Syarikat tersebut bernama Carpet Raya Sdn. Bhd (492434-H). Modal berbayar syarikat tersebut ialah RM8.7 juta. Syarikat itu mempunyai lima pengarah yang juga merupakan pemegang saham, setiap seorang mempunyai jumlah saham yang sama banyak.
Tetapi saya berminat dengan hanya seorang daripada pengarah/pemegang saham yang bernama Deepak…berumur 37 tahun, masih bujang, dan cukup tampan untuk diambil berlakun dalam filem Bollywood.
Syarikat tersebut didaftarkan sepuluh tahun lalu pada 26 Ogos 1999. Akaun terakhir yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat pada 24 November 2006 menunjukkan syarikat tersebut mempunyai aset berjumlah hampir RM90 juta, tanggungan keseluruhan kira-kira RM67 juta, dan jumlah simpanan yang lebih daripada RM12 juta.
Pendapatan syarikat pada tahun 2005 adalah RM122 juta dan keuntungan melebihi RM7 juta. Tapi jangan lupa, keuntungan RM7 juta itu adalah jumlah rasmi ataupun keuntungan yang diisytiharkan. Tidak ada syarikat di Malaysia mengisytiharkan jumlah keuntungan yang sebenarnya.Oleh itu, berdasarkan pendapatan berjumlah RM122 juta, anda boleh mengagak jumlah keuntungan sebenar ataupun keuntungan sebenarnya mungkin beberapa kali lebih tinggi daripada itu.
Tetapi itu adalah akaun pada tahun 2005, kira-kira empat tahun lalu. Berapa pula keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat tersebut sejak empat tahun kebelakangan ini, yang disembunyikan dari pengetahuan umum? Jangan terkejut, kalau jumlahnya mencapai ratusan juta ringgit.
Syarikat tersebut sepatutnya menjalankan perniagaan menjual karpet. Adakah perniagaan karpet benar-benar lumayan sehinggakan seseorang itu boleh mendapat ratusan juta ringgit? RM122 juta ringgit merupakan jumlah yang begitu banyak untuk perniagaan karpet.
Tetapi itu bukanlah urusan sebenarnya yang dilakukan oleh syarikat ini. Perniagaan karpet hanyalah sebagai pengabur mata. Sudah tentu, mereka menjual karpet, tetapi wang yang diperolehi bukanlah dengan menjual karpet. Perniagaan sebenarnya ialah menjadi Tukang Bawa Beg Rosmah Mansor.
Saya bertemu dengan Penjual Karpet ini lebih setahun lalu. Dia meminta berjumpa saya melalui seorang rakan kerana dia risau bahawa saya akan mendedahkan bahawa Penjual Karpet ini merupakan Tukang Bawa beg Rosmah Mansor. Tetapi bukan itu sahaja yang dirisaukannya. Apa yang merisaukannya ialah saya juga akan mendedahkan bahawa dia bukan sahaja Penjual Karpet, tetapi merupakan juga Pemuas Nafsu Rosmah Mansor.
“Saya hanya berniaga dengan Rosmah.” kata Penjual Karpet. “Hubungan saya dengan Rosmah hanyalah mengenai perniagaan. Saya tidak tidur dengan Rosmah.” Dia merayu. “Tolong jangan beritahu kepada umum, saya merupakan Pemuas Nafsu Rosmah.”
Di cuba meyakinkan bahawa hubungannya dengan Rosmah hanyalah berlegar dengan perniaagaan dan tidak sampai kedalam bilik tidur.
Tetapi…itu bukan apa yang dikatakan oleh Mumtaz Jaafar! Dan siapa Mumtaz Jaafar? Hey!! Kalau saya bercakap tentang Mumtaz Jaafar, maka saya terpaksa menyebut tentang hubungannya dengan Saiful, orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dan kalau saya mula bercakap tentang hal tersebut, sudah tentu ia akan meleret kepada kes Liwat 2. Jadi, lebih baik kita kembali kepada kisah Penjual Karpet, Tukang Bawa Beg Rosmah Mansor yang juga merupakan Pemuas Nafsunya.
Seluruh negara tertumpu kepada kisah hubungan luar nikah Najib Tun Razak. Sudah tentu…setiap rakyat Malaysia mengetahuinya. Dan setiap rakyat Malaysia juga tahu tentang bagaimana Najib ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson dengan Ziana Zain.
