Translate

Mesti Baca

Isnin, 21 November 2011

Tanda-Tanda Awal Umno Dan Barisan Nasional Nak Mampus.


Sejak akhir-akhir ini Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno telah menunjukkan bahawa mereka mula mencari cangkul untuk mengali kubur masing-masing. Kepupusan Melayu Umno mula terasa bila Mamak Umno lebih menonjolkan dari Melayu Umno. Kewujudan Perkasa adalah benteng terakhir Umno dihujung hayatnya untuk 'Ketuanan Melayu' setelah Pekida semakin sunyi.

Bila Umno mula melakukan perkara-perkara yang pelik tapi benar menjelang PRU 13 yang sudah hampir adalah antara tanda-tanda penghujung hayat Umno/BN, contohnya....

1.  Menghina Hukum Allah.
  • Buktinya, Rosmah dan keluarga pemimpin Umno memperlekehkan hukum menutup aurat, malah   di dalam masjid pun tudung dipakai sambil lewa sahaja.
    2.  Bahasa Melayu Di Pinggirkan
    • Buktinya, bahasa Melayu dipinggirkan dengan memperkenalkan sains dan mathematik dalam bahasa Inggeris walau pun ada ura-ura akan dihapuskan tetapi ianya belum lagi berlaku.
    3. Anti Identiti Melayu.
    • Buktinya, lebih mementingkan nama yang bercorak kebaratan sebagai contoh, nama-nama jalan di putrajaya dan pangkat anggota polis ditukar ke bahasa Inggeris.
    4.  Kuku Besi.
    • Buktinya, menggunakan Polis, Peguam Negara dan Hakim-Hakim sebagai senjata kepentingan politik.
    5.  Tidak Demokrasi.
    •  Buktinya, menggunakan jentera kerajaan dan media untuk kepentingan politik setiap kali pilihan raya diadakan
    6.  Suka Kepada  Perpecahan.
    • Buktinya, menggunakan media massa untuk melakukan perpecahan kaum dan kemudian menunding jari kepada pembangkang.
    7.  Menjual kepentingan Kerajaan.
    • Buktinya, banyak agensi kerajaan di swastakan dengan menjualkannya kepada keluarga dan  kroni-kroninya. Sekarang dalam usaha mengawal pembekalan air dan apabila berjaya nanti, ianya pasti akan diberi kepada kroni-kroninya. Seperti yang terbaru, Pos Malaysia telah dijual kepada TS Syed Bukhari
    8.  Pelindung Jenayah.
    • Buktinya, Eric Chia (Perwaja) kes Megat Junid, kes Rahim Tamby Chik, skandal BMF, kes Perkapalan Nasional, walau pun ia berlaku di zaman Mahathir dan di tutup. Terbaru, juga melibatkan Rahim Tamby Chik  dan trionya dalam pengedaran klip video lucah.
    9.  Membebankan Rakyat.
    • Buktinya, berapa banyak  tol-tol yang dibina  oleh para kroni Umno untuk menyusahkan rakyat dengan kenaikan setiap tahun. Walau pun dalam Bajet 2011, Najib kata tol tidak akan dinaikkan tetapi rakyat tetap menanggung kosnya yang mana kerajaan terpaksa membayar kepada syarikat konsensi seperti didalam penjanjian.
    10. Penjawat Awam Di Abaikan.
    • Buktinya, tidak mengambil perduli pekerja di sektor awam yang mana kerajaan sepatutnya menyemak kembali tangga gaji yang ada sekarang. Dalam keadaan kenaikkan harga barang yang semakin melambung tinggi, pejawat awam terpaksa berjimat cermat dengan gaji yang tidak berubah.
    11. Kenaikan Harga Minyak.
    • Buktinya, Ron 97 naik dengan harga tertinggi iaitu RM 2.90 seliter walau pun Ron 95 masih lagi kekal RM 1.90 seliter. Sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan Petronas sebagai pemegang amanah dengan keuntungan berpuluh bilion setahun.
    12. Salahguna Kuasa.
    • Buktinya, kes Memali, pemecatan Ketua Hakim Negara, Ops Lalang, OSA dan penggunaan akta ISA untuk menakut-nakutkan pembangkang dan rakyat. 
    13. Akta ISA Laknatullah akan dimansuhkan. 
