TUNJUK SOKONGAN ANDA

GERAKAN BEBASKAN MEJAR ZAIDI AHMAD
MejarZaidi

Mesti Lihat

Rabu, 2 Mac 2011

Selongkar kembali : Siapa Rosmah Puaka Sebenarnya..!!


Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar “Bapa Pembangunan”, maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara. Biarpun pedih dihati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda “peralihan kuasa” Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru. Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingin Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib. Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu “boros berbelanja”, bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau “queen control”. Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.

Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat Rosmah senantiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah. Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.

Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat inin berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal-pembaca berita RTM ). Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.

Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.

Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat “tunjuk sebab”, gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran “tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti”. Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti “dipastikan” mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai “wanita nombor satu”. Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit “tidak lena” bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?. Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi “kata dua” kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus “lepaskan Rosmah”. Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai “wanita nombor satu” selepas ini.

[Terkadang kita naik hairan dan pening melihat kelibat Rosmah yang senantiasa disisi Najib. Beliau seolah-olah takut najib akan meninggalkannya atau melakukan sesuatu yang akan menggagalkan hasratnya itu. Sama-samalah kita berdoa agar Rosmah akan diberikan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali dirinya sebelum beliau menjaga perasaan rakyat. Bagaimana harus Najib dan Rosmah menjadi "nombor satu" sedangkan dalam masa yang sama rakyat diseluruh pelusuk negara baik di kampung, di bandar dan di desa mula sangsi akan penglibatannya dalam kes-kes berkenaan. Beliau tidak mahu ke mahkamah, hanya ahli parlimen BN sahaja yang mempertahankan bahawa Najib sudah mengaku tidak bersalah maka kenapa lagi mahu dituduh !. Punyalah bangangnya ahli parlimen BN ini. Jika begitu Anwar pun kata dia tak bersalah, kenapa pula mahkamah mendakwanya? Bezanya rakyat tak percaya kes Anwar tetapi yakin dan percaya kes Najib](Sumber)

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa lah bodoh sangat... suami isteri katakan.. Kalau lah anda berada ditempat yang sama... agaknya lagi teruk daripada Najib dan Rosmah.... Eeeee. Bodoh bin bahlol bin bangang bin Tolol bin Bengap...

kak Anah berkata...

dia cantik meee.

NeedJustice berkata...

entahla...xtau nk kata dengan pemimpin negara sekarang ni...kata membela rakyat,tp mengisap darah rakyat dari dalam

Tanpa Nama berkata...

The rosmah story ceritanya lagi hebat..

Tanpa Nama berkata...

kepada tanpa nama..taklah seteruk RM..QC..

Tanpa Nama berkata...

berdiri bulu roma bila membaca cerita mereka....saolah2 mereka akan hidup forever....bertaubat le sabelum terlambat...atau sebelum maut menjemput.....

Tanpa Nama berkata...

Bekas laki rosmah Bukan pembaca berita daaa.... cerita pun dah tak betul....camner? Cite yang lain tue boleh percayake? Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

memang btul,bkas suami RM bkn pmbaca brita tv,bro.slps br crai dgn RM,dia brkhwin lain.dia jual rmh ny di TTDI dn brpndah ke ulu langat.dn bkas suami RM yg mmlihara dn mndidik ank mreka.nma istri Dr Fazley,mnantu RM ada lh Azreen Suraya bt Abd Aziz.{ank RM}

Tanpa Nama berkata...

blog ni create fitnah sempena kedatangan zaman Dajjal..
rakyat sudah bencikan politik kotor yg dibina oleh Pakatan Rakyat yg bertemakan BERSHIT...diketuai oleh PARIA BAmBIGA.

So untuk boost up sokongn yg lemah ini..pencacai2 PR mcm blog ni perlu gandakan cerita2 fitnah, bohong..karut marut supaya mereka kembali 'bersemangat' utk hadapi PRU13.. mereka sudah down moral teruk sejak DS Najib melakukan banyak inisiatif rakyat. Jd karektor baik Najib mesti dibunuh.. dibnuh dgn kejam pn xpe asalkan mereka boleh menang!

so janganlah percaya..kalau cerita cmni pun sudah bercanggah..apatahlagi cerita2 lain..

siap impose gambar2 Najib kena escort di Mekah berlatar belakangkan lantai kosong?

hello..srg musim Haji bro.. mana pernah musim Haji di Masjilid Haram lengang? siang ahri pulak tu? berjuta manusia melakukan tawaf rukun dan sunat..bodoh punya pencacai!

