Translate

Mesti Baca

Selasa, 8 November 2011

Selongkar Kembali: Ajaran Ayah Pin Telah Di Fatwakan Sesat, Tetapi Beliau Bebas Tanpa Apa-Apa Tindakan.



'Ayah Pin' atau Ariffin Mohd adalah satu nama yang sinonim dengan ajaran sesatnya yang dipanggil 'Kerajaan Langit'. Jika tidak silap gua, gua pernah berjumpa beliau pada era 80'an. Beliau adalah anak murid kepada Hassan Yaacob yang juga mentuanya. Hassan Yaacob telah membawa satu ajaran yang dinamakan 'Ajaran Hassan Anak Rimau' yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa.

Gua bukan mengenali beliau dengan dekat tetapi gua ada cerita untuk dikongsikan bersama lu all. Hassan Anak Rimau mempunyai dua anak murid yang paling kanan, Ariffin dan seorang lagi yang gua lupa namanya. Selepas kematian Hassan Anak Rimau, berlaku perebutan kuasa diantara mereka berdua yang mana kesudahannya, perebutan tersebut telah dimenangi oleh Ariffin.

Dengan pengikut yang ditinggalkan oleh guru/mentuanya, Ariffin berjaya menambahkan pengikutnya sendiri. Ajaran yang dibawa oleh Ariffin selepas kematian gurunya telah dikenali sebagai 'Ajaran Ayah Pin' oleh penduduk setempat dan telah pun diwartakan sesat. Walau pun beberapa kali didakwa oleh mahkamah syariah dan dipenjarakan, beliau tidak menunjukkan keinsafan malah beliau bertambah agresif menyebar ajarannya.

Gua pernah berhujah dengan beberapa orang anak murid 'Hassan Anak Rimau' / 'Ayah Pin' tentang apa yang dikatakan kehebatan ilmu mereka berkaitan ketuhanan. Mereka (anak murid) telah menganggap tahap keilmuan mereka sudah sampai ketahap tertinggi melebihi Muhammad Rasulullah s.a.w.. Jika anak murid pun sudah menganggap hebat, sudah tentulah gurunya sendiri dianggap 'Tuhan'. Gua tidak boleh menulis apa yang dihujahkan dengan mereka-mereka ini kerana mungkin ada yang tidak memahaminya.

Ramai dikalangan pemimpin Umno dan orang yang berpengaruh terpengaruh dengan ajaran yang dibawa oleh Ayah Pin. Mereka telah menyalurkan kewangan bernilai ratusan ribu/jutaan RM kepada Ayah Pin dan dengan dana inilah, beliau membina komplek diatas tanah milik isterinya. Maka terbinanya 'Kerajaan Langit' dengan berlatarkan 'Teko Gergasi' 'Payung' dan dikomplek tersebut juga terdapat struktur tempat pengikutnya bertawaf. Lu nak tahu siapa diantara pemimpin-pemimpin Umno celaka yang terlibat ???.

Jika mengikut apa yang berlaku sekarang nih semakin ramai Melayu yang mengaku Islam telah mengikut beliau secara tidak langsung. Pada pengamatan gua yang jahil nih, ada mereka-mereka ini yang telah menjadi sama taraf dengan 'Ayah Pin'. Malah, mungkin lebih hebat dari ilmu yang dimiliki oleh Ayah Pin itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...