Translate

Mesti Baca

Sabtu, 12 Mac 2011

Berebut Jawatan : Apasal Lu Tunggu Krisis Selesai, Keluar Sekarang La dari Umno Celaka.

Ketua Umno cawangan Industri dalam bahagian Sungai Petani, Khairul Anuar Zainol akan keluar parti sekiranya krisis kepimpinan yang membabitkan ketua bahagian tersebut, Ali Yahya, masih gagal diselesaikan oleh Umno negeri dan pusat.

NONEDalam mesyuarat perwakilan bahagian itu Julai lalu, berlakukekecohan apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ali (kiri) berucap di majlis perasmiannya, serta mendesak beliau berundur.

Selepas kejadian tersebut, mereka yang tidak sehaluan dengan Ali telah menubuhkan Gerakan Anti-Ali (GAA) untuk mendesak beliau meletak jawatan. 

Isu tersebut kemudiannya dirujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) yang kemudian menyerahkannya kepada badan perhubungan Umno Kedah mencari jalan penyelesaian. Timbalan pengerusi Umno Kedah ketika itu, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik memangku jawatan ketua bahagian Sungai Petani.

Khairul yang juga setiausaha GAA berkata beliau akan menjadi ketua cawangan pertama yang akan bertindak keluar daripada Umno sekiranya isu tersebut gagal diselesaikan dengan segera.

Beliau bagaimanapun tidak mahu menyatakan bila akan berbuat demikian tetapi berkata: "Saya ada tempoh berbuat demikian."
'Dapat sokongan'
Khairul juga mendakwa ada ketua cawangan yang menghubunginya menyatakan sokongan tetapi beliau enggan menyatakan identiti mereka.

"Saya tak mahu ajak (keluar parti dan) saya tak larang, (malah) saya sendiri akan buat dahulu (keluar parti) jika perkara ini tidak diselesaikan dengan segera. 

"Saya memang akan mengambil tindakan itu, sekiranya tidak diselesaikan, tidak mustahil ia akan berlaku," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Khairul juga tidak menafikan mengenai SMS yang disebarkan mengenai hasratnya untuk keluar parti jika isu kepimpinan bahagian itu tidak diselesaikan segera.

Bahagian tersebut mempunyai 130 cawangan dan Khairul mendakwa 81 daripadanya menolak kepimpinan Ali.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden Umno turut meminta bahagian Sungai Petani menyelesaikan masalah dalaman mereka itu.
SMS tersebar
khairul anuar zainol umno sungai petaniMengulas lanjut, Khairul (kanan) berkata sejak SMS itu beredar, beberapa "tokoh tertentu" menghubungi dan menasihatinya supaya memberi masa kepada perdana menteri dan kepimpinan Umno Kedah untuk menyelesaikan masalah dalaman itu.

Katanya, isu terdapat dapat diselesaikan sekiranya dengan jawatan-jawatan kanan di peringkat bahagian seperti setiausaha, ketua penerangan dan bendahari disandang oleh pemimpin GAA.

Bahkan, katanya, jawatan setiausaha juga perlu disandang oleh individu yang boleh diterima kedua-dua kumpulan dan perkara itu telahpun dimaklumkan kepada Ahmad Bashah dan setiausaha Umno negeri, Datuk Othman Abdul Aziz.

Dengan nada kecewa, Khairul memberitahu bahawa jawatan tersebut sekarang ini disandang oleh pemimpin Umno dari kumpulan Ali.

Khairul berkata, beliau tidak berniat untuk "menggertak" semua pihak susulan tersebarnya SMS tersebut, tetapi beliau "tidak ada pilihan" kerana mendakwa ramai akar umbi Umno merungut dan bertanyakan hasil perbincangan itu.

"Saya masih berharap masalah (bahagian) ini dapat diselesaikan dengan segera untuk memberi tumpuan kepada pilihan raya umum yang akan datang.

"Bahagian ini masih di awang-awangan, nampak sahaja kulit di luar cantik, tetapi di dalam bergolak. Semua pihak termasuk Umno pusat, negeri dan Ali sendiri perlu menyatukan semula ahli," katanya.

Lu Najib, Jaga Sikit Ini Betina Sama Ini Jantan...!!!

SIAPA Mumtaz Jaafar?Siapa pula Ghazali Saibo yang sering dilihat keluar masuk pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato Sahlan?Kalangan pemerhati politik sudah mula bercakap tentang nama ini.Bisik-bisik kedai kopi sudah mua menjaja nama ini yang dikatakan begitu berpengaruh dalam menentukan tender,penempatan pegawai-pegawai termasuklah sesiapa yang ingin dilantik untuk mengetuai  syarikat-syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC).


Malah ada juga yang menyifatkan mereka ini adalah broker politik yang memainkan peranan cukup licik dan tersingikirnya nama Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji juga dikatakan kerana pengaruh tangan-tangan ghaib yang dimiliki oleh nama-nama yang disebutkan.Pun mereka ini jugalah yang dikatakan menjadi kata pemutus sebelum sebarang keputusan di buat.

Nama ini juga dikatakan telah menjadi satu liabliti baru kepada Perdana Menteri sekiranya beliau tidak bertindak dengan kadar segera bagi menangani  supaya tidak timbul tuduhan yang PM Najib membenrakan orang-orang yang tidak berkaitan mengaut untung peribadi dengan menggunakan nama Perdana Menteri.

Persoalannya, adakah Perdana Menteri  tahu peranan yang mereka mainkan ini? Adakah PM Najib merestui segala tindakan mereka sedangkan Ghazali Saibo hanya dekat dengan SUPOL beliau dan Mumtaz pula mesra gila dengan isteri Perdana Menteri yang kebetulannya ada kaitan dengan Yayasan Kebajikan Athlet Negara (YAKEB)). Dan kenapa tiba-tiba Mumtaz, bekas pelari pecut negara tiba-tiba menjadi satu nama penting di sekeliling Pejabat Perdana Menteri.

Apakah juga SUPOL Perdana Menteri juga turut terlibat dengan percaturan-percaturan yang dimainkan oleh Ghazali Saibo dan juga Mumtaz Jaafar ini?Siapa mereka ini hingga mereka berperanan begitu besar dan penting sehinggakan SUPOL atau Perdana Menteri sendiri terpaksa akur kepada kehendak mereka.

