Translate

Mesti Baca

Khamis, 17 November 2011

Terkini: Ada Usaha Dari Pihak Kerajaan Untuk Menyelamatkan Tajudin Ramli.

 
Seorang menteri persekutuan dilapor mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan beberapa eksekutif kanan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menyelesaikan kes tuntutan hutang jutaan ringit membabitkan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia, Tan Sri Tajudin Ramli, yang dijadual dibicarakan pada Feberuari nanti.

NONEPercaturan di belakang tabir itu dipercayai berkaitan dengan dengan surat kontroversi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, 8 Ogos lalu yang mengarahkan GLC berkenaan membatalkan saman ke atas Tajudin.

Menurut sumber, mesyuarat percaturan itu sepatutnya bermula minggu ini, dengan kemungkinan GLC lain yang mahu mengheret Tajudin ke mahkamah mengaturkan pertemuan pada tarikh yang belum ditentukan.

Namun, tidak diketahui sama ada pertemuan itu telah dibawa ke pengetahuan lembaga pengarah GLC berkenaan kerana tiada sebarang pengumuman dimaklumkan kepada Bursa Malaysia berhubung usaha terbaru untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan.

Adalah difahamkan lagi, mesyuarat pertama yang dijadualkan adalah antara Nazri dan ketua pegawai eksekutif , Telekom Malaysia Bhd (TM) Zamzamraini Mohd Isa pada Selasa (15 Nov) ini.

azlanMenurut sumber lagi, Nazri meminta supaya mesyuarat dengan Zamzaraini, yang juga pengarah urusan TM, diadakan pada 15 November ini bagi membincangkan jalan penyelesaian mengenai pertikaian dengan Tajudin.

"Amat luar biasa bagi menteri persekutuan untuk campurtangan dengan mengadakan mesyuarat dengan sektor swasta atau GLC bagi menyelesaikan pertikaian yang membabitkan pihak ketiga kerana Tajudin bukan seorang penjawat awam. Tiada sebab bagi kerajaan untuk campur tangan bagi pihaknya," kata sumber yang biasa dengan urusan berkenaan.

"Apa yang ada bagi Nazri untuk camour tangan bagi menyelesaikan perkara itu?" /Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...