Translate

Mesti Baca

Khamis, 10 Mac 2011

Skandal Rosmah : Blogger Celaka Lu Bolehlah Kencing....!!!!


Nah. Terpana dah bloggers umno yang menafikan kewujudan FLOM = First lady of malaysia. Sebab apa? Sebab nazri aziz = menteri di jabatan perdana menteri dah sahkan perkara tersebut di parlimen. Baca sini ;

Senarai enam pegawai yang ditugaskan kepada Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM) pada direktori Jabatan Perdana Menteri dikeluarkan dari laman sesawangnya bagi mengelakkan kekeliruan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan,” katanya di bangunan parlimen hari ini.

Nazri mengulangi kenyataan yang dibuatnya pada Disember tahun lalu bahawa 'divisyen' berkenaan bukan sebahagian daripada jabatan PM tetapi adalah senarai pegawai yang dipinjamkan bagi 'membantu' Datin Seri Rosmah Mansor dengan 'tugasnya' sebagai isteri perdana menteri.

 “Saya ingin menjelaskan soalan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010“Tak ada kakitangan tetap dan kontrak khusus untuk isteri perdana menteri sebaliknya pegawai dari pejabat PM dari masa ke semasa membantu isteri PM dengan menjalankan tugas beliau selaku isteri pada perdana menteri ,” katanya.

Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri. "Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” katanya lagi.

Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.


Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri.





1. Nazri aziz mengaku sendiri FLOM memang wujud di website. Bukan rekaan blogger pakatan rakyat okey.

2. Dipadamkan untuk elakkan kekeliruan. Kenapa nak elakkan kekeliruan? Mana aku tahu.. lue fikirlah sendiri.

3. Kakitangan perdana menteri ialah kakitangan mem [rosmah mansur] perdana menteri gak. Tak percaya? Nazri sendiri yang cakap beb. Kakitangan yang dilantik untuk berkerja dengan perdana menteri diberikan kepada rosmah untuk membantu kerja-kerja rosmah. Adakah perdana menteri tiada kerja sehingga pengurangan kakitangan tersebut tidak menjejaskan dia? Ataupun memang dia melantik ramai kakitangan untuk diletakkan di JPM? Kalau gitu dah wujud kos-kos yang tidak perlu. Kerja tiada, jawatan + gaji = ada. Heh.

4. Rosmah pergi luar negara sebab di luluskan oleh jemaah menteri. Bukan atas jemputan sebagaimana yang rosmah mansur tegaskan. Rosmah juga guna wang negara. Angka 134, 317.76 ialah angka yang tercatat dalam hansard parlimen. Angka sebenarnya berapa? Lue fikirlah sendiri. Lawatan seminggu = rm134, 317.76 bukanlah angka yang berpatutan disitu sekalipun figura ini mungkin benar. Walau bagaimanapun aku tak mempercayai langsung no neh. Ha Ha Ha..(Sumber)

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...