Adakah mereka ini pegawai yang dilantik ataupun jenis-jenis ulat yang mencari peluang dengan bertebaran di pejabat Perdana Menteri itu?Apakah juga SUPOL Perdana Menteri mengetahui dengan lebih jelas peranan yang dimainkan oleh Ghazali ini dan memberikan restu kononnya bagi pihak Perdana Menteri. Dan sesiapa yang pernah berurusan dengan pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri akan sentiasa melihat kelibat Ghazali ini.

Ghazali Saibo ini dikatakan pernah menguasai Aziz Shamsuddin sewaktu bergelar Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan hubungan beliau hari ini dengan SUPOL PM. Dato Sahlan begitu akrab dan di mana sahaja, kelibat mereka dilihat sering bersama. Malah ada yang mendakwa beliau menguasai Pejabat Setiauasa Politik ini dan sentiasa mempengaruhi Pejabat Perdana Menteri dalam membuat sebarang keputusan termasuklah yang melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindak tanduk mereka ini perlu PM Najib bendung sebelum kebencian pemimpin dan ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinan PM Najib kerana mereka ini telah dikatakan menggunakan sekatan untuk pemimpin-pemimpin atau bekas-bekas pemimpin UMNO untuk berurusan dengan pejabat Perdana Menteri dan kalau benar apa yang dikatakan mereka ini juga mengambil komisin-komisin tertentu, jelaslah mereka ini sedang ligat memperalatkan hubungan mereka dengan pejabat Perdana Menteri untuk kepentingan peribadi dan secara tidak langsung memberikan tanda buruk kepada kepimpinan PM Najib yang sedang berusaha untuk memulihkan imej di mata rakyat ketika ini.

Walaupun kedengarannya seperti cakap-cakap di kedai kopi namun bak kata orang tua, masakan pokok bergoyang kalau tidak ditup angin dan temu janji beberapa pemimpin ataupun bekas pemimpin dengan Perdana Menteri perlu melalui proses tapisan ataupun saringan mereka ini sebelum kebenaran diberikan dan sekiranya melibatkan keputusan ataupun tender-tender prorek-projek tertentu, mereka ini jugalah yang meguasainya dengan melantik syrarikat-syarikat korni yang ada kaitan ataupun mereka mempunyai kepentingannya.

Mumtaz Jaafar pula dikatakan mengambil kesempatan menggunakan hubungan baiknya dengan isteri Perdana Menteri untuk mengaut keuntungan peribadi dan sering menggunakan nama isteri Perdana menteri itu dalam urusan-urusan yang berkaitan dan apakah tindakan Mumtaz ini diketahui oleh isteri atau PM sendiri ataupun Mumtaz adalah `duta’ yang diutus khas untuk bertindak atas arahan mereka?

PM Najib perlu melihat segala ini dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya benar mereka menggunakan pejabat Perdana Menteri dan hubungan baik dengan SUPOL supaya ianya tidak menjadi virus baru kepada kepimpinan PM Najib dan lebih mengecewakan lagi, ada juga tuduhan yang mendakwa bahawa SUPOL PM juga terlibat dalam pengambilan komisin-komisin ini.

PM Najib harus berlapang dada dan terus berjiwa besar dan jangan sesekali membiarkan nama-nama ini bermaharajalela di pejabatnya.(Sumber)

Ini Hari Gua Mahu Hentam JMM Pasal Gua Punya Komen Mereka Takut Siar.


Bukan gua cakap lia sundal tetapi lia sendiri kasi tunjuk lia memang sundal

Ini hari gua mau jawab pertanya Fahana Sundal dari JMM, pasal semalam lia mahu PAS jelaskan hukum melindungi seseorang yang dikaitkan dengan kegiatan liwat (Anwar lah tu) tetapi tidak berani bersumpah. Ini sundal cakap PAS wajib hukum tersebut.

Itu sundal cakap PAS melindungi Anwar dan itu sundal cakap,"Bukankah pelik bagi sebuah parti yang mendakwa parti Islam tetapi dalam hal ini tidak pulak mendesak tertuduh supaya bersumpah sebagaimana dituntut Islam". Wah, lu punya mulut manyak cibai la Farhana Sundal.
 Ini semua jalang-jalang JMM

Mai sini lu sama lu punya geng dalam JMM pasal gua mau ajar sikit apa itu Islam. Lu memang sama lu punya geng betul-betul jahil nak mampus tentang hukum Islam tetapi bercakap macam orang pandai. So, gua ketogerikan lu jenis " Dia jahil, tetapi dia tidak tahu yang dia itu jahil, maka jauhilah dia", 'DIA' itu bermaksud lu sama puak-puak jalang dan sundal lulah.

Siapa cakap sumpah laknat boleh dipaksa-paksa dalam Islam, lu punya guru Mahafiraun yang mudah lupakan ajar sama lu..!!! Lu mahu bikin sumpah laknat, lu sumpahlah berapa banyak lu mahu sumpah, itu lu punya pasallah. Dalam Islam sendiri ada garis panduan berkaitan sumpah laknat mahu pun bersumpah. Lu bela sumpah laknat Saiful tetapi lu tidak boleh sewenang-wenangnya menyuruh orang bersumpah. Apa lu ingat sumpah laknat tu macam lu baca prisip Rukun Negara ker.

