barulah parti yang bernama UMNO dapat kekal dan dipandang hormat oleh lawan dan lawan.

Nukilan Blogger Celaka

Adun Bukit Payung Buat Laporan Polis, Jangan Lupa Saman Blogger Celaka Sekali.

Semalam gua call gua punya brother pasal kes tangkap tangkap basah seorang mamat yang mengaku pegawai khas seorang Adun yang bernama Mohd Din Jusoh. Gua punya bro cakap dia tak pasti lagi cerita sebenar, so gua tak tulis apa-apa pun kes tersebut.

Apa... lu ingat gua ni macam blogger-blogger celaka dan fasik ke. Gua tulis satu-satu artikel berdasarkan fakta, bukan main fitnah-fitnah macam papagomo yang fasik atau parpukari yang celaka atau blogger-blogger pencacai yang lain. Gua kalu tak pasti, gua tak tulis ma. Walau pun bermacam-macam fitnah daripada blogger celaka yang memainkan isu ini, gua cool jer.

So, hari ini gua dah dapat berita sebenar bila Ustaz Mohd Nor Hamzah buat laporan polis terhadap Berita Harian yang memfitnah beliau. Gua sarankan agar saman blog-blog celaka sekali, kalau ustaz nak senarai blog-blog celaka tu, gua dengan senang hari boleh hantar senarainya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis terhadap akhbar Berita Harian hari ini.

Laporan polis tersebut dibuat pada jam 3.00 petang tadi di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu kerana berunsur fitnah serta memalukan wakil rakyat berkenaan.

Katanya, pihak polis diminta segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.

“Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.

“Kita minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Chendering dengan diiringi oleh beberapa orang ahli jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payung.

Ini berikutan, laporan sebuah akhbar arus perdana itu yang melaporkan ‘Pegawai Adun mengaku khalwat’ serta dikaitkan dengan Adun Bukit Payung.

Mohd Nor turut melahirkan rasa kesal dan malu dengan fitnah yang dikaitkan isu khalwat dengan Pegawai Adun Bukit Payung.

“Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah ‘jahat’ yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai.

“Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu menafikan mengenali individu terbabit berdasarkan laporan berita tersebut.

Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain.

“Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya.

“Nama Mohd Din Jusoh mungkin ramai yang terdapat di Dun Bukit Payung. Saya tidak pernah melantik dia (Mohd Din) sebagai pegawai Adun.

“Ini fitnah ‘jahat’ yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks sedangkan, saya tidak memiliki mana-mana pegawai,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor telah menyerahkan kepada pihak peguam dari Dewan Pemuda PAS negeri bagi meneliti serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Hadir sama mengiringinya, Ketua Penerangan Dun Bukit Payung, Mohd Nasir Ismail.(Sumber)

Blogger Celaka Bergaduh : Lu Bangkul Sampahkan BPN Lagi Baik Ma.

Gua banyak suka ma, pasal blog-blog celaka dan fasik sudah makin caca marba. Lu boleh baca dia punya artikel tetapi lu jangan terlalu percaya dia punya cerita, pasal betui punya cerita lu baca gua punya cerita. Ini cerita bukan pasal nama UMB ke, BPN ke atau Nadi Rakyat, tapi true story itu blogger manyak marah pasal luit tarak masuk poket ma.

Sudah ada isu seleweng bila itu luit sampai satu tangan blogger celaka tapi dia makan sorang-sorang ma, tarak mahu kongsi-kongsi. Jadi dia mahu tutup dia punya skandal, dia panggil blogger-blogger baru mahu jadi celaka kasi ajar pasal itu baru punya blogger tarak manyak cakap ma. Macam lembu dicucuk hidung, lu pun tahu itu baru blogger mana tahu pasal dana-dana nih.

Itu baru punya blogger bila dipanggil buat meeting sudah kira manyak ek maa pasal mahu title blogger. Itu pasal la seleweng punya blogger tarak panggil lama punya blogger celaka dan pasik, nanti dia olang tanya mana itu dana-dana, macam mana mahu jawab. Jadi ini cerita 'Gua tipu lu, lu tipu gua'.
 
Ini Cerita Dati Braveheart
 
Ini adalah post ulangan dengan sedikit ulasan dan komen dari pembaca;

1. Ada berbagai 'interest' masing-masing dalam kumpulan besar ini, mungkin kerana sudah terlalu besar dan 'besar kepala' maka persatuan sudah tidak diperlukan lagi

2. Mungkin juga sudah ada persatuan-persatuan kecil antara mereka yang ada dengan kepentingan sendiri yang membuatkan penubuhan persatuan secara khusus tidak lagi diingini

3. Mungkin juga BPN sudah tidak lagi relaven kerana semangat dan rohani blogger sudah berbaza dari masa dulu

4. Mungkin tanpa sedar kita sudah dipecah-pecahkan oleh sesuatu pihak yang berkepentingan bagi melemahkan kita semua untuk kemenangan mereka dan tanpa sedar kita membantu mereka memsunahkan sokongan kita yang nyata pro kerajaan.
 
