Translate

Mesti Baca

Ahad, 10 April 2011

Laman Web TV Selangor Pulih Selepas Di Godam.

Laman sesawang kerajaan negeri Selangor, TV Selangor sekali lagi digodam hari ini.

tvselangor02Menurut penolong pengurus, penerbitan kreatif,TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud, laman mereka disedari digodam kira-kira jam 9 pagi ini dan pihaknya telah menutupnya sementara waktu.

“Laman TV Selangordipercayai digodam pagi tadi. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah dan berita-berita palsu.

“Ini kali kedua laman kami diserang. Kali terakhir adalah pada 31 Mac lalu ,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nik Ahmad, kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan dan kembali pulih sekitar jam 3.00 petang tadi.
TV Selangor adalah saluran televisyen milik kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ia mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar.

tvselangor01TV Selangordiwujudkan kerana mendakwa kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh BN tidak memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media miliknya seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor.

Ia adalah stesen milik penuh kerajaan Selangor. Namun, siarannaya hanya boleh ditonton menerusi internet kerana kerajaan persekutuan tidak memberi lesen penyiaran kepada TV Selangor untuk memancarkan siaran menerusi gelombang UHF/VHF ataupun menerusi satelit di Selangor.(Sumber)

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...