Pasal lu terikut-ikut dengan didikan Umno yang suka bermain-main dengan sumpah macam Raja Sesumpah Ezam dan Ratu Sesumpah Umi Hafilda,maka Allah berfirman;

"Jangan engkau ikut orang yang banyak bersumpah lagi hina"
Surah Al-Qalam ayat 10

"Orang-orang yang menuduh perempuan suci (dengan berzina), kemudian mereka tiada mengemukakan empat orang saksi, hendaklah kamu dera mereka itu delapan puluh kali dan jangan kamu terima kesaksiannya selama-lamanya, kerana mereka orang yang fasik".
Surah An-Nur ayat 4

Adakah ini ajaran Islam yang Umno ajar sama lu, cakap sikit sumpah, cakap sikit sumpah. So, Ayat diatas sesuai sangatlah dengan lu dan puak-puak celaka lu , termasuk sekali dengan blogger-blogger celaka hasil belaan Rosmah Puaka. Ooooop gua lupa sama Saiful pasal dia sudah insaf tetapi beliau tiada saksi yang melihat beliau diliwat secara paksa sampai beliau sendiri pun terpancut sama, syok punya pasal. Ini orang yang Farhana Sundal pertahankan pun ada satu ayat untuk mereka, dalam Firman Allah s.w.t.;

"Orang-orang yang menuduh isterinya (dengan berzina), tetapi mereka tiada mempunyai saksi-saksi, kecuali emapt kali bersumpah dengan Allah, bahawa ia seorang yang benar'
"dan yang kelima, bahwa kutuk Allah atas dirinya, jika ia berdusta"
Surah An-Nur ayat 6-7

Lelaki yang yang menuduh isterinya berzina, sedang saksi tidak ada, melainkan dirinya sendiri, maka boleh ia bersumpah dihadapan hakim empat kali yaitu katanya, 'Saya menjadi saksi, dengan Allah bahawa saya benar tentang tuduhan yang saya hadapkan kepada isteri saya itu'. Pada kali yang kelima hendaklah disebutnya; 'Kutuk Allah atas saya, jika saya dusta tentang tuduhan itu'.

Lu ada faham ke makna diatas wahai Ustazah Farhana Sundal dan gua suka kalau lu cakap 'itu tentang perempuan bukannya lelaki' Apa kena dengan Saiful yang masih teruna tu. Apa lagi lu mahu bela si Saiful apabila Karpal tanya tentang DNA dua lagi individu pada calitan di tepi lubang beliau tetapi itu Saiful sudah pusing kepala cakap dia tak mahu kasi tahu. Mungkin juga 2 DNA itu dari geng JMM, cuba geng JMM sumpah laknat itu DNA bukan mereka yang punya...... kah.... kah.... kah

Lu punya mulut manyak cibai la,Farhana Sundal pasal lu sendiri talak nilai-nilai seorang bergelar Muslimah. Lu punya gunung pun lu mahu tayang sama orang ramai. Ini macam orang pun mahu cakap tentang Islam, lu pergi berguru semula dengan Mahariraun yang mudah lupa dan Rosmah Puaka. Kasi asah lu punya ilmu dulu ma, baru boleh cakap tentang Islam.

Selongkar kembali : Menjejaki Diari Rosmah Sebelum Menjadi 'First Lady'.

[rosmahpaklah.bmp]
Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar "Bapa Pembangunan", maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara. Biarpun pedih dihati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda "peralihan kuasa" Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru. Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingin Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib. Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu "boros berbelanja", bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau "queen control". Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.
Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat Rosmah senantiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah. Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.
[rosmah-najib.jpg]
Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat inin berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal). Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.

Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.
[najib_named.jpg]

Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti". Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti"dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu". Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?. Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai"wanita nombor satu" selepas ini.

Arab Dan Zionisme.

 Hishamuddin Rais

Apa yang sebenarnya sedang berlaku di Timur Tengah hari ini? Kenapa anak-anak muda di negara negara Arab bangun melawan dan menjatuhkan ketua dan kepala negara mereka?

Para pembaca yang budiman – kita jangan tersalah baca dan tersalah tafsir. Semua ini berlaku kerana wujudnya hukum-hukum sosial dan syarat-syarat politik yang telah dan sedang memangkin berjuta juta rakyat Arab untuk bangun menunjuk perasaan dan menghumbankan kepala-kepala negara mereka.

Jangan risau dan jangan sangsi gerakan jalan raya ini juga akan sampai ke Tanah Semenajung. Sama seperti Revolusi Iran pada tahun 1979 dahulu – Revolusi Sungai Nil ini juga akan mengubah politik dunia. Revolusi ini pasti akan mempengaruhi anak-anak muda di seluruh dunia.

Bukti kenyataan diatas telah mula muncul. Apa yang sedang berlaku di Mesir dan di negara-negara Arab kini boleh ditonton dan dihayati oleh rakyat dunia. Ledakan turun ke jalan raya ini telah sampai juga ke Wisconsin di Amerika. Kini kaum buruh di Wisconsin telah menaikkan sepanduk – Kita Bersama Tunisia dan Mesir.

Sepanduk ini sedang membakar semangat ribuan buruh yang sedang berdemo minggu lalu di Wisconsin. Inilah demo yang paling besar yang pernah diadakan di Amerika. Kali terakhir demo besar seperti ini hanya berlalu di zaman Perang Vietnam pada tahun tahun 60-an. Inilah kali pertamanya kaum buruh di Amerika cuba mengadakan mogok nasional semenjak tahun 1950-an.

Mogok dan tunjuk perasaan besar ini adalah jawapan ke atas rancangan kaum pemodal yang merancang untuk melupuskan terus gerakan dan kesatuan buruh di Amerika. Dalam keadaan ekonomi gawat kaum pemodal Amerika melalui parti Republikan dan Demnokrat telah cuba untuk memecah-mecahkan kesatuan buruh. Tetapi suasana di Timur Tengah telah membakar semangat kaum buruh Amerika dan kini mogok besar sedang dirancang.

Apa sebenarnya hukum sosial dan syarat politik yang menjadikan rakyat Arab bangun serentak hingga mempengaruhi rakyat dunia?
Untuk memahaminya, kita wajib kembali kepada zaman sesudah Perang Dunia Pertama. Perang ini telah melunturkan pengaruh Empayar Ottoman dan memunculkan British sebagai kuasa imperial utama. Empayar Ottoman tidak ada kekuatan untuk menjaga tanah-tanah jajahan dari Istanbul hingga ke Rabat. Banyak tanah jajahan terlepas dari kawalan Khalifah Ottoman.

Morocco jatuh ke bawah pengaruh Sepanyol, Libya ke bawah pengaruh Itali, Tunisia dan Algeria menjadi tanah jajahan Perancis dan Mesir jatuh ke tangan British. Syria dan Lebanon dipengaruhi oleh Perancis. British mewujudkan keluarga Saud pada tahun 1932 di Semenajung Arab. Iraq dan negara Teluk dipecah-pecah untuk tujuan – pecah dan perintah. British, sebagai kuasa kolonial telah mengadu domba satu negara Arab dengan yang lain.

