Translate

Mesti Baca

Isnin, 26 Disember 2011

Dendam Umno Besut Terhadap Sultan Terengganu.

Bendera Terengganu dikibar separuh tiang oleh Umno Besut.

Umno Besut bersikap separuh matang apabila mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang ketika rakyat Terengganu menyambut keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan yang dilakukan oleh Umno Besut yang dipimpin oleh Datuk Seri Idris Jusoh amat memalukan dalam keadaan beliau sendiri masih memakai gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerahkan oleh Sultan Mizan kepada beliau. Jika beliau dan pengikut setianya Datuk Rosol Wahid seorang yang mempunyai maruah, mereka patut mengembalikan semula gelaran tersebut kepada pihak Istana Terengganu.

Dendam mantan Menteri Besar Terengganu dan pengikut setianya masih terbuku dihati mereka disebabkan Idris Jusoh tidak dilantik semula untuk jawatan Menteri besar Terengganu untuk penggal kedua. Pelantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu oleh Umno telah ditolak pihak Istana yang ketika itu dipangku oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR). Kerana dendam itulah, Umno Besut cukup sinonim dengan perkataan 'Natang' (binatang) yang dilemparkan terhadap pihak Istana Terengganu. /Baca lagi.......

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

awaQ hang burokkan terengganu.. sial lah

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...