Translate

Mesti Baca

Selasa, 22 November 2011

NFC: Bila Tauke Lembu Taja PapaGomo Untuk Men'Lembu'kan Umno.


Bila isu Nasional Feedlot Corporation (NFC) semakin hari semakin panas bagaikan gunung berapi yang sedang meletuskan lavanya tak kala NFC yang bijak berniaga membeli dua buah kondo mewah di One Menerung Bangsar. Serangan demi serangan yang bertali arus tanpa sedikit pun tidak menunjukkan keredaannya, maka NFC terpaksa mengupah beberapa blogger fasik tahap sial tampil untuk mempertahankan tindakan syarikat 100 peratus milik Melayu/Bumiputra itu.

Mereka mula mencanangkanlah kat blog-blog yang para bloggernya diberi upah yang agak tinggi atau lebih tepatnya 'blogger pencacai celaka tahap sial'. Untuk menunjukkan betapa mereka (blogger pencacai) berbaloi diberi upah yang agak tinggi itu, maka blogger-blogger yang menjadi pencacai itu mula mengunjungi Pusat Perternakan Lembu (NFC) yang bertaraf dunia itu bagaikan seorang 'saintis' lagaknya. Gua pada mulanya menyangkakan saintis-saintis yang lengkap berpakaian dari negara maju seperti New Zeland atau Australia, rupa-rupanya mereka adalah blogger celaka tahap sial yang diketuai Dr Papagomo Fasik, Celaka, Sial, Jkkk (kalau nak tulis kelulusanya, mau panjang barisnya)
Gua tinggalkan dulu tentang soal angka-angka atau RM-RM sebab ia adalah satu perkara yang seronok untuk diperkatakan kerana gua memberi ruang dulu kepada blogger-blogger celaka tahap sial yang dibayar upah memberi penghujahan mereka. Lu all jangan takut ler kerana gua nih cukup adil untuk isu ini dibahaskan oleh pakar-pakar putar alam mereka. Gua amat berminat tentang isu NFC nih pasal gua tahu bagaimana tauke lembu yang tak pandai bela lembu nih mengupah blogger-blogger lembu yang akan menglembukan Umno dengan hujah-hujah yang bertaraf pemikiran lembu.
Jangan tertipu dengan gambarajah dari blogger upahan.
Cantik dan bersih sungguh ladang lembu NFC (kalau tkut ilusi pelukis, boleh blah)

Papagomo dalam usaha mengLembukan Umno.

NFC memulakan breeding program pada May 2009 di Nasional Feedlot Central. 4 paddock dibina pada masa ini dengan pembersihan pokok akasia dan penanaman rumput. NFC breeding rate: 70% Brahman dan 65% Wagyu. (Papagomo).

Kenapa breeding program bermula May 2009 sedang projek ini sepatutnya bermula pada 2008 mengikut apa yang diluluskan oleh kerajaan Pak Lah dan Menteri Pertanian dan Asas Tani pada ketika itu, Muhyiddin Yassin. Nampaknya syarikat ini langsung tidak langsung mempunyai modal dan nyata mereka adalah jerung yang sedang menunggu dana RM 250 juta bersama dengan geran RM 6 juta, jumlah keseluruhannya ialah RM 256 juta. Ini tidak termasuk tanah ladang dari kerajaan N.Sembilan.

Ladang lembu NFC yang bernilai RM 256 juta, bersih sungguh.
Silap ladang pulak, ini bukan NFC yang bernilai RM 256 juta tetapi ladang orang kampung yang bernilai RM 250,000.

Fasa 2: Mengembangkan NFC dan Contract Farming Program atau bahasa mudahnya (bakal mangsa NFC jika projek mereka gagal, kambing hitam dah ada 310 untuk disembelih). 'Export  Quality Abattoir' kelolaan kerajaan perlu dibina segera supaya boleh menampung kapasiti seluruh projek 'contract farming' yang keperluan asasnya ialah, minimum 750 ekor sehari, perlu ada. Projek ini merupakan satu projek pembangunan sosio-ekonomi yang diusahasama antara kerajaan dan NFC. Jumlah penternak yang dicadangkan adalah 310 peserta. Projek ini akan dimulakan pada bulan Mei 2011 dan telah dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. (Papagomo)

Dahlah dapat RM 256 juta pun masih nak bantai lagi, kalau duit dah ada kenapa tidak segerakan 'export quality abattoir' dan masih lagi mengharapkan kerajaaan. Konon atas nama pembangunan sosio-ekonomi. Betul ker 750 ekor sehari telah berjaya kerana jika mengikut perkiraan, sekarang nih dah nak habis tahun 2011 tetapi kejayaan terbesar NRC ialah 20 ekor sehari dan yang selebihnya mungkin kepala orang-orang Umno kot. Oh lupa pulak, Raya Korban yang lepas baru-baru ini semua bekalan lembu hidup untuk seluruh negara adalah dari NRC. Gua rasa cukup ler maklumat yang diberikan oleh Papagomo si blogger upahan. Lu punya maklumat memang hampas dan gua rasa, gua lagi bagus dari lu nih.


Gua nak story pula tentang RM-RM pula kerana angka-angka nih memang buat gua kelabu mata macam CEO NFC and Sons. Gua tak tahu pula yang CEO (suami Shahrizat) begitu bodoh dalam mempertahankan tindak-tanduk NFC and Sons, atau lebih layak gua katakan yang beliau telah mengLembukan orang-orang Umno yang cerdik pandai nih.
Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, semasa menjawab dakwaan PKR yang mempersoalkan pembelian unit-unit kondominium di Bangsar oleh syarikat itu, berkata pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakan untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.
“Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi. Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun,” katanya di satu sidang akhbar di Gemas pada Khamis.