Kolonialisme wujud hasil daripada perkembangan kapitalisma. Latar belakang kolonialisme ialah pasaran dan pemasaran. Kuasa imperialis dan kaum pemodal memerlukan bahan mentah dari negara tanah jajahan. Negara kolonial juga mahu mereka yang di jajah menjadi pembeli dan pengguna produk yang telah dibuat. Hukum dan syarat ini tidak pernah berubah.

Pada tahun 1938 - dunia Arab berubah – minyak telah ditemui di Saudi Arabia. Penemuan minyak di Saudi ini telah menjemput banyak 
syarikat-syarikat minyak dari luar negara untuk mencari gali. Akhirnya minyak bukan hanya terdapat di Saudi, malah telah ditemui di Negara Teluk, Iran, Iraq, Libya, Mesir dan Aljeria. Emas hitam telah membawa kekayaan tetapi dibelakang kekayaan ini ialah bencana dan malapetaka.

Sesudah penemuan minyak, sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan bahan bakar petroleum ini sebagai bahan asas untuk mengembangkan sistem ekonomi kapitalis. Petroleum menjadi bahan yang amat strategik. Pengkaji sejarah akan mengetahui bagaimana Perang Dunia Ke Dua meletup berpunca dari perebutan bahan bakar petroleum ini.

Jerman telah dipinggir kerana kalah dalam Perang Dunia Pertama. Jerman tidak memiliki sebuah pun telaga minyak dan telah ketingalan dalam perlumbaan untuk menakluk tanah Arab. Ekonomi Jerman tidak mungkin berkembang tanpa minyak. Hitler mengambil keputusan untuk melancarkan perang.

Justeru, apabila perang pecah Hitler telah mengarahkan agar dibuat satu kereta - Volkswagen - yang tidak menggunakan air agar dapat 
menyeberang padang pasir untuk merampas telaga-telaga minyak di negara-negara Arab yang dimiliki oleh British. Justeru bahan bakar petroleum inilah yang menjadi hukum dan syarat yang menjadikan suasana di Tumur Tengah terus hangat dan menggelodak semenjak 60 tahun lalu hingga ke hari ini.

Sesudah Perang Dunia Kedua tamat, kuasa imperial British telah mengalami kemerosotan ekonomi. Kuasa British kini sama seperti kuasa Ottoman dahulu. Negara-negara tanah jajahan telah menuntut kemerdekaan. India – tanah jajahan terkaya British telah merdeka tahun 1947. Di Tanah Melayu Parti Komunis Malaya telah mengangkat senjata memburu kuasa imperialis Britsih bermula pada 20 Jun 1948. Di Kenya gerakan Mau Mau pada tahun 1952 telah juga mengangkat senjata melawan British. Kuasa imperialis Bristish dipukul hebat. Keadaan British ketika itu sama seperti kuasa imperialis Amerika yang sedang di pukul oleh rakyat Iraq dan Afghanistan sekarang.

Kuasa imperial British amat licik dan berpengalaman dalam menjajah. British memiliki strategi berjangka panjang. Justeru pada tahun 1948 British telah bersekongkol dengan kuasa imperialis baru – Amerika Syarikat – untuk mendirikan apa yang dipanggil Israel - di bumi Palestin. Israel sebenarnya telah ditanamkan ke dalam dunia Arab. Tujuan penubuhan negara Israel ini adakah untuk memastikan satu pangkalan tentera yang tersusun rapi akan terus menerus wujud di Timur Tengah. Pangkalan tentera ini bertujuan untuk menjaga dan mengawal telaga minyak. Israel akan menjadi mata-mata dan soldadu kepada kuasa imperil Anglo-Amerika.

Israel telah dipersenjatai oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Hari ini Israel bukan sahaja memiliki bala tentera terbesar dan tercanggih, malah memiliki bom nuklear. Semua ini untuk memastikan negara-negara Arab pengeluar minyak tidak akan berani melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh Presiden Nasser - memilik-negarakan Terusan Suez pada tahun 1956 dan Raja Feisal - menutup aliran minyak dari di eksport pada tahun 1974.

Dari strategi berjangka panjang kuasa imperial Anglo-Amerika telah menjadikan semua negara Arab ini sebagai tanah jajahan baru. Negara-negara Arab ini menjadi pelanggan untuk kuasa imperial Anglo-Amerika. Pemimpin mereka wajib dipersenjatai dan diwarwarkan sebagai pemimpin yang berkaliber. Dalam masa yang sama Israel sebagai ' hantu' akan terus menakut nakutkan negara negara Arab ini. Apabila negara Arab takut maka tidak dapat tidak, negara Arab akan membeli senjata dari Britain atau Amerika atau Perancis.

Selama 40 tahun inilah strategi yang telah dilakukan oleh kuasa imperialis. Mereka memunggah minyak dan gas dari negara Arab. Hasil duit minyak dan gas ini akan digunakan oleh negara Arab untuk membeli senjata. Senjata ini dikatakan untuk mempertahankan diri dari Israel.

Kuasa Anglo-Amerika mendukung terus negara-negara Arab ini. Amerika atau Britain tidak pernah sekali pun berani mengkritik Arab Saudi walaupun saban minggu ada kepala yang dipancung di hadapan masjid sesudah sembahyang Jumaat. Segala bentuk pencabulan hak asasi berlaku di Arab Saudi. Tetapi Amerika, Britain dan negara Eropah tidak ambil 'pot'. Pencabulan hak asasi hanya dilihat berlaku di Iran kerana Iran tidak mahu menjadi barua Amerika.

Manakala regim Mubarak adalah contoh budak suruhan Amerika yang amat setia. Amerika telah bersekongkol dengan regim Mubarak untuk menahan dan menyeksa pejuang dan para mujahid Mesir. Senjata-senjata yang dibeli ini terbukti bukan untuk melawan Israel tetapi untuk menindas rakyat sendiri. Regim-regim Arab ini menjadi lembik dan tunduk kepada semua kehendak kuasa Anglo-Amerika. Justeru bila Amerika menyerang Iraq, semuanya menganggukkan kepala tanda bersetuju. Hari ini tidak ada lagi negara Arab yang berani bersuara tentang Palestin.