    • Supaya mereka tidak akan merasai bagaimana akta itu dilaksanakan oleh pihak polis, soalsiasat selama 24 jam sehari, dihina, diugut, ditelanjangkan, diseksa oleh pasukan polis yang menjadi pencacai mereka. Pemimpin Umno/BN tahu, mereka banyak melakukan salahguna kuasa, kronisma, bermacam-macam penyelewangan dan rompakan bebas-besaran harta negara.
    14.  Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman akan dibentangkan minggu hadapan. 
    • RUU ini akan mengantikan akta polis yang cukup mengekang setiap perhimpunan aman pembangkang. Kerana mereka tahu yang mereka bakal menjadi pembangkang, maka RUU ini diadakan supaya mereka boleh menganti Pakatan Rakyat.
    15.  Jenama 'BN For Sale' yang baru sahaja diumumkan oleh Najib.
    •  Najib buat loyar buruk, jenama 'BN For Sale' dan lu sendiri faham ler bila BN pun boleh dijual tetapi siapa pak malang yang akan membelinya.
    16.  Akta buang daerah (EO) dimansuhkan.
    •  Supaya mereka senang bergerak bila jadi pembangkang nanti.
    17.  PSC atau Jawatankuasa pilihan Khas Parlimen diwujudkan.
    •  Kerana mereka takut bilangan pengundi mereka semakin mengecil setelah menjadi pembangkang.
    18.  Mahathir 'Separuh Melayu Yang Mudah Lupa' mula berani menegur kepimpinan Najib.
    • 'Separuh Melayu yang Mudah Lupa' ini sahaja dipanjangkan umur agar beliau dapat melihat kerosakkan akhlak dan kehancuran Umno/BN.
    19.  Mat Indon, Myammar dan Mat Bangla menjadi pengundi yang sah.
    • Ini lu tanya Pengerusi SPR ler.
    20.  Isu Rosmah paling syok.
    •  Rosmah yang sekejap slim sekejap temban, sekejap muka anak dara sekejap muka orang tua kerepot, sekejap tinggi sekejap rendah telah menujukkan akan ada penyamaran untuk melepaskan diri keluar negara seperti mana dilakukan oleh mantan presiden Filipina, Arroyo.
    21.  Para blogger-blogger pencacai fasik, celaka dan sial.
    • Mereka akan diberi point setiap kali artikel mereka mendapat sambutan. Lagi kuat cacainya lagi banyak point yang akan mereka perolehi.
    22.  Ahli Umno mula hilang kepercayaan mereka kepada Najib/Rosmah.
    • Wujudnya 'gerakan halus diperingkat akar umbi yang dinamakan 'Gerakan Bersihkan Najib'.
    23.   Jenama 'BN For Sale' yang baru sahaja diumumkan oleh Najib.
    •  Najib buat loyar buruk, jenama 'BN For Sale' dan lu sendiri faham ler bila BN pun boleh dijual tetapi siapa pak malang yang akan membelinya.
    24.   Orang Umno mula pening-pening lalat.
    •  Dalam menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia yang sebenar diantara Najib dengan Rosmah.
    25.   Anggota komponen BN mula berbalah sesama sendiri.
    • Parti Gerakan mula rasa dipinggirkan oleh Umno dan yang sewaktu dengannya.
    26.   Pihak tentera mula marah kat kerajaan Umno/BN.
    •  Kerana membekalkan kepada mereka besi buruk untuk mempertahanan negara dan kebajikan mereka diabaikan berbanding dengan anggota polis.
    27.  Menghina para guru.
    • Menghina kerjaya guru dengan cubaan memaksa para guru bekerja 9 jam sehari. 

      1 ulasan:

      Ghazali berkata...

      Salam.
      27 tuduhan sdr semuanya memberi bukti yang tidak usah secara Ilmiah, secara bodoh pun orang boleh nyatakan bukti-bukti ini 100% malah mungkin 200% hanya bukti "dengar dan cakap". Omputeh kata"hear and say" Napelah Hangpa semua ni bodoooooooooooo sangat...hehehe. Budak UPSR pun boleh tolak mentah-mentah bukti sebegini.....udah-udah le....

      Catatan Paling Popular

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...