Translate

Mesti Baca

Khamis, 17 Mac 2011

Saman Lagi...... Srikandi Saman Baginda Dan Malaysiakini, BolehLak Kita Lihat Siapa Yang Benar.

Sakit hati betul bila kena fitnah malah maruah tercalar walaupun memang dah tercemar lama dah. Gua rasa lu cermin diri sendiri sebelum menuduh.  Lu rasa macam mana orang rasa, malah lu punya keluarga lagi parah menerima aib. 

Gua cukup kesian sama lu punya keluarga, gua bukan cakap main-main pada aib ni. Dalam Islam pun tidak membenarkan lu mengaibkan orang lagi lebih-lebih lagi lu punya keluarga. Lu jangan jadi macam blogger fasik, sampai orang kata, 'Ingat Umno, Ingat Fitnah). Tak tertanggung kat akhirat ma.

Lu cakap dulu lu tak kenal siapa Baginda, selepas tu lu cakap lu kenal pula Baginda tapi bukan rakan niaga lu.

Lu tuduh Baginda yang lama tidak mendengar berita, tiba-tiba muncul kerana nak mengaibkan lu. Apa beza dengan lu yang tiba-tiba muncul setelah lama menghilangkan diri.

Lu cakap Baginda diupah untuk mengaibkan lu yang bakal menjelajah keseluruh negara. Habis lu macam mana pula yang tiba-tiba seperti hilang akal dalam kes Liwat II.

Kalau tak silap gua, lu muncul setelah kes dua bekas pegawai Pembangunan Pelancongan Nasional (Pempena) Sdn. Bhd. yang didakwa pecah amanah. 

Mereka didakwa terhadap empat keping cek bernilai RM 169,770 yang mana ianya dibayar atas nama lu untuk penajaan konsert penyanyi Amr Diab. Gua sudah menulis berkaitan isu ini pada artikel gua yang lalu.(Baca Sini)

Gua bukan tuduh lu, tetapi adakah kemunculan lu ada sangkut paut dengan kes ini yang mana lu muncul setelah kes ini timbul di mahkamah. Macam ada suatu yang tak kena dengan perkara ini, lu patut jawab. Dibawah adalah artikel gua ceduk dari Malaysiakini.

Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda danMalaysiakini.
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakinipada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.

Ummi juga memohon injunksi terhadap Baginda dan Malaysiakinidaripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.

Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka sendiri.

Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Baginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya.

Dalam pernyataan tuntutan 18 halaman, usahawan wanita itu mendakwa bahawa kenyataan Baginda dan artikel tersebut membawa maksud:(Sumber)

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...