Translate

Mesti Baca

Rabu, 23 November 2011

S.O.S Buat Blog Greenboc.

Gua rasa sudah tiba masanya para pemimpin dan parti dalam Pakatan Rakyat agar menghulurkan bantuan buat blog Greenboc yang berada didalam masaalah kewangan. Blog Greenboc adalah blog yang mempunyai ranking tertinggi di Malaysia. Andainya blog Greenboc adalah blog pencacai Umno/BN, dah lama kaya dan memiliki komputer yang canggih-canggih.

Blogger Pakatan adalah individu yang terpenting dalam alam siber yang berkembang pesat ketika ini. Parti jangan tanya sumbangan mereka terhadap parti tetapi parti juga patut menanya diri sendiri, apakah sumbangan parti untuk blogger yang bertungkus lumus mempertahankan Pakatan Rakyat. 

Blogger Pakatan bukan seperti blogger Umno/BN yang seperti lembu kenyang kerana terlalu banyak dana masuk kedalam poket mereka sendiri sehingga ia menjadi perbalahan sesama sendiri. Ada blogger Pakatan yang hanya cukup makan kerana mempunyai pekerjaan kedua untuk sara hidup dan dengan sedikit wang dari iklan-iklan yang dipaparkan.

Komputer kapcai yang dimiliki oleh blogger Pakatan ada tempoh hayatnya dan apatah lagi dengan komputer Greenboc yang 24 jam sehari beroperasi. Jangan kata komputer, jika manusia pun boleh mati ma. Oleh itu gua sarankan agar para pemimpin Pakatan menghulurkan bantuan kewangan untuk Webmaster Greenboc semoga beliau dapat membeli komputer baru. Mesej ini gua tujukan kepada semua parti politik Pakatan Rakyat dengan berhubung terus kepada, 'greenboc@gmail.com'.

Blogger pakatan adalah benteng pertahanan buat Pakatan Rakyat dalam menepis segala dakyah jahat para pencacai Umno/BN dialam siber. Tanpa blogger Pakatan, gua jamin Pakatan boleh bungkus angan-angan mereka untuk ke Putrajaya. Bagi yang ingin menyumbang boleh terus berhubung dengan Webmaster Greenboc di email yang tertera diatas...... Salam berjuang buat semua blogger Pakatan, jasa lu gua akan kenang sampai ke mati.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...