Translate

Mesti Baca

Jumaat, 4 Mac 2011

Unit Jihad Untuk PAS, Umno Pasti Tak Senang Duduk.

Oleh: WFAUZDIN NS
APABILA difikirkan semula dengan situasi dan pengalaman yang pernah PAS lalui di dalam apa jua program termasuk penyertaan PAS di dalam pilihanraya, mungkin sudah tiba masanya PAS mewujudkan satu sayap seperti Unit Amal, tetapi sayap ini lebih ke hadapan bila berhadapan dengan situasi genting.

Jika Pemuda Umno mempunyai kumpulan Gerak Gempur yang dilihat lebih radikal di dalam keadaan-keadaan tertentu terutamanya menimbulkan provokasi, maka PAS juga perlu wujudkan kumpulan yang lebih aktif dan berani mempertahankan PAS malahan juga mampu berhadapan dengan sebarang ancaman musuh terhadap Islam dan negara ini. Saya lebih suka jika sayap PAS ini diberi nama Unit Gerak Jihad.

Keanggotaan kumpulan ini mestilah terdiri daripada ahli-ahli PAS khususnya yang berani, bermoral serta sentiasa taat kewajipannya kepada Allah. Mereka mestilah dilatih dengan penuh disiplin dan tahu kewajipan mereka terhadap parti khususnya. Jika selama ini Unit Amal lebih kepada kumpulan yang bertugas melakukan kerja-kerja amal, kebajikan dan selaku pengawal keselamatan sahaja, maka diharapkan dengan adanya Unit Gerak Jihad ini mereka sukarela sanggup mempertahankan Islam terutamanya di dalam apa jua bentuk ancaman.

Unit ini bukan satu kumpulan yang ingin berperang atau memberontak seperti kumpulan radikal Islam di luar sana. Unit ini hanya berfungsi sebagai pelindung kepada PAS dan juga boleh digerakkan seandainya terdapat sebarang bentuk ancaman musuh terhadap negara ini. Mereka hendaklah diberi tarbiyyah tentang pengertian Jihad mengikut Islam. Walaupun PAS yang mewujudkan unit ini, namun objektif utama Unit Gerak Jihad ini adalah untuk keselamatan negara, amnya. Mempertahankan tanahair dari ancaman musuh itu merupakan satu kewajipan. Melindungi PAS sebagai wadah politik Islam juga satu kewajipan buat kita.

Seandainya wujud unit seperti ini, maka tiada lagi mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya ingin menghancurkan PAS secara tidak demokratik dan negara kita juga akan terkawal dari ancaman musuh. Jangan kita hanya membiarkan puak-puak yang memusuhi Islam dan parti kita berbuat sesuka hati dan kita lebih suka mengalah.(Sumber)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Unit Jihad PAS ini memang semestinya sudah lama ditubuhkan.Unit inilah yang wajar berhadapan dengan Pemuda Tahan Lasak UMNO atau Pemuda Gempur UMNO.Dengan gelagat dan kesombongan Pemuda UMNO sebagai tentera upahan UMNO,Unit Jihad PAS akan lebih kemas,dedikasi dan bersemangat kental sebab bukan tentera upahan.Berjihad kerana Allah,menjalankan tuntutan menegakkan Daulah Islamiah dan atas dasar ini terkorban bermakna syahid.Ayuh Pemuda PAS segera tubuhkan unit ini,sebelum PRU ke13.

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Gua setuju sangat-sangat perkara ini disegerakan dan gua sokong Tanpa Nama

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...