Translate

Mesti Baca

Ahad, 4 Disember 2011

Kenali Perlembagaan Malaysia (Bhg 1)

Jadual Pertama
 
[Perkara 18(1), 19(9)]
Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian

Saya..................................................................beralamat di ............................dengan ini mengaku atas sumpah bahawa saya dengan sesungguhnya dan sepenuhnya menolak dan bersumpah meluputkan segala kesetiaan saya kepada mana-mana negeri atau Negara di luar Persekutuan, dan saya bersumpah bahawa saya akan jujur dan menumpahkan segala taat setia saya yang sebenar kepada Seri paduka beginda Yang di-Pertuan Agong dan akan menjadi seorang warganegara Persekutuan yang sebenar, setia dan jujur.


 Jadual Kedua

[Perkara 39]
BAHAGIAN I
[Perkara 14(1)(a)]
KEWARGANEGARAAN MELALUI KUAT KUASA UNDANG-UNDANG BAGI ORANG YANG LAHIR SEBELUM HARI MALAYSIA

1. (1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini dan kepada apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya sebelum Hari Malaysia, orang yang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang sebaik sebelum Hari Merdeka menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa mana-mana peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, sama ada melalui kuat kuasa undang-undang atau selainya;
(b) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka tetapi sebelum bulan Oktober 1962; Baca lagi......

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...