Kenapa regim Arab ini tunduk dan takut? Jawapannya cukup senang. Ini kerana kesemua regim Arab ini tidak memiliki mandat dari rakyat. Dari Maghribi hingga ke Negara Telok – pemimpin, sheikh dan malikul negara negara Arab dinaikan ke atas tahta bukan kerana sokongan orang ramai tetapi kerana didukung oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Malah keluarga diraja Saudi dan Jordan sendiri diwujudkan oleh British.

Memang betul ada setengah negara, seperti Mesir, Jordan, Iraq atau Syria telah mengadakan pilihanraya – tetapi semuanya sandiwara untuk menipu orang ramai. Bayangkan 97.6 peratus menyokong Mubarak atau Basheer Al-Assad apabila pilihanraya dijalankan. Pembuangan undi kadangkala sampai ke 85 peratus. Angka-angka ini menakjubkan untuk menjadi lawak seram. Manakala warga Arab di Teluk dan di Arab Saudi langsung tidak tahu apa itu memilih perwakilan.

Apa yang jelas di sini, kontradiksi utama ialah dia ntara warga Arab dengan regim regim Arab yang telah menjadi perkakas Amerika dan Israel. Penentangan warga Arab ini juga bermakna mereka menentang Amerika dan regim zionis Israel. Amerika dan zionis Israel selama ini selesa apabila warga Arab ini tidak bersuara dan tidak berani menyuarakan tuntutan adil rakyat Palestin. Semua ini akan berubah.

Walaupun tidak dilihat satu tanda apa pun untuk menyatakan bahawa tunjuk-tunjuk perasaan ini ialah untuk Palestin. Tetapi dalam ruang lingkup yang luas, tunjuk perasaan ini bersifat anti-imperialis dan anti-zionis. Ini kerana regim yang di lawan itu semuanya barua kepada imperialisma Anglo-Amerika dan zionis Israel. Melawan Mubarak , Ben Ali, Bani Saud, Al-Makhtoum sama seperti melawan kuasa Amerika dan zionis Isreal.

Hukum dan syarat yang memangkin pejuangan ini semakin jelas apabila dunia luar dapat membaca tuntutan dan langkah-langkah yang akan diambil setelah Mubarak atau Ben Ali berundur. Kita akan lihat satu kontradisi baru akan muncul. Kuasa imperial Anglo-Amerika akan memastikan regim zionis Israel selamat. Kuasa imperial juga akan memastikan aliran minyak tidak terputus.(Sumber)

Selongkar Kembali : Lagi Lu Kenal Rosmah Lebih Dekat, Lagi Lu Takut Ma.

 
Berasal dari Negeri Sembilan. Orangnya kecil molek, berkulit cerah dan mempunyai tahi lalat besar di pipi. Tahi lalat saiz duit siling lima puluh sen. Mengikut cerita orang-orang tua itu adalah tahi lalat bertuah. Kerana tuah tahi lalat itulah agaknya beliau dapat berkahwin dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 
Tetapi, sekarang khabarnya tahi lalat bertuah itu sudah dibuang. Khabarnya beliau pergi buat “plastic surgery” di Jepun. Banyak ribu juga habis. Tidak apalah kerana semua Najib yang tanggung. Duit rasuah yang Najib dari Vincent Tan pun tidak habis. Duit balak tidak usah kira, tidak luak. 

Rosmah seorang wanita berpelajaran tinggi. Dapat ijazah dalam dan luar negeri. Bijak orangnya dan petah bercakap. Gaya dia bercakap memang boleh pikat hati orang, terutama kaum lelaki. Sayang kelulusannya disalahgunakan. Kelulusan tinggi digunakan untuk memancing orang-orang lelaki yang sudah beristeri dan berpangkat serta kaya-raya.

Menurut cerita mereka yang pernah tidur dengan Rosmah, sebagai teman permainan dan teman tidur beliau tidak menjemukan. Dia pandai bergaya dan “fashionable”. Senyuman dan jelingan boleh membuat lelaki hidung belang dan buaya seperti Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik dan Najib Tun Razak melutut kepadanya. 

Bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Kursiah, Seremban. Mengikut kawan-kawan yang sama bersekolah dengannya, beliau terkenal sebagai pelajar yang ego dan suka menunjuk-nunjuk. Tidak punya ramai kawan rapat di kalangan pelajar-pelajar perempuan. Tetapi punya ramai teman lelaki. Pantang nampak lelaki kacak dan berada. Sejak di sekolah menengah lagi sudah selalu bertukar-tukar pasangan. 

Sebagai gadis lincah, kalau boleh dianggap masih gadis semasa menuntut di Universiti Malaya, beliau sangat popular dan terkenal di kalangan penuntut lelaki. Beliau menjadi Ahli Persatuan Kesuma dan aktif dalam pertunjukkan-pertunjukkan kebudayaan yang dianjorkan oleh pihak universiti. Secara peribadi dikatakan beliau ini sangat periang dan peramah.

Di antara Rosmah dengan Rahim Thamby Chik mereka sudah berkenalan sejak di kampus lagi tetapi, hanya sebagai kawan kenalan biasa sahaja. Rahim Thamby Chik juga terkenal buaya di kampus. Ada juga orang kata Rosmah ada taruh hati pada Rahim. Tapi perangkapnya tidak mengena. Rahim terlepas. 

Sesudah bertunang dengan Aziz bekas suaminya beliau masih lagi berpoya-poya dengan lelaki lain. Beliau sungguh hebat dan “hot”. Pantang disapa oleh lelaki terutama yang kacak-kacak. 

Dikatakan juga Rosmah suka main “jim ramy” dengan anak-anak lelaki Raja Nong Chik. Semasa itu beliau berminat kepada salah seorang anak Raja Nong Chik bernama Salleh. Ini setelah jadi isteri Aziz. Betul ke? 

Ramai orang tidak sangka macam mana Aziz boleh tersangkut hati dengannya . Semasa di kampus lagi beliau sudah di cap sebagai jamban. Aziz budak baik dan lemah lembut orangnya. Dikatakan dia berkahwin dengan Aziz atas dasar suka sama suka. 