Persoalan gua, apakah NFC benar-benar mempunyai kepakaran dalam perternakan lembu sehinggakan projek ini boleh tergendala dan beliau tidak menunjukan kekesalan sehingga sanggup mengatakan itu bukan kesilapan NFC and Sons, habis kesilapan siapa sebenarnya. Ini bukan projek RM 100,000 atau RM 1 juta atau RM 10 juta tetapi ia projek berskala besar iaitu RM 256 juta dari dana awam dan bukannya milik mak bapak Umno. Kenapa sebelum dana tersebut sampai kat tangan, macam-macam perancangan dan janji diluahkan seperti ada kilang gula kat bibir Lembaga Pengarah NFC and Sons sehingga gua dengar pun gua kata memang NFC adalah syarikat class dunia.

Bernama melaporkan, Mohammad Salleh berkata yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

Ini menunjukan yang NFC and Sons langsung tiada kepakaran dalam perternakan lembu kerana mereka sendiri tidak tahu mengunakan dana tersebut dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah satu pinjaman mudah dengan kadar 2 % setahun. Persamaan dengan bayaran RM 12.5 juta setahun dan ianya tidak termasuk bayaran pokok. Mereka hanya bijak mempergunakannya untuk kepentingan diri semata-mata. Mereka tahu jika dana tersebut diambil semuanya maka bayaran akan bermula dan itu pun jika ada tempoh bila bayaran balik akan dimulakan. Jika mengikut IKS, bayaran balik pinjaman bermula 6 bulan selepas semua pinjaman diberikan oleh pihak bank, itu IKS dan gua tak tahu pula dengan penjanjian pihak kerajaan dengan NFC and Sons. Gua boleh pastikan perkara ini tidak akan dikenakan terhadap NFC and Sons kerana kabel mereka terlalu besar dan bukan class kita untuk dicapai. Gua petik lagi apa yang dikatakan oleh pihak NFC and Sons tentang isu ini.


Perunding korporat dan kewangan NFC, Zakaria Mohammad berkata kumpulan itu menerima rebat kira-kira RM700,000 setiap unit selama dua tahun daripada pemaju dan pemaju juga membuat urusan supaya NFC mendapat sewaan daripada unit dengan pendapatan kira-kira RM200,000 setahun. Katanya, NFC akan memperoleh kira-kira RM3.6 juta daripada kedua-dua unit berkenaan bagi dua tahun pertama pada 2010 dan 2011 yang semuanya dikreditkan kepada kumpulan NFC.
Inilah kenyataan bodoh dari pihak NFC and Sons bila mengatakan yang mereka mendapat rebat kira-kira RM 1.4 untuk kedua-dua unit kondo sedangkan mengikut penjanjian antara pemaju dengan pembeli bumiputra akan diberi 5 % sehingga 10 % diskaun untuk setiap unit rumah. Jika harga 1 unit kondo itu bernilai RM 6,964,000 maka secara automatiknya dikurangkan sebanyak RM RM 696,400. Semua tahu pembeli rumah bumiputra cukup sukar menjual kembali rumah mereka melainkan jika mereka membeli tanpa mendapat diskaun atau bahasa mudahnya kouta bukan bumiputra, itu pun mesti mendapat kelulusan dari Menteri Besar jika ingin menjual kepada bukan bumiputra.

Gua nampak NFC and Sons cuba memperbodohkan orang-orang Umno bila menyebut tentang perolehan mereka sebanyak RM 3.6 juta bagi dua tahun pertama dari pelaburan kondo mewah itu. Gua pun tak tahu mana datangnya duit sebanyak itu untuk pembelian  2 unit kondo yang bernilai RM 12,528,000 selepas ditolak rebat sebanyak RM 1.4 juta dan apa yang gua boleh simpulkan disini ialah...
  • Sewaan kondo RM 200,000 x 2 unit x 2 tahun = RM 800,000
  • Kenaikan harga RM 700,000 x 2 unit x 2 tahun = RM 2,800,000 (ini jika kondo yang berharga RM 6,264,000 dapat dijual dengan harga RM 7,664,000 seunit selepas dua tahun)
  • Maka disinilah letaknya angka RM 3.6 juta yang dikatakan itu.
Alasan lebihan tunai kerana nak tunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan siap adalah satu perkara yang dangkal dan pembohongan semata-mata. Jika berlaku lebihan tunai, kenapa buat perlaburan dalam hartanah? Kenapa tidak dilaburkan dalam simpanan tetap jangka pendek. Tidakkah perlaburan hartanah cukup berisiko dalam keadaan 66,328 unit kondo yang masih belum terjual dinegara ini. Maka sampailah cita-cita mereka mengLembukan orang-orang Umno dan blogger-blogger pencacai celaka tahap sial kerana inilah kerja mereka dalam memperkayakan para keluarga dan kroni-kroni mereka. Kesudahannya, mereka bertambah-tambah kaya dan projek tersebut akan menjadi projek gajah putih,  selepas itu pakat-pakat isytihar muflis. Gua rasa, hadap Pak Lah, Muhyiddin, Shahrizat dan pemimpin-pemimpin Umno yang terlibat kemuka pengadilan. Bagi pengajaran sikit kat puak-puak celaka ini yang menjadikan harta rakyat macam mak bapak dia yang punya.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...