Translate

Mesti Baca

Isnin, 5 Disember 2011

Ulasan: Kemana Perginya Sikap Bertanggungjawab Anwar?.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu.

Pada awal 1981 Anwar Ibrahim menggemparkan negara. Pemimpin belia yang dilihat paling dinamik dan berbakat mencorakkan lanskap politik Malaysia mengumumkan dirinya menyertai Umno.

Perisytiharan itu dibuat oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Perdana Menteri keempat Malaysia yang baru sahaja menaiki takhta beberapa bulan sebelumnya.

anwar ibrahim interview 241104 denialNegara terkesima. Takjub. Bagaimana Anwar yang belum lagi sempat melangsaikan perjuangan memimpin lebih 60 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika itu menentang pindaan Akta Pertubuhan yang dilihat mengongkong kebebasan berpersatuan boleh memilih menyertai parti kerajaan?

Maka pada sidang akhbar di Jabatan Perdana Menteri itu, wartawan tempatan dan antarabangsa bingkas bertanyakan prinsip perjuangan Anwar. Apakah sikapnya terhadap peraturan dan pelbagai akta yang mencengkam kebebasan dan hak rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah berubah?

Anwar menjawab ringkas tetapi tegas dan jelas : “Dulu kerajaan tidak mahu mendengar suara rakyat. Sebab itu, saya tentang. Tapi sekarang kerajaan (Dr Mahathir) lebih responsif terhadap tuntutan kita, maka kita harus bersikap lebih bertanggungjawab (responsible)”.

Bersorak Umno khasnya dan rakyat jelata amnya. Dr Mahathir pula meraih dividen politik yang amat besar dalam tempoh paling singkat memimpin Umno. Harimau muda dalam politik Malaysia itu berjaya dijinakkan dan rela bekerjasama dengannya. /Baca lagi.....

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...