Translate

Mesti Baca

Rabu, 30 November 2011

PRU 13 Semakin Hampir.

Laporan awal jawatankuasa pilihan khas berhubung proses memperbaiki sistem pilihan raya akan dibentangkan di Parlimen, Khamis ini.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata enam pendengaran awam telah diselesaikan dam jawatankuasa itu gembira dengan maklum balasnya.
“Saya rasa dalam senarai saya pada masa ini terdapat lebih daripada 100 cadangan, jadi kita perlu membincangkannya dan meneliti perkara-perkara yang saya anggap penting,” katanya dipetik Bernama Online.
“Kita sepatutnya melaporkannya pada minggu pertama April tahun depan tetapi kita telah memohon supaya Parlimen memberikan kita peluang untuk membentangkan laporan interim pada hari terakhir persidangan,” katanya kepada pemberita selepas menyaskikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Mimos Berhad dengan 13 rakan industri elektrik dan elektronik (E&E) bagi khidmat perkongsian dalam ‘Failure Analysis and Wafer Testing’, di sini hari ini.
Pendengaran awam pertama PSC diadakan pada 11 November di bangunan Parlimen, manakala yang kedua diadakan di Sabah selama dua hari, Jumaat lalu.
Pendengaran awam seterusnya dijadual diadakan di Sarawak (8-9 Disember), Pulau Pinang (15-16 Disember), Kelantan (7-8 Januari) dan Johor (12-13 Januari)./Sumber

2 ulasan:

Kuzie berkata...

http://malaysiandotcom.blogspot.com/2011/11/video-inside-skandal-nfchahrizat.html

Tanpa Nama berkata...

mudah2an ada perubahan dalam pru13 nnt.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...