Puaka besar kt Malaysia ni ialah Anwar Ibrahim.. manusia munafiq yg berperangai Yahudi!

Tanpa Nama berkata...

politik kotor 2 dari UMNO la bingaiii..ko nih buta hati sume nye buta xnampak lagi terang nak bersuluh ko xnmpak2 lagi ke sape yg kotor???ko 2 pencacai UMNO!!ape yg ko dapat haaaa....

Tanpa Nama berkata...

jangan jd duri dalam daging..cermin diri sendiri baru cermin orang laen;;....

fadil berkata...

..berfikirla secara matang dan jangan la kita berpuak2 dalam politik kerana ianya akan memusnakan bangsa kite sendiri...kenapa mesti mencari kesalahan orang lain..adakah kerana cemburu dengan kedudukan seseorang itu yang sudah tertulis rezeki oleh allh s.w.t...beringatla.sesungguhnya allah lebih mengetahui.

Tanpa Nama berkata...

JIKA BERSEKUTU DENGAN ORANG YAHUDI...PILIHLA ANWAR IBRAHIM...KERANA BELIAU LEBIH BANYAK BERSEKUTU DENGAN YAHUDI BERBANDING ORANG ISLAM...RENUNG-RENUNGKAN......ADA MATA PANDANG...ADA TELINGA DENGAR...ADA OTAK FIKIRLA BETUL2...FAHAAAAAM.

Tanpa Nama berkata...

Nie korang baru baca artikel je..cube tgk video die plak kat youtube "rosmah puaka"..xtau la betul ke x..pendpt masing2..

Rosmah Katek berkata...

Rosmah tu betina puaka! Tak reti2.

Rosmah Katek berkata...

KAMU TU PENYOKONG UMNO YANG PUAKA, MANUSIA MUNAFIQ PERANGAI YAHUDI.

Rosmah Katek berkata...

UMNO memang HARAMJADAH! Yang menyokongnya pun HRAM JADAH!

Rosmah Katek berkata...

Yang Najib pi jumpa Barack Obama tu bukan jumpa Yahudi ka?

Rosmah Katek berkata...

Kemungkaran di Malaysia amat berleluasa. Tak sedar lagi ka? Apa UMNO buat?

Tanpa Nama berkata...

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH..... YG KAYA BERTAMBAH KAYA..YG MISKIN TETAP MISKIN....BG GULA2 SIKIT PN DH MELOMPAT2 GEMBIRA...

Tanpa Nama berkata...

apala korang sumer ni..... mcm anjing mnyalak sama sdiri... najib n rosmah tak terasa pe@2 punggggg. korang plak yg lebih2.... (kahkahkahkah..... - Cina n india gelak tgok melayu berpecah)

Tanpa Nama berkata...

y bagi komen psl politik smue yer BODOH..memeng betul Melayu xkan maju sbb ada msh lg golongan melayu b'fkr kolot..kekampongan

Demi Islam berkata...

Pilihlah Islam. Pilih pemimpin yang Islam yang berprinsip,berdisiplin,berilmu agama. Pemimpin yang mampu menjaga aurat isterinya,anak perempuannya, ibadat sanak keluarganya seterusnya mampu memimpin rakyat ke arah cara hidup Islam.

Tanpa Nama berkata...

Melayu semua bodoh kena main UMNO dan BN (Bini Najib). Kawan betul melayu ialah cina dan india sama bangali singh yang tak kenal bangsa berjuang untuk malaysia

Tanpa Nama berkata...

Yang jadi perdana menteri siapa ye en pandai? Klu bodoh duduk diam diam....kan orang dah tau sapa yang bodoh sebenarnya....ketua mesti tunjuk contoh yang.baik...bukan menjahanam...klu reta bapak dia atau bapak ko dia belanja takpe...nie reta kerajaan...@#$%&&@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Paling Popular