Translate

Mesti Baca

Jumaat, 16 Disember 2011

Pemuda PAS Gesa JPA Tangguh SBPA, Terima Rintihan Cuepacs

Pemuda PAS menggesa kerajaan tidak tergesa-gesa dalam pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mahu ia dikaji semula dengan melihat kesan dan keberkesanannya supaya kepentingan kakitangan awam terpelihara.
Sehubungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, pihaknya bersetuju dengan gesaan Cuepacs supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA agar perbincangan dapat dibuat.
SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.
“Pemuda PAS juga meminta kakitangan awam supaya menangguhkan dulu menandatangan borang opsyen sebelum perbincangan dan keputusan dibuat oleh kerajaan berhubung isu ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Kata beliau, Pemuda PAS memandang serius tindakan Cuepacs yang semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA kerana didakwa kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu./Baca lagi........

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...