Translate

Mesti Baca

Selasa, 15 November 2011

Haji Najib Semakin Pening Kepala Menjelang PRU13, Makan Panadol ler.


PRU 13 sentiasa menjadi tanda tanya buat semua rakyat Malaysia dan ahli politik amnya. Lobi melobi mula kedengaran dalam persaingan untuk menjadi calon. Bakal-bakal yang merasakan mereka mempunyai pontesi sebagai calon mula bermesra dengan warga marhaen. Haji Najib semakin pening kepala untuk menentukan tarikhnya dan satu pertemuan diantara parti komponen akan diadakan selepas beliau pulang dari persidangan APEC nanti. Gua punya jin-jin pun belum lagi memberi pentunjuk kepada gua kerana mereka masih cuba berinteraksi dengan jin Hajjah Rosmah. Tapi gua terang-terang bagi tahu kat pemimpin Umno, gua punya harga RM 500,000 untuk PRU ini sahaja.

Berbalik kepada isu pilihan raya umum, Umno semakin tertekan dengan apa yang berlaku mutakhir ini.  Para penasihat Haji Najib melihat Haji pada tahun ini satu platform yang baik untuk menaikkan semula imej Haji Najib yang teruk tercalar mengikut kajian Merdeka Center. Kerana itulah Haji Najib ditonjolkan sebegitu rupa oleh media pencacai semasa beliau mengerjakan haji bersama rombongannya. Cerita dan gambar-gambar beliau yang dikepong dengan layanan first class oleh kerajaan Arab Saudi, hanyalah untuk tatapan makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat kampung dan bukan untuk warga yang celek politik. 

Ini juga sebagai satu mesej buat rakyat marhaen bahawa PRU 13 sudah semakin hampir. Haji Najib akan mendengar dari para penasihatnya, adakah haji yang dilakukan telah menaikkan kembali populariti beliau. Beliau pun tahu, gua pun tahu dan semua pemimpin Umno pun tahu, bahawa Hajjah Rosmah adalah satu liabiliti buat beliau disebabkan sifat ego dan borosnya. Baik-buruk, busuk-wangi, hodoh-comel, gemuk-kurus Hajjah Rosmah tetap isteri kesayangan beliau dulu, kini dan mungkin juga akan datang.

Tapi apakan daya, segala usaha telah dilakukan tetapi Qada' dan Qadar Allah s.w.t. tiada siapa yang dapat menafikannya. Bila pulang ke Malaysia, Haji Najib tersentak dengan isu lembu tinggal dalam kondo mewah yang dengan jayanya dimainkan oleh PR. Isu ini benar-benar memerangkap Umno dan Haji Najib yang masih dalam usaha mencari simpati rakyat, bahkan ia juga melibatkan Hajjah Rosmah. Malaysia sentiasa memeranjatkan dunia dengan isu yang pelik tapi benar. Isu ini bukan melibatkan ribuan atau tarusan ribu atau jutaan atau puluhan juta tetapi ia melibatkan ratusan juta RM dana awam. Nampaknya Haji Najib, Hajjah Rosmah dan para panglimanya cuga meLEMBUkan rakyat.

Kali ini gua akan tumpukan isu Syarikat Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) milik suami dan anak-anak menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil. NFC telah dikurniakan tanah seluas 5,000 ekar diGemas, Negeri Sembilan. Dengan peruntukan permulaan sebanyak RM 73.64 juta, projek ini bermula pada tahun 2008 semasa Pak lah menjadi Perdana menteri dan Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Jadi jangan hairan dengan lalakan dari ketua Pemuda Umno, KJ kerana beliau tahu tentang perkara ini terlibat semasa era mentuanya menjadi PM.

Projek NFC yang melibatkan dana awam sebanyak RM250 juta ini sepatutnya mula menghasilkan 8,000 ekor lembu pada 2010 yang mana ia cukup untuk keperluan 40 peratus (1,500 sehari) pengeluaran daging di negara ini. Oleh kerana projek ini melibatkan orang-orang yang berpengarus, salah urus yang tiada kesudahan ini menyebabkan 3,289 lembu berkeliaran diladang tanpa diurus dengan baik. Sekarang ini hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor yang dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.
NONE

Menurut Laporan Ketua Audit Negara projek itu cukup bermasaalah sehingga memaksa syarikat Menteri Besar Negeri Sembilan Perbadanan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.

Ironiknya daging NFC ini dinamakan 'Gemas Gold' bernilaiRM184 untuk satu kilogram, lembu-lembu NFC dicanangkan sebagai daging Wagyu yang menjadi lengenda dan amat diminati ramai. Seekor lembu Wagyu boleh dijual antara RM30,000 hingga RM60,000. Lembu 'Gemas Gold' ini pula berdasar wang dibelanjakan ialah  RM55,000 sekor pada 31 julai.

Nampaknya Pak Lah, Muhyiddin Yassin, Noh Omar dan Haji Najib telah berbohong kepada warga marhaen tentang isu NFC. Keseluruhan pinjaman mudah dan geran berjumlah RM256 juta telah dikeluarkan oleh syarikat penternakan lembu yang dimilik suami dan anak-anak Shahrizat. Rekod telah menunjuk sejumlah RM130 juta telah dimasukkan kedalam akaun NFC pada tahun 2008.

Manakala pada pada 13 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC dan 6 Mei 2009 pula NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad. Apa yang difahamkan, dari simpanan tetap itu telah memberi pulangan sebanyak RM406,000 setahun dan mereka sekeluarga telah melancung keluar negara dengan kos RM8,00,000 bersumberkan dari duit NFC.

 Kondo mewah One Menerung RM9.8 juta yang dikatakan dibeli oleh NFC untuk keselesaan anggota-anggota lembunya.

Kes pembelian kondo mewah oleh keluarga Shahrizat di One Menerang melalui NFC amat memeranjatkan kerana ia bersumberkan wang daripada peruntukkan projek Lembu yang bernilai RM256 juta. Gua jamin duit yang bernilai ratusan juta itu akan lenyap tanpa dapat dikesan kerana SPRM suruh polis ambil kes, polis pula suruh SPRM yang lakukan, ini apa cerita nih. Dua jabatan yang tak ada teloq bila melibatkan Ketua Wanita Umno dan tiada bezanya dengan kes Ketua Wanita Umno dulu, Rafidah Aziz dengan pembahagian saham-saham kepada nenantunya sehingga menjadi kaya raya. 

Jika lu susah sangat biar gua sendiri ambil kes nih. Gua rasa mereka-mereka nih boleh didakwa dibawah Akta 613 Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah jenayah oleh perkhidmatan awam atau ajen. Seksyen 409 Kanun Keseksaaan menyebut 'Barang siapa yang telah diberi amanah terhadap sesuatu harta atau kawalan terhadap harta, dalam kapasiti sebagai penjawat awam atau ajen telah melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta itu hendaklah dihukum'. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimun dua puluh tahun penjara dengan senbatan dan denda jika sabit kesalahan.

Lu Pak Lah duk diam-diam ler pasal hangpa lu tak bagi orang kacau Shahrizat dan hanya suruh tanya laki dia jer. Lu tak boleh kata perkara nih dah lama dah, sedangkan isu ini dalam pengetahuan lu dan Muhyiddin semasa lu jadi PM. Baru nak masuk 4 tahun, lama apenya lainlah yang dah memang lama pun (umur). Jangan jadi bodoh dan cuba nak perbodoh warga marhaen pulak, jika isteri dia tiada apa kuasa, lu berani ker nak bagi RM250 juta dan mungkin lu bagi pasai dia kroni lu.

Jangan jadi macam Mahathir 'Separuh Melayu yang Mudah Lupa' tuh, semua kesalahan yang dilakukan dikata tak tahu, tak ingat tapi bila orang sebut jasa dia, belum sebut jasa pun dah mengaku bagai nak rap. Lu tiada hak untuk mendiamkan isu ini walau pun lu bekas PM, gua ape peduli. Ada banyak lagi yang gua akan dedahkan tapi nilainya tetap RM500,000, apalah sangat dengan RM500,000 nih berbanding lu Umno yang songlap berbilion duit rakyat.
Bersambung.......

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...