TUNJUK SOKONGAN ANDA

GERAKAN BEBASKAN MEJAR ZAIDI AHMAD
MejarZaidi

Mesti Lihat

Selasa, 21 Jun 2011

Apa Yang Tidak Kena Dengan Rosmah Dan Najib.

rosmah 
 Gambar paling cun Rosmah macam anak dara.... Botox oh Botox, apa yang kau lakukan pada 'First Lady' kami
Apa yang tidak kena dengan Rosmah.

Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (isteri Tunku Abdul Rahman) tidak pernah dilihat sebagai beban (burden) kepada suaminya. Begitu juga dengan Tun Rahah Tan Sri Noah (isteri Tun Razak) dan Tun Suhaila Tan Sri Noah (isteri Tun Hussein Onn).

Malahan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (isteri Tun Mahathir), Datin Seri Endon Mahmood dan Datin Seri Jean Abdullah (kedua-duanya isteri Tun Abdullah Ahmad) pula dilihat sebagai pendokong kuat kerjaya suami mereka – yang semuanya Perdana Menteri. Mereka dilihat sebagai isteri-isteri PM yang sangat supportive. Imej mereka baik dan mereka disayangi rakyat jelata.

Seingat saya, paling teruk pun yang dikutuk dalam kalangan mereka adalah Tun Dr Siti Hasmah. Itu pun kerana dikatakan bahawa Tun Siti Hasmah memakai rambut palsu. Itu sahaja. Ia hanyalah kutukan untuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu yang sakit hati. Tiada lebih.

Namun malangnya, wanita pertama negara pada masa ini sangat kontradik. Dia tidak dilihat sebagai aset sebaliknya liabiliti. Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara tercinta kita, Malaysia.

Satu masa yang lalu, dua orang pelajar UM ditangkap kerana didakwa cuba mensabotaj kehadiran Rosmah Mansor ke Universiti Malaya. Secara jujurnya, saya juga tidak bersetuju dengan apa yang mereka lakukan (jika benar mereka melakukan). Namun pada masa ini, bukan lagi untuk fikirkan soal setuju atau tidak. Ia dah jadi soal yang sudah lepas, sejarah. Pada masa ini, kita harus memikirkan kenapa sebegitu teruk imej wanita pertama negara Malaysia kita ini. Di mana silapnya?

Datin Seri Rosmah Mansor mungkin akan kembali menjawab . “I’m not a politicion and i’m not running for any post, i’m just the wife of a politician” – satu jawapan yang ringkas tapi sangat luar biasa mengerikan. (Sumber)

Apa yang tidak kena dengan Najib dan Rosmah.

Sebelum rakyat dan ahli-ahli UMNO memberikan lagi sokongan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri negara, wajarlah tingkahlaku dan dosa anak Perdana Menteri kedua Malaysia ini diselidiki sepenuhnya. Tolak ketepi dahulu kebarangkalian pengbabitannya dengan pembunuhan ngeri Altantuya Sharibuu yang mengaibkan kerajaan Malaysia di mata dunia. Imbasan ringkas sejarah busuk Najib dan isterinya Rosmah sudah cukup untuk mengajar kita betapa bahaya parti dan negara jatuh ke tangan gandingan suami-isteri (atau lebih sesuai, ISTERI-suami) ini.

Belum sempat keperitan hati keluarga mangsa-mangsa Helikopter Nuri diubati, kronisme dan nepotisme Najib-Rosmah terserlah dengan penggantian Nuri dengan Eurocopter, meskipun ia merupakan model paling mahal sejauh 25% dan tidak diuji medan perang. Mengapa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan sekian lama enggan memeterai perjanjian untuk Sikorsky Blackhawk yang jauh lebih murah dan mempunyai rekod cemerlang di zon-zon perang?

Jawapannya datang dalam bentuk seorang adik bernama Nazim Razak yang muncul berkecimpung dalam isu-isu pertahanan negara sungguhpun merupakan seorang arkitek. Dengan rangkaian luasnya dengan pencipta-pencipta Eurocopter, Nazimlah sebenarnya yang menandatangani perjanjian Eurocopter sekaligus meraih komisen besar sewaktu rakyat Malaysia sibuk memikirkan kos sara hidup yang kian meningkat.

Yang cukup membimbangkan kita, sebenarnya bukan Najib yang berkomplot langsung dengan adiknya Nazim dalam hal Eurocopter ini. Tetapi isterinya Rosmah, yang berkelakuan seperti wanita sihir atau "witch" dalam cerita kanak-kanak Inggeris! Rosmah cukup bijak; wanita durjana ini menghabiskan wang yang diberi Nazim, untuk bersuka ria di London. Siapa tak kenal Rosmah dan perangai borosnya itu di negara perantauan. Dalam satu kes, cukai-tambah-nilai sahaja dilaporkan oleh penguatkuasa di England sebanyak 50, 000 pound (sekitar RM350 000)! Jika cukainya yang tak sampai 20% pun sudah bernilai RM350 ribu bayangkanlah berapa tinggi nilai sebenar perbelanjaannya.