Semasa berkerja dengan Island & Peninsular Bhd,. sebagai PRO, Rosmah berkesempatan bergaul dan berkenalan dengan ramai VIP, termasuk menteri-menteri dan timbalan menteri, perangai lamanya balik semula. Beliau ambil kesempatan dari tugasnya yang membolehkan dia selalu pergi “out-station” buat pertemuan-pertemuan sulit dengan lelaki terutama VIP yang diminatinya. Rosmah dilantik jadi pengurus kerana dapat banyak projek bagi pihak syarikatnya. Senang dapat projek kerana sanggup gunakan dirinya sebagai umpan. Bossnya Azwa sayang padanya dan naikkan dia pangkat. 

Mengikut kata kawan-kawannya Rosmah pernah berkata walaupun satu hari dia mesti kahwin dengan orang besar. Dia gila kedudukan dan gila pangkat. Cita-citanya berjaya dapat kahwin Najib 

Seorang kawan memberitahu, pernah seorang datin, isteri bekas seorang menteri yang sekarang dikatakan menjadi salah seorang Naib Presiden UMNO Baru memberitahunya, semasa Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri mengadakan sidang mesyuarat di Sarawak, dalam masa rehat beberapa orang Timbalan Menteri dan Menteri telah bercakap tentang Rosmah. Mereka buat perbandingan sesama mereka tentang pengalaman masing-masing dengan Rosmah. 

Kesimpulan dari cerita itu membuktikan seolah-olah kebanyakkan dari mereka telah meniduri Rosmah. Rosmah yang sekarang ini menjadi isteri Najib. Apakah ini sudah kerana jodoh? Kasihan Najib. Kalau cerita ini benar, Rosmah bolehlah juga dianggap sebagai janda tidak rasmi kepada ramai lelaki atau “spare tyre” mereka. 

Isteri yang lebih cantik, lebih setia ditinggalkan dan ambil bekas sisa-sisa orang. Macam tidak ada perempuan lain. 

Dari cerita orang yang rapat dengan Rahim Thamby Chik, sebelum Rosmah diperkenalkan kepada Najib beliau adalah kendak Rahim. Rosmah berharap dapat kahwin dengan Rahim. Rahim ini hebat orangnya dan bukan calang-calang lelaki. Rosmah tidak dapat tundukkan Rahim. Rahim lagi bijak darinya. Rahim tahu Najib suka perempuan-perempuan seperti Rosmah. Mereka satu kem. Kem buaya darat. Mengikut cerita kononnya dalam dia sudah jadi isteri Najib dia masih berjumpa Rahim. Betul ke? Kalau betul, jahat sungguh awak ni… 

Untuk lepaskan dirinya dari Rosmah dia cepat-cepat paskan Rosmah kepada Najib. Dia beri pengakuan kepada Rosmah, kalau dia baik dengan Najib dia boleh dapat kawasan balak. Negeri Pahang banyak balak, Melaka tidak ada balak. 

Rahim bukan mudah dikenakan orang. Di Negeri Melaka ketika dia menjadi Ketua Menteri, dialah raja. Mengikut cerita orang-orang Melaka kononnya beliau pernah menghalau Pegawai-pegawai Majlis Ugama Melaka dan Polis dari bilik hotelnya di Hotel Ramada. Mereka datang menyerbu ke bilik hotel itu apabila terima laporan ada orang berkhalwat. Apabila sampai ke bilik itu yang di dapati berkhalwat ialah Ketua Menteri Melaka sendiri Rahim Thamby Chik dengan seorang gadis jurujual. 

Najib walaupun buaya besar seperti Rahim Thamby Chik, kena dengan Rosmah dia kalah dan terduduk. Lupa diri, lupa anak bini. Balak Pahang pun dia berikan kepada Rosmah. Hotel Hyatt Kuantan menjadi tempat mereka berkendak tidak kira siang atau malam setiap kali Rosmah datang ke Kuantan. 

Apabila Najib ke Kuala Lumpur mereka berkendak di Hotel Shangri-la kerana Najib tinggal di situ dan pejabat Rosmah di Bangunan SPK berhampiran dengan hotel itu.
Sejak dia mengadakan perhubungan sulit secara haram dengan Najib dia lupa terus kepada suami dan anak-anaknya. 

Mengikut cerita orang, Rosmah, Najib dan Toh Puan Rahah masa pergi ke Mekkah kali kedua, mungkin untuk membuang dosa kononnya, semasa dia berjalan mengelilingi Kaabah, dikatakan terkena baling batu yang tidak tahu dari mana datangnya.
 
- Read more here: Malaysia Today>>>

Betapa Bahayanya Malaysia : Pornthip Mahu kawalan Peribadi.

Pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan akan diberi perkhidmatan pengawal keselamatan peribadi sepanjang tempoh beliau berada di negara ini untuk memberi keterangan pada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

NONESeperti permintaannya yang dikemukakan melalui peguam kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar, Pornthip juga memohon tarikh beliau dijadual memberi keterangan pada 16 dan 17 Mac ditukar kepada 18 hingga 20 April.

Berhubung permintaan itu, setiausaha suruhanjaya, Datuk Saripuddin Kasim dalam satu kenyataan berkata mereka telah meminta pakar itu untuk datang pada minggu pertama April.

"Berhubung permohonan menjadualkan semula tarikh memberi keterangan, suruhanjaya telah meminta Dr Pornthip menimbang semula tarikh lebih awal iaitu sebelum minggu pertama bulan April 2011, malah suruhanjaya bersedia menjalankan prosiding pada hari minggu.

"Ini berikutan suruhanjaya perlu menyelesaikan tugasan sebelum atau pada 25 April 2011," kata Saripuddin.
Selain Pornthip, suruhanjaya itu juga sebelum ini berjaya mendapat persetujuan lisan daripada seorang lagi pakar forensik yang terbabit dalam kes tersebut, iaitu, Professor Dr Peter Vanezis dari United Kingdom.

Suruhanjaya Diraja itu ditubuhkan pada penghujung bulan januari selepas inkues selama 18 bulan yang dijalankan membuat keputusan penghakiman terbuka dengan memutuskan Teoh, seorang pembantupolitik DAP tidak membunuh diri mahupun dibunuh.

Pornthip, dibawa oleh kerajaan negeri Selangor semasa inkues lalu berkata berdasarkan bedah siasat kedua yang disaksikannya mendapati Teoh tidak membunuh diri.

NONEPakar yang berkhidmat dengan Institut Sains Forensik Thailand itu juga mendakwa kemungkinan Teoh dibunuh adalah 80 peratus.

