Translate

Mesti Baca

Sabtu, 10 Disember 2011

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 7)

Jadual Kelapan
 
[Perkara 71]
Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri
BAHAGIAN I
PERUNTUKAN TETAP
Raja bertindak ikut nasihat
1. (1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana undang-undang atau sebagai seorang anggota Majlis Raja-Raja, Raja hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau nasihat seseorang anggotanya yang bertindak di bawah kuasa am Majlis itu, kecuali sebagaimana yang diperuntukan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri; tetapi Raja berhak, atas permintaanya, mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Negeri yang boleh didapati oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan.
(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana undang-undang atau sebagai anggota Majlis Raja-Raja, jika Raja dikehendaki bertindak mengikut nasihat atau atas nasihat, maka Raja hendaklah menerima dan berindak mengikut nasihat itu.
(2) Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut (sebagai tambahan kepada fungsi yang pada melaksanakannya Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu:/Baca lagi.......

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...