Translate

Mesti Baca

Isnin, 21 Mac 2011

Video Seks Di Heboh Bersama Dengan Pembubaran DUN Sarawak.... Apa Motifnya...!!!

 http://2.bp.blogspot.com/-iAtVZjAZ2EE/TYb30UaMcjI/AAAAAAAABsE/pjKk-itwUn8/s1600/cctv.png

Kebanyakan media siber sedang dilanda tanda tanya tentang video seks yang dikata membabitkan Anwar oleh blok Pakatan Rakyat dan blok Barisan Nasional. Apa motifnya...!!!

Kalau lu tanya tentang pendapat gua berkaitan isu ini, senang jer gua jawab ianya ada kaitan dengan pembubaran DUN Sarawak. Ianya tak lain tak bukan kerana ingin menyelamatkan Sarawak dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Video tersebut  hanya dijadikan modal politik BN untuk menutup penyelewangan yang dilakukan oleh Taib Mahmud yang semakin panas hasil pendedahan pembangkang. Ini adalah modal yang amat memalukan dalam usaha Bn mempertahankan Sarawak.

Video itu juga membabitkan pemimpin peringkat tinggi  dan yang berkepentingan untuk menjatuhkan kredibiliti para pemimpin Pakatan Rakyat di mata rakyat. Kenapa klip video tersebut hanya untuk tatapan wartawan yang terpilih sahaja ?.

Lu sendiri tahu tentang hotel Seri Carcosa Negara yang diserahkan kembali kepada kerajaan oleh penjajah British. Sebelum dijadikan hotel, ianya adalah kediaman rasmi wakil penjajah British dan ianya adalah hotel termahal di Malaysia. Maka pihak yang membuat jemputan adalah bukan calang-calang orang, lu sendiri fikir ler.

Kenapa video klip ini tidak dikeluar dua tahun lepas dan kenapa tidak diserahkan kepada pihak polis yang mesti amat berminat dengan video-video seperti ini atau mungkin mereka merasakan jika video tersebut diserahkan dulu kepada polis maka terlepaslah peluang untuk dijadikan modal politik murahan mereka.

Amat memalukan bagi BN yang menggunakannya untuk menyelamatkan Sarawak yang pada pendapat gua seperti orang yang dah kekeringan modal. Ianya bagaikan politik murahan yang selalu dimainkan oleh Umno dalam usaha menyelamatkan karier politik mereka.

Bagi gua, ada kala isu seperti ini akan memakan tuannya kembali jika rakyat benar-benar faham akan permainan kotor BN yang dikepalai oleh Umno. Kenapa diberi tempoh seminggu lepas agar meletak jawatan, kenapa tidak pada masa video tersebut ditemui ? 

Kemudian mereka akan memberi kepada isterinya untuk dikenal pasti sebelum kedua-duanya diminta berundur dari politik. Gua petik dari Malaysiakini (baca sini) dan lu sendiri nilainya.

Nampaknya BN benar-benar terdesak dengan isu yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya Sarawak. Gua rasa Umno/BN sudah mendapat laporan risikan yang mereka akan kalah di Sarawak jika tidak melakukan sesuatu.

Bila gua sebut risikan, lu mesti faham yang Umno/BN mana ada pakar melainkan mereka memperkudakan pihak polis untuk melakukan kerja kotor mereka. Bagi rakyat Sarawak, inilah masa yang sesuai untuk memberi signal kepada pemimpin yang korupsi.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...