Translate

Mesti Baca

Ahad, 11 Disember 2011

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 8)

Jadual Kesembilan
 
[Perkara 74, 77]
Senarai Perundangan
Senarai I—Senarai Persekutuan
 
 1. Hal ehwal luar negeri, termasuk—

(a) Triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain dan segala perkara yang menghubungkan Persekutuan dengan mana-mana negara lain;
(b) Perlaksanaan triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain;
(c) Perwakilan diplomat, konsul dan perdagangan;
(d) Organisasi antarabangsa; penyertaan dalam badan antarabangsa dan perlaksanaan keputusan yang diambil dalam badan itu;
(e) Ekstradisi; pesalah buruan; penerimaan masuk ke dalam Persekutuan, dan emigrasi dan pengusiran dari Persekutuan;
(f) Pasport; visa; permit masuk atau perakuan lain; kuarantin;
(g) Bidang kuasa asing dan luar wilayah; dan
(h) Ziarah ke tempat-tempat di luar Malaysia.
2. Pertahanan bagi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, termasuk—
(a) Angkatan laut, darat dan udara dan angkatan tentera lain;
(b) Mana-mana angkatan tentera yang bertugas atau menjalankan operasi bersama dengan mana-mana angkatan tentera Persekutuan; angkatan pelawat;
(c) Kerja pertahanan; kawasan tentera dan kawasan larangan; pengkalan bagi angkatan laut, darat dan udara; berek, padang terbang dan kerja lain;
(d) Olah gerak:
(e) Peperangan dan keamanan; musuh orang asing dan orang asing musuh; harta musuh; perdagangan dengan musuh; kerosakan perang; insurans risiko perang;
(f) Senjata, senjata api, amunisi dan bahan letupan;
(g) Perkhidmatan negara; dan
(h) Pertahanan awam.
3. Keselamatan dalam negeri, termasuk—
(a) Polis; penyiasatan jenayah; pendaftaran penjenayah; kenteraman awam;
(b) Penjara; institusi pemulihan akhlak; rumah reman; tempat tahanan; percubaan akhlak bagi pesalah; pesalah juvana;
(c) Tahanan pencegahan; sekatan kediaman;
(d) Perkhidmatan risikan; dan
(e) Pendaftaran negara. /Baca lagi..........

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...