Post saya terdahulu:
 
1. Krisis diantara bloggers dengan UMB yang berlarutan beberapa hari ini mungkin dapat diselesaikan berikutan adanya usaha mencari penyelesaian. Dimaklumkan bahawa Tun Faisal sudah mempelawa bloggers untuk mengadakan pertemuan pada hari Isnin nanti. Bagaimanapun saya syorkan kepada Tun Faisal supaya membuat jemputan secara khusus selain jemputan terbukanya itu. Beberapa bloggers perlu hadir bagi menyelesaikan kekusutan itu antaranya Gomo dan The Flying Kick. Saya mengharpkan adanya kebaikan selepas pertemuan itu kelak supaya pihak pembangkang tidak akan mengambil kesempatan dan peluang dari perselisihan faham antara kita.

2. Krisis diantara bloggers dengan Timb. Menteri Pengajian Tinggi, Dato; Saifuddin Abdullah masih diawang-awangan dan tiada penyelesaian. Dato' Saifuddin menganjurkan pertemuan dengan bloggers namun jemputan tidak dibuat secara khusus maka bloggers telah mengabaikannya. Jangan salahkan bloggers. Saya sebagai anak Pahang tentu sekali ingin hadir jika jemputan dibuat secara khusus.

3. Pada malam majlis perjumpaan dengan Dato' Saifuddin Abdullah kami adakan pertemuan sesama kami sendiri di Hotel de' Palma. (Baca Sini). Kami tidak bincang tentang mensabotaj pertemuan dengan seorang Timb. Menteri kerana kami tidak pernah berfikir demikian, tetapi yang kami bincangkan adalah untuk membentuk jawatankuasa penaja Persatuan Bloggers yang Pro kepada Kerajaan. Pada peringkat ini, saya merasakan bahawa kami sudah berjaya melakarkan sesuatu dan pertemuan susulan akan kami adalah dalam waktu terdekat ini. Sudah tentu 'hardcore' bloggers tidak akan dipinggirkan kelak.

Kami berharap dengan tertubuhnya persatuan itu kelak beberapa isu yang selama ini menghantui bloggers akan dapat diatasi, antaranya mengenai 'pass' media yang tidak pernah kami dapati sejak dulu walaupun sudah menyuarakannya sejak sekian lama. PRK Kerdau dan Merlimau menjadi kemuncak kepada rasa tidak puas hati mengenainya.

Kepada sahabat-sahabat blogger, perjalanan kita masih sangat jauh dan kita masih berada diperingkat permulaan, bagaimanapun saya pasti bahawa kita berada dilandasan yang betul dan kita telahpun memulakan langkah yang betul pada waktu yang juga tepat. Kita mensasarkan PRU13 sebagai perjuangan sebenar kita. Saya sendiri merasakan selepas PRU13 nanti akan bersara dari perjuangan ini dengan memberikan peluang kepada blogger generasi ke-2 untuk mengisi segala kekosongan yang ada.
 
Ini Dari Tun Faisal 
 
Adalah menjadi amalan UMB Pusat, pada setiap kali PRK, kita akan mengikut apa sahaja struktur yang dibentuk oleh Jentera Pilihan Raya Negeri. Kita menghormatiheirarki dalam UMNO dan kita akan membantu menambah nilai berdasarkan struktur dan kekuatan jentera negeri. Dalam kes negeri Melaka, kita mengikut apa sahaja yang ditentukan oleh Datuk Akbar Ali, Ketua Pemuda Negeri sdr Karim Yaakob dan Pengerusi UMB Melaka sdr Abd Kadir Mohd Idris. Kita tidak akan melangkaui batas itu sama sekali. Perkara yang sama juga berlaku di Kerdau. Jadi tidak timbul soal rampasan kuasa seperti yang disebut oleh blogger flyingkick kerana kita mengikut apa yang ditentukan oleh negeri.

Kenyataan flyingkick "cubaan 'merampas' kuasa di Kerdau jelas memperlihatkan bagaimana Unit Media Baru tidak lebih daripada sebuah entiti yang sebenarnya cuba menaikkan nama Tun Faisal dalam Pemuda UMNO, bukannya menaikkan Pemuda UMNO secara keseluruhannya."

Saya hendak tanyakan apa yang flyingkick maksudkan tentang rampasan kuasa? Bagaimana hendak dikatakan merampas kuasa, jika dalam mesyuarat pertama untuk PRK Kerdau, bukan saya yang memanggil mesyuarat di Temerloh, sebaliknya saya yang dipanggil untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang ada. Kedua, faham dan tahukah flyingkick apakah struktur operasi UMB di Kerdau? Tahukah flyingkickstruktur operasi UMB (yang kemudiannya didakwa menjadi PMM) di Merlimau? Jika tidak faham, eloklah bertanya dulu sebelum memfitnah.

