Translate

Mesti Baca

Selasa, 1 Mac 2011

Terima Kasih TRO.... You Are The Best.

Top Rangking banner

Blog ini baru 3 hari beroperasi, tanpa mempunyai apa-apa pautan. Pada pagi blog ini diterbitkan, tiada siapa yang tahu akan kewujudannya. Pada tengah hari saya telah menghubungi Webmaster TRO yang pada pandangan saya beliau adalah seorang peramah dari segi percakapannya melalui talipon dan saya memberitahu beliau yang saya baru sahaja membina satu laman blog.

Saya meminta nasihat daripada beliau atau sebenarnya meminta pertolongan daripada beliau bagaimana cara untuk saya menghebahkan blog baru saya ini. Dengan senang hati beliau menawarkan khidmatnya untuk mewar-warkan di TRO. Nasihat beliau kepada saya, jangan terlalu mengharapkan kedudukan blog saya dalam senaraian memandangkan blog satu adalah blog baru tetapi beliau akan membantu seboleh yang mungking.

Hari pertama saya cuba-cuba melihat akan kedudukan ranking blog saya di Alexa, jawapannya tiada dalam senaraian dunia kosong tiada satu angka pun. Saya mula memapar artikel-artikel didalam blog saya, baik yang ciplak mahupun yang saya tulis sendiri. Pada petang hari kedua saya cuba melihat ranking di Alexa, ranking saya sudah ada di Alexa pada tangga 25,732,693, biasalah blog baru.

Tetapi hari ini benar-benar mengejutkan saya kerana ranking saya di Alexa ialah 10,196,377, ini bermakna dalam masa tiga hari sahaja blog saya telah naik melebihi 15 juta anak tangga..... biar betul. Lima kali saya memasukkan url saya kedalam Alexa untuk mencari kepastian, kut-kut tersilap. Kerana tidak berpuashati, maka saya call Webmaster TRO untuk mengesahkannya.

Jawapan yang beliau berikan ialah blog saya memang berada di tangga 10,196,377 walau bari tiga hari berada di alam siber. Saya tanya beliau bagaimana beliau melakukannya, tetapi beliau cuba mengelak dengan memberi sedikit nasihat kepada saya cara terbaik berblog. Sampai sudah beliau tidak memberi tahu bagaimana beliau melakukannya, jawapan beliau ialah ada yang boleh diceritakan dan ada yang terpaksa dirahsiakan.

Apa pun bagi pandangan saya, jika beliau boleh melakukan kepada ranking blog saya bermakna beliau juga boleh mengawal ranking-ranking yang ada di Malaysia. Itu hanyalah pandangan saya sahaja dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada TRO diatas segala usaha beliau. Sebagai tanda sokongan, saya memasukan RM 50 je kedalam tabung TRO walaupun beliau tidak pernah meminta. Itu sahaja yang saya mampu dermakan kerana saya bukan blogger belaan yang hidup dengan kemewahan.

For Webmaster TRO....... You are the best dan teruskan usaha anda membantu blog-blog yang baru bertatih.

2 ulasan:

baginda® berkata...

blog aku TRO taknak tolong pun.. hahaha

Kembara Jr berkata...

Salam... dah saya link blog tuan ke dalam blog Kembara Jr. Terima kasih juga kerana sudi link Kembara Jr ke dalam blog tuan. Salam perjuangan dari Kembara Jr.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...