Sebenarnya, Isa Samad mempunyai gambar-gambar Najib hanya bertuala dengan pasangannya diatas katil. Dan Isa menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. (dan itulah sebabnya mengapa Mahathir tidak faham mengapa Najib memilih Isa untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, sedangkan Isalah orangnya yang mahu menjatuhkan Najib dengan menggunakan gambar tersebut).
Seperti yang saya katakan, setiap rakyat Malaysia mengetahui tentang hubungan luar nikah Najib. Tetapi berapa ramai yang tahu bahawa Rosmah juga mempunyai nafsu..terutamanya dengan mereka yang menyerupai aktor Bollywod? Hey..dia juga akan mengaturkan supaya mereka ini diberi gelaran Datuk, sekiranya mereka sanggup melayan beliau dengan baik….anda tahu apa maksud saya. Dan Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa Beg a.k.a Pemuas Nafsu ini jauh lebih segak dari Shah Rukh Khan. (Datuk Shah Rukh Khan?)…malah jauh lebih muda.
Ya. Saya telah menyimpan cerita ini lebih dari setahun yang lalu. Tetapi sekarang, saya merasakan ianya patut didedahkan. Ada banyak lagi!! Deepak a.k.a Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa beg a.k.a Pemuas Nafsu ini cukup nakal. Dan semua kenakalan ini dilakukan bagi pihak Rosmah.
Dalam jangka masa terdekat ini, banyak lagi akan didedahkan tentang peranan Penjual Karpet ini dan bagaimana dia ‘berkhidmat’ untuk Rosmah. Hari ini bukan masa yang sesuai. Oleh itu…tunggu episod seterusnya tentang Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa Beg a.k.a Pemuas Nafsu kepada dia yang bergelar Wanita Pertama Malaysia. Sumber
SUMBANGAN UNTUK PRU13
Setiap sumbangan anda boleh disalurkan di akaun Cimb Islamic No: 08130003050202
No: 08130000069100
____________________________________________________________
Setiap sumbangan anda akan dibalas dengan sepuluh ganjaran.
____________________________________________________________
Setiap ganjaran anda akan menghapuskan sepuluh dosa dan menambah sepuluh pahala.
____________________________________________________________
Sama-sama kita berjihad dijalan Allah swt dengan penuh keredhaan.
Jom Tonton TV Intenet 24 Jam Sehari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Paling Popular
-
usinkata ; Berdiri bulu roma lengan ini...geli-geleman satu badan..rasa tengkuk ini kembang semacam saja.. Sepupu-sepapat 2x5..suma ada ...
-
Isu tentang perkahwinan pertama isteri Najib Razak, Rosmah Mansor sudah lama di perkatakan oleh orang ramai. Maka nama pembaca berita Dunia...
-
Ni sambungan dari kisah isteri PM Malaysia yang wa post semalam. Kisah ni pun wa korek dari pakcik google jugak. Pasni mungkin ada versi...
-
Sebenarnya, Isa Samad mempunyai gambar-gambar Najib hanya bertuala dengan pasangannya diatas katil. Dan Isa menyerahkan gambar-gambar...
-
Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu a...
-
Sejarah dan asal usul Rosmah Mansor Ni sambungan dari kisah isteri pertama PM Najib. Dalam posting wa yang sini dan sini , wa cum...
-
Gambar paling cun Rosmah macam anak dara.... Botox oh Botox, apa yang kau lakukan pada 'First Lady' kami . Apa yang tidak kena ...
-
"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana d...
-
Kontroversi pembunuhan Altantuya Sharibuu. Posting yang ni pun boleh di kira sebagai sambungan dari siri 2 posting wa yang...
-
Perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekoson...
ko ni kalau nk klentong pon agak2 lah....
BalasPadambetul tu. ko punya cerita melalut sana-sani, kait sana kait sana-sini, ikut sedap kepla hotak ko je macam penulis mabok kena todi. ingat ada kung fu mabuk, penulis mabuk pun ader. pk la idea baek sikit baru mengarang, sedap sikit baca. mangkuk tul la, eh kole ni.
BalasPadamBACK TO AL-QURAN & AS-SUNNAH
BalasPadamJahat macam mana pun jangan tudoh org berzina kerana hukumnya amat berat. Ingat dosa tu.
BalasPadambertaubatla blogger
BalasPadamHaiiii.tak takut kena saman kaa....
BalasPadam