Ada blogger yang menuduh saya asyik bermesyuarat sahaja. Soalan saya kepada mereka, berapa kali sebenarnya saya memanggil mesyuarat di Kerdau dan Merlimau? Itupun kalau saya yang memanggilnya.

Peruntukan UMB `dijanakan dengan peruntukan yang tidak kecil'? Alhamdulillah, jika memang betul begitu, tetapi setakat ini UMB sememangnya tidak menerima peruntukan. Jangan risau, jika selepas ini Presiden Parti berhajat untuk memberi UMB peruntukan, beliau boleh hantar sesiapa sahaja untuk membuat audit terhadap setiap sen yang diberikan. Itu jaminan saya!

Dalam kes Melaka, harap bersabar kerana saya akan berjumpa dengan Datuk Akbar Ali, sdr Karim, sdr Kadir dan sdr Shahnor untuk menyelesaikan soal UMB Melaka. Insya-Allah, selepas perbincangan itu, kami akan memberi penjelasan tentang isu ini.

Untuk makluman flyingkick, UMB bukan tempat untuk membuat duit. UMB adalah tempat berjuang. UMB mendapat kepercayaan untuk membantu PRK kerana cara kerja kami yang tersusun dan kami menyelesakan ramai pihak kerana redha dengan apa sahaja yang mampu disediakan oleh tuan rumah, termasuk redha jika tidak disediakan bilik operasi di Command Centre. Kami tidak pernah memaksa-maksa, menyerang pemimpin UMNO/BN dan apa lagi untuk 'pau' duit pemimpin. Ramai di antara kami sanggup berkongsi tidur di sebuah rumah, walaupun saya tahu ada seorang dua blogger tertentu yang menyertai UMB di PRK yang tidur di hotel.

Alhamdulillah atas sikap inilah UMB diberi kepercayaan untuk mengendalikan pelbagai program latihan, bukan sahaja untuk UMNO tetapi juga untuk parti komponen dan membantu menyelaraskan gerak kerja penerangan di dalam PRK sejak Manek Urai lagi.

Kenyataan penuh yakin blogger flyingkick saya petik "apatah lagi dengan pintu bilik media yang sepatutnya digunakan oleh para blogger dikunci sepanjang masa dan tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun kecuali dengan IZIN TUN FAISAL!

Walaupun kononnya saya buta `cywar', tetapi nampaknya sepanjang hari ini saya telah membuktikan bahawa blogger flyingkick tidak tahu pun apa yang dia tulis, sekadar menipu dan memfitnah. Menggunakan twitter dan teknik psy-war dan cyberwar yang paling kuno, saya juga berjaya memerangkap blogger Jee dan Parpukari yang rupanya sama seperti flyingkick tidak tahu menahu bahawa bilik UMB tidak wujud di Command Centre Merlimau dan disebabkan itu tidak timbul sebarang isu keizinan diperlukan daripada saya untuk masuk ke bilik berkunci yang tidak wujud itu.

Nasihat saya kepada flyingkick, lain kali pastikan anda berada di tempat tersebut sebelum menulis untuk memfitnah orang lain. Bukan sahaja anda telah berbohong dan memfitnah saya, anda juga telah membantu kelompok anda melakukan kezaliman terhadap saya; menepati takrifan assobiyah yang diberikan oleh Rasulullah saw.

Jelas sdr hanya pandai menipu dan memfitnah dalam blog sdr. Di mana kredibiliti sdr, apabila sdr sendiri tidak faham struktur operasi perang siber dalam PRK yang berbeza mengikut negeri, tetapi masih tergamak untuk memfitnah saya ingin merampas kuasa di Kerdau. Sdr tidak faham pun apa situasi di Merlimau sehingga percaya sebenarnya'ada bilik berkunci yang memerlukan keizinan saya untuk masuk ke dalamnya'walaupun UMB beroperasi di tempat yang lain.

Kalau sudah membuat silap, janganlah sdr flyingkick terlalu ego untuk mengakui kesilapan. Jangan juga terlalu ego untuk meminta maaf. Jika saudara sudi meminta maaf, saya juga sudi memaafkan. Jika sdr masih tinggal di Pandan Mewah, saya boleh menjemput sdr untuk minum petang dan kita boleh anggap semuanya telah selesai dan janganlah sdr memfitnah lagi.

Ya, mungkin UMB tidak sehebat sdr flyingkick, tetapi tidak perlu menghapuskannya semata-mata kerana ia tidak sehebat sdr. Biarkan ia memainkan peranannya seperti biasa kerana jika UMB tidak sehebat sdr, ia sepatutnya tidak menjadi ancaman kepada sdr.

Usaha untuk merosakkan imej UMB nampaknya dilakukan secara berterusan bukan kerana perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara, sebaliknya mungkin kerana kepentingan peribadi. Renung-renungkan tulisan blogger Mohd Soberi Shafii yang dipetik oleh Sinar Harian untuk memahaminya.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...