Translate

Mesti Baca

Ahad, 4 Disember 2011

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 2)

BAHAGIAN III
[Perkara 31]

PERUNTUKAN TAMBAHAN BERHUBUNG DENGAN KEWARGANEGARAAN

Menteri
1. Fungsi Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini hendaklah dijalankan oleh mana-mana Menteri Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong, dan sebutan dalam Jadual ini mengenai Menteri hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
2. Sesuatu keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini tidaklah tertakluk kepada rayuan atau kajian semula di dalam mana-mana mahkamah.
3. (Dimansuhkan).
4. (1) Menteri boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawai Kerajaan Persekutuan atau, dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri mana-mana Negeri, kepada mana-mana pegawai Kerajaan Negeri itu, mana-mana fungsinya di bawah Bahagian III Perlembagaan ini atau Jadual ini yang berhubung dengan kewarganegaraan melalui pendaftaran dan penyimpanan daftar-daftar, dan, berhubung dengan perintah-perintah di bawah perenggan (c) Fasal (1) Perkara 25 atau di bawah Perkara 26, mana-mana fungsinya di bawah Perkara 27 sebelum memutuskan sama ada hendak membuat suatu perintah yang sedemikian: tetapi mana-mana orang yang terkilan dangan keputusan seseorang yang kepadanya fungsi Menteri itu diwakilkan sedemikian boleh merayu kepada Menteri./Baca lagi.........

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...