Vanezis yang dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia tidak bersetuju dengan penemuan Pornthip dan berkata kecederaan Teoh dialami ketika beliau sedar.

Teoh dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di Plaza Masalam selepas disoal-siasat semalaman oleh SPRM di pejabatnya di Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu, sebagai saksi dalam kes membabitkan salah guna dana oleh seorang exco Selangor.(Sumber)

Tsunami : Jumlah Korban Meningkat.

 

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

NONELaporan menyebut, malapetaka itu disahkan mengorbankan sekurang-kurangnya 88 nyawa.
p { margin-bottom: 0.08in; }
Polis menyatakan antara 200 hingga 300 mayat telah dijumpai di bandar Sendai yang terletak di bahagian timur laut Jepun.
Kawasan dalam negeri Miyagi itu terletak paling hampir dengan pusat gempa.
Selain itu, seramai 349 orang lagi dilaporkan hilang akibat bencana tersebut.
NONE
Jumlah berkenaan dijangka akan terus meningkat berdasarkan skala gempa dan tsunami yang terbentuk kali ini.
Bencana berkenaan merupakan yang paling buruk melanda Jepun dalam tempoh lebih 100 tahun.
Jumlah kerosakan sedang dinilai dan tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian yang diperolehi setakat ini.
Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Susulan itu, satu amaran tsunami dikeluarkan.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Dilaporkan, sekurang-kurangnya 50 gempa susulan turut berlaku dalam tempoh beberapa jam selepas itu.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.
Banyak tempat putus hubungan
Laporan televisyen hari ini menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun.
Antara visual dahsyat yang ditunjukkan melibatkan sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami ke arah tembok penampan di bandar Kesennuma, Miyagi.
Tsunami setinggi setinggi 10 meter dilaporkan melanda pelabuhan Sendai dengan ombak yang merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan segala yang berada di laluannya.
Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kejadian tanah runtuh dan kebakara, termasuk satu pusat penapisan minyak di Chiba berhampiran Tokyo.

NONESetakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara turut terputus.
Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Semua penerbangan dihentikan, menyebabkan ribuan penumpang terkandas dan terpaksa dipindahkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.


Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

NONEMenurut jurucakap kerajaan, lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.
Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.(MK)

Bongkar Kembali : Lu Tulis Jangan Kasi Tapis Sikit, Nanti C4 Sampai.

 




















"Saya mendapat maklumat terbaru ini semalam semasa sedang menanti kawan di Mid Valley. Tiba-tiba saya mendapat panggilan talipon dari seorang kawan. Panjang pula cerita kawan saya ni. Penat berdiri, saya mencari tempat untuk merehatkan kaki yang letih.

Saya duduk di kerusi paling tepi di sebuah coffee house. Setelah selesai berbual dengan kawan melalui handphone, saya menikmati ‘cappucinno’ sambil menyedut racun ‘Sampoerna’, racun berjadual kegemaran saya.

“Razak Baginda dah lepas bebas

“Aku dah agak, ini semua sandiwara Najib”

“Dua ekor kambing hitam tu pun sebenarnya bukannya Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar”

“Engkau biar betul”

“Betul, kalau si Bala tu pun, Rosmah bolih umpan 5 juta dan hantar dia ngan family dia ke India. Ini setakat Azilah dengan Sirul, Rosmah kentut je lintang pukang dia orang lari” “Engkau ingat Najib tak boleh buat kerja ni semua ke? Dia ada kuasa, beeb. Apa Rosmah cakap mana Najib berani nak beta”

“Sial betul si Rosmah tu. Takde ati perut”

“Apalah kau ni. Apa pulak si Rosmah tu takde ati perut. Ada! Hati ada. Perut pun ada. Tapi pekong macam bangkai anjing”

“Kesian Azilah ngan Sirul, tak pasal-pasal jadi mangsa”

“Hello kawan, yang dua orang tu bukan Azilah dengan Sirul lah. Entah mamat gian mana entah dia orang cekup, jadikan mangsa. Ini semua berlakon je beeb”

“Iya ke”

“Dah betahun kes ini, muka dia dua orang tu berselubung memanjang. Idea siapa ni kalau bukan idea Rosmah?”

“Betullah. Kenapa yek? Kenapa dua orang tu tak pernah nampak muka dia kat paper?”

“Itulah aku cakap, ini drama. Bukan kat paper je tak nampak muka dia. Engkau bayangkan dalam mahkamah pun muka dua ekor tu berselubung. Aku pergi mahkamah, aku sendiri tengok dua ekor berselubung. Kalau wartawan pun tak nampak, camana kau nak nampak. Yang bunuh Altantuya tu sebenarnya si Rosmah sendiri. Orang kampong aku kat Ulu Bendul pun tau kes ni. Memang dia orang sendiri dengar cerita sahih dari member-member polis dia orang”.

“Celaka punya Najib, bini dia buat kerja camni dia biarkan. Macamana nak jadi PM ni?”

“Sebab dia nak jadi PM tu yang dia sanggup buat camni. Kalau tidak bini dia telan bola dia dengan dia-dia sekali. Engkau tau tak, Rosmah tu yang gila sangat nak jadi bini perdana menteri”

“Razak Baginda dah selamat. Abis tu Azilah dengan Sirul nak jadi apa?. Kena hukum bunuhke?”

“Memang dua orang tu kena hukum gantung sampai mati. Tapi yang digantung sampai mati tu bukannya Sirul ngan Azilah. Mamat yang dia orang hayak ke hulu ke hilir tu bukan Sirul. Bukan Azilah. Mamat tu dah memang kena hukum jantung pasal kes lain. Malaysia beeb, semua bolih. Kes mati pun dia orang bolih pusing terbalik”

“Memang puaka betul si Rosmah ni. Apa punya Najib dapat bini camni”

“Engkau marah, caci maki si Rosmah buat apa?. Dah betullah apa yang dia buat tu. Orang dah bagi laki dia kuasa. Dia gunakanlah sepenuhnya. Yang patut engkau marahkan ialah orang UMNO yang bebal macam keldai tua. Buat apa orang UMNO pegi sokong dia?. UMNO tu yang celaka”.

Dailog di atas saya curi-curi dengar dari perbualan dua lelaki yang duduk di meja sebelah saya.

