Translate

Mesti Baca

Jumaat, 11 Mac 2011

Projek Permata Rosmah Perlu di Pantau Jika Tidak, Habis Disapunya.

Bajet 2011 yang diumumkan oleh Najib dimana sebanyak RM 111 juta untuk 'Projek Permata' yang dikendalikan oleh isterinya, Rosmah 'First Lady'. Tidak cukup dengan itu, sebanyak RM 74 juta telah di peruntukkan oleh kerajaan untuk Kompleks Permata Pintar yang dijangka siap sepenuhnya pada 2013. RM 74 juta hanya untuk menampung 300 orang pelajar sahaja.

Untuk Yayasan Permata (Baca Sini) pula telah dilancarkan dengan dana sebanyak RM 4.4 juta, semua wang tersebut adalah sumbangan Yayasan AlBukhary, Khazanah Nasional, Perbadanan Nasional Berhad, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Berjaya Berhad.

Ini bermakna sebanyak RM 78.4 juta telah dilaburkan tanpa mengguna walau sesen pun peruntukkan yang telah diberikan pada Bajet 2011 sebanyak RM 111 juta.  Malah sumbangan daripada badan korporat dan individu sebelum tertubuhnya Yayasan Permata telah diletakkan di bawah tabung Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Apabila tertubuhnya Yayasan Permata, maka segala sumbangan tersebut telah diambil dan dimasukkan  kedalam akaun Yayasan Permata yang mana Rosmah adalah bosnya. Apakah kerajaan tidak ingin melakukan audit terhadap peruntukkan tersebut kerana ia adalah dana awam iaitu dari pembayar cukai.

Kerana itulah laman Gerakan Anti Najib/Rosmah ini diwujudkan untuk menjaga, mengkritik, menghentam, menilai, memaki hamun apa yang Rosmah lakukan. Malaysia perlu diselamatkan daripada keborosan Rosmah yang amat menjelekkan. 

Jangan kita terlepas pandang apa yang Rosmah lakukan kerana semua kunci khazanah negara berada ditangan beliau, suaminya dan kroni-kroninya. Kita patut tahu ke mana peruntukkan sebanyak RM 111 juta di belanjakan kerana kompleks Permata kerajaan dah sediakan, dana untuk Yayasan Permata syarikat-syarikat korporat yang dermakan, jadi di mana wang RM 111 juta yang berikan itu.

Kita tidak boleh mengharapkan Mahafiraun yang mudah lupa kerana beliau sendiri seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. Apatah lagi bila beliau sendiri mempunyai kepentingan dalam kerajaan walaupun sudah bersara iaitu ingin melihat anaknya berjaya di arena politik. Sebagai balasannya Mahafiraun yang mudah lupa mesti buat-buat tak nampak.

Kalau tanya Mahafiraun yang mudah lupa tentang RM 100 bilion di belanjakan, pasti beliau akan menuding jari kepada siapa sahaja yang terlintas di kepalanya. 22 tahun memerintah, semua kebaikan dia yang lakukan tetapi semua keburukan, orang lain yang buat dan beliau senang-senang cuci tangan dan mengarang sebuah kitab yang akan menjadi rujukan buat pencacai-pencacai Umno yang celaka.

Kerana itulah kita jangan menyesal di kemudian hari apabila mendengar Rosmah mempunyai harta di British RM 700 juta, di Swiss Rosmah ada simpanan RM 5 bilion, di AS Rosmah ada harta RM 2 bilion, di Mongolia Rosmah ada simpanan RM 1 bilion. Pencacai umno celaka yang tegar ada apa, ada telinga sahaja mendengar kekayaan Rosmah.

Sekarang pun semua tahu bagaimana Rosmah mula mencuri khazanah negara dengan bertopengkan aktiviti amalnya. Setiap kali keluar negara, beliau berbelanja seperti  "harta kerajaan adalah harta beliau dan harta beliau adalah harta beliau", inilah falsafah Rosmah. Apa yang dilakukan oleh Rosmah sama seperti apa yang dilakukan oleh  Imelda Marcos semasa mula berada ditampuk kekuasaan.

Kerana itulah kita patut menjatuhkan Najib kerana apabila Najib jatuh maka Rosmah akan kita adili dengan seadil-adilnya. (Mengikut undang-undang Islam).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..bukan nak membela.porgram permata ni diuruskan sepenuhnya oleh jabatan y bertanggungjawab.walaupun rosmah adalah penaungnya, namun segala perbelanjaan diuruskan sepenuhnya oleh jabatan tersebut. melalui program ini, ramai y dapat manfaat, contohnya kanak2(permata pintar, seni, negara , dan insan).peluang pekerjaan kepada graduan universiti(pendidik permata), dan juga pendidikan yang berkualiti dan standard kepada golongan berpendapatan rendah setaraf montessori, qdees, dan lain2.mungkin ada aktiviti2 rosmah y lain y boleh dipertikai.tapi bagi saya program permata ni banyak manfaatnya..tq

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...