Translate

Mesti Baca

Khamis, 10 November 2011

Lu Jadi PM Arab Saudi Wahai Haji Najib.

Bukan main berlagak lagi apabila Haji Najib pulang ke Malaysia dan siap ketuk tin kosong bagi tahu kat rakyat Malaysia yang Raja Abdullah memuji beliau. Gua rasa lu jadi Perdana Menteri Arab Saudi ler dan Hajjah Rosmah pula boleh jadi First Lady Arab Saudi, rakyat Malaysia mesti bangga sama lu dan Hajjah Rosmah. Duk sana lagi bagus, pasal negara kaya dan boleh ler Hajjah Rosmah shooping sakan sampai hilang akal. Orang kampung buta huruf dan orang Umno celaka yang buta hati lu boleh temberang tapi bukan orang yang celek IT sekarang nih.

Tentang sambutan yang diberikan pula, lu cepat-cepat buat kenyataan sebelum lu diserang tentang sikap berlebihan yang lu telah tonjolkan. Sejak lu kahwin dengan Hajjah Rosmah, banyak pula temberang lu nih, macam orang tahu bagaimana Kedutaan dan Kementerian Luar Malaysia telah mengarahkan agar lu disambut dengan penuh meriah. Kerajaan Arab Saudi juga diminta menyediakan pengawal untuk mengawal lu, Hajjah Rosmah dan rombongan lu, betul tak Haji Najib...!!!

Memang tak pernah dalam sejarah pemimpin Umno celaka diberi perhormatan berucap di Istana Mina melainkan pencacai lu, Khir Baharom tapi setakat dalam istana jer. Tetapi sudah ada dalam sejarah ulama-ulama Tanah Melayu yang menjadi Iman di Masjidil Haram dan di Masjidil Nabawi, antaranya TGHH tapi akhbar pencacai tak pernah siar pun. Kalau gua nih bijakpandai, gua akan pilih menjadi Iman di dua tempat suci ini daripada berucap didalam Istana Mina.

Nasib baik ler Haji Najib tak masuk dalam Kaabah, kalau tak gua pasti heboh satu dunia malah lebih hebat daripada Haji Mahathir yang pernah merasainya. Memang Haji Najib teringin sangat-sangat untuk berada dalam Kaabah (macam gua dan seluruh umat Islam) tetapi disebabkan Hajjah Rosmah tidak dibenarkan masuk maka melepaslah Haji Najib.Gua petik artikel dari Bernama dan lu sendiri baca....

Najib Dakwa Raja Abdullah Sokong Kepimpinannya

Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia diberi penghormatan luar biasa oleh kerajaan Arab Saudi ketika beliau berada di negara berkenaan bagi menunaikan ibadah haji.

NONEPerdana Menteri berkata, tidak pernah dalam sejarah, Malaysia diberi penghargaan apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, diberi penghormatan untuk memberikan ucapan dalam bahasa Arab di Istana Mina dan mendapat pujian yang tinggi oleh semua yang hadir.

"Saya juga telah berkesempatan bercakap menerusi telefon dengan Raja Abdullah (Raja Arab Saudi) yang berada di Riyadh selama 25 minit, dan baginda telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan kita di Malaysia.

"Malam tadi, saya merupakan ketua kerajaan yang pertama dapat berjumpa dengan Putera Mahkota yang baru, Putera Naif dalam satu pertemuan yang berlangsung selama sejam setengah.

"Ini menujukkan bahawa kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Abdullah yang merupakan 'Custodian of the holy mosque' (pengawas Masjidil Haram) dan seluruh kepimpinan Islam kerajaan Arab Saudi memandang tinggi kepada Malaysia dan kerajaan kita," katanya dalam ucapannya sebaik tiba dari tanah suci di Kompleks Bunga Raya KLIA di Sepang, hari ini.

Najib dan rombongan yang termasuk isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah, tiba dengan pesawat khas pada 3.25 petang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman hadir menyambut kepulangan Najib dan rombongan.

Najib melahirkan penghargaan kepada Muhyiddin kerana telah menjalankan pentadbiran dengan begitu baik sepanjang beliau tiada di dalam negara.

"Terima kasih juga yang hadir sambut ketibaan saya dan isteri serta rombongan. Alhamdulilah, kami telah selesai melakukan ibadah haji dan mudah-mudahan Allah akan menerima ibadah dan menerimanya sebagai haji mabrur.

"Maka dengan ini, kita akan meneruskan perjuangan kita dengan semangat dan kekuatan serta keimanan untuk memastikan matlamat dan cita-cita kita akan tercapai," katanya. Bernama

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...