Kepada yang amat saya kasih, Datin Seri Rosmah Mansor, perempuan yang solid molid dan Datuk Seri Najib Razak, itulah persepsi rakyat terhadap apa yang berlaku. Sekarang adalah menjadi tanggungjawab kalian berdua untuk membesihkan nama kalian.

Membersihkan nama bukan dengan cara menangkap penulis blog atau rakyat yang bersangka buruk terhadap kalian. Bukan dengan cara menghadiahkan ISA kepada rakyat yang menuntut keadilan. Kalian wajib dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan segala pertuduhan yang telah dibuat oleh Raja Petra terhadap kalian.

Rakyat telah benar-benar percaya angkara pembunuhan Altantuya ini adalah plot cerita yang dilakonkan oleh kalian berdua.

Di bawah ini saya perturunkan titipan dan persepsi pengunjung kerajaanrakyat.com dalam isu ‘Pembunuhan Altantuya’ dan rancangan pembelian ‘Eurocopter’ terhadap Rosmah Mansor, Najib Razak dan system perundangan Malaysia seluruhnya.(Sumber)

Tsunami Badai Di Utara Jepun.

TANGKI menyimpan gas asli terbakar di Wilayah Chiba, Tokyo, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini. - Foto Reuters
TANGKI menyimpan gas asli terbakar di Wilayah Chiba, Tokyo, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini. - Foto Reuters
TEMBOK runtuh menghempap kenderaan di tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto AFP
TEMBOK runtuh menghempap kenderaan di tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto AFP
SISA tanah runtuh menyekat laluan jalanraya di Bandar Iwaki akibat tsunami disebabkan gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun hari ini. - Foto Reuters
SISA tanah runtuh menyekat laluan jalanraya di Bandar Iwaki akibat tsunami disebabkan gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun hari ini. - Foto Reuters
PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP
PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP
PEGAWAI polis berlari mengawal keadaan orang ramai yang berkumpul ke luar bangunan pusat kewangan Tokyo akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun, hari ini.
PEGAWAI polis berlari mengawal keadaan orang ramai yang berkumpul ke luar bangunan pusat kewangan Tokyo akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun, hari ini.
BANGUNAN yang terbakar akibat gempa bumi yang melanda daerah Odaiba, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto Reuters
BANGUNAN yang terbakar akibat gempa bumi yang melanda daerah Odaiba, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto Reuters
BANGUNAN yang terbakar akibat gempa bumi yang melanda daerah Odaiba, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto Reuters
BANGUNAN yang terbakar akibat gempa bumi yang melanda daerah Odaiba, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto Reuters

Jumaat, 11 Mac 2011

Jepun DI Badai Tsunami Mega Dengan 20 Gegaran.

Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun di Jepun, yang melanda timur laut negara itu tengah hari ini (waktu Malaysia), meragut 32 nyawa dengan angka kematian dijangka terus meningkat.
 
 
 
 
Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami 10 meter, tetapi menyebabkan kebakaran loji penapisan gas asli di Tokyo. Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata gempa bumi menyebabkan “kemusnahan besar” di bahagian timur laut Jepun.
Laporan Reuters menyebut sebuah kapal yang membawa 100 orang dihanyutkan oleh tsunami.
“Saya amat takut dan saya masih bimbang,” kata Hidekatsu Hata, 36, pengurus sebuah restoran mi Cina di kawasan Akasaka di sini.
“Saya tidak pernah menyaksikan gempa bumi seburuk ini,” kata beliau.

Beberapa loji tenaga nuklear dan pusat penapisan minyak juga ditutup manakala satu loji keluli utama terbakar.

Menteri-menteri Kabinet mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu-isu nuklear selepas laporan media mengatakan kerajaan akan mengisytiharkan situasi darurat tenaga nuklear, yang akan dibuat jika ada pengesahan kebocoran radioaktif atau sistem penyamanan reaktor dihentikan.

Sebuah hotel di Sendai runtuh dan ada mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian itu. Pengeluar raksasa elektronik Sony Corp menutup enam kilangnya. Gempa bumi pada skala 8.9 ini turut 

menyebabkan kematiandi Fukushima, utara Tokyo, di mana empat juta orang terputus bekalan elektrik.

Amaran tsunami juga dikeluarkan di Sabah, Malaysia selain di Filipina, Taiwan dan Indonesia. Malah amaran yang sama dikeluarkan di Colombia dan Peru. Beberapa gegaran susulan juga dialami di Jepun. 

Tsunami yang disaksikan hari ini adalah paling buruk selepas Disember 2004.

Satu loji penapisan minyak di Tokyo juga terbakar manakala beberapa dozen dipercayai terancam. 

Tsunami juga menyebabkan kesemua pelabuhan di Jepun ditutup.

“(Keadaan) sungguh huru-hara. Kesemua operasi digantung,” kata broker kapal.

“Pelabuhan-pelabuhan akan ditutup sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu sehingga penilaian kemusnahan boleh dilakukan,” katanya lagi.

Broker kapal menjangkakan bayaran perkhidmatan kapal akan meningkat dalam jangka pendek memandangkan loji-loji tenaga mendapatkan semula simpanan bekalan manakala syarikat-syarikat keluli pula dijangka mengimport lebih banyak besi untuk proses pembinaan semula.

Laporan berkata tsunami juga dipercayai menjejaskan stok arang batu yang digunakan untuk tujuan penjanaan tenaga.

“Saya amat takut dan saya masih bimbang,” kata Hidekatsu Hata, 36, pengurus sebuah restoran mi Cina di kawasan Akasaka di sini.

“Saya tidak pernah menyaksikan gempa bumi seburuk ini,” kata beliau.

Beberapa loji tenaga nuklear dan pusat penapisan minyak juga ditutup manakala satu loji keluli utama terbakar. Menteri-menteri Kabinet mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu-isu nuklear selepas laporan media mengatakan kerajaan akan mengisytiharkan situasi darurat tenaga nuklear, yang akan dibuat jika ada pengesahan kebocoran radioaktif atau sistem penyamanan reaktor dihentikan.

Sebuah hotel di Sendai runtuh dan ada mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian itu Pengeluar raksasa elektronik Sony Corp menutup enam kilangnya. (Sumber)

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...