Translate

Mesti Baca

Selasa, 6 Disember 2011

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 4)

Jadual Ketiga
 
[Perkara 32 dan 33]
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
BAHAGIAN I
PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG
1. (1) Seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika—
(a) Raja itu belum dewasa: atau
(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat dipilih; atau
(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.
(2) Sesuatu ketetapan di bawah seksyen ini tidak boleh diluluskan melainkan jika sekurangkurangnya lima orang anggota Majlis itu telah mengundi menyokongnya.
2. Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang Negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan yang diperihalkan dalam seksyen 4 dan, jika Raja itu tidak menerima jawatan itu, menawarkan jawatan itu kepada Raja yang Negerinya ialah yang berikut selepas Negeri yang pertama dalam senarai itu, dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan itu./Baca lagi......

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...