Translate

Mesti Baca

Isnin, 28 November 2011

Apa Guna menyambut Maal Hijrah, Jika Pemikiran Masih Menyokong Kesesatan...!!!!! (Bhg 1)


Setiap 1 Muharram kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Umno mengadakan sambutan kelendar Islam dan mengadakan anugerah 'Tokoh Maal Hijrah' dengan menyediakan sijil dan juga hadiah wang tunai kepada sesiapa yang terpilih. Jika dulu, hanya kepada orang yang beragama Islam sahaja tetapi sekarang ia diberi juga kepada yang bukan Islam. Mungkin kerana hendak menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang patut dicontohi oleh semua negara-negara umat Islam diseluruh negara, kerana itulah diadakan sambutan 'Maal Hijrah' dan juga pertandingan 'Melagukan Al-Quran' diperingkat negara dan juga peringkat antarabangsa.

Adakala sambutan yang dibuat melampau batas-batas yang sepatutnya disebabkan ingin menunjuk-nunjuk kepada dunia betapa hebatnya Malaysia. Apatah lagi bila Islam liberal yang menjadi anutan para pemimpin Umno mendapat pujian daripada 'Polis Dunia', Amerika dan sekutu-sekutu baratnya. Maka dijajalah oleh para pemimpin negara yang diketuai Najib and Rosmah sehinggakan masa yang dihabiskan banyak diluar negara daripada dalam negara. 

Apa guna sambutan Maal Hijrah yang disambut setiap tahun jika tidak menghayati apa pengertiannya. Sebagai umat yang mengaku sebagai umat Muhammad s.a.w., maka tekadkan dihati agar melakukan penghijrahan dengan menolak Umno yang terang-terangan menentang Allah dan Rasulnya. Bukan itu sahaja, malah mereka mendusta dan mempermain-mainkan ayat-ayat Allah dan Sunnah Rasulnya. Mereka menjadikan hukum Allah sebagai bahan lawak sesama mereka tanpa menghiraukan kesan daripada apa yang mereka perkatakan. Marilah kita renungkan kembali satu kisah bagaimana hijrahnya seorang raja dizaman Rasulullah s.a.w.

Telah diriwayatkan bahawa Habib bin Ibnu Malik adalah seorang raja dari beberapa raja zaman jahiliah di kota Syam dan orang-orang Arab menamakannya 'Raihaanatu Quraisyin'.

Ketika Raihanah Quraisy itu menerima surat dari Abu Jahal yang maksudnya untuk ini, sebagaimana yang sudah berlalu maka dia Habib bin Malik mengenderai kudanya dan bersertanya dua belas ribu perkuda dan dia singgah di Abthah, suatu tempat yang sudah dekat dengan kota Mekah. Abu Jahal pun berserta pembesar-pembesar Mekah keluar menyambut mereka dengan membawa bermacam-macam hadiah dan penghiasan.

Setelah Abu Jahal dan para pengikutnya sampai di Abthah, maka raja Habib bin Malik mempersilakan Abu Jahal duduk disebelah kanannya serta bertanya kepadanya tentang Nabi Muhammad. 

Maka Abu Jahal berkata : "Tuan, sebaiknya tuan bertanya kepada Bani Hasyim".

Raja Habib bin Malik pun bertanya kepada mereka : "Bagaimana pendapatmu mengenai Muhammad?".

Mereka menjawab : "Kami kenal dia sejak kecil selalu jujur dan benar kata-katanya. maka ketika dia sampai berumur empat puluh tahun, dia mencela tuhan-tuhan kita dan memunculkan agama yang bukan agama nenek moyang kita".

Kata raja Habib bin Malik : "Bawalah olehmu sekalian akan Muhammad dengan baik-baik, kalau dia membangkang maka dengan kekerasan".

Mereka pun mengutuskan salah seorang kepada Muhammad. maka Rasulullah s.a.w. keluar disertai oleh Abu bakar r.a. dan Siti Khadijah r.a. isterinya yang kedua-duanya dengan menangis sambil berkata : "Kami khawatir terhadap kekejaman orang kafir kepada engkau, yakni perkosaannya, usahanya mengalahkan engkau serta murkanya kepada engkau".

Maka baginda bersabda : "Janganlah kamu kedua menghawatir aku dan serahkanlah urusanku kepada Allah".

Lalu Abu bakar r.a. mengaturkan pakaian baru berwarna merah dan serban hitam kepada baginda. Lalu Rasulullah s.a.w. mengenakan keduanya terus keluar sampai berhenti dihadapan raja Habib bin Malik, sedang Abu bakar r.a. disamping kanannya dan Siti Khadijah r.a. berada dibelakangnya.

Tatkala raja habib bin malik melihat nabi s.a.w., maka dia berdiri memberi hormat kepada Nabi s.a.w. dan menyediakan sebuah kursi dari emas untuk baginda. Sedang Siti Khadijah berdoa;
"Yaa Allah, tolonglah Muhammad dan terangkanlah hujjahnya/jawabannya".

Ketika baginda duduk dihadapan raja Habib bin Malik sedang cahaya baginda memancar di wajahnya serta baginda dalam keadaaan tenang dan leher-leher sama tampak menjulur kagum dan wibawa baginda menyasar kepada orang-orang, maka raja raja Habib bin Malik mengangkat kepala sambil berkata : "Hai Muhammad, engkau tahu bahawa para nabi itu semuanya mempunyai mukjizat, maka apakah engkau juga mempunyai mukjizat?".

Maka baginda s.a.w. bersabda : "Apakah yang engkau kehendaki?".

Raja Habib bin Malik berkata : "Saya menghendaki agar matahari terbenam dan bulan keluar serta turun kebumi dan terbelah menjadi dua, kemudian masuk dibawah sarungmu lalu yang separuh keluar dari lengan bajumu yang kanan dan yang separuh lainnya keluar lewat lengan bajumu yang kiri. Kemudian bulan itu kumpul lagi menjadi satu diatas kepalamu dan bersaksi terhadap keutusanmu, lalu kembali kelangit menjadi bulan yang bersinar kemudian terbenam. Dan sesudah itu matahari terbit dan berjalan ketempatnya seperti semula".

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila aku sudah melakukan itu semua, apakah engkau mahu beriman kepadaku?".

Kata raja Habib bin Malik : "Ya mau, dengan syarat kamu dapat memberitahukan kepadaku apa-apa yang ada didalam hatiku".

Maka meloncatlah Abu Jahal dan berdiri dihadapan raja Habib bin malik seraya berkata : "Wahai tuan raja, engkau telah baik dan engkau telah mengatakan kata-kata yang tepat"
Bersambung......

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assaalamualiakum...Saudara, tak sabar nak baca bahagian ke-2....mohon segera hari ini juga....wassalam.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...