Translate

Mesti Baca

Jumaat, 2 Disember 2011

Dendam Mahathir Terhadap Pak Lah.

Nampaknya Mahathir masih menyimpan dendam terhadap Pak Lah walau pun sudah 3 tahun Pak Lah melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib. Mahathir yang terkenal dengan sikap 'Mudah Lupanya' tentang apa yang telah beliau lakukan selama 22 tahun menjawat jawatan Perdana Menteri. Beliau hanya nampak kesalahan orang sahaja sehinggakan beliau menyangka hanya beliau sahaja yang betul dan kerena itulah beliau mempunyai empat orang timbalan.

Pada era pemerintahannya yang disifatkan sebagai seorang diktator class dunia, beliau langsung tidak boleh mendengar walau satu bantahan pun. Hitam katanya maka hitamlah jadinya, putih katanya maka putihlah jadinya. Siapa pemimpin tertinggi Umno/BN yang berani menyanggah pendapat beliau semasa belaiu menjadi PM, maka akan dipancung pemimpin tersebut. 22 tahun para pemimpin tertinggi Umno menjadi tikus demi menyelamatkan karier politik dan periuk nasi masing-masing. 

Kenapa Mahathir tidak berani menentang tingkah laku Najib dan Rosmah sedangkan beliau tahu perkara sebenar?. Beliau hanya berani menyerang Pak Lah bagaikan singa tetapi bila berhadapan dengan Najib dan Rosmah, beliau hanyalah seekor tikus. Ini semua kerana untuk menyelamatkan karier politik  Mukriz dan juga perniagaan anak-anaknya yang masih lagi perlu dibantu oleh Najib. Dendam Mahathir terhadap Pak Lah hanyalah wayang semata-mata kerana diera Pak Lah, anak-anaknya kurang mendapat projek kerana banyak projek disapu oleh anak dan menantu Pak Lah./Baca lagi.....

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...