Tak cukup lagi dengan keborosan di kedai-kedai mewah di London, Rosmah juga menghabiskan RM 500 ribu untuk pembedahan plastik dan botox di London tahun lepas. Jika tak percaya, lihat sajalah wajah wanita sihir itu dulu dan sekarang; mustahil cukup tempe di Malaysia ini!

Mungkin sikap Rosmah ini tidaklah memeranjatkan, jika kita lihat sejarahnya yang lampau. Sudahlah mencuri suami orang (Najib pada awalnya berkahwin dengan Tunku Puteri), Rosmah cuba sedaya upaya menghalang Najib untuk menghadiri majlis akad nikah anaknya sewaktu bersama Tunku Puteri, Nizar Najib bersama anak usahawan mahsyur dan bekas Exco Wanita UMNO Malaysia Dato' Maznah Hamid. Kuatnya pengaruh Rosmah ke atas suaminya, Najib hampir-hampir akur dengan saranan Rosmah untuk tidak ke majlis tersebut.

Setakat ini sahaja bahagian satu siri Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia.
Tiga isu yang dikupas setakat ini:

1) Perjanjian kronisme Eurocopter yang menguntungkan Rosmah
2) Perbelanjaan lumayan Rosmah di London (wang rakyat!!)
3) "Queen Control" hinggakan perkahwinan anak sah Najib pun tidak direstui

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa kupaskan cerita ni yang lebih mantap lagi

Tanpa Nama berkata...

ni gambar edit la..sume org boleh buat mcm tu..hee pasal ni pon nk kecoh ...good job buat la fitnah serakah sampai korang berjaya..jgn lupa plak setiap benda yg korang aibkn akan ade balasanya....allah maha adil.

Tanpa Nama berkata...

pegi la mati edit ke x edit..kita boleh menceritakan tentang keburukan orang yang akan menepikan agama, menindas rakyat, menjatuhkan negara, menyusahkan rakyat..boleh je nak aibkan die..memang la Tuhan Maha Adil..sbb tu dalam Islam dibenarkan mengaibkan orang macam ni..xjatuh hukum fitnah kalau utk kebaikan agama dan rakyat tertindas..ni semua xngaji ilmu agama la ni..suh dgr ceramah Ustaz Azhar xnak..pegi berhibur sana sini..thank you blogger,cari lagi banyak2 cite macam ni..bia sedar sikit orang yang berada di pihak anjing yang xnak terima hukum Allah ni..

Tanpa Nama berkata...

haha... Bab tepikan agama tu aku x mau komen. Tak pernah dengar statement tuan punya badan pun. Bab tindas rakyat, jatuhkan negara, susahkan rakyat... yg ni aku sangkal. setakat ni aku x pernah rasa tertindas, terjatuh dan tersusah pun dengan sebarang tingkah laku Rosmah Mansor. Bersihkan jiwa sendiri dr hasad dengki. Pi la ngaji dengan UAI jugak.

Tanpa Nama berkata...

baru dapat duit BR1M daaahhhhh nk seronok....patut la penyangak2 ni bleh hidup lagi sbb ada org yg boleh dibeli dengan duit....g study harga subsidi minyak...study tu maksudnya bukannya hanya pikir tanpa citation....pikir dgn akal yg BERSIH....pas2 tengok plak pasal bayaran AES...mana pegi duit rakyat yg byr cukai byk2 nih....buat pe nk bayar royalti kat company yg supply.dh la x efisyen...bas dgn lori yg patut maximum speed 90km/j kt hiway AES x boleh differentiate.bas2 dgn lori2 yg laju2 ni yg buat org lain bley eksiden...ke ko xreti bawak kete????pas2 baru la ko boleh pk psl kes yg besar2 mcm memali...

Tanpa Nama berkata...

musnahkan kuasa Rosmah Najip...jgn biar lagi

Tanpa Nama berkata...

Fitnah2 sebeginilah yang membuatkan orang2 rasa meluat dengan perangai2 orang2 parti pembangkang yg kononnya alim tapi .....lu fikirlah sendiri .................Cakap tak serupa bikin ....

Tanpa Nama berkata...

ORANG 2 YANG WARAS TIDAK AKAN MUDAH TERMAKAN HASUTAN DRPD MANUSIA2 DURJANA YG MENGAKU DIRI MEREKA ALIM , PARTI MEREKA PARTI ISLAM KONONNYA
TETAPI LIHAT SHJ PROVOKASI YG MEREKA LAKUKAN . ADAKAH ITU MELAMBANGKAN PARTI ISLAM YG SEBENARNYA ?? . FIKIR2KAN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Paling Popular