Translate

Mesti Baca

Selasa, 1 Mac 2011

Sistem Yang Amat Memalukan; Polis Kurung DSAI Sehari Semata-Mata Untuk Mengambil DNAnya.

Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah TinggiKuala Lumpur bahawa pihak polis hanya membekalkan berus gigi, ubat gigi, tuala kecil dan sabun mandi kepada setiap tahanan polis di mana-mana lokap. 

NONETimbalan Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur DSP Yahya Abd Rahman (kiri) berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri AnwarIbrahim juga dibekalkan dengan barangan yang sama ketika beliau ditahan dilokap IPK Kuala Lumpur pada 16 Julai, 2008. 

Bagaimanapun, beliau telah menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan Anwar membawa dua tuala dan sebotol air mineral ke dalam lokap di Tingkat 7 bangunan IPK berkenaan.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan dalam kes perbicaraan Anwar yang menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, adakah tahanan lain bersama Anwar di dalam sel lokap sama pada hari itu, Yahya berkata hanya Anwar seorang sahaja di sel berkenaan.

Beliau berkata Anwar telah dibawa keluar pada keesokkan hari (17 Julai 2008) dan beliau telah mengarahkan dua anggota polis untuk mengunci sel berkenaan.

NONESaksi pihak pendakwaan ke-17 itu juga memberitahu mahkamah bahawa ketika beliau membuat pemeriksaan dari luar sel selepas itu, mendapati ada sebotol air mineral, tuala dan berus gigi di dalam bilik itu.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh yang merujuk kepadagambar-gambar yang diambil di sel berkenaan seolah-olah seperti kandang haiwan, Yahya berkata keadaan itu adalah kerana bangunan sudah lama.

Bagaimanapun ketika pemeriksaan semula oleh Nordin, saksi itu berkata bilik sel memang dibersihkan dan ia nampak kotor disebabkan catnya sudah meluntur.

NONEUntuk satu soalan lain oleh Karpal adakah kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi di tingkat 7 banguan itu, Yahya berkata kamera tersebut memang ada dipasang tetapi tidak berfungsi.

Karpal juga menanyakan secara bertalu-talu siapakah sebenarnya mengeluarkan arahan untuk menahan Anwar.

Karpal: Siapa arahkan DSAI dimasukkan ke dalam lokap?
Yahya: Tak pasti.
Karpal: Pegawai atasan ataupun arahan sendiri? Nyatakan dengan tepat arahan siapa?
Yahya: DSP Judy Blacious Pereira.
Karpal: Bila arahan itu dibuat?
Yahya: Sewaktu berbincang selepas penahanan Anwar, di bilik mesyuarat D9.
Karpal: Anwar tidak dibekalkan katil, bantal dan selimut, kenapa tidak, beliau adalah manusia bukan?
Yahya: Memang tidak dibekalkan, itu merupakan amalan standard untuk semua tahanan.
Karpal: Adakah semua balai di negara ini tidak membekalkan katil, selimut dan bantal?
Yahya: Saya tidak boleh menjawab.

NONEAnwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sebelum itu, Ketua Bahagian CSI Makmal Polis Diraja Malaysia di Cheras Supt Hamidon Adnan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memeriksa dua unit di Kondominium Damansara pada 17 Julai 2008.

Katanya, beliau telah menemui sehelai bulu di unit 11-5-1 dan seterusnya telah merampas satu karpet dan satu selimut tebal.

NONEKetika disoal oleh Nordin kenapa beliau mengambil bahan-bahan bukti berkenaan, Hamidon berkata ia untuk tujuan penganalisaan DNA.

Saksi pihak pendakwaan ke-15 itu juga memberitahu mahkamah bahawa beliau juga telah diminta menyiasat sel lokap di mana Anwar ditahan dan telah menemui sehelai rambut, berus gigi, sehelai tuala kecil di atas lantai.

Hamidon berkata, sebotol air mineral berjenama cactus di atas tembok berhampiran dengan tandas lokap.

